Post on 16-Jan-2016
description
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH 1
Tajuk Tugasan 1 :
Sejauh Manakah Kelemahan Sultan Mahmud Shah Telah
Memberi Ruang Kepada Penjajahan Portugis Di Melaka.
Nama : Samsuriy bin Abdul Talib
No.Matrik : D20112053459
No.Kad Pengenalan : 7203237-08-6615
Kursus : HNS 2013 Kenegaraan
Kumpulan : UPSI-A03 ( A1112PJJ)
Nama Tutor : Puan Fauziah binti Che Leh
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH 2
Kandungan
Pendahuluan……………………………………………………………………………… 3
Kesultanan Melayu Melaka ……………………………………………………………… 4 – 5
Kegemilangan Melaka …………………………………………………………………… 5 – 7
Pemerintahan Sultan Mahmud Syah ……………………………………………………… 7
Kelemahan Sultan Mahmud Syah ………………………………………………………… 7 – 9
Kesimpulan ……………………………………………………………………………… 9 – 10
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH 3
Pendahuluan
Satu sistem politik melayu yang dikenali sebagai Kerajaan Melayu Melaka adalah antara
institusi kesultanan melayu yang terawal di Tanah Melayu. Beberapa buah kerajaan Melayu
telah muncul di kepulauan melayu sebelum Melaka seperti Kerajaan Langkasuka, Sri Vijaya,
Gangga Negara, Palembang dan Temasik. Melaka satu ketika hanyalah sebuah perkampungan
nelayan yang kecil mampu menjadi sebuah empayar yang kuat di Asia Tenggara.
Melaka telah diasaskan sekitar tahun 1400 oleh Parameswara yang berasal dari
Palembang, Sumatera. Setelah Palembang ditakluki oleh Majapahit, beliau telah melarikan diri
ke Temasik. Kemudian Parameswara melarikan diri pula ke Muar kerana di usir oleh tentera
Siam sebelum berpindah ke Melaka.
Melaka mula berkembang hingga muncul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka di
Kepulauan Melayu. Kedudukan Melaka yang strategik menjadikan Melaka sebuah pusat
perdagangan yang maju. Parameswara juga diiktiraf oleh Maharaja Cina sebagai pemerintah dan
negeri Melaka adalah sebuah kerajaan yang sah.
Menjelang abad ke-15, kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi sebuah
kerajaan yang kuat dan disegani di Asia Tenggara. Kemakmuran Melaka semakin bertambah
apabila Parameswara memeluk agama islam serta dikenali dengan nama islamnya iaitu Sultan
Iskandar Shah. Kegigihan beliau membangunkan Kesultanan Melayu Melaka dengan sistem
pentadbiran yang teratur dan dinamik adalah aspek penting yang membawa kepada kemakmuran
Melaka. Pemerintahan yang cekap dan rakyat Melaka membantu usaha membangunkan kerajaan
adalah satu ikatan konsep daulat.
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH 4
Kesultanan Melayu Melaka
Bentuk kerajaannya berdasarkan sistem feudal iaitu sultan atau raja menjalankan
pemerintahan secara mutlak. Semua kuasa, undang-undang dan peraturan bertujuan
mengukuhkan kedudukan sultan. Selain bidang pemerintahan, sultan juga berkuasa penuh dalam
bidang ekonomi. Sumber pendapatan dan kewangan negeri diperolehi menerusi kutipan cukai.
Hubungan antara sultan dengan rakyat berasaskan konsep ‘penaung’ dan ‘dinaung’.
Sultan dan kerabat diraja menjadi penaung kepada rakyat jelata. Melalui ikatan konsep daulat
Sultan Iskandar Syah ( Parameswara ) telah dibantu oleh rakyatnya yang terdiri daripada orang
melayu, orang laut dan orang asli.
