Post on 24-Jun-2015
description
NAMA AHLI KUMPULAN
LIM EU JUN 211723NG YEE HARN 211762NOR HASLINDA BINTI SALEH 214898 SITI KHAZANA BT BERAHIM 211321
KONSEP PEMIKIRAN
TAMADUN CHINA&
CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN CINA
KONSEPPEMIKIRAN TAMADUN
CINA
Konsep T’ien
Konsep Tao
Konsep Ren
T’ien
Langit ( Heaven )
Dewa terpenting
/ Dewa utama
Dewa juga disamakan
dengan langit
Dewa mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang
Tao
Jalan / Lorong
Sebelum kedatangan falsafah Konfusius ,
Dao digunakan untuk menunjukkan satu
"jalan"ataupun suatu cara kelakuan atau
tabiat sama ada tabiat baik ataupun buruk
Selepas kedatangan Konfusius, orang-orang yang mengikut
fahaman Daoisme(berasal dari perkataan Dao) menggunakan
konsep Dao dengan suatu maksud metafizik untuk
menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta .
Menurut Konfusius Sebagai satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu,
atau suatu set peraturan-peraturan
etika yang harus diikuti oleh seorang
individu
Suatu corak atau jenis pentadbiran
yang dapat menjamin
kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan
cara yang paling baik.
Menurut ahli falsafah Daoisme, dao
bermaksud metafizik. Ini bermaksud jika
terdapat suatu proses kewujudan,maka
hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas
dan ini dipanggil Dao.
Ren
Perasaan Kasih Sayang
Sifat kemanusiaan – dilakukan atas dasar
simpati dan persahabatan antara
manusia
Dengan memahami Ren,seseorang itu diyakini
dapat mendisplinkan dirinya atau bertindak
mengikut norma-norma sosial dan adat istiadat
yang dianggap betul dan mulia dalam masyarakat.
Asas sistem etika Cina –
perikemanusiaan.
KATA KONFUCIUS
“Jangan lakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain lakukan kepada anda.”
Asas kepada konsep Ren adalah konsep Zhong (ketaatan), Shu (kemaafan), Xiao (berbakti) Di (hormat).
Konsep “ren” mendidik masyarakat Cina memperbaiki diri.
Dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.
Ren yi – nilai akhlak paling tinggi
Menurut Menzi, Ren = hati manusia
Yi = Jalan Manusia
KONSEP-KONSEP LAIN…
Konsep Yin & Yang
Konsep Junzi
Konsep The Grand Unity atau Ta T'ung.
Konsep Yin & Yang
Yin mewakili perempuan. Keadaan pasif, sejuk, gelap, basah, lembut
Yang pula mewakili lelaki.
Aktif, panas, cerah dan gagah.
Pemikir-pemikir Cina mempercayai bahawa perkara-
perkara yang berlaku atau wujud di dalam alam ini akibat dari interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin &
Yang.
Yin & Yang merupakan dua
kuasa yang saling bertindak di dalam alam semesta ini.
Dalam bentuk fizikal, Yang
merupakan langit dan Yin adalah
bumi.
KONSEP JUNZI (CHUN TZU) Menurut Konfusius, tujuan pendidikan ialah
untuk : melahirkan Junzi (orang budiman)
Diterjemahkan sebagai – manusia yang sempurna.
Ciri-ciri : tenang, tidak sombong, tidak riak/bangga diri, dan tidak banyak berkata-kata (hal yang tidak bermanfaat)
Junzi: personaliti ideal (Konfusianisme).
Rujuk - sifat kebaikan, sederhana.
Untuk jadi seorang junzi- berbudi bahasa, murah hati, berpengetahuan, berkebolehan, bijak atasi masalah & sanggup laksana tugas dibebankan.
Junzi mempunyai 3 peranan:Mempelajari ilmuMemperbaiki diriMentadbir manusia.
KONSEP THE GRAND UNITY ATAU TA T'UNG.
Menurut Kang Yu Wei dalam bukunya Ta T'ung Shu(Book of Great Unity atau Ta T'ung) menyatakan: Ianya satu prinsip yang menumpukan perhatian kepada cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan dan cara mendapatkan keseronokan secara maksima kepada jumlah manusia yang maksima.
