Post on 19-Dec-2015
description
Bismillahirrahmanirrahim…..
Assalamualaikum w.b.t….
Salam Sejahtera…..
Salam Satu Malaysia….
Yang Berbahagia Pn Norazilah bt Zakaria selaku Yang dipertua PIBG
SK Tmn Inderawasih..
Yang Berusaha Tuan Hj Ismail b Yeop Ibrahim Guru Besar SK Tmn
Inderawasih,,,merangkap pengerusi jawatankuasa Kejohanan Sukan
Tahunan Sek Keb Tmn Inderawasih kali yang ke 16.
Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan,Barisan ahli
jawatankuasa PIBG SKTI,pegawai-pegawai kejohanan,barisan guru-
guru SKTI ,ibu bapa dan murid-murid sekalian.
Selamat Datang ke kejohanan sukan tahunan SK Tmn Inderawasih
kali ke 16.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya
jua sekali lagi kita dipertemukan di majlis Sukan Tahunan Sekolah
kali ke 16 pada tahun ini.
Terlebih dahulu pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan
penghargaan yang tak terhingga di atas kehadiran para ibubapa
dan waris sekalian bagi memeriahkan lagi temasya sukan kali
ini.Semoga Kejohanan Olahraga pada tahun ini berjaya mencapai
matlamat dan objektif sepertimana yang diharapkan.
1
Tuan2 dan Puan2 yang dimuliakan........
Kejohanan Sukan Tahunan pagi ini akan membuka tirai dengan
perarakan masuk kontinjen-kontinjen daripada rumah-rumah sukan
dengan membawa bendera .
( tunggu sehingga kontinjen perbarisan bersedia)
Bagi menyempurnakan acara ini,majlis menjemput dan
mempersilakan tetamu kehormat kita pada hari ini untuk berdiri
bagi menerima lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen
perbarisan yang akan mengambil bahagian pada hari ini.
Oleh itu,dengan segala hormatnya majlis menjemput Yang Berusaha
Tuan Guru Besar ,Tuan hj Ismail b Yeop Ibrahim mengiringi Yang
berbahagia Pn Norazilah bt Zakaria yang dipertua PIBG SK Tmn
Inderawasih untuk membalas tabik hormat para peserta
perbarisan.....dipersilakan..
.....................Tunggu muzik.....................................................
Untuk makluman semua hadirin,pertandingan perarakan
pembarisan pada hari ini akan diadili oleh 4 orang hakim iaitu terdiri
daripada barisan pentadbir sekolah iaitu Tn Hj Ismail Bin Yeop
Ibrahim, Pn. Hjh Rabeah bt Ahmad , Tn Hj. Azizan b Zakaria, dan
Yang Dipertua PIBG ,Pn Norazilah bt Zakaria.
2
Hadirin sekalian.....
1. Memulakan perarakan perbarisan pada pagi ini kelihatan dengan
membawa bendera sekolah diketuai oleh adik MUHD IRFAN HAZIQ
BIN SOPHIAN
2. Seterusnya ,perarakan pembarisan dari rumah MERAH dengan
diketuai oleh adik .MUHD ANIQ dan pembawa papan tanda rumah
ialah JERSELAH BT SEMON . MERAH melangkah megah dengan warna
MERAH lambang keberanian dan tak gentar sebarang halangan.Kelihatan
lintas hormat kontinjen Rumah. MERAH memancar semangat membara
berjuang bermati-matian mencapai kemenangan yang diimpikan.
3 .Kontinjen yang berikutnya,pasukan dari rumah BIRU yang
diketuai oleh MUHD HAIRI BIN SOBRI bersama pembawa papan
tanda rumah pula dibawa oleh MASTURINA BT YAHAYA .Kelihatan
lintas hormat Rumah BIRU melangkah penuh harapan untuk
menggapai impian menjadi kenyataan.
