Post on 10-Feb-2016
description
PENGENALAN
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni bukan sahaja
diaplikasikan dalam satu bidang tetapi seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Seni itu
indah dan halus. Perkataan seni itu sendiri terlalu luas untuk ditafsirkan. Di dalam
pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik
dan kreatif. Untuk memastikan sesuatu pengajaran mempunyai impak yang positif keatas
seseorang individu, seni yang disematkan haruslah kreatif dan dapat memberi kesan dalam
jangka masa yang panjang. “Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran
seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007).
Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran
logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh
ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga
seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Di dalam komponen Pendidikan Seni
Visual, warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan
akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah
kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.
Elemen yang seterusnya ialah irama muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak
yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar
muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk
mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya
akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi kenderaan, bunyi haiwan, bunyi hujan,
bunyi bayi menangis dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling
kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Dalam pendidikan seni,
irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata
yang mewujudkan pergerakan.
1
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak dan sebagainya. Kanak-kanak seawal satu tahun sudah boleh
menggoyangkan badan apabila mendengar muzik. Ini membuktikan yang sebenarnya irama
dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang
dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti
dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok
melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan
kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami
dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada
perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang
mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka
lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan
sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam
pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : Tahun 5 Bakawali
Masa : 10.40 – 11.40 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 30 orang
Mata Pelajaran : Sains
Tema : Rantai makanan
Liputan Kurikulum :
Mengetauhi jenis tumbuhan dan haiwan yang terlibat dengan rantai makanan.
Memperkenalkan istilah pengeluar, pengguna pertama (primer), pengguna kedua (sekunder)
dan pengguna ketiga (tertiar).
Memperkenalkan simbol ‘’ yang bermaksud dimakan oleh.
Membentuk rantai makanan.
Hasil Pembelajaran :
Memahami Rantai Makanan sebagai hubungan makanan antara hidupan.
Ojektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat :
1. Membina sekurang-kurangnya tiga rantai makanan.
2. Melakukan pergerakan dan menyanyi lagu ‘burung bangau’ dengan baik.
3. Menyanyikan lirik lagu yang dibuat dengan menggunakan rentak ‘burung bangau”
4. Menghasilkan origami burung bangau dengan bimbingan video dan guru.
5. Menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup boleh menjadi makanan kepada
benda hidup yang lain.
Pengetahuan sedia ada :
Murid tahu bahawa tumbuhan hijau boleh membina makanannya sendiri.
3
Murid tahu tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor.
Bahan bantu mengajar :
Sebuah komputer, Cd Pengajaran, origami burung yang telah siap, kertas warna.
Persediaan guru :
Persembahan Perisian Pembelajaran yang menunjukkan perkaitan rangkaian makanan.
Video “bangau oh bangau”
Video rantai makanan.
Video bagaimana mengasilkan origami burung.
Bahan maujud origami burung bangau.
Kegiatan/Hasil pembelajaran Isi Pelajaran/Hasil pembelajaran
Kemahiran Generik/Nilai/BBM
SET INDUKSIAktiviti 1: (5 min)
SET PERALIHANAktiviti 1 : (15 min)
1.Guru menayangkan lagu
“bangau oh bangau” dan
murid-murid menyanyi
bersama video yang
ditayangkan.
2. Murid menyanyi sambil
membuat pergerakan dan
gaya.
Hasil pembelajaran:Murid menyanyi sambil membuat pergerakan dengan penuh semangat.
1.Murid diminta menonton
video tentang rantai makanan
dengan senyap.
2. Murid memberi perhatian
Interpersonal
Verbal linguistic
Muzik
Konstektual
BBM Persembahan Slaid
(Video bangau oh
bangau)
Kontekstual
Kecerdasan Visual
BBMPersembahan slaid
(video rantai makanan)
4
SET PERKEMBANGANAktiviti 2 : (15 min)
Aktiviti 3 : (15 min)
dan mencatat jika ada istilah
baru yang mereka tidak
fahami.
3. Guru memberi soalan
untuk menguji kefahaman
murid.
Hasil pembelajaran:Murid mendengar, memahami dan menjawab soalan guru dengan baik.
1. Guru menerangkan apa itu
rantai makanan.
2. Guru juga memberi contoh
beberapa jenis rantai
makanan.
3. Murid diminta memberi
contoh rantai makanan yang
mereka tahu.
Hasil pembelajaran:Murid memahami apa itu rantai makanan.
