Post on 14-Aug-2015
Undang-Undang Permainan
2011/2012
2
Pengubahsuaian Dengan mengekalkan prinsip-prinsip Undang-undang ini, tertakluk kepada persetujuan Persatuan Kebangsaan berkenaan, berkenaan, Undang-undang ini boleh diubahsuai dalam perlaksanaan bagi perlawanan-perlawanan yang melibatkan pemain-pemain di bawah umur 16 tahun, wanita, veteran (35 tahun ke atas) dan pemain-pemain kurang upaya. Pindaan-pindaan berikut dibenarkan : — saiz padang --- saiz, berat dan bahan bola --- jarak antara tiang gol dan palang gol dari tanah --- jangka masa permainan — penggantian Pengubahsuaian lain hanya dibenarkan dengan izin Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa. Lelaki dan Wanita Rujukan kepada jantina lelaki di dalam Undang-undang Permainan berkaitan pengadil, penolong pengadil pemain dan pegawai adalah mudah dan untuk lelaki dan wanita.
3
CATITAN NOTA DAN PINDAAN
4
5
Undang-undang Muka Surat
1. PADANG PERMAINAN 2. BOLA 3. BILANGAN PEMAIN 4. ALATAN PEMAIN 5. PENGADIL 6. PENOLONG PENGADIL 7. JANGKAMASA PERMAINAN 8. PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN 9. BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN 10. CARA MENENTUKAN JARINGAN 11. OFSAID 12. KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN 13. SEPAKAN PERCUMA 14. SEPAKAN PENALTI 15. LONTARAN KE DALAM 16. SEPAKAN GOL 17. SEPAKAN PENJURU PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN ATAU DI TEMPAT SENDIRI ATAU LAWAN KAWASAN TEKNIKAL
PEGAWAI KEEMPAT DAN PENOLONG PENGADIL SIMPANAN
INTEPRETASI UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAN PANDUAN UNTUK PENGADIL SEPAKAN DARI TANDA PENALTI
ILUSTRASI KEDUDUKAN SEMASA SEPAKAN DARI TANDA PENALTI
6
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN Permukaan Padang Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisal mengikut peraturan pertandingan. Warna permukaan artifisal mesti berwarna hijau. Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa, permukaannya mesti memenuhi kehendak ‗FIFA Quality Concept for Artificial Turf‘ atau ‗ International Artificial Turf Standard‘ kecuali persetujuan khas diberi oleh FIFA. Tanda-tanda Padang Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan. Dua garisan sempadan yang panjang adalah dipanggil garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah dipanggil garisan gol. Padang permainan dibahagikan kepada dua separuh bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua garisan tepi. Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya. Tanda-tanda boleh dibuat di luar permainan, 9.15 m (10 ela) dari suku bulatan penjuru dan sudut tepatdengan garisan-garisan gol dan garisan-garisan tepi, untuk memastikan pemain-pemainpertahanan berada di jarak ini apabila sepakan penjuru hendak dibuat..
7
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN (Sambungan)
Ukuran Garisan tepi mesti lebih panjang dari garisan gol. Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela) maksimum 120m (130 ela) Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela) maksimum 90m (100 ela) Semua garisan mestilah sama lebarnya yang mesti tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci). Perlawanan Antarabangsa Panjang: minimum 100m (110 ela) maksimum 110m (120 ela) Lebar: minimum 64m (70 ela) maksimum 75m (80 ela) Kawasan Gol Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter (6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol.
8
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN (Sambungan)
Kawasan Penalti Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan- garisan ini hendaklah dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti. Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar kawasan penalti. Tiang-Tiang Bendera Tiang bendera yang tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian atasnya tidak tajam dan berbendera mesti ditempatkan pada setiap penjuru. Tiang-tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi. Lengkok Penjuru Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru adalah ditandakan di dalam padang permainan.
9
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN (Sambungan)
Gol-Gol (Tiang dan Palang Gol) Gol mesti diletakkan di pertengahan setiap garisan gol. Gol-Gol mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang. Tiang-tiang dan palang gol mesti diperbuat daripada kayu, logam, atau bahan-bahan lain yang diluluskan. Ianya boleh berbentuk empat segi tepat, empat segi sama, bulat dan bujur bulat dan mesti tidak merbahayakan pemain-pemain. Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki).
10
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN (Sambungan)
Kedudukan kedua-dua tiang gol hendaklah berada di atas garisan gol seperti rajah di bawah.
Jika tiang gol berbentuk empatsegi sama (dipandang dari atas), sempadan tepi tiang gol mesti selari atau bersudut tepat dengan garisan gol. Bahagian palang gol mesti selari atau bersudut tepat dengan permukaan padang.
Jika tiang gol berbentuk bujur (dipandang dari atas), paksi yang lebih panjang mesti bersudut tepat dengan garisan gol. Paksi yang lebih panjang pada palang gol mesti selari dengan permukaan padang.
Jika tiang gol berbentuk empatsegi tepat (dipandang dari atas), sempadan tepi tiang yang panjang mesti bersudut tepat dengan garisan gol. Sempadan tepi bahagian palang gol yang panjang mesti selari dengan permukaan padang.
11
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN (Sambungan
Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna dan tidak mengganggu penjaga gol. Tiang-tiang dan palang-palang gol mesti berwarna putih. Keselamatan Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah. Gol-gol jenis ubah gerak hanya dibenar digunakan jika ia memenuhi kehendak ini.
12
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN (Sambungan)
Padang permainan
Bendera Penjuru
13
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN (Sambungan)
Ukuran Metrik
Ukuran Imperial
14
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN (Sambungan)
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa Keputusan 1
Di mana kawasan teknikal diwujudkan, ianya mesti memenuhi kehendak yang diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa yang terkandung di dalam seksyen publikasi ini bertajuk Kawasan Teknikal.
15
UNDANG-UNDANG 2 – BOLA
Kualiti Dan Ukuran Bola
Berbentuk sfera
diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai
lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci)
beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan permainan.
tekanan udara bersamaan dengan 0.6 – 1.1 atmosfera (600 – 1100 gram/sm) pada paras laut (8.5 paun/in2 -5.6 paun/in2)
Penggantian Bola yang Rosak
Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan: •
perlawanan diberhentikan. • perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat mana bola mula bocor atau rosak kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol. Di dalam kes begini pengadil membuat jatuhan bola yang di ganti itu di atas garisan kawasan gol yang selari dengan kawasan gol di tempat yang hampir di mana bola yang asal ini berada semasa permainan diberhentikan. Jika bola pecah atau menjadi rosak semasa sepakan penalti atau semasa sepakan dari tanda penalti sewaktu bola itu bergerak ke depan dan sebelum menyentuh mana-mana pemain atau palang gol atau tiang gol: . sepakan penalti diambil semula. Jika bola pecah atau rosak ketika tidak di dalam permainan semasa sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau lontaran ke dalam: •
perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran Pengadil.
16
UNDANG-UNDANG 2 – BOLA (Sambung) Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa Keputusan 1 Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola untuk perlawanan di dalam pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawlan FIFA atau gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut:
Logo the official ―FIFA APPROVED‖
Logo the offi cial ―FIFA INSPECTED‖
Logo the ―INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD‖
Logo sedemikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji dengan rasminya dan didapati mematuhi keperluan spesifikasi teknikal, perbezaan setiap logo dan tambahan kepada ketetapan minimum yang dinyatakan di dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan tambahan khusus kepda setiap logo mestilah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa. Institusi yang menjalankan ujian adalah tertakluk kepada kelulusan FIFA. Pertandingan anjuran ahli-ahli gabungan boleh juga menetapkan penggunaan bola yang mempunyai mana-mana satu dari tiga logo ini. Keputusan 2 Bagi perlawanan pertandingan rasmi di bawah kelolaan FIFA, konfederasi atau persatuan – persatuan ahli, sebarang bentuk iklan komersil pada bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang pertandingan, pengelola pertandingan dan tanda dagangan pembuat yang dibenarkan. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda tersebut.
17
UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN Bilangan Pemain
Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh pemain.
Bilangan Pemain Simpanan
Pertandingan Rasmi Sehingga maksimum tiga pengganti boleh digunakan di dalam mana-mana perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau persatuan-persatuan ahli. Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang boleh dinamakan, dari tiga hingga maksimum tujuh. Pelawanan-Perlawanan Lain Bagi perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum enam pengganti boleh digunakan. Bagi semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar boleh digunakan dengan syarat:
Pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan tentang bilangan maksimumnya.
Pengadil di beritahu sebelum perlawanan. Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai sebelum perlawanan, tidak lebih enam penggantian dibenarkan.
18
UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN (Sambungan)
Prosedur Penggantian
Untuk semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan kepada Pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.
Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syarat- syarat berikut mestilah dipatuhi:
pengadil mesti diberitahu sebelum sebarang cadangan penggantian dibuat.
pengganti hanya masuk ke padang permainan setelah pemain yang digantinya itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari Pengadil.
pengganti hanya masuk ke padang permainan di garisan tepi pertengahan padang dan semasa pemberhentian permainan.
penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang permainan
dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikannya itu tamat menjadi pemain telah diganti.
seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh s e t e r u s n y a m e n g a m b i l b a h a g i a n d i d a l a m perlawanan itu.
semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara Pengadil, sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak.
Pertukaran Penjaga Gol
Mana-mana pemain lain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat:
pengadil diberi tahu sebelum pertukaran dibuat.
Pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan.
19
UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN (Sambungan)
Pelanggaran Dan Hukuman Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke padang permainan tanpa kebenaran pengadil:
Permainan diberhentikan (walaupun tidak dengan segera, jika pengganti tidak mengganggu permainan)
pengadil beri amaran kepadanya kerana tidak bersemangat sukan dan arahkan dia keluar dari padang permainan.
jika pengadil telah memberhentikan permainan, permainan itu dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 –Kedudukan Sepakan Percuma)
Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa kebenaran Pengadil sebelum pertukaran dibuat:
pengadil benarkan permainan ruskan.
Pengadil beri amaran kepada pemain-pemain berkenaan sebaik saja bola di luar permainan.
Bagi kesalahan-kesalahan lain undang-undang ini:
pemain-pemain berkenaan diberi amaran.
permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pihak lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma)
Pemain dan Pengganti Diperintah Keluar Seorang pemain yang telah diperintah keluar sebelum permulaan permainan hanya boleh digantikan dengan salah seorang dari pengganti-pengganti yang dinamakan. Pengganti yang dinamakan jika diperintah keluar sama ada sebelum permainan dimulakan atau selepas permainan dimulakan, tidak boleh digantikan.
20
UNDANG-UNDANG 4 – ALATAN PEMAIN Keselamatan Seseorang pemain tidak boleh menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang membahayakan diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk apa jua barang kemas). Peralatan Asas Peralatan asas yang wajib bagi seseorang pemain mengandungi item berlainan saperti berikut:
jersi atau baju berlengan – Jika pakaian dalaman digunakan dgunakan, warna lengannya mesti sama warna dengan warna utama lengan jersi atau baju.
seluar – jika seluar pendik atau tight dipakai, warna seluar pendik dan tight tersebut mesti sama dengan warna seluar.
Stokin
Shingaurd
Alas kaki Shinguard
diliputi leseluruhan oleh stokin
dibuat daripada getah, plastik atau bahan bersesuaian yang sama
boleh memberi perlindungan pada tahap munasabah
Warna
Kedua-dua pasukan mesti memakai warna jersi yang membezakan pasukan mereka dan juga Pengadil dan penolong-penolong pengadil
setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari pemain-pemain lain, Pengadil dan Penolong-penolong Pengadil.
21
UNDANG-UNDANG 4 – ALATAN PEMAIN (Sambung) Kesalahan-kesalahan dan Hukuman Bagi Pelanggaran Undang-undang ini: •
permainan tidak perlu diberhentikan.
pemain yang bersalah diarah keluar padang permainan oleh pengadil untuk membetulkan peralatannya.
Pemain tersebut perlu keluar padang permainan sebaik saja bola di luar permainan, kecuali dia telah membetulkan peralatannya sebelum itu.
pemain yang dikehendaki keluar padang permainan untuk membetulkan peralatannya tidak boleh masuk semula tanpa kebenaran Pengadil.
pengadil memeriksa peralatan pemain itu adalah betul sebelum membenarkan dia masuk semula ke padang permainan.
pemain hanya boleh masuk semula ke padang permainan apabila bola di luar permainan.
Seseorang pemain yang dikehendaki meninggalkan padang permainan kerana kesalahan Undang-undang ini dan yang masuk semula padang permainan tanpa kebenaran Pengadil mesti diberi amaran. Memulakan Semula Permainan Jika permainan diberhentikan oleh Pengadil untuk member amaran:
perlawanan adalah dimulakan semula dengan sepak
percuma tidak terus oleh pemain pihak lawan, di tempat bola berada semasa Pengadil memberhentikan permainan (rujuk Undang- undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
22
UNDANG-UNDANG 4 – ALATAN PEMAIN (Sambung)
Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1
Pemain-pemain tidak boleh menunjukkan baju dalamannya
yang mengandungi slogan atau pengiklanan. Peralatan asas
y a n g
Wajib mesti tidak mengandungi sebarang kenyataan politik,
agama atau peribadi.
Pemain yang menanggalkan jersinya untuk menunjukkan
slogan atau pengiklanan akan diambil tindakan oleh Penganjur
Pertandingan. Pasukan kepada pemain yang mempunyai
peralatan asas wajib yang mengandungi kenyataan politik,
agama atau peribadi akan diambil tindakan oleh Penganjur
Pertandingan atau FIFA.
23
UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL
Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang berkuasa penuh untuk menguatkuasa Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan. Kuasa dan Tugas
Pengadil:
menguatkuasakan Undang-undang Permainan mengawal perlawanan dengan kerjasama Penolong- penolong-Pengadil dan di mana berkaitan dengan Pegawai Keempat.
memastikan mana-mana bola yang digunakan memenuhi syarat-syarat Undang-undang 2.
memastikan peralatan pemain memenuhi syarat syarat Undang-undang 4.
bertindak sebagai penjaga masa dan membuat catatan perlawanan.
Mempunyai budi bicara untuk memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan bagi sebarang pelanggaran Undang-undang.
memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan kerana sebarang bentuk gangguan luar.
berhentikan perlawanan jika pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan ianya dikeluarkan dari padang permainan. Pemain yang cedera hanya boleh kembali ke padang permainan satelah perlawanan dimulakan semula.
meneruskan permainan sehingga bola di luar permainan, jika pada pendapatnya seorang pemain itu hanya cedera ringan.
memastikan pemain yang luka berdarah dikeluarkan dari padang permainan. Pemain tersebut hanya boleh kembali, setelah menerima isyarat dari Pengadil yang mesti berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti.
24
UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL (sambungan)
meneruskan permainan apabila pasukan yang mana kesalahan dilakukan ke atasnya akan memperolehi advantej dari situasi itu dan hukumkan kesalahan asal jika advantej yang dijangkakan tidak diperolehi pada masa itu.
menghukum kesalahan yang lebih berat apabila pemain lakukan lebih dari satu kesalahan pada m a s a y a n g s a m a .
mengambil tindakan disiplin ke atas pemain kerana kesalahan beramaran dan perintah keluar. Dia tidak perlu mengambil tindakan ini serta merta tetapi mesti berbuat demikian sebaik saja bola di luar permainan.
mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan tidak bertanggungjawab dan mengikut budi bicaranya, menyingkirkan mereka dari padang permainan dan kawasan sekitarnya.
bertindak atas nasihat Penolong-penolong Pengadil terhadap insiden yang dia tidak nampak
Pastikan orang-orang tidak berkenaan tidak masuk ke padang permainan.
