Post on 20-Jan-2016
description
Supyan © 2012
PENGUCAPAN AWAM
Prof. Madya Dr. Supyan Hussin Blog: supyanhussin.wordpress.com
E-mail: supyanhussin@gmail.com
Supyan © 2012
PENGENALAN
Apakah aspek yang anda perlu
tahu?
Ilmu/Pengetahuan
Kemahiran
Pengalaman
Keupayaan
Pembaikan keupayaan secara
berterusan
Supyan © 2012
FORMAT UCAPAN
Spontan Ucapan bersahaja, tiada persiapan awal; bidan terjun; cth -
kenalkan diri, wakil tuan rumah; taklimat, alu-aluan
Ekstemporanas Ucapan terancang; guna nota; cth – ceramah, kuliah,
taklimat
Manuskrip Ucapan bertulis; dibaca dari A – Z; cth – ucaptama,
plenari, ucapan dasar, qutbah
Hafalan Ucapan yang dihafal; ucapan ringkas; cth – majlis-majlis
tertentu spt hari jadi; perpisahan dll
Supyan © 2012
PERBANDINGAN UCAPAN
Jenis Kebaikan Kelemahan Atasi
Kelemahan
Spontan • Temuan mata
• Ringkas
• Tiada persiapan
• Tidak terkawal isi dan retorik
• Gugup, gementar
• Pengalaman
• Catit/ hafal
segera
Ekstemporanas • Persiapan awal
• Temuan mata
• Berfokus
• Terkawal isi
• Guna bahasa badan
yang aktif
• Bahasa tidak konsisten
• Guna nota,
slaid, APD
• Berlatih awal
Manuskrip • Persiapan awal
• Terkawal bahasa
• Terkawal isi
• Kurang temuan mata
• Kurang guna bahasa badan
• Tidak terkawal masa
• Guna APD
• Berlatih awal
Hafalan • Persoapan awal
• Nyatakan apa yang
dirancang sahaja;
• Berfokus
• Terlupa
• Jumud; terhad bahasa dan
kandungan
• Berlatih awal
Supyan © 2012
TUJUAN UCAPAN
Menerang
Menjelas, mendidik, memaklum khalayak mengenai sesuatu. Cth: ceramah, taklimat, kuliah
Memujuk
Menarik perhatian, mempengaruhi khalayak untuk bertukar fikiran, mendapat sokongan, dan bertindak. Cth: jualan produk, ceramah politik, motivasi, doktrinasi
Berbincang atau derdebat
Bertukar pandangan. Cth: forum, simposium, usrah
Syarahan umum
Syarahan umum. Cth: Ucaptama, qutbah, pidato
Mengibur
Menglipulara khalayak. Cth: lawak, cerita, pengkisahan
Supyan © 2012
ANALISA AWAL
Supyan © 2012
PERSIAPAN AWAL
Analisa majlis
Analisa topik
Analisa khalayak
Supyan © 2012
ANALISA MAJLIS
Penganjur
Tujuan
Tema
Tarikh, hari tertentu
Masa
Tempat
Jangkaan bilangan hadirin
Supyan © 2012
ANALISA TOPIK
Tema majlis
Topik yang diberikan
Keyakinan diri terhadap topik
Skop kandungan topik
Bahan untuk topik
Supyan © 2012
BAGAIMANA MENGUMPUL MAKLUMAT?
