Post on 26-Jan-2017
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS KONVOKESYEN ILJTM
KALI KE-19 TAHUN 2014
(WILAYAH SEMENANJUNG)
11 NOVEMBER 2014, 2.30 PETANG
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA
PUTRAJAYA (PICC)
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.
Terima kasih Pengerusi Majlis
Yang Berbahagia Dato’ Saripudin bin
Kasim
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber
Manusia
Yang Berusaha Cik Chin Phaik Yoong
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga
Manusia
3
Yang Berusaha Tuan Syed Mohamad
Noor bin Syed Mat Ali
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan
Tenaga Manusia
Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta
Pegawai-pegawai Kanan Kementerian
Sumber Manusia
Pengarah-pengarah Institut Latihan
Jabatan Tenaga Manusia
Ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat
Institut Latihan Jabatan Tenaga
Manusia
4
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-
Datin
Saudara dan Saudari para graduan
Institut Latihan Jabatan Tenaga
Manusia yang diraikan
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian
Alhamdulillah marilah kita merafakkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya
jua dapat kita semua berhimpun dalam
Majlis Konvokesyen Institut Latihan
5
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian
Sumber Manusia Kali ke-19 ini.
2. Saya ingin mengambil kesempatan
di sini untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Jabatan Tenaga Manusia
kerana sudi menjemput saya ke majlis
konvokesyen yang penuh gilang-
gemilang ini.
3. Ucapan penghargaan juga
ditujukan khas buat Yang Berbahagia
Dato’ Saripuddin bin Kasim, Ketua
Setiausaha Kementerian Sumber
Manusia, Yang Berusaha Cik Chin Phaik
6
Yoong, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga
Manusia serta semua pihak dan seluruh
warga kerja KSM dan JTM yang telah
berusaha bersungguh-sunguh dalam
merealisasikan majlis yang penuh
bermakna ini serta usaha-usaha yang
telah dilaksanakan dalam menerajui dan
mengarusperdana latihan kemahiran
bagi melahirkan tenaga kerja mahir
yang berprestasi tinggi.
7
TENAGA MAHIR TUNJANG
PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
4. Kita harus mengakui bahawa
sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional atau TEVT di negara kita
masih lagi ketinggalan berbanding
dengan negara-negara maju seperti di
negara-negara The Organisation for
Economic Co-operation and
Development atau OECD. Faktor utama
yang menyumbang kepada keadaan ini
8
adalah persepsi masyarakat yang
cenderung melihat kepada kelayakan
akademik berbanding bidang teknikal
dan vokasional.
5. Usaha kerajaan dalam melahirkan
lebih ramai tenaga kerja mahir
memerlukan sokongan padu daripada
masyarakat khasnya para majikan dan
golongan sasar itu sendiri demi
mencapai cita-cita Malaysia sebagai
negara industri bertaraf dunia.
6. Salah satu kriteria bagi Malaysia
untuk mencapai status negara maju
menjelang Tahun 2020 adalah 50
9
peratus pekerjanya mestilah tenaga
mahir dan dilengkapi dengan pelbagai
kemahiran yang tinggi.
7. Secara umumnya, kebanyakan
negara maju memiliki nisbah 50:50 dari
segi tenaga kerja yang berkelulusan
akademik dan TEVT. Malah, terdapat
juga negara maju yang mempunyai
jumlah tenaga kerja dalam sektor TEVT
yang jauh lebih ramai daripada yang
berkelulusan akademik.
8. Di negara Jerman misalnya,
sebanyak 80 peratus tenaga kerjanya
adalah tenaga mahir dan bekerja dalam
10
industri pembuatan teknologi tinggi.
Mereka telah dilatih dengan sempurna
serta memiliki kemahiran dan
keupayaan yang selari dengan
keperluan industri-industri di sana.
Kekuatan negara Jerman ialah mereka
telah mengamalkan Sistem Latihan Dual
lebih daripada 100 tahun yang lalu. Di
bawah sistem ini, latihan berlaku di dua
tempat, iaitu di pusat latihan sebanyak
20–30 peratus melibatkan pembelajaran
teori dan 70–80 peratus latihan amali
berlaku di tempat kerja sebenar.