Isyarat mulakan semula permainan setelah ianya diberhentikan.
mengemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan laporan perlawanan yang mengandungi maklumat tentang sebarang tindakan disiplin yang diambil ke atas pemain, dan/atau pegawai pasukan dan insiden lain yang berlaku sebelum, semasa atau selepas perlawanan.
Keputusan Pengadil Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pengadil tentang fakta yang berkaitan dengan permainan adalah muktamad. Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas nasihat Penolong-penolong Pengadil dengan syarat dia belum memulakan semula permainan atau menamatkan perlawanan itu.
25
UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL (sambungan) Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1 Seorang Pengadil (atau dimana berkaitan, Penolong Pengadil atau Pegawai Keempat) tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana:
sebarang kecederaan ke atas seseorang pemain, pegawai atau penonton, sebarang kerosakan ke atas apa jua harta benda
sebarang kerugian yang dialami oleh individu, kelab, syarikat, persatuan atau badan serupa, kerana atau mungkin kerana keputusan yang dibuatnya berkaitan dengan Undang-undang Permainan atau mengikut prosedur biasa yang dikehendaki dijalankan, dimainkan atau bagi pengawalan sesuatu perlawanan.
Keputusan-keputusan ini meliputi: •
keputusan tentang keadaan padang permainan, kawasan sekitarnya atau keadaan cuaca yang boleh atau tidak membolehkan sesuatu perlawanan itu dijalankan.
keputusan untuk membatalkan sesuatu perlawanan dengan apa sebab
keputusan berkaitan keadaan kelengkapan atau peralatan yang digunakan semasa perlawanan termasuk tiang-tiang gol, palang gol, tiang penjuru atau juga bola.
keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan kerana gangguan penonton atau sebarang masalah di dalam kawasan penonton.
keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan untuk membenarkan pemain yang cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan.
keputusan untuk memohon atau menggesa supaya pemain yang cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan.
keputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan seorang pemain memakai sesuatu kelengkapan atau alatan tertentu
keputusan (selagi itu menjadi tanggungjawabnya) untuk membenarkan atau tidak membenarkan sesiapa jua (termasuk pasukan atau pegawai-pegawai stadium, pegawai-pegawai keselamatan, juru-juru gambar atau wakil-wakil media) hadir di persekitaran kawasan padang permainan.
sebarang keputusan lain yang akan dibuatnya mengikut Undang-undang Permainan atau dalam menjalankan tugasnya untuk mematuhi syarat-syarat FIFA, Konfederasi Ahli Persatuan atau Liga atau Peraturan-peraturan di bawah mana perlawanan itu dimainkan.
26
UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL(sambungan)
Keputusan 2 Bagi kejohanan atau pertandingan di mana seorang Pegawai Keempat dilantik, peranan dan tugasnya mestilah mematuhi garis panduan yang diluluskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa, yang terkandung di dalam publikasi ini.
27
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL Tugas-tugas Dua Penolong Pengadil dilantik di mana tugas mereka tertakluk kepada keputusan Pengadil, adalah untuk memberi isyarat:
Apabila keseluruhan bola telah keluar dari padang permainan.
Pasukan mana yang berhak untuk sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke dalam.
Apabila seorang pemain boleh dihukum kerana berada di kedudukan ofsaid
Apabila ada permintaan untuk penggantian.
Apabila ada salahlaku atau insiden lain di luar penglihatan Pengadil.
Apabila kesalahan dilakukan di mana Penolong Pengadil lebih hampir dengan insiden dari Pengadil (ini termasuk, dalam keadaan-keadaan tertentu, kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam kawasan penalti).
Semasa sepakan penalti, sama ada, penjaga gol telah bergerak ke hadapan sebelum bola disepak dan jika bola telah melintasi garisan itu.
Bantuan Penolong-penolong Pengadil juga membantu Pengadil mengawal perlawanan mengikut Undang-undang Permainan. Terutama sekali mereka boleh masuk ke padang permainan untuk menolong mengawal jarak 9.15 meter. Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya Pengadil boleh melucutkan Penolong Pengadil itu dari tugasnya dan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.
28
UNDANG-UNDANG 7 – JANGKAMASA PERMAINAN
Tempoh Permainan Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang sama iaitu 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara Pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya untuk mengurangkan setiap bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mestilah mematuhi Peraturan Pertandingan.
Rehat Separuh Masa Pemain berhak untuk masa rehat pada separuh masa. Masa rehat separuh masa mesti tidak melebihi 15 minit. Peraturan Pertandingan mestilah menyatakan jangkamasa rehat separuh masa. Tempoh masa bagi masa rehat boleh diubah hanya dengan persetujuan Pengadil.
Peruntukan Masa Terbuang
Peruntukan masa adalah dibuat pada setiap bahagian tempoh masa
bagi semua masa yang terbuang melalui:
penggantian
menilai kecederaan pemain-pemain
mengeluarkan pemain cedera yang dari padang permainan untuk
rawatan
membuang masa
sebab-sebab lain
Peruntukan masa yang terbuang adalah di bawah budi bicara
Pengadil.
Sepakan Penalti
Jika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau dibuat semula,
jangkamasa permainan bagi setiap separuh bahagian adalah
dilanjutkan sehingga sepakan penalti itu disempurnakan.
Pembatalan Perlawanan
Perlawanan yang dibatalkan akan dimainkan semula kecuali
Peraturan Pertandingan menyatakan sebaliknya.
29
UNDANG-UNDANG 8 – PERMULAAN DAN
MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN
Difinasi Sepak Mula
Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan semula permainan.
pada permulaan perlawanan
selepas gol dijaringkan
pada permulaam separuh masa kedua
pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika berkaitan)
Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.
Prosedur
Sebelum sepak mula pemulaan perlawanan atau masa tambahan
Lentingan syiling dilakukan dan pasukan yang menang lentingan itu memilih bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa pertama.
Pasukan lawannya akan membuat sepak mula untuk permulaan perlawanan.
Pasukan yang menang lentingan syiling akan membuat sepak mula bagi permulaan separuh masa kedua perlawanan.
Pada separuh masa kedua perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar tempat untuk menyerang gol yang bertentangan.
Sepak Mula
Selepas sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula akan dibuat oleh pihak lawannya.
Semua pemain berada di dalam separuh bahagian padang sendiri
pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga ia berada di dalam permainan.
bola diletak tidak bergerak di tengah padang
Pengadil beri isyarat
bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke hadapan.
penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.
30
UNDANG-UNDANG 8 – PERMULAAN DAN
MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN (Sambungan)
Pelanggaran Dan Hukuman Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain:
sepakan percuma tidak terus diberi kepada pihak lawan yang dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang- undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula:
sepak mula dibuat semula
Definasi Jatuhan Bola Jatuhan bola adalah suatu kaedah untuk memulakan semula permainan apabila bola masih dalam permainan, pengadil dikehendaki memberhentikan sementara permainan atas sebab yang tidak dinyatakan dalam mana-mana bahagian dalam Undang-undang Pemainan. Prosedur Pengadil membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan kecuali jika permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dalam hal demikian jatuhan bola adalah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan Permainan dimulakan semula sebaik saja bola mencecah tanah. Pelanggaran Dan Hukuman
Jatuhan bola dibuat semula:
jika disentuh oleh pemain sebelum ia mencecah tanah
jika terkeluar dari padang permainan setelah ia mencecah
tanah, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.
31
UNDANG-UNDANG 9 – BOLA DI DALAM DAN DI
LUAR PERMAINAN
Bola di luar permainan
Bola berada di luar permainan apabila: •
keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan
tepi sama ada di tanah atau di udara.
permainan telah diberhentikan oleh Pengadil
Bola di dalam permainan
Bola sentiasa berada di dalam permainan, termasuk apabila: •
ia melantun dari tiang gol, palang gol atau tiang bendera
penjuru dan berada di dalam padang permainan.
ia melantun dari pengadil atau penolong pengadil ketika
mereka berada di dalam padang permainan
Dalam permainan
Dalam permainan Dalam permainan
Luar permainan
32
UNDANG-UNDANG 10 – CARA MENENTUKAN JARINGAN
Jaringan Gol Gol adalah dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran Undang-undang Permainan dilakukan sebelum itu oleh pasukan yang menjaringkan gol.
Pasukan Menang Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa perlawanan dikira pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama, atau jika tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri.
Peraturan-peraturan Pertandingan Apabila peraturan-peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang perlawanan atau melibatkan perlawanan di tempat sendiri dan lawan, hanya prosedur berikut, yang telah diluluskan oleh Lembaga P.B. A n t a r a b a n g s a , d i b e n a r k a n :
jaringan gol di tempat lawan mendapat kelebihan.
masa tambahan.
sepakan dari tanda penalti.
33
UNDANG-UNDANG 11 – OFSAID
Kedudukan Ofsaid Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid. Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika: •
dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.
Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika: •
dia berada di bahagian dalam separuh bahagian padang permainannya sendiri atau
dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau
dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir
Kesalahan Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat Pengadil, dia terlibat aktif dalam permainan dengan:
mengganggu permainan atau
mengganggu pemain lawan pihak lawan atau
memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu
Tiada Kesalahan Tiada kesalahan ofsaid jika pemain menerima bola terus dari:
sepakan gol
lontaran ke dalam
sepakan juru
Pelanggaran Dan Hukuman Untuk kesalahan ofsaid, pengadil memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat
kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan
Sepakan Percuma)
34
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti berikut:
Sepakan Percuma Terus Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut dengan cara yang dianggap oleh Pengadil sebagai cuai, gegabah atau melibatkan daya yang berlebihan:
menendang atau cuba menendang pemain lawan
membentes atau cuba membentes pemain lawan
menerjah ke pemain lawan
merempuh pemain lawan
memukul atau cuba memukul pemain lawan
menolak pemain lawan
tekel pemain lawan Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:
memegang pemain lawan
meludah pemain lawan
memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol
yang berada di dalam kawasan penaltinya) Sepakan percuma terus adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma)
Sepakan Penalti Sepakan penalti adalah diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di atas dilakukan oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa mengira kedudukan bola, dengan syarat bola berada di dalam permainan.
35
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan)
Sepakan Percuma Tidak Terus Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut:
mengawal bola dengan tangannya lebih dari enam saat sebelum melepaskan dari kawalannya.
menyentuh bola semula dengan tangannya setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan sebelum disentuh oleh pemain lain.
menyentuh bola dengan tangannya setelah ia dengan sengaja disepak oleh rakan kepadanya.
menyentuh bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.
Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain, pada pendapat Pengadil:
bermain dengan cara yang berbahaya
menyekat pergerakan pemain lawan
menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya
melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam Undang-undang 12, yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar pemain.
Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma)
36
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan) Tindakan Disiplin Kad kuning adalah digunakan untuk memberi tahu bahawa pemain atau pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi amaran. Kad merah adalah digunakan untuk memberi taha bahawa pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar. Hanya seorang pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan sahaja boleh ditunjukkan kad merah atau kad kuning. Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin dari ketika ia masuk ke padang permainan sehingga ia meninggalkan padang permainan selepas tiupan wisel penamat Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar, di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap pemain lawan, rakannya sepasukan, Pengadil, Penolong Pengadil atau orang lain, adalah dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
Kesalahan-Kesalahan Beramaran Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:
bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan
membantah dengan perkataan atau perbuatan
sentiasa melanggar Undang-undang Permainan
melambat-lambat memulakan semula permainan gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan semula dari sepakan penjuru, sepakan percuma atau lontaran ke dalam
masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran Pengadil
dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran Pengadil
Pengganti atau pemain yang telah digantikan adalah diberi amaran jika melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:
kerana kelakuan tidak bersemangat sukan
membantah dengan perkataan atau perbuatan
melambat-lambat memulakan semula permainan
37
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan) Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti adalah diperintah keluar jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:
bermain dengan amat kasar
berkelakuan ganas
meludah pemain lawan atau orang lain
menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri)
menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang menuju ke arah gol lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan percuma atau sepakan penalti
menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata kesat dan/atau geraklaku.
menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama. Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti yang diperintah keluar mestilah meninggalkan persekitaran padang permainan dan kawasan teknikal.
38
UNDANG-UNDANG 13 – SEPAKAN PERCUMA
Jenis-jenis Sepakan Percuma Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus.
Sepakan Percuma Terus Bola Masuk Ke Gol
jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol lawan, gol di beri.
jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.
Sepakan Percuma Tidak Terus
Isyarat Pengadil mengisyarat sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah tangannya lurus ke atas keatas kepala. Dia mengekalkan kedudukan tangannya sedemikian sehingga sepakan dibuat dan bola disentuh oleh pemain lain ataupun keluar dari permainan.
Bola Masuk ke Gol
Jaringan gol boleh diberi hanya jika bola disentuh oleh pemain lain sebelum masuk ke dalam gol.
•
jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, sepakan gol diberi
jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.
rosedur Bagi kedua-dua sepakan, terus dan tidak terus, bola mestilah statik apabila sepakan dibuat dan penyepak tidak boleh menyentuh bola lagi untuk kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.
39
UNDANG-UNDANG 13 – SEPAKAN PERCUMA -(Sambungan) Kedudukan Sepakan Percuma
Sepakan Percuma Di Dalam Kawasan Penalti Sepakan percuma terus atau tidak terus kepada pasukan bertahan:
semua pemain pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola
semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan.
bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus keluar dari kawasan penalti
sepakan percuma yang diberi di dalam kawasan gol boleh dibuat dari mana-mana tempat di dalam kawasan itu.
Sepakan percuma tidak terus kepada pasukan menyerang:
semua pemain pihak lawan mesti berada sekurang-kurang 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan, kecuali mereka berada di atas garisan gol di antara tiang-tiang gol
bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak
sepakan percuma tidak terus yang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat dari atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol, ditempat paling hampir di mana kesalahan berlaku.
Sepakan Percuma Di Luar Kawasan Penalti semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurang 9.15
m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan.
bola dikira di dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak
sepakan percuma adalah dibuat di tempat kesalahan berlaku atau di tempat bola berada apabila kesalahan berlaku (mengikut kesalahan)
40
UNDANG-UNDANG 13 – SEPAKAN PERCUMA -(Sambungan)
Pelanggaran dan Hukuman Jika, semasa sepakan percuma dibuat, pemain pihak lawan berada hampir dengan bola dari jarak yang dikehendaki:
sepakan dibuat semula Jika, semasa sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan dalam kawasan penaltinya, bola tidak disepak keluar dari kawasan penaltinya:
sepakan dibuat semula
Sepakan percuma yang dibuat oleh seorang pemain selain daripada penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum bola menyentuh pemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan
Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan penyepak dengan sengaja memegang bola itu sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk
Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak.
41
UNDANG-UNDANG 13 – SEPAKAN PERCUMA -(Sambungan)
Sepakan percuma yang dibuat oleh penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan penjaga gol menyentuh bola itu sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum bola menyentuh pemain lain:
sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk
Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol dengan sengaja memegang bola itu sebelum ianya menyentuh oleh pemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk
Undang-undang 13 – Kedudukan ).
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan ).
