Post on 31-Dec-2016
Salam Sejahtera
Tahun 2015 merupakan satu tahun yang mencabar bagi HDOK Sandakan
terutamanya bagi suku ke -3 dan ke-4. Pada masa ini, Dewan Bedah Utama
terpaksa ditutup dari bulan Jun – Disember untuk memberi laluan kepada
kerja-kerja naiktaraf . Banyak kes elektif yang ditunda atau dirujuk ke
hospital berdekatan. Beberapa kes kecemasan yang rumit juga tidak dapat
dilaksanakan dan terpaksa dirujuk ke hospital pakar lain. Pada masa yang
sama, aduan juga meningkat akibat kerosakan lif di bangunan klinik pakar.
Namun, dengan usaha kakitangan dengan memberi penekanan kepada fokus pesakit, perkhidmatan dapat
diteruskan dengan beberapa langkah inovasi dan proaktif kakitangan. Ini termasuklah, membuat pemindahan
kepada pusat pengambilan darah dan bilik rawatan ke aras 4 bangunan klinik pakar bagi memudahkan
pesakit yang mengalami masalah pergerakan untuk mendapatkan perkhidmatan.
Selain itu, pelbagai aktiviti hospital dan kebajikan dilaksanakan seperti Hari Terbuka, Kem Perubatan dan
aktiviti rekreasi serta Gala Nite bertemakan “ Back to School”. Semua aktiviti mendapat sambutan yang baik
dan dapat meningkatkan lagi keseronokan bekerja dan menjalini hubungan mesra di kalangan kakitangan dan
orang awam.
Tahniah kepada “The Duchess” atas penerbitan kedua buletin ini.
Selamat membaca
Salam Sejahtera
Tahniah dan terima kasih kepada sidang redaksi yang sekali lagi telah berjaya
menerbitkan “The Duchess “ edisi Julai-Disember 2015. Penerbitan ini adalah
kali kedua buletin “The Duchess” diterbitkan untuk tahun 2015.
Bagi pihak sidang redaksi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
unit HDOK yang menyumbangkan artikel untuk dimuatkan dalam “The
Duchess” kali ini.
Saya berharap kerjasama seperti ini akan diteruskan untuk tahun 2016.
Pandangan semua adalah dialu-alukan untuk menambahbaik lagi penerbitan
tahun 2016.
DR PAUL CHAN HONG KIT
TIMBALAN PENGARAH
HOSPITAL DUCHESS OF KENT
SANDAKAN
Edisi Julai-Disember 2015
Dr. Francis Paul Pengarah Hospital Duchess Of Kent, Sandakan
Lebih 700 orang memeriahkan Hari Terbuka Hospital
Duchess Of Kent, Sandakan yang diadakan pada 12
September 2015 diadakan di Dewan Selingan dan
dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Christina Rundi,
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Hari Terbuka HDOK
bertemakan “ke arah kehidupan yang sihat sejahtera”
Antara pengisian telah diadakan ialah pemeriksaan
kesihatan dan pameran. Hari Terbuka telah mendapat
sokongan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) kawasan
Sandakan. Hari Terbuka ini juga telah mampu
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga
kesihatan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Dr. Francis Paul, ,
Datuk Agnes Tshin Nyuk, Presiden Persekutuan
Persatuan Wanita MCA Sabah dan Dr Pamela, Timbalan
Pengerusi Pergerakan Wanita Sabah serta warga hospital
dan masyarakat sekitar Sandakan.
TOP Team HDOK telah berjaya mengadakan program JOM
BINCANG “Let’s Talk”. Seramai 50 orang pengikrar telah
berjaya diperolehi dalam program yang diadakan serentak
seluruh negara pada 3 Oktober 2015. Program ini telah
dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Linda, Ahli Parlimen
Batu Sapi bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.
Acara senamrobik turut dihadiri oleh Pengarah Hospital Dr.
Francis Paul, ahli-ahli TOP Team, kakitangan Jabatan Penjara,
KEMAS, Belia dan Sukan dan ramai lagi. Selain itu aktiviti
mencari harta karun serta kempen derma darah turut
diadakan.
