Post on 26-Dec-2015
description
TINJAUAN LITERATUR
1.0 KONSEP KOMUNIKASI
Bidang komunikasi sangat penting dalam setiap organisasi kerana ia merupakan asas bagi
menghasilkan kerjasama dan koordinasi yang tersusun di kalangan semua ahli. Mohd Yusof
(2000) berpendapat bahawa komunikasi dalam organisasi adalah satu kuasa yang
menghubungkan pemimpin dengan orang yang dipimpin supaya dapat menggerakkan tenaga
dengan tersusun bagi mencapai objektif dan matlamat bersama. Sekolah ialah satu organisasi
sosial yang meliputi satu kumpulan manusia yang menjalankan tugas secara berstruktur untuk
mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Sekolah memerlukan pengurusan yang benar-benar
mantap dan berkesan bagi merealisasikan semua matlamat, objektif, visi dan misi yang telah
ditetapkan
MenuruT Zelko dan Dance( 1965), komunikasi adalah satu aktiviti penting dalam
sesebuah organisasi), dan pengurus-pengurus dalam organisasi-organisasi besar di Amerika
Syarikat menggunakan 85-90 peratus daripada masa kerja mereka untuk kerja-kerja yang ada
kaitan dengan komunikasi. Penulis-penulis tentang organisasi telah menekankan tentang
kepentingan komunikasi dalam organisasi sejak sebelum perang dunia kedua lagi. Barnard
(1938) menyatakan bahawa tugas pertama yang patut dilakukan oleh seseorang eksekutif dalam
organisasi ialah membentuk dan mengekalkan satu sistem komunikasi formal yang baik. Ia juga
patut berusaha mewujudkan iklim komunikasi yang baik dalam organisasinya di samping
menggalakkan pertumbuhan satu sistem komunikasi tidak formal yang baik.
Jennings (1960) mendapati orang-orang yang dilantik menjadi presiden dalam organisasi
adalah orang-orang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi bersemuka yang baik. Dalam
satu kajian lain, beliau mendapati jika seorang presiden sebuah organisasi dipecat sebab
utamanya ialah ia tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi bersemuka yang baik. Oleh itu,
dapatlah dikatakan bahawa amalan komunikasi kepemimpinan seseorang pemimpin juga
dikaitkan dengan kesukaan pemimpin tersebut menggunakan teknik bertanya dan mendorong
orang bawahan apabila hendak mengarahkan mereka melakukan sesuatu. Mereka tidak
menggunakan teknik menyuruh-nyuruh dengan kekerasan. Ini bersesuaian dengan
ComplianceGaining/Resisting Theory yang menyatakan bahawa tidak memaksa (non-coersive)
merupakan strategi memujuk yang sesuai, konsisten dengan peribadi dan nilai-nilai penerima,
serta menghasilkan keakuran yang berkesan kepada orang yang ingin dipengaruhi (Littlejohn,
1999).
Menurut Holt (1993), kecekapan dan kejayaan individu dan organisasi seluruhnya
bergantung kepada komunikasi. Oleh itu, komunikasi merupakan nadi yang menghidupkan
perjalanan sesebuah organisasi (Rogers 1969; Jaafar 2000). Kegagalan sesebuah organisasi
diurus dengan baik adalah berpunca daripada kelemahan-kelemahan dalam pengurusan dan ini
mungkln berpunca daripada kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam komunikasi (Jaafar,
2000).
Komunikasi sememangnya penting dalam organisasi. Ia merupakan cara asas kerjasama,
koordinasi dan berbagai-bagai tenaga manusia diperolehi. Kerjasama dan koordinasi
memerlukan pemindahan dan penerimaan mesej antara manusia supaya setiap orang mengetahui
apa yang orang lain mahu mereka lakukan. (Zaidatol Akmaliah, 2001). Zainuddin dan Zaidatul
(2006), berpendapat bahawa komunikasi dalam organisasi adalah satu kuasa yang
menghubungkan pemimpin dengan orang yang dipimpin supaya dapat menggerakkan tenaga
dengan tersusun untuk mencapai objektif bersama.