Mencari maklumat
Perpustakaan, internet; media cetak dan elektronik (maklumat biblio perlu tepat). www.google.com
Mengumpul data
Kajian pustaka, soalselidik, ujian, pemerhatian, temubual
Menyusun dan mengolah maklumat dan data
Sintesis, analisis, dan pengolahan maklumat serta data
Supyan © 2012
ANALISA PENDENGAR
Latar Umur
Jantina
Etnik
Status sosio-ekonomi
Tahap pemikiran
Sikap
Profesion, kerja, aktiviti
Keadaan sosio-budaya setempat
Keanggotaan dalam badan tertentu
Kecenderungan: sosial, politik, ekonomi
Jenis Sukarela (voluntary)
Terpaksa (captive)
Supyan © 2012
PENYEDIAAN KANDUNGAN
Supyan © 2012
MENGUMPUL DAN MENYUSUN ISI
Mengumpul maklumat dan bukti
Bacaan latar
Mencari maklumat; perpustakaan,
Internet
Menyusun kandungan
Susun idea mengikut keutamaan
Menyediakan alat-padang dengar
(APD)
Slaid, foto, audio, video,
transparensi dll
Supyan © 2012
TEKNIK SEMASA BERUCAP 1:
PENYAMPAIAN
Supyan © 2012
URUTAN PENYAMPAIAN
Aspek permulaan
Bagaimana menarik perhatian?
Bagaimana mulakan ucapan?
Aspek isi
Bagaimana susunatur isi?
Bagaiamana menyampaikan isi?
Aspek penutup
Bagaimana mengakhiri ucapan?
permulaan
penutup
isi
Supyan © 2012
BAGAIMANA TANGANI HADIRIN?
Menawan hati hadirin Kenalpasti persamaan nilai, harapan, cita-cita, dan
pandangan
Meraikan kehadiran hadirin
Melibatkan hadirin
Berinteraksi dengan hadirin Memberi ruang untuk soalan, kemusykilan, komen
yang mungkin timbul
Menangani maklumbalas dari hadirin Prihatin terhadap bahasa badan; positif, negatif
Menangan gelagat hadirin Budi bicara dalam mengambil tindakan
Supyan © 2012
ASPEK PERMULAAN
Ucapan salam
Protokol sebutan
Tarikan Nyatakan tujuan
Pantun
Petikan kata-kata, ucapan
Cerita
Tanya soalan
Penghargaan
Hubungkait khalayak dengan majlis/topik
Gambaran isi ucapan
Supyan © 2012
Mulakan ucapan selamat dan salam (dalam majlis yang dihadiri majoriti orang Islam, ucapan salam diikuti dengan puji-pujian kepada Allah, selawat atas nabi, menyatakan kesyukuran kepada Allah, dan memohon petunjuk) disusuli dengan alu-aluan kepada tetamu, tuan rumah, penganjur, dan para hadirin dengan mengikut protokolnya.
Selamat malam, salam sejahtera, salam hormat, salam persaudaraan dan seumpamanya.
Tetapi sekiranya boleh menyebut ucapan salam dalam bahasa lain yang boleh difahami oleh hadirin maka ia adalah suatu penghargaan.
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
Atau boleh juga dimulakan
dengan ucapan
penghormatan di susuli
dengan ucapan salam
Yang berusaha saudara Pengerusi
Majlis, Yang diraikan Tuan Haji
…..Yang dihormati Pengerusi
Persatuan….dan seterusnya
mengikut protokol masing-masing
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
STATUS PENGHORMATAN PANGKAT
Raja
Sultan
Duli Yang Maha Mulia…
Tengku Ampuan Raja yang
menjadi Ahli Parlimen/
Dewan Undangan Negeri
Yang Berhormat Mulia
Yang bergelar Raja, Tengku,
Ungku Yang Mulia
Kerabat Di Raja/ Bangsawan Yang mulia
Tengku
Raja
Perdana Menteri
Menteri Besar
Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Tun, Tan Sri/Puan Sri,
Dato’ Seri/Datin Seri,
Datuk, Dato’/Datin
Menteri
Ahli Parlimen
Ahli Dewan Undangan Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri
Yang Berhormat Tun, Tan Sri/Puan Sri,
Dato’ Seri/Datin Seri,
Datuk, Dato’/Datin
Orang kenamaan Yang berbahagia Tun, Tan Sri/Puan Sri,
Dato’ Seri/Datin Seri,
Datuk, Dato’/Datin
Isteri Pembesar Yang Amat Berbahagia
Tun, Toh Puan
Supyan © 2012
Naib Canselor
Timbalan Naib Canselor Ahli Akademik
Yang berbahagia …Prof…..Tun, Tan Sri/Puan Sri,
Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk,
Dato’/Datin
….Dr. ……..