2
Unit Hemodialisis Hospital Duchess Of Kent, Sandakan telah menerima
dua unit mesin hemodialisis dari Sabah Credit Corporation yang
diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Linda, Ahli Parlimen Batu Sapi
kepada Dr Francis Paul, Pengarah Hospital pada 9 Oktober 2015.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Urusan serta kakitangan
Sabah Credit Corporation. Penambahan dua unit mesin ini dapat
membantu mempercepatkan rawatan terhadap pesakit. Pada masa
yang sama Yang Berhormat Datuk Linda berkesempatan melawat
pesakit yang menerima rawatan.
Acara ringkas ini telah diadakan di Unit Hemodialisis Hospital Duchess
Of Kent, Sandakan.
Majlis Penutupan Minggu Kesedaran Antibiotik 2015
peringkat Hospital Duchess Of Kent Sandakan telah
disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr Francis
Paul, Pengarah Hospital. Majlis tersebut telah
diadakan pada 20 November 2015 di Dewan Selingan
dianjurkan bersama oleh Jabatan Farmasi dan Unit
Kawalan Infeksi
Kempen ini adalah untuk memberi pendidikan
kepada masyarakat mengenai risiko-risiko
kerintangan antibiotik sebagai ancaman yang serius
kepada kesihatan global.
Pada masa yang sama semua Pakar dan Pegawai
Perubatan telah menandatangani untuk mematuhi
pemberian antibiotik kepada pesakit.
3
4
Unit Tabung Darah, Jabatan Patologi Hospital
Duchess Of Kent, Sandakan telah mengadakan
Bengkel “Credentialing & Privileging” untuk
pegawai yang terlibat dalam pengurusan
pendermaan darah. Bengkel ini telah diadakan
dua hari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan
unit Tabung Darah pada 17 hingga 18 Oktober
2015.
Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai dari
Hospital Duchess Of Kent, Kinabatangan dan
Beluran.
Jabatan Pediatrik telah menganjurkan Kursus
“Sugar, Temperature, Airway, Blood pressure, Lab
work, Emotional support” (STABLE) dan “Neonatal
Resuscitation Programme” (NRP) untuk kemahiran
dalam pengurusan pesakit kanak-kanak.
Kursus ini adalah untuk memastikan segala
pengurusan dengan pesakit terutama kanak-kanak
dapat dijalankan dengan lebih baik.
Kursus ini adalah untuk menyediakan
perkhidmatan dan pemulihan yang sesuai, cekap
dan berkesan. Kursus ini juga menggalakkan
anggota menambah ilmu pengetahuan serta aktif
dan inovatif.
4
Perhimpunan pagi diadakan setiap bulan sebagai
penyalur maklumat terkini kepada warga hospital dan
diadakan di Dewan Selingan bermula jam 8.00 pagi.
Pengisian program akan dimulai dengan amanat
Pengarah Hospital dan kebiasaannya diserikan juga
dengan ceramah Q oleh penceramah yang dilantik dari
setiap unit serta taklimat tentang pendermaan organ
dan derma darah oleh Unit Promosi Kesihatan.
Ketua Jabatan, Pakar, Pegawai Perubatan dan semua
warga hospital terlibat dalam perhimpunan ini.
Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi
Hospital Duchess Of Kent telah mengadakan hari
keluarga pada 24 Oktober 2015 di Kompleks
Sukan Sandakan.
Hari keluarga dianjurkan untuk menghubungkan
silatulrahim di kalangan keluarga JRPD. Majlis ini
dirasmikan oleh Ketua Jabatan JRPD. Pelbagai
acara telah diadakan seperti sukaneka kanak-
kanak, “Running Man” dan banyak lagi.
3
5
Kursus “Advance Life Support” (ALS) telah dilaksanakan di Hospital Duchess of Kent Sandakan sejak tahun 2012 yang dikendalikan oleh Jabatan Anestesiologi dengan kerjasama dari Jabatan Kecemasan dan Jabatan Perubatan. Kursus ini bertujuan untuk memberikan latihan amali dan praktikal berkenaan resusitasi kepada anggota perubatan kategori Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih. Antara topik ceramah yang diberikan adalah berkenaan Airway Management, Drugs use in Resuscitation, Algorithm dan juga sesi latihan praktikal; i. Airway ii. Defibrillation iii. ECG Recognition iv. Megacode.
Kumpulan Matrik dinobatkan Johan Kumpulan
Inovatif dan Kreatif (KIK) Hospital Duchess Of Kent,
Sandakan, tempat Kedua KIK Rafflesia dan Ketiga
KIK Fanda yang telah diadakan pada 5 November
2015 bertempat di Dewan selingan.
