Post on 16-Oct-2015
Tindak Balas Kimia| 39
UNIT 4
TINDAK BALAS KIMIA HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat, 1. Menulis persamaan kimia seimbang. 2. Meramal reaktan dan hasil tindak balas kimia. 3. Menentukan reaktan penghad. 4. Menyelesaikan masalah stoikiometri.
PETA KONSEP TAJUK
TINDAK BALAS KIMIA
Persamaan kimia Meseimbangkan
persamaan kimia
Reaktan penghad
Tindak balas redoks
Medium beralkali Medium berasid
Tindak Balas Kimia| 40
4.1 Pengenalan Di dalam unit 3 telah dipelajari mengenai formula empirik dan formula molekul sesuatu bahan. Apabila dua bahan atau sebatian dicampur pada keadaan tertentu, perubahan akan berlaku kepada bahan tersebut. Perubahan yang terlibat bukan hanya secara fizikal malahan bahan baru juga turut terhasil. Penghasilan bahan baru akan berlaku apabila melibatkan tindakan secara kimia. Proses ini dikenali sebagai tindak balas kimia. 4.2 Tindak balas dan persamaan kimia Persamaan Kimia adalah ringkasan simbol yang digunakan ahli kimia dalam menerangkan dengan jelas tindak balas kimia yang berlaku. Ia boleh menjelaskan apakah bahan tindak balas yang terlibat dan hasil tindak balas. Perhatikan contoh persamaan kimia berikut. Setiap simbol dalam persamaan (4.1) berikut masing-masing mewakili pernyataan tertentu..
KCl (ak) + CuSO4 (p) K2SO4 (ak) + CuCl2 (p) (4.1)
Simbol di dalam kurungan menyatakan sifat jirim sebatian tersebut seperti
(ak) mewakili akueus (p) mewakili pepejal
Persamaan ini menerangkan bahawa larutan kalium klorida akueus bertindak balas dengan pepejal kuprum sulfat menghasilkan larutan akueus kalium sulfat dan mendakan kuprum klorida. Walau bagaimanapun, sebelum anda membina persamaan kimia anda mestilah tahu untuk menjangka hasil yang bakal terhasil daripada tindak balas sesuatu bahan.
Contoh 4.1 Apakah hasil bagi tindak balas antara kalium klorida (KCl) dengan Kuprum sulfat (CuSO4) Penyelesaian: Molekul NaCl dan AgNO3 masing-masing terdiri daripada ion-ion berikut
KCl K+ + Cl-
CuSO4 Cu
2+ + SO4
2-
______________________
CuCl2 + K2SO4 Hasil akan terbentuk dari gabungan ion yang berlawanan cas
Bahan tindak balas Hasil tindak balas
dan Bertindak balas
dengan Menghasilkan
Tindak Balas Kimia| 41
Persamaan kimia yang mewakili tindak balas di atas dikatakan persamaan tindak balas tidak seimbang. Ini kerana bilangan atom setiap unsur di sebelah kiri anak panah tidak sama (atau seimbang) dengan bilangan atom di sebelah kanan. Bilangan atom setiap unsur di kiri dan kanan anak panah diringkaskan di dalam Jadual 4.1 berikut.
Jadual 4.1 Bilangan atom dalam Persamaan Kimia
Unsur Bilangan Atom
Kiri Kanan
K 1 2
Cl 1 2
Cu 1 1
S 1 1
O 4 4
Dengan ini persamaan seimbang bagi tindak balas di atas adalah
2KCl (ak) + CuSO4 (p) K2SO4 (ak) + CuCl2 (p) (4.2) Penerangan kepada persamaan tindak balas ini adalah
2 molekul KCl bertindak balas dengan 1 molekul CuSO4 menghasilkan 1 molekul K2SO4 dan 1 molekul CuCl2
Atau 2 mol KCl bertindak balas dengan 1 mol CuSO4 menghasilkan 1 mol K2SO4 dan 1 mol CuCl2. Tindak balas ini juga boleh dirumus sebagai
2KCl CuSO4 K2SO4 CuCl2 di mana simbol bermaksud setara kimia Hubungan antara mol, molekul (atau atom), bilangan molekul (atau atom) dan jisim ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.