Menurut Whiterspoon (1997), komunikasi kepemimpinan secara langsung dan tidak
langsung bukanlah sebagai refleksi antara kepimpinan atasan dan bawahan sahaja. Individu
boleh dipengaruhi oleh komunikasi yang diarahkan dalam organisasi. Kegunaan maklum balas
dan jangkaan yang terang dan teratur dari orang ramai boleh mempengaruhi pemimpin.
Memberikan idea yang baik semasa mesyuarat, menunjukkan kebolehan seseorang untuk
mempengaruhi dan untuk menjadi pemimpin bagi meneruskan polisi baru, dan maklum balas
adalah baik untuk menentukan sama ada ia boleh diterima pakai atau tidak. Manakala,
komunikasi kepemimpinan secara tidak langsung pula boleh dipamerkan melalui usaha keras,
bagi mencapai objektif perubahan organisasi. Pemimpin boleh mempengaruhi sikap ramai orang
dalam organisasi dengan menggunakan cerita, simbol dan kompenan lain dalam budaya
organisasi. Mereka juga boleh mempengaruhi faktor luaran dan dalaman dalam sesebuah
organisasi dengan menggunakan bahasa dan aksi untuk menunjukkan maksud yang tersirat.
Pearce (2002) menjelaskan komunikasi kepemimpinan bertujuan supaya pemimpin
memahami dan mempraktikkan komunikasi yang digunakan untuk mengerakkan seseorang
kakitangan atau orang bawahan untuk bekerja. Teori asas bagi sesebuah syarikat ini, adalah
pemimpin haruslah dijadikan sumber inspirasi oleh para pekerja yang mempunyai inspirasi
mereka yang tersendiri. Oleh itu, pemimpin haruslah memfokuskan kepada faktor luaran dan
juga dalaman. Maklumat dalam komunikasi kepemimpinan akan diperolehi secara ‘dual
practice’, iaitu dengan cara mengetahui tentang tujuan sesuatu perkara itu, dan juga untuk
mencari orang lain untuk berkomunikasi bagi menghubungkan di antara minda atau pemikiran
serta perasaan orang yang akan berhubung nanti.
Justeru itu, dalam konteks sekolah, kemahiran komunikasi yang berkesan sangat penting
bagi seorang guru besar kerana ia dapat menyampaikan mesej atau maklumat yang jelas dan
tepat kepada guru dan seterusnya meningkatkan hubungan kemanusiaan antara mereka.
Maklumat, arahan dan pesanan yang tepat hanya akan dapat disampaikan jika amalan
komunikasi berkesan berjaya dilaksanakan oleh guru besar di sekolah. Kelemahan gaya
komunikasi guru besar boleh menjadi punca utama kepada perselisihan faham dalam organisasi
kerana kemungkinan idea atau mesej yang hendak disampaikan oleh guru besar tidak dapat
difahami ataupun disalah tafsir oleh guru-guru yang akhirnya akan menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan guru-guru (Yusof Boon & Azizah b Gazali, 2010).
2.0 Model-MODEL Komunikasi
Model S-R
Model ini merupakan model yang paling mudah daripada model - model komunikasi lain .
Hakikatnya terdapat pada proses aksi- reaksi , maksudnya apabila seseorang memberikan aksi
maka orang yang merupakan sasaran komunikasi akan memberikan reaksi berupa respon tertentu
, dalam hal ini aksi yang dilakukan boleh berbentuk verbal ( kata - kata ) , isyarat , perbuatan
atau hanya sekadar gambar . Secara luas , model ini juga menjelaskan bahawa suatu reaksi yang
dilakukan boleh berkaitan dengan aktiviti komunikasi yang akan berlaku selepas . Boleh
dianggap bahawa perilaku komunikasi manusia boleh diramalkan . Manusia pada model ini
adalah makhluk yang statik , yang melakukan segala -galanya akibat adanya rangsangan dari luar
( stimulus ) bukan berdasarkan inisiatif dan kehendak individu.
Model Aristoteles atau Model Retoris
Pada masa Yunani sangat mengagungkan kemampuan berpidato , Aristotle muncul dengan
teori retorisnya . Teori ini memaparkan bahawa komunikasi berlaku apabila seseorang mula
menyampaikan pembicaraannya kepada pendengar. Maka dapat dikatakan Aristotle
menganggap terdapat sekurang-kurangnya 3 unsur terpenting dalam komunikasi iaitu
penceramah ( speaker ) , mesej atau isi pembicaraan ( messages ) dan pendengar ( listener ) .