KIK dianjurkan oleh Unit Penolong Pegawai
Perubatan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital.
KIK ini merupakan kali kedua telah dianjurkan
oleh Unit Penolong Pegawai Perubatan HDOK.
Kumpulan Matrik dijangka akan mewakili Hospital
Duchess Of Kent Sandakan ke KIK Peringkat Negeri
Sabah pada tahun 2016 nanti.
6
Unit kejururawatan merupakan unit yang aktif dalam menganjurkan pelbagai program terutama dalam meningkatkan tahap kecekapan dan prestasi di kalangan jururawat di Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Unit kejururawatan ini terlibat dalam menjayakan program seperti Hari Terbuka Hospital dan Kursus Pementoran Zon Sandakan. Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia unit ini juga menganjurkan program untuk kanak-kanak iaitu “Children’s Party”. Unit ini juga meraikan sambutan Krismas dengan memberi hadiah berupa “cup cake” kepada anggota yang bertugas semasa perayaan sebanyak 800 biji.
TOP Team Hospital Duchess Of Kent, Sandakan telah
berjaya mengumpul sebanyak 780 orang pengikrar
pendermaan organ. Kejayaan ini membuktikan TOP
Team HDOK merupakan pengikrar derma organ
yang tertinggi setakat ini di negeri Sabah.
Kejayaan ini adalah hasil sokongan Pengarah
Hospital Dr Francis Paul serta semua ahli TOP Team
dan TOP Link dalam menjayakan pelbagai program
dan aktiviti sepanjang 2015.
Sepanjang Julai hingga Disember 2015 TOP Team
sering kali dijemput untuk mengadakan pameran
serta memberi penerangan kepada masyarakat
sekitar tentang kepentingan menjadi pengikrar.
7
Pada tahun 2015 Jabatan Kesihatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Duchess Of Kent Sandakan telah mengadakan pelbagai aktiviti dan program bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam jabatan berkenaan. Antara program yang diadakan seperti Kursus “Breakaway Physical Control and Restraint”, Bengkel “CPG and Special Interest Course”, Kursus “CPG Bipolar Disorder” dan Seminar “Psychiatry and The Law” Di samping itu juga turut diadakan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada 5 Oktober 2015 dirasmikan oleh Dr Francis Paul, Pengarah Hospital. Program sambutan Hari Raya, Jamuan Makan Malam Tahunan dan “outing” bersama pesakit turut diadakan.
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Duchess Of Kent, Sandakan
sentiasa meningkatkan kemahiran dan kecekapan anggota dalam
menangani pelbagai kes-kes kecemasan.
Sepanjang tahun 2015 pelbagai kursus diadakan seperti “Basic Life
Support” , “Radio Communication”, “Triage”, Asas Keselamatan dan
Kebakaran, “Trauma Life Support” serta Minggu Orentasi Program
Penempatan Wajib bagi Penolong Pegawai Perubatan.
8
Sepanjang tahun 2015 pelbagai program telah diadakan antaranya Kursus “Malaysia Registry Of Intensive Care, VCB and CVC Care Bundle”, Bengkel “Continuous Renal Replacement Therapy” (CRRT) dan Kursus “Early Mobility in ICU”. Semua kursus yang dianjurkan adalah untuk menambahkan kemahiran serta ilmu terutama dalam mengurus pesakit setiap masa. Selain itu, aktiviti ramah tamah Aidilfitri turut diadakan terutama dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan antara anggota di jabatan ini. Anggota jabatan juga telah menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang yang telah diadakan di Dewan Rafflesia, Kolej kejururawatan Sandakan.
9
Seramai 30 orang Pegawai Pergigian telah menghadiri kursus selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Julai 2015 bertempat di Four Point Sheraton Sandakan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Khairiyah Abdul Muttalib Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian. Ceramah telah dikendalikan oleh penceramah dari Jabatan Bedah Mulut Hospital Queen Elizabeth serta Unit Infection Control HDOK, BBraun dan Synthes. Kursus ini memberi pendedahan asas dalam pengendalian kes trauma yang melibatkan fraktur tulang dan “Laceration Wound”.