Antara peranan sultan ketika itu ialah :
a) Menjadi ketua agama islam dan adat istiadat melayu.
b) Mengetuai angkatan tentera dalam peperangan dengan Negara luar.
c) Menjadi lambing perpaduan dan penyatuan negara, rakyat dan jajahan takluk.
d) Berkuasa dalam urusan pentadbiran termasuk melantik pembesar negeri, membicarakan
dan menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah.
e) Berkuasa mutlak dalam semua bidang ekonomi berkaitan pungutan cukai, hasil pertanian,
buruh dan perdagangan.
f) Mengendalikan urusan luar negeri seperti menjalinkan hubungan diplomatik dan
mengetuai rundingan dengan dengan ketua-ketua negara asing.
Melaka telah diperintah oleh beberapa orang sultan sejak dari tahun 1400. Setiap sultan
mempunyai karakter dan cara pemerintahan yang berbeza. Berikut adalah sultan-sultan yang
telah memerintah Melaka sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.
1400 – 1414 – Sultan Iskandar Shah ( nama islam Parameswara )
1414 – 1424 – Raja Megat Iskandar Shah
1424 – 1444 – Sultan Muhamad Syah
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH 5
1444 – 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sayid – dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa
tidak puas hati dengan pemerintahannya.
1445 – 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar Shah. Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh
Siam. Dipatahkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah.
1459 – 1477: Sultan Mansur Shah – zaman kemuncak Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang
Tuah dan Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.
1477 – 1488: Sultan Alauddin Riayat Shah
1488-1511: Sultan Mahmud Shah
Kegemilangan Melaka
Melaka mula membangun dan berkembang menjadi sebuah kerajaan kuat dan makmur
dibawah pemerintahan Parameswara. Pentadbiran beliau yang sistematik dengan mengamalkan
Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan,
Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Pembesar Berempat merangkumi
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Kegemilangan Melaka
diteruskan oleh sultan-sultan selepas Sultan Iskandar Shah. Tindakan raja-raja Melaka memeluk
islam telah menggalakkan lagi pedagang islam untuk datang berdagang di Melaka.
Sultan
Majlis Tertinggi
Bendahara
Temenggung
Laksamana
Penghulu Bendahari
Pembesar-pembesar Negeri yang bergelar Seri ( 8 orang )
Pembesar-pembesar yang bergelar Raja ( 16 orang )
Pembesar Peringkat Rendah ( 32 orang )
Hieraki Pentadbiran Melaka
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH 6
Kedudukan geografi Melaka sangat strategik yang terletak di pertengahan laluan
perdagangan di antara Timur dengan Barat dan Kerajaan Melaka pula berupaya mengawal selat
Melaka. Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dan pelabuhan Melaka
terlindung daripada tiupan angin monson. Disebabkan bentuk muka buminya berbukit bukau
menjadikan ia sebagai petunjuk kepada pedagang untuk belayar dan tempat yang strategik untuk
memerhati dan mengawasi keselematan Selat Melaka.
Banyak faktor yang membawa kepada Zaman Kegemilangan Melaka. Corak kepimpinan
cekap dan dinamik sultan adalah kunci kepada kejayaan Melaka. Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan baru mengantikan Srivijaya pada abad ke-15. Melaka telah berjaya mencapai
kegemilangan kesan daripada faktor perdagangan yang semakin pesat. Melaka telah muncul
sebagai kuasa di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam,
Srivijaya dan China. Pada tahun 1405, Melaka telah mula menjalinkan hubungan diplomatik
dengan China. Hubungan rapat dan perlindungan dari China membolehkan Melaka terus
berkembang dengan pesat serta membebaskan Melaka daripada ancaman dan serangan tentera
Siam.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan
Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah,
dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai
pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan
Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua
kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang
kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan
Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari
segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat
dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi
pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH 7
sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka
merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya
kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi
menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Pemerintahan Sultan Mahmud Syah
Sultan Mahmud Syah ditabalkan sebagai sultan Melaka yang ke-8 setelah kemangkatan
ayahanda baginda iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah pada tahun 1488. Sultan Mahmud Syah
masih di usia muda ketika memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Melaka. Baginda dibantu
oleh Bendahara Tun Perak yang sangat berpegalaman dan bijak mengatur strategi sehingga
Melaka terkenal dengan kegemilangannya di kepulauan melayu.
