Post on 16-Oct-2021
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM MRSM SULTAN AZLAN SHAH
DEFINISI HOMEROOM
Satu program yang menjadi kebanggaan setiap pelajar MRSM di seluruh Malaysia iaitu pelajar mempunyai ahli keluarga sementara sepanjang tempoh di maktab. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sebaya dan menjalani kehidupan bersama dalam suasana bersaudara sejak mereka dari Tingkatan 1 lagi. Homeroom ini dibimbing oleh seorang guru penasihat sebagai ibu bapa angkat. Setiap homeroom mempunyai tidak lebih 15 orang pelajar terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan
TUJUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Membantu mengesan dan menolong pelajar yang menghadapi masalah emosi. Menggalakkan pelajar merancang dan melaksanakan sendiri aktiviti mereka. Memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan pelajar. Menanam perasaan bertanggungjawab dan kasih kepada MRSM. Mewujudkan hubungan mesra antara guru dan pelajar. Mempelajari dan memahami nilai-nilai masyarakat. Meninggikan kesedaran sivik dan perasaan kewarganegaraan Malaysia.
OBJEKTIF
Pada jangka masa tertentu pelajar sepatutnya dapat menguasai kebolehan berikut:
Melahirkan fikiran dan pendapat secara spontan dan bebas. Menggunakan dua atau lebih bahasa dalam percakapan atau perbincangan. Menentukan aktiviti yang harus dibuat mengikut keutamaan dan juga
mengetahui kepentingan menepati masa. Memberi cadangan dan melaksanakannya dengan semangat dan azam yang kuat.
FUNGSI
Sebagai satu unit keluarga. Mengesan dan menyelesaikan
masalah. Membentuk sikap.
Menyalur dan mengembangkan minat.
Badan kebajikan. Alat perpaduan. Agen masyarakat.
PROGRAM PEMBUDAYAAN HOMEROOM MRSM SULTAN AZLAN SHAH
BULAN AKTIVITI
JANUARI Slot Homeroom: Program ‘Set Your Direction’
FEBRUARI Bermula Homeroom Luncheon
MAC
TEMPOH PKP APRIL
MEI
JUN Tugasan PKP: Panggilan video dan ucapan kepada
frontliners
JULAI Tugasan PKP: Panggilan video dan dokumentasi gambar
aktiviti anak homeroom di rumah
OGOS Pertandingan Bulan Kemerdekaan
SEPTEMBER Pertemuan homeroom: Pencegahan Covid-19
OKTOBER Pertemuan homeroom: Persediaan Peperiksaan
NOVEMBER TUGASAN PKP:
TAJUK 1- BELAJAR DARI RUMAH
Bertanya khabar setiap ahli homeroom dan sama ada
mereka mengikuti kelas online atau tidak. Jika tidak, cuba
dapatkan penyelesaian.
TAJUK 2- AKTIVITI BERFAEDAH
Bertanya khabar setiap ahli homeroom dan nasihati
mereka untuk membuat aktiviti berfaedah.
TAJUK 3- ISU SEMASA
Bertanya khabar setiap ahli homeroom dan berkongsi isu-
isu semasa.
CARTA ORGANISASI
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM MRSM SULTAN AZLAN SHAH
PENGERUSI
EN. HANIFF BIN CHE HUSSIN
PENYELARAS
EN. BAHARUDIN BIN DOLLAH
SETIAUSAHA
PN. ROHAIDA BINTI ABDUL ROIS
PN. MARLENIE BINTI ABU SAMAHAJK TINGKATAN 5
PN. NOR HASLIZA BINTI IBRAHIMAJK TINGKATAN 4
PN. UMMI MARIANA BINTI SALIMONAJK TINGKATAN 3
PN. JUNA BINTI MOHD KHIRAJK TINGKATAN 2
PN. NAZURA BINTI ISHAKAJK TINGKATAN 1
PN. NURUL AISHA BINTI ABDUL PATAH
AJK TUGAS-TUGAS KHAS I
AJK TUGAS-TUGAS KHAS II
PN. NUR ASYIKIN BINTI MOHD TAIB
LUNCHEON
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM MRSM SULTAN AZLAN SHAH
Luncheon iaitu ‘makan beradab’ guru penasihat dan anak-anak homeroom merupakan
aktiviti tahunan Unit Homeroom MRSM SAS yang sangat dinantikan oleh setiap
pelajar. Pelajar duduk di meja dengan hidangan makanan tengahari yang istimewa
seperti set chicken chop atau lamb grill. Pelajar juga diberi penerangan tentang tatacara
makan yang betul. Setiap homeroom berpeluang ber’luncheon’ sekali dalam setahun
berdasarkan jadual penggiliran yang telah ditetapkan.