Unit Latihan Hospital Duchess Of Kent Sandakan telah menganjurkan sebanyak 29 CSE untuk kakitangan sokongan sepanjang tahun 2015. CSE ini bertujuan untuk memberi maklumat serta pendedahan terkini kepada kakitangan terutama dalam aspek peningkatan prestasi serta kemajuan kerjaya. CSE ini juga membantu kakitangan untuk memahami berkenaan dengan isu-isu semasa seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST). Kakitangan juga turut didedahkan dengan cara menangani stress, kenali ubat anda, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, panduan HRMIS, e-pertukaran dan banyak lagi ceramah yang berkaitan dengan perkhidmatan.
10
Jawatankuasa “Pain Free Hospital”, Hospital Duchess of Kent
telah menganjurkan bengkel “Training of Trainer - PFH” pada
tarikh 4 Ogos 2015 bertempat di Dewan Selingan. Seramai 82
orang menghadiri TOT ini yang terdiri daripada ketua-ketua
jabatan/unit, pakar-pakar perubatan, pegawai-pegawai
perubatan, penyelia dan ketua-ketua jururawat.
Penceramah jemputan adalah Dr Mary Cardosa dari Hospital
Selayang (Pengerusi Jawatankuasa “Pain Free Hospital”
Peringkat Kebangsaan & Senior Konsultan Anestesiologi),
Dato Dr Fitjerald (Senior Konsultan & Ketua Jabatan
Pembedahan, Hospital Selayang) dan Pn Choo Wai Ling (Bekas
Ketua Jururawat Hospital Ipoh) untuk berkongsi ilmu dan
pengalaman untuk merealisasikan konsep hospital bebas
kesakitan di hospital menjelang Julai 2016
Unit Audiologi dan Unit Pertuturan Hospital Duchess Of Kent
Sandakan telah mengadakan perogarm “Better Hearing and Speech
Month” bermula 1 hingga 8 Ogos 2015. Antara program yang telah
dilaksanakan ialah Seminar “School Placement For Hearing Impaired
Children” di Dewan Selingan pada 8 Ogos 2015. Selain itu, turut
diadakan program “Ear, Hearing and Speech Screening” yang diadakan
di Giant Hypermarket pada 1 Ogos 2015 dan 10 Ogos 2015 di Tadika
Chi Hwa.
11
Jabatan Farmasi telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Farmasi kali Ke-2 Bil 1/2015 di Bilik
Mesyuarat Utama, Aras 1, Bangunan Klinik Pakar, pada 12 November 2015
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membantu staf dalam Jabatan Farmasi mendapat pengetahuan
mengenai maklumat-maklumat terkini ke arah pemantapan perkhidmatan farmasi, meningkatkan kefahaman
tentang polifarmasi, laporan KPI dan laporan PF serta tatacara pengurusan stor, memberi peluang kepada
anggota untuk meningkatkan pembangunan diri melalui penyampaian ceramah motivasi sesame anggota dan
meningkatkan kefahaman peserta berkaitan konsep kepimpinan dan pengurusan organisasi. Seramai 42 orang
peserta telah menghadiri bengkel ini. Mereka terdiri daripada Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi,
Pembantu Tadbir, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pekerja Awam.
Unit Clinical Research Center (CRC) Hospital Duchess Of Kent Sandakan pada tahun 2015 telah mengadakan
beberapa kursus untuk unit yang terlibat secara langsung dalam unit CRC. Antara kursus yang telah diadakan
“Research Methodology Workshop” pada 14 hingga 15 Ogos, Basic Biostatistics Workshop 23 hingga 24 Oktober dan
“Personal Development Workshop” pada 27 hingga 28 November 2015.
12
Seramai 12 pesakit telah menjalankan pembedahan katarak pada 15 November 2015 di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan. Semua pesakit ini menerima kanta intraokular bantuan daripada Kelab Lions Selingan Sandakan .
Pada 12 Disember 2015, Majlis Malam Gala Jabatan Farmasi (Pharmily
Night) telah diadakan di Dewan banquet, Aras 7, Hotel Pavillion
Sandakan anjuran Kelab Sosial & Rekreasi Jabatan Farmasi dengan
kerjasama semua staf di Jabatan Farmasi. Tetamu kehormat pada
malam itu Pengarah Hospital Dr Francis Paul.
Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim
antara kakitangan di semua kategori anggota dan unit-unit di bawah
Jabatan Farmasi. Tema pada malam tersebut adalah “color block”
dengan moto “Pharmily is more fun with colourful people”.