Melaka yang ketika itu berada di puncak kegemilangan membuatkan Sultan Mahmud
Syah yang di usia muda tidak mempunyai kualiti sebagai pemerintah untuk memastikan
kesinambungan kegemilangan Melaka terus berda di puncak. Baginda mengecapi kemewahan
dan menyerahkan pentadbiran kepada Bendahara Tun Perak yang ketika itu sudah tua untuk
menjamin kelangsungan kegemilangan Kerajaan Melaka.
Kelemahan Pemerintahan Sultan Mahmud Syah
Sultan Mahmud Syah tidak seperti kebijaksanaan pemimpin Melaka sebelum ini seperti
Sultan Muzzafar Shah, Sultan Mansor, Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Bendahara Tun
Perak. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498 meninggalkan ruang kosong dalam
pentadbiran Empayar Melaka. Tun Puteh yang sudah lanjut usia menjadi pengganti kepada Tun
Perak.
Bendahara adalah satu jawatan yang amat penting dalam pentadbiran Empayar Melaka.
Kolabirasi diantara sultan dan bendahara akan menentukan halatuju dan pentadbiran kerajaan
ketika itu berjalan dengan sempurna dan lancar. Tun Perak dan bendahara-bendahara sebelum
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH 8
beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan cekap. Tun Puteh tidak dapat menjalankan
tugasnya sepertimana Tun Perak atas faktor umur.
Baginda kemudiannya telah melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara. Tun Mutahir
adalah seorang Tamil-Islam. Apabila terlantiknya Tun Mutahir sebagai bendahara, maka
bermulalah kebangkitan revolusi Tamil-Islam. Dengan sikap lepas tangan Sultan Mahmud Syah
yang menyerah kuasa pentadbiran kepada bendahara, Tun Mutahir mengambil kesempatan
sepenuhnya untuk membalas dendam atas persengketaan diantara Melayu-Islam dan Tamil-
Islam. Kuasa yang ada pada Tun Mutahir digunakan untuk melantik kroninya dalam sistem
pentadbiran. Sikap pilih kasih ini membuatkan ramai pembesar tidak berpuas hati.
Ketiadaan pemimpin yang berwibawa dan amalan rasuah yang berleluasa menyebabkan
Melaka menjadi semakin lemah dan kacau bilau. Pada peringkat ini Sultan Mahmud masih tidak
bertindak dengan tegas dan tidak ambil peduli dengan pentadbiran. Amalan pilih kasih Tun
Mutahir menimbulkan semula persaingan antara orang Melayu dan India-Muslim untuk
mendapatkan pengaruh.
Sikap Sultan Mahmud yang mudah dipengaruhi dan menerima berita tanpa usul periksa.
Kedatangan Portugis pada awalnya dilayan dengan baik berubah apabila pedagang India dan
Arab mendesak sultan dan bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis.
Dengan hasutan serta fitnah Raja Mendeliar, Sultan Mahmud Syah telah memerintah
supaya Bendahara Tun Mutahir dan ahli keluarganya dibunuh tanpa usul periksa atas alasan Tun
Mutahir cuba merampas kedudukan sultan, Peristiwa ini menyebabkan rakyat berpecah belah
dan tidak bersatu. Tindakan melulu Sultan ini menjejaskan keutuhan kerajaan serta kegiatan
perdagangan di Melaka.
Dengan membiarkan satu demi satu masalah timbul dalam pemerintahan Sultan Mahmud
Syah membuatkan pentadbiran, pertahanan dan rakyat menjadi kucar kacir. Rasa tidak puas hati
membara dikalangan pembesar dan rakyat jelata. Sistem cukai yang sedia ada tidak diamalkan
membuatkan pedagang memilih pelabuhan lain.
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH 9
Bagaimana Melaka yang mempunyai tentera dan armada yang kuat yang pernah
mengagalkan serangan Siam ketika zaman Sultan Muzzafar Syah boleh kalah dengan serangan
Portugis ? Pelbagai andaian yang boleh dibuat. Mungkin kerana moral dan disiplin angkatan
tentera ketika itu sudah hilang kerana kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud Syah atau juga
ada dikalangan tentera yang berpaling tadah ketika serangan ke -2 Portugis pada tahun 1511.