42
UNDANG-UNDANG 14 – SEPAKAN PENALTI Sepakan penalti dikenakan ke atas pasukan yang melakukan salah satu daripada sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus di dalam kawasan penaltinya semasa bola di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti. Tambahan masa adalah dibenar untuk sepakan penalti yang akan dibuat pada akhir setiap bahagian masa atau pada akhir tempoh masa tambahan
Posisi Bola dan Pemain-pemain Bola:
Mesti diletakkan di tanda penalti Pemain yang membuat sepakan penalti:
Mesti dikenal pasti Penjaga gol bertahan:
Mesti berada di atas garisan gol, menghadap penyepak di antara tiang-tiang gol sehingga bola disepak
Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak mesti berada:
di dalam padang permainan
di luar kawasan penalti
di belakang tanda penalti
sekurang-kurang 9.15 m (10 ela) dari tanda penalti
43
UNDANG-UNDANG 14 – SEPAKAN PENALTI (Sambungan)
Prosedur
setelah semua pemain mengambil tempat menurut Undang-undang, Pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalty dibuat
Pemain yang membuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan
dia mesti tidak memainkan bola sekali lagi sehingga bola menyentuh oleh pemain lain
bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke hadapan
Apabila sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau masa yang dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk membolehkan sepakan penalti dibuat atau dibuat semula, jaringan gol adalah diberi jika, sebelum melintasi di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol:
bola menyentuh satu atau kedua-dua tiang gol dan/atau palang gol dan/atau penjaga gol
Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah disempurnakan
44
UNDANG-UNDANG 14 – SEPAKAN PENALTI (Sambungan)
Pelanggaran dan Hukuman
Jika pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat, dan sebelum bola berada di dalam permainan, salah satu dari yangi berikut berlaku:
Pemain yang membuat sepakan penalti melanggar Undang-undang Permainan:
pengadil membenarkan sepakan diteruskan
jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.
jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan
sepakan percuma tidak terus kepada pasukan bertahan di tempat mana kesalahan berlaku.
Penjaga gol melanggar Undang-undang Permainan:
pengadil membenarkan sepakan diteruskan
jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi
jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula
Rakan pemain yang membuat sepakan melanggar Undang- undang Permainan:
pengadil membenarkan sepakan diteruskan
jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula
jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan
permainan dan mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan bertahan di tempat mana kesalahan berlaku.
45
UNDANG-UNDANG 14 – SEPAKAN PENALTI (Sambungan) Rakan Penjaga gol melanggar Undang-undang Permainan:
Pengadil membenar sepakan diteruskan
Jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi
Jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.
Seorang pemain dari kedua-dua pasukan bertahan menyerang melanggar Undang-undang Permainan:
sepakan dibuat semula. •
Jika selepas sepakan penalti dibuat: Penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum bola menyentuh oleh pemain lain:
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Bola disentuh oleh anasir luar semasa ianya bergerak ke hadapan:
sepakan dibuat semula
46
UNDANG-UNDANG 14 – SEPAKAN PENALTI (Sambungan) Bola melantun ke dalam padang permainan dari penjaga gol, palang gol atau tiang gold an kemudiannya disentuh oleh anasir luar: Pengadil berhentikan permainan Permainan dimulakan semuladengan jatuhan bola di tempat bola disentuk anasir luar, kecuali jika ianya menyentuh anasir luar di dalam kawasan gol maka Pengadil membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hamper di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.
47
UNDANG-UNDANG 15 – LONTARAN KE DALAM
Lontaran ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara
Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.
Prosedur
Semasa melontar bola ke dalam, pelontar:
menghadap ke padang permainan
sebahagian dari tiap-tiap kakinya berada di atas garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi
memegang bola dengan kedua-dua tangannya
melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya
melontar dari tempat di mana keluar dari padang permainan.
Semua pemain lawan mesti berdiri tidak kurang 2 m (2 ela) dari tempat di mana lontaran ke dalam itu dibuat. Bola dikira di dalam permainan apabila ia masuk ke dalam padang permainan. Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh bola sekali lagi sehingga ianya telah menyentuh oleh pemain lain.
48
UNDANG-UNDANG 15 – LONTARAN KE DALAM (Sambungan) Pelanggaran dan Hukuman
Lontaran ke dalam oleh pemain selain daripada penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh oleh pemain lain:
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar dengan sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti pelontar itu.
Lontaran ke dalam oleh penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat mana kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
49
UNDANG-UNDANG 15 – LONTARAN KE DALAM (Sambungan) Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti enjaga gol berkenaan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol berkenaan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika seorang pemain lawan dengan cara tidak adil mengganggu tumpuan atau menghalang pelontar:
dia diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan
Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:
lontaran ke dalam adalah dibuat oleh pemain pasukan lawan
50
UNDANG-UNDANG 16 – SEPAKAN GOL
Sepakan gol adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Sepakan gol adalah diberi apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang dan gol tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan gol tetapi hanya terhadap pasukan lawan.
Prosedur
Bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan
gol oleh pemain pasukan bertahan
Pemain-pemain pasukan lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola berada di dalam permainan
Penyepak tidak boleh memainkan bola sekali lagi sehingga ianya menyentuh oleh pemain lain
Bola dikira dalam permainan apabila ianya disepak terus melepasi kawasan penalti
Pelanggaran dan Hukuman
Jika bola tidak disepak terus melepasi kawasan penalti: •
sepakan dibuat semula
Sepakan gol yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuhnya oleh pemain lain:
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
51
UNDANG-UNDANG 16 – SEPAKAN GOL (Sumbangan)
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain.
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat mana kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak itu.
Sepakan gol yang dibuat oleh penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol itu sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan
Percuma).
epakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol itu, sepakan dibuat di tempat kesalahan (rujuk Undang- undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini: •
sepakan dibuat semula
52
UNDANG-UNDANG 17 – SEPAKAN PENJURU
Sepakan penjuru adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Sepakan penjuru adalah diberi apabila keseluruhan bola, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara akhir sekali disentuh oleh pemain pertahanan dangol dijaringkan mengikut Undang-undang 10. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan.
Prosedur Bola mesti diletakkan di dalam lengkuk penjuru yang paling hampir dengan tempat di mana bola melintasi garisan gol. Tiang bendera penjuru tidak boleh dialihkan Pemain-pemain lawan mesti berada sekurang- kurangnya 9.15 m (10 ela) dari lengkok penjure sehingga bola berada di dalam permainan Bola mesti disepak oleh pemain pasukan menyerang. Bola berada di dalam permainan apabila ianya disepak dan bergerak Penyepak tidak boleh memainkan bola sekali lagi sehingga ianya telah meyentuh oleh pemain lain
53
UNDANG-UNDANG 17 – SEPAKAN PENJURU (Sambungan)
Pelanggaran dan Hukuman Sepakan penjuru yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuhpemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak itu
Sepakan penjuru yang dibuat oleh penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola sekali lagi kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
54
UNDANG-UNDANG 17 – SEPAKAN PENJURU (Sambungan) Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol itu dan sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol itu dan sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Bagi pelanggaran lain :
sepakan dibuat semula
55
PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN Jaringan gol di tempat lawan, masa tambahan dan membuat sepakan dari tanda penalti adalah tiga cara yang diluluskan untuk menentukan pasukan pemenang di mana peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berakhir dengan seri. Jaringan Gol Di Tempat Lawan
Peraturan pertandingan boleh membuat peruntukan di mana pasukan-pasukan bermain sesama sendiri di tempat sendiri dan di tempat lawan, dan jika bilangan jaringan adalah sama selepas perlawanan kedua, maka gol yang dijaringkan di padang pasukan lawan akan dikira berganda. Masa bahan
Peraturan pertandingan boleh membuat dua peruntukan lanjutan dua bahagian tempoh masa yang sama, tiap-tiap sebahagian tidak melebihi 15 minit untuk dimainkan. Syarat-syarat Undang-undang 8 hendaklah dipatuhi. Sepakan Dari Tanda Penalti Prosedur
Pengadil memilih gol untuk sepakan dibuat
Pengadil membuat lentingan syiling dan pasukan yang Ketua Pasukannya menang lentingan akan menentukan sama ada untuk membuat sepakan pertama atau sepakan kedua.
Pengadil membuat catatan berkaitan sepakan-sepakan yang dibuat.
Tertakluk kepada keadaan-keadaan yang diterangkan di bawah, kedua-dua pasukan akan membuat lima sepakan.
Sepakan dibuat berselang-ganti oleh pasukan-pasukan itu.
56
PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN (Sambungan)
jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, satu pasukan telah memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawannya walaupun jika kedua- duanya menyempurnakan bilangan lima sepakan itu, maka sepakan itu tidak perlu diteruskan.
Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, jaringan oleh kedua-dua pasukan itu adalah sama atau belum membuat sebarang jaringan, sepakan adalah diteruskan mengikut urutan yang sama sehingga salah satu pasukan memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawan setelah jumlah sepakan yang sama dibuat.
Penjaga gol yang cedera semasa sepakan dari tanda penalti dibuat dan tidak berupaya untuk meneruskan tugasnya sebagai penjaga gol boleh digantikan oleh pengganti yang dinamakan dengan syarat pasukannya belum membuat bilangan maksimum penggantian yang dibenarkan mengikut peraturan pertandingan.
Kecuali apa yang dinyatakan di atas, hanya pemain yang berada di dalam padang permainan pada tamat perlawanan, termasuk masa tambahan jika ada, dibenarkan membuat sepakan dari tanda penalti itu.
Tiap-tiap sepakan adalah dibuat oleh pemain berlainan dan semua pemain yang layak mestilah membuat sepakan sebelum mana-mana pemain dibenarkan membuat sepakan kedua.
Mana-mana pemain yang layak boleh bertukar tempat dengan penjaga gol pada bila-bila masa semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
Hanya pemain-pemain yang layak dan pegawai-pegawai perlawanan dibenarkan berada di atas padang permainan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
57
PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN (Sambungan)
Semua pemain mesti berada di dalam bulatan tengah
padang kecuali, pemain yang sedang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol.
Penjaga gol yang sepasukan dengan penyepak mesti berada di dalam padang permainan, di luar kawasan penalti di mana sepakan dibuat, atas garisan gol yang bertemu dengan garisan sempadan kawasan penalti.
Kecuali dinyatakan sebaliknya, Undang-undang Permainan yang berkenaan dan keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa adalah berkuatkuasa semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
Jika pada akhir sesuatu perlawanan dan sebelum sepakan dibuat dari tanda penalti satu pasukan mempunyai lebih bilangan pemain dari pasukan lawannya, mereka mesti mengurangkan bilangan pemainnya untuk menyamai pasukan lawan dan ketua pasukan mestil memberitahu Pengadil nama dan nombor pemain yang dikeluarkan.
Sebelum memulakan sepakan dari tanda penalti
Pengadil mesti memastikan kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pemain yang sama berada di dalam kawasan bulatan tengah dan mereka sajalah dikehendaki
membuat sepakan.
58
KAWASAN TEKNIKAL
Kawasan teknikalmengaitkan perlawanan-perlawanan yang dimainkan di stadium yang mempunyaikawasan khas untuk duduk oleh kakitangan teknikal dan pengganti-pengganti saperti yang disenaraikan di bawah, sementara saiz dan posisi Kawasan teknikal boleh berbeza di antara satu stadium dengan yang lain, Nota-nota berikut dikeluarkan untuk panduan am : • Kawasan teknikal menganjur keluar 1 meter (1 ela) dari tiap-tiap sisi tempat duduk khas dan menganjur ke hadapan sehingga 1 meter (1 ela) dari garisan tepi. Adalah digalakkan tanda-tanda dibuat bagi menentukan kawasan ini. • Bilangan orang yang dibenarkan berada di dalam kawasan teknikal dinyatakan di dalam peraturan pertandingan. • Mereka yang berada di dalam kawasan teknikal ini dikenal pasti sebelum permulaan perlawanan selaras dengan peraturan pertandingan. • Hanya seorang saja pada satu-satu masa dibenar menyampaikan arahan taktik dan dia mestilah kembali ke tempatnya selepas memberi arahan tersebut. Jurulatih dan pegawai-pegawai lain mestilah berada di dalam sempadan kawasan teknikal kecuali dalam keadaan tertentu seperti fisioterapi atau doktor memasuki padang permainan dengan kebenaran pengadil untuk menilai kecederaan pemain. • Jurulatih dan mereka yang berada di dalam kawasan teknikal mestilah berkelakuan penuh tanggungjawab.
59
PEGAWAI KEEMPAT DAN PENOLONG PENGADIL
SIMPANAN
• Pegawai Keempat boleh dilantik di bawah peraturan pertandingan dan menjalankan tugas jika salah seorang daripada tiga pegawai perlawanan tidak dapat meneruskan tugasnya, kecuali seorang penolong pengadil simpanan dilantik. Dia akan membantu Pengadil pada setiap masa. • Sebelum pertandingan dimulakan, penganjur akan menyatakan dengan jelasnya, jika Pengadil tidak dapat meneruskan tugasnya, sama ada Pegawai Keempat mengambil alih tugas sebagai Pengadil perlawanan atau sama ada Penolong Pengadil Kanan mengambil alih sebagai Pengadil dengan Pegawai Keempat menjadi Penolong Pengadil. • Pegawai Keempat membantu tugas-tugas pentadbiran sebelum, semasa dan selepas perlawanan seperti yang dikehendaki oleh Pengadil. • Dia bertanggungjawab menolong melaksanakan prosedur penggantian semasa perlawanan. • Dia mempunyai kuasa untuk memeriksa peralatan pemain gantian sebelum mereka masuk ke dalam padang permainan. Jika peralatan mereka tidak mematuhi kehendak Undang-undang Permainan, dia akan memberitahu Pengadil. • Dia menyelia pertukaran bola apabila perlu. Jika bola perlawanan perlu ditukarkan semasa perlawanan, dia menyediakan bola lain atas arahan Pengadil, dengan itu mengurangkan kelewatan kepada kadar minimum.
Dia mesti memberi petunjuk kepada Pengadil jika ada pemain yang tersalah diberi amaran kerana tersilap ndentiti, atau apabila pemain tidak diperintah keluar setelah kelihatan diberi kad kuning kedua, atau apabila kelakuan ganas berlaku di luar penglihatan Pengadil dan Penolong Pengadil. Walau bagaimanapun Pengadil masih berkuasa untuk membuat keputusan di atas semua maklumat yang berkaitan dengan permainan.
60
61
UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN Tanda-tanda Padang
Adalah tidak dibenarkan untuk menandakan padang permainan dengan garis terputus-putus atau digali. Jika pemain membuat tanda-tanda tidak dibenarkan di padang permainan dengan kakinya, dia mesti diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan. Jika pengadil melihat perbuatan ini semasa perlawanan, dia mesti beri amaran kepada pemain itu kerana kelakuan tidak bersemangat sukan sebaik saja bola di luar permainan. Hanya garis-garis yang ditetapkan dalam Undang-undang 1 ditandakan di padang permainan. Dimana permukaan padang tiruan digunakan, garisan-garisan lain adalah dibenarkan asalkan warna adalah berlainan dan boleh dibezakan dengan jelas dari garisan yang digunakan untuk bola sepak.
