Post on 09-Dec-2015
description
BBR 26403BIODIVERSITI DAN ADABTASI
SEMESTER II 2014/2015KOHORT 2
TUGASAN INDIVIDU
NAMA PENSYARAHEN ZULKEFLI BIN DAUD
NAMANO MATRIK
KAMARULHISYAM BIN TAHIRDB110536
NO. KAD PENGENALAN800618015649
BAHAGIAN A: DIVERSITI DAN TABURAN TUMBUHAN DI KAWASAN KAJIAN LAPANGAN
1. Pengenalan
Biodiversiti atau kepelbagaian biologi adalah variasi pelbagai bentuk kehidupanyang ada di bumi ini. Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil kuman hingga ke hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-pokok yang besar. Setakat ini hampir 1.4 juta spesies telah dikenal pasti, namun para saintis menganggarkan jumlah spesies yang terdapat di dunia ini adalah lebih dari 100 juta. Biodiversiti biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat:
Diversiti genetik – kepelbagaian dalam sesuatu spesies. Misalnya, kita boleh melihat perbezaan di antara adik dan rakan-rakan adik. Ada antara rakan adik yang mempunyai rambut kerinting dan ada pula yang rambut lurus, ada yang tinggi, ada yang rendah dan sebagainya. Ini semua disebabkan oleh perbezaan dan kepelbagaian genetik.
Diversiti spesies – kepelbagaian organisma atau benda hidup di bumi ini. Misalnya gajah, harimau, pokok durian, ikan kelisa, burung nuri dan sebagainya
Diversiti ekosistem - kepelbagaian habitat seperti laut, hutan tanah tinggi, paya bakau dan sebagainya
1.2 Lokasi
Kawasan lapangan yang dipilih terbahagi kepada dua iaitu kawasan tanah pertanian dan tanah belukar. Kedua-dua tempat ini terletak di Taman Indah Jaya, Kluang. Jarak lokasi dari rumah kediaman lebih kurang 15 kilometer. Namun begitu, kedua-dua sampel kawasan tersebut adalah berbeza dan hanya berjarak 1 kilometer di antaranya.
Kawasan tanah yang berbeza mempunyai makrofauna yang juga berbeza. Ini disebabkan oleh kandungan tanah yang merangkumi tahap naungan, kelembapan dan kekeringan, kemampatan dan tekstur tanah tersebut yang berbeza.
Kawasan tanah pertanian yang dipilih adalah kawasan yang ditanam dengan pokok kelapa sawit, manakala tanah belukar dipenuhi dengan rumput, lalang dan pokok pisang.
1.3 Jenis Lokasi
i. Kawasan tanah pertanian
ii. Kawasan belukar
Tumbuhan yang berada di kawasan pertanian
NAMA HERBA: Pokok Kapalterbang, Pokok Jepun, Pokok Jerman
NAMA SAINTIFIK: Chromolaena odorata
GENUS: Chromolaena
FAMILI: Asteraceae
Pokok Kapalterbang, Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah. Tumbuhan ini asalnya daripada Hindi Timur, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Nama tumbuhan ini dalam Bahasa Melayu adalah pokok Jerman ataupun pokok Jepun. Nama-nama lain tumbuhan ini adalahOsmia odorata, Chromolaena odorata, rumpai Siam, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau. Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.
Di India, pokok ini menjadi rumai yang utama di ladang-ladang tanaman. Tumbuhan ini menutupi padang ragut dan kawasan lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tidak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga ketinggian 4.5 hingga 6.0 meter (Bennett and Rao, 1968).
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Passifloraceae
Genus: Passiflora
Spesies: P. foetida
Nama binomial: Passiflora foetida L.
Letup-letup; istilah saintifik (Passiflora foetida) (lain-lain nama: maracuja liar, Buah markisa belukar,[1] marya-marya, limau air liar,[2] bunga markisa busuk,[2] love-in-a-mist atau running pop[2]) merupakan sejenis pokok dalam golongan bunga markisa, ianya berasal dari barat daya Amerika Syarikat (selatan Texas dan Arizona), Mexico, Caribbean, Amerika Tengah dan banyaknya boleh ditemui di bahagian Amerika Selatan. Ia merupaka spesies baru yang dibawa ke wilayah beriklim tropika dan pantropika,[2] seperti Asia Tenggara dan Hawaii.[3] Buahnya boleh dimakan tetapi tidak dijual secara komersil.
Tumbuhan yang berada di kawasan belukar
Nama botani : Melastoma malabathricum Linn.
Famili : Melastomaceae
Ciri morfologi
Pokok senduduk jenis renek, tingginya hanya 1-2 meter dan bercabang banyak. Batang dan rantingnya bersegi-segi, berwarna merah tua dan diselaputi sisik serta bulu kecil. Daun senduduk bujur panjang, runcing di hujung dan pangkal. Ciri unik pada daun senduduk ialah ada tiga urat daun memanjang yang jelas. Panjang daun berbeza-beza, iaitu antara 2.5-10 cm dan lebarnya 1.5-5 cm, iaitu bergantung pada jenis. Permukaan bawah daun berbulu dan kasar.