Ciri-ciri Keistimewaan
Tamadun China
Dinamik
Pengaruh yang LuasNilai Moral
Jangka Hayat yang Panjang
1) Jangka Hayat yang Panjang Tamadun China dikesan sejak 2000 SM, ia merupakan
tamadun yang telah bertahan selama kira-kira 4000 tahun.
Kegemilangan berlaku semasa dinasti Han (140-117 S.M) iaitu
semasa pemerintahan Sun Quan dan dinasti Tang (618-907 M) .
Pemerintahan zaman Dinasti Tang telah mewujudkan
hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan 7
jalur jalan dagang dengan dunia luar, salah satu ialah
perjalanan laut dari Guangzhou dengan
India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain.
Penyatuan China berlaku apabila negara dibawah pemerintahan maharaja Shi Huang Ti dan Han Wu Ti.
Maharaja Han Wu Ti merupakan maharaja perempuan pertama di negara China dan baginda seorang yang berwibawa. Keadaan in membantu memanjangkan jangka hayat tamadun China.
Pengetahuan membuat kertas, bahan letupan, cara pencetakan, dan penggunaan kompas merupakan 4 penciptaan agung semasa Tamadun China.
2) Dinamik Berkembang selaras dengan perkembangan pembentukan sistem
pemerintahan.
Shi Huang Ti berjaya menyatukan negera-negara yang berpecah belah seterusnya memacu kegemilangan tamadun China.
Baginda mencetuskan idea untuk membina Tembok Besar China yang sehingga kini tercatat sebagai salah satu daripada tujuh ajaib dunia.
Maharaja pada dinasti Zhou Barat hingga ke zaman Zhang Guo mematuhi ajaran Confucius. Rakyat jelata dapat hidup di dalam pesekitaran yang harmoni.
4) Nilai-nilai Moral Punca kestabilan tamadun China ialah kecenderungan mereka
menghayati dan melaksanakan nilai-nilai moral terutamanya Konfusianisme dan Budhisme.
Ajaran Confucius menjadi pegangan utama kepada tamadun China.
Ia menegaskan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.
Konsep “Li” – iaitu “tatasusila” menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia.
Ajaran Buddha membantu mencapai kesempurnaan hidup masyarakat Cina. Antara konsep pemikiran ialah: teori Si Ti, teori Sebab-Akibat, teori Balasan, dan teori 3 Kaedah.
Konsep “Li”
Hubungan Maharaja dgn Rakyat
Hubungan Bapa dgn Anak
Hubungan Suami dgn Isteri
Hubungan Kawan dgn Kawan
Hubungan Abang dgn Adik
4) Pengaruh yang Luas Pengaruh kuat China bermula sejak dinasti Wei apabila
tentera Monggolia, menerima pakai adat istiadat dan kod
undang-undang Cina dalam pentadbiran.
Orang China yang memeluk Islam terus mengekalkan nama
Cina, cara berpakaian dan cara makan mereka walaupun
sudah berubah agama.
Negara China merupakan model bagi negara Jepun, Korea dan
Vietnam.
Negara Jepun mencontohi corak pemerintahan di era dinasti
Tang.
Ajaran Budhisme dan Konfusianisme juga menyerap masuk
dalam kehidupan masyarakat negara Jepun.
Pengaruh China dilakukan melalui perdagangan,
penaklukan, dan perluasan kuasa serta migrasi penduduk
Cina.
Kewujudan China Town di beberapa bandaraya utama
dunia, kewujudan restoran-restoran Cina dan kemunculan
herba dan ubatan Cina memperlihatkan pengaruh luas
China ke atas negara-negara lain di dunia.
KESIMPULANKesemua agama dan konsep-konsep penting
dalam Tamadun Cina mengajar sistem moral dan ianya adalah penting dalam kehidupan. Manakala "ajaran-ajaran tuhan " adalah satu cara untuk memberi hukuman. Itulah asas utama konsep agama yang ada pada masyarakat Cina. Oleh itu, jelaslah pandangan semesta orang-orang Cina adalah mengutamakan kehidupan duniawi daripada kehidupan selepas mati.
Terima kasih…