Tiang dan Palang Gol Jika palang gol tercabut atau patah, permainan diberhentikan sehingga ia dibaiki atau digantikan. Jika palang gol tidak dapat dibaiki, perlawanan mesti ditamatkan. Pengunaan tali bagi menggantikan palang gol adalah tidak dibenarkan. Jika palang gol boleh dibaiki, perlawanan dimulakan semula dengan satu jatuhan di mana bola berada ketika permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil membuat lantunan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat berdekatan dengan bola semasapermainan dihentikan. Pengiklanan
Iklan komersil hendaklah sekurang-kurangnya 1 m (1 ela) dari garis sempadan padang permainan. Tiada sebarang iklan komersil sama ada jelas atau maya, dibenarkan di atas padang padang permainan, di dalam kawasan yang diliputi jaring gol atau di kawasan teknikal atau dalam
62
UNDANG-UNDANG 1 - PADANG PERMAINAN (Sambung)
lingkungan 1 m (1 ela) dari garis tepi dari masa pasukan-pasukan mula masuk ke padang permainan sehingga mereka keluar darinya, semasa masa rehat dan dari masa pasukan-pasukan masuk semula sehingga tamat perlawanan. Bagitu juga iklan tidak dibenarkan pada gol, jaring, tiang bendera atau benderanya dan sebarang peralatan tambahan (kamera, mikrofon dan sebagainya) boleh dibenar dipasangkan pada peralatan-peralatan ini.
Logo dan Lambang Penghasilan semula logo wakil atau lambang FIFA, konfederasi, ahli-ahli persatuan bergabung, liga , kelab atau badan-badan lain sama ada jelas atau maya tidak dibenarkan di padang permainan, jaring-jaring gol dan kawasan lingkungannya, tiang gol, tiang bendera dan benderanya semasa waktu permainan.
63
UNDANG-UNDANG 2 – BOLA Bola Tambahan
Bola-bola tambahan boleh diletakkan di sekeliling padang permainan untuk kegunaan semasa perlawanan dengan syarat bola-bola itu telah memenuhi keperluan Undang-undang 2 dan penggunaannya adalah di bawah kawalan pengadil.
Bola Tambahan di dalam Padang Permainan Jika satu bola tambahan masuk ke padang permainan semasa perlawnan, pengadil mesti berhentikan permainan hanya jika ia mengganggu permainan. Permainan mesti dimulakan semula dengan satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil
membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat berdekatan berdekatan dengan bola semasa permainan diberhentikan. Jika satu bola tambahan masuk ke padang permainan semasa perlawanan tanpa mengganggu permainan, pengadil mesti mengeluarkannya seberapa cepat yang boleh.
64
UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN
Prosedur Penggantian
Penggantian dibuat hanya semasa pemberhentian permainan
Penolong pengadil memberi isyarat ada permintaan untuk penggantian
Pemain yang akan digantikan menerima kebenaran pengadil untuk
keluar, kecuali dia telah pun berada di luar padang permainan untuk sebab-sebab yang mematuhi Undang-undang Permainan
Pengadil memberi kebenaran kepada pengganti untuk masuk ke padang permainan
Sebelum masuk ke padang permainan, pengganti menunggu sehingga pemain yang digantikan itu keluar padang permainan.
Pemain yang digantikan tidak semestinya keluar melalui garis tengah
Kebenaran untuk penggantian boleh dinafikan di bawah keadaan-keadaan tertentu, contohnya, jika pengganti belum bersedia untuk masuk ke padang permainan.
Pengganti yang belum melengkapkan prosedur penggantian dengan memijak masuk ke dalam padang permainan tidak boleh memulakan semula permainan dengan membuat lontaran ke dalam atau sepakan penjuru
Jika pemain yang akan digantikan itu enggan keluar dari
padang permainan, permainan diteruskan
Jika penggantian dibuat semasa rehat waktu separuh masa
atau sebelum masa tambahan, prosedur itu hendaklah
penuhi sebelum sepak mula separuh masa kedua atau masa
tambahan.
65
UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN (Sambungan)
Orang luar di dalam padang permainan Anasir luar
Sesiapa yang tidak dinamakan di dalam senarai sebagai pemain, pengganti atau pegawai pasukan adalah dianggap anasir luar sama seperti pemain yang telah diperintah keluar. Jika anasir luar masuk ke padang permainan:
Pengadil mesti berhentikan permainan (walaupun tidak dengan serta merta jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan)
Pengadil hendaklah mengeluarkannya dari padang permainan dan kawasan sekitarnya.
Jika pengadil berhentikan permainan, dia hendaklah memulakan semula permainan dengan membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil membuat jatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat berdekatan dengan bola semasa permainan diberhentikan.
Pegawai-pegawai pasukan Juru latih dan lain-lain pegawai yang dinyatakan dalam senarai pasukan (kecuali pemain dan pemainan simpanan) dianggap sebagai pegawai pasukan. Jika pegawai pasukan masuk ke padang permainan:
Pengadil mesti memberhentikan permainan (walaupun tidak dengan serta-merta, jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau ada advantej boleh dilaksanakan)
Pengadil mesti mengeluarkannya dari padang permainan dan jika kelakuannya tidak bertanggungjawab, pengadil mesti mengeluarkannya dari padang permainan dan kawasan sekitarnya.
Jika pengadil berhentikan permainan, dia mesti memulakan semula permainan dengan membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil membuat jatuhkan bola di atas garisan
66
kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat berdekatan dengan bola semasa permainan diberhentikan.
Pemain di luar padang permainan
Jika pemain keluar padang permainan untuk membetulkan peralatan yang tidak dibenarkan, menerima rawatan kerana kecederaan atau mengalami pendarahan kerana peralatannya berdarah atau untuk sebarang sebab-sebab lain dengan kebenaran pengadil, pemain yang masuk semula padang permainan tanpa kebenaran pengadil mesti:
berhentikan permainan (walaupun tidak dengan serta merta jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau ada advantej boleh dilaksanakan)
beri amaran kepada pemain kerana masuk ke padang permainan tanpa kebenaran
arahkan pemain itu meninggalkan padang permainan jika perlu (contohnya melanggar Undang-undang 4)
Jika pengadil berhentikan permainan, ianya mesti dimulakan semula:
dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma) jika tidak ada pelanggaran lain
mengikut Undang-undang 12 jika pemain melanggar Undang-undang ini
Jika pemain tidak sengaja melintasi garis sempadan padang permainan, dia dianggap tidak melakukan
sebarang perlanggaran. Keluarnya dari padang permainan
boleh dikira sebagai sebahagian dari pergerakan permainan.
67
UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN (Sambungan) Pengganti atau pemain yang telah digantikan
Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk padang permainan tanpa kebenaran:
pengadil mesti berhentikan permainan (walaupun tidak dengan serta merta jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau ada advantej boleh dilaksanakan)
pengadil mesti member amaran kepadanya kerana kelakuan tidak bersemangat sukan
pemain mesti meninggalkan padang permainan
Jika pengadil berhentikan permainan ianya mesti dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Gol dijaringkan dengan ada seorang tambahan dalam padang permainan
Jika, setelah gol dijaringkan, pengadil menyedari, sebelum permainan dimainkan semula bahawa terdapat seorang tambahan dalam padang permainan semasa gol dijaringkan:
pengadil mesti membatalkan jaringan itu jika: - orang tambahan itu adalah anasir luar dan telah mengganggu permainan.
- orang tambahan itu adalah pemain, pengganti, pemain yang telah digantikan atau pegawai pasukan yang terlibat dengan pasukan yang menjaringkan gol itu.
pengadil mesti membenarkan jaringan itu jika: - orang tambahan itu adalah anasir luar dan tidak mengganggu permainan. - orang tambahan itu adalah pemain, pengganti, pemain yang telah digantikan atau pegawai pasukan yang terlibat dengan pasukan yang menerima jaringan itu.
68
UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN (Sambungan)
Bilangan minimum pemain
Jika peraturan pertandingan menyatakan bahawa semua pemain dan pengganti mesti dinamakan sebelum sepak mula dan satu pasukan memulakan permainan dengan kurang dari 11 pemain, hanya pemain yang dinamakan dalam senarai mula boleh melengkapkan 11 pemain itu apabila mereka tiba. Walaupun permainan tidak boleh dimulakan jika mana-mana
pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain, bilangan minimum dalam sesuatu pasukan yang diperlukan untuk diteruskan adalah tertakluk kepada persatuan gabungan.
Walau bagaimanapun, adalah pendapat Lembaga Antarabangsa Persatuan Bolasepak bahawa perlawanan tidak boleh diteruskan jika mana-mana pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain. Jika sesuatu pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain kerana satu atau lebih pemain sengaja keluar dari padang permainan, pengadil tidak perlu berhentikan permainan dan advantej boleh dilaksanakan. Dalam kes sedemikian, pengadil mesti tidak membenarkan permainan diteruskan setelah bola berada di luar permainan jika sesuatu pasukan tidak mempunyai bilangan minimum tujuh pemain.
69
UNDANG-UNDANG 4 – PERALATAN PEMAIN Peralatan asas
Warna:
Jika jersi kedua-dua penjaga gol sama warna dan kedua-duanya tidak ada jersi lain untuk ditukar, pengadil hendaklah membenarkan permainan dimulakan.
Jika alas kaki seorang pemain tercabut tanpa sengaja dan dia kemudiannya memainkan bola dan/atau membuat jaringan, tidak ada pelanggaran berlaku dan jaringan itu dibenarkan kerana dia kehilangan alas kakinya dengan tidak sengaja. Penjaga gol boleh memakai seluar track sebagai sebahagian peralatan asasnya. Peralatan lain
Pemain boleh menggunakan peralatan selain daripada peralatan asas dengan syarat tujuannya adalah untuk melindunginya secara fizikal dan tidak mendatangkan bahaya kepada dirinya atau orang lain. Semua pakaian atau peralatan selain daripada peralatan asas mesti diperiksa oleh pengadil dan ditentukan tidak merbahaya. Peralatan perlindungan moden seperti alas kepala, topeng dan pelindung lutut dan siku diperbuat daripada bahan lembut dan pelapek ringan yang tidak dikira bahaya dan dengan itu adalah dibenarkan. Mengambil kira teknologi baru bahawa kacamata sukan telah diperbuat dengan lebih selamat, sama ada kepada pemakai atau pemain lain, pengadil hendaklah menunjukkan kebijaksanaan dalam membenarkan kegunaanya, terutama bagi pemain-pemain muda. Jika pakaian atau peralatan yang telah diperiksa pada permulaan permainan dan ditentukan tidak berbahaya menjadi bahaya atau digunakan secara berbahaya semasa permainan, kegunaannya mesti tidak dibenarkan seterusnya. Kegunaan sistem perhubungan radio di antara pemain dan/atau kakitangan teknikal adalah tidak dibenarkan.
70
UNDANG-UNDANG 4 – PERALATAN PEMAIN (Sambungan) Barang Kemas
Semua barang kemas (rantai, cincin, gelang, subang, gelang kulit atau getah dan sebagainya) adalah sekeras-kerasnya dilarang dan mesti ditanggalkan. Menggunakan pita untuk menutup barang kemas tidak boleh diterima. Pengadil juga dilarang memakai barang kemas (kecuali jam atau alatan serupa untuk mencatat masa perlawanan). Tindakan Disiplin
Pemain-pemain adalah diperiksa sebelum permainan dimulakan dan pengganti-pengganti sebelum mereka masuk ke padang permainan. Jika pemain didapati memakai barang kemas atau pakaian yang tidak dibenarkan semasa permainan, pengadil mesti:
beritahu pemain itu bahawa peralatan tersebut mesti ditanggalkan.
arahkan pemain itu meninggalkan padang sebaik saja pemberhentian permainan jika dia tidak dapat atau enggan mematuhinya.
beri amaran, jika dia sengaja enggan mematuhi atau setelah diberitahu untuk menanggalkan peralatan tersebut, didapati memakainya semula.
Jika permainan telah diberhentikan untuk memberi amaran kepada pemain, satu sepakan percuma tidak terus mesti diberi kepada pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
71
UNDANG-UNDANG 5 - PENGADIL
Kuasa dan Tugas Pengadil mempunyai kuasa untuk memberhentikan permainan jika, pada pendapatnya lampulimpah tidak mencukupi. Jika suatu objek dibalingkan leh penonton terkena pengadil, penolong pengadil, pemain atau pegawai pasukan, pengadil boleh meneruskan permainan, menangguh atau menamatkan permainan mengikut keadaannya. Dia mesti dalam semua keadaan melaporkan insiden itu kepada pihak yang berkuasa. Pengadil mempunyai kuasa untuk menunjukkan kad kuning atau merah semasa waktu rehat separuh masa dan selepas perlawanan termasuk masa tambahan dan sepakan dari tanda penalti, di mana perlawanan masih di bawah budi bicaranya ketika ini. Jika pengadil tidak berupaya sementara atas apa jua sebab, permainan boleh diteruskan di bawah seliaan penolong pengadil sehingga bola di luar permainan. Jika penonton meniup wisel dan pengadil menggangap bahawa wisel tersebut telah mengganggu permainan (contohnya, pemain mengangkat bola di tangannya, dengan menyangkakan permainan telah diberhentikan), pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan jatuhan bola di tempat bola berada, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan. Jika terdapat tambahan bola, objek lain atau binatang memasuki padang permainan semasa perlawanan, pengadil mesti memberhentikan pelawanan hanya jika keadaan itu mengganggu permainan. Permainan mesti dimulakan semula dengan jatuhan bola dari kedudukan bola berada semasa pemainan dihentikan kecuali jika permainan diberhentikan dalam kawasan gol. Dalam kes ini, pengadil menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan. Jika terdapat tambahan bola, objek lain atau binatang memasuki padang permainan semasa perlawanan tetapi tidak mengganggu perlawanan pengadil mesti mengeluarkan gangguan tersebut sesegera yang mungkin dari padang permainan.
72
Adbantej
Pengadil boleh memainkan advantej apabila sesuatu pelanggaran atau kesalahan berlaku. Pengadil hendaklah mengambil kira keadaan-keadaan berikut dalam memutuskan sama ada untuk melaksanakan advantej atau berhentikan permainan:
tahap kekasaran kesalahan: jika kesalahan yang memerlukan perintah keluar, pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan perintah keluar pemain tersebut kecuali terdapat peluang menjaringkan gol berikutnya
kedudukan kesalahan berlaku berhampiran dengan gol pasukan lawan, ia adalah lebih berkesan
peluang segera suatu serangan ke arah gol pasukan lawan
keadaan lawanan Keputusan untuk menghukum kesalahan asal mestilah dibuat dalam beberapa saat. Jika kesalahan mendapati kad kuning perlu diberi, ianya hendaklah diberikan pada pemberhentian berikutnya. Walau bagaimanapun, kecuali advantej itu adalah jelas jelas, adalah disyorkan agar pengadil berhentikan permainan dengan segera untuk memberi amaran kepada pemain tersebut. Jika amaran TIDAK diberikan pada pemberhentian berikutnya, ia tidak boleh diberikan selepas itu.