4. Seterusnya , Kelihatan perarakan pembarisan rumah HIJAU yang
berseri-seri menyusun langkah hebat penuh dengan semangat
kesukanan. Perbarisan ini diketuai oleh MUHD LUQMAN bersama
pembawa papan tanda rumah dibawa oleh ANIS SYAKIRAH BT
AZIZAN.
3. Kuning Cemerlang Gemilang terbilang ,
Warna diraja penaung negeri,
semangat kental terus berjuang
Takkan mengalah menyerah diri..
3
Seterusnya, Kontinjen yang terakhir melangkah penuh ceria dan
berseri-seri ini diketuai oleh ZULZAERY bersama pembawa papan
tanda NURINA IZZATI BT MOHD ROHAIZAD.
- Demikian tadi berakhirnya Acara Perarakan Perbarisan 4buah kontinjen
penuh hebat dan gemilang..Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
yang berbahagia Pn Norazilah bt Zakaria dan pentadbir barisan hadapan
sekolah kerana sudi membalas tabik hormat para peserta perbarisan
sebentar tadi .
........................... ACARA PEMBACAAN DOA........................
Hadirin yang dihormati sekalian,
- bagi memberkati majlis,dengan ini dipersilakan Cikgu IRFAN AFIF
BIN IKHSAN .. Untuk mengetuai bacaan doa.Majlis mempersilakan.
.........................DOA DIBACAKAN...........................
Terima kasih diucapkan kepada dipersilakan Cikgu IRFAN AFIF BIN
IKHSAN atas bacaan doa sebentar tadi.
.................. ACARA NYANYIAN LAGU.......................
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.
Para hadirin dimohon berdiri tegak bagi menghormati lagu
Kebangsaan kita
********nyanyi***********
Hadirin dipersilakan duduk.
4
UCAPAN PERASMIAN
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi yang indah ini,dijemput Tn Hj
Ismail b Yeop Ibrahim Guru Besar Sek Keb Tmn Inderawasih untuk
menyampaikan ucapan.Majlis dengan segala hormat
mempersilakan.
.................... ucapan GB................
-Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan
beliau sebentar tadi.
-Majlis diteruskan pula dengan menjemput Yang Berbahagia yang dipertua
PIBG SK Tmn Inderawasih Pn Norazilah bt Zakaria untuk menyampaikan
sepatah dua kata seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke
16.Dengan penuh takzim,majlis menjemput dan mempersilakan....
***********************ucapan perasmian *********************
-Terima kasih diucapkan kepada Pn Noorazilah atas ucapan
perasmian sebentar tadi.Dgn ini rasmilah sudah kejohanan sukan
tahunan sk tmn inderawasih kali ke 16 tahun 2013.
***************penyampaian cenderahati****************
- sebagai tanda penghargaan ,majlis berbesar hati menjemput tuan guru
besar Tn Hj Ismail bin Yeop Ibrahim untuk menyampaikan
5
cenderahati kepada kepada Yang berbahagia Pn Norazilah bt
Zakaria,yang dipertua PIBG SK Tmn Inderawasih.dipersilakan..........
......................BACAAN IKRAR KEJOHANAN....................
Hadirin sekalian........
-Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan ddengan bacaan ikrar
kejohanan yang akan diketuai oleh adik VIGNESH A/L RAMANAN . Bacaan
ikrar ini akan diiringi oleh pembawa –pembawa bendera yang mewakili rumah
sukan masing-masing dan bendera sekolah..
********************Bacaan ikrar*******************
Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda
komitmen para atlet kepada kejohanan ini.
Hadirin sekalian......
-Dengan berkibarnya bendera kejohanan ini,menandakan acara
sukan akan bermula sebentar lagi.Sebelum itu,kita akan
menyaksikan keberangkatan keluar kontinjen rumah sukan dari
padang menuju ke khemah masing-masing.
