Post on 24-Apr-2015
BAB 1
PENGENALAN
1.1. Pendahuluan
Isu disiplin ini sebenarnya mendapat tempat dan menjadi perhatian kepada sesiapa
sahaja sama ada mereka pelajar , guru , pentadbir sekolah , ahli masyarakat , pemimpin
pertubuhan sukarela mahupun pemimpin negara . Minat terhadap isu disiplin ini tumbuh
kerana matlamat pendidikan di negara kita ini adalah untuk melahirkan warganegara dan
individu yang bertatasusila , bertanggungjawab dan bermoral . Jika wujud masalah tidak
berdisiplin maka akan menyebabkan berlakunya penyelewengan tingkah laku ,
ketidakharmonian dalam hidup , salah- suaian dalam masyarakat dan sebagainya
( Rohaty et al 1991 ) .
Perkataan disiplin merupakan satu perkataan biasa bagi kita di sekolah . Dari segi
pemahaman sempitnya ianya bermakna pengawasan tingkah laku dengan menggunakan
kekerasan . Dari segi etimologi , disiplin ialah keadaan tingkahlaku satu-satu kelompok
manusia . Gambaran ini dijelaskan dengan beberapa ungkapan biasa seperti “ pelajar
sekolah itu amat berdisiplin , disiplin sekolah itu amat buruk , sekolah akan
memperbaiki disiplin murid –muridnya ” dan sebagainya . Manakala makna
pendisiplinan pula bermaksud usaha mewujudkan sifat patuh atau tertib kepada
seseorang ( Abdullah 1979 ).
1
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 1979 ) mendefinasikan disiplin sebagai
kesungguhan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada
disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan dirinya sendiri . Ia juga merujuk
kepada kesungguhan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib ,
menghormati hak individu lain , mempunyai semangat tolong menolong , mampu
membaiki keadaan sedia ada dan mampu membuat sesuatu yang membina .
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1981 ) pula memperluaskan takrifan disiplin
ini dengan menyatakan bahawa disiplin ada hubungan dengan tata tertib , keadaan
akhlak dan kesopanan . Orang yang berdisiplin bukan sahaja mematuhi perlakuan yang
dikehendaki oleh masyaratkat tetapi juga menganuti perlakuan yang diingini oleh
masyarakat .
Disiplin merupakan bidang penting kerana tatatertib sekolah yang baik dan
sempurna akan menghasilkan banyak faedah kepada guru dan pelajar terutamanya dalam
melaksanakan poses pengajaran dan pembelajaran . Dengan wujudnya disiplin di
kalangan pelajar ,dapatlah dijalankan pengajaran tersebut dengan licin dan teratur,
manakala pembelajaran akan berlangsung dalam suasana yang tenteram dan tenang .
Pembentukan disiplin di sekolah adalah sama penting dengan penyebaran ilmu
pengetahuan itu sendiri . Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
mempunyai perkaitan yang rapat dengan kesempurnaan disiplin pelajar .Ini kerana
2
pelajar yang berjaya dalam segala bidang kehidupan , seringkali terdiri daripada mereka
yang berdisiplin ( Omardin Ashaari 1996 ) .
Antara lain matlamat disiplin di sekolah ialah untuk membolehkan pembentukan
satu bentuk iklim sekolah yang mampu meransang satu suasana kondusif untuk proses
pengajaran dan pembelajaran . Dengan disiplin juga , pihak sekolah mampu memandu
dan memperkembangkan disiplin kendiri kepada setiap pelajar . .Dengan disiplin yang
ada juga , seseorang pelajar itu mampu mematangkan peribadi mereka ,membina satu
bentuk tingkah laku dan penampilan yang sepatutnya . Ianya akan mengembangkan
sikap bertanggungjawab , dapat menerima kekecewaan dalam pembelajaran , sanggup
berusaha sendiri , memiliki penghargaan kendiri dan menghargai kebolehan yang ada
pada mereka . Sekolah juga cuba untuk menanamkan dan memupuk sifat-sifat mulia di
kalangan pelajar-pelajar supaya dapat melahirkan sikap dan tingkah laku yang mulia .
Sekolah bolehlah dianggap sebagai satu institusi yang merupakan organisasi
formal dengan matlamat khususnya mendidik dan menyediakan kanak-kanak dan remaja
untuk menghadapi alam dewasa dan menjadi warga negara yang baik . Dengan
pengenaan disiplin di sekolah ianya mampu mengorientasikan pelajar-pelajar supaya
bersedia menghadapi kehidupan bermasyarakat bertatasusila dan bersatupadu .
( Kementerian Pendidikan Malaysia 1979 ) .
3
Disiplin sekolah yang baik juga sangat penting dalam kriteria pemilihan sesebuah
sekolah untuk menjadi sekolah harapan negara . Ia juga boleh menjadi satu indikator
terhadap ciri-ciri sekolah berkesan terutamanya tentang keadaan pelajar yang memiliki
disiplin kendiri yang baik ( A Karim Mohd Noor ; 1989 )
Rahimah ( 1983, 1984 ) menyatakan sekolah merupakan institusi luar terpenting
dalam sosialisasi kanak-kanak kerana persekitarannya yang memberi kesan dalam
mempengaruhi mereka sebagai manusia yang matang. Sekolah juga boleh dianggap
sebagai satu sistem sosial ( Getzel dan Gguba 1957 ) yang mempunyai struktur hairaki
perhubungan antara ahli-ahlinya secara menegak dan mendatar . Menyedari hakikat
itulah , adalah dirasakan perlu pihak sekolah menyediakan satu iklim sekolah yang
positif untuk pelajar-pelajarnya . Secara ringkasnya iklim sekolah boleh diandaikan
sebagai sebahagian set ciri-ciri persekitaran dalaman sesebuah sekolah itu yang memberi
sifat atau personaliti tersendiri . Ianya adalah hasil daripada interaksi sosial dan
tingkahlaku ahli-ahli di dalamnya serta dapat dirasai sebagai sesuatu yang biasa bagi
sekolah tersebut .
Adalah penting sekolah menyediakan satu suasana iklim sekolah yang positif
untuk kepentingan pembelajaran pelajar- pelajarnya . Menurut Rahimah ( 1982 ) iklim
sekolah yang positif ialah suatu situasi di mana guru-guru merasa bebas untuk
menjalankan tugas , bekerja bersungguh-sungguh , mempunyai rasa hormat menghormati
dan bekerjasama sesama sendiri, bertolak ansur, berbincang dan memberi pendapat
4
secara terbuka . Beliau menambah bahawa semakin terbuka iklim sekolah semakin tinggi
pencapaian pelajarnya .
Beberapa penyelidikan umpamanya oleh Brookover et al ( 1979 ) ; Wyan (1980 )
; Rutter ( 1981 ) dan Purkey dan Smith ( 1983 ) mendapati peluang pelajar-pelajar
untuk berjaya dalam pelajaran dipengaruhi kuat oleh iklim sekolah . Iklim sekolah yang
positif akan membolehkan pelajar lebih berminat dalam pelajaran dan memiliki
penumpuan yang lebih terhadap bidang akademik . Phi Delta Kappa ( 1979 )
menyatakan iklim sekolah yang baik juga membolehkan penghasilan produktiviti kerja
yang tinggi , meningkatkan kemajuan dalam bidang akademik dan peningkatan ketara
dalam bidang kurikulum .
1.2. Pernyataan masalah
Hirschi ( 1969 ) telah menganjurkan satu teori yang dinamakan teori kawalan
sosial . Di dalamnya beliau menyatakan bahawa keadaan sosial akan menjadi lebih baik
jika semua orang terikat dengan kehendak dan norma dalam masyarakat melalui empat
cara iaitu melalui attachment , commitment , involvement dan belief . Attachment ialah
satu keadaan rasa keterikatan antara seseorang individu kepada tiga faktor luarannya iaitu
sekolah , rakan sebaya dan keluarga .Commitment dan involvement pula ialah
penglahiran sikap kesanggupan dan kesungguhan seseorang itu membuat sesuatu kerana
berasakan bahawa ia terlibat dengannya . Manakala belief pula adalah berlandaskan
5
kepada kepercayaan seseorang itu kepada agama . Jikalau keempat-empat faktor ini kuat
pada seseorang individu , maka kejadian melanggar disiplin tidak akan berlaku .
Contohnya seseorang yang memiliki pegangan agama yang kuat akan kurang terlibat
dengan aktiviti yang tidak sihat .
Kawalan sosial ialah cara yang digunakan oleh masyarakat atau kelompok untuk
mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya mereka mematuhi norma-norma , tradisi
dan pola-pola tingkahlaku yang mustahak bagi melicinkan perjalanan masyarakat atau
kelompok itu . Ianya bercorak formal dan tidak formal . Kawalan sosial formal
melibatkan sistem tata cara dan sitem kewibawaan seperti undang-undang , peraturan dan
berbagai badan untuk melaksanakannya. Kawalan sosial tidak formal biasanya
dijelmakan dalam bentuk pendapat umum dan dilaksanakan sama ada melalui pujian
ataupun teguran ( Ting Chew Peh , 1985 )
Dari segi norma dan akibat , disiplin membawa fungsi memberi satu orientasi
ahli masyarakat kepada norma yang dimahukan oleh masyarakat . Ianya berfungsi
sebagai satu cara untuk memelihara keutuhan dan perpaduan. Disiplin juga melibatkan
beberapa peraturan dalam pelbagai bidang iaitu interaksi ahli masyarakat berdasarkan
umur , jantina , hubungan kekeluargaan , status rasmi , tempat dan situasi .
Orang yang berdisiplin akan mematuhi perlakuan yang diharapkan oleh
masyarakat dan menyedari kesan jika melanggar disiplin yang diharapkan . Madsen C.H
6
dan Madsen C.K. ( 1981 ) misalnya menyatakan bahawa , oleh kerana disiplin merupakan
satu cara bertindak yang boleh menuju ke arah mencapai matlamat masyarakat yang
produktif , ia perlu diajar dan dipelajari supaya dapat disebatikan di dalam diri . Menurut
beliau , untuk menyebatikan disiplin di dalam diri pelajar , mereka memerlukan kawalan
dari luar bagi membiasakan diri dengan norma dan nilai yang dipersetujui oleh
masyarakat .Pendapat beliau ini disokong oleh William W. Wayson ( 1982 ) yang
menyatakan bahawa disiplin ini dipelajari , boleh diajarkan dan mesti diajarkan .
Docking ( 1980 ) menyatakan bahawa disiplin sekolah sebagai unsur penting
dalam proses sosialisasi dan pembentukan peribadi dan sistem kawalan yang
membolehkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlaku dengan berkesan .
Beliau juga melihat disiplin sebagai konsep yang berkaitan dengan proses pendidikan itu
sendiri .
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 1979 ) menganggap bahawa disiplin sangat
penting kepada setiap pelajar . Ini kerana salah satu matlamat pendidikan ialah untuk
melahirkan individu yang berdisiplin . Mereka yang berdisiplin adalah sedar akan
tanggungjawab terhadap diri sendiri , keluarga , masyarakat , institusi pelajaran , sosial
dan negara .
Menyedari peri pentingnya disiplin ini dalam konteks pendidikan negara , pihak
Kementerian Pendidikan telah menerbitkan beberapa buku panduan untuk mengatasi
7
masalah pelanggaran disiplin di sekolah . Antara lain buku-buku panduan tersebut ialah
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1988 . Buku ini membincangkan tentang panduan am kepada
sekolah berkaitan dengan pelaksanaan disiplin di sekolah , jenis –jenis hukuman yang
dibolehkan , peranan guru dalam melaksanakan disiplin sekolah , strategi pengukuhan
disiplin peringkat sekolah , senarai pekeliling yang telah dibuat dan sebagainya .
Mengiringi buku panduan tersebut ialah penghantaran surat pekeliling iktisas
kepada pihak sekolah oleh pihak Kementerian . Surat pekeliling iktisas pertama telah
dikeluarkan bermula pada tahun 1968 dan sehingga kini ianya berjumlah lebih daripada
15 pekeliling kesemuanya . Antara lain ruang lingkup surat pekeliling tersebut ialah
memperkatakan tentang peraturan pembuangan sekolah kerana kelakuan curang ( Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 6/68 ) , tatatertib di sekolah ( Bil 8/68 ) , kesalahan rokok ( Bil 6A
/ 75 ) peraturan penggantungan sekolah , potongan rambut ( Bil 2/1976 ) , pengharaman
semua jenis permainan judi di sekolah ( Bil 11/1976 ) , perihal acara suai kenal ( Bil
4/1978 ) , penyalahgunaan dadah ( Bil 6A / 1975 ) , pakaian seragam ( Bil 3/1982 ),
perhimpunan sekolah ( Bil 4/1984 ) , semangat patriotik , masalah ponteng , kuasa
disiplin dan hukuman dan yang terakhir penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah yang
dibuat pada tahun 1999 .
Kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran Kementerian
Pendidikan ( 1979 ) oleh Unit Disiplin Bahagian Sekolah-sekolah mendapati bahawa
8
masalah disiplin di sekolah hanya 2.2 % kes kesalahan setahun . Ia juga mencatatkan
bahawa kebanyakan kesalahan yang dibuat merupakan kesalahan sederhana berat dan
hanya 0.41% sahaja merupakan kesalahan yang melibatkan kes berat . Laporan yang
sama menyebut daripada seramai 1.2 juta orang pelajar sekolah menengah seluruh
negara , hampir 1.9 % daripadanya telah terlibat dalam kes pelanggaran disiplin di
sekolah pada tahun tersebut .
Antara 10 jenis kesalahan yang dicatatkan ialah datang lewat ( 1.43 % ) , ponteng
sekolah ( 1.36 % ) , berambut panjang ( 0.92 % ) , ponteng kelas ( 0.57 % ) , merokok
( 0.41% ) , kurang sopan ( 0.30 % ) , bergaduh ( 0.27 % ) , degil ( 0.27 % ) , mengganggu
pengajaran guru ( 0.25 % ) dan merosakkan harta benda sekolah sebanyak 0.16% .
Laporan Disiplin Sekolah Malaysia ( 1990 ) menyatakan bahawa jenis kesalahan
yang terbesar yang dilakukan oleh pelajar sekolah ialah ponteng ( 39, 958 kes ),
pelanggaran disiplin melibatkan masa ( 23 , 302 kes ) , kurang sopan ( 19, 606 kes ) ,
kekerasan ( 17 , 965 kes ) lain-lain kes ( 10 , 801 kes ) , perlakuan lucah ( 2 ,161 kes )
laku musnah ( 1, 965 kes ) dan penipuan atau tidak jujur sebanyak 1, 662 kes .Bilangan
kes yang di catatkan pada tahun 1990 ialah sebanyak 117 , 420 kes pelanggaran disiplin
di seluruh negara .
Laporan Pelanggaran Disiplin oleh Kementerian Pendidikan pada 1991 juga
menyebut sebanyak 7 bentuk tindakan telah dilakukan untuk menangani permasalahan
9
disiplin di sekolah-sekolah seluruh negara . Antara tindakan yang dilakukan ialah laporan
kepada pihak polis ( 6, 577 kes ) .buang sekolah ( 697 kes ) , tukar sekolah ( 552 kes ),
gantung sekolah ( 3 , 533 kes ) , rotan ( 26 , 690 kes ) , amaran ( 42 , 931 kali ) dan
nasihat sebanyak 16 , 896 kes . Jumlah keseluruhan bentuk tindakan tersebut ialah
97 , 876 kes.
Berita Harian dalam keluarannya pada 4 April 1994 mencatatkan bahawa , sehingga
1993 , 9.28% atau seramai 138 , 358 orang pelajar sekolah menengah seluruh negara
terlibat dengan pelbagai salah laku .
Laporan Bahagian Sekolah-sekolah pada 1992 juga melaporkan daripada seramai
2 627 204 orang pelajar sekolah rendah , terdapat kira-kira 50,546 orang pelajar atau
1.92 % daripada mereka terlibat dalam salah laku disiplin sekolah . Pada tempoh yang
sama bagi sekolah menengah pula daripada seramai 1 408 672 orang pelajar sekolah
menengah , terdapat 138 358 orang pelajar daripada mereka terlibat dengan pelanggaran
disiplin . Jumlah ini ialah kira-kira 9.82 % daripada keseluruhannya .Jumlah sekolah
rendah pada tahun 1992 ialah 6 860 buah , sementara sekolah menengah pula berjumlah
1 360 buah . Bilangan pelajar seluruh negara pada tahun 1992 ialah 4 035 876 orang
daripada tahun satu hingga ke tingkatan enam atas .
Laporan yang sama juga menyebut bahawa bilangan terbesar pelajar yang melanggar
disiplin sekolah adalah kerana diri sendiri ( 103,777 ) atas faktor keluarga ( 17, 759 )
10
faktor keluarga , 3, 676 atas faktor persekitaran dan 1, 381 atas faktor sekolah . Ianya
menepati dengan andaian yang dibuat oleh Rumberger ( 1991 ) yang menyatakan bahawa
3 punca utama yang mempengaruhi masalah disiplin ialah keluarga , masyarakat dan
sekolah .
Walaupun terdapat kira-kira 53 jenis kesalahan atau pelanggaran disiplin yang
dinyatakan , hanya terdapat 10 sahaja daripadanya yang merupakan kesalahan yang
utama iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas , datang lewat , mengancam murid lain ,
merokok , mencuri , kesalahan berkaitan pakaian , menganggu pengajaran guru ,
berkelakuan kasar dan merosakkan harta benda sekolah .
Terdapat juga sekurang-kurangnya enam jenis kesalahan yang melibatkan juvana .