Ketua Hakim Negara
Hakim Besar
Yang amat Arif Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’
Seri/Datin Seri, Datuk,
Dato’/Datin
Hakim Yang Arif
Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’
Seri/Datin Seri, Datuk,
Dato’/Datin
Pesuruhjaya Tinggi, Duta Tuan Yang Terutama
Ketua Polis Negara
Ketua Turus Angkatan Tentera (Darat,
Laut, Udara)
Yang amat Setia Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’
Seri/Datin Seri, Datuk,
Dato’/Datin (mengikut pangkat
dalam pasukan polis dan tentera)
Pegawai Kanan Polis dan Tentera Yang Setia / Yang Berusaha Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk,
Dato’/Datin (mengikut pangkat
dalam pasukan polis dan tentera)
Mufti Sahibul Samahah Dato’ Ustaz
Kadhi Sahibul Fadzilah Dato’ Ustaz
Lain-lain Yang berbahagia
Yang dihormati
Yang dimuliakan
Yang diraikan (tetamu)
(atau kombinasi di atas)
Supyan © 2012
Atau boleh dimulakan dengan petikan ayat-ayat
suci, sabda Nabi, atau kata-kata mutiara dan ikuti
dengan ucapan salam dan penghormatan.
Firman Tuhan....
Nabi s.a.w. pernah bersabda….
Seorang pujangga terkenal pernah berkata....
Obama ada mengatakan
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
Atau dimulakan dengan anekdot ringkas
dan diikuti dengan ucapan salam dan
penghormatan.
Dalam perjalanan saya ke sini tadi, saya
terserempak dengan…
Dua tahun yang lalu, saya pernah melawat
bukit ini….
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
Atau dimulakan dengan soalan dan diikuti dengan
ucapan salam dan penghormatan.
Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya ingin
tahu berapa ramaikah dari kita yang di sini
mempunyai minat untuk….
Siapakah di antara kita yang ....
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
Atau dimulakan dengan pantun dan diikuti
dengan ucapan salam dan penghormatan.
Kalau roboh kota Melaka
Papan di jawa saya dirikan
Kalau benar bagai dikata
Jiwa dan raga saya korbankan
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
Ucapan seterusnya ialah mewujudkan pertalian atau hubungan yang harmoni di antara hadirin dengan topik atau risalah yang akan diperkatakan atau menjelaskan kenapa topik yang ingin disampaikan itu adalah penting.
Saya percaya perjumpaan kita kali ini adalah amat penting bagi membicarakan satu agenda yang hangat diperbincangkan dalam masyarakat dewasa ini.
Berdirinya saya di sini bukan untuk mengajar saudara-saudari mengenai cara bagaimana tetapi saya ingin berkongsi pengalaman.
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
Izinkan saya merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur yang sudi menjemput saya untuk….
Saya berasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan….
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan tuan-tuan dalam menjayakan program ini….
Saya tumpang gembira di atas kejayaan saudara pada hari ini….
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
Ucapan ini diikuti dengan penyataan objektif ceramah
yang ingin disampaikan
Tujuan kita berkumpul hari ini ialah untuk merakamkan
penghargaan kita kepada …
Ceramah kita bertujuan….
Perjumpaan kita adalah diharapkan/bertujuan……
Ceramah saya kali bertajuk …..Saya mengharapkan mudah-
mudah dengan pembentangan pada pagi ini….
Topik yang diberikan kepada saya ialah ……
Topik ucapan saya ialah…..
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
Kemudian ucapan ini disusuli dengan menyatakan susunan isi kandungan penyampaian yang akan dibuat.