Tindak Balas Kimia| 42
Jadual 4.2 Hubungan antara mol, molekul (atau atom), bilangan molekul (atau atom) dan jisim
Sebatian KCl CuSO4 K2SO4 CuCl2
Molekul 2 molekul 1 molekul 1 molekul 1 molekul
Bil. mol 2 mol 1 mol 1 mol 1 mol
Bilangan molekul
= 2 mol x NA (molekul/mol) = 1.20 x 1024 molekul
= 1 mol x NA (molekul/mol) = 6.02 x 1023 molekul
= 1 mol x NA (molekul/mol) = 6.02 x 1023 molekul
= 1 mol x NA (molekul/mol) = 6.02 x 1023 molekul
Jisim molar
= JARK + JARCl = 74.54
= JARCu + JARS + 4(JARO) = 159.62
= 2(JARK) + JARS + 4(JARO) = 174.25
= JARCu + 2(JARCl) = 134.45
4.3 Meseimbangkan persamaan kimia Berikut adalah langkah yang perlu diambil dalam meseimbangkan persamaan kimia tindak balas.
1. Kenalpasti hasil yang dihasilkan daripada tindak balas dan tulis formula kimia nya dengan tepat.
2. Tulis persamaan kimia lengkap melalui penulisan formula kimia reaktan / bahan di sebelah kiri dan formula kimia hasil di sebelah kanan anak panah.
3. Seimbangkan sesuatu atom di dalam suatu molekul dengan mendarabkan formula molekul dengan
koefisien tertentu tanpa mengubah simbol asal molekul tersebut. Contoh: Bagi meseimbangkan unsur K dalam persamaan di atas, molekul KCl di sebelah kiri perlu didarabkan dengan 2 (koefisien) bagi meseimbangkan dengan 2 atom K di dalam molekul K2SO4.
4. Mulakan dengan meseimbangkan unsur yang wujud sekali sahaja pada salah satu reaktan atau pada salah satu hasil. Di dalam kes persamaan kimia di atas, setiap unsur sememangnya wujud sekali sahaja.
5. Akhir sekali seimbangkan unsur yang wujud lebih dari sekali sama ada sebagai reaktan atau pun hasil.
Nota:
JAR adalah Jisim atom relatif
Tindak Balas Kimia| 43
Contoh 4.2 Mendakan fosfat disediakan daripada tindak balas antara kalsium hidroksida dengan asid fosforik berdasarkan tindak balas berikut.
Ca(OH)2 (ak) + H3PO4 (ak) Ca3(PO4)2 (p) + H2O (c)
i. Seimbangkan tindak balas di atas ii. Tentukan jisim Ca3(PO4)2 yang terhasil jika 15.00 mL, 0.5 M larutan Ca(OH)2 digunakan
dengan kehadiran H3PO4 berlebihan. iii. Tentukan bilangan molekul Ca(OH)2 yang bertindak balas dan Ca3(PO4)2 yang terhasil.
Penyelesaian
i. Persamaan Seimbang
3Ca(OH)2 (ak) + 2H3PO4 (ak) Ca3(PO4)2 (p) + 6H2O (c)
ii. Tentukan jisim Ca3(PO4)2 yang terhasil jika 15.00 mL, 0.5 M larutan Ca(OH)2 digunakan dengan kehadiran H3PO4 berlebihan.
a) Tentukan bilangan mol Ca(OH)2 yang bertindak balas Bilangan mol Ca(OH)2 = MV = (0.5 mol/L)(15.00 / 1000 L) = 7.5 x 10-3 mol
b) Tentukan bilangan mol Ca3(PO4)2 yang terhasil
3 mol Ca(OH)2 1 mol Ca3(PO4)2
7.5 x 10-3 mol Ca(OH)2 ? mol Ca3(PO4)2
= 1 mol Ca3(PO4)2 x 7.5 x 10-3 mol Ca(OH)2 3 mol Ca(OH)2
= 2.5 x 10-3 mol Ca3(PO4)2
c) Tentukan jisim Ca3(PO4)2.