Fokus model ini adalah pada kemampuan bicara atau pidato yang biasanya berpusat pada
kemampuan pujukan seorang penceramah yang dapat dilihat dari segi isi pidato , susunan
pidato dan cara penyampainya. Maka, dengan tercapainya tiga perkara diatas maka
seseorang boleh diukur kemampuan pujukannya . Kekurangan model ini terdapat pada
andaian bahawa komunikasi adalah suatu operasi-operasi yang berstruktur yang selalu
berlaku yang menyebabkan penceramah menyampaikan dan pendengar hanya mendengar
tanpa dibahas mengenai gangguan yang mungkin berlaku dalam proses penyampaia , kesan
yang akan berlaku dan sebagainya . Kemudian , model ini tidak dibahaskan tentang aspek
bukan lisan dalam pujukan yang mungkin terjadi dalam suatu komunikasi .
Model Komunikasi Sahnnon and Weaver
Model yang dicipta oleh Shannon dan Weaver adalah model yang paling mempengaruhi model
komunikasi lain . Menurut Shannon dan Weaver, model ini menjelaskan bahawa dalam
berkomunikasi berlaku pengubahan mesej oleh pemancar yang berasal daripada sumber
maklumat menjadi isyarat yang sesuai dengan saluran yang digunakan . Saluran adalah medium
penghantar mesej dari pemancar ke penerima . Bila di andaikan dalam perbualan maka sumber
maklumat adalah otak ( transmetter ) , menyampaikan isyarat berupa suara yang akan di salurkan
oleh udara ( channel ) menuju deria pendengaran ( receiver ) . Selain itu yang paling penting
adalah model ini mejelaskan adanya gangguan ( noise ) yang berlaku dalam proses komunikasi ,
gangguan kemudian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu gangguan psikologi dan gangguan
fizikal . Gangguan psikologi meliputi gangguan yang berkaitan dengan pemikiran dan perasaan .
Kelemahan dari model ini adalah komunikasi masih dianggap sebagi sesuatu yang statik dan satu
arah.
Dalam kajian ini terdapat beberapa teori dan model komitmen kerja yang berkaitan dan
bersesuaian dengan komitmen kerja iaitu Model Komitmen Steers, Teori Motivasi Pencapaian
Mc Clelland dan Teori Howthorn. Semua teori dan Model menjadi bukti dan pengukuhan
perbincangan dapatan kajian kelak.
Model Komunikasi Steward L Tubbs dan Sylvia Moss, 1974.
Terdapat enam gaya komunikasi organisasi yang dikemukan oleh Steward L
Tubbs dan Sylvia Moss, 1974 (1974) iaitu:
1) Gaya Komunikasi Kawalan
Gaya komunikasi yang pertama ialah gaya kawalan yang bermaksud pemimpin mengamalkan
komunikasi sehala. Beliau banyak mempengaruhi orang bawahannya agar mengikuti setiap
arahan perintah dengan menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada padanya tanpa
memperdulikan pendapat atau pandangan orang bawahan mereka.
2) Gaya Komunikasi Penyamaan
Gaya yang bermaksud pemimpin mengamalkan komunikasi dua hala dan mementingkan
pesefahaman. Beliau banyak berkomunikasi secara terbuka dengan membenarkan ahli organisasi
memberikan pandangan dan pendapat dalam suasana yang santai dan harmoni sebelum sesuatu
keputusan atau tindakan hendak dilaksanakan. Gaya komunikasi ini menghasilkan keputusan dan
tindakan serta penyelesaian yang terbaik kepada sesuatu isu.
3) Gaya Komunikasi Penstrukturan
Gaya komunikasi yang ketiga adalah. Bagi gaya komunikasi ini, pemimpin tidak akan
memihak kepada mana-mana pihak dan lebih banyak mengikuti prosedur atau peraturan yang
telah ditetapkan seperti surat pekeliling ikhtisas (SPI). Pemimpin lebih gemar berkomunikasi
kepada perkara sekitar lingkungan kerja sahaja.