Saya akan mengemukakan beberapa fakta mengenai masalah ini, kemudian memberi ulasan mengenainya, dan akhir sekali saya akan memberi peluang pada tuan-tuan untuk mengajukan soalan dan respons.
Pada kali ini saya akan menjelaskan bagaimana gempa bumi boleh berlaku, kemudian kita akan menonton video mengenai gempa bumi yang berlaku di beberapa buah negara, dan selepas
itu saya akan memberikan lima soalan bagi menguji kepintaran
anda.
….ASPEK PERMULAAN
Supyan © 2012
ASPEK ISI
Sampaikan idea mengikut keutamaan
Sokong idea dengan bahan atau bukti termasuk
fakta, objek, hasil kajian, pendapat orang berautoriti,
logik
Gunakan retorik yang sesuai: naratif;
deskriptif,demonstrasi, proses, perbandingan, sebab-
akibat, analisis, persuasif, argumentatif, humor
Gunakan APD (alat pandang dengar) yang sesuai
Supyan © 2012
Sebutkan penanda ayat pada idea-idea atau hujah-
hujah anda dengan menggunakan alat penyambung
ayat: pertama, kedua, ketiga, dan seumpamanya
Sebutkan idea atau hujah anda satu persatu
Sokong idea atau hujah anda dengan fakta, bukti, dan
contoh-contoh
Simpulkan idea atau hujah anda
….ASPEK ISI
Supyan © 2012
Apakah idea atau hujah pertama anda? Apa yang anda akan perkatakan?
Apakah bahan sokongan anda?
Bagaimana anda menyimpulkan idea anda yang pertama?
Apakah idea atau hujah kedua anda? Apa yang anda akan perkatakan?
Apakah bahan sokongan anda?
Bagaimana anda menyimpulkan idea anda yang kedua?
Apakah idea atau hujah ketiga anda? Apa yang anda akan perkatakan?
Apakah bahan sokongan anda?
Bagaimana anda menyimpulkan idea anda yang ketiga?
….ASPEK ISI
Supyan © 2012
ASPEK PENUTUP
Penanda penutup (frasa)
Rumus
Harapan
Petikan kata-kata
Pantun
Peribahasa
Panghargaan
Doa
Supyan © 2012
Bagi memudahkan hadirin memahami bahawa
anda telah sampai ke penghujung ucapan, anda
boleh berikan petanda, misalannya:
Sebagai kesimpulan, saya kira beberapa perkara
dilihat…
Akhir sekali, saya ingin menegaskan……
Sebagai penutup bicara, marilah kita…….
Sebagai penutup...
….ASPEK PENUTUP
Supyan © 2012
Anda harus menekankan beberapa perkara penting dengan mengimbas semula perkara-perkara tersebut yang telah disampaikan, misalannya:
Saya akhiri ucapan saya dengan sekali lagi saya menekankan betapa pentingnya….
Sebentar tadi saya telah mengemukakan kepada tuan-tuan mengenai 5 perkara pokok bagaimana kita dapat mengurangkan kadar kemalangan dalam negara. Pertama…, kedua…(secara ringkas)
….ASPEK PENUTUP
Supyan © 2012
Kemudian, anda mengingatkan hadirin supaya mengambil langkah-langkah yang perlu setelah selesai mereka mendengar ucapan anda, contohnya:
Saya mengharapkan tuan-tuan akan bersama dengan saya dalam bertindak menangani hal ini seberapa segera.
Semoga ucapan tadi dapat dimanfaatkan oleh tuan-tuan.
Apa yang saya sampaikan hanyalah pengalaman saya berkhidmat dalam organisasi ini selama 30 tahun. Saya berdoa semoga tuan puan akan memelihara nama baik organisasi ini.
….ASPEK PENUTUP
Supyan © 2012
Anda mengakhiri ucapan dengan petikan kata-kata
hikmat, peribahasa atau seumpamanya.