SISTEM MERIT DEMERIT UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM SULTAN AZLAN SHAH
Sistem Merit Demerit bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan
(merit) pelajar. Setiap perlanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan
sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh komputer.
Pada awal tahun setiap pelajar dianugerahkan markah permulaan yang perlu dijaga
sepanjang tahun. Pelajar yang melakukan perlanggaran disiplin markahnya akan
berkurangan dan sekiranya mereka memberi sumbangan markahnya akan bertambah.
ANUGERAH APRESIASI HOMEROOM
MRSM SULTAN AZLAN SHAH
KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN DALAM ANUGERAH HOMEROOM:
HOMEROOM TERBAIK KESELURUHAN
HOMEROOM TERBAIK TINGKATAN
HOMEROOM CEMERLANG KEUSHAWANAN
HOMEROOM CEMERLANG AKADEMIK
HOMEROOM CEMERLANG KHIDMAT MASYARAKAT
FAIL HOMEROOM TERBAIK
PRESIDEN HOMEROOM TERBAIK
MINI ULUL ALBAB HOMEROOM TERBAIK HAFAZAN
PERTANDINGAN FOTOGRAFI HOMEROOM
SENARAI PENYERTAAN MRSM SULTAN AZLAN SHAH UNTUK KONVENSYEN HOMEROOM MRSM SE-MALAYSIA
28-30 SEPTEMBER 2020 MRSM KUALA KRAI
1. Perkongsian Amalan Terbaik Homeroom
- Penyelaras Tingkatan: Cikgu Nazura
WAKIL MAKTAB: HOMEROOM CIKGU NAZURA
2. Cerpen Pendek Homeroom Kategori Menengah Atas (Ting. 5)
- Penyelaras Tingkatan: Cikgu Marlenie
WAKIL MAKTAB: HOMEROOM CIKGU AINOR (Afiq Nazran 5I)
3. Cerpen Pendek Homeroom Kategori Menengah Rendah (Ting. 3)
- Penyelaras Tingkatan: Cikgu Ummi Mariana
WAKIL MAKTAB: HOMEROOM CIKGU UMMI M (Wani & Dini)
4. Homeroom Collage Kategori Menengah Atas (Ting. 4)
- Penyelaras Tingkatan: Cikgu Hasliza
WAKIL MAKTAB: HOMEROOM CIKGU HASLIZA
5. Homeroom Collage Kategori Menengah Rendah (Ting. 2)
- Penyelaras Tingkatan: Cikgu Juna
WAKIL MAKTAB: HOMEROOM CIKGU FARHANIDA
KHIDMAT MASYARAKAT SEPANJANG MUSIM PKP UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
MRSM SULTAN AZLAN SHAH
BANTUAN KEWANGAN KALI PERTAMA FASA 1 Membantu pelajar-pelajar MRSM Sultan Azlan Shah yang terpilih dengan pemberian
wang ringgit sebanyak RM150 seorang bagi mengurangkan sedikit bebanan mereka
sepanjang tempoh cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.
FASA 2
Tabung Sumbangan Covid-19 anjuran Muafakat Cawangan MRSM Sultan Azlan Shah
yang dibuka pada 12-19 April 2020 yang lalu telah berjaya menerima kutipan
sumbangan berjumlah RM8718. Sebanyak RM7500 telah diserahkan kepada 50 orang
pelajar terpilih; setiap seorang menerima RM150. Baki RM1218 pula akan dibahagikan
kepada 23 pekerja swasta pembersihan & guard untuk barangan dapur bernilai RM50
seorang.
BANTUAN KEWANGAN KALI KE-2
Membantu 52 orang pelajar MRSM Sultan Azlan Shah yang terpilih dengan pemberian
wang ringgit sebanyak RM100 seorang untuk membeli data internet bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) dan juga bagi tujuan Peperiksaan Akhir
Semester 2, sepanjang tempoh cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak
Covid-19.
Selain itu, pihak MUAFAKAT MRSM Sultan Azlan Shah telah bersetuju untuk
membantu seorang pelajar bernama Salamiah, pelajar tingkatan 2, Homeroom Ustazah
Norfazila dengan menghadiahkan sebuah telefon pintar dan sedikit sumbangan buat
keluarga pelajar.
DOKUMENTASI KHIDMAT MASYARAKAT
UNIT PEMBANGUNAN HOMEROOM
Keadaan rumah pelajar bernama Salamiah yang serba kekurangan.
Bantuan disampaikan oleh Tuan Pengetua diiringi TPPP bagi pihak Muafakat MRSM
SAS.
Bantuan telefon pintar bagi kegunaan PDPR.
DOKUMENTASI TUGASAN SEPANJANG MUSIM PKP