Antara kesalahan yang dilakukan ialah melibatkan harta benda , mengancam , berjudi ,
kesalahan seksual , menjadi pelacur dan lain-lain jenis kesalahan . Jabatan Kebajikan
Masyarakat , Kementerian Pembangunan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah
mengeluarkan satu laporan barkaitan dengan salah laku yang dilakukan oleh juvana di
negara ini dari tahun dari tahun 1981 hingga 1990 .Bagi kesalahan melibatkan harta
benda bilangan kes adalah 30 566 kes , membuat ancaman ( 3169 kes ) , berjudi ( 1153
kes ) , kesalahan seksual ( 340 kes ) pelacuran ( 3464 kes ) dan lain-lain sebanyak 5731
kes .
11
Laporan Kesalahan Disiplin oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1999
menyatakan bahawa , bilangan pelajar yang dibuang sekolah akibat kesalahan disiplin di
negeri Johor sahaja ialah seramai 457 orang . Pelajar yang dibuang sekolah pada tahun
1998 ialah seramai 352 orang . Pada tahun 1998 seramai 8 971 orang pelajar telah
dikenakan tindakan disiplin berbanding 14, 357 pada tahun 1997 .
Menurut Jaafar Wahid ( 1997 ) kes-kes jenayah yang melibatkan remaja semakin
meningkat dengan ketara daripada 2, 480 kes pada tahun 1970 kepada 3,087 kes pada
tahun 1980 . Angka ini meningkat lagi pada tahun 1995 kepada 4 012 kes . Kajiannya
juga mendapati bahawa remaja lelaki lebih banyak melakukan kesalahan juvana yang
dikendalikan bagi tahun 1995 iaitu sebanyak 96.5% . Laporan tersebut juga
memperlihatkan peningkatan yang ketara dalam jenis kesalahan yang mereka lakukan
seperti kesalahan bersabit dengan harta benda ( 87.4% ) , mencederakan orang meningkat
sebanyak 208.2 % dan kesalahan-kesalahan seksual bertambah sebanyak 204.2%.
Penglibatan remaja perempuan dalam kegiatan maksiat juga telah meningkat kepada
161.5% daripada 325 kes pada tahun 1974 kepada 850 kes pada tahun 1995 .
1.3. Objektif kajian
Kajian ini mempunyai beberapa objektif utama yang ingin dicapai . Antaranya ialah:
1. Mengenalpasti jenis masalah disiplin di kalangan pelajar tingkatan empat .
2. Meneliti keadaan pelajar yang pernah melanggar disiplin berdasarkan kepada
beberapa faktor seperti keluarga dan sekolah .
12
1.4. Soalan kajian
1. Apakah jenis kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar ?
2. Apakah jenis kesalahan disiplin mengikut jantina ?
3. Adakah jenis kesalahan disiplin mengikut aliran pengajian ?
4. Adakah terdapat hubungan di antara faktor sayangkan sekolah dengan
kegiatan pelanggaran disiplin ?
5. Adakah terdapat hubungan di antara faktor penglibatan dalam ko
kurikulum dengan jenis pelanggaran disiplin ?
6. Adakah terdapat hubungan di antara faktor mendapat kasih sayang dengan
jenis kesalahan disiplin ?
7. Adakah terdapat hubungan di antara faktor sayangken ahli keluarga
dengan jenis kesalahan disiplin ?
1.5. Kepentingan kajian
Banyak kajian telah dibuat berkaitan dengan tema disiplin ini . Antaranya ialah olah
Abdullah Suratmin ( 1979 ) , Marinal Hussin ( 1999 ), Jeffry Mohamad ( 1998 ), Faridah
( 1989 ) Chiam H.K. ( 1993 dan 1994 ). Apa yang berbeza kajian ini dengan kajian lain
ialah ia mengambil kira aspek aliran pelajar sebagai salah satu pembolehubah . Kajian ini
menyebabkan ia boleh melihat dari sudut dan perspektif yang berbeza berbanding dengan
13
kajian-kajian lain serta mengambil kira faktor attachment kepada sekolah dan keluarga
dan mengaitkannya dengan jenis pelanggaran disiplin .
Adalah diharapkan agar kajian ini dapat memberi maklumat dengan lebih lengkap
kepada guru , pentadbir sekolah dan kaunselor dan khasnya kepada guru disiplin untuk
mereka menangani permasalahan disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing .
Kajian ini juga boleh dijadikan sumber pengetahuan tentang peranan dan
tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan
sebagai satu tambahan bagaimana mereka mampu mengenali pelajar mereka dengan lebih
dekat lagi .
Pengkaji berharap dapat menjadikan kajian ini mampu menyumbang untuk
mengurangkan kes kesalahan disiplin di sekolah-sekolah . Kajian ini juga ingin
mengetengahkan beberapa faktor yang menyebabkan kesalahan disiplin dilakukan di
sekolah-sekolah .Dengan mengenalpasti faktor-faktor ini diharapkan pihak sekolah dapat
menyediakan suasana , iklim , budaya sekolah yang boleh menggalakkan pembelajaran .
Pengkaji juga berharap dapat mengenalpasti ciri-ciri pelajar yang terlibat dengan
salah laku agar tindakan awal dapat dibuat ke arah mengawal tingkah laku mereka ini dan
sebagai proses pencegahan awal .
14
1.6. Istilah kajian
Beberapa istilah digunakan dalam laporan kertas projek ini Bagi menepati tujuan
kajian ini , definasi-definasi penting berikut dijelaskan :
1.6.1. Pelanggaran
Pelanggaran membawa makna tidak mematuhi , engkar , menentang , tidak
melakukan seperti apa yang dikehendaki . Ianya dilakukan secara berseorangan mahupun
secara beramai-ramai .
1.6.2. Disiplin
Souper ( 1976 ) dalam Ee Chot Cha Chan ( 1981 ) menyatakan bahawa perkataan
disiplin adalah dari perkataan bahasa Inggeris iaitu Discipline. Asal perkataan ini datang
dari bahasa Latin iaitu disciplina atau dicipulina yang membawa makna arahan
Bagi Goodwin ( 1965 ) disiplin merupakan , “ ... a process of training and
learning that corrects and strengthens and gradually foster self-control and conformity
with accepted social custom ”
Funk and Wagnalls Dictionary ( 1965 ) ms 115 mendefinasikan disiplin kepada
tiga aspek iaitu sebagai :
15
“ ... a systematic training or subjection to authority , especially , the training of the mental , moral and psysical by instruction and exercise ” ,
“ ... punishment for the sake of training , correction and chatisement ”“ a system of rule or method of practice ”
Menurut Hornby ( 1966 ) dalam The Advance Learner’s Dictionary Of Current
English menyatakan bahawa Disiplin ialah satu latihan , terutamanya kepada minda atau
fikiran dan kelakuan agar mampu memiliki kawalan kendiri dan lainnya .
Disiplin bagi Goodwin. ( 1967 ) , menganggapnya sebagai satu bentuk pendidikan
akhlak iaitu sebagai asas kepada pembinaan peribadi manusia yang baik , adil , saksama
dan bertimbangrasa . Ia juga sebagai satu latihan supaya pelajar bertindak bersesuaian
dengan peraturan rumah sekolah dan masyarakat . Disiplin juga dianggap sebagai
penyerahan kepada satu set peraturan hidup atau nilai baik kepada perkara luaran semata-
mata iaitu perkara yang dapat dilihat atau untuk dicontohi . Pendisiplinan juga merupakan
sebagai satu bentuk pendedahan kepada satu pengalaman berperaturan melalui latihan
dan kawalan diri . Ianya juga dipanggil sebagai “ Pembentukan Conformist ”
Goodwin ( 1968 ) sekali lagi mentakrifkan disiplin sebagai satu peraturan yang
perlu diikuti oleh tiap-tiap murid-murid untuk hidup rukun dan damai di dalam bilik
darjah . Disiplin adalah asas kepatuhan atau ketaatan kepada peraturan “
Awang dan Yusuff Khan ( 1970 ) mendefinasikan disiplin sebagai satu latihan
terutama bagi otak dan perangai untuk menyuburkan kepatuhan dan ketaatan .
16
Cleugh ( 1971 ) mendefinasikan disiplin sebagai unsur yang mempertingkatkan
perkembangan individu yang positif dan harmoni dalam sesebuah masyarakat yang
menjadi matlamat utama dalam pendidikan.
Wilson ( 1971 ) mentakrifkan disiplin sebagai himpunan berjenis-jenis peraturan
yang terlibat untuk mencapai peringkat yang baik dalam aktiviti yang bernilai .
Bushel ( 1973 ) mendefinasikan disiplin sebagai satu set prosedur yang digubal
untuk mengapuskan tingkahlaku yang menghalang keberkesanan pembelajaran .
Ausubel ( 1978 ) mendefinasikan disiplin sebagai pengenaan standard dan
kawalan luaran terhadap tingkah laku seseorang . Beliau mengaitkan disiplin dengan
kepermisifan yang bererti ketiadaan standard dan kawalan berkenaan.Ansubel juga
menyatakan bahawa perlunya unsur penyerapan disiplin dalam diri individu daripada
dua cara iaitu disiplin yang dikenakan dari luar ( externally imposed ) dan disiplin yang
disemai dan dihayati dalam diri seseorang ( internally induced ). Bagi Ansubel lagi
disiplin adalah satu bentuk penyebatian kawalan luaran ke dalam diri setiap individu .
Menurut Ee Ah Meng ( 1990 ) disiplin merupakan peraturan yang dipersetujui
oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik bagi
17
kesempurnaan kehidupan masyarakat itu . Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir
yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri
Rogers ( 1990 ) pula mentakrifkan disiplin seperti dibawah :
“ discipline is a teacher – directed activity whereby we seek to lead , guide , direct , manage or confrant a student behavior thatdisrupts the right of others be they teacher or student . This teacherbehavior has goals beyond retalition or punishment . It aims to leada student towards self control and personal accuntability . In fact ,the test of good or positive . Discipline can and enable a student to reach socially responsible goals ”
Rogers ( 1991 ) menambah bahawa disiplin jika digunakan dalam kata kerja
selalunya dihubungkan dengan pembetulan atau pembaikan ( correction ) atau dendaan
( punishment )
Definasi di atas bolehlah dirumuskan sebagai pematuhan oleh seseorang
individu ke atas beberapa set tingkahlaku yang telah dipersetujui oleh ahli masyarakat
melalui pematuhan dari dalaman dan luaran . Kajian ini ingin melihat hubungan
pelanggaran disiplin dengan 2 faktor utama iaitu berdasarkan jantina dan aliran
pengajian .
Kesalahan yang menjadi fokus pengkaji ialah 19 daripada 53 jenis kesalahan
yang diklasifikasikan oleh Kementerian Pendidikan ( 1990 ) . Klasifikasi tersebut
membahagikan salah laku kepada sembilan jenis iaitu jenayah , lucah , kekemasan diri ,
18
kesalahan berkaitan masa , kurang sopan , laku musnah , tidak jujur , ponteng dan lain-
lain jenis kesalahan
.
Kajian ini hanya melihat salah laku jenayah seperti salah guna dadah , mencuri ,
berjudi , ingkar arahan pengawas dan guru , peras ugut , bawa senjata tajam, bergaduh
dan bertumbuk . Jenis salah laku kedua ialah salah laku lucah terdiri daripada dua
bentuk kesalahan iaitu membawa bahan lucah ke sekolah dan mengeluarkan kata-kata
lucah . Salah laku melibatkan kekemasan diri adalah seperti kesalahan berambut panjang
, berkuku panjang dan memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan . Salah laku
berkaitan kepentingan masa adalah seperti berkeliaran di luar kelas dan datang lambat ke
sekolah . Kesalahan kurang sopan melibatkan dua kesalahan iaitu menghisap rokok dan
menganggu pengajaran guru . Tingkahlaku musnah yang dikaji dalam kajian ini ialah
merosakkan harta benda sekolah dan guru . Salah laku yang dikategorikan dalam ponteng
ialah ponteng kelas dan ponteng sekolah .
1.6.2. Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Teknik ditubuhkan dengan tujuan menyediakan pelajar yang
cenderung kepada bidang teknik diperingkat pendidikan menengah atas bagi
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang teknik .
Selain itu bidang ini juga membolehkan pelajar mendapat pekerjaan di sektor teknikal ,
perindustrian dan perdagangan .Sekolah jenis ini berbeza dengan sekolah jenis lain
19
kerana ianya hanya mempunyai pelajar tingkatan menengah atas iaitu tingkatan empat
dan lima sementara sekolah jenis lain memiliki pelajar dari tingkatan satu hingga lima .
Sekolah yang dikaji mempunyai seramai 864 pelajar . Ia memiliki seramai 241 pelajar
asrama dan bakinya sebagai pelajar harian biasa . Pelajar sekolah ini terdiri daripada 428
orang pelajar lelaki dan bakinya pelajar perempuan . Majoriti pelajar di sekolah ini adalah
daripada kaum Melayu dan terdapat 18 orang pelajar bukan Melayu di sekolah ini .
1.7. Batasan kajian
Kajian ini hanya melibatkan 115 orang rseponden . Ianya terhad kepada sebuah
sekolah tempat kajian dijalankan di sebuah daerah di negeri Johor .Ianya juga dihadkan
kepada pelajar Melayu yang berada dalam tingkatan empat kerana sekolah ini tidak
memiliki imbangan kaum yang setara . Oleh yang demikian kajian ini tidak mampu
memberi gambaran menyeluruh tentang sekolah lain , lokasi yang berlainan dan kaum-
kaum lain di negara ini .
20
BAB 2
TINJAUAN KAJIAN LAMPAU
2.1. Pengenalan
Di dalam bab ini pengkaji telah membuat tinjauan ke atas bahan penyelidikan
yang berkaitan dengan isu masalah disiplin dan konsep-konsep seperti disiplin , faktor
pelanggaran disiplin berkaitan diri pelajar , sekolah , keluarga dan rakan sebaya .
2.2. Masalah disiplin
Kajian yang dilakukan oleh Jessup dan Kiley ( 1971 ) mendapati bahawa masalah
disiplin di sekolah berpunca daripada guru , murid , masalah pentadbiran dan masalah
yang berpunca daripada ibu bapa . Kajian ini memperlihatkan kaitan antara empat faktor
di atas dengan pelanggaran disiplin .
William Healy ( 1909 ) dalam O ’ leary ( 1972 ) menyatakan faktor sekeliling
seperti jiran , rakan sebaya , ibu bapa memainkan peranan ke atas pelanggaran disiplin di
sekolah . Walaupun begitu beliau menyatakan keadaan ini berlaku tanpa disedari .
Kajian Abdul Hadi ( 1973 ) mendapati bahawa antara faktor-faktor yang berkait
dengan keruntuhan moral dikalangan wanita dan gadis ialah keadaan kemiskinan ,
pergaulan yang tidak sihat , pengaruh rakan sebaya , penganiayaan ibu bapa dan suasana
rumahtangga yang tidak stabil .
21
Cliford ( 1993 ) menyatakan bahawa sumber masalah disiplin yang berlaku di
sekolah adalah pelbagai sifatnya seperti faktor rumah , masyarakat dan sekolah .
Menurutnya lagi , masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah menerima pelajar
yang telah disosialisasikan oleh faktor luar .Mereka datang daripada berbagai latar
belakang sosio ekonomi , jenis keluarga , bangsa , budaya dan lainnya .Walaupun begitu ,
sekolah tidak mengambil kira faktor-faktor di atas malah ia mengenakan satu ukuran
standard kepada semua pelajarnya seperti masa , kehadiran , uniform , bentuk hukuman
serta lainnya .Bagi diri pelajar , mereka perlulah membuat penyesuaian dengan alam
sekolah .
Burton ( 1997 ) dalam Noraini Salleh ( 2000 ) , berpendapat bahawa keganasan
remaja ialah manifestasi kekecewaan yang mereka alami di rumah dan disekolah . Di
rumah mereka mengalami kekecewaan disebabkan tidak mendapat keperluan asas seperti
kasih sayang , makanan yang cukup , tempat yang selesa atau merasa tidak selamat .
Keadaaan yang sama mungkin dialami juga di sekolah , di mana mereka merasa
terpinggir daripada aktivi kumpulan mainstream sekolah kerana lemah dalam pelajaran
dan juga tidak bertenaga atau mahir untuk bersukan . Kerja rumah yang tidak
diselesaikan mengundang kemarahan guru dan menambah rasa tertekan . Kawan-kawan
mereka hanya terdiri daripada mereka yang senasib dan masing-masing memencilkan dan
bergerak dalam kumpulan sendiri . Seperti yang dilaporkan dalam Laporan Gangsterism (
1999 ) keadaan begini memungkinkan timbulnya kumpulan-kumpulan sub budaya di
22
mana mereka “ ganging ” bukan sahaja kerana persamaan antara mereka tetapi untuk
menjaga kebajikan anggota kumpulan, mengisi kekosongan atau kesunyian diri ,
mendapatkan perlindungan daripada gangguan kumpulan yang lain dan mendapatkan
rasa penghargaan kendiri . Akibatnya nanti akan timbul perbuatan membuli secara
berleluasa dan pukul memukul . Semakin ramai pelajar terpinggir semakin besarlah
kemungkinan pelajar berkumpul dalam kumpulan dan melakukan perbuatan ganas .
Inilah yang disebut oleh Burton 1997 ) sebagai “ typical frustration responses of young
people who have no ordinary means to attaining a role in society ”
Kajian oleh Marinal Hussin ( 1999 ) di sebuah sekolah rendah , mendapati
bahawa faktor keluarga , diri pelajar , sekolah dan rakan sebaya saling bertindak dan
berkaitan antara satu sama lain dan mengakibatkan masalah tingkah laku di kalangan
pelajar .
2.3.1. Masalah disiplin berpunca daripada diri pelajar
Teori Biologi oleh Cesare Lambroso ( 1936 ) melahirkan pendapat yang
menyatakan bahawa bentuk fizikal dan genetik seseorang itu mempunyai hubungan yang
signifikan dengan delinkuen . Menurutnya juga masalah delinkuen atau keterlibatan
seseorang dalam jenayah adalah diwarisi daripada keturunan .Beliau menyatakan bahawa
mereka yang selalu melanggar disiplin dan peraturan adalah mereka yang memiliki
23
kromosom yang lebih daripada orang lain , memiliki rupa yang sedikit berlainan , bentuk
badan yang agak besar , raut wajah yang garang dan mempunyai masalah mental .