Sebelum saya berundur izinkan saya bacakan satu petikan
kata-kata oleh…….
Sebagai peringatan akhir, saya ingin bacakan suatu ayat suci…
Keputusan di tangan anda...
Anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk membawa
perubahan di tempat, bukan saya.
….ASPEK PENUTUP
Supyan © 2012
Akhir sekali, anda menutup ceramah atau syarahan dengan rasa rendah diri; memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa, dan ditutup dengan memberi salam atau ucap selamat serta terima kasih.
Bagi penceramah Muslim, elok disebutkan bahawa yang baik dan benar itu dari Allah, manakala yang salah dan lemah itu adalah dari diri sendiri dalam menyampaikan risalah, berdoa memohon keampunan, petunjuk dan rahmat dari Allah untuk diri sendiri dan hadirin seluruhnya.
….ASPEK PENUTUP
Supyan © 2012
TEKNIK SEMASA BERUCAP 2:
BAHASA LISAN DAN BAHASA BADAN
Supyan © 2012
BAHASA LISAN
Nahu
Struktur
Gaya dan lenggok
Perkataan yang sesuai
Pantun, seloka, gurindam
Ungkapan: peribahasa, simpulan, metafora, bidalan, kiasan
Penanda sambungan idea
Retorik dan logik
Kesesuaian dengan tahap dan jenis hadirin
Supyan © 2012
Penceramah harus bijak memilih gaya bahasa apabila berucap di khalayak ramai.
Dalam ucapan spontan dan ekstemporanas, kebiasaannya penceramah akan menggunakan bahasa percakapan yang formal dan bujukan bahasa buku atau bahasa penulisan.
Manakala dalam ucapan hafalan dan manuskrip pula, penceramah lazimnya akan menulis ucapannya dalam bentuk bahasa buku atau bahasa penulisan sebelum menyampaikannya.
....BAHASA LISAN
Supyan © 2012
MENYATAKAN PENDIRIAN
Pandangan dan pendirian
diri yang jelas lagi
yakin
Saya yakin
Saya percaya
Saya mahukan
Saya akan
Saya amat bersetuju
Pandangan yang ringan
tetapi tidak komited
Saya rasa
Saya fikir
Pad pandangan saya/pendapat saya
Saya cadangkan
Pandangan tidak pasti
Saya tidak berani mengatakan
Saya bimbang/khuatir
Saya ragu-ragu
Saya tidak pasti
Supyan © 2012
TINGKATKAN KUALITI GAYA BAHASA
Ayat-ayat yang pendek adalah lebih mudah diikuti aliran idea yang ingin dikemukakan dari ayat-ayat yang panjang dan kompleks.
Digalakkan lebih banyak menggunakan ayat aktif dan mengurangkan ayat pasif kerana ayat aktif lebih dinamis dan mudah difahami pembuatnya berbanding dengan bahasa penulisan yang banyak menggunakan ayat pasif.
Elakkan dari menggunakan bahasa yang cenderung atau menyebelahi satu jantina: saudara-saudara; tuan-tuan;hadirin
Supyan © 2012
Perbanyakkan penggunaan sifatnama dan sifatkata kerana ia dapat membantu hadirin membayangkan visual atau gambaran peristiwa atau keadaan yang dimaksudkan dengan lebih jelas seolah-olah ianya berlaku di hadapan mata mereka
Gunakan frasa penyambung idea yang menjadikan aliran ide atau hujah sentiasa kelihatan bertautan di antara satu sama lain.
Saya ingin mengajak saudara melihat 3 perkara penting ….
Sebentar tadi saya telah pun memberi huraian mengenai….