Pada 9 November 2015 Hospital Duchess Of Kent
Sandakan telah menganjurkan Galanite yang
bertemakan “ Back to School”. Tema ini dipilih
adalah untuk mengimbas kembali zaman
persekolahan. Semua yang hadir berpakaian
sekolah tadika hingga ke sekolah menengah.
Galanite di sambut meriah dan dihadiri seramai
250 kakitangan. Pelbagai aktitviti seperti tarian,
persembahan nyanyian. “lucky draw” dan pelbagai
“party games”.
Best Student pada malam itu telah dianugerahkan
kepada Encik David Nagan Mata dari Unit
Pengurusan Klinikal dan PJ Justina Lo dari Jabatan
Psikiatri dan Kesihatan Mental.
Seramai 100 sukarelawan termasuk kakitangan,
NGO(Terumo) dan ahli Kelab Pacuan Empat Roda
Sandakan telah menjayakan kem perubatan di Kg
Imbak pada 13-14 November 2015. Rawatan yang
diberikan termasuk rawatan am perubatan dan
rawatan pergigian. Seramai 300 pesakit dirawat
dan 80 kes pergigian. Pada masa yang sama, aktiviti
sukan dan permainan bersama kanak-kanak juga
dijalankan. Pada waktu malam, ceramah kesihatan
dan malam mesra bersama orang kampung
diadakan dengan sambutan yang meriah.
13
Lawatan ke Buhey Dulang
14
Maliau Trip
Persatuan Christian Fellowship HDOK (CF)
telah menganjurkan Sambutan Hari Natal
Peringkat Hospital selepas perhimpunan
pagi di Dewan Selingan pada 17 Disember
2015. Antara aktiviti yang diadakan ialah
nyanyian lagu-lagu Natal (caroling) dan
cabutan tiket bertuah.
Aktiviti diteruskan dengan “caroling” dari
wad ke wad oleh ahli CF pada 18 Disember
2015 . Sebanyak 17 wad telah dilawati.
Selain nyanyian lagu-lagu Natal, pemberian
hadiah juga diberikan kepada pesakit dan
warga HDOK yang bertugas pada masa itu.
Hadiah tersebut disumbangkan oleh
Persatuan SANA yang diketuai oleh KPJH
Yau Kim Yain dan PJ Anna Lee.
15
Larian 11km Zero Aids anjuran Pejabat
Kesihatan Kawasan Sandakan telah menarik
seramai lebih 500 peserta. Warga Hospital
Duchess Of Kent Sandakan tidak ketinggalan
dengan penglibatan lebih dari 30 orang dalam
larian ini. Pengarah Hospital HDOK juga turut
serta dalam larian bersama kakitangan yang
lain.
16
Dewan Bedah Utama telah ditutup semenjak 15 Jun
2014 kerana kerja-kerja pembaikan sistem “ducting
and insulation” hawa dingin, yang dijangka boleh
beroperasi pada Januari 2016 walau bagaimanapun
masih belum boleh digunakan lagi. Tarikh baru untuk
Dewan Bedah Utama beroperasi akan ditetapkan
kemudian setelah semua kerja-kerja pembaikan siap
dijalankan. Buat masa sekarang pembedahan elektif
masih dijalankan di Dewan Bedah ETD ( 1 bilik bedah)
dan pembedahan kecemasan dijalankan di Unit
Endoskopi (2 bilik bedah) semenjak penutupan Dewan
Bedah Utama.
Pada masa sekarang hanya sebuah lif yang
berfungsi setelah dibaiki baru-baru ini. Sebuah
lagi lif yang dijangka beroperasi menjelang
bulan Disember 2015 tidak dapat dilaksanakan
tetapi dijangka akan dapat digunakan pada
Mac atau April 2016. Sebuah lagi lif masih
menunggu peruntukkan dari Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan
Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Pihak
pengurusan memohon maaf di atas segala
kesulitan. Pihak pengurusan HDOK berharap
penggunaan lif lebih diberikan keutamaan
kepada warga emas, OKU, dan mereka yang
mempunyai penyakit yang serius..
Dr. Nanthini A/P Balakrishnan (Jabatan Bius) dan
Suami Dr. Nagendran Naidu
22 November 2015
PPP Romealdho Lucius (Makmal Respiratori) dan
Isteri JT Charlynn Lontow (ICU)
21 November 2015