11
9. Bagaimana pula dengan keadaan di
Malaysia? Berbanding dengan negara-
negara maju, kita hanya mempunyai
28% tenaga mahir daripada jumlah
tenaga kerja negara. Jumlah ini masih
rendah berbanding Singapura, Taiwan
dan Korea Selatan. Justeru itu,
Kerajaan sangat komited dalam
memastikan bilangan tenaga mahir
dipertingkatkan agar mencapai sasaran
50% menjelang tahun 2020 ke arah
status negara berpendapatan tinggi.
INISIATIF MENYOKONG AGENDA TEVT
NEGARA
12
10. Sebagai langkah untuk menyokong
agenda TEVT ini, Kerajaan juga telah
mengenalpasti mekanisme yang lebih
tersusun melalui cadangan penubuhan
Lembaga Teknologis Malaysia atau
MBOT. Dengan adanya MBOT, kelulusan
kemahiran teknikal dan teknologi akan
mendapat pengiktirafan sewajarnya
daripada badan ikhtisas.
11. Penubuhan MBOT akan
menggalakkan institusi TEVT melalui
penawaran kursus-kursus berasaskan
kemahiran dan teknologi. Selain itu, ia
juga dapat meningkatkan tenaga kerja
berkemahiran tinggi melalui program
13
nilai tambah TEVT dan latihan
kemahiran.
12. Melalui mekanisme ini, profesion
teknologis dan juruteknik akan menjadi
satu lagi laluan alternatif kerjaya
memandangkan terdapat pengiktirafan
sebagai profesion ikhtisas dan kerjaya
yang terjamin. Saya percaya, lebih
ramai pelajar akan cenderung memilih
bidang TEVT seiring dengan usaha
mentransformasi pendidikan TEVT di
Malaysia.
13. Perkhidmatan Awam telah
menyahut usaha transformasi ini
dengan memberi penekanan terhadap
14
modal insan yang berilmu,
berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi. Dengan itu, Kerajaan akan
memperluaskan pengambilan calon
berkelayakan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) ke dalam Perkhidmatan Awam
berdasarkan bidang yang berkaitan.
14. Buat masa ini, 17 skim
perkhidmatan sedia ada berkelayakan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah
diperuntukkan kemasukan di peringkat
SKM. Ini akan diperluaskan kepada
lebih banyak skim perkhidmatan lain
yang bersesuaian.
15
15. Langkah terkini Kerajaan dapat
dilihat menerusi Bajet 2015 dimana
program Transformasi Vokasional dan
Teknik telah diperkenalkan melalui naik
taraf institusi-institusi latihan sedia ada
dengan peruntukan sebanyak 1.2 billion
ringgit. Langkah ini turut dimantapkan
melalui peningkatan pengambilan
pelajar di kolej vokasional dan kolej
komuniti.
16. Tenaga mahir merupakan tunjang
kepada pembangunan ekonomi negara
sejajar dengan hasrat Program
Transformasi Ekonomi. Teras bagi
mana-mana ekonomi berpendapatan
16
tinggi terletak pada tenaga kerja yang
kompetitif, kreatif dan inovatif.
17. Perkara ini dapat memberi impak
besar kepada pembangunan ekonomi
negara. Secara tidak langsung, Malaysia
dapat mengurangkan kebergantungan
terhadap tenaga buruh asing yang tidak
berkemahiran.
INOVASI KE ARAH PENCIPTAAN NILAI
BAHARU YANG MEMANFAATKAN
RAKYAT & NEGARA
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
17
18. YAB Perdana Menteri, sewaktu
berucap dalam Majlis Anugerah Inovasi
Perdana Menteri (AIPM) 2014, telah
memperkenalkan beberapa ciri penting
inovasi. Pendekatan ini boleh
dilaksanakan menerusi penciptaan idea-
idea baharu yang dibahaskan,
diekperimentasi, dicipta prototaip dan
projek perintis dilaksanakan tanpa perlu
takut kepada kegagalan dan percubaan
berulang.
19. Justeru itu, saya mencabar saudara
dan saudari para graduan yang berada
di hadapan saya ini untuk lebih kreatif
mencipta nilai inovasi baharu yang
18
memberikan manfaat besar kepada
masyarakat dan negara.
20. Saya dimaklumkan seramai 14
pelajar ILJTM telah terpilih mewakili
negara di dalam World Skills ASEAN
Competition 2014 di Hanoi, Vietnam
pada 19 hingga 29 Oktober yang lalu.
Yang mana, mereka telah berjaya
meraih 3 pingat emas, 3 perak dan 1
gangsa serta 5 medallion of excellence.