4) Gaya Komunikasi Dinamik
Gaya ini menjelaskan pemimpin mengamalkan gaya agresif iaitu cepat bertindak.
Semakin cepat sesuatu tindakan diambil dianggap terbaik. Pemimpin lebih bertindak sebagai
perangsang kepada pekerja agar bertindak dengan cepat dan pantas bagi menyelesaikan sesuatu
isu yang timbul.
5) Gaya Komunikasi Pelepasan
Gaya komunikasi pelepasan menjelaskan pemimpin lebih menerima pendapat orang lain dan
gemar melepaskan tanggungjawab kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama juga beliau
menghargai pandangan orang lain.
6) Gaya Komunikasi Mengelak
Gaya komunikasi yang terakhir adalah gaya komunikasi mengelak dimana pemimpin
menghindari daripada berkomunikasi. Ini bermaksud pemimpin tidak berminat untuk
mendapatkan pandangan atau idea daripada orang lain. Beliau juga gemar untuk tidak dilibatkan
dalam penyelesaian sesuatu isu.
MODEL KOMITMEN STEERS
Steers (1977) dalam kajian LiLy Suriani Mohd. Ariff (2004) telah mengemukakan satu model
peramal dan hasil komitmen pekerja terhadaporganisasi apabila pekerja terus berkhidmat dalam
organisasi yang sama.Terdapat beberapa faktor peribadi yang berhubung dengan komitmen
pekerja
Umur dan Jantina
Peringkat umur yang sudah matang dan sudah sekian lama berkhidmatkepada organisasi
selalunya akan mencatatkan tahap komitmen yang tinggi berbanding dengan pekerja baru.
Manakala faktor jantina pula menunjukkan bahawa pekerja wanita lebih cenderung menunjukkan
tingkat komitmen yanglebih tinggi berbanding pekerja lelaki
Taraf Pendidikan
Pekerja yang berkelulusan tinggi lebih cenderung menunjukkan sifat yang kurang komited
terhadap organisasi berbanding dengan pekerjayang berkelulusan rendah. truktur Organisasi
Pekerja akan lebih komited jika pihak organisasi memberi kebebasankuasa dalam membuat
keputusan sendiri serta diberi tanggungjawab dan kepercayaan terhadap tugas yang diberikan.
Peranan Tugas
Faktor ini adalah berkaitan dengan skop tugas yang diperkayakan melalui pengkayaan kerja.
Kaedah ini dapat membantu mendorong para pekerjamenunjukkan tahap komitmen yang lebih
tinggi terhadap organisasi. Melalui pengkayaan kerja juga dapat membantu penghapusan
kawalan dengan
a) Memberikan kuasa tambahan
b) Meningkatkan tanggungjawab terhadap tugas yangdilakukannya.
C)Menjadikan tugas yang lebih berat.
d) Menjadikan pekerja supaya lebih berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang kerja
Kebajikan
Pihak pekerja akan menunjukkan tahap komitmen yang tinggi jika pihak organisasi mengambil
berat akan kebajikan mereka. Oleh yang demikian para pekerja akan terus meningkatkan
komitmen mereka semasa bertugas dan beranggapan organisasi boleh diharapkan dan dapat
memberikan kepentingankepada mereka
Kajian lepas komitmen
Mengikut Liou (1993) Mowday, Steers dan Porter (1982) mengkaji komitmen terhadap
organisasi menggunakan pendekatan empat kategori pembolehubah iaitu cirri-ciri individu,
pekerjaan atau peranan, pengalaman kerja atau struktur organisasi. Dapatan kajian menunjukkan
faktor-faktor utamayang membawa kepada komitmen organisasi masih tidak konsisten.
(AcrylSani, 2001)
Kajian yang dijalankan Asliza Bt. Awang Kechil (2004) ke atas 81 orang guru kaunseling
di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Johor Bahrumenunjukkan terdapat hubungan
perkaitan di antara tahap kecerdasan emosidengan tahap kepuasan kerja dan komitmen terhadap
kerjaya. Dapatanmenunjukkan kecerdasan emosi guru-guru kaunseling sekolah-
sekolahmenengah di daerah Johor Bahru adalah tinggi, tahap kepuasan kerja berada pada tahap
yang sederhana dan tahap komitmen terhadap kerjaya berada padatahap yang tinggi. Dapatan
kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yangkuat dan signifikan antara kecerdasan emosi
dengan kepuasan kerja. Hasil kajian juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di
antara tahap kecerdasanemosi dengan komitmen terhadap kerjaya.