Jisim = mol x Jisim molar = 2.5 x 10-3 mol x 310.18 g/mol = 0.7755 g
iii. Tentukan bilangan molekul Ca(OH)2 yang bertindak balas dan Ca3(PO4)2 yang terhasil.
a) Bilangan molekul Ca(OH)2 yang bertindak balas
Mol Ca(OH)2 bertindak balas = 7.5 x 10-3 mol 1 mol Ca(OH)2 mengandungi 6.023 x 1023 molekul Ca(OH)2
Bilangan molekul bagi 7.5 x 10-3 mol Ca(OH)2
= 7.5 x 10-3 mol x 6.023 x 1023 molekul / mol
= 4.52 x 1021 molekul Ca(OH)2
Tips : Unit molar (M) = mol/L @ mol/dm3
Tips : Nilai jisim molar = jisim molekul relatif Unit Jisim molar adalah g/mol JMR tiada unit
Tips: Bersamaan nombor avogadro (NA) = bilangan molekul/ion/atom/zarah dalam 1 mol
Tindak Balas Kimia| 44
b) Bilangan molekul Ca3(PO4)2 yang terhasil
Mol Ca3(PO4)2 yang terhasil = 2.5 x 10-3 mol bilangan molekul Ca3(PO4)2 = 2.5 x 10-3 mol x 6.023 x 1023 molekul/mol = 1.51 x 1021 molekul Ca3(PO4)2.
4.3.1 Meseimbangkan tindak balas redoks Tindak balas redoks melibatkan proses pengoksidaan dan penurunan yang berlaku serentak. Unsur yang menerima elektron mengalami proses penurunan sementara unsur yang menderma elektron mengalami proses pengoksidaan. Proses pengoksidaan dan penurunan masing-masing memberi kesan kepada peningkatan dan penurunan nombor pengoksidaan unsur yang terlibat. Terdapat beberapa cara penentuan nombor pengoksidaan unsur ianya bergantung kepada unsur tersebut samaada ia merupakan unsur bebas, ion yang terdiri dari satu atom dan juga sebatian neutral. Jadual 4.3 menunjukkan penentuan nombor pengoksidaan unsur dalam pelbagai bentuk.
Jadual 4.3 Nombor pengoksidaan unsur
Unsur dalam pelbagai bentuk Nombor Pengoksidaan
1. Unsur bebas seperti H2, F2, O2, S8
2. Ion dari satu atom seperti Al3+
, Na+, F
-
3. Nombor pengoksidaan bagi unsur O dan H Tetapi apabila H terikat dengan logam 4. Unsur kumpulan halogen (seperti Cl, F dan Br) Tetapi apabila terikat dengan O maka ia bercas positif
(contoh Cl2O) 5. Unsur dalam sebatian neutral (contoh MgCl2) seperti
Mg. Nombor pengoksidaan sebatian neutral adalah 0. Nombor pengoksidaan atom Mg boleh ditentukan melalui nombor pengoksidaan Cl dan sebatian MgCl2.
6. Unsur dalam sebatian ion (contoh nombor
pengoksidaan Mn dalam sebatian MnO4). Jumlah
nombor pengoksidaan setiap unsur adalah sama dengan cas molekul. Bagi sebatian MnO4
adalah bersamaan -1.
0
Sama dengan cas ion tersebut;
Al3+ = +3, Na+ = +1, F = 1
Biasanya O= -2 dan H = +1
H = -1
-1 Cl = +1
Mg + 2(Cl) = 0 Mg + 2(-1) = 0
Mg = +2
Mn + 4(O) = -1 Mn + 4(-2) = -1
Mn = +7
Tindak Balas Kimia| 45
Lazimnya tindak balas redoks berlaku sama ada dalam medium berasid ataupun beralkali. Apabila melibatkan
medium berasid, ion H+ dan molekul H2O turut terlibat semasa meseimbangkan persamaan tindak balas. Manakala
bagi keadaan di dalam medium beralkali, ianya melibatkan ion OH- dan molekul H2O. Berikut adalah contoh
meseimbangkan persamaan redoks melalui kaedah ion elektron (persamaan setengah) dalam ke dua-dua medium berbeza.
a) Medium berasid.
MnO4- + C2O4
2- CO2 + Mn2+
Langkah - langkah Penerangan
1. Pecahkan kepada persamaan setengah masing-masing
1. MnO4- Mn2+
2. C2O42- CO2
2. Imbangkan unsur sebelah kiri dan kanan secara berasingan.
Imbangkan atom O dengan molekul H2O
Imbangkan atom H dengan ion H+
1. Atom Mn : telah seimbang Atom O :
MnO4- Mn2+
+ 4H2O
Atom H :
MnO4-
+ 8H+ Mn2+
+ 4H2O
2. Atom C:
C2O42- 2CO2
Atom O: telah seimbang
3. Imbangkan elektron MnO4- + 8H+ + 5e
Mn2+ + 4H2O --- (1)
(1) + (+8)
+7 + (5) = +2
C2O42- 2CO2 + 2e --- (2)
-2 = -2 Persamaan (1) x 2 & persamaan (2) x 5 = 10 e telah diderma dan diterima.