Apa yang menarik dalam hal ini ialah…
Sekarang kita akan teliti pula
Sebelum saya meneruskan hujah-hujah saya,
TINGKAT KUALITI GAYA BAHASA
Supyan © 2012
Fungsi Elemen
Menunjukkan urutan Pertama , Kedua, Ketiga, Kemudian, Selepas itu, Seterusnya
Menunjukkan perbandingan Walau bagaimanapun, Tetapi, Sekalipun, Meskipun, Berbeza
dari …, ...lebih besar daripada.... Sebaliknya
Menunjukkan ide tambahan Dan. Bukan…sahaja…malah…, Bukan sahaja..tetapi..juga..
Begitu juga, Tambahan pula, Begitu juga, Sekali lagi
Menunjukkan masa Tidak lama selepas itu. Tiba-tiba, Tidak lama kemudian.
Kemudian, Selepas itu
Menunjukkan penekanan Malah, Justeru, Tidak dapat dinafikan, Perlu ditekankan di
sini
Menunjukkan kesimpulan Akhir sekali, Sebagai kesimpulan, Sebagai penutup,
Ringkasnya, Sebagai rumusan
6. Gunakan elemen penyambung perenggan dan ayat iaitu dengan menggunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagai penyambung antaranya ialah:
Supyan © 2012
Kurangkan perkataan atau frasa yang membawa konotasi
negatif dan promosikan perkataan atau frasa yang
membawa maksud positif, misalnya:
Negatif Positif
Saya tidak dapat menyokong
permohonan anda untuk pindah ke
tempat lain.
Sekiranya terdapat jawatan kosong di
sana, permohonan akan
dipertimbangkan.
Saya tidak dapat terima jemputan anda
pada bulan Ogos ini.
Saya sedia menerima jemputan anda
untuk berucap pada bulan Ogos
sekiranya saya tidak mendapat
pengesahan mengenai program di
Johor pada akhir minggu ini.
Saya tidak setuju dengan pandangan
tuan.
Pendapat tuan mungkin ada benarnya
tetapi tuan perlu mempertimbangkan
keperluan masyarakat masa kini.
Supyan © 2012
LANKSAP BAHASA
Sirih berlipat sirah pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Yang korek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap sepatah
Jangan disimpan di dalam hati
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Supyan © 2012
Simpulan Bahasa
Ada angin
Air mati
Bertemu bahu
Makan hati
Perumpamaan
Bagai melukut di tepi gantang
Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang
Laksana pungguk rindukan bulan
LANKSAP BAHASA
Supyan © 2012
Bidalan ialah bahasa kiasan
Ada padi semua kerja jadi, ada
beras semua kerja deras
Alah membeli menang memakai
Biar lambat asal selamat
Hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih
Ringan tulang berat perut
Siapa makan cili dia terasa
pedas
LANKSAP BAHASA
Supyan © 2012
Perbilangan ialah susunan kata-kata yang berkerat-kerat Alam beraja, luak berpenghulu, suka bertua, anak buah
beribu bapa, orang semenda bertempat semenda, dagang bertempatan, perahu bertambatan.
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Hutang darah dibalas darah, hutang nyawa, nyawalah padahnya.
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang lembu menguak
LANKSAP BAHASA
Supyan © 2012
Pepatah ialah susunan kata yang terhasil dari
sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan rutin
hidupan harian atau bermasyarakat.
Ada padang adalah belalang
Ada air adalah ikan
Ada batang, adalah cendawan tumbuh.
Bawa resmi padi
Main berisi semakin tunduk
Bagai pucuk dilancarkan
Bagai kumbang putus tali
Bagai belut digetil ekor
Bagai kilat pantasnya
Hilang bini boleh dicari
Hilang budi badan celaka
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
LANKSAP BAHASA
Supyan © 2012
Kiasan (metafora atau metaphor) Bebas seperti burung di angkasa
Berkilat seperti cermin
Mencuba bagai nak gila
Anjing kurap
Bunting kerbau
Abu Nawas
Idaman hati
Sambutan raksasa
Mabuk cendawan
Ada ubi ada batas
Ada ubi ada batas
Ada hari boleh balas
Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci
Hitam-hitam si tampuk manis
Sungguh hitam dipandang manis
Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan merasa
LANKSAP BAHASA
Supyan © 2012
Kata-kata hikmat ialah koleksi uacapan atau kata-kata orang yang terkenal
Tiga perkara yang membinasakan manusia: kikir yang dipatuhi,
hawa nafsu yang dituruti, dan ketakjuban kepada diri sendiri. (Hadis Nabi Muhammad s.a.w. riwayat At-Tabarani).