Sekiranya Sultan Mahmud Syah seorang pemerintah yang berwibawa sepertimana sultan-
sultan sebelumnya sudah tentu tiada ruang untuk penjajahan Portugis di Melaka. Sikap acuh tak
acuh dan membiarkan kemelut kurang baik berleluasa mencalar sistem pentabiran yang dulunya
teratur dan efisien memudahkan Empayar Melaka tumbang dengan sekelip mata. Masalah
perpaduan dan sikap berpaling tadah segelintir rakyat Melaka membuka ruang yang luas untuk
Portugis mengatur strategi menjatuhkan Melaka dengan pertolongan rakyat Melaka yang tidak
setia dan tamak.
Kesimpulan
Kejatuhan sesebuah empayar dan hilangnya kedaulatan sebuah negara mempunyai
faktor-faktor tertentu. Hancurnya Empayar Melaka sepatutnya dijadikan ikhtibar oleh rakyat
Malaysia.
Punca utama Empayar Melaka tumbang sememangnya kerana kelemahan kepimpinan
sultan ketika itu. Faktor dalaman ini memberi impak yang mendalam kepada kedaulatan Melaka.
Kesannya, rentetan kepada satu demi satu masalah mula timbul. Keadaan yang semakin
meruncing yang sepatutnya dikawal pada peringkat awal akhirnya menjadi ruang untuk untuk
Portugis menyerang dan menjajah Melaka.
Jika kita kaji, apa yang terjadi kepada Empayar Melaka turut berlaku kepada empayar
dan kedaulatan negara-negara lain. Di era ini juga sudah banyak berlaku kepada negara-negara
yang mempunyai masalah dalaman sebagai contoh di Iraq, Afghanistan, Mesir dan sebagainya.
Apa yang membezakan bentuk penjajahan adalah cara kuasa asing campurtangan.
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH
10
Di Iraq dan Afghanistan campurtangan asing berlaku dengan menggunakan kuasa
ketenteraan dan turut dibantu dari dalam dengan rakyat yang berpaling tadah menyokong tentera
asing.
Satu lagi cara yang lebih halus melalui laungan demokrasi atau reformasi yang
dibangkitkan oleh anasir jahat dari luar melalui pemimpin-pemimpin pembangkang sesebuah
negara. Mereka ini pula memperalatkan pelajar-pelajar universiti yang masih mentah untuk
bangkit menjatukan kerajaan yang sedia ada melalui demontrasi dan keganasan. Inilah yang
berlaku di Mesir, Libya, dan kini semakin menular ke Yemen, Syria dan Arab Saudi.
Tidak banyak bezanya apa yang berlaku di zaman Sultan Mahmud Syah dan apa yang
berlaku dengan dunia hari ini. Peristiwa yang sama tidak mustahil berulang dalam keadaan yang
sedikit berbeza. Penjajahan mungkin tidak lagi berlaku melalui kapal-kapal perang tetapi dengan
dengan cara lain. Sekiranya kepimpinan sebuah negara itu lemah, maka akan mudahlah anasir
jahat masuk dengan apa jua cara samada tersurat atau tersirat. Pemimpin itu tidak seharusnya
mudah tunduk dengan desakan suara minoriti yang menidakkan suara majoriti.
PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH
11
Rujukan
Hoe, D. D. (2012). Sejarah Malaysia STPM. Selangor: PNI Neuron.
Morsidi, M. B. (2007). Menjejaki Warisan Kita. Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia.
Raffles, S. T. (n.d.). Malay Annals. Retrieved from Scribd:
http://www.scribd.com/doc/31104897/Sejarah-Melayu-Or-the-Malay-Annals
Shamsul, C. (2009, Jun 30). Blog Cikgu Shamsul. Retrieved from CikguSham:
http://cikgusham77.blogspot.com/2009/06/sejarah-kesultanan-melayu-melaka.html
Waris, A. (2007, Mac 27). Kejatuhan Empayar Melaka. Retrieved from Resam Melayu:
http://resam-melayu.com/
Zain, S. (n.d.). Sejarah Melayu. Retrieved from The Malacca Story:
http://www.sabrizain.org/malaya/melaka.htm