Kajian oleh Lily Suriani (2004) berkaitan kepuasan komunikasi dengan komitmen
terhadap organisasi di kalangan pekerja teknikal di FlextronicsInternational, Senai, Johor. Kajian
ini ialah untuk mengenalpasti tahap kepuasankomunikasi dan tahap komitmen, mengenalpasti
hubungan antara kepuasankomunikasi dan komitmen, melihat faktor kepuasan komunikasi yang
palingmempengaruhi komitmen dan mengenalpasti perbezaan tahap komitmen dantahap
kepuasan komunikasi berdasarkan demografi. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa terdapat
hubungan positif signifikan antara kepuasankomunikasi dan komitmen di kalangan responden.
Sementara itu faktor komunikasi yang paling mempengaruhi komitmen ialah komunikasi
pengarahan tugas dan maklumbalas individu. Sementara itu, hasil kajian menunjukkanterdapat
perbezaan tahap kepuasan komunikasi yang signifikan berdasarkan bangsa, taraf perkahwinan
manakala bagi perbezaan tahap komitmen berdasarkan demografi, hanya taraf perkahwinan
sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan.
Model Mowday et al. (1982).
Model ini diasaskan daripada Teori Komitmen Organisasi. Secara teori, beliau mendefinisikan
komitmen sebagai elemen psikologi hasil interaksi pekerja dengan pemimpin melalui proses
kepemimpinan. Menurut Mowday et al. (1982) lagi, apabila ada hubungan positif antara pekerja
dengan gaya kepemimpinan pengetua, kepuasan kerja akan terhasil dan komitmen pekerja
terhadap organisasi akan meningkat. Berasaskan kepada andaian di atas, mereka telah
mengklasifikasikan modelnya kepada tiga komponen utama, iaitu:
(a) KOMPONEN AFEKTIF
Komitmen afektif bermaksud penerimaan ahli terhadap nilai-nilai dan matlamat organisasi. Di
sekolah, guru boleh menerima nilai-nilai dan matlamat sekolah kerana sama dengan matlamat
dan nilai yang dipegang oleh mereka.
(b) KOMPONEN BERTERUSAN
Komitmen berterusan bermaksud kesediaan dan persiapan untuk berusaha
bersungguh-sungguh atas nama organisasi. Di sekolah, guru sangat bersedia
untuk berusaha sedaya upaya bagi memastikan nama sekolahnya sentiasa
berada pada tahap tinggi dan menjadi contoh kepada sekolah lain.
C) KOMPONEN NORMATIF
Komitmen normatif yang bermaksud keinginan ahli untuk mempertahankan
keanggotaan di dalam organisasi iaitu menjadi sebahagian daripada
oganisasi.
Berdasarkan tipologidi atas, Mowday et al. (1982) juga menghasilkan soal selidik, iaitu
Commitment Questionnaire (OCQ) yang mengandungi 15 item untuk mengukur tahap
komitmen pekerja terhadap organisasi.
1.10.5 LokasiLokasi bermaksud kawasan tumpuan Kamus Dewan (2008). Lokasidalam kajian ini ialah tempat responden bertugas samada di kawasan bandarataupun luar bandar. Kawasan ini adalah mengikut penetapan yang telahditetapkan Majlis Daerah Kota Tinggi.
Samsidar (1966), dalam kajiannya juga memperoleh dapatan yang sama dan berpendapat
gaya penyamaan paling sesuai digunakan di sekolah pada masa kini yang lebih mementingkan
hubungan kemanusiaan. Guru Besar yang dapat meransang guru-guru untuk bersama-sama
bermusyawarah, menjana idea, merancang pelan tindakan dalam suasana yang mesra dapat
mewujudkan satu iklim kerja yang baik dan efisyen. Gaya ini membolehkan perbincangan
dilaksanakan dengan lebih terbuka dalam situasi saling faham memahami, tenang dan selesa.
