Post on 02-Feb-2016
description
Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam …….
Terima kasih atas kerjasama semua.
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat (nama) , (jawatan) dengan diiringi oleh (nama)(jawatan) dan dif dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam segamat selamat
Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jerami;Terima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis kami.
Yang Berhormat (nama)(jawatan)
Yang Berusaha (nama)(jawatan)
Yang Berusaha (nama)(jawatan)
Dif-dif jemputan
Peserta-peserta
Dan hadirin sekalian
Selamat datang ke (nama program)
Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan program ini.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke program ini terutamanya kepada Yang Berhormat…………………………………………………… kerana sudi meluangkan masa
menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Bak kata pujangga ‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’. ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: (nama ustaz) ………………………………………. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada (nama ustaz) ………………………. atas bacaan doa itu tadi.
Sekapur sirih tiada berharta,Buat santapan untuk pahlawan;Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat (nama) (jawatan) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
************(Ucapan)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat (nama) (jawatan) di atas ucapan tersebut.
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha (nama) (jawatan) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini.
************ (ucapan)
Terima kasih kepada Yang Berusaha (nama) (jawatan) atas ucapan tadi.
Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berhormat (nama)(jawatan) atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.
Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama (tujuan program) Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.