21. Manakala dalam Pameran
Antarabangsa Inovasi dan Teknologi
(ITEX) 2014 pula, pelajar-pelajar ILJTM
yang telah bertanding dan
19
mempamerkan projek kreativiti dan
inovasi telah memenangi 7 pingat emas
3 perak dan 1 gangsa.
22. Saya turut dimaklumkan bahawa
sebilangan besar bekas graduan ILJTM
yang memperolehi pekerjaan di syarikat
antarabangsa dan menerima imbuhan
yang tinggi. Malah ada di antara mereka
ini telah mengorak langkah ke hadapan
dengan menjadi usahawan yang berjaya.
23. Lihatlah, semua kemenangan dan
kejayaan ini membuktikan saudara dan
saudari para pelajar ILJTM bukan
sahaja mempunyai pengetahuan dan
20
kemahiran yang tinggi dalam bidang
masing-masing malah kreatif serta
mampu bersaing di peringkat
antarabangsa.
24. Saya difahamkan juga, sebagai
langkah-langkah ke arah
penambahbaikan, JTM berusaha
menjalin hubungan kerjasama dengan
pelbagai industri seperti Samsung
Malaysia Electronics Sdn Bhd,
Mitsubishi, Acson Sdn Bhd, Petronas,
Sapura Kencana Petroleum Berhad,
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan
Sarawak Electricity Supply Corporation
(SESCO). Ini selaras dengan falsafah
21
Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang
menekankan kepada aspek kolaborasi
strategik merentas sektor awam dan
swasta.
25. Saya mengucapkan syabas dan
tahniah di atas inisiatif seperti ini. Saya
percaya usaha ini dapat membantu
matlamat negara untuk melahirkan
tenaga mahir berpendapatan tinggi pada
masa hadapan kelak.
PENUTUP
Saudara dan Saudari para graduan yang
saya kasihi sekalian,
22
26. Perjalanan Saudara dan Saudari
masih panjang. Saya berharap agar
segala ilmu dan pengalaman yang
ditimba oleh setiap penerima sijil dan
diploma pada hari ini dapat digunakan
sepenuhnya dalam mengharungi
cabaran dalam apa jua kerjaya yang
bakal diceburi sama ada di sektor
swasta mahupun di jabatan atau agensi
kerajaan.
27. Selaku pemimpin pada masa
hadapan, saudara dan saudari perlulah
mempersiapkan diri dengan
memantapkan ilmu di dada dan
memastikan nilai-nilai murni dalam diri
23
masing-masing sentiasa dihayati dan
diamalkan.
28. Dalam Majlis Konvokesyen ini, JTM
juga memberi penghargaan kepada
bekas-bekas graduan yang berjaya
dalam pekerjaan atau menjadi
usahawan yang cemerlang. Para
graduan yang diraikan pada petang ini
diharap dapat mengikuti jejak langkah
mereka yang telah meraih kejayaan
yang cemerlang dalam bidang masing-
masing.
29. Saya ingin menasihatkan para
graduan supaya tidak berhenti menimba
24
ilmu setakat ini sahaja sebaliknya
mengamalkan budaya pembelajaran
sepanjang hayat. Pembelajaran
sepanjang hayat sangat kritikal pada
masa ini kerana perubahan teknologi
sentiasa mendahului zaman.
30. Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada 4,516 graduan Institusi Latihan
Jabatan Tenaga Manusia yang diraikan
pada hari ini dan yang telah berjaya
menamatkan latihan di institut masing-
masing. Saudara dan saudari haruslah
berbangga kerana merupakan
sebahagian daripada komuniti TEVT
yang menjadi tumpuan utama Kerajaan
25
dalam usaha menjadikan Malaysia
sebuah negara maju berpendapatan
tinggi.
31. Sebelum saya mengakhiri kata
menyimpul bicara, saya mendoakan
agar kejayaan saudara dan saduari
menjadi tarikan kepada lebih ramai
remaja lepasan sekolah untuk mengikuti
latihan kemahiran demi menjamin
negara kita mempunyai bekalan tenaga
mahir yang berterusan.
32. Tidak lupa juga, sekalung
penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua tenaga pengajar Jabatan
26
Tenaga Manusia kerana telah bekerja
keras memberikan pendidikan dan
latihan yang berguna kepada para
graduan.
33. Saya berharap budaya kerja
cemerlang sebegini dapat diteruskan
kerana anda sekalian adalah pemangkin
kepada transformasi negara.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarokatuh dan terima kasih.