Sigmund Frued yang terkenal dengan Teori Psikologi menyatakan bahawa
pengalaman kanak-kanak akan memberi kesan terhadap pembentukan personaliti
seseorang . Pada pendapatnya individu yang devian adalah seseorang yang mempunyai
super ego yang rendah dan lemah . Oleh yang demikian mereka tidak dapat mengawal
kehendak “ id ” atau nalurinya .( Shertzer dan Stone 1968 )
Mayer ( 1965 ) menyatakan bahawa disiplin seseorang pelajar dikaitkan dengan
otak anak yang tidak tenteram dan melibatkan apa yang dinamakan tiada habit training .
Bagi Despert ( 1965 ) dan Bee ( 1975 ) masalah disiplin pelajar di sekolah antara lain
berpunca daripada masalah emosi iaitu mereka ini disifatkan memiliki peribadi neurotik
dan psikotik ( psychotic ). Manusia jenis ini dikatakan memiliki peribadi yang tidak
stabil , jahat , selalu membuat salah , suka melawan , engkar dan dianggap tidak dapat
dibentuk .
Hans Toch ( 1969) telah membuat kajian mengenai tingkahlaku agresif mendapati
bahawa mereka yang selalu mencederakan orang lain mempunyai sifat penghargaan
kendiri yang rendah . Ini menyebabkan mereka cepat marah atau berdendam sekalipun
menerima kritikan yang terlalu kecil . Perasaan marah ini timbul kerana mereka rasa
maruah mereka terancam tambahan pula sudah sedia ada dalam diri mereka tanggapan
24
bahawa orang lain menganggap mereka mempunyai penghargaan kendiri yang rendah
( Stark 1994 )
Eltham Green ( 1972 ) melaporkan bahawa salah satu daripada perkara yang
mendorong seseorang murid berkelakuan tidak berdisiplin ialah kerana dia sendiri
mengalami masalah gangguan emosi . Gangguan emosi ini dikatakan berpunca daripada
kurangnya kasih sayang atau perhatian daripada keluarga , tiada wang , pergaduhan
dalam keluarga dan masalah kerunsingan yang kuat . Kesemua faktor ini mendorong
kepada kegiatan mencuri , mengganggu ketenteraman dan ponteng sekolah sebagai satu
cara tindak balas .
Berkaitan dengan isu jantina dan hubungannya dengan masalah disiplin ,
Hurlock ( 1975 ) mendapati bahawa remaja lelaki lebih mudah mengalami ketegangan
emosi daripada remaja perempuan . Rasa ketegangan ini berlaku kerana mereka lebih
banyak menghadapi masalah secara bersendirian ataupun berseorangan . Remaja lelaki
malu mencurahkan masalah mereka kepada orang lain . Mereka juga kurang mendapat
bimbingan daripada sesiapa. Pelajar lelaki juga dikatakan lebih suka bertindak mengikut
perasaan dan kadang-kala dibuat secara tidak waras. Bagi remaja perempuan pula ,
mereka menghadapi lebih banyak masalah berkaitan perkembangan fizikal dan faktor ini
juga mungkin boleh menyebabkan mereka melanggar disiplin sekolah .
25
Maznah Yusof ( 1981) dan Subramaniam ( 1981 ) mendapati bahawa remaja
lelaki lebih kerap melanggar disiplin berbanding remaja perempuan . Pelajar lelaki juga
dikatakan lebih menunjukkan tingkah laku anti disiplin yang lebih tinggi daripada pelajar
perempuan . Walter Gove ( 1984 ) dalam kajiannya mendapati pelajar lelaki lebih banyak
melakukan jenayah berbanding perempuan . Beliau juga mendapati bahawa terdapat
perbezaan yang ketara dalam jenis penglibatan mereka dalam jenayah seperti lelaki lebih
banyak terlibat dalam kegiatan gaduh , vandalisme , menganggotai kumpulan haram ,
dadah , merompak dan menculik . Manakala bagi perempuan lebih banyak terlibat
dengan pelacuran dan mengandung di luar nikah
Kajian oleh Tyerman ( 1968 ) dan Fogelman dan Richardson ( 1974 ) juga
mendapati bahawa pelajar lelaki lebih kerap ponteng sekolah .
Kajian oleh Jeffry Muhamad ( 1998 ) di lima buah sekolah menengah di daerah
Muar , Johor , mendapati pelajar lelaki menunjukkan min yang tingggi dalam
penglibatan menghisap rokok , tidak menyiapkan kerja sekolah , mengotorkan sekolah ,
bergaduh , ponteng selepas peperiksaan PMR , meniru dalam peperiksaan , berambut
panjang dan mengganggu murid perempuan
Hassan Langgulung ( 1977 ) dalam kajiannya keatas pelajar tingkatan 4 dan 5
mendapati bahawa , masalah yang dihadapi oleh pelajar yang kurang berdisiplin ialah
26
masalah psikologi , penyesuaian dengan kerja sekolah , masalah masa depan , masalah
moral dan keluarga .
Berkaitan dengan isu remaja pula , Ericson ( 1965 ) menyatakan peringkat remaja
merupakan satu peringakat mereka mengalami konflik identiti. Konflik ini menyebabkan
remaja berasa tidak selesa .Idea ini diperkuatkan lagi dengan hujah oleh Watson dan
Lingren ( 1979 ) yang menyatakan bahawa zaman remaja merupakan peringkat umur
yang penuh dengan cabaran . Remaja pada usia ini sedang cuba membentuk identiti
sendiri seperti cara berpakaian , memiliki minat , mempunyai prinsip , bertingkah-laku ,
memilih kawan dan lain-lainnya . Jika mereka gagal untuk membentuk identiti , perasaan
mereka akan merasa tertekan dan mereka akan cenderung melanggar disiplin sekolah
serta tidak mematuhi arahan guru .
Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan perlakuan tidak
berdisiplin antaranya ialah atas sifat individu tersebut . Beliau berpendapat tiap-tiap
individu itu bertanggungjawab di atas perlakuannya sendiri . “ ... the potential influence
of the student’s free will ”
Kajian oleh Kementerian Pendidikan ( 1994 ) berkaitan dengan ponteng sekolah
mendapati bahawa antara sebab pelajar ponteng sekolah ialah pelajar bersikap negatif
terhadap pelajaran seperti tidak minat belajar . Mereka juga mempunyai konsep kendiri
yang rendah seperti tidak ada cita-cita , harga diri dan keyakinan diri . Pelajar juga
27
bersikap mementingkan hiburan daripada pelajaran . Faktor lain yang berkaitan dengan
peribadi pelajar ialah pelajar jenis ini tidak memiliki dorongan atau motivasi , tidak
mempunyai kemahiran belajar , kekurangan zat makanan , kurang sihat dan lembam.
Kajian oleh Lawrence , Young , Steed ( 1984 ) , Stoll ( 1990 ) dan kajian oleh Bahagian
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1994 ) mengesahkan bahawa pelajar yang
tidak berminat dengan pelajaran lebih kerap terlibat dengan pelanggaran disiplin.
Berkaitan dengan minat belajar , kajian oleh Kouinin ( 1970 ) menunjukkan
bahawa amalan di dalam kelas oleh guru dapat mempengaruhi perlakuan murid dan
suasana pembelajaran di dalam kelas. Hujah ini disokong oleh Medley ( 1977 ) . Beliau
berpendapat perlakuan murid di dalam kelas juga sangat berkaitan dengan
ketidakfahaman murid terhadap kandungan kurikulum pengajaran . Menurutnya lagi ,
pelajar tidak dapat membuat hubung kait apa yang dipelajari dengan bentuk
pengaplikasian ilmu tersebut . Justeru pelajar telah gagal memberi perhatian kepada guru
dan menimbulkan keadaan minat yang rendah . Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi
oleh kajian Lee ( 1992 ) dan Ibrahim ( 1993 ) . Lee , dalam kajiannya mendapati bahawa
ciri pelajar yang melanggar peraturan sekolah adalah mereka yang tidak minat belajar ,
kurang motivasi , malas dan kurang daya tumpuan terhadap pengajaran guru . Kajian
Ibrahim pula mendapati bahawa , pelajar yang lemah dalam bidang akademik akan
berhadapan dengan risiko gagal dalam peperiksaan . Ini menyebabkan mereka mudah
kecewa dan berputus asa , hilang keyakinan dan kurang minat datang ke sekolah .
28
Hujah Kouinin dan Medley ini menerima sokongan daripada hujah Raven (1977 )
yang menyatakan bahawa murid tidak berminat kepada sesuatu matapelajaran adalah
hasil daripada tindakan guru yang tidak berusaha menarik minat pelajar .Keadaan
kekurangan motivasi terhadap pelajaran ditambah pula dengan faktor kelemahan
perkembangan mental bagi sesetengah pelajar, yang menyebabkan pelajar berada dalam
keadan yang lemah untuk belajar dan selalu gagal dalam peperiksaan ataupun
ujian .Kesan seterusnya ialah pelajar tersebut mudah kecewa dan hilang minat untuk
belajar .
Galloway ( 1987 ) dalam kajiannya terhadap 51 orang pelajar sekolah menengah
di Sherffield mendapati bahawa pelajar yang tidak faham pengajaran guru merupakan
antara ciri pelajar yang terlibat dengan salah laku di sekolah dan pelajar yang kerap
digantung daripada persekolahan .
Ismail ( 1980 ) mendapati pelajar yang gagal dalam pencapaian akademiknya
merasakan alam persekolahan sebagai satu bebanan kepada mereka . Ini menyebabkan
kes ponteng dan salah laku lainnya .
Nabil ( 1994) mendapati tekanan yang dialami oleh pelajar merupakan salah
satu punca yang mendorong pelajar melakukan jenayah seperti merosakkan harta orang
lain , penyalahgunaan dadah dan mencuri . Novy dan Donohue ( 1985 ) yang membuat
kajian ke atas 55 orang pelajar yang sering ponteng sekolah , mendapati bahawa terdapat
29
hubungan yang rapat antara perlakuan salah laku dengan tekanan yang dialami oleh
pelajar .
Gnagey ( 1968 ) menyatakan bahawa sememangnya ada pelajar yang kadang-
kadang sengaja suka mengabaikan peraturan yang dibuat oleh sekolah . Perbuatan
mengabaikan peraturan ini bukan sahaja dilakukan oleh pelajar yang datang dari pelbagai
latar belakang keluarga .
2.3. 2. Masalah disiplin berpunca daripada faktor keluarga
Diantara faktor keluarga yang mempengaruhi dan menyumbang kepada maslah
disiplin pelajar ialah cara asuhan ibu bapa ( Parkson 1964 ), penyeliaan ibu bapa
( Edward 1993 , Morrish 1975 , Whitmore 1995 , ) , corak asuhan ( Combs , Kelly,
Rogers , 1962 ) , kemiskinan ( Hussien Mahmood , 1980 ) dan faktor SES atau status
ekonomi keluarga oleh Yaakub Hj Yusuf , 1977 ) dan Herriot dan St John ( 1986 )
Schneider ( 1960 ) berpendapat keluarga mempunyai pengaruh dalam
membimbing dan mengawasi tingkah laku anak-anak supaya anak-anak tidak terlibat
dengan tingkah laku yang tidak bermoral . Wan Abdul Halim ( 1989 ) menegaskan
kelemahan yang terdapat dalam keluarga menyebabkan berlaku keruntuhan moral
dikalangan remaja . Nabil ( 1993 ) mendapati ibu bapa yang tidak menunjukkan
30
teladan yang baik kepada anak-anak menyebabkan anak-anak terkeliru dan
mempengaruhi pembinaan sahsiahnya .
Bijou dan Baer ( 1976 ) , Anolick ( 1983 ) juga menegaskan persekitaran keluarga
yang tidak memuaskan mendorong anak-anak untuk melibatkan diri dalam tingkah laku
yang tidak bermoral .
Sampornam ( 1988) mendapati latarbelakang keluarga merupakan faktor utama
yang menyebabkan masalah disiplin selain faktor lain seperti faktor guru, rakan sebaya
dan kelemahan membaca dikalangan pelajar . Aspek kelemahan dalam keluarga yang
menyumbang kepada pelanggaran disiplin ialah kurang kawalan oleh ibu bapa , ketiadaan
ibu bapa di rumah , kurang mendapat kasih sayang daripada salah seorang ibu bapa dan
jenis disiplin yang terlalu keras yang dipraktikkan di rumah . Sebaliknya kajian Driscoll
(1992) telah menunjukkan bahawa remaja yang mempunyai hubungan yang rapat
dengan ibu bapa dan sekolah kurang melibatkan diri dalam salah laku .
Edward ( 1993 ) menyatakan ibu bapa menyumbang kepada masalah disiplin
sekolah sekiranya mereka tidak dapat memberi sokongan kepada kanak-kanak dalam
membina konsep kendiri yang sihat , tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-
anak dan tidak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan sifat
bertanggungjawab. Beliau juga menambah bahawa hubungan yang tidak harmonis dalam
31
sesebuah keluarga mampu menyumbang kepada pelanggaran disiplin oleh anak-anak di
sekolah .
Bichler dan Snowman ( 1982 ) menyatakan masalah disiplin di sekolah berpunca
daripada masalah rumahtangga yang melibatkan pemusnahan konsep kendiri. Ianya juga
melibatkan emotional support atau sokongan emosi serta masalah peribadi yang ekstrim
.
Bagi Glasser ( 1984 ) masalah rumah juga melibatkan apa yang dipanggil
attention deprivation ( kehilangan perhatian ) iaitu seseorang anak akan menjadi kurang
berdisiplin di sekolah kerana berasa tidak cukup perhatian daripada keluarga semasa
berada di rumah . Oleh yang demikian pelajar jenis ini akan melakukan kesalahan
disiplin untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain sama ada guru atau dari
kalangan rakan sebaya .
Komunikasi antara ahli keluarga dikatakan merupakan satu bentuk pertalian yang
sangat ampuh untuk menjana satu bentuk kesalingfahaman hubungan antara ahli keluarga
. Dengan mengkaji corak hubungan komunikasi dalam keluarga kita akan dapat
memahami beberapa perkara yang menarik seperti perpaduan dalam sesebuah keluarga ,
proses membuat keputusan yang diambil dalam keluarga dan peraturan serta peranan
yang dimainkan oleh ahli keluarga tersebut .
32
Mengikut Barnes dan Olson ( 1985 ) keluarga yang mengamalkan komunikasi
yang baik mempunyai tahap kesepaduan , adaptasi dan kepuasan keluarga yang tinggi .
Sebaliknya konflik sering dikaitkan dengan perbezaan pendapat di antara ahli keluarga.
Tahap konflik yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dengan tingkah laku yang
bermasalah .
Mengikut Barnes ( 1989 ) perselisihan persepsi , pendapat atau tanggapan antara
ibu bapa dan remaja adalah sangat berkaitan dengan komunikasi yang sangat buruk
antara dua generasi tersebut . Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh kajian Reichertz dan
Frankel ( 1990 ) yang menyatakan bahawa keluarga yang kurang mengalami
permasalahan dengan anak-anak biasanya dapat melakukan komunikasi dengan baik ,
teratur dan dianggap berkesan . Walaubagaimanapun mengikut Hirschi ( 1969 ) hasil
kajiannya mendapati komunikasi bukanlah faktor utama yang memberi kesan
keseluruhan terhadap keadaan delinkuen yang dilakukan oleh remaja .
Kajian oleh Richard D. Clark dan Glenn Shield ( 1994 ) mendapati dengan
komunikasi yang berkesan , kegiatan delinkuen dapat dibendung atau dielakkan daripada
dilakukan oleh para remaja . Kajian ini juga mendapati anak yang datang daripada
keluarga yang tidak memiliki tahap komunikasi yang baik cenderung melakukan
delinkuen .Pendapat ini ditegaskan lagi oleh kajian Anolick ( 1983 ) yang menjelaskan
apabila interaksi ibu bapa dengan anak tidak memuaskan maka anak-anak akan
terdorong untuk terlibat dengan tingkah laku tidak bermoral .
33
Barbara ( 1963 ) menyatakan bahawa antara faktor ketidakhadiran pelajar ke
sekolah ialah berkaitan dengan latar belakang keluarga pelajar yang bercerai-berai .
Beliau mendapati bahawa pelajar yang datang dari keluarga yang bermasalah
seperti bercerai lebih banyak terlibat dengan kesalahan disiplin di sekolah . Ini kerana
keluarga ini tidak dapat melakukan proses sosialisasi yang lengkap dan mempunyai
kawalan yang kurang terhadap anak mereka .
Dapatan Sampoornam ( 1988 ). Sampoornam mendapati pelajar lelaki yang
terlibat dengan salah laku adalah kerana kurang pengawasan daripada ibu bapayang
disebabkan oleh faktor perceraian ibu bapa , ibu bapa yang tidak tinggal bersama dan
sering menghabiskan masa di luar rumah .
Mokhsin ( 1993 ) pula mendapati keluarga yang selalu dalam perbalahan dan
pertengkaran menyebabkan anak-anak bertingkah laku anti sosial . Anak daripada
keluarga yang bercerai sering mengalami tekanan perasaan . Akibat tekanan perasaan
yang dialami anak-anak mudah menjadi marah dan agresif .
Caraft ( 1972 ) dalam kajiannya tentang sebab tidak hadir ke sekolah mendapati
bahawa pelajar yang mempunyai latar belakang sosioekonomi yang rendah cepat
meninggalkan alam persekolahan dan dimulakan dengan tahap kehadiran yang buruk
34
pada peringkat permulaannya . Menurutnya , kanak-kanak kelas pekerja lebih cepat
berhenti sekolah berbanding kanak-kanak kelas lain .