73
UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL (Sambungan) Pemain-pemain cedera
Pengadil mesti mematuhi prosedur berikut ketika mengendalikan pemain-pemain yang cedera:
permainan diteruskan sehingga bola di luar permainan jika pemain, pada pendapat pengadil hanya cedera ringan.
permainan diberhentikan, jika pada pendapat pengadil pemain cedera parah.
setelah bertanyakan pemain yang cedera, pengadil membenarkan seorang atau dua doktor untuk masuk ke padang permainan untuk menilai kecederaan dan menguruskan pemain tu dikeluarkan secepat mugkin dari padang permainan.
pembawa ‗stretcher‘ hendaklah masuk ke padang
permainan pada masa yang sama dengan doktor agar pemain dapat dibawa keluar secepat mungkin.
pengadil hendaklah memastikan pemain yang cedera dikeluarkan dengan selamat dari padang permainan
pemain tidak dibenarkan dirawat di dalam padang permainan
mana-mana pemain yang mengalami luka mesti keluar dari padang permainan. Dia tidak boleh masuk semula sehingga pengadil berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti. Pemain tidak dibenarkan memakai pakaian yang berdarah.
sebaik saja pengadil membenarkan doktor masuk ke padang permainan, pemain itu mesti keluar dari padang permainan, sama ada di atas ‗stretcher‘ atau berjalan. Jika pemain itu tidak mematuhinya, dia mesti diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.
pemain yang tercedera hanya boleh masuk semula ke padang permainan setelah permainan dimulakan semula.
semasa bola dalam permainan, pemain yang cedera mesti masuk semula ke padang permainan melalui garisan tepi semasa bola di luar permainan, pemain
74
UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL (Sambungan)
yang tercedera boleh masuk semula dari mana-mana garis sempadan.
sama ada bola di dalam atau di luar permainan, hanya pengadil saja berkuasa untuk membenarkan pemain yang cedera untuk masuk semula ke padang permainan.
pengadil boleh memberi kebenaran kepada pemain yang cedera itu untuk masuk semula jika penolong pengadil atau pegawai keempat mengesahkan bahawa pemain itu telah bersedia
jika, sebaliknya permainan tidak diberhentikan untuk sebarang perkara lain, atau jika kecederaan dialami pemain kerana bukan disebabkan oleh sesuatu pelanggaran undang-undang permainan, pengadil mesti memulakan semula permainan dengan membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat berdekatan bola berada semasa permainan diberhentikan.
pengadil mesti membenarkan masa sebenar yang terbuang kerana kecederaan dimainkan sepenuhnya pada setiap akhir tempoh permainan.
apabila pengadil memutuskan untuk memberi kad kepada pemain yang cedera dan yang perlu dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan, pengadil mesti tunjukkan kad tersebut sebelum pemain itu keluar dari padang permainan
Pengecualian kepada peraturan ini hanya dilaksanakan apabila:
penjaga gol yang cedera
penjaga gol dan pemain lain bertembung dan memerlukan perhatian dengan segera
kecederaan yang parah, seperti tertelan lidah, hentakan kepala, patah kaki
Lebih dari satu kesalahan berlaku pada masa yang sama :
75
UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL (Sambungan)
Kesalahan dilakukan oleh dua pemain dari pasukan yang sama: - pengadil mesti menghukum kesalahan yang lebih berat apabila pemain melakukan lebih dari satu
kesalahan pada masa yang sama. - permainan mesti dimulakan semula mengikut kesalahan yang lebih berat dilakukan
Kesalahan dilakukan oleh pemain-pemaind dari pasukan berlainan: - pengadil mesti berhentikan permainan dan mulakan semula dengan satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil membuat ja tuhan bo la d i a tas gar isan kawasan gol yang selari engan garisan gol di tempat berdekatan bola berada semasa permainan diberhentikan.
76
UNDANG-UNDANG 5 – PENGADIL (Sambungan) Posisi ketika bola di dalam permainan
Syor-syor
Permainan hendaklah berada antara pengadil dan penolong pengadil yang berkenaan
Penolong pengadil berkenaan hendaklah berada dalam penglihatan pengadil. Pengadil hendaklah menggunakan sistem diagonal yang lebar
Berada di luar kawasan permainan membolehkan engpolehkan pengadil mengawasi permainan engan baik dan mudah melihat penolong pengadil berkenaan.
Pengadil perlu berada hampir untuk melihat pemain tanpa mengganggu pergerakannya
―Apa yang perlu dilihat‖ tidak semestinya berada berhampiran bola
Pengadil hendaklah juga memberi perhatian kepada:
- pemain yang agresif membuat perebutan tanpa bola - kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku di tempat arah tuju bola - kesalahan-kesalahan yang berlaku setelah bola digerakkan darinya
Posisi dalam situasi bola di luar permainan
Posisi yang terbaik adalah dari mana pengadil boleh membuat keputusan dengan tepat. Semua syor tentang posisi adalah berdasarkan kemungkinan-kemungkinan dan mesti diubahsuai dengan mengambil kira maklumat khusus tentang pasukan, pemain-pemain dan kejadian-kejadian di dalam perlawanan pada ketika itu. Posisi yang dicadangkan dalam grafik berikut adalah asas dan syor kepada pengadil. Rujukan kepada ―zon‖ bertujuan untuk menekankan bahawa setiap posisi yang disyorkan itu Adalah sebenarnya adalah kawasan di mana besar kemungkinan boleh bertindak dengan berkesan secara optimum. Zon boleh jadi lebih besar, kecil atau bentuk yang berbeza bergantung kepada keadaan pada masa itu.
77
GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL-PENGADIL 1. Posisi ketika sepak mula
2. Posisi ketika sepakan gol
78
3. Posisi untuk sepakan penjuru (1)
4. Posisi untuk sepakan penjuru (2)
79
5. Posisi untuk sepakan percuma (1)
6. Posisi untuk sepakan percuma (2)
80
7. Posisi untuk sepakan percuma (3)
8. Posisi untuk sepakan percuma (4)
81
9. Posisi untuk sepakan penalti
82
Sepakan Percuma
Terus Advantej
Sepakan
Percuma Tidak
Terus
Kad Kuning Kad Merah
83
Penggunaan Wisel
Wisel adalah diperlukan untuk:
sepak mula (separuh masa pertama, kedua), selepas jaringan gol
berhentikan permainan : - untuk sepakan percuma atau sepakan penalti
- jika permainan ditangguh atau dibatalkan
- apabila tempoh masa permainan tamat kerana
habis masa
memulakan semula permainan ketika: - - sepakan percuma apabila mengarahkan benteng ke jarak yang sepatutnya - sepakan nalti
memulakan semula permainan setelah diberhentikan kerana: - memberi kad kuning atau merah untuk kelakuan
tidak bersopan - kecederaan - penggantian
Wisel TIDAK diperlukan untuk: •
berhentikan permainan kerana:
- sepakan gol, sepakan penjuru atau lontaran ke dalam
- jaringan gol
memulakan semula permainan dari: - sepakan percuma, sepakan gol, sepakan penjuru atau lontaran ke dalam
Wisel yang terlalu kerap digunakan tanpa diperlui akan kurang menjadi berkesan apabila keadaan memerlukannya. Apabila wisel budi bicara diperlukan untuk memulakan permainan, pengadil hendaklah memberitahu dengan jelas kepada pemain-pemain bahawa permulaan semula tidak akan berlaku sehingga selepas isyarat itu
84
Isyarat badan (Body Language) Isyarat badan adalah satu cara yang pengadil boleh guna untuk:
membantunya mengawal perlawanan menunjukkan kewibawaan dan kawalan diri
menunjukkan kewibawaan dan kawalan diri Bahasa badan bukan: •
satu penjelasan kepada keputusan
85
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
Tugas dan tanggungjawab
Penolong-penolong pengadil membantu pengadil untuk mengawal
permainan mengikut Undang-undang Permainan. Mereka juga
membantu pengadil dalam semua perkara berkaitan dengan
pelaksanaan perlawanan atas permintaan dan arahan pengadil.
Perkara-perkara yang lazim termasuklah:
memeriksa padang permainan, bola yang digunakan dan
peralatan pemain
menentukan masalah berkaitan kelengkapan atau
pendarahan telah diatasi
memantau prosedur penggantian
menyimpan catatan berkaitan masa, jaringan gol dan
kelakuan tidak bersopan
Posisi dan kerjasama sepasukan
1. Sepak mula
Penolong pengadil mesti berada selari dengan pemain pertahanan
kedua terakhir.
AR
AR
86
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
(Sambungan)
2. Posisi Am semasa perlawanan
Penolong pengadil mesti berada selari dengan pemain pertahanan kedua terakhir atau bola jika ia lebih hampir dengan garisan gol dari pemain pertahanan kedua terakhir itu. Penolong pengadil mesti sentiasa menghadap padang permainan.
87
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
(Sambungan)
3. Sepakan Gol
a. Penolong pengadil mesti memastikan dahulu bola berada di dalam kawasan gol - jika bola tidak di tempatkan dengan betul, Penolong pengadil mesti tidak bergerak dari posisinya,berhubung mata dengan pengadil dan angkat bendera
b. Setelah bola berada di kedudukan yang betul di dalam kawasan gol, penolong pengadil mesti bergerak ke bahagian atas kawasan penalti untuk memasikan bola keluar dari kawasan penalti (bola di dalam permainan) dan pemain penyerang di luar kawasannya:
- jika pemain pertahanan kedua terakhir yang membuat sepakan gol, penolong pengadil mesti bergerak ke bahagian atas kawasan penalty -
c. Akhirnya, penolong pengadil mesti berada di posisi untuk Melihat garisan ofsaid, yang menjadi keutamaannya
88
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
(Sambungan)
4. Penjaga gol melepaskan bola
Penolong pengadil mesti berada di posisi selari dengan bahagian atas kawasan penalti untuk memastikan penjaga gol tidak memegang bola dengan tangannya di luar kawasan penalti. Setelah penjaga gol melepaskan bola, penolong pengadil mesti berada di posisi untuk melihat garisan ofsaid yang menjadi keutamaannya.
89
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
(Sambungan)
5. Sepakan penalti
Penolong pengadil mesti berada di tempat di mana garisan gol bertemu garisan kawsan penalti. Jika penjaga gol dengan sengaja bergerak dari garisan gol sebelum bola disepak dan gol tidak dijaringkan, penolong pengadil mesti mengangkat benderanya.
90
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
(Sambungan) 6. Sepakan dari tanda penalti
Seorang penolong pengadil mesti berada di mana garisan gol bertemu
garisan kawasan gol. Tugas utamanya ialah untuk memastikan bola
melintasi garisan:
apabila jelas bahawa bola telah melintasi garisan gol,
penolong pengadil mesti melihat ke arah pengadil tanpa
sebarang isyarat tambahan
apabila gol telah dijaringkan tetapi ianya tidak jelas sama
ada bola telah melintasi garisan, penolong pengadil mesti
angkat benderanya dahulu untuk menarik perhatian
pengadil dan kemudiannya mengesahkan jaringan itu.
Seorang lagi penolong pengadil mesti berada di bulatan tengah untuk
mengawal pemain-pemain lain dari kedua-dua pasukan.
91
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
(Sambungan)
7. Situasi gol atau tidak gol
Apabila gol telah dijaringkan dan tiada keraguan terhadap
keputusan itu, pengadil dan penolong pengadil mesti berhubung mata dan penolong pengadil mesti berlari dengan segera 25 – 30 meter di garisan tepi ke arah garisan tengah tanpa mengangkat benderanya.
92
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
(Sambungan) Ketika suatu jaringan gol dihasilkan tetapi bola kelihatan masih dalam permainan, penolong pengadil mesti mengangkat benderanya dahulu untuk menarik perhatian pengadil dan kemudiannya meneruskan prosedur jaringan gol biasa dengan berlari segera 25-30 meter di garisan tepi ke arah garisan tengah.
Dalam keadaan apabila keseluruhan bola tidak melintasi garisan gol keseluruhannya dan permainan diteruskan seperti biasa kerana tiada gol dijaringkan, pengadil hendaklah membuat hubungan mata dengan penolong pengadil dan jika perlu berikan isyarat tangan yang tidak ketara.
93
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
(Sambungan)
8. Sepakan penjuru Kedudukan penolong pengadil untuk sepakan penjuru adalah di belakang bendera penjuru selari dengan garisan gol. Pada posisi ini dia mesti tidak mengganggu pemain yang membuat sepakan penjuru. Dia mesti memastikan bola diletak dengan betul di dalam lenguk penjuru.
94
UNDANG-UNDANG 6 – PENOLONG PENGADIL
(Sambungan)
9. Sepakan Percuma
Kedudukan penolong pengadil untuk sepakan percuma mesti selari dengan pemain pertahanana kedua terakhir supaya dapat memastikan garisan ofsaid yang menjadi keutamaannya. Walau bagaimanapun, dia mesti bersedia untuk mengikut bola dengan bergerak di garisan tepi ke arah bendera penjuru jika bola ditendang terus ke gol.
95
Geraklaku
Secara amnya, penolong pengadil mesti tidak memberi sebarang isyarat tangan yang ketara. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, isyarat tangan yang tidak ketara boleh memberi bantuan bernilai kepada pengadil. Isyarat tangan ini perlu ada makna yang jelas. Maknanya hendaklah telah dibincangkan dan dipersetujui dalam perbincangan pra- perlawanan. Teknik Larian
Secara amnya, penolong pengadil sepatutnya menghadap padang permainan semasa berlari. Pergerakan sisi ke sisi hendaklah digunakan bagi jarak yang dekat. Ini adalah penting terutama apabila membuat keputusan ofsaid dan memberi penolong pengadil penglihatan yang lebih baik. Isyarat „Beep‟
Pengadil adalah diingatkan bahawa sistem isyarat ‗beep‘ adalah isyarat tambahan yang digunakan hanya bila perlu untuk mendapatkan perhatian pengadil. Situasi apabila isyarat ‗beep‘ berguna termasuklah:
ofsaid
kesalahan (di luar penglihatan pengadil)
lontaran ke dalam, sepakan penjuru atau sepakan gol (keputusan kritikal)
situasi jaringan (keputusan kritikal)
96
97
98
ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL Teknik Bendera dan Kerjasama Sepasukan
Bendera penolong pengadil mesti sentiasa dapat dilihat oleh pengadil, tidak bergulung dan kekal terbuka semasa berlari. Ketika memberi isyarat, penolong pengadil mesti berhenti berlari menghadap ke padang permainan, membuat ‗eye contact‘ dengan pengadil dan mengangkat bendera dengan pergerakan yang kemas (tidak gopoh atau berlebih-lebihan). Bendera adalah sepatutnya saperti sambungan kepada tangan.
Penolong pengadil mesti mengangkat bendera menggunakan tangan yang juga akan digunakan untuk memberi isyarat selepas itu.. Jika keadaan bertukar dan tangan sebelah lagi mesti digunakan untuk memberi isyarat berikutnya, penolong pengadil hendaklah menukarkan bendera ke tangan itu di bawah paras pinggang. Apabila penolong pengadil memberi isyarat bahawa bola di luar permainan, dia hendaklah terus memberikan isyarat sehingga diakui oleh pengadil. Apabila penolong pengadil memberi isyarat kerana kelakuan ganas dan itu isyarat tidak dilihat dengan segera:
jika permainan telah diberhentikan untuk diambil tindakan disiplin, permulaan semula mesti mengikut Undang-undang (sepakan percuma, sepakan penalti dan sebagainya)
jika permainan telah dimulakan semula, pengadil masih boleh mengambil tindakan disiplin tetapi tidak menghukum kesalahan itu dengan sepakan percuma atau sepakan penalti.
Lontaran ke dalam
Apabila bola melintasi garisan tepi hampir dengan posisi penolong pengadil, dia mesti memberikan isyarat terus menunjukkan arah lontaran ke dalam.
