Post on 07-Feb-2018
TNBR QATS - KLES Meterai Perjanjian Usahasama
© 2014 TNBR. All rights reserved
2014 EVENTS ARTICLE
Bangi – TNBR QATS (anak syarikat TNB Research) telah memeterai satu memorandum
persefahaman (MoU) pada 13 November 2014 dengan KLES (Korea Laboratory Engineering
System). KLES merupakan sebuah syarikat yang beroperasi di Republik Korea dengan bisnes
utamanya menjalankan kerja-kerja penilaian teknikal, servis, pasang semula, pengubahsuaian
serta pemasangan paip dan sokongan dandang. Kerjasama di antara KLES dan TNBR telah
bermula sejak dari tahun 2009 lagi.
Tujuan MOU ini adalah untuk KLES dan TNBR QATS bekerjasama berkaitan skop Piping
dan Plumber: Piping Monitoring System, Education yang telah dipersetujui yang melibatkan
loji kuasa haba yang dimiliki dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB),
Pengeluar Tenaga Bebas Malaysia (IPP), dan mana-mana industri lain yang berkaitan di rantau
Asia dan negara-negara lain.
Diharapkan dengan memeterai memorandum ini dapat menggalakkan pembangunan teknologi
dan menjana perniagaan yang berdaya saing serta memberi keuntungan kepada kedua-dua
pihak. Di samping itu, membuka ruang untuk pemindahan teknologi melalui perkongsian
kemahiran, pengetahuan dan kepakaran.