Persamaan keseluruhan yang seimbang adalah hasil gabungan persamaan (1) x 2 dan persamaan (2) x 5
2MnO4-
+ 16H+ + 5C2O42-
2Mn2+ + 10CO2 + 8H2O
Tindak Balas Kimia| 46
b) Medium Beralkali
Cr(OH)3
+ IO3
-
CrO32-
+ I-
Langkah langkah Penerangan
1. Pecahkan kepada persamaan setengah masing-masing
1. Cr(OH)3
CrO32-
2. IO3- I-
2. Imbangkan unsur sebelah kiri dan kanan secara berasingan.
Untuk seimbangkan setiap 1 atom H,
tambahkan 1 mol H2O sebelah kurang atom H dan 1 mol OH- sebelah bertentangan.
Untuk seimbangkan setiap 1 atom O,
tambah 2 mol OH- sebelah kurang atom O dan 1 mol H2O sebelah bertentangan.
1. Cr(OH)3
CrO32-
Atom Cr : telah seimbang
Atom O : telah seimbang Atom H : rujuk langkah menyeimbangkan atom H
Cr(OH)3
+ 3OH-
CrO32-
+ 3H2O
2. IO3-
I-
Atom I : telah seimbang
Atom O : rujuk langkah menyeimbangkan atom O
IO3-
+ 3H2O I- + 6OH
-
3. Atom H : telah seimbang secara serentak dengan atom O.
c) Imbangkan elektron Cr(OH)3
+ 3OH-
CrO32-
+ 3H2O + e --- (1)
(0) +(-3) (-2) (0) (-1) -3 = - 3
IO3-
+ 3H2O + 6e I
- + 6OH- --- (2)
-1 0 -6 -1 -6 -7 = -7 Persamaan (1) x 6 & persamaan (2) x 1 = 6 e telah diderma dan diterima.
Persamaan keseluruhan yang seimbang adalah hasil gabungan persamaan (1) x 6 dan persamaan (2) x 1
6Cr(OH)3
+ IO3
- + 12OH-
6CrO32-
+ 15H2O
Tindak Balas Kimia| 47
4.4 Reaktan penghad dan penghitungan melibatkan stoikiometri Tindak balas antara sesuatu reaktan bagi menghasilkan satu atau lebih hasil adalah berdasarkan perkadaran stoikiometri. Namun, kadang-kadang kuantiti awal reaktan yang disediakan untuk ditindak balas tidak mengikut perkadaran stoikiometri. Dengan ini, akan ada salah satu reaktan yang akan digunakan sepenuhnya serta akan menghadkan tindak balas. Manakala satu reaktan lagi tidak digunakan sepenuhnya dan akan berlebihan sebaik sahaja tindak balas lengkap berlaku berdasarkan suatu stoikiometri tindak balas. Reaktan yang menghadkan tindak balas ini dikenali sebagai reaktan penghad manakala reaktan yang berlebihan pula dikenali sebagai reaktan berlebihan. Sebagai contoh bahan A dan B bertindak balas bagi menghasilkan bahan C dan D berdasarkan tindak balas berikut A + 2B 2C + D Jika 2 mol bahan A ditindak balas dengan 2 mol bahan B, maka ke semua bahan B akan digunakan untuk bertindak balas dengan hanya 1 mol bahan A berdasarkan stoikiometri bagi menghasilkan 2 mol bahan C dan 1 mol bahan D. Dengan ini bahan B dikenali sebagai reaktan penghad kerana ia menghadkan tindak balas. Manakala bahan A dikenali sebagai reaktan berlebihan kerana ianya berlebihan sebanyak 1 mol (yang tidak bertindak balas).
Baiklah, sekarang mari kita lihat bagaimanakah caranya untuk menentukan reaktan penghad ini? Pertimbangkan keadaan tindak balas berikut,
Mg(p) + 2HCl(ak) MgCl2 (ak) + H2(g)
Sebanyak 0.5 mol Magnesium ditindak balas kan dengan 0.2 mol larutan HCl berdasarkan persamaan tindak balas di atas. Tentukan reaktan penghad dan juga jisim MgCl2 jika jisim molar MgCl2 adalah 95.3 g/mol. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan bagi penentuan reaktan penghad ini. Kaedah 1: Dengan menentukan bilangan mol bahan B yang perlu digunakan apabila bahan A digunakan sepenuhnya atau pun sebaliknya sebagaimana dalam contoh berikut.