Van Niekerk ( 1973 ) menyatakan faktor kemiskinan menyebabkan keadaan
ketidakhadiran yang buruk kepada pelajar . Keluarga yang mengalami kemiskinan , lebih
cenderung mahukan anak mereka cepat bekerja Ini menyebabkan anak mereka
meninggalkan persekolahan lebih awal untuk menampung keperluan hidup
keluarga .Hyman ( 1967 ) , Steward ( 1975 ) dan Chiam H.K ( 1978 ) mendapati antara
sebab ponteng sekolah ialah pelajar terpaksa membuat kerja di rumah di samping
membuat kerja sambilan bagi menampung keperluan dan perbelanjaan sekolah .
Rafiah ( 1993 ) mendapati bahawa pelajar yang datang dari keluarga
berpendapatan rendah terlibat dengan ponteng sekolah , ponteng kelas , datang lewat dan
mengganggu pengajaran guru .
Bagi Glasser ( 1984 ) masalah rumah juga melibatkan apa yang dipanggil
attention deprivation ( kehilangan perhatian ) iaitu seseorang anak akan menjadi kurang
berdisiplin di sekolah kerana berasa tidak cukup perhatian daripada keluarga semasa
berada di rumah . Oleh yang demikian pelajar ini akan melakukan kesalahan disiplin
untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain sama ada guru atau dari kalangan rakan
sebaya .
35
Glasser ( 1984 ) menyatakan masalah disiplin berpunca daripada masalah kasih
sayang di kalangan ahli keluarga . Beliau menyatakan kualiti masa yang digunakan oleh
ibu bapa bersama-sama anak-anak mereka mempengaruhi tingkah laku anak mereka .
Jika tidak banyak masa digunakan untuk melahirkan kasih sayang di kalangan ahli
keluarga , maka perasaan cintakan keluarga akan berkurangan pada anak-anak yang
terlibat . Pendapat Glasser ini disokong oleh kajian Chiam H.K ( 1993 , 1994 ) dan
Faridah ( 1989 ) . Kajian oleh Faridah ke atas 120 orang pelajar dari 2 buah sekolah
menengah telah mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara layanan ibu bapa
dengan perbuatan salah laku . Pelajar yang kurang mendapat kasih sayang kerap terlibat
dengan perbuatan salah laku . Kajian Chiam juga mendapati pelajar yang tidak dapat
cukup kasih sayang yang memiliki ibu bapa yang sering sibuk serta kurang mendapat
perhatian daripada ibu bapa akan menunjukkan tingkah laku anti sosial .
Sebaliknya kajian oleh Myers , Milne dan Keith Ginsburg ( 1987 ) ke atas 19,000
pelajar di 11,000 sekolah di Amerika Syarikat mendapati anak-anak yang dilayan dengan
mesra akan melahirkan ciri pelajar yang stabil emosinya , gembira , ada keyakinan diri
yang tinggi , mudah menerima arahan dan jarang melanggar peraturan sekolah
Satu lagi punca masalah disiplin datang dari rumah ialah berkaitan dengan corak
kawalan yang diamalkan oleh ibu bapa . Glasser ( 1984 ) menyatakan jikalau anak-anak
merasakan bahawa mereka terlalu dikongkong oleh ibu bapa , mereka akan menjadi
lebih devian atau delinkuen .
36
Masalah Ponteng Sekolah seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Pendidikan
( 1994 ) menyenaraikan lima sebab pelajar poteng sekolah berkaitan pengaruh keluarga
seperti suasana krisis dalam keluarga seperti pergaduhan ibu bapa , perpisahan dan
perceraian . Faktor kemiskinan juga memainkan peranan seperti kurang kelengkapan
belajar , kurang belanja harian , terpaksa bekerja untuk membantu keluarga , masalah ibu
bapa yang tidak pentingkan pelajaran anak-anak. Ia juga berkaitan dengan aspirasi ibu
bapa yang terlalu tinggi .
Hurlock ( 1973 ) menyatakan kawalan ibu bapa yang ketat menyebabkan anak
menjadi degil dan suka melawan . Sementara kawalan yang terlalu longgar pula
menyebabkan anak-anak berani melanggar peraturan . Laporan Seminar Kebangsaan
Mengenai Disiplin di Sekolah ( 1978 ) telah merumuskan bahawa kegagalan ibu bapa
melatih anak mendisiplinkan diri sebagai punca pelanggaran disiplin di sekolah . Di
rumah ibu bapa tidak menetapkan peraturan sebagai garis panduan untuk melentur serta
mengawal tingkah laku anak . Oleh kerana tidak biasa mengikut peraturan dan arahan ,
anak-anak mendapati sukar untuk akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah .
Ramai pengkaji barat meletakkan cara asuhan keluarga ke atas anak-anak mereka
mempengaruhi keadaan disiplin anak-anak di sekolah . Antara pengkaji yang membuat
kajian dalam perkara ini ialah Lamborn , Laurence dan Dornbush ( 1991 ). Kajian ini
37
dilakukan ke atas 10,000 orang pelajar gred empat di Wisconsin , Carlifornia , Amerika
Syarikat . Antara dapatan kajian ini ialah anak-anak yang mengalami corak asuhan dan
disiplin yang berbentuk autokratik di rumah adalah kurang terlibat dengan masalah salah
laku . Mereka juga pandai bergaul , pandai menyesuaikan diri dan memiliki semangat
bersaing secara positif . Manakala mereka yang diasuh dengan cara otokratik akan sering
terlibat dengan salah laku , kurang yakin pada diri sendiri , sensitif , mudah putus asa dan
menghadapi kesukaran dalam pergaulan .
2.3.3. Masalah disiplin berpunca daripada sekolah
Duane ( 1973 ) berpendapat jika keperluan murid diabaikan maka mereka akan
merasa kecewa dan resah , malahan akan menimbulkan perlakuan buruk . Oleh yang
demikian , kurikulum sekolah hendaklah memberi peluang kepada keperluan dan
kecenderungan semua murid sama ada murid yang bergeliga , yang sederhana dan
lemah . Keadaan kecerdasan otak pelajar mengikutnya memainkan peranan terhadap
minatnya untuk belajar . Jika kandungan kurikulum terlalu sukar untuk diikuti , maka
pelajar yang lemah akan mula berasa bosan dan enggan turut sama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran .
Waller ( 1939 ) dalam Marimuthu ( 1980 ) menyatakan asas segala masalah
disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai
sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berbeza .
38
Pendapat ini dikongsi bersama oleh Cohen ( 1955 ) yang menyatakan wujudnya konflik
nilai di antara sekolah dengan kelas pekerja yang menjadi salah satu punca masalah
disiplin di sekolah . Sekolah merupakan sebuah institusi kelas pertengahan yang
menimbulkan ketegangan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang kurang beruntung
atau serba kekurangan .Oleh kerana mereka tidak dapat memenuhi kehendak dan tuntutan
sekolah , pelajar akan melahirkan kekecewaan mereka dengan melanggar peraturan
sekolah .
Dalam kes ini Becker ( 1952 ) menyatakan kanak-kanak yang datang daripada
kelas sosial yang rendah datang ke sekolah dengan membawa nilai , cara berpakaian ,
gaya percakapan dan corak tingkahlaku yang mungkin tidak diterima oleh para guru .
Beliau mendapati guru yang mengajar pelajar ini seringkali melabel mereka sebagai
pelajar yang memiliki motivasi yang rendah , sukar dikawal , memiliki tabiat yang
agresif , berbeza daripada orang lain dan sering meminggirkan mereka semasa di dalam
kelas . Menurut Becker lagi , kesan tindakan ini akan menyebabkan pelajar tersebut
meninggalkan alam persekolahan , pasif , tidak aktif di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas dan terlibat dengan salah laku pelanggaran disiplin
terutamanya kepada guru terlibat .
Dahlke ( 1958 ) dan M.D. Shipman ( 1975 ) menyatakan sekolah memiliki
budaya yang tersendiri seperti corak tingkah laku yang dibenarkan , nilai , kepercayaan
dan persekitaran fizikal yang menyebabkan ianya berbeza daripada lain-lain institusi
39
sosial yang ada dalam masyarakat . Budaya ini lahir daripada siri interaksi antara guru
dan pelajar . Ianya terdiri daripada tiga bentuk utama iaitu instrumental , regulative dan
directive . Bentuk instrumental memaparkan budaya itu datang daripada pilihan orang
yang menjadi ahli di dalam institusi itu sendiri . Ianya telah disepakati oleh semua
anggota seperti cara melakukan sesuatu , cara mendapatkannya dan tujuan ianya dibuat .
Budaya ini menekankan tujuannya adalah untuk pengumpulan ilmu pengetahuan ,
kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus peperiksaan bagi menghasilkan pelajar
dan warganegara yang baik .
Bentuk regulative pula ialah berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh anggota
institusi dan digunakan sebagai satu cara dalam memelihara peraturan dan undang-
undang . Di dalamnya terdapat beberapa kriteria perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan dalam kehidupan . Di sekolah budaya ini dipertunjukkan melalui cara sekolah
mengenakan hukuman kepada mereka yang melanggar kesalahan dan bentuk ganjaran
kepada mereka yang berjaya dalam akademik dan kokurikulum .Ianya bertujuan untuk
menghasilkan pelajar yang bermoral yang kelak berkemampuan membuat pertimbangan
tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul dan salah .
Bentuk ketiga dinamakan directive atau terarah . Budaya ini datangnya daripada
individu terutamanya pemimpin sesebuah institusi yang memandu , memberi garis
panduan tingkahlaku berdasarkan nilai sedia ada , hasil interpretasi kehidupan dan
menyatakan matlamat mereka perlu mematuhi peraturan tersebut .
40
Hargreaves et al ( 1975 ) telah mengkelompokkan masalah pelajar kepada tiga
kumpulan iaitu berdasarkan kegiatan akademik terutama kepada mereka yang pandai dan
lemah dalam pelajaran . Kelompok kedua pula dikaitkan dengan kumpulan serpihan yang
terlibat dengan gejala salah laku dan delinkuen serta kelompok ketiga iaitu pelajar yang
menghadapi masalah emosi iaitu mereka yang selalu berasa bimbang dan memiliki
konsep kendiri yang rendah . Apa yang menjadi masalah dalam hal ini menurut
Hargreaves ialah , pelajar dari kalangan sosio ekonomi rendah tidak dapat mencapai
tuntutan yang dikenakan oleh pihak sekolah terutama dalam hal akademik .
Hargreaves ( 1967 ) menyatakan bahawa perbuatan dan tindakan yang dilakukan
oleh pihak sekolah mampu menyebabkan pelanggaran disiplin oleh murid-muridnya .
Beliau menyatakan beberapa tindakan sekolah seperti membahagikan jurusan pelajar ,
tradisi memberi hadiah dan sistem hukuman , tingkahlaku dan sikap guru dan jangkaan
guru , mewujudkan suasana budaya akademik dan budaya delinkuen . Pelajar yang
memasuki jurusan yang lebih tinggi akan melibatkan diri dengan lebih komited dalam
bidang akademik , boleh berkelakuan baik seperti yang diharapkan oleh pihak sekolah.
Sementara pelajar dari jurusan yang dianggap lebih rendah akan merasakan diri mereka
tidak diterima . Keadaan ini menurut Hargreaves lagi akan menyebabkan mereka terlibat
dengan kegiatan merokok , minum arak , menyimpan rambut panjang , melanggar
peraturan sekolah dan mengganggu pelajaran di dalam kelas .
41
Kajian yang sama yang dilakukan oleh Lacey ( 1970 ) menunjukkan bagaimana
proses membuat perbandingan melalui pembahagian jurusan menyebabkan kejadian salah
laku . Dalam kajiannya , dalam masa dua tahun pelajar dinilai dan di bahagikan mengikut
jurusan oleh guru mereka . Pelajar lelaki yang berada di dalam kelas yang terakhir telah
dilabel oleh guru sebagai pelajar yang sukar diajar , malas dan bodoh . Pelajar ini
sebenarnya berasal daripada mereka yang terpilih dan memiliki motivasi yang tinggi.
Dapatan kajian secara longitudinal selama dua tahun ini menghasilkan pelajar yang
terlibat dalam kajian ini mula berubah perangai kepada tidak meminati pelajaran yang
diajar dan tidak menyukai guru yang mengajar pelajaran tersebut .
Laporan Keciciran ( 1973 ) mendapati apabila jangkaan guru terhadap pelajar
tinggi , ia akan menyebabkan pelajar lebih lama berada di alam persekolahan .
Hartz ( 1968 ) berpendapat pelajar ponteng sekolah dan tidak minat untuk ke
sekolah kerana membenci guru yang mengajar mereka . Sikap membenci guru ini
adalah kerana personaliti guru tersebut yang dianggap bengis dan enggan mendengar
penjelasan daripada pelajar . Kajian ini diperkukuhkan lagi dengan dapatan oleh Raven
( 1977 ) yang menyatakan bahawa pelajar yang bermasalah di sekolah menunjukkan
sikap kurang berminat untuk belajar .
Mohd Noor ( 1977 ) mendapati guru merupakan penyebab utama murid terlibat
dengan salah laku . Guru yang kurang memberi inisiatif , motivasi , kreatif , tidak
42
membuat persediaan mengajar , bersikap ekstrim dalam melaksanakan arahan dan
peraturan menjadikan murid tidak berminat dengan sekolah .
Sebaliknya kajian oleh Borhan ( 1988 ) mendapati bahawa guru yang digemari
oleh murid ialah guru yang sering menanamkan nilai positif dan memberi motivasi
kepada pelajar .
Greabell ( 1975 ) Tunney ( 1977 , Gragey ( 1970 ) , Maslow dan Rogers ( 1962)
Boyson ( 1973 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat persekitaran persekolahan yang ketat
kawalannya menimbulkan keadaan tidak berdisiplin kerana murid akan menentang
kawalan ketat ini dengan berbagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru , tidak
bersopan , menentang guru dan berbohong . Walaupun begitu jika pendekatan jenis
permisif dilakukan di sekolah , guru akan menghadapi masalah di dalam dan luar kelas
kerana pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana gangguan oleh murid
( Gnagey 1970 )
Menurut Lacey ( 1970 ) jikalau murid itu dilabel dengan perkataan bodoh atau
malas , murid tersebut akan melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak
sekolah .Laporan Keciciran ( 1973 ) menjelaskan apabila seseorang murid menganggap
gurunya menggolongkannya sebagai tidak memuaskan maka murid itu akan mula
menjadi pasif dan tidak suka menyertai apa-apa aktiviti atau ia akan mula berkelakuan
buruk.
43
Saiz sekolah juga memberi kesan kepada disiplin murid . Sekolah yang besar atau
berkeadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian signifikan dengan masalah tidak
berdisiplin ( Bailey ( 1971 ) dan Reynolds ( 1977 ) . Duke ( 1980 ) menyatakan masalah
disiplin akan dapat diselesaikan dengan mudah dalam sekolah yang kecil .Pendapat ini
diperkukuhkan lagi oleh dapatan Shaw ( 1965 ) yang mendapati bahawa bilangan pelajar
dalam sesebuah kelas terlalu ramai menyebabkan guru lebih menumpukan perhatian
kepada pelajar yang berkebolehan dan pelajar sederhana .Pelajar lemah akan terbiar
begitu sahaja tanpa diberi sebarang perhatian , bimbingan dan menyebabkan mereka
jemu. Perasaan jemu ini akhirnya menumbuhkan perasaan tidak menghargai pelajaran
yang ada . Apabila ini berlaku pelajar akan lebih mudah terlibat dengan kegiatan ponteng
sekolah .
Dunhill ( 1968 ) , Nielson dan Kirk ( 1974 ), Barclay ( 1974 ) Randhawa dan Fu (
1973 ) , Welch dan Walberg ( 1972 ) serta Steele dan Kevins ( 1971 ) mendapati keadaan
kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan masalah disiplin kerana
keadaan tersebut akan membentuk watak kurang baik di kalangan murid .
Marimuthu ( 1980 ) menyatakan bahawa terdapat hubungan rapat antara masalah
disiplin dengan persekitaran sekolah . Baginya persekitaran yang menarik akan
menyebabkan minat pelajar untuk ke sekolah lebih baik berbanding keadaan sekolah
yang kotor , tidak menarik atau suram .
44
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1994 ) mendapati bahawa masalah ketidak
hadiran atau poteng sekolah berkaitan dengan iklim sekolah yang tidak menggalakkan .
Sekolah yang tidak ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan boleh menyebabkan
keadaan fizikal dan persekitaran sekolah yang tidak selesa dan tidak menarik untuk
suasana pengajaran dan pembelajaran .
Kajian juga mendapati bahawa antara sebab lain masalah disiplin berlaku
disekolah disebabkan oleh sistem kawalan dan penyeliaan yang lemah , kegiatan
kokurikulum yang tidak terancang , tumpuan yang lebih diberikan kepada peperiksaan ,
sikap tidak prihatin terhadap pelajar dan hukuman yang menjatuhkan maruah kepada
pelajar .Keadaan ini menimbulkan masalah penyesuaian dikalangan pelajar .
Faktor berkaitan guru juga menjadi alasan dalam permasalahan disiplin di sekolah
. Antaranya ialah faktor sikap guru yang tidak memberikan perhatian terhadap pelajar
yang ketinggalan dalam pelajaran , cara pengajaran yang menjemukan dan tidak
menarik . Amin ( 1978 ) menyatakan guru yang sentiasa berleter juga menjadi
kebencian pelajarnya dan menyebabkan guru tersebut tidak disukai . Pelajar juga berasa
takut yang diakibatkan oleh guru yang kasar dan bengis serta menghukum dengan
hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan .
45
Kajian Jamrozik dan Nocella ( 1998 ) menunjukkan bahawa usaha pihak sekolah
yang menggunakan apa yang disifatkan sebagai “ coercive remedies ”, dendaan ,
paksaan dan lain-lain corak kawalan tanpa menyertakan dengan motivasi , aspirasi ,
kemahiran menyelesaikan masalah ( conflict management skils ) tidak akan berjaya .