********BUNYI MUZIK ***********
Perarakan keluar dimulakan oleh rumah MERAH diikuti oleh rumah
BIRU ,rumah HIJAU , rumah KUNING dan DIAKHIRI DENGAN PEMBAWA
BENDERA SEKOLAH (Tunggu sehingga selesai )
6
ACARA KEJOHANAN
Acara sukan akan dimulakan sebentar sahaja lagi...majlis dengan
sukacitanya menjemput semua pegawai kejohanan mengambil
tempat masing-masing.Dipersilakan
IKUT ATURCARA DLM BUKU PROGRAM
*********************************************************************
**********
PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA
Hadirin sekalian,,
Bagi mengiktiraf kejayaaan para atlet yang telah berjaya dalam kejohanan
olahraga tahunan kali ini,majlis dengan segala hormat
menjemput ..............................................dengan diiringi
oleh....................................untuk menyampaikan hadiah.
Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara................................
Yang telah dipertandingkan sebentar tadi.
Penyampaian hadiah.....
Panggilan untuk pemenang bagi acara.................................
****majlis dengan sukacitanya
menjemput...................................untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
Bagi acara.......
Pingat emas digondol oleh adik............................................dari rumah.............
7
Pingat perak dimenangi oleh adik............................................dari rumah.........
Pingat gangsa dimenangi oleh adik................................dari rumah.................
***********hadiah pembarisan***********
Majlis dengan sukacitanya menjemput........................................untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Seterusnya diumumkan pula pemenang-pemenang bagi pertandingan
perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.
-Johan berjaya disandang oleh pasukan
rumah..........................
Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan
rumah..............
************KEMUNCAK KEJOHANAN**************
.Majlis dengan sukacitanya
menjemput .............................untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
kini diumumkan pula keputusan kejohanan sukan tahunan kali ke 16 tahun
2013.
Tempat pertama berjaya dirangkul oleh rumah.....................
Naib johan digondol oleh rumah.................................
Dan johan jatuh kepada rumah.................................
8
Terima kasih diucapkan kepada.......................................atas kesudian
menyampaikan hadiah.
Hadirin sekalian....
Seterusnya majlis menjemput.......................................dengan diiringi
oleh...............................................untuk menyampaikan hadiah kepada
pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.Majlis
dengan takzimnya mempersilakan.
Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah
adik........................................
Untuk makluman semua,beliau telah memenangi acara....................................
Kini diumumkan Olahragawan SekoLah pada tahun ini.Olahragawan Sekolah
pada tahu ini adalah adik................................
Beliau telah meraih pingat.............................................
Kini tibalah saat-saat yang dinantikan,kita akan umumkan secara
rasmi johan,naib johan dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi
rumah-rumah sukan yang telah bertanding..
-Tempat ketiga pasukan rumah...............................Dipersilakan Ketua Guru
rumah sukan ...................................untuk menerima hadiah..
Seterusnya Naib Johan berjaya dirangkul oleh pasukan
Rumah..................Dipersilakan ketua Guru Rumah Sukan......................untuk
menerima hadiah.
-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi kejohanan Olahraga Tahunan
kali ke 16 jatuh kepada rumah sukan ................................Dipersilakan ketua
Guru Rumah Sukan ...............................untuk menerima hadiah.
9
**************PENUTUP**********************
Kenangan indah akan terpatri
Dilubuk hati dan disanubari,
Warga SKTI berterima kasih,
Kepada hadirin yang dihormati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Andai Tuhan memberikan usia yang panjang,
Dapatlah kita bersua di lain hari.
Semoga kita bersua kembali pada kejohanan olahraga tahunan pada tahun
hadapan.Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripadda Yang Maha
Kuasa dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan kami
berdua.
SEKIAN,WABILLAHI TAUFIQ
WALHIDAYAH,WASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHI TA’ALA
WABARAKATUH.
10
P/S:seterusnya dijemput..............................serta para jemputan menikmati juadah
yang disediakan.
11