Ilmu lebih baik dari harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum dan harta itu terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan dan ilmu itu bertambah dengan dibelanjakan. (Syaidina Ali Abi Talib)
Memberi seseorang itu pancing adalah lebih baik dari memberikannya seekor ikan. (Confucious)
LANKSAP BAHASA
Supyan © 2012
Deduktif
Induktif
PENDEKATAN LOGIK
Umum
Spesifik
Spesifik
Umum
Supyan © 2012
BAHASA BADAN
Kelakuan tangan (gestures)
Kelakuan badan (postures)
Memek muka (facial expressions)
Temuan mata (eye contact)
Penggunaan ruang (proximity)
Kejelasan suara (clarity)
Kelancaran: bahasa dan idea (fluency)
Pakaian (attire)
Hiasan (jewelry, cosmetics)
Supyan © 2012
TEKNIK SEMASA BERUCAP 3:
PENGGUNAAN APD
Supyan © 2012
OBJEKTIF APD
Menjelaskan,
Mengukuhkan,
Memberi penekanan,
Mengingatkan hadirin tentang isi kandungan ucapan, dan
Meningkatkan minat serta tumpuan hadirin terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah.
Supyan © 2012
ALAT PANDANG DENGAR
APD bukan elektronik Objek (botol, senapang, kerusi)
Papan putih/hitam/hijau
Carta singkap
Bahan bercetak
APD elektronik OHP
LCD projector
Pita Audio, pita Video
TV
Radio
Perakam keset
Visualizer
Kamera Digital
Supyan © 2012
PERSEPSI MANUSIA BERBEZA
Apa yang anda nampak?
Supyan © 2012
Apa yang anda nampak?
PERSEPSI MANUSIA BERBEZA
Supyan © 2012
PERSEPSI MANUSIA BERBEZA
Supyan © 2012
PERSEPSI KEFAHAMAN
Abstrak
Konkrit
Perkataan
Gambarajah
Peta
Gambar
Slaid
Filem
Model
Objek
Membuat/Melakukan
Situasi Menyeluruh
Peranan
Teknologi
APD
Lebih banyak
deria digunakan
lebih cepat dan
lebih mudah
pendengar
memahami apa
yang
disampaikan
Supyan © 2012
DAYA INGATAN
10 % apa yang dilihat selepas
ceramah,
20 % dapat diingat dari apa yang
didengar
50 % dapat diingat dari apa yang
didengar dan dilihat
80 % dapat diingat dari apa yang
dilihat, didengar, dan dibuat
Begley, Newsweek, May 31, 1994, p. 47).
Supyan © 2012
KEBERKESANAN APD
Kesan yang positif dalam pengucapan awam
Proses pembelajaran bertambah baik 200% (kajian di University of Minnesota), kemampuan untuk mengingat bertambah 38% (kajian di University of Wisconsi),
Kadar masa bagi menerangkan mengenai sesuatu produk dapat dikurangkan dari 25% kepada 40% (kajian di Wharton School of Business (Peoples, 1992:5).
Tahap komitmen pelanggan terhadap pengenalan produk baru (University of Minnesota)
lebih ramai pelanggan (peningkatan dari 26% kepada 43% sebelumnya) sanggup membayar lebih daripada harga asal apabila penceramah yang memberi penerangan mengenai produk tersebut menggunakan APD (Peoples, 1992:5).