1. Guru menayangkan video
bagaimana membuat origami
burung bangau.
2. Murid diedarkan dengan
kertas warna.
3. Murid menonton video
sambil cuba melipat.
4. Guru memberhentikan
video seketika bagi memberi
peluang murid melipat.
ABMPersembahan slaid
ABMPersembahan slaid
(Video cara melipat
origami burung bangau.)
KBKKKritis menyusun
Kreatif menjana idea
ABMKertas warna
5
SESI APRESIASI DAN REFLEKSI (5 minit)
1. Murid mempamerkan hasil
kerja mereka.
2. Guru memberikan refleksi dan
menilai hasil kerja murid samada
baik, sederhana atau kurang
mencapai tahap yang
dikehendaki.
SET PENUTUP (5 minit)
Hasil pembelajaran:Murid mengikut arahan seperti di dalam video dan cuba menghasilkan origami burung bangau.
1. Murid mempamerkan hasil
kerja mereka dan
membandingkan dengan hasil
origami yang guru bawa ke
kelas.
2. Guru memberikan refleksi
dan menilai hasil kerja murid
samada baik, sederhana atau
kurang mencapai tahap yang
dikehendaki.
3. Guru memberi token
kepada pelajar pertama yang
dapat dapat menyiapkan
origami burung bangau.
4. Guru mengedarkan soalan
latih tubi sains dan murid
diminta menyiapkannya di
rumah dan dihantar semula
pada keesokan hari.
Hasil pembelajaran:Murid menghasilkan origami dengan kemas dan baik.
1. Murid diminta
mengemaskan ruang kerja
mereka.
Bahan maujud (origami
burung bangau.
Latihan Sains
6
2. Murid menyanyikan lagu
“rantai makanan” dengan
rentak lagu “bangau oh
bangau”.
Helang oh helang
Apa yang engkau makan
Aku suka makan ayam
Ayam makanan aku (2x)
Ayam oh ayam
Apa yang engkau makan
Aku suka makan ulat
Ulat makanan aku (2x)
Ulat oh ulat
Apa yang engkau makan
Aku suka makan sawi
Sawi makanan aku (2x)
Hasil pembelajaran:Murid menyanyi sambil membuat pergerakan dengan penuh semangat.
Verbal Linguistik
Muzik
Interpersonal
BBMSlaid persembahan
7
BAHAN BANTU MENGAJAR
Di dalam tugasan ini, dua bahan bantu mengajar perlu dihasilkan iaitu CD Pengajaran dan
juga bahan Maujud. Untuk matapelajaran Sains Tahun 5 dengan tajuk Rantai Makanan,
terdapat beberapa bahan yang telah dimuatnaik dari sumber internet dan dijadikan bahan
bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid. Di dalam CD pengajaran ini, sebuah
Persembahan Power Point telah di siapkan dan merangkumi unsur-unsur seni visual, muzik
dan juga pergerakan. Antaranya ialah video lagu “Bangau oh Bangau”. Murid diminta
menyanyi sambil menggayakan dan membuat pergerakan di dalam kelas.
Video kedua yang terdapat dalam slaid persembahan Power Point ialah Video
tentang rantai makanan. Video ini merupakan video Sains Tahun 5 dibawah tajuk Rantai
Makanan. Video yang mengambil masa 10 minit ini dapat membantu guru menjelaskan
tentang rantai makanan kepada murid-murid.
8
Seterusnya, slaid persembahan Power Point juga dibina sebagai tapak kepada
video-video ini. Terdapat nota ringkas tentang rantai makanan, contoh rantai makanan yang
lain dan lirik lagu Rantai Makanan. Di sini unsur seni muzik diselitkan dan murid diminta
menyanyikan lagu ciptaan guru dengan baik.
Akhir sekali ialah video cara membuat origami burung bangau. Video membuat
origami burung bangau ini mengandungi unsur seni visual. Disini murid diminta melipat
kertas warna yang disediakan dan menghasilkan seekor burung bangau. Murid diminta
memberikan perhatian yang penuh sepanjang video ini ditayangkan.
Bahan maujud yang dibawa guru kedalam kelas ialah origami burung bangau yang 9
telah siap. Guru akan membawa hasil origami tersebut dan meletakkan pada setiap
kumpulan sebagai panduan murid dalam menghasilkan origami ini.
Akhir sekali guru juga menyediakan latihan yang perlu murid jawab di rumah dan
hantar semula kepada guru pada kelas yang berikutnya.
