Ujian Saringan Dalam Pendidikan Pemulihan

Post on 18-Jun-2015

990 views 11 download

Transcript of Ujian Saringan Dalam Pendidikan Pemulihan

UJIAN SARINGAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

OLEH

EDWARD EDGAR BIN MULUT

Kandungan

• Definisi dan tujuan Ujian Saringan• Beberapa perkara yang perlu diingati

bila membina Ujian Saringan• Pembinaan Ujian Saringan• Mentadbir, memeriksa dan menilai ujian• Contoh Ujian Saringan Bahasa Melayu

Definisi dan Tujuan

• Saringan ialah satu tatacara yang memberi satu pengukuran menyeluruh tentang kekuatan dan kemunduran seseorang calon.

• Ia menolong mengagihkan murid-murid ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu.

• Mengenal serta menentukan bidang-bidang untuk kerja-kerja diagnostik.

• Ujian dijalankan selepas guru pemulihan/guru kelas menjalankan penyelidikan.

Perkara penting perlu diingat bila membina Ujian Saringan• Ujian Saringan biasanya umum dan

pendek.• Boleh dijalankan kepada satu kumpulan

kecil dalam satu-satu masa.• Tidak melebihi 15 orang dalam satu

kumpulan.• Maklumat diperolehi akan menunjukkan

satu gambaran umum tahap pencapaian murid.

Samb…

1. Siasatan dijalankan bagi menentukan dasar (masalah pembelajaran umum dialami oleh pelajar).

1. Cari maklumat yang perlu dari guru kelas biasa/guru mata pelajaran.

Beberapa kemahiran dalam Bahasa Melayu1. Namakan huruf-huruf abjad (huruf kecil dan

huruf besar)2. Bunyi huruf-huruf abjad.3. Menyebut bunyi dua huruf konsonan dan

vokal.4. Membina perkataan-perkataan yang senang

dengan sukukata diberi seperti ba + pa = bapa.

5. Baca perkataan-perkataan diberi.6. Baca satu para/cerita yang senang.7. Faham satu para yang senang.

Pembinaan Ujian Saringan

• Merangka Jadual Penentuan Ujian (table of specification)

• JPU-bertujuan mentakrifkan dengan jelas bidang dan penekanan ujian, contohnya:

Konsep Fakta Penggunaan Analisa• Ujian mestilah seimbang dan berkaitan

dengan kemahiran.• Ujian mesti ada keesahan dan dapat

mengukur pengetahuan pelajar.

Samb…

• Semua soalan yang dikemukakan adalah menuju ke arah kemahiran-kemahiran tercatit.

• Setiap kemahiran akan diberi penekanan yang seimbang.

• Tiada kemahiran yang penting atau bidang akan tertinggal.

Bidang KognitifKandungan atau bahan yang hendak dikaji

Pengetahuan Kefahaman Penggunaan Analisa Jumlah

Mengenal dan makna huruf-huruf abjad

2 - 1 1 4

Mengenal bunyi huruf-huruf - 2 1 - 3

Sukukata dan dua huruf

1 1 2 2 6

Membina perkataan 1 1 2 1 5Membaca perkataan 1 1 1 1 4Membaca dan memahami satu-satu para

1 1 1 - 3

Jumlah 6 6 8 5 25

Mentadbir, Memeriksa dan Menilai Ujian Saringan

• Mengadakan arahan-arahan yang terang dan ringkas.

• Ujian dijalankan dalam kumpulan kecil/perseorangan.

• Keadaan fizikal perlu diambil kira.• Markah berbentuk objektif.

Samb…• Murid-murid yang dipilih terdiri

daripada mereka:a. Mendapat markah yang rendahb. Berada di tengahc. Menunjukkan kelemahan yang

boleh dipulih dalam jangka masa yang singkat.

d. Menghadapi masalah dalam semua bidang.

SEKIAN

TERIMA KASIH