Teori Penampilan Literasi

Post on 17-Jan-2016

588 views 12 download

description

Ringkasan teori sorotan literature

Transcript of Teori Penampilan Literasi

Teori Penampilan Literasi

Apa itu Teori penampilan literasi?

Teori penampilan literasi atau pemunculan literasi (Emergent Literacy) telah dicetuskan

daripada pelbagai kajian yang dijalankan oleh M. M. Clay (1967). Beliau merupakan seorang

tokoh bahasa yang berasal dari New Zealand. Kajian beliau banyak menekankan aspek

penguasaan bahasa dan tabiat membaca pada peringkat awal kanak-kanak sehingga ke

peringkat alam remaja. Oleh disebabkan itulah, pengkaji memilih untuk menggunakan teori

tersebut dalam kajian ini bagi mengenal pasti tahap literasi yang dimiliki oleh kanak-kanak.

Menurut Mahzan (2012), penampilan literasi bermaksud membina kemahiran membaca dan

menulis tanpa titik permulaan atau pengakhiran. Dalam bidang awal kanak-kanak, ia

memberi maksud bahawa kanak-kanak telah menunjukkan keupayaan di mana kemahiran

membaca dan menulis adalah aktiviti yang perlu dalam kehidupan.