Bunga senduduk besar dan cantik, lebarnya 4-6 cm, dikeluarkan pada jambak yang pendek di hujung ranting. Kelopak bunga lima, berwarna ungu muda hingga ungu cerah. Salut bunga juga lima, berwarna ungu muda hingga ungu cerah. Salut bunga juga lima, berwarna merah tua. Bilangan stamen 10, lima daripadanya lebih besar dan mempunyai tangkai yang berwarna kuning dan hujung yang melengkuk, manakala yang lima lagi mempunyai hujung yang lurus.
Buah senduduk pada mulanya tertutup oleh cawan kaliks, tetapi apabila masak penutupnya terbuka dan mendedahkan isi yang berwarna ungu gelap. Di dalam isi terdapat biji yang banyak dan halus. Terdapat beberapa jenis senduduk, iaitu yang mempunyai daun yang sederhana dan yang mempunyai daun kecil. Ada juga jenis albino, iaitu mempunyai bunga berwarna putih.
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Poales
Famili: Poaceae
Genus: Imperata
Spesies: I. cylindrica
Binomial: Imperata cylindrica
Pokok Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga terdapat di negara-negara tropika dan kawasan serdahana lain termasuk ASEAN. Nama botani pokok Keladan adalah Imperata cylindrica.Lalang dianggap salah satu rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rizom.
Bagaimanapun lalang mempunyai kepentingan tertentu. Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu mengurangkan hakisan tanah. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal, dapat digantikan dengan lalang. Ia menghalang air dari hujan lebat menghanyutkan ia tanah tersebut ke tempat lain.
Nama Tempatan: Rumput Israel
Nama Saintifik: Asystasia Gangetica L.
Nama Lain: Chinese violet, Seri pagi
Famili: Acanthaceae
Tumbuhan ini begitu mudah didapari tumbuh liar dipinggir-pinggir jalan dan tepi belukar. Ia membiak melalui keratan batang dan secara menjalar. Ia begitu cepat membiak dan dapat menjajah sesuati kawasan dengan cepat sekali.
Tumbuhan ini digunakan untuk mengubat luka akibat dari gigitan serangga dengan cara melumatkan daunnya dan menampalnya pada tempat luka tersebut.
1.4 Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Tumbuh -Tumbuhan
Faktor yang dapat mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan adalah terdiri daripada iklim
dan cuaca iaitu cahaya matahari, suhu hujan dan angin, batuan dan tanah-tanih, bentuk muka
bumi dan aktiviti manusia. Faktor-faktor ini mempengaruhi tumbuh-tumbuhan dari segi dari
segi sifat taburan, jenis, kepadatan, ketinggian pokok, dan sebagainya.
Pada umumnya taburan tumbuh-tumbuhan berbeza di kawasan iklim yang berlainan.
Jenis tumbuhan di kawasan tropika seperti di Malaysia adalah berbeza dengan jenis
tumbuhan yang terdapat di kawasan gurun panas dan juga di kawasan kutub. Di antara
unsur-unsur iklim dan cuaca yang paling jelas berkesan dalam mempengaruhi taburan
tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah cahaya matahari, suhu, hujan dan angin.
1.5 Tumbuhan Di Persekitaran Tanah Pertanian Dan Tanah Belukar
Taburan tumbuhan yang diambil kira adalah dalam lingkungan 5m persegi di kedua-dua
kawasan tanah pertanian dan tanah belukar. Berikut adalah bilangan sepsis tumbuhan yang
ditemui di kedua-dua lapangan kawasan yang dikaji:.
1.6 Pengiraan Indeks Diversiti Tumbuh-tumbuhan
Indeks diversiti yang digunakan adalah Indeks Diversiti Simpson yang mana bertujuan untuk mengukur kepelbagaian, jumlah kehadiran spesies mahupun kelimpahan sesuatu spesies di sesuatu kawasan.
Spesis Tanah Pertanian Tanah Belukar
Paku Pakis
Pokok keladi
Lalang
Pokok Pisang
5
1
0
0
0
0
20
1
JUMLAH 6 21
Formula: D = 1/pi² , pi = pecahan kelimpahan spesis
Jadual Pengiraan Indeks Diversiti Tumbuhan
Tanah Pertanian Tanah Belukar
D = 1/pi²
= 1 / [(5/6)² + (1/6)² ]
= 1 / [0.69 + 0.03]
= 1 / 0.72
D = 1.39
D = 1/pi²
= 1 / [(20/21)² + (1/21)² ]
= 1 / [0.91 + 0.002]
= 1 / 0.912
D = 1.10
Melalui keputusan jadual perbandingan di atas kita dapat melihat banyak spesis tumbuhan
yang hidup di lokasi 1 berbanding di lokasi 2.