Namun begitu, Guru Besar perlu pandai menyesuaikan penggunaan gaya ini dengan keadaan
sekolahnya. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan hasil kajian Samsidar
Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik. Soal selidik ini telah
diubahsuai daripada penyelidik- penyelidik lain seperti Afendi Hamat (2002), Lim Ser Yen
(2005), Muhamad Ridzuan (2006). Menurut Mohamad Najid (1999) yang menyatakan bahawa
instrumen yang baik seharusnya mempunyai ciri-ciri objektiviti, kesahan, kebolehpercayaan dan
kepenggunaan.
Penggunaan soal selidik adalah lebih mudah dan efektif bagi kajian yang berbnetuk
kuantitatif tinjauan (Mohamad Najid, 1999). Menurut Khalid Johari (2003) penggunaan borang
soal selidik adalah antara alat pengumpulan data yang banyak digunakan
oleh penyelidik-penyelidik. Donald dalam Pugarnes, (2000) menyatakan bahawa terdapat banyak
kebaikan menggunakan kaedah soal selidik. Antara kebaikannya adalah:
i. Soal selidik mengurangkan masa, menjimatkan kos dan senang mendapat kerjasama
responden.
ii. Soal selidik boleh melibatkan topik yang banyak serta boleh disampaikan ke lokasi yang
luas.
iii. Soal selidik menjamin maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk
tujuan penyelidikan.
iv. Soal selidik tidak mementingkan perwatakan individu seperti yang diperlukan untuk
temuduga.
Instumen kajian ini merupakan satu borang soal selidik (rujuk Lampiran B) yang mengandungi
tiga bahagian dalam Bahasa Melayu. Taburan item bagi setiap konstruk mengikut bahagian telah
dinyatakan dalam lampiran B.
Kajian rintis
Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk mendapatkan keesahan dan kebolehpercayaan
soal selidik yang akan digunakan sebagai alat kajian ini. Soalan-soalan kajian ini adalah
berlandaskan kepada contoh-contoh soal selidik terdahulu yang pernah digunakan bagi tujuan
kajian yang hampir sama. Untuk kesahan soalan soal selidik dalam kajian ini
ebanyak 10 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru di sebuah sekolah
menengah yang bukan sebagai sampel dalam kajian penyelidik. Ini bertepatan dengan kenyataan
daripada Mohamad Najid (1999) yang berpendapat saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi
memadai antara enam hingga sembilan orang untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang
berkesan. Para responden adalah terdiri daripada kalangan guru yang meliputi pelbagai bidang
pengajaran dan pemilihan telah dilakukan secara rawak mudah. Menurut Mohd. Najid Grafar
(2000), persampelan rawak mudah merupakan proses mengambil atau menggunakan sampel
bilamana setiap individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
KAJIAN LEPAS HUBUNGAN GAYA KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN KERJA
Terdapat hanya beberapa kajian lepas yang mengkaji hubungan gaya komunikasi guru besar dan
komitmen kerja guru antaranya ialah M. Muzammil et.al, Ibrahim Bin Abd karim (2013) dan
lain-lain. Kajian lepas lebih banyak mengkaji hubungan gaya komunikasi guru besar dengan
kepuasan kerja guru.
Menurut M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Azmi Bin Hussain dalam kajian mereka yang
berta juk Gaya Komunikasi Guru Besar Dan Komitmen Guru-Guru Di Tiga (3) Buah Sekolah
Daerah Kota Bharu Kelantan, Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya equalitarian diamalkan
pada tahap tinggi, manakala gaya kawalan diamalkan pada tahap rendah. Analisis data komitmen
guru pula keseluruhannya, didapati guru-guru di tiga buah sekolah yang dikaji ini amat komited
dengan sekolah dan sanggup berkorban masa demi kerja dan sekolahnya. Ini dibuktikan melalui
item 11dengan 89% (min 4.26) yang bersetuju dengan kajian ini. Pengkaji tidak menyatakan
apakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan komitmen
guru atau sebaliknya.
Berdasarkan kajian Ibrahim Bin Ab Karim(2013) pula, beliau menyatakan tidak terdapat
hubungan yang dignifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan komitmen kerja guru.