Sikap guru terhadap murid juga memainkan peranan dalam menimbulkan masalah
disiplin di sekolah . Dunhill ( 1965) menyatakan apabila guru tidak berminat terhadap
murid , tidak cekap dan tidak bersungguh-sungguh , ia akan menyebabkan murid tidak
menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar dan salah laku akan terjadi di dalam
kelas .
Reynolds ( 1977 ) menyatakan sekolah-sekolah yang kadar hukuman deranya
tinggi mempunyai lebih masalah tidak berdisiplin daripada sekolah yang tidak atau
kurang menggunakan deraan . Hukuman dera lebih menimbulkan rasa kecewa daripada
menolong pembelajaran . Pendapat ini menepati pendapat awal yang dikemukan oleh
Meashau dan Weisen ( 1974 ) yang menyatakan bahawa hukuman dera adalah tidak
mendatangkan keputusan yang baik kepada murid mahupun sekolah . Abdullah Salleh
( 1979 ) mengulas salah satu sebab terjadinya vandalisme di sekolah ialah akibat rasa
ingin balas dendam kepada pihak sekolah khususnya guru dan pentadbir .Pendapat ini
diperkukuhkan lagi dengan pendapat yang diutarakan oleh Rafiah Ismail ( 1993 ) yang
menyatakan bahawa guru disiplin terlalu tegas , keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman
46
ke atas pelajar tanpa melihat latarbelakang keluarga dan sebab pelajar melakukan salah
laku .
Menurut Edwards ( 1989 ) terdapat 6 sebab yang mempengaruhi disiplin oleh
pihak sekolah . Antara sebab-sebab tersebut ialah pelajar tidak memahami dengan jelas
tentang makna pembelajaran dan matlamat pendidikan kepada mereka . Sekolah juga
gagal untuk meransang perkembangan keupayaan pelajar berfikir dengan sendiri .
Sekolah melaksanakan keadaan yang rigid untuk merasakan pelajar diterima di sekolah .
Sekolah menganjurkan dan sangat memberi tumpuan kepada peperiksaan sehingga
menyebabkan berlakunya sistem penggredan yang menghalang kejayaan pelajar yang
lebih ramai , sekolah telah melaksanakan dasar kawalan yang agak keras kepada pelajar
dan gagal menyediakan satu suasana kondusif seperti kebebasan dan autonomi kepada
pelajarnya dan sekolah menggunakan prosedur disiplin yang menyebabkan berlakunya
kejadian pelanggaran disiplin .
Pendapat ini disokong oleh Resnick ( 1987 )mendapati kanak-kanak gagal untuk
membuat asosiasi atau penyesuaian yang baik dan tidak mampu menggunakan apa yang
mereka pelajari untuk menghadapi permasalahan hidup yang mereka hadapi sehari-hari .
Dreikur ( 1990 ) menyatakan antara sebab masalah disiplin di sekolah ialah
tekanan yang berlebihan yang dilakukan oleh guru . Kanak-kanak yang berasa tertekan
akan membuat perkara-perkara seperti bergaduh , menangis , suka menentang ,
47
melemparkan kemarahan kepada orang lain , berbohong , menjadi keras kepala dan tidak
patuh kepada arahan .
Antara punca tekanan lain ialah menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru
( West dan Wood , 1973 ) , Gaggarde Brumby ( 1985 ) , Mates dan Allison ( 1992 ) ,
Dobson ( 1980 ) , Verma dan Gupta ( 1990 ) dan Peach ( 1991 )
Pengkaji lain menyatakan bahawa peperiksaan memberi tekanan kepada pelajar .
Pendapat ini diutarakan oleh Thomas ( 1987 ) dan disokong oleh Verma dan Gupta
( 1990 ) , Westwood( 1991 ) Peach dan Jones ( 1991 ) dan Zitzow ( 1992 ) . Pelajar yang
tertekan ini memerlukan perhatian daripada guru di sekolah . mereka akan bising ,
menunjukkan lagak , suka mengganggu , malas , meminta perhatian daripada pelajar lain
, memerlukan bantuan tambahan atau perhatian khusus dalam menyiapkan sesuatu
tugasan , menyoal soalan yang tidak sesuai , membaling barang ke dalam kelas ,
menangis , hanya membuat kerja yang disuruh jikalau guru ada di sebelahnya dan mahu
diberikan perhatian istimewa berbanding orang lain . Mereka hanya akan melakukan
seperti apa yang dikehendaki jika sekiranya terdapat guru yang mereka gemari . Jikalau
tidak , keadaan seperti ini tidak akan berterusan
Nabil ( 1994 ) mendapati matapelajaran yang diajar di sekolah terlalu padat dan
membebankan pelajar . Ini menyebabkan pelajar tidak dapat menyiapkan kerja rumah
atau tugasan yang diberi oleh guru , tidak berminat pada guru yang mengajar dan tidak
48
berminat dengan matapelajaran yang diajar . Pelajar dalam keadaan ini beranggapan
mereka tidak akan berjaya dalam pelajaran dan peperiksaan dan menyebabkan
kekurangan minat untuk belajar. Kajiannya juga mendapati bahawa masalah
menghilangkan diri daripada kelas atau ponteng kelas terjadi akibat daripada
penyampaian guru yang membosankan .
49
BAB 3
KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1. Pengenalan
Dalam bab ini pengkaji menghuraikan kaedah untuk mendapatkan data daripada
sampel iaitu dari kalangan pelajar sekolah menengah yang berada di dalam tingkatan
empat . Kajian berbentuk survey ini bertujuan meninjau sejauhmana pelanggaran disiplin
telah berlaku di sekolah tempat kajian dijalankan . Ianya dinilai daripada maklumbalas
responden kepada item-item dalam soal selidik yang edarkan kepada mereka .
Kajian ini juga ingin menyelidiki dengan lebih mendalam hubungan diantara
kesalahan disiplin dengan jantina dan jurusan disamping ingin mengetahui kaitan faktor
sayangkan sekolah , penglibatan dalam kokurikulum , mendapat kasih sayang daripada
keluarga dan sayangkan keluarga dengan jenis kesalahan disiplin yang dilakukan ..
Bab ini menerangkan beberapa aspek lain berkaitan dengan metodologi kajian
iaitu kaedah penyelidikan , sampel , instrumen kajian , prosedur kajian dan cara
penganalisaan data .
Dalam kajian ini data dikumpulkan secara kuantitatif . Penyelidik menggunakan
kaedah survey kerana kaedah ini dapat mengukur subjek kajian yang luas berdasarkan
50
soal selidik yang disediakan . Menurut Mohd. Majid Konting ( 1998) soal selidik mampu
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta , kepercayaan, perasaan ,
kehendak dan sebagainya. Soal selidik juga lebih parktikal dan berkesan digunakan untuk
populasi yang besar. Keupayaan ini akan meningkatkan ketepatan anggaran statistik
sampel untuk menganggar parameter populasi . Seterusnya penggunaan saiz sampel yang
besar akan mengurangkan ralat persampelan . Pendekatan kuantitatif akan memudahkan
penyelidik membuat perbandingan dan penganalisaan data yang didapati dapat dianalisis
dengan lebih mudah dan sistematik .
3.2. Lokasi
Kajian ini dibuat di sebuah sekolah Menengah Teknik di negeri Johor . Lokasi ini
dipilih kerana ianya mampu memberikan maklumat berdasarkan kehendak kajian iaitu
jurusan pengajian . Sekolah ini mempunyai guru seramai 110 orang . bilangan muridnya
ialah seramai 930 iaitu seramai 519 berada di dalam tingkatan empat dan bakinya berada
di dalam tingkatan lima . Sekolah ini mempunyai empat aliran pengajian iaitu aliran
Teknik , Vokasional , Sijil Kemahiran dan KMK . Bagi aliran teknik mereka memiliki
beberapa pengkhususan seperti kejuruteraan awam , jentera dan elektrik . Jurusan
Vokasional memiliki beberapa pengkhususan seperti elektronik , amalan bengkel mesin ,
kursus kimpalan , kursus binaan bangunan , kursus penyaman udara , automotif dan
rekaan fesyen . Pengkaji mememilih hanya sebuah sekolah sahaja untuk dijadikan satu
51
perspektif untuk perbandingan dengan kajian-kajian lain yang telah dibuat sebelum ini
berkaitan isu disiplin .
3.3. Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah
Teknik di negeri Johor . Bagi mendapatkan responden yang sesuai satu perbincangan
telah dibuat dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kaunselor sekolah terbabit .
Pemilihan sampel adalah dibuat atas kehendak “ purposive sampling ” iaiatu sampel
dipilih adalah berdasarkan kepada mereka yang pernah melakukan kesalahan disiplin .
Walaupun begitu responden tidak mengetahui cara pemilihan sampel ini dibuat .
Pemilihan sampel juga dibuat berdasarkan kepada rujukan pengkaji dan kaunselor ke atas
buku kesalahan disiplin pelajar sekolah kajian dijalankan . Pemilihan sampel juga
dipilih dan disesuaikan dengan kehendak kajian iaitu berdasarkan jantina dan aliran
pengajian .
3.4. Instrumen kajian
Kajian ini menggunakan satu set borang soal selidik yang mempunyai 3 bahagian
soalan iaitu A, B, dan C . Soal selidik ini telah disediakan oleh pengkaji sendiri
berdasarkan kehendak soalan kajian .Bahagian A soal selidik ini mengandungi 3 soalan
52
iaitu berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina , jurusan dan jarak dari
rumah ke sekolah . Responden diminta menandakan di petak yang disediakan.
Bahagian B soalan kaji selidik ini diambil dan disesuaikan daripada Laporan
Kesalahan salah laku oleh Kementerian Pendidikan 1992 . Soal selidik ini bertanyakan
jenis kesalahan disiplin yang menjadi fokus pengkaji . Pengkaji telah membahagikannya
kepada 8 perkara iaitu kesalahan disiplin berkaitan jenayah ( 6 jenis salah laku ) , 2
salah laku bagi setiap kesalahan lucah , kesalahan berkaitan masa , kurang sopan , laku
musnah , ponteng , kekemasan diri dan lain-lain jenis salah laku . Responden diminta
menjawab sama ada
1. pernah lakukan
2. tidak pernah lakukan .
Bahagian C soalan kaji selidik ialah berkaitan dengan 2 kenyataan tentang
sekolah dan 2 soalan berkaitan keluarga . Responden diberikan pilihan jawapan seperti
di bawah :
1 : setuju
2 : tidak setuju
53
3.5. Prosedur
Penulis telah mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pendidikan ( Lampiran A ) , Jabatan
Pendidikan Negeri Johor ( Lampiran B ) , Pejabat Pendidikan Daerah dan Pengetua
sekolah terbabit untuk menjalankan kajian .
Satu kajian rintis telah dilakukan di sekolah pengkaji sendiri ( Sekolah
Menengah Lenga Muar , Johor ) untuk melihat sejauhmana kefahaman para responden
terhadap soalan kaji selidik . Seramai 30 orang terlibat dengan kajian rintis ini . Setelah
kajian rintis dibuat pengkaji bertemu dengan pengetua sekolah terbabit untuk membuat
perbincangan berkaitan senarai responden yang terlibat dan tarikh diadakan kajian
berkaitan dengan soal selidik .Pelajar ini sebahagian besarnya dipilih oleh kaunselor
sekolah . Pelajar yang terpilih diminta menjawab soalan kaji selidik yang disediakan .
Pengkaji menerangkan terlebih dahulu peraturan mengisi soal selidik seperti
mengingatkan kepada reponden mengelakkan diri daripada membuat sebarang
perbincangan sesama responden dan menerangkan kepada responden sebarang soalan
yang diutarakan oleh mereka . Responden diberi masa lebih kurang 15 minit untuk
menjawab soalan soal selidik . Penyelidik menyelia sepanjang masa soal selidik diisi
oleh responden terlibat. Setelah soal selidik siap diisi kesemuanya penyelidik mengambil
kesemua soal selidik dan dibuat analisa .
54
3.6. Analisis data
Data telah dianalisis dengan menggunakan program “ Statistical Package For the
Social Sciences ( SPSS ) versi 9.5 Statistikal deskriftif atau perihalan digunakan bagi
mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang dikaji dari segi kekerapan ,
peratusan , min dan korelasi .Kajian ini menggunakan klasifikasi Spearman’s rho yang
digunakan oleh Rowntree ( 1991 ) dalam Najib ( 1999 ). Analisis min dibuat keatas jenis
kesalahan disiplin dan hubungannya dengan faktor yang dikaji. Korelasi yang digunakan
bagi menentukan magnitud perhubungan sama ada wujud hubungan yang tinggi atau
sebaliknya akan digunakan . Magnitud korelasi ditentukan melalui indeks korelasi seperti
berikut :
Bil Julat Paras Magnitud
1 Antara 0.0 hingga 0.20 Sangat lemah
2 0.20 hingga 0.40 Sangat lemah
3 0.40 hingga 0.70 Sederhana
4 0.71 hingga 0.90 Tinggi
5 0.91 hingga 1.0 Sangat tinggi
55
3.7. Model Kajian
Model kajian ini adalah seperti di bawah :
Rajah 1 : model kajian
56
Pelanggaran disiplin
( variabel bersandar )
Variabel bebas Faktor sayangkan sekolah Faktor penglibatan dalam
kokurikulum Faktor mendapat kasih sayang
daripada ibu bapa Faktor sayangkan keluarga
Jantina
Aliran pengajian
BAB 4
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.0. Pengenalan
Bab ini akan membincangkan latar belakang responden dari segi jantina ,
aliarn pengajian . Ia juga akan menerangkan jenis kesalahan disiplin yang dilakukan
pelajar mengikut jantina dan aliran dengan menggunakan kekerapan dan peratusan .
Pengkaji juga akan membuat perkaitan antara faktor sayangkan sekolah , penglibatan
dalam kokurikulum , mendapat kasih sayang daripada keluarga dan faktor sayangkan
keluarga dengan jenis salah laku yang dilakukan oleh pelajar .
4.1. Huraian latar belakang responden
Latar belakang responden melibatkan dua aspek iaitu jantina dan aliran pengajian
.
4.1.1 Jantina responden
Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina di antara lelaki dan
perempuan . Merujuk jadual tersebut , responden lelaki adalah seramai 71 orang atau
( 61.7 % ) sementara bilangan responden perempuan adalah seramai 44 orang ( 38.3 % ) .
57
Jadul 1 : Taburan responden mengikut jantina
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 71 61.7 %
Perempuan 44 38.3 %
Jumlah 115 100 %
4.1.2. Aliran pengajian
Terdapat dua aliran pengajian bagi responden . Berdasarkan jadual di bawah
bilangan responden dari aliran teknik ialah seramai 58 orang ( 50.4 % ) manakala aliran
vokasional ialah seramai 57 orang ( 49.6 % ) . Maklumat tersebut terdapat dalam rajah
di bawah :
Jadual 2 : Taburan responden mengikut aliran pengajian
Aliran pengajian Bilangan Peratus
Teknik 58 50.4 %
Vokasional 57 49.6 %
Jumlah 115 100 %
58
4.2.1 Jenis kesalahan disiplin yang dilakukan .
Kajian ini membahagikan kesalahan disiplin kepada 7 jenis salah laku iaitu
jenayah , lucah , kekemasan diri , tidak mementingkan masa , kurang sopan , tingkahlaku
laku musnah dan ponteng. Keputusan kajian ini dapat dilihat dalam jadual di bawah :
Jadual 4 : Jenis kesalahan disiplin
( N = 115 )
Bil Jenis kesalahan Bilangan terlibat
% Bilangan tidak
terlibat
%
1 Jenayahi. berjudi 0 0 115 100ii. mencuri 9 7.8 106 92.2iii. lawan guru dan pengawas
55 47.8 60 52.2
iv. Peras ugut 0 0 115 100v. bawa senjata tajam 11 9.6 104 90.4vi. salahguna dadahvii. bergaduh / bertumbuk
432
3.527.8
11183
96.572.2
2 Lucah i. bawa bahan lucah 3 2.6 112 97.4ii. mengeluarkan kata- kata lucah
8 7.0 107 93
3 Kekemasan dirii. rambut / kuku panjang 25 21.7 90 78.3ii. pakaian tidak ikut peraturan
20 17.4 95 82.6
4 Tidak pentingkan masai. berkeliaran 86 74.8 29 25.2ii. datang lewat 46 40 69 60
5 Kurang sopan
59
i. menghisap rokok 25 21.7 90 78.3ii. ganggu pengajaran guru
104 90. 4 11 8.7
6 Laku musnahi. musnah harta sekolah 48 41.7 67 58.3ii. musnah harta guru 3 2.6 112 97.4
7 Pontengi. ponteng kelas 27 23.5 88 76.5ii. ponteng sekolah 37 32.2 78 67.8
Jadual di atas menunjukkan bilangan pelajar yang terlibat dalam salah laku
jenayah yang tertinggi ialah kesalahan melawan guru dan pengawas iaitu sebanyak
47.8 % diikuti dengan kesalahan bergaduh atau bertumbuk sebanyak 27.8 % , 9.6 %
membawa senjata tajam ke sekolah , 7.8 % atas kesalahan mencuri dan 3.5 % salah guna
dadah . Walaupun begitu responden tidak terlibat dengan dua kesalahan iaitu peras
ugut dan berjudi .
Bagi kesalahan berkaitan lucah , sebanyak 7 % pelajar terlibat dengan salah laku
mengeluarkan kata-kata lucah dan 2.6 % membawa bahan berunsur lucah .
Bagi kategori kesalahan kekemasan diri , sebanyak 21.7 % pelajar terlibat dengan
kesalahan berambut dan berkuku panjang manakala 17.4 % bagi kesalahan pakaian yang
tidak mengikut peraturan .
60
Berkaitan dengan salah laku tidak mementingkan masa , sebanyak 74.8 % pelajar
melakukan kesalahan berkeliaran di kawasan sekolah seperti keluar kelas semasa guru
tiada di dalam kelas , manakala 40 % bagi kesalahan datang lewat .