Kesimpulannya, purata Indeks Diversiti (D) di lokasi 1 ialah 1.39 manakala di lokasi 2 ialah
1.10. Kita boleh katakan bahawa Tanah Pertanian mempunyai lebih banyak kepelbagaian
(diversiti) jika dibandingkan dengan Tanah Belukar.
BAHAGIAN B: KITAR HIDUP BEBERAPA SPESIES TUMBUHAN YANG UTAMA DI KAWASAN KAJIAN LAPANGAN
1. Pengenalan
Kitaran hidup ialah jangka masa yang melibatkan kesemua generasi yang bersilih-ganti
dalam suatu spesies melalui pembiakan. Kitaran hidup tumbuhan banyak bergantung kepada
kaedah pembiakan tumbuhan sama ada ianyanya secara aseksual atau seksual. Baka
tumbuhan ditentukan oleh gen yang mengandungi kromosom di dalam sel tumbuhan dari satu
generasi kepada satu generasi secara berterusan.
Pembiakan tumbuh-tumbuhan berlaku semenjak dulu dengan menghasilkan tumbuhan
baru sama ada secara semula jadi atau dijalankan oleh manusia dengan kaedah penanaman
dan pembiakan berterusan.
1.1 Kawasan Kajian Lapangan
Kawasan tanah pertanian yang dipilih adalah kawasan tanaman kelapa sawit. Pokok yang terdapat di situ ialah paku pakis dan pokok keladi. Kawasan tanah belukar pula terdapat rumput, lalang dan pokok pisang.
Pokok Paku Pakis
Kitaran hidup pokok paku pakis boleh dilihat pada gambarajah di bawah:
Paku pakis ialah tumbuhan vaskular tidak berbiji yang tergolong bersama pakis yang lain
dalam alam tumbuhan yang digelar Pteridophyta. Ia mempunyai batang, pelepah, anak-daun
pertama dan akar seperti tumbuhan vaskular yang lain. Ia berbeza daripada tumbuhan berbiji
(gimnosperma dan tumbuhan berbunga) iaitu ia tiada bunga atau biji benih, dan membiak
melalui spora. Ia mempunyai banyak persamaan dengan lumut dan alga tetapi berbeza
dengan tumbuhan ringkas itu dengan adanya xilem dan floem untuk pengangkutan air dan
bahan makanan.
Pterophyta merupakan tumbuhan paku yang banyak ditemui di sekeliling kita.Ianya
berdaun besar,daun muda menggulung,sporangium terdapat pada sporofil. Ciri utamanya
ialah akar,batang dan daun dapat dibezakan,spora dihasilkan pada sporofil terutama di bawah
daunnya serta daun muda tumbuh menggulung.
Paku pakis membiak melalui dua kaedah iaitu secara seksual atau aseksual.
Tumbuhan dewasa menghasilkan spora.Spora kelihatan di bawah daun pakis
matang.Kebanyakan pakis adalah homosporous iaitu mereka menghasilkan hanya satu jenis
spora.Spora dilepaskan melalui angina dan mencari tanah untuk bercambah dan memulakan
peringkat kedua kitaran hayat. Apabila ia telah bercambah dalam tanah,spora berkembang
menjadi gametophyte. Gametophytes adalah kecil. Mereka mampu untuk
berfotosintesis,menukarkan tenaga dari matahari menggunakan klorofil yang terkandung di
dalam sel-sel mereka. Gametophyte mempunyai kedua-dua organ seksual, menghasilkan
kedua-dua telur dan sperma. Organ betina dipanggil archegonium, manakala jantan dipanggil
antheridia. Apabila tumbuhan muda telah disentisis dengan tenaga yang mencukupi, ia akan
menghasilkan telur dan sperma.
Seperti dalam semua tumbuhan vaskular, ovum adalah statik manakala sperma adalah
bergerak. Seperti sperma mamalia, sperma pakis mempunyai struktur ekor untuk pergerakan.
Sperma akan menggunakan kelembapan pada gametophyte berenang ke telur,yang kekal di
archegonium dan memulakan persenyawaan. Setelah disenyawakan, gametophyte menjadi
zigot, sel awal menjadi individu baru. Ia kini akan mula berubah menjadi pakis
dewasa,dengan bentuk daun pakis seperti biasa. Ini berlaku disebabkan oleh pembahagian
sel,apabila kromosom dalam sel bertukar menjadi dua. Daun menggunakan tenaga daripada
fotosintesis untuk berkembang menjadi tumbuhan matang.
RUJUKAN
1. Z Daud (2015). Biodiversiti Dan Adaptasi. Batu Pahat, Johor: ZZ Global Education.
2. FY Kooi (2004). STPM Biology volume 2. Johor Bharu, Johor: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.