UNIT 9: Etika Kewartawanan

Post on 30-Dec-2015

127 views 2 download

description

UNIT 9: Etika Kewartawanan. Penggunaan Kod Etika. 1.Pengumpulan bahan - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of UNIT 9: Etika Kewartawanan

UNIT 9: Etika Kewartawanan

1

Penggunaan Kod Etika 

1.Pengumpulan bahan

Semasa mengumpul bahan, wartawan perlu berhati-hati

mengklasifikasi jenis bahan rasmi kerajaan, sumber berita, dan

kawalan undang-undang berkaitan dengan bahan atau dokumen

milik kerajaan. Ini kerana semua dokumen rasmi kerajaan

dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

2

2. Penulisan

Ketika menulis, wartawan perlu patuh kepada

tuntutan Kod Etika IAM yang ketiga iaitu, “Wartawan

hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk

mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen

3

3. Penyemakan

Penyemakan ialah suatu proses pembuatan

keputusan mengenai kaedah bagaimana sesuatu

hasil penulisan dapat diperbaiki dan dikemaskinikan.

4

Menggunakan kaedah T.S.U.G.R:-

Tambah- apakah perkara lain yang ingin diketahui oleh pembaca

Susun – adakah maklumat berada pada kedudukan ikut keutamaan susunan

Ubah – apakah terdapat maklumat yang perlu diubah

Ganti – apakah ada perkataan atau istilah yang perlu diganti agar dapat memberi kesan kepada pembaca

Rujuk – buat rujukan dengan orang lain yang lebih berpengalaman sebelum dihantar untuk penyuntingan.

5

4. Penyuntingan

Ketua editor perlu mengawasi tuntutan Kod Etika

IAM yang keenam, ketujuh dan kelapan, iaitu:

6

- “Wartawan haruslah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas

dan mengelakkan diri dari plagiarisma, fitnah dan hasutan,

tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun”;

- “Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita atau

rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan

dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia”;

- “Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan

peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan

profesion.”

7

5. Penerbitan

8

Etika Media:-

-Etika absolutist. Menilai berita hanya daripada sudut nilai berita, tanpa mengambil kira kesannya pada pembaca.

-Etika antinomian. Melaksanakan tugas berdasarkan apa-apa yang dirasakan baik oleh wartawan. Mereka tidak memiliki prinsip etika sebaliknya hanya berpandukan naluri diri sendiri.

-Etika situationist. Menurut etika ini, wartawan dapat memaparkan laporan berita dalam media masing-masing mengikut keadaan semasa dengan mengambil kira impak laporan tersebut terhadap masyarakat dan negara.

9