Bagi salah laku kurang sopan , kira-kira 90.4 % pelajar terlibat dengan kesalahan
menganggu pengajaran guru seperti membuat kerja lain semasa guru sedang mengajar
manakala 21.7 % pelajar terlibat dengan kesalahan merokok di kawasan sekolah .
Bagi kesalahan laku musnah , kira-kira 41.7 % terlibat dengan kesalahan rosak
harta benda sekolah seperti menconteng meja kelas sementara 2.6 % pelajar terlibat
dengan kesalahan merosakkan harta benda guru seperti mencakar kereta guru .
Dalam kategori salah laku ponteng , didapati 32.2 % pelajar terlibat dalam
kesalahan ponteng sekolah manakala 23.5 % lagi terlibat dengan kesalahan ponteng
kelas .
4.2.2. Jenis kesalahan disiplin mengikut jantina
XXXXXX. Dapatan lain tentang penglibatan pelajar dalam kesalahan boleh
dirujuk dalam jadual di bawah :
61
Jadual 5 : Jenis kesalahan disiplin mengikut jantina
Lelaki Perempuan N= 71 N= 44
Bil Jenis kesalahan Bilangan terlibat
% Bilangan terlibat
%
1 Jenayahi. berjudi 0 0 0 0ii. mencuri 8 11.3 1 2.3iii. lawan guru dan pengawas 36 50.7 19 43.2iv. Peras ugut 0 0 0 0v. bawa senjata tajam 6 8.5 5 11.4vi. salahguna dadahvii. bergaduh / bertumbuk
425
5.635.2
07
015.9
2 Lucah i. bawa bahan lucah 2 2.8 1 2.3ii. mengeluarkan kata-kata lucah 8 11.3 0 0
3 Kekemasan dirii. rambut / kuku panjang 15 21.1 10 22.7ii. pakaian tidak ikut peraturan 14 19.7 6 13.6
4 Tidak pentingkan masai. berkeliaran 55 77.5 31 72.3ii. datang lewat 31 43.7 15 34.1
5 Kurang sopani. menghisap rokok 25 35.2 0 0ii. ganggu pengajaran guru 64 90.1 40 90.9
6 Laku musnahi. musnah harta sekolah 36 50.7 12 27.3ii. musnah harta guru 3 4.2 0 0
7 Pontengi. ponteng kelas 16 22.5 11 25
62
Jadual di atas menunjukkan bilangan pelajar lelaki yang terlibat dalam salah laku
melawan guru dan pengawas adalah sebanyak 50.7 % berbanding 43.2 % oleh pelajar
perempuan . Sebanyak 35.2 % pelajar lelaki terlibat dengan kesalahan bergaduh dan
bertumbuk berbanding 15.9 % oleh pelajar perempuan . Sebanyak 11.4 % pelajar
perempuan terlibat dengan kesalahan membawa senjata tajam ke sekolah berbanding
8.5 % pelajar lelaki. Sebanyak 11.3 % pelajar lelaki melakukan kesalahan mencuri
berbanding hanya 2.3 % dilakukan oleh pelajar perempuan .Bagi kesalahan salahguna
dadah , sebanyak 5.6 % pelajar lelaki terlibat berbanding 0 % oleh pelajar perempuan
. Walaupun begitu kedua-dua jantina tidak terlibat dengan dua kesalahan iaitu peras
ugut dan berjudi .
Bagi kesalahan berkaitan lucah , penglibatan pelajar lelaki adalah sebanyak
2.8 % berbanding 2.3 % oleh pelajar perempuan . Manakala 11.3 % pelajar lelaki terlibat
dengan kesalahan mengeluarkan kata-kata lucah . Pelajar perempuan tidak terlibat
dengan kesalahan ini .
Bagi kategori salah laku kekemasan diri , sebanyak 22.7 % pelajar perempuan
terlibat dengan kesalahan berambut dan berkuku panjang berbanding 21.1 % oleh pelajar
lelaki . Bagi kesalahan pakaian yang tidak mengikut peraturan pula , sebanyak 19.7 %
pelajar lelaki terlibat berbanding hanya 13.6 % oleh perempuan .
63
Berkaitan dengan salah laku tidak mementingkan masa , sebanyak 77.5 %
pelajar lelaki melakukan kesalahan berkeliaran di kawasan sekolah berbanding 72.3 %
oleh pelajar perempuan .Sebanyak 43.7 % pelajar lelaki terlibat dengan kesalahan datang
lewat berbanding 34.1 % pelajar perempuan .
Bagi salah laku kurang sopan , kira-kira 90.9 % pelajar perempuan terlibat
dengan kesalahan mengganggu pengajaran guru berbanding 90.1 % pelajar
lelaki .Manakala 35.2 % pelajar lelaki terlibat dengan kesalahan merokok di kawasan
sekolah . Pelajar perempuan tidak terlibat dengan kesalahan merokok .
Bagi kesalahan laku musnah , kira-kira 50.7 % pelajar lelaki terlibat dengan
kesalahan merosakkan harta benda sekolah berbanding 27.3 % oleh pelajar perempuan .
Sementara 4.2 % pelajar lelaki terlibat dengan kesalahan merosakkan harta benda guru
berbanding 0 % oleh pelajar perempuan .
Jadual 5 juga menunjukkan 33.8 % pelajar lelaki terlibat dengan kesalahan
ponteng sekolah berbanding 29.5 % oleh pelajar perempuan . Manakala 25 % pelajar
perempuan terlibat dengan kesalahan ponteng kelas berbanding 22.5 % pelajar lelaki .
Kesimpulannya bagi kategori perlakuan jenayah pelajar lelaki lebih banyak
terlibat dalam kesalahan mencuri , melawan guru dan pengawas dan salah guna dadah .
Pelajar perempuan pula lebih banyak terlibat dalam kesalahan membawa senjata tajam .
64
Bagi kategori salah laku lucah pelajar lelaki lebih banyak terlibat dalam kesalahan
membawa bahan berunsur lucah dan mengeluarkan kata-kata berunsur lucah . Bagi
kesalahan berkaitan kekemasan diri pelajar lelaki lebih banyak terlibat dalam kesalahan
pakaian tidak mengikut peraturan manakala pelajar perempuan terlibat dalam kesalahan
berambut dan berkuku panjang . Bagi kesalahan kurang sopan pelajar lelaki lebih banyak
terlibat dalam kesalahan menghisap rokok manakala pelajar perempuan lebih banyak
terlibat dalam kesalahan mengganggu pengajaran guru Bagi tingkah laku musnah ,
pelajar lelaki lebih banyak terlibat dalam kedua-dua jenis kesalahan iaitu memusnahkan
harta benda sekolah dan guru . Bagi kategori ponteng , pelajar lelaki lebih banyak terlibat
dengan kesalahan ponteng sekolah berbanding pelajar perempuan yang banyak terlibat
dengan kesalahan ponteng kelas .
4.2.3. Jenis kesalahan disiplin mengikut aliran
XXXXXXXXX
. Dapatan lain kajian ini bolah dilihat dalam jadual di bawah :
Jadual 6 : Jenis kesalahan disiplin mengikut aliran .
Bil Jenis kesalahan Aliran teknikN= 58
% AliranVokasional
N=57
%
1 Jenayahi. berjudi 0 0 0 0
65
ii. mencuri 3 5.2 6 10.5iii. lawan guru dan pengawas 22 37.9 33 57.9iv. Peras ugut 0 0 0 0v. bawa senjata tajam 4 3.4 7 12.3vi. salahguna dadahvii. bergaduh / bertumbuk
125
1.735.7
37
5.315.9
2 Lucah i. bawa bahan lucah 2 3.4 1 2.3ii. mengeluarkan kata-kata lucah 3 5.2 5 8.8
3 Kekemasan dirii. rambut / kuku panjang 15 25.9 10 17.5ii. pakaian tidak ikut peraturan 6 10.4 14 25.1
4 Tidak pentingkan masai. berkeliaran 39 67.2 47 82.5ii. datang lewat 26 44.8 20 35.1
5 Kurang sopani. menghisap rokok 9 15.5 16 28.1ii. ganggu pengajaran guru 53 91.4 51 89.5
6 Laku musnahi. musnah harta sekolah 24 41.4 24 42.1ii. musnah harta guru 3 5.2 0 0
7 Pontengi. ponteng kelas 14 24.1 13 22.8ii. ponteng sekolah 20 34.5 17 29.8
Bagi kesalahan jenayah , jadual 6 menunjukan 10.5 % pelajar aliran vokasional
terlibat dalam kesalahan mencuri berbanding 5.2 % aliran teknik . 57.9% pelajar
vokasional pula terlibat dalam kesalahan melawan guru dan pengawas berbanding hanya
37.9 % oleh pelajar aliran teknik . Sebanyak 35.7 % pelajar aliran teknik terlibat dengan
kesalahan bergaduh dan bertumbuk berbanding hanya 15.9 % oleh pelajar vokasional .
Sebanyak 12.3 % pelajar vokasional terlibat dalam kesalahan membawa senjata tajam
66
ke sekolah .berbanding hanya 3.4 % pelajar aliran teknik . Terdapat 5.3 % pelajar aliran
vokasional terlibat dalam kesalahan salah guna dadah berbanding hanya 1.7 % oleh
aliran teknik .
Berkaitan dengan salah laku lucah , Jadual 6 juga menunjukkan 3.4 % pelajar
aliran teknik terlibat terlibat dengan membawa bahan lucah ke sekolah berbanding 2.3 %
oleh pelajar aliran vokasional . Data juga menunjukkan 8.8 % pelajar aliran vokasional
terlibat dalam kesalahan mengeluarkan kata-kata lucah berbanding 5.2 % aliran teknik.
Bagi kesalahan kekemasan diri , sebanyak 25.9 % pelajar aliran teknik terlibat
dengan kesalahan berambut dan berkuku panjang berbanding 17.5 % oleh pelajar
vokasional . Bagi kesalahan pakaian yang tidak mengikut peraturan pula , sebanyak
25.1 % pelajar vokasional terlibat dengannya berbanding hanya 10.4 % oleh aliran
vokasional .
Bagi kesalahan tidak mementingkan masa , sebanyak 82.5 % pelajar vokasional
melakukan kesalahan berkeliaran di kawasan sekolah berbanding 67.2 % oleh pelajar
teknik .Sebanyak 44.8 % pelajar aliran teknik terlibat dengan kesalahan datang lewat
berbanding 35.1 % pelajar vokasional .
Untuk salah laku kurang sopan , kira-kira 91.4 % pelajar aliran teknik terlibat
dengan kesalahan menganggu pengajaran guru berbanding 89.5 % pelajar
67
vokasional .Manakala 28.1 % pelajar vokasional terlibat dengan kesalahan merokok di
kawasan sekolah berbanding hanya 15.5 % oleh pelajar aliran teknik .
Bagi kesalahan laku musnah , kira-kira 42.1 % pelajar vokasional terlibat dengan
kesalahan rosak harta benda sekolah berbanding 41.4 % oleh pelajar teknik . Sementara
5.2 % pelajar teknik terlibat dengan kesalahan merosakkan harta benda guru
berbanding 0 % oleh pelajar vokasional .
Bagi kesalahan ponteng , sebanyak 34.5 % pelajar aliran teknik terlibat dengan
kesalahan ponteng sekolah berbanding 29.8 % oleh pelajar vokasional . Manakala 24.1%
pelajar teknik terlibat dengan kesalahan ponteng kelas berbanding 22.8 % pelajar
vokasional . .
Kesimpulannya dalam jenis salah laku jenayah pelajar aliran vokasional lebih
banyak terlibat dalam kesalahan mencuri , melawan guru dan pengawas , membawa
senjata tajam dan salah guna dadah berbanding pelajar aliran teknik . bagi kategori salah
laku lucah , pelajar aliran vokasional lebih banyak terlibat dengan kesalahan
mengeluarkan kata-kata lucah berbanding pelajar aliran teknik . Pelajar aliran teknik pula
lebih banyak terlibat dalam kesalahan membawa bahan berunsur lucah berbanding pelajar
aliran vokasional . Bagi kesalahan kekemasan diri , pelajar aliran teknik lebih banyak
terlibat dengan kesalahan berambut dan berkuku panjang berbanding pelajar vokasional.
Pelajar vokasional lebih banyak terlibat dengan kesalahan memakai pakaian tidak
68
mengikut peraturan . Bagi kesalahan tidak pentingkan masa , pelajar aliran vokasional
lebih banyak terlibat dalam kesalahan berkeliaran manakala pelajar aliran teknik lebih
banyak terlibat dalam kesalahan datang lewat . Bagi salah laku kurang sopan , pelajar
vokasional lebih banyak terlibat dengan kesalahan menghisap rokok dan menganggu
pengajaran guru berbanding pelajar aliran teknik . Bagi kesalahan ponteng , pelajar aliran
teknik lebih banyak terlibat dengan kesalahan ponteng kelas dan ponteng sekolah
berbanding pelajar aliran vokasional .
4.2.4. Hubungan di antara sayangkan sekolah dengan jenis kesalahan disiplin
Kajian menunjukkan kekerapan bagi sayangkan sekolah ialah sebanyak 93 %
( 107 ) berbanding hanya 7 % ( 8 ) yang tidak sayangkan sekolah .. Dapatan lain kajian
ini adalah seperti dalam jadual di bawah :
Jadual 7 : Hubungan di antara sayangkan sekolah dengan jenis kesalahan disiplin
Masalah disiplin Sayangkan sekolah
N=107
Tidak sayangkan sekolahN= 8
Jumlah
N=115
Aras signifikanSpearman
69
JenayahTiada masalahAda masalah
53.9 % ( 51 )46.1 % ( 56 )
25% ( 2 ) 75 % ( 6 )
46 %(53 )54% (62)
0.61
LucahTiada masalahAda masalah
87 % (100 )13 % ( 7 )
50% ( 4 ) 50% ( 4 )
90.4%(104)9.6% (11)
0.28
Kekemasan diriTiada masalahAda masalah
8.4 % ( 9 )91.6 % ( 98 )
75 % ( 6 )25% ( 2 )
91.3 %(105)8.7 % (10)
0.25
Tidak pentingkan masaTidak ada masalahAda masalah
87% ( 93 )13% ( 14 )
25% ( 2 )75% ( 6 )
86% ( 99 )14 % (16) 0.02
Kurang sopanTiada masalahAda masalah
8.4 %( 9 )91.6% ( 98 )
12.5% ( 1 )87.5% ( 7 )
8.7% (10)91.3% (105)
0.72
Laku musnahTiada masalahAda masalah
59.8% ( 64 )40.2 % ( 43 )
37.5% ( 3 )62.5% ( 5 )
58.2% (67)41.2 %( 48 )
0.57
PontengTiada masalahAda masalah
58% ( 62 )42% ( 45 )
50% ( 4 )50% ( 4 )
57.4 % (66)42.6% ( 49 )
0.62
Jadual di atas menunjukan 46.1 % pelajar yang sayangkan sekolah terlibat dengan
kesalahan jenayah .Aras magnitud Spearman pada 0.61 menunjukkan terdapat hubungan
yang sederhana antara faktor sayangkan sekolah dengan kesalahan jenayah .
Sebanyak 13 % pelajar yang sayangkan sekolah terlibat dengan kesalahan
tingkahlaku lucah . Penanda aras magnitud spearman berada pada 0.28 menunjukkan
terdapat hubungan yang lemah antara faktor sayangkan sekolah dengan salah laku lucah .
70
Kira-kira 8.4 % pelajar yang sayangkan sekolah terlibat dengan kesalahan
kekemasan diri . Aras magnitud spearman berada pada aras 0.25 menunjukkan terdapat
hubungan yang lemah antara faktor sayangkan sekolah dengan salah laku kekemasan diri.
.
Kira-kira 13 % pelajar yang sayangkan sekolah terlibat dengan kesalahan tidak
pentingkan masa . Aras magnitud spearman adalah pada aras 0.02 menunjukkan terdapat
hubungan lemah yang antara faktor sayangkan sekolah dengan tidak mementingkan
masa.
Sebanyak 91.6 % % pelajar yang sayangkan sekolah terlibat dengan kesalahan
kurang sopan manakala aras magnitud spearman pada aras 0.72 menunjukkan terdapat
hubungan yang sangat tinggi antara faktor sayangkan sekolah dengan salah laku sopan .
Kira-kira 40.2 % pelajar yang sayangkan sekolah terlibat dengan kesalahan laku
musnah . Penanda aras magnitud spearman berada pada aras 0.57 menunjukkan terdapat
hubungan yang sederhana antara faktor sayangkan sekolah dengan salah laku musnah.
Sebanyak 42 % pelajar yang sayangkan sekolah terlibat dengan kesalahan
ponteng . Aras magnitud spearman pada aras 0.62 menunjukkan terdapat hubungan yang
sederhana antara faktor sayangkan sekolah dengan ponteng .
71
Kesimpulannya faktor sayangkan sekolah mempunyai hubungan yang tinggi
dengan salah laku kurang sopan . Ia mempunyai hubungan yang sederhana dengan
kesalahan jenayah , kesalahan laku musnah dan ponteng . Faktor sayangkan sekolah
mempunyai hubungan yang lemah dengan salah laku kekemasan diri dan lucah . Faktor
sayangkan sekolah memiliki hubungan yang sangat lemah dengan salah laku tidak
pentingkan masa .
4.2.5. Hubungan di antara penglibatan dalam kokurikulum dengan jenis kesalahan
disiplin
Kajian mendapati sebanyak 64 ( 55.6 % ) pelajar terlibat aktif dalam kegiatan
kokurikulum berbanding pelajar yang tidak aktif iaitu sebanyak 51 ( 44.4 % ). Dapatan
kajian ini dapat dilihat dalam jadual di bawah :
72
Jadual 8 : Hubungan di antara penglibatan dalam kokurikulum dengan jenis kesalahan disiplin .