Jika Mg digunakan sepenuhnya: Bilangan mol HCl yang digunakan adalah ? Berdasarkan perkadaran stoikiometri 1 mol Mg 2 mol HCl Jika 0.5 mol Mg digunakan sepenuhnya Maka HCl yang diperlukan adalah
Mol HCl = 0.5 mol Mg x 2 mol HCl
1 mol Mg
= 1 mol HCl
Jika HCl digunakan sepenuhnya: Bilangan mol Mg yang digunakan adalah ? Berdasarkan perkadaran stoikiometri 1 mol Mg 2 mol HCl Jika 0.2 mol HCl digunakan sepenuhnya Maka Mg yang diperlukan adalah
Mol Mg = 0.2 mol HCl x 1 mol Mg
2 mol HCl
= 0.1 mol Mg
Tindak Balas Kimia| 48
Bilangan mol HCl yang disediakan adalah cuma 0.2 mol. Manakala mol HCl yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan 0.5 mol Mg adalah 1 mol. Oleh itu, ianya tidak mencukupi untuk bertindak balas dengan 0.5 mol Mg.
Dengan ini HCl adalah reaktan penghad dan Mg adalah reaktan berlebihan
Bilangan mol Mg yang disediakan adalah 0.5 mol. Manakala mol Mg yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan 0.2 mol HCl adalah hanya 0.1 mol. Oleh itu, ianya lebih dari mencukupi. Dengan ini, HCl adalah reaktan penghad dan Mg adalah reaktan berlebihan
Kaedah 2: Reaktan penghad ditentukan melalui nisbah stoikiometri terendah sebagaimana contoh berikut
Reaktan Mol awal Perkadaran Stoikiometri Nisbah Perkadaran Stoikiometri
Mg
0.5 mol
1 mol
0.5 mol 1 mol
= 0.5
HCl
0.2 mol
2 mol
0.2 mol 2 mol
= 0.1
HCl mempunyai nisbah stoikiometri terendah. Oleh itu HCl adalah rekatan penghad dan Mg adalah reaktan berlebihan.
HCl adalah reaktan penghad, maka semua reaktan yang bertindak balas dan hasil tindak balas adalah berkadaran secara stoikiometri dengan HCl. Oleh itu, jisim MgCl2 adalah dari perkadaran stoikiometri dengan HCl
2 mol HCl 1 mol MgCl
Bilangan mol MgCl = 0.2 mol HCl x 1 mol MgCl
2 mol HCl = 0.1mol
:. Jisim MgCl2 = 0.1 mol MgCl2 x 95.30 g/mol = 9.53 g
Tindak Balas Kimia| 49
Contoh 4.2 Sebanyak 0.5 M, 25.0 mL larutan H2SO4 telah ditindak balaskan dengan 0.35 M, 50.0 mL
larutan NaOH. Tentukan jisim garam Na2SO4 yang terhasil dan jisim reaktan yang berlebihan.
Penyelesaian Persamaan tindak balas 2NaOH + H2SO4 Na2SO4 + 2H2O
Reaktan Mol awal Perkadaran Stoikiometri Nisbah Perkadaran Stoikiometri
NaOH
0.35 M x 50 / 1000 L
= 1.75 x 10-3 mol
2 mol
1.75 x 10-3 mol 2 mol
= 8.75 x 10-4
NaOH mempunyai nisbah stoikiometri terendah. Oleh itu NaOH adalah rekatan penghad dan H2SO4 adalah reaktan berlebihan.