99
ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL (Sambungan)
Apabila bola melintasi garisan tepi jauh dari posisi penolong pengadil dan keputusannya adalah jelas lontaran ke dalam, penolong pengadil mesti juga terus memberi isyarat menunjukkan arah lontaran ke dalam itu. Apabila bola melintasi garisan tepi jauh dari posisi penolong pengadil tetapi bola seolah-olah masih dalam permainan atau jika penolong pengadil berasa ragu, dia mesti mengangkat bendera untuk memberitahu Pengadil bahawa bola telah keluar permainan. Berhubungan mata dengan pengadil dan ikut isyarat pengadil. Sepakan Penjuru / Sepakan Gol
Apabila bola melintasi garisan gol hampir dengan posisi penolong pengadil, dia mesti terus memberi isyarat dengan tangan kanannya (penglihatan yang lebih jelas) untuk menunjukkan sama ada ianya sepakan gol atau sepakan penjuru. Apabila bola melintasi garisan gol hampir dengan posisi penolong pengadil tetapi bola seolah-olah masih dalam permainan, penolong pengadil mesti mengangkat bendera untuk memberi tahu Pengadil bahawa bola berada di luar permainan, kemudian menunjukkan sama ada ianya sepakan gol atau sepakan penjuru. Apabila bola melintasi garisan gol jauh dari posisi penolong pengadil, penolong pengadil mesti mengangkat bendera untuk memberitahu pegadil bahawa bola berada di luar permainan, berhubung mata dan ikut keputusan pengadil. Penolong pengadil boleh juga terus memberikan isyarat jika keputusannya adalah jelas. Ofsaid
Tindakan pertama penolong pengadil selepas suatu keputusan ofsaid ialah mengangkat benderanya. Dia kemudian menggunakan benderanya untuk menunjukkan kawasan padang tempat kesalahan berlaku.
Jika bendera itu tidak segera dilihat oleh pengadil, penolong pengadil mesti mengekalkan isyarat itu sehingga ia diakui atau bola jelas dikawal oleh pasukan pertahanan. Bendera mesti diangkat dengan tangan kanan, memberi penglihatan lebih jelas kepada penolong pengadil.
100
ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL (Sambungan)
Penggantian
Apabila mengendalikan penggantian, penolong pengadil mesti terlebih dahulu dimaklumkan oleh pegawai keempat. Penolong pengadil mesti memberi isyarat pada perberhentian perlawanan yang berikutnya. Penolong pengadil tidak perlu bergerak ke garisan tengah ketika pengawai keempat melaksanakan prosedur penggantian. Jika tiada pegawai keempat, penolong pengadil mesti membantu dalam prosedur penggantian. Dalam hal ini, pengadil mesti menunggu sehingga penolong pengadil berada di posisinya sebelum memulakan semula permainan. Kesalahan-kesalahan
Penolong pengadil mesti mengangkat benderanya apabila kesalahan atau kelakuan tidak bersopan berlaku berdekatan atau di luar penglihatan pengadil. Dalam semua situasi lain, dia mesti menunggu dan memberi pendapatnya jika diperlukan. Dalam keadaan demikian, penolong pengadil mesti melaporkan kepada Pengadil apa yang dia telah lihat dan dengar dan pemain-pemain mana yang terlibat. Sebelum memberikan isyarat untuk sesuatu kesalahan, penolong pengadil mesti menentukan bahawa:
kesalahan itu di luar penglihatan pengadil atau penglihatan Pengadil telah terhalang
pengadil tidak akan melaksanakan advantej jika dia melihat kesalahan itu
Apabila sesuatu kesalahan atau kesalahan tidak bersopan berlaku, penolong pengadil mesti:
mengangkat bendera dengan tangan sama yang
akan digunakan untuk isyarat berikutnya, ini memberi petunjuk yang jelas kepada pengadil kepada siapa kesalahan itu telah dilakukan.
berhubung mata dengan pengadil
menggerakkan sedikit bendera itu (elakkan pergerakan yang keterlaluan atau agresif)
gunakan isyarat ‗beep‘ elektronik, jika perlu
101
ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL (Sambungan) Penolong pengadil mesti menggunakan ‗teknik tunggu dan lihat‘ untuk membenarkan permainan diteruskan dan tidak mengangkat bendera ketika pasukan yang dikasari akan mendapatkan keuntungan darinya. Dalam hal ini, adalah penting untuk penolong pengadil membuat hubungan mata dengan pengadil. Kesalahan-kesalahan di luar kawasan penalti
Apabila sesuatu kesalahan berlaku di luar kawasan penalti (berhampiran dengan sempadan kawasan penalti), penolong pengadil membuat hubungan mata dengan pengadil untuk melihat di mana posisi pengadil dan apa tindakan yang diambilnya. Penolong pengadil mesti berdiri sebarisi dengan kawasan penalti dan mengangkat benderanya jika perlu. Dalam situasi serang balas, penolong pengadil hendaknya berkeupayaan memberi maklumat sama ada kesalahan ada dilakukan dan sama ada kesalahan telah dilakukan di dalam atau di luar kawasan penalti, yang menjadi keutamaan dalam kes begini dan apa tindakan disiplin yang mesti diambil. Kesalahan-kesalahan di dalam kawasan penalti
Apabila sesuatu kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti di luar penglihatan pengadil, terutama jika berhampiran posisi penolong pengadil, penolong pengadil mesti terlebih dahulu membuat hubungan mata dengan pengadil untuk melihat di mana posisi pengadil dan apa tindakan yang telah diambilnya. Jika penolong pengadil mesti mengangkat benderanya dan gunakan ‗beep‘ eletronik dan kemudian bergerak dengan jelas di garisan tepi menuju ke bendera penjuru.
102
ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL (Sambungan) Konfrontasi ramai
Dalam situasi konfrontasi yang ramai, penolong pengadil yang paling hampir boleh masuk ke padang permainan untuk membantu pengadil. Penolong pengadil yang lain mesti melihat dan mencatat butir-butir insiden itu. Rundingan
Apabila mengendalikan isu-isu disiplin, hubungan mata dan isyarat tangan asas yang tidak ketara dari penolong pengadil kepada pengadil mungkin memadai dalam sesetengah kes. Dalam keadaan apabila rundingan terus diperlukan, penolong pengadil boleh mara 2 – 3 meter ke dalam padang jika perlu. Apabila bercakap, kedua-dua pengadil dan penolong pengadil mesti menghadap padang permainan untuk mengelakkan dari didengari orang lain. Jarak benteng
Apabila sesuatu sepakan percuma diberi terlalu hampir dengan garisan tepi berdekatan posisi penolong pengadil, penolong pengadil boleh masuk ke padang permainan untuk membantu memastikan benteng diposisikan 9.15 m dari bola. Dalam hal ini, pengadil mesti menunggu sehingga penolong pengadil kembali ke posisinya sebelum memulakan semula permainan.
103
UNDANG-UNDANG 7 – JANGKAMASA PERMAINAN Peruntukan masa terbuang
Kebanyakan dari pemberhentian dalam permainan adalah perkara biasa (contohnya, lontaran ke dalam, sepakan gol). Peruntukan hanya diberi apabila kelewatan ini agak keterlaluan. Pegawai keempat mengisyaratkan tambahan masa minimum yang diputuskan oleh pengadil pada minit terakhir setiap tempoh bahagian masa permainan. Pengumuman tambahan masa itu tidak menunjukkan jumlah sebenar baki masa di dalam perlawanan itu. Masa boleh ditambah jika pengadil mendapat ianya sesuai tetapi tidak boleh dikurangkan. Pengadil mesti tidak boleh membetulkan kesilapan penjagaan masa pada bahagian separuh masa pertama dengan menambah atau mengurangkan tempoh masa permainan pada bahagian separuh masa kedua.
104
UNDANG-UNDANG 8 – PERMULAAN DAN
PERMULAAN SEMULA PERMAINAN
Jatuhan Bola
Mana-mana pemain boleh bertindak untuk merebut bola (termasuk
penjaga gol). Tiada bilangan pemain minimum atau maksimum yang
diperlukan untuk berebut sesuatu jatuhan bola. Pengadil tidak boleh
menentukan sesiapa yang boleh atau tidak boleh berebut sesuatu
jatuhan bola.
105
UNDANG-UNDANG 9 – BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN Bola di dalam padang permainan menyentuh orang lain selain dari pemain
Jika bola yang berada di dalam permainan menyentuh pengadil atau penolong pengadil yang berada sementara di dalam padang permainan, permainan diteruskan kerana pengadil dan penolong pengadil adalah sebahagian dari perlawanan.
106
UNDANG-UNDANG 10 – CARA MENENTUKAN
JARINGAN
Tidak Gol
Jika pengadil mengisyaratkan satu jaringan gol sebelum keseluruhan bola melintasi garisan gol dengan segera menyedari kesilapannya itu, permainan hendaklah dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan gol selari dengan garisan gol di tempat yang berhampiran dengan bola semasa permainan diberhentikan.
107
UNDANG-UNDANG 11 – OFSAID Definisi
Dalam makna Undang-undang 11 – Ofsaid, definisi berikut digunakan:
―lebih hampir ke garisan gol pihak lawan‘ bermaksud bahawa mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki pemain berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan dari kedua-dua bola dan pemain lawan kedua terakhir. Lengan tidak termasuk dalam definisi ini
―mengganggu permainan‖ bermaksud memain atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukan
―mengganggu pemain lawan‖ bermaksud menghalang pemain lawan dari memain atau berpeluang untuk memainkan bola dengan menghalang secara jelas penglihatan atau pergerakan pemain lawan atau menggunakan geraklaku atau gerakan yang pada pendapat pengadil menipu atau mengelirukan pemain lawan
―mendapatkan keuntungan dari kedudukannya‖ bermaksud memainkan bola yang melantun kepadanya dari tiang atau palang gol setelah berada di dalam posisi ofsaid atau memainkan bola yang melantun kepadanya dari pemain lawan setelah berada dalam kedudukan ofsaid
Pelanggarag-Pelanggaran
Apabila sesuatu kesalahan ofsaid berlaku, pengadil memberikan satu sepakan percuma tidak terus yang dibuat dari posisi pemain bersalah itu ketika bola akhir sekali dimainkan oleh rakannya. Jika seorang pemain pertahanan melangkah ke belakang garisan golnya untuk meletakkan pemain lawan dalam kedudukan ofsaid, pengadil mesti meneruskan permainan dan memberi amaran kepada pemain pertahanan itu kerana dengan sengaja keluar padang permainan tanpa kebenaran pengadil apabila bola berada di luar permainan berikutnya.
108
UNDANG-UNDANG 11 – OFSAID (Sambungan)
Adalah tidak menjadi satu kesalahan jika pemain yang berada dalam kedudukan ofsaid melangkah keluar padang permainan untuk menunjuk kepada pengadil bahawa dia tidak terlibat dalam permainan aktif. Bagaimanapun, jika pengadil berpendapat bahawa dia telah keluar dari padang permainan atas seab-sebab taktik dan telah memperolehi keuntungan yang tidak adil dengan masuk semula kepadang permainan, pemain ini mesti diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan. Pemain ini perlu meminta kebenaran pengadil untuk masuk semula ke padang permainan. Jika pemain menyerang berdiri tanpa bergerak antara tiang-tiang gol dan di dalam jaring gol semasa bola masuk ke dalam gol, jaringan itu mesti dibenarkan. Walau bagaimanapun, jika pemain menyerang itu mengelirukan pemain lawan, jaringan itu mesti dibatalkan, pemain itu diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan dan permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat kedudukan bola semasa permainan berhentikan, kecuali permainan telah diberhentikan di dalam kawasan gol. Dalam hal ini, pengadil membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan gol selari dengan garisan gol di tempat yang hampir dengan bola semasa permainan diberhentikan.
109
An attacker in an offside position (A), not interfering with an opponent, touches the ball. The assistant referee must raise the flag when the player touches the ball.
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A), tidak mengganggu pemain lawan, menyentuh bola. Penolong pengadil mesti mengangkat bendera apabila pemain itu
menyentuh bola.
An attacker in an offside position (A), not interfering with an opponent, does not touch the ball. The player cannot be penalised because he did not touch the ball.
Penyerang yang berada di kedudukan offside (A), tidak mengganggu pemain lawan, tidak menyentuh bola.. Pemain ini tidak boleh dihukum kerana dia tidak menyentuh bola.
110
An attacker in an offside position (A) runs towards the ball and a team-mate in an onside position (B) also runs towards the ball and plays it. (A) cannot be penalised because he did
not touch the ball. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) lari menuju ke bola dan rakan sepasukan yang berada di kedudukan tidak ofsaid juga lari menuju bola dan memainkannya. Pemain (A) tidak boleh dihukum kerana dia tidak menyentuh
bola.
A player in an offside position (A) may be penalised before
playing or touching the ball, if, in the opinion of the referee, no other team-mate in an onside position has the opportunity to play the ball. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) boleh
dihukum sebelum memain atau menyentuh bola jika, pada pendapat pengadil, tiada rakan sepasukan yang berada di kedudukan tidak ofsaid mempunyai peluang untuk memainkan bola.
111
An attacker in an offside position (1) runs towards the ball nd does not touch the ball. The assistant referee must ignal goal kick”.
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju ke bola dan tidak menyentuh bola. Penolong pengadil mesti memberi isyarat “sepakan gol”.
An attacker in an offside position (A) is obstructing the
goalkeeper‘s line of vision. He must be penalised because he prevents an opponent from playing or being able to play the ball. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A)
menghalang penglihatan penjaga gol. Dia mesti dihukum kerana menghalang pemain lawan dari memainkan bla atau berpeluang memainkan bola.
112
An attacker in an offside position (A) is not obstructing the
goalkeeper‘s line of vision or making a gesture or movement which deceives or distracts him. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) tidak
menghalang penglihatan penjaga gol atau melakukan sesuatu geraklaku atau pergerakan yang menipu atau mengelirukannya.
An attacker in an offside position (A) runs towards the ball
but he does not prevent the opponent from playing or being able to play the ball. (A) is not making any gesture or movement which deceives or distracts (B). Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) lari menuju
bola tetapi tidak menghalang pemain lawan memainkan bola atau berpeluang memainkan bola. (A) tidak sebarang geraklaku atau pergerakan yang menipu atau mengelirukan (B).
113
An attacker in an offside position (A) runs towards the ball
preventing the opponent (B) from playing or being able to play the ball. (A) is making a gesture or movement which deceives or distracts (B).
Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) lari menuju
ke bola menghalang pemain lawan (B) dari memainkan bola atau berpeluang memainkan bola. (A) melakukan geraklaku atau pergerakan yang menipu atau mengelirukan (B).
The shot by a team-mate (A) rebounds from the goalkeeper to (B) who is penalised for playing the ball having previously been in an offside position.
Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari penjaga gol kepada penyerang (B) yang dihukum kerana memainkan bola yang sebelum ini berada di kedudukan ofsaid.
114
The shot by a team-mate (A) rebounds from the goalkeeper. (B) is in an onside position and plays the ball. (C) in an offside position is not penalised because he did not gain an
advantage from being in that position because he did not touch the ball. Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari penjaga gol. (B) yang tidak berada di kedudukan ofsaid memainkan bola. (C) yang berkedudukan ofsaid tidak dihukum kerana dia tidak
mendapat keuntungan dengan berada di kedudukan ofsaid kerana tidak menyentuh bola.
The shot by a team-mate (A) rebounds off an opponent to attacker (B) who is penalised for playing the ball having previously been in an offside position.
Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari pemain lawan kepada penyerang (B) yang dihukum kerana memainkan bola yang sebelum itu berada di kedudukan ofsaid.