Masalah disiplin Aktif dalam kokurikulumN= 64
Tidak aktif kokurikulumN=51
Jumlah
N=115
Aras signifikanSpearman
JenayahTiada masalahAda masalah
50% ( 32 ) 50% ( 32 )
41.1 %( 21 )58.9% ( 30 )
46 % (53 )54 % ( 62 )
0.40
LucahTiada masalahAda masalah
90.6 %( 58 ) 9.4% ( 6 )
90.2% ( 46 )8.8% ( 5 )
90.4% (104)9.6% (11 )
.007
Kekemasan diriTiada masalahAda masalah
28.1 %( 18 )71.9% ( 46 )
65 % ( 33 )35 % ( 18 )
31.3 % (36 )68.7 % (79 )
0.70
Tidak pentingkan masaTidak ada masalahAda masalah
15.6 %( 10 )84.4 % ( 54 )
11.7 % ( 6 )88.5% ( 45 )
13.9 %(16 )86.1 %( 99 )
0.67
Kurang sopanTiada masalahAda masalah
93.8 % ( 60 )6.2% ( 4 )
88.5% ( 45 )11.7% ( 6 )
91.3% (105)9.7 % ( 10 )
0.05
Laku musnahTiada masalahAda masalah
39.1 %( 25 )60.9 % ( 39 )
45% ( 23 ) 55% ( 28 )
41.7 %( 48 )58.3 %( 67 )
0.74
PontengTiada masalahAda masalah
64 %( 41 )38 % ( 23 )
49 % ( 25 ) 51 % ( 26 )
57.4 %( 66 )42.6 % (49 )
.0.60
Jadual di atas menunjukkan terdapat sebanyak 50 % pelajar yang aktif dalam
kokurikulum terlibat dengan kesalahan jenayah . Aras magnitud spearman adalah pada
0.40 menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara faktor penglibatan dalam
kokurikulum dengan kesalahan tersebut .
73
Sebanyak 9.4 % pelajar yang aktif dalam kokurikulum terlibat dengan kesalahan
lucah .Magnitud spearman adalah pada aras 0.07 yang menunjukkan terdapat hubungan
yang sangat lemah antara faktor penglibatan dalam kokurikulum dengan kesalahan ini .
Kira-kira 71.9 % pelajar yang aktif dalam kokurikulum terlibat dengan kesalahan
kekemasan diri . Aras magnitud spearman adalah pada 0.67 yang menunjukkan terdapat
hubungan yang sederhana antara faktor penglibatan dalam kokurikulum dengan
kesalahan kekemasan diri.
Sebanyak 6.2 % pelajar yang aktif dalam kokurikulum terlibat dengan kesalahan
lurang sopan . Aras magnitud spearman adalah pada 0.05 yang menunjukkan terdapat
hubungan yang sangat lemah antara faktor penglibatan dalam kokurikulum dengan
kesalahan kurang sopan. .
Kira-kira 60.4 % pelajar yang aktif dalam kokurikulum terlibat dengan kesalahan
laku musnah Aras magnitud spearman adalah pada 0.74 yang menunjukkan terdapat
hubungan yang tinggi antara faktor penglibatan dalam kokurikulum dengan kesalahan
tersebut .
74
Sebanyak 38 % pelajar yang aktif dalam kokurikulum terlibat dengan kesalahan
ponteng . Magnitud spearman adalah pada 0.60 yang menunjukkan terdapat hubungan
yang sederhana antara faktor penglibatan dalam kokurikulum dengan kesalahan ini .
Kesimpulannya terdapat perkaitan yang tinggi antara penglibatan dalam
kokurikulum dengan salah laku laku musnah . Faktor penglibatan dalam kokurikulum
mempunyai kaitan yang sederhana dengan tingkah laku jenayah , kekemasan diri , tidak
pentingkan masa dan ponteng . Ia mempunyai hubungan yang sangat lemah dengan salah
laku lucah dan kurang sopan .
.
4.2.6. Hubungan di antara mendapat kasih sayang daripada keluarga dengan jenis
kesalahan disiplin
75
Kajian mendapati pelajar yang mendapat kasih sayang ialah sebanyak 86.9%
( 100 ) manakala pelajar yang tidak mendapat kasih sayang pula sebanyak 13.1 % ( 7 ) .
Dapatan kajian ini adalah seperti dalam jadual di bawah :
Jadual 9 : Hubungan di antara mendapat kasih sayang daripada keluarga dengan jenis kesalahan disiplin .
Masalah disiplin Mendapat kasih sayangN= 100
Tidak dapat kasih sayangN=15
Jumlah
N= 115
Aras signifikanSpearman
JenayahTiada masalahAda masalah
48 % ( 48)52 % ( 52 )
33.3 % ( 5 )66.7% (10 )
46%(53)54 % (62)
0.95
LucahTiada masalahAda masalah
91 %( 91 )9 % ( 9 )
86.6% (13)13.4 % ( 2 )
90 % (104)10 %(11)
0.50
Kekemasan diriTiada masalahAda masalah
30 % ( 30 )70 % ( 70 )
40% ( 40 )60 % ( 9 )
31.4% ( 36 )68.6 % (79)
0.63
Tidak pentingkan masaTidak ada masalahAda masalah
16 % ( 16 )84 % ( 84 )
0 % ( 0 )100 % ( 15 )
13.9 % (16)86.1% (99)
0.64
Kurang sopanTiada masalahAda masalah
91 % ( 91 )9 % ( 9 )
93.4 % (1 4)6.6 % ( 1 )
91.4% (105)8.6% (10)
0.07
Laku musnahTiada masalahAda masalah
56 % ( 56 )44 % ( 44 )
73.3 % (11 )26.7 % ( 4 )
88.2% (67)41.8% (48)
0.81
PontengTiada masalahAda masalah
58 % ( 58 ) 42 % ( 42 )
53.3 % ( 8 )46.7 % ( 7 )
57.4 % (66 )42.6 % (49 )
0.28
76
Jadual menunjukkan terdapat sebanyak 52 % pelajar yang mendapat kasih sayang
terlibat dengan kesalahan jenayah .Aras magnitud perkaitan antara mendapat kasih
sayang dengan salah laku jenayah adalah pada 0.95 yang menunjukkan terdapat
hubungan yang sangat tinggi antara keduanya .
Jadual 9 juga menunjukkan terdapat kira-kira 9% pelajar yang mendapat kasih
sayang terlibat dengan kesalahan lucah .Aras magnitud perkaitan antara mendapat kasih
sayang dengan salah laku lucah adalah pada 0.50 yang menunjukkan terdapat hubungan
yang sederhana antara keduanya .
Terdapat sebanyak 70 % pelajar yang mendapat kasih sayang terlibat dengan
salah laku kekemasan diri . Aras magnitud spearman rho perkaitan antara mendapat
kasih sayang dengan salah laku kekemasan diri adalah pada 0.63 yang menunjukkan
terdapat hubungan yang sederhana antara keduanya .
Terdapat sebanyak 84 % pelajar yang mendapat kasih sayang terlibat dengan
salah laku tidak pentingkan masa . Aras magnitud spearman rho perkaitan antara
mendapat kasih sayang dengan salah laku tidak pentingkan masa adalah pada 0.64 yang
menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara keduanya .
Terdapat sebanyak 10 % pelajar yang mendapat kasih sayang terlibat dengan
salah laku kurang sopan .Aras magnitud perkaitan antara mendapat kasih sayang dengan
77
salah laku kurang sopan adalah pada 0.07 yang menunjukkan terdapat hubungan yang
sangat lemah antara keduanya .
Sebanyak 44 % pelajar yang mendapat kasih sayang terlibat dengan salah laku
laku musnah . Aras magnitud perkaitan antara mendapat kasih sayang dengan salah laku
musnah adalah pada 0.81 yang menunjukkan terdapat hubungan yang sangat tinggi
antara keduanya .
Kira-kira 42 % pelajar yang mendapat kasih sayang terlibat dengan salah laku
ponteng . Aras magnitud spearman rho yang menunjukan perkaitan antara mendapat
kasih sayang dengan salah laku ponteng adalah pada 0.28 yang menunjukkan terdapat
hubungan yang lemah antara keduanya .
Kesimpulannya terdapat hubungan yang sangat tinggi antara mendapat kasih
sayang dengan tingkah laku laku musnah dan jenayah . Faktor mendapat kasih sayang
daripada keluarga juga mempunyai hubungan yang sederhana dengan jenis salah laku
tidak pentingkan masa , kekemasan diri dan lucah Faktor mendapat kasih sayang
mempunyai hubungan yang lemah dengan salah laku jenis ponteng dan hubungan yang
sangat lemah dengan salah laku kurang sopan .
78
4.2.7. Hubungan di antara sayangkan ahli keluarga dengan jenis kesalahan disiplin .
Kajian mendapati terdapat seramai 93.9 % ( 108 ) sayangkan ahli keluarga
berbanding hanya 6.1 % ( 7 ) yang tidak sayangkan keluarga . Dapatan lain kajian ini
boleh dirujuk dalam jadual di bawah :
Jadual 10: Hubungan di antara sayangkan kesemua ahli keluarga dengan jenis kesalahan disiplin
79
Masalah disiplin Sayangkan keluarga
N= 108
Tidak sayangkan keluargaN= 7
Jumlah
N= 115
Aras signifikanSpearman
JenayahTiada masalahAda masalah
49.1 % ( 50 )50.9 % ( 58 )
42. 8 %( 3 )57.2 %( 4 )
46 % ( 53 )54 % ( 62 )
0.53
LucahTiada masalahAda masalah
96.3 %( 98 )3.7 %( 10 )
85.7 % ( 6 )14.3 %( 1 )
87.8 % (101)12.3 % (14 )
0.41
Kekemasan diriTiada masalahAda masalah
73.1 %( 74 )26.9 % ( 34 )
71.4 % ( 5 )28.6% ( 2 )
69.6 % ( 80 )30.4 % ( 35 )
0.27
Tidak pentingkan masaTidak ada masalahAda masalah
85.1 % ( 94 )14.9% ( 19 )
28.6 %( 2 )71.4 %( 5 )
83.4 % (96 )16.6 % (19 )
0.09
Kurang sopanTiada masalahAda masalah
9.3 %( 9 )90.7 % ( 99 )
14.3 %( 1 )85.7 %( 6 )
9.6 % (11 )90.4 % (104 ) 0.57
Laku musnahTiada masalahAda masalah
62.1 %( 64 )37.9 %( 44 )
42.8 %( 3 )57.2 %( 4 )
56.5 % ( 65 )43.5 % ( 50 )
0.77
PontengTiada masalahAda masalah
61.2 %( 63 )38.8 %( 45 )
42.8 %( 3 )57.2 % ( 4 )
57.4 % ( 66 )42.6 % ( 49 )
0.44
Jadual di atas menunjukkan bahawa sebanyak 58 % pelajar yang sayangkan
keluarga terlibat dengan kesalahan jenayah . Aras magnitud spearman adalah pada 0.53
yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana antara sayangkan ahli
keluarga dengan kesalahan jenayah
80
Sebanyak 10 % pelajar yang sayangkan keluarga terlibat dengan kesalahan lucah
Aras magnitud spearman adalah pada 0.41 yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang sederhana antara sayangkan ahli keluarga dengan kesalahan lucah .
Sebanyak 34 % pelajar yang sayangkan keluarga terlibat dengan kesalahan
kekemasan diri . Aras magnitud spearman adalah pada 0.27 yang menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang lemah antara sayangkan ahli keluarga dengan kesalahan
kekemasan diri
Sebanyak 19% pelajar yang sayangkan keluarga terlibat dengan kesalahan tidak
mementingkan masa Aras magnitud spearman adalah pada 0.07 yang menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang sangat lemah antara sayangkan ahli keluarga dengan
kesalahan tidak mementingkan masa .
Kira-kira 99 % pelajar yang sayangkan keluarga terlibat dengan kesalahan
kurang sopan Aras magnitud spearman adalah pada 0.57 yang menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang sederhana antara sayangkan ahli keluarga dengan kesalahan
kurang sopan .
Jadual 10 di atas juga menunjukkan sebanyak 44 % pelajar yang sayangkan
keluarga terlibat dengan kesalahan laku musnah. Aras magnitud spearman adalah pada
81
0.77 yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tinggi antara sayangkan ahli
keluarga dengan kesalahan laku musnah .
Sebanyak 45 % pelajar yang sayangkan keluarga terlibat dengan kesalahan
ponteng . Aras magnitud spearman adalah pada 0.44 yang menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang sederhana antara sayangkan ahli keluarga dengan kesalahan ponteng.
Kesimpulannya faktor sayangkan ahli keluarga mempunyai hubungan yang tinggi
dengan salah laku musnah . Faktor ini juga mempunyai hubungan yang sederhana dengan
jenis salah laku jenayah , lucah , kurang sopan dan ponteng . Faktor sayangkan ahli
keluarga mempunyai hubungan yang sangat lemah dengan kesalahan tidak
mementingkan masa .
82
BAB 5
RUMUSAN
5.1 Pendahuluan
Bab ini mengandungi empat bahagian yang didahului oleh ringkasan kajian
diikuti dengan perbincangan , cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan .
5.2. Ringkasan kajian
Kajian ini bertujuan melihat apakah bentuk-bentuk salah laku yang dilakukan
oleh pelajar mengikut jantina dan aliran pengajian Bentuk salah laku dilihat dari sudut
jenis salah laku yang dilakukan iaitu jenayah , lucah , kekemasan diri , tidak
mementingkan masa , kurang sopan , laku musnah dan ponteng .Kajian ini juga ingin
melihat hubungkait antara empat pembolehubah sayangkan sekolah , terlibat aktif dalam
kegiatan kokurikulum , sayangkan ahli keluarga dan mendapat kasih syang keluarga
dengan jenis salah laku yang dilakukan oleh pelajar .
Sampel kajian adalah terdiri daripada 115 orang pelajar tingkatan empat dari
sebuah sekolah menengah Teknik di negeri Johor .
83
Kajian ini menggunakan kaedah survey . Alat kajian yang digunakan terdiri
daripada 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah soalan berkaitan latar
belakang jantina , aliran dan jarak rumah ke sekolah . Bahagian B pula menyenaraikan
20 item berkaitan dengan jenis salah laku . Bahagian C adalah dua kenyataan berkaitan
dengan sekolah dan dua kenyataan berkaitan keluarga .
5.3. Ringkasan dapatan
5.3.1. Penglibatan pelajar dalam kesalahan disiplin .
Kajian menunjukkan bilangan pelajar yang terlibat dalam salah laku jenayah yang
tertinggi ialah kesalahan melawan guru dan pengawas iaitu sebanyak 48 % diikuti
dengan kesalahan bergaduh dan bertumbuk sebanyak 27.8 % , membawa senjata tajam
ke sekolah sebanyak 10 % , 8.0 % atas kesalahan mencuri dan 4.0 % salah guna dadah .
Walaupun begitu responden tidak terlibat dengan dua kesalahan iaitu peras ugut dan
berjudi .
Bagi kesalahan berkaitan lucah , penglibatan pelajar adalah sebanyak 7 % atas
kesalahan mengeluarkan kata-kata lucah dan 3 % lagi atas kesalahan membawa bahan
berunsur lucah .
84
Sebanyak 22 % pelajar terlibat dengan kesalahan berambut dan berkuku panjang
berbanding kesalahan pakaian yang tidak mengikut peraturan pula ialah sebanyak 17 % .
Berkaitan dengan salah laku tidak mementingkan masa , sebanyak 75 % pelajar
melakukan kesalahan berkeliaran di kawasan sekolah seperti keluar kelas semasa guru
tiada di dalam kelas , manakala bagi kesalahan datang lewat pula ianya melibatkan 40 %
pelajar .
Bagi salah laku kurang sopan , kira-kira 90. % pelajar terlibat dengan kesalahan
menganggu pengajaran guru seperti membuat kerja lain semasa guru sedang mengajar
manakala 22 % pelajar terlibat dengan kesalahan merokok di kawasan sekolah .
Bagi kesalahan laku musnah , kira-kira 42 % terlibat dengan kesalahan rosak
harta benda sekolah seperti menconteng meja kelas sementara 3 % pelajar terlibat
dengan kesalahan merosakkan harta benda guru seperti mencakar kereta guru .
Pelajar yang terlibat dengan kesalahan ponteng sekolah ialah 32 % manakala
24 % lagi terlibat dengan kesalahan ponteng kelas .
.
85
5.3. 2.Kesalahan disiplin mengikut jantina
Kajian mendapati bilangan pelajar lelaki yang terlibat dalam salah laku melawan
guru dan pengawas iaitu sebanyak 51 % berbanding 43 % oleh pelajar
perempuan .Sebanyak 35.2 % pelajar lelaki terlibat dengan kesalahan bergaduh dan
bertumbuk berbanding 15.9 % oleh pelajar perempuan . Sebanyak 11 % pelajar
perempuan terlibat dengan kesalahan membawa senjata tajam ke sekolah berbanding
hanya 9 % oleh pelajar lelaki . Sebanyak 11 % pelajar lelaki melakukan kesalahan
mencuri berbanding hanya 2 % dilakukan oleh pelajar perempuan .Bagi kesalahan
salahguna dadah , sebanyak 6 % pelajar lelaki terlibat berbanding 0 % oleh pelajar
perempuan . Walaupun begitu kedua-dua jantina tidak terlibat dengan dua kesalahan
iaitu peras ugut dan berjudi .
Bagi kesalahan berkaitan lucah , penglibatan pelajar lelaki adalah sebanyak
3 % berbanding 2 % oleh pelajar perempuan . Manakala 11 % pelajar lelaki terlibat
dengan kesalahan mengeluarkan kata-kata lucah . Pelajar perempuan tidak terlibat
dengan kesalahan ini .
Sebanyak 23 % pelajar perempuan terlibat dengan kesalahan berambut dan
berkuku panjang berbanding 21 % oleh pelajar lelaki . Bagi kesalahan pakaian yang
86
tidak mengikut peraturan pula , sebanyak 20 % pelajar lelaki terlibat berbanding hanya
14 % oleh perempuan . .