10
REFLEKSI
Alhamdulilah, bersyukur yang tidak terhingga kerana saya dapat melaksanakan
tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak IPG pada semester ini. Tugasan Seni dalam
Pendidikan pada semester ini ialah menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu Bahan Maujud 2D atau 3D dan juga CD Pengajaran.
Saya perlu menghantar sebuah CD Pengajaran dan RPH yang merangkumi unsur-unsur
seni muzik, seni visual dan juga seni pergerakan. Saya juga perlu mengasilkan sebuah lagu
ciptaan sendiri. Tugasan ini memerlukan saya berfikir dan menerokai ilmu seni dalam
pendidikan dengan lebih mendalam lagi.
Langkah pertama saya ialah mengumpul maklumat dan membuat lakaran tentang
persembahan slaid Power Point yang ingin dihasilkan. Oleh kerana saya perlu meletakkan
unsur Seni dalam Pendidikan untuk matapelajaran KBSR tahun 5 dan 6 kecuali Bahasa
Inggeris, maka saya memilih Sains sebagai subjek KBSR tersebut. Walaupun tidak pernah
membuat Rancangan Pengajaran Harian dalam subjek Sains, saya banyak meminta
bantuan dan pendapat dari guru Sains di sekolah. Sumber dari internet juga banyak
membantu saya sepanjang tugasan ini. Mujurlah dewasa ini pencarian ilmu hanyalah
dihujung jari. Saya banyak menggunakan internet bagi mendapatkan maklumat dan
gambaran tentang rantai makanan, origami dan yang penting sekali bagaimana ingin
menghasilkan CD Pengajaran yang menarik. Maklumat tambahan yang terdapat di dalam
kertas tugasan juga sedikit sebanyak membantu dan memberi panduan pada saya tentang
bagaimana saya ingin memulakan tugasan ini.
Langkah awal saya ialah memilih topik Rantai Makanan dan mencari bahan dari
sumber-sumber yang boleh dipercayai. Saya juga bernasib baik keranan terdapat video
tentang Rantai Makanan di dalam internet. Dengan menggunakan youtube downloader,
saya dapat memuat turun beberapa video dengan sangat mudah. Antaranya ialah video
lagu “Bangau oh Bangau” dan juga video Origami Burung Bangau. Subjek saya ialah murid
tahun 5 seramai 30 orang murid. Didalam RPH saya, saya telah melakukan beberapa aktiviti
seperti nyanyian dengan gerakan, tayangan video dan menghasilkan origami ini. Saya mula
merangka RPH dan memastikan ianya memenuhi kehendak tugasan.
11
Selepas merangka RPH, saya mula mencari maklumat dan cara membuat origami.
Apabila jemari menyentuh papan kekunci dan mencari maklumat tentang origami baharulah
saya mengerti mengapa origami begitu unik sekali pada peminatnya. Rupanya ilmu origami
ini cukup meluas dan terdapat pelbagai jenis origami yang boleh dihasilkan. Walaupun pada
awalnya saya rasa agak rumit, namun keinginan untuk menghasilkan yang terbaik
mendorong saya untuk mencuba origami burung bangau ini. Saya memilih burung bangau
kerana burung adalah antara haiwan yang selalu disebut dalam rantai makanan.
Seterusnya, setelah selesai menterjemah dan memahami konsep, saya mula
membuat slaid persembahan Power Point. Saya berjaya menghasilkan 16 slaid yang
merangkumi unsur-unsur Seni dalam Pendidikan. Saya juga mencipta lagu ciptaan sendiri
bertajuk “Rantai Makanan”. Selain itu saya juga menghasilkan beberapa ekor origami
burung bangau dari pelbagai warna. Di dalam menyiapkan tugasan ini saya juga banyak
mendapatkan bantuan dari rakan dan juga guru-guru yang mahir dalam pendidikan seni,
sains dan muzik. Pendapat dan pandangan mereka banyak membantu saya ketika kabur
dan buntu dalam menghasilkan tugasan ini. Selain itu saya tidak dapat menyangkal betapa
pentingnya internet kerana sumber ilmu yang terdapat di laman sesawang ini sangat
membantu terutamanya guru yang masih belajar seperti saya. Kesimpulannya, dapatan ilmu
pada semester ini amatlah bermakna kerana ianya menjadikan saya lebih kreatif dan kritis.
Tugasan sebagai seorang guru bukan hanya mengajar tetapi pengolahan bahan bantu
mengajar amat penting supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai oleh
murid.
12