H2SO4
0.5 M x 25 / 1000 L
= 1.25 x 10-3 mol
1 mol
1.25 x 10-3 1 mol
= 1.25 x 10-3
jisim Na2SO4 yang dihasilkan boleh diperolehi daripada perkadaran mol Na2SO4 dengan
reaktan penghad (NaOH). 2 mol NaOH 1 mol Na2SO4 1.75 x 10-3 mol NaOH ? mol Na2SO4 = 1.75 x 10-3 mol NaOH x 1 mol Na2SO4 = 8.75 x 10-4 mol 2 mol NaOH Maka jisim Na2SO4 yang terhasil adalah Jisim Na2SO4 = mol x Jisim molar = 8.75 x 10-4 mol x 165.07 g/mol = 0.144 g
Tindak Balas Kimia| 50
Latihan 1. Tuliskan persamaan tindak balas seimbang bagi tindak balas berikut;
a. Pembakaran lengkap C7H16. b. Penguraian pepejal ammonium nitrat melalui pemanasan bagi menghasilkan gas dinitrogen monoksida
dan wap air. c. Tindak balas larutan akueus natrium karbonat dengan asid hidroklorik bagi menghasilkan air, gas karbon
dioksida dan larutan akueus natrium klorida.
d. Tindak balas metana, ammonia dan gas oksigen bagi membentuk gas hidrogen sianida dan wap air.
2. Seimbangkan tindak balas redoks berikut.
a. MnO4- ak + CN-(ak) MnO2 p + OCN
- ak ; dalam keadaan beralkali
b. VO43- ak + Fe2+ ak VO2+ ak + Fe3+ ak ; dalam keadaan berasid
c. [Fe(CN)6]3 ak + N2H4 ak [Fe(CN)6]
4 ak + N2 ak ; dalam keadaan beralkali
d. As2S3 ak + H2O2 ak AsO43- ak + SO4
2- ak ; dalam keadaan beralkali 3. Di dalam kaedah komersial pembuatan hidrogen melibatkan tindak balas antara besi dan wap sebagaimana
berikut. Fe(p) + H2O(g) Fe3O4(p) + H2(g) --- tidak seimbang
a. Berapakah bilangan mol H2 yang akan dihasilkan dari 40.0 g Fe dan wap air berlebihan? b. Berapa gram kah H2O yang digunakan dalam perubahan 65.5 g Fe kepada Fe3O4? c. Jika 7.50 mol H2(g) dihasilkan, berapa gram kah Fe3O4 yang turut terhasil?
4. Ammonia boleh dijana daripada pembakaran bersama pepejal NH4Cl dan Ca(OH)2 di mana CaCl2 dan H2O juga
turut dihasilkan. Jika campuran yang mengandungi 20.0 g NH4Cl dan Ca(OH)2 setiap satunya dipanaskan. a. Berapakah jisim NH3 yang akan terhasil? b. Berapakah peratus bahan yang berlebihan? 5. Suatu sampel besi mentah ditimbang 0.9132 g dan dilarutkan di dalam larutan akueus HCl dan besi yang
diperolehi adalah sebagai Fe2+ (ak). Larutan ini kemudiannya dititratkan dengan 28.72 mL, larutan K2Cr2O7 0.05051 M. Apakah %Fe berdasarkan jisim dalam sampel mentah?
6Fe2+ + 14H+ + Cr2O72 6Fe3+ + 2Cr3+ + 7H2O
Tindak Balas Kimia| 51
Jawapan
1. a. C7H16 + 11O2 7CO2 + 8H2O b. NH4NO3 N2O + 2H2O c. Na2CO3 + HCl H2O + CO2 + NaCl d. 2CH4 + 2NH3 + 3O2 2HCN + 6H2O
2. a. 2MnO4- ak + 3CN-(ak) + H2O(c) 2MnO2 p + 3OCN
- ak + 2OH(ak)
b. VO43- ak + Fe2+ ak + 6H + VO2+ ak + Fe3+ ak + 3H2O
c. 4[Fe(CN)6]3 ak + N2H4 ak + 4OH
4[Fe(CN)6]4 ak + N2 ak + 2H2O
d. As2S3 ak + 14H2O2 ak + 12OH 2AsO4
3- ak + 3SO42- ak + 20H2O
3. a. 0.955 mol b. 28.15 g c. 434.2 g 4. a. 6.36 g b. 30.77% 5. 53.23% Rujukan Brown, LeMay and Bursten (2005). Chemistry: The Central Science. 10th edition. Prentice Hall.
Chang, R. (2007). Chemistry, New York: McGraw-Hill.
Ibrahim, R. (2001). Asas Kimia. Malaysia: Uni-Ed Publications Sdn. Bhd.
McMurry, J. & Fay, R. C. (2001). Chemistry, New Jersey: Prentice Hall.
Silberberg, M. S. (2009). Chemistry: The Molecular Nature of Matter and Change. 5th Edition. New York. McGraw-Hill Higher Education.