115
An attacker (C) is in an offside position, not interfering with
an opponent, when a team-mate (A) passes the ball to player (B1) in an onside position who runs towards the opponents‘ goal and passes the ball (B2) to team-mate (C). Attacker (C) cannot be penalised because when the ball was passed to him, he was in an onside position.
Penyerang (C) yang berada di kedudukan ofsaid, tidak
mengganggu pemain lawan apabila rakan sepasukan (A) menghantar bola kepada pemain (B1) yang berlari dari kedudukan tidak ofsaid menuju ke gol lawan dan menghantar bola itu pula kepada rakan sepasukan (C). Penyerang (C) tidak boleh dihukum kerana apabila bola dihantar kepadanya dia berada di kedudukan tidak ofsaid.
116
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN Keperluan asas untuk sesuatu kesalahan
Keadaan-keadaan berikut mesti ada untuk ditentukan sesuatu kesalahan sebagai salah:
ia dilakukan oleh pemain
ia berlaku di dalam padang permainan
ia berlaku apabila bola berada di dalam permainan Jika pengadil berhentikan permainan kerana kesalahan itu berlaku di luar padang permainan (apabila bola di dalam permainan), permainan mesti dimulakan semula dengan jatuhan bola di kedudukan bola berada apabila permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol. Dalam hal ini, pengadil membuat jatuhan bola di garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat berhampiran dengan tempat bola semasa permainan diberhentikan. Cuai, gegabah, menggunakan daya yang berlebihan
―Cuai‖ bermaksud bahawa pemain menunjukkan kurang tumpuan atau pertimbangan apabila membuat rebutan atau dia bertindak tanpa berhati-hati: .
Tiada tindakan disiplin diperlukan jika suatu kesalahan dianggap sebagai cuai.
―Gegabah‖ bermaksud bahawa pemain bertindak tanpa mengambil kira langsung bahaya atau implikasinya terhadap pemain lawan
Pemain yang bermain secara gegabah mesti diberi amaran.
―Menggunakan daya yang berlebihan‖ bermaksud bahawa pemain telah melampaui penggunaan daya yang diperlukan dan boleh mendatangkan bahaya untuk mencederakan pemain lawan.
Pemain yang menggunakan daya yang berlebihan mesti diperintah keluar.
117
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan) Merempuh pemain lawan
Tindakan merempuh adalah suatu perebutan ruang menggunakan sentuhan fizikal dalam jarak bola boleh dimainkan tanpa enggunakan lengan atau siku. Adalah menjadi satu kesalahan untuk merempuh pemain lawan:
secara cuai
secara gabah
dengan menggunakan daya yang berlebihan Memegang pemain lawan
Memegang pemain lawan termasuklah cara menghalangnya untuk bergerak melepasinya dengan menggunakan tangan, lengan atau badan. Pengadil adalah diingatkan untuk bertindak lebih awal dan tegas dengan kesalahan-kesalahan memegang terutamanya di dalam kawasan penalti semasa sepakan penjuru dan sepakan percuma. Untuk mengatasi situasi-situasi ini:
pengadil mesti menegur mana-mana pemain yang memegang pemain lawan sebelum bola berada dalam permainan
memberi amaran kepada pemain jika kesalahan memegang itu berterusan sebelum bola berada dalam permainan
beri sepakan percuma terus atau sepakan penalti dan amaran kepada peman itu jika kesalahan berlaku setelah bola berada dalam permainan
Jika pemain pertahanan mula memegang penyerang di luar kawasan penalti dan terus memegangnya di dalam kawasan penalti, pengadil mesti menghukumnya dengan sepakan penalti.
118
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan) Tindakan Disiplin
Amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan mesti diberi kepada pemain yang memegang pemain lawan untuk menghalangnya mendapatkan bola atau bergerak ke posisi yang lebih menguntungkan
Pemain mesti diperintah keluar jika dia menggagalkan satu peluang jelas menjaringkan gol dengan memegang pemain awan
Tiada tindakan disiplin seterusnya mesti diambil dalam situasi lain kerana memegang pemain lawan.
Memulakan semula permainan
Sepakan percuma terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma) atau sepakan penalti jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti. Memegang bola
Memegang bola melibatkan tindakan pemain yang sengaja membuat sentuhan pada bola dengan mengunakan tangan atau lengan. Pengadil mesti memberi pertimbangan perkara berikut:
pergerakan tangan ke arah bola (bukan bola ke arah tangan)
jarak di antara pemain lawan dengan bola (bola yang tidak dijangkakan)
kedudukan tangan tidak semestinya bermakna ada kesalahan
menyentuh bola dengan objek yang dipegangnya (pakaian, shinguard dll) dianggap sebagai kesalahan
memukul bola dengan objek yang dibaling (pakaian, shinguard dll.) dianggap sebagai suatu kesalahan
119
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan) Tindakan Disiplin
Terdapat keadaan-keadaaan di mana amaran kerana kesalahan tidak bersemangat sukan perlu diberi apabila pemain dengan sengaja memegang bola, contohnya apabila pemain:
dengan sengaja dan jelas memegang bola untuk menghalang pemain lawan memperolehinya.
cubaan untuk membuat jaringan dengan sengaja memegang bola
Bagaimanapun, pemain adalah diperintah keluar jika dia menghalang suatu jaringan yang jelas dengan memegang bola. Hukuman ini bukan kerana perbuatan pemain itu dengan sengaja memegang bola tetapi kerana gangguan yang tidak adil dan tidak boleh diterima yang menghalang suatu jaringan diperolehi. Permulaan semula permainan
Sepakan percuma terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma) atau sepakan penalti
Di luar kawasan penalti, penjaga gol mempunyai sekatan untuk memegang bola seperti pemain lain. Di dalam kawasan penalti sendiri penjaga gol tidak dipersalahkan kerana memegang bola yang dihukum dengan sepakan percuma atau kesalahan tidak sopan yang berkaitan kerana memegang bola. Walau bagaimanapun dia boleh dihukum kerana beberapa kesalahan memegang yang dihukum dengan sepakan percuma tidak terus. Kesalahan-kesalahan oleh Penjaga Gol
Penjaga gol tidak dibenarkan untuk mengawal bola dalam tangannya lebih dari enam saat. Penjaga gol dianggap mengawal bola:
semasa bola berada antara tangannya atau antara tangannya dengan mana-mana permukaan (contohnya, tanah, badannya) semasa memegang bola dengan tapak tangan terbuka
semasa bertindak melantunnya ke lantai atau melambungkannya ke udara
120
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan) Apabila penjaga gol telah mengawal bola di dalam tangannya, dia tidak boleh dirempuh oleh pemain lawan. Penjaga gol tidak dibenarkan untuk menyentuh bola dengan tangannya di dalam kawasan penaltinya dalam keadaan- keadaan berikut:
jika dia memegang bola sekali lagi melepaskan dari kawalannya dan belum disentuh oleh pemain lain
- penjaga gol dianggap telah mengawal bola dengan menyentuhnya dengan mana-mana tangan atau lengannya kecuali jika bola melantun darinya, contohnya , setelah dalam cubaan menyelamatkan golnya
- kawalan bola termasuk penjaga gol dengan sengaja menyentuh bola
jika dia menyentuh bola dengan tangan setelah ditendang dengan sengaja kepadanya oleh rakannya
jika dia menyentuh bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari suatu lontaran ke dalam oleh rakannya.
Permulaan semula permainan
Sepakan percuma tidak terus di tempat kesalahan (lihat Undang-undang 13 – kedudukan sepakan percuma)
Kesalahan-kesalahan terhadap Penjaga Gol
Adalah menjadi satu kesalahan bagi pemain menghalang penjaga gol melepaskan bola dari tangannya
Pemain mesti dihukum kerana bermain secara berbahaya jika dia menyepak atau cuba menyepak bola yang dipegang oleh penjaga gol dalam proses melepaskannya
Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyekat pergerakan penjaga gol dengan menghalangnya, contohnya semasa sepakan penjuru
Bermain secara berbahaya
Bermain secara berbahaya didefinisikan sebagai mana-mana tindakan semasa cuba memainkan bola, boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain (termasuk pemain itu sendiri).
121
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan) Ia dilakukan ketika pemain lawan berhampiran dan mengahalang pemain lawan memainkan bola kerana takutkan kecederaan. Suatu sepakan ‗gunting‘ atau ‗basikal‘ adalah dibenarkan jika, pada pendapat pengadil ia tidak berbahaya kepada pemain lawan. Bermain secara berbahaya tidak melibatkan sentuhan fizikal antara pemain. Jika terdapat sentuhan fizikal, tindakan itu menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan satu sepakan percuma terus atau sepakan penalti. Dalam hal sentuhan fizikal ini, pengadil hendaklah berhati-hati untuk mempertimbangkan kemungkinan besar bahawa kelakuan tidak bersopan telah dilakukan. Tindakan Disiplin
Jika pemain bermain dengan cara berbahaya dalam rebutan ‗biasa‘, pengadil hendaklah tidak mengambil tindakan disiplin. Jika tindakan itu dibuat dengan risiko jelas untuk mencederakan, pengadil hendaklah memberi amaran kepada pemain itu.
Jika pemain menggagalkan satu peluang jelas menjaringkan gol dengan bermain cara berbahaya, pengadil hendaklah perintah keluar pemain itu.
Permulaan semula permainan
Sepakan percuma tidak terus di tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepaka Percuma)
Jika ada sentuhan fizikal, satu kesalahan berlainan telah dilakukan yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus atau sepakan penalti. Menyekat pergerakan pemain lawan
Menyekat pergerakan pemain lawan bermaksud bergerak masuk ke laluan pemain lawan untuk menghalang, menghadang, memperlambatkan atau memaksa pemain lawan menukar arah semasa bola tidak berada dalam jarak permainan kepada kedua-dua pemain itu.
122
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan)
Semua pemain ada hak dikedudukannya di dalam padang permainan, dengan berada di laluan pemain lawan adalah tidak sama dengan bergerak masuk ke laluan pemain lawan. Menghadang bola adalah dibenarkan. Pemain yang meletakkan dirinya antara pemain lawan dengan bola atas sebab-sebab taktik tidak melakukan sesuatu kesalahan selagi bola berada dalam jarak permainan dan pemain itu tidak memegang pemain lawan menggunakan lengan atau badannya. Jika bola berada dalam jarak permainan, pemain itu boleh dirempuh dengan cara adil oleh pemain lawan. Melambat-lambatkan permulaan semula permainan untuk memberi kad
Apabila pengadil memutuskan untuk memberi kad, sama ada amaran atau perintah keluar, permainan mesti tidak boleh dimulakan semula sehingga tindakan disiplin telah ilaksanakan. Amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan
Terdapat keadaan-keadaan yang berbeza apabila pemain mesti diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan, contohnya, jika pemain:
melakukan secara gegabah salah satu dari tujuh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus
melakukan kesalahan untuk tujuan taktik bagi mengganggu atau mematahkan suatu serangan yang baik
memegang pemain lawan untuk tujuan taktik bagi menarik pemain lawan jauh dari bola atau menyekat
pasukan lawan untuk mendapatkan bola
memegang bola untuk menyekat pemain lawan memperolehi atau untuk mengaturkan serangan (selain daripada penjaga gol di dalam kawasan penaltinya).
memegang bola dalam cubaan untuk menjaringkan gol (tanpa mengambil kira cubaan itu berjaya atau tidak)
cubaan untuk menipu pengadil dengan lakonan mengalami kecederaan atau berpura-pura kesalahan ke atasnya (simulasi)
bertukar tempat dengan penjaga gol semasa bola dalam permainan tanpa kebenaran pengadil
bertindak dengan cara kurang menghormati permainan
123
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan)
memainkan bola ketika bergerak keluar setelah diberi kebenaran untuk keluar dari padang permainan menggunakan suara, mengganggu pemain lawan semasa permainan atau ketika permulaan semula
membuat tanda-tanda yang tidak dibenarkan di atas padang permainan
semasa menggunakan helah semasa bola dalam permainan untuk menghantar bola kepada penjaga golnya menggunakan kepala, dada atau sebagainya untuk mempersendakan undang-undang, tidak kira sama ada penjaga gol menyentuh bola dengan tangannya atau tidak. Kesalahan ini dilakukan oleh pemain dalam cubaannya untuk mempersendakan kedua-dua maksud dan semangat Undang-undang 12 dan permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus
sengaja menggunakan helah untuk menghantar bola kepada penjaga golnya untuk mempersendakan Undang-undang semasa membuat sepakan percuma (setelah pemain diberi amaran, sepakan percuma mesti dibuat semula)
Meraikan sesuatu jaringan
Walaupun dibenarkan pemain mempamerkan kegembiraannya apabila sesuatu gol telah di jaring, keraian ini mesti tidak boleh secara berlebih-lebihan. Keraian yang munasabah adalah dibenarkan, tetapi melakukan keraian koreograf adalah tidak digalakkan apabila ianya melibatkan pembuangan masa yang berlebihan dan pengadil diarahkan untuk menghalang hal sedemikian.
124
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan) Pemain mesti diberi amaran jika:
pada pendapat pengadil, dia membuat geraklaku yang mengapi-apikan, menyinggung atau menimbulkan kemarahan
dia memanjat pagar sempadan untuk meraikan gol yang dijaringkan
dia menanggalkan bajunya atau menutup kepalanya dengan bajunya
dia menutup kepala atau mukanya dengan topeng atau bahan yang serupa
Keluar dari padang permainan untuk meraikan sesuatu jaringan bukanlah suatu kesalahan yang diberi amaran tetapi adalah penting bahawa pemain dengan segera kembali ke padang permainan. Pengadil diharap supaya bertindak dengan cara untuk mencegah dan menggunakan budibicara dalam menangani kejadian meraikan sesuatu jaringan. Membantah dengan perkataan atau perbuatan
Pemain yang bersalah kerana membantah (secara lisan atau tidak lisan) terhadap keputusan pengadil mesti diberi amaran. Ketua sesuatu pasukan tidak mempunyai status khusus atau keistmewaan di bawah Undang-undang Permainan tetapi dia mempunyai tahap tanggungjawab terhadap kelakuan pasukannya.
125
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan)
Melambat-lambatkan permulaan semula permainan
Pengadil mesti memberi amaran kepada pemain yang melambat-lambatkan permulaan semula permainan dengan taktik seperti:
membuat sepakan percuma di tempat yang salah dengan tujaun memaksa pengadil mengarahkan sepakan dibuat semula
seolah-olah akan membuat lontaran ke dalam tetapi tiba- tiba meninggalkan kepada rakannya untuk mengambilnya
menyepak bola lagi atau membawa bola dengan tangan dari tempatnya setelah pengadil memberhentikan permainan
terlalu melambat-lambat masa untuk membuat lontaran ke dalam atau sepakan percuma
lambat bergerak keluar dari padang permainan apabila digantikan
menimbulkan kemarahan dengan sengaja memegang bola setelah pengadil berhentikan permainan
Kesalahan berulang-ulang
Pengadil hendaklah sentiasa berwaspada terhadap pemain yang berulang kali melanggar Undang-undang. Terutamanya, mereka mesti sedar bahawa, walaupun jika pemain itu melakukan beberapa kesalahan berbeza, dia mesti diberi amaran kerana berulang-ulang melakukan kesalahan Undang-undang. Tidak ada bilangan perlanggaran yang dikhususkan kepada ―berulang-ulang‖ atau adanya kaedah tertentu – ini adalah cara menentukanpenghakiman dan mesti berlandaskandalam kontek pengurusan permainan yang cekap.