Supyan © 2012
KEPERLUAN DAN KESESUAIAN
Tujuan
Suasana majlis dan
tempat
Bilangan hadirin
Waktu
Kemudahan APD
Penggunaan APD yang
sesuai
Supyan © 2012
BAHAN UNTUK APD
Grafik
Foto
Lukisan
Gambarajah
Carta
Animasi
Poster
Objek
Tulisan
Artifak
Slaid
Edaran *
Supyan © 2012
PRINSIP REKABENTUK UNTUK
PENYEDIAAN SLAID
Supyan © 2012
Persembahan
Kandungan
Jumlah maklumat
Tahap kepentingan
REKABENTUK ARAHAN
Supyan © 2012
REKABENTUK ARAHAN
Jenis fon: 1
Saiz: 2 – 3 jenis
Format: seimbang
Mudah difahami
Elemen sokongan
Lokasi grafik
Latar
Tidak lebih 3 warna
Melintang
Mengurus Persembahan
Supyan © 2012
PRINSIP REKABENTUK ARAHAN
1 konsep 1 idea
Dalam bentuk point, frasa, bukan ayat
Guna elemen lain untuk ganti perkataan spt bold, italic, garis
Guna warna atau fetur untuk penekanan sesuatu yang penting
Mengurus maklumat: Kandungan
Supyan © 2012
REKABENTUK ARAHAN
Tidak lebih 6 perkataan satu baris
Tidak melebihi 6 baris satu slide
Maklumat penting sahaja
Maklumat tidak terlalu padat
Mengurus Maklumat: Baris Ayat
Supyan © 2012
PRINSIP REKABENTUK ARAHAN
A HURUF BESAR UNTUK TOPIK
UTAMA
HURUF KECIL UNTUK SUBTAJUK
KONSISTEN DENGAN REKABENTUK
MENURUT URUTAN DAN LOGIK LAZIM
KOMBINASI WARNA YANG SESUAI
Mengurus Maklumat: Tahap Kepentingan
Yang mana mudah dibaca?
B
Huruf besar untuk topik utama
Huruf kecil untuk subtajuk
Konsisten dengan rekabentuk
Menurut urutan dan logik lazim
Kombinasi warna yang sesuai
Supyan © 2012
PRINSIP REKABENTUK ARAHAN
Mengurus Maklumat: Memilih warna yang sesuai
Adakah kombinasi
warna ini sesuai?
Adakah kombinasi
warna ini sesuai?
Padanan wana
Kontras
Adakah kombinasi
warna ini sesuai?
Adakah kombinasi
warna ini sesuai?
Adakah kombinasi
warna ini sesuai?
Adakah kombinasi
warna ini sesuai? abc
abc
abc
abc
abc
abc
Supyan © 2012
LAIN-LAIN
Jadual:
ketetapan/pertukaran
Masa:
ketepatan/kesesuaian
Gangguan: fizikal,
mental, emosi, fisiologi
Kejutan: langkah
persediaan
Supyan © 2012
PANTANG LARANG
Ketrampilan tidak
meyakinkan
Kaku, takut, gemuruh
Terlalu apologetik
Takabbur, ujub, riya’
Tidak tepati masa
Bahasa yang lemah
Utamakan “politik” dari
profesional
Supyan © 2012
KEJUTAN
Kabel tidak ada, kabel rosak
Thumbdrive rosak, tidak boleh baca
Perisian rosak, tidak boleh guna
Perisian tidak ada
Cahaya terlalu cerah
Soket tidak cukup
Model LCD tidak sama
Bekalan letrik terputus
Bilik terlalu kecil
Pembesar suara tidak berfungsi
KESIMPULAN
Pengucapan awam perlu kepada pendedahan, latihan, dan pemantapan
Pengalaman masa lalu menjadi guru penting
Pembaikan berterusan perlu dijadikan satu strategi pemantapan diri
Setiap orang boleh menjadi pengucapan awam yang baik dan berkesan
Supyan © 2012
TERIMA KASIH