Berkaitan dengan salah laku tidak mementingkan masa , sebanyak 78 % pelajar
lelaki melakukan kesalahan berkeliaran di kawasan sekolah berbanding 72 % oleh
pelajar perempuan .Sebanyak 44 % pelajar lelaki terlibat dengan kesalahan datang lewat
berbanding 34 % pelajar perempuan .
Bagi salah laku kurang sopan , kira-kira 91 % pelajar perempuan terlibat dengan
kesalahan mengganggu pengajaran guru berbanding 90 % pelajar lelaki .Manakala 35 %
pelajar lelaki terlibat dengan kesalahan merokok di kawasan sekolah . Pelajar perempuan
tidak terlibat dengan kesalahan merokok .
Bagi kesalahan laku musnah , kira-kira 51 % pelajar lelaki terlibat dengan
kesalahan rosak harta benda sekolah berbanding 27 % oleh pelajar perempuan .
Sementara 4 % pelajar lelaki terlibat dengan kesalahan merosakkan harta benda guru
berbanding 0 % oleh pelajar perempuan .
Jadual juga menunjukkan pelajar lelaki yang terlibat dengan kesalahan ponteng
sekolah ialah 34 % berbanding 30 % oleh pelajar perempuan . Manakala 25 % pelajar
perempuan terlibat dengan kesalahan ponteng kelas berbanding 23 % pelajar lelaki .
87
5.3.3.Kesalahan disiplin mengikut aliran
Bagi jenis salah laku jenayah , kajian menunjukkan 11 % pelajar aliran
vokasional terlibat dalam kesalahan mencuri berbanding 5 % aliran teknik . 58 % pelajar
vokasional pula terlibat dalam kesalahan melawan guru dan pengawas berbanding hanya
38 % oleh pelajar aliran teknik . Sebanyak 36 % pelajar aliran teknik terlibat dengan
salah laku bergaduh dan bertumbuk berbanding 16 % pelajar aliran vokasional .Pelajar
vokasional juga terlibat lebih banyak dalam kesalahan bawa senjata tajam ke sekolah
iaitu sebanyak 12 % berbanding hanya 3 % pelajar aliran teknik . Sebanyak 5 % pelajar
aliran vokasional terlibat dengan kesalahan salah guna dadah berbanding hanya 2 % oleh
aliran teknik .
Dalam jenis salah laku lucah , kajian ini mendapati 3 % pelajar aliran teknik
terlibat terlibat membawa bahan lucah ke sekolah berbanding 2 % oleh pelajar aliran
vokasional . Data juga menunjukkan 9 % pelajar aliran vokasional terlibat dalam
kesalahan mengeluarkan kata-kata lucah berbanding 5 % aliran teknik.
Untuk salah laku jenis kekemasan diri , sebanyak 26 % pelajar aliran teknik
terlibat dengan kesalahan berambut dan berkuku panjang berbanding 18 % oleh pelajar
vokasional . Bagi kesalahan pakaian yang tidak mengikut peraturan pula , sebanyak
25 % pelajar vokasional terlibat berbanding hanya 10 % oleh aliran teknik .
88
Bagi kesalahan tidak mementingkan masa , sebanyak 83 % pelajar vokasional
melakukan kesalahan berkeliaran di kawasan sekolah berbanding 67 % oleh pelajar
teknik .Sebanyak 45 % pelajar aliran teknik terlibat dengan kesalahan datang lewat
berbanding 35 % pelajar vokasional .
Untuk salah laku kurang sopan , kira-kira 91 % pelajar aliran teknik terlibat
dengan kesalahan menganggu pengajaran guru berbanding 90 % pelajar vokasional .
Manakala 28 % pelajar vokasional terlibat dengan kesalahan merokok di kawasan
sekolah berbanding hanya 16 % oleh pelajar aliran teknik .
Bagi kesalahan laku musnah , kira-kira 42 % pelajar vokasional terlibat dengan
kesalahan rosak harta benda sekolah berbanding 41 % oleh pelajar teknik . Sementara
5 % pelajar teknik terlibat dengan kesalahan merosakkan harta benda guru berbanding
0 % oleh pelajar vokasional .
Bagi salah laku jenis ponteng 34 % pelajar aliran teknik terlibat dengan
kesalahan ponteng sekolah berbanding 30 % oleh pelajar vokasional . Manakala 24 %
pelajar teknik terlibat dengan kesalahan ponteng kelas berbanding 23 % pelajar
vokasional .
5.3.4. Hubungan di antara sayangkan sekolah dengan jenis kesalahan disiplin
89
5.3.5. Hubungan di antara penglibatan dalam kokurikulum dengan jenis kesalahan
disiplin
5.3.6. Hubungan diantara mendapat kasih sayang keluarga dengan jenis kesalahan
disiplin
5.3.7. Hubungan di antara sayangkan ahli keluarga dengan jenis kesalahan disiplin .
5.4. Implikasi kajian
Adalah diharapkan pihak sekolah memberikan perhatian serius terhadap suasana
disiplin di sekolah mereka . Ini kerana disiplin yang baik akan membolehkan
pembelajaran dapat dilakukan dengan baik , terancang dan budaya akademik dapat
dipraktikkan pada setiap masa . Pihak sekolah juga seharusnya mengambilkira sebab
terjadinya pelanggaran disiplin seseorang murid atau kumpulan terlebih dahulu sebelum
sebarang tindakan diambil . Kajian ini mendapati sekurang-kurangnya 5 sebab yang
menjadi punca kesalahan disiplin berlaku iaitu atas faktor guru , sekolah , keluarga ,
rakan sebaya dan diri sendiri .
Bagi menjadikan sekolah sebagai satu tempat yang harmonis kepada pelajar ,
pihak sekolah bolehlah menjalankan program peningkatan kesedaran pentingnya
pematuhan disiplin dilakukan oleh semua pelajar .Ianya boleh dilakukan dengan cara
90
penerangan berkaitan peraturan sekolah kepada setiap pelajar sekerap mungkin serta
peranan bimbingan dan kaunseling dalam berhadapan dengan pelajar berisiko . Di
samping melakukan dendaan kepada mereka yang melanggar , pihak sekolah juga perlu
memberikan ganjaran kepada pelajar yang mematuhi peraturan sekolah agar ianya
seimbang . Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberikan sijil penghargaan ,
sijil cemerlang , sijil kehadiran baik , tingkahlaku terpuji , pelajar mithali dan sebagainya
sebagai satu cara pengukuhan positif .
Pihak sekolah juga perlu sedar bahawa mereka perlu mewujudkan budaya sekolah
yang baik untuk pelajar dan kakitangannya . Perkara ini sangat penting dalam usaha
pihak sekolah menjadikan sekolah mereka terbaik dalam akademik , disiplin , keceriaan
mahupun dalam aspek menanam nilai murni di sekolah.
5.5. Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian lanjut berkaitan kesalahan disiplin bolehlah dilakukan dengan
memberikan beberapa perspektif yang berlainan daripada kajian ini . Keperluan
menghubungkaitkan faktor sayangkan sekolah dan jenis kesalahan disiplin boleh dibuat
untuk menentukan sejauhmana teori attachment boleh diperkukuhkan atau disangkal .
Perpektif juga boleh dilihat dari segi perbezaan di antara jenis sekolah bercampur
antara lelaki dan perempuan dan sekolah satu jantina . Perbandingan juga boleh dilihat
dalam perletakan sekolah sama ada di luar bandar mahupun di kawasan bandar serta
91
sekolah majoriti sesuatu kaum dengan sekolah yang setara bilangan pelajarnya mengikut
kaum.
5.6. Kesimpulan
Adalah diharapkan kajian ini memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada
perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah . Walaupun begitu kajian
ini tidak mampu memberi gambaran menyeluruh untuk diadaptasikan kepada tempat dan
kawasan lain .
92
Senarai rujukan.
Abdullah Bin Salleh ( 1979 ) Pelanggaran peraturan disiplin di sekolah-sekolah menengah Port Dickson , Disertasi sarjana pendidikan , Universiti Malaya , Kuala Lumpur
Abdul Razak Omar dan Nor Zarah Jamari ( 2000 ) Wacana pengurusan , panduan untuk ko kaunselor , Yayasan Nurul Yaqeen , Kuala Lumpur
Awang dan Yusoff Khan ( 1970 ) Kamus lengkap , Pustaka Zaman , Petaling Jaya , hal 228 .
Barry Turner ( 1973 ) , Discipline in school , Ward Lock Educational, London
Bobbi Jo Anderson et al , Male and female delinquents attachments and effects of attachments on severity of self reported delinquency , Criminal Justice and Behavior , Vol 26, No 4, December 1999 , 435-452
Borhan Othman ( 1988 ), Hubungkait tingkah laku guru dan pengetua dengan kawalan disiplin di sekolah , Disertasi sarjana pendidikan tidak diterbitkan , Universiti Malaya , Kuala Lumpur
Burton, J ( 1997 ) Violence explained , Manchester City Press , Manchester
Caraft , M. Rayner T. dan Coltom J.( 1972 ) : Linking home and school , Language Group Ltd , London .
Chamberlain , Leslie J ( 1971 ) : Effective instruction through dynamic discipline , A Bell and Howell Co. Columbus , Ohio
Cheng W.T. ( 1988 ) , Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah : sebab-sebab dan peranan guru dalam mengatasinya , kajian kes di sekolah menengah La Sale , Petaling Jaya , Latihan ilmiah sarjana muda sastera , UM
Cliford H. Edwards ( 1993 ) , Classroom discipline and management , Macmillan Publishing Company , New York .
Despert, J,L.( 1965 ) The emotionally disturbed child , then and now , Vantage , New York
93
Faridah Embong ( 1989 ) Pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya terhadap pelanggaran disiplin I sekolah , Latihan ilmiah jabatan psikologi , Fakulti sains kemasyarakatan dan kemanusiaan , UKM , Bangi.
Fraenkel, Jack R. ( 1996 ) How to design and evaluate reserch , Lane Acers , Inc. New Jersey
L.R. Gay , ( 1996 ) Educational reserch competencies for analysis and application ( Edisi ke lima ) , Florida International University , New Jersey .
Galloway. D. ( 1976 ) Size of school , socio economic wardship suspension rates and unjustified absence from school , British Journal of Education Psychology 46 , ( 40-47 )
Gnagey, William J. ( 1968 ) The psychological of dicipline in the classroom , The Macmillan Co. New York.
Goodwin, W.F, Cambell et al ( 1965 ) The foundation of education , Ian Novak , Sydney
Goodwin F.J. ( 1968 ) The art of headmaster , Cox and Wyman Ltd , London
Hartz , Darlene( 1968 ) Disipline headaches , NEA Journal Sept 17, 1968
Hirschi Travis dan Rodney Stark ( 1969 ) dalam Stark Rodney ( 1994 ) Sosiologi , Wadsworth Publishing Company . Carlifornia
Hornby . A.S. Gatenby , E.V. dan Wakefield H. ( 1966 ) The advanced learner’s dictionary of current english , Oxford University Press , Fifth Impression , hal 279
Ibrahim Saad ( 1993 ) , Kepimpinan sekolah , Kumpulan Budiman , Kuala Lumpur
Ismail Shamsuddin Jusoh ( 1980 ) Pelajar-pelajar ponteng – satu kajian kes , Tesis Sarjana Pendidikan , Universiti Malaya , Kuala Lumpur
Jaafar Abdul Rahim , Ponteng Sekolah Lebih Serius daripada Tidak Hadir , Dewan Masyarakat , Jilid XV Bil 6 , keluaran 15 /6/1977 ms 36-39 .
Kagan J. : The consept of identification , Psychology Review , 1958 , Vol 65 hal 295- 305
Kamaruddin Hj Husin ( 1994 ) , Dinamika sekolah dan bilik darjah , Utusan Publication , Kuala Lumpur
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1993 ) Laporan salah laku disiplin pelajar sekolah
94
Malaysia , Unit Disiplin Bahagian Sekolah ( Tidak diterbitkan )
_______________________________( 1995 ) Laporan salah laku disiplin pelajar sekolah Malaysia , Unit Disiplin Bahagian Sekolah ( Tidak diterbitkan )
_______________________________( 1997 ) Laporan salah laku disiplin pelajar sekolah Malaysia , Unit Disiplin Bahagian Sekolah ( Tidak diterbitkan )
_______________________________ ( 1979 ) , Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran , DBP , Kuala Lumpur
_______________________________( 1973 ) , Panduan am disiplin sekolah-sekolah , Percetakan Adabi , Kuala Lumpur
________________________ , Laporan keciciran murid ( 1973 ), Kuala Lumpur
Lee L.S ( 1992 ) Disruptive behavior in a classroom, an etnographic study , Disertasi Sarjana Penididkan tidak diterbitkan , UM , KL
Lynch, J.J. , Conflict and resolution in the suburban high school , The High School Jurnal , Vol LXI m.s 52-57
Marinal Hussin , ( 1999 ) , Salah laku di kalangan pelajar sekolah rendah : satu kajian kes , laporan penyelidikan , Univeriti Malaya , Kuala Lumpur
Masden , Charles H dan Masden Cliffortd K.( 1970 ) , Teaching discipline , Allyn and Bacon Inc. Boston
Maznah Yusuf ( 1981 ) , Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan IV di sebuah sekolah menengah di luar bandar , Disertasi sarjana pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi.
Melati Sumari dan Mariani Md Nor ( 1998 ) Tekanan dikalangan remaja : punca dan akibat , Masalah pendidikan , Fakulti Pendidikan Universiti Malaya , Kuala Lumpur
Mohd Majid Konting , ( 1998 ) Kaedah penyelidikan pendidikan , Dewan Bahasa dan Pustaka . Kuala Lumpur .
Noraini Salleh ( 2000 ) , Strategi kerjasama guru dalam menangani masalah keganasan pelajar di sekolah , Kertas kerja Seminar Kebangsaan Hubungan Sekolah dan komuniti , Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
Rafiah Ismail ( 1993 ) Masalah disiplin pelajar islam , satu kajian kes di sekolah
95
menengah di daerah Kuala Terengganu , Latihan ilmiah ijazah sarjana muda usuludin , Fakulti Usuluddin UM , KL
Raven John ( 1970 ): School rejection and its ameliovation, Educational Reserch Vol 20 Nov
Rogers .B ( 1991 ) You know the fair rule ; strategies for making the hard job of discipline in school easier , Pitman Publishing , Great Bratain.
Rohayah Samat ( 1998 ) Masalah disiplin pelajar : satu kajian kes di sekolah menengah Bandar Sunway , Selangor , Disertasi sarjana pengurusan , Universiti Malaya , Kuala Lumpur
Rohaty Mohd Majzub ( 1991 ) Disiplin dalam pendidikan , Nurin Enterprise , Kuala Lumpur
Roy Lotz dan Leona Lee ( 1999 ), Sociability , school experience , and delinquency youth and society , Vol 31 , No 2 , December , 199-223
Sampoornam R ( 1988 ) The contribution of teacher classroom behavior and pupils background to the disciplinary problems of selected secondary school pupils , Latihan praktikum M.ED. Universiti Malaya .
Siti Nor Yaacob et al ( 1994 ) Faktor-faktor keluarga dan tingkahlaku tidak bermoral di kalangan remaja , Jurnal Manusia dan Masyarakat , Jilid 9 Disember 99, Jabatan Antropologi dan Sosiologi , Universiti Malaya , Kuala Lumpur
Ting Chew Peh ( 1985 ) , Konsep asas sosiologi , Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur
Tyerman J.J. Truancy , Survey of absenteism , Educational Reserch Vol 20 , No 3 June 1978 .
Wilson P.S. ( 1971 ) , Interset and dicipline in education , Routledge and Kegan Paul , London
Yaacob Hj Yusoff ( 1977 ) , Perbandingan mengenai nilai di antara ibu bapa murid ponteng dengan ibu bapa murid tidak ponteng , Disertasi sarjana pendidikan , Universiti Malaya , Kuala Lumpur
96
Lampiran
Borang soal selidik kajian disiplin di sekolah menengah daerah Muar .
Arahan : Sila tandakan ( X ) pada bahagian yang sesuai . Ini bukanlah satu ujian . Tiada jawapan yang dianggap betul ataupun salah .
Tandakan ( X ) pada petak kosong .
Bahagian A - Latar belakang
1 . Jantina : lelaki ( ) , perempuan ( )2. Tingkatan 4 ____________________________________
Bahagian B ( jenis kesalahan yang pernah / tidak pernah saya lakukan
Jenis salah laku1. Jenayah
Pernah terlibat Tidak pernah terlibat
1.berjudi 2. mencuri 3. ingkar arahan guru dan pengawas 4. peras ugut 5. bawa senjata tajam 6. salah guna dadah 7. bergaduh dan bertumbuk
2. Salah laku lucah Pernah terlibat Tidak pernah terlibat
1. bawa bahan lucah ke sekolah2. mengeluarkan kata-kata lucah
3. laku musnah Pernah lakukan Tidak pernah lakukan
1. conteng dinding / meja / 2. pancit tayar / cakar kereta guru
97
4. Tidak pentingkan masa1. berkeliaran2. datang lewat
5. Kurang sopan1. menghisap rokok2. menganggu pengajaran guru / buat kerja lain semasa guru mengajar
6. Ponteng1. ponteng sekolah2. ponteng kelas
7. Kekemasan diri. 1. rambut / kuku panjang2. pakaian tidak ikut peraturan
Bahagian C : Arahan : tandakan pada pilihan yang sesuai .
1. Saya sayangkan sekolah ini
Setuju ( ) tidak setuju ( )
2. Saya terlibat aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah ini
Setuju ( ) tidak setuju ( )
3. Saya mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada kedua ibu bapa saya
Setuju ( ) tidak setuju ( )
4. Saya sayangkan kesemua ahli keluarga saya
Setuju ( ) tidak setuju ( )
98
99