126
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan)
Bermain secara amat kasar
Pemain adalah bersalah kerana bermain dengan amat kasar jika dia menggunakan daya yang berlebihan atau keganasan terhadap pemain lawan apabila berebut untuk memainkan bola semasa bola dalam permainan. Sesuatu takel yang membahayakan keselamatan pemain lawan mesti dihukum sebagai bermain dengan amat kasar Mana-mana pemain yang menerjah ke arah pemain lawan dalam perebutan untuk memainkan bola dari hadapan, tepi atau belakang, menggunakan satu atau kedua-dua kakinya dengan daya yang berlebihan dan membahayakan keselamatan pemain lawan bersalah kerana bermain dengan amat kasar. Advantej tidak boleh dilaksanakan dalam situasi yang melibatkan permainan amat kasar kecuali terdapat peluang jelas berikutnya untuk menjaringkan gol. Pengadil hendaklah perintah keluar pemain tersebut kerana bersalah bermain dengan amat kasar apabila bola selepas itu berada di luar permainan. Pemain yang bersalah kerana bermain dengan amat kasar hendaklah diperintah keluar dan permainan dimulakan semula dengan satu sepakan percuma terus di tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma) atau satu sepakan penalti (jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti pemain yang bersalah itu).
127
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan)
Berkelakuan ganas
Pemain adalah bersalah kerana berkelakuan ganas jika dia menggunakan daya yang berlebihan atau keganasan terhadap pemain lawan ketika tidak berebut untuk memainkan bola. Dia juga bersalah kerana berkelakuan ganas jika dia menggunakan daya berlebihan atau keganasan terhadap rakan sepasukan, penonton, pegawai perlawanan atau mana-mana orang lain. Keganasan boleh berlaku sama ada di dalam atau di luar sempadan padang permainan, tidak kira bola di dalam atau di luar permainan. Advantej tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan yang melibatkan kelakuan ganas kecuali terdapat peluang jelas berikutnya untuk menjaringkan gol. Pengadil mesti perintah keluar pemain yang bersalah kerana berkelakuan ganas apabila bola selepas itu berada di luar permainan. Pengadil-pengadil adalah diingatkan bahawa kelakuan ganas lazimnya membawa kepada konfrontasi beramai-ramai oleh yang demikian mereka mesti cuba mengelakkan ianya dari berlaku dengan bertindak campur tangan dengan tegas. Pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan yang bersalah kerana berkelakuan ganas mesti diperintah keluar. Permulaan semula permainan
Jika bola berada di luar permainan, permainan dimulakan semula mengikut keputusan sebelumnya
Jika bola berada dalam permainan dan kesalahan berlaku di luar padang permainan:
- jika pemain itu telah tersedia ada di luar padang
permaian dan melakukan kesalahan itu, permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat bola berada apabila permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dalam hal ini pengadil membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat yang berhampiran bola semasa permainan diberhentikan.
128
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan
- jika pemain keluar dari padang permainan untuk melakukan kesalahan itu, permainan dimulakan dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat bola berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Posisi Sepakan Percuma).
Jika bola berada di dalam permainan dan pemain melakukan kesalahan di dalam padang permainan:
- terhadap pemain lawan, permainan dimulakan
semula dengan sepakan percuma terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 – Posisi Sepakan Percuma) atau sepakan penalti (jika berada di dalam kawasan penaltinya)
- terhadap rakan sepasukan, permainan
dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 – Posisi sepakan percuma).
- terhadap pengganti atau pemain yang telah
igantikan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat bola berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Posisi Sepakan Percuma).
- terhadap pengadil atau penolong pengadil,
ermainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 – Posisi Sepakan Percuma).
- terhadap orang lain, permainan dimulakan
dengan jatuhan bola di tempat bola berada apabila permainan diberhentikan, kecuali permainan telah diberhentikan di dalam kawasan gol, dalam hal ini pengadil membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan gol di tempat yang selari dengan garisan gol yag berhampiran bola ketika permainan diberhentikan.
129
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan Kesalahan-kesalahan di mana objek (atau bola) dilontar
Jika ketika bola di dalam permainan, pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan melontar objek kepada pemain lawan atau orang lain secara gegabah, pengadil hendaklah berhentikan permainan dan beri amaran kepada pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan itu. Jika ketika bola berada di dalam permainan, pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan melontar bola kepada pemain lawan atau orang lain dengan daya yang berlebihan, pengadil hendaklah perintah keluar pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan itu kerana berkelakuan ganas. Permulaan semula permainan
Jika pemain berdiri di dalam kawasan penaltinya melontar objek kepada pemain lawan yang berdiri di luar kawasan penaltinya, pengadil mulakan semula permainan dengan sepakan percuma terus kepada
pasukan lawan di tempat objek itu terkena atau mungkin kena pemain lawannya
Jika pemain berdiri di luar kawasan penaltinya melontar objek kepada pemain lawan yang berada di dalam kawasan penaltinya, pengadil mulakan semula permainan dengan sepakan penalti.
Jika pemain berdiri di dalam padang permainan melontar objek kepada mana-mana orang yang berdiri di luar padang permainan, pegadil mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus di buat dari tempat di mana bola berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Posisi Sepakan Percuma)
Jika pemain berdiri di luar padang permainan melontar objek kepada pemain lawan yang berdiri di dalam padang permainan, pengadil mulakan semula permainan dengan sepakan percuma terus kepada pasukan lawan dibuat dari tempat di mana objek itu mengenai atau mungkin mengenai pemain lawan atau dengan sepakan penalti (jika berlaku di dalam kawasan penalti pemain yang bersalah itu)
130
UNDANG-UNDANG 12 – KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN (Sambungan
Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan yang berdiri di luar padang permainan melontarkan objek kepada pemain lawan yang berada di dalam padang permainan, pengadil mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan, dibuat dari tempat di mana bola berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 – Posisi Sepakan Percuma)
Menggagalkan satu jaringan gol atau satu peluang jaringan gol
Terdapat dua kesalahan perintah keluar yang berkaitan insiden menggagalkan pemain lawan satu peluang jelas untuk menjaringkan gol. Adalah tidak semestinya kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti. Jika pengadil melaksanakan advantej apabila ada peluang jelas untuk menjaringkan gol dan gol terus dijaringkan, walaupun pemain lawan memegang bola itu atau melakukan keselahan ke atas pemain lawan, pemain itu tidak boleh diperintah keluar tetapi masih boleh diberi amaran. Pengadil hendaklah mengambil kira keadaan-keadaan berikut apabila membuat keputusan sama ada diperintah keluar pemain kerana menggagalkan suatu jaringan gol atau peluang jelas untuk menjaringkan gol:
jarak di antara kesalahan dengan gol
kemungkinan mengawal atau menguasai bola
arah tuju permainan
kedudukan dan bilangan pemain pertahahan
kesalahan yang menggagalkan pemain lawan peluang jelas untuk menjaringkan gol boleh jadi kesalahan yang dikenakandengan sepakan percuma terus atau tidak terus
131
UNDANG-UNDANG 13 – SEPAKAN PERCUMA Prosedur
Bola berada dalam permainan apabila disepak dan bergerak. Sepakan percuma boleh dibuat dengan mengangkat bola dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki serentak. Mengacah semasa membuat sepakan percuma untuk mengelirukan pemain lawan adalah dibenarkan sebagai sebahagian bolasepak. Bagaimanapun jika pada pendapat pengadil, perbuatan itu dianggap sebagai tidak bersemangat sukan, pemain mesti diberi amaran. Jika pemain, semasa membuat sepakan percuma dengan cara betul, sengaja menendang bola ke arah pemain lawan supaya dapat memainkan bola itu semula tetapi tidak secara gegabah atau menggunakan daya berlebihan, pengadil mesti membenarkan permainan diteruskan. Sepakan percuma tidak terus mesti dibuat semula jika pengadil gagal mengangkat lengannya untuk mengisyaratkan sepakan itu adalah tidak terus dan bola ditendang terus ke dalam gol. Sepakan percuma tidak terus yang asal itu tidak boleh dibatalkan kerana kesilapan pengadil. Jarak
Jika pemain memutuskan untuk membuat sepakan percuma dengan cepat dan pemain lawan yang berada kurang 9.15 m dari bola menyerkapnya, pengadil mesti benarkan permainan diteruskan. Jika pemain memutuskan untuk membuat sepakan percuma dengan cepat dan pemain lawan yang bergerak dekat dengan bola sengaja menghalangnya membuat sepakan, pengadilmesti memberi amaran kepada pemain itu kerana melambat- lambatkan permulaan semula permainan. Jika apabila sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan di dalam kawasan penaltinya, seorang atau lebih pemain lawan berada di dalam kawasan penalti kerana pemain pertahanan memutuskan untuk membuat sepakan dengan cepat dan pemain lawan tidak sempat keluar dari kawasan penalti itu, pengadil mesti benarkan permainan itu diteruskan.
132
UNDANG-UNDANG 14 – Sepakan Penalti Prosedur
Mengacah ketika membuat sepakan penalti untuk mengelirukan pemain lawan adalah dibenarkan sebagai sebahagian bolasepak. Bagaimanapun jika pada pendapat pengadil, perbuatan itu dianggap sebagai tidak bersemangat sukan, pemain itu mesti diberi amaran. Persediaan untuk Sepakan Penalti
Pengadil mesti memastikan kehendak-kehendak berikut sebelum sepakan penalti dibuat:
penyepak dikenal pasti
bola diletakkan dengan betul pada tanda penalti
penjaga gol berada di atas garisan gol di antara tiang-tiang gol dan mengadap penyepak
rakan-rakan penyepak dan rakan-rakan penjaga gol berada:
- di luar kawasan penalti
- di luar garis lengkuk penalti bo
- di belakang bola
133
UNDANG-UNDANG 14 – SEPAKAN PENALTI
Kesalahan – Selepas wisel dan sebelum bola dalam permainan
Perlanggaran Hasil Sepakan
Masuk Ke
Kawasan Penalti Gol Dijaringkan
Gol Tidak
dijaringkan
Pemain Penyerang Sepakan dibuat
semula
Sepakan Percuma
Tidak Terus
Pemain Bertahan Jaringan Dikira Sepakan Dibuat
Semula
Kedua-duanya Sepakan Dibuat
Semula
Sepakan Dibuat
semula
134
UNDANG-UNDANG 15 – LONTARAN KE DALAM Prosedur – Pelanggaran-Pelanggaran
Pengadil adalah diingatkan bahawa pemain-pemain lawan tidak boleh berada kurang 2 meter dari tempat lontaran ke dalam dibuat. Apabila perlu, pengadil mesti mengingatkan mana-mana pemain yang berada dalam jarak ini sebelum lontaran ke dalam dibuat dan beri amaran kepada pemain itu jika dia masih gagal untuk beredar ke jarak yang betul. Permainan dimulakan semula dengan lontaran ke dalam. Jika pemain, semasa membuat lontaran ke dalam dengan betul, sengaja melontarkan bola ke arah pemain lawan agar dapat memainkan bola itu semula tetapi tidak secara gegabah atau menggunakan daya berlebihan, pengadil mesti membenarkan permainan itu diteruskan. Jika bola masuk ke gol lawan terus dari lontaran ke dalam, pengadil mesti memberikan sepakan gol. Jika bola masuk ke gol pelontar terus dari lontaran ke dalam, pengadil mesti memberikan sepakan penjuru. Jika bola menyentuh tanah sebelum masuk ke dalam padang permainan, lontaran ke dalam hendaklah dibuat semula oleh pasukan sama dari tempat yang sama dengan syarat lontaran itu telah dibuat mengikut prosedur yang betul. Jika lontaran ke dalam tidak dibuat mengikut prosedur yang betul, lontaran itu dibuat semula oleh pasukan lawan.
135
UNDANG-UNDANG 16 – SEPAKAN GOL Prosedur – Pelanggaran-Pelanggaran
Jika pemain yang telah membuat sepakan gol dengan betul sengaja memainkan bola kali kedua setelah bola keluar dari kawasan penalti sebelum ia disentuh oleh pemain lain, sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan di tempat sentuhan kedua itu berlaku (lihat Undang-undang 13 – Posisi Sepakan Percuma) Bagaimanapun, jika pemain itu menyentuh bola dengan tangan, dia mesti dihukum dengan sepakan percuma terus dan tindakan disiplin jika perlu. Jika pemain lawan masuk ke kawasan penalti sebelum bola di dalam permainan dan dilakukan kesalahan keatasnya oleh pemain pertahanan, sepakan gol adalah dibuat semula dan pemain pertahanan itu boleh diberi amaran atau diperintah keluar mengikut tahap kesalahan.
136
UNDANG-UNDANG 17 – SEPAKAN PENJURU Prosedur – Pelanggaran-Pelanggaran
Pengadil adalah diingatkan bahawa pemain-pemain lawan mesti berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari garis lengkuk penjuru sehingga bola di dalam permainan (tanda pilihan di luar padang permainan boleh digunakan sebagai bantuan). Apabila perlu, pengadil mesti mengingatkan mana-mana pemain yang berada dalam jarak ini sebelum sepakan penjuru dibuat dan beri amaran kepada pemain itu jika dia masih gagal beredar ke jarak yang betul. Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain, sepakan percuma tidak terus adalah diberi di tempat sentuhan kedua berlaku (lihat Undang-undang 13 – Posisi Sepakan Percuma). Jika pemain, semasa membuat sepakan penjuru dengan betul, dengan sengaja menendang bola ke pemain lawan agar dapat memainkan bola itu semula tetapi tidak secara gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan, pengadil mesti membenarkan permainan itu diteruskan. Bola mesti diletak di dalam lengkuk penjuru dan berada dalam permainan apabila ditendang. Dengan itu bola tidak perlu meninggalkan lengkuk penjuru untuk dikira dalam permainan. Rajah berikut menunjukkan kedudukan yang betul dan tidak betul.
137
PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG PERLAWANAN TIMBAL-BALIK Sepakan sepakan dari tanda penalti Prosedur
Sepakan dari tanda penalti bukan sebahagian dari perlawanan
Kawasan penalti di mana sepakan dari tanda penalti itu sedang di jalankan hanya boleh ditukar jika gol atau permainan didapati tidak sesuai lagi.
Sebaik saja semua pemain yang layak telah membuat sepakan dari tanda penalti, turutan yang sama tidak perlu diikuti seperti dalam pusingan pertama
Setiap pasukan bertanggungjawab untuk memilih pemain dari kalangan mereka yang berada di padang permainan pada akhir perlawanan dan giliran mereka untuk membuat sepakan.
Pemain selain daripada penjaga gol yang cedera tidak boleh digantikan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
Jika penjaga gol diperintah keluar semasa sepakan dari tanda penalti itu dibuat, dia mesti digantikan oleh pemain yang telah menamatkan perlawanan itu.
Pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan boleh diberi amaran atau diperintah keluar semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
Pengadil mesti tidak membatalkan perlawanan jika satu pasukan dikurangkan kepada dari tujuh pemain semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
Jika pemain tercedera atau diperintah keluar semasa sepakan dari tanda penalti dibuat dan pasukan itu mempunyai kurang seorang pemain, pengadil tidak perlu mengurangkan bilangan pemain dari pasukan lawan yang membuat sepakan dari tanda penalti itu. Bilangan pemain yang sama bagi setiap pasukan hanya diperlukan pada permulaan sepakan dari tanda penalti.