Post on 04-Feb-2017
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA KEPEMIMPINAN PENGAJARAN
PENGETUA WANITA DENGAN IKLlM SEKOLAH
HARIS BIN YUSOH
FPP 2003 19
HUBUNGAN ANTARA KEPEMIMPINAN PENGAJARAN
PENGETUA WANITA DENGAN IKLlM SEKOLAH
Oleh
HARIS BIN YUSOH
Tesis Ini dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia, Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk
Ijazah Master Sains
OGOS 2003
:Baat
dar}
nf(tjayaan kjfa ada/an apabila kita mrzrasai paling paas
drzngan apa yang kita miliki srzlrzpas brzrusaha antuk
m�ndapatkannya �j
II
Abstrak tesis yang d ikemukakan kepada Senat U niversiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sains.
HUBUNGAN ANTARA AM ALAN KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA WANITA DENGAN IKLlM SEKOLAH
Oleh
HARIS BIN YUSOH
Pengerusi: Foo Say Fooi, Ph.D.
Jun 2003
Fakulti : Pengajian Pendidikan
Sejumlah 218 orang guru dari l ima buah sekolah menengah dalam daerah Alor
Gajah, telah dipi l ih sebagai sam pel kajian. Mereka telah diberi satu set soal
selidik yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu (1 ) Bahagian A, Latar Belakang
Guru , (2) Bahagian B, The Principal I nstructional Management Rating Scale'
(PIMRS), untuk mengukur persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan
pengajaran , dan (3) Bahagian C, The CFK School Climate Profile' (CFKSCP) ,
untuk mengukur persepsi guru terhadap jenis ikl im sekolah. Kebolehpercayaan
soal sel idik kajian telah d ianalisis menggunakan model Alpha Cronbach . Nilai
a lpha bagi soal selid i k PIM RS ialah 0.97, manakala soal sel id ik CFKSCP ialah
0.94. Hasi l kajian mendapati , tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan
i i i
terhadap amalan kepemimpinan pengajaran berdasarkan faktor demografi guru
kecual i gender (t = 2 . 1 1 , P < . 05) . Guru lelaki (min = 2 . 92 ) telah mempersepsi
amalan kepemimp inan pengajaran pengetua wanita lebih positif berbanding
guru wanita (min = 2.78). Secara keseluruhannya persepsi guru-guru terhadap
amalan kepemimpinan pengajaran pengetua wan ita berada dalam kategori
"Kerap" (min = 2 .83) . Peratus guru yang memi l ih skala "Kerap" (7 1 . 1 %) dalam
mempersepsi amalan kepemimpinan pengajaran pengetua wan ita , pal ing tinggi
berbanding skala-skala l ain , ia itu "Tidak Pernah" (0 .0%), "Jarang-Jarang"
(22.9%) , dan "Sangat Kerap" (6 .0%) . Hasi l kaj ian in i juga mendapat i 69.7% guru
telah mempersepsi ik l im sekolah sebagai "Sederhana Terbuka" . Wujud
perbezaan persepsi yang signifikan terhadap i kl im sekolah berdasarkan faktor
demografi , iaitu kategori (t = 2 .0 1 , p< .05) dan pengalaman (F = 3. 1 2 , P < . 05 ) .
Guru siswazah (min = 3 . 1 9) dan guru yang berpengalaman 1 6 - 20 tahun (min =
3.45) telah mempersepsi i kl im seko lah lebih positif berbanding guru-guru l ain.
Selain itu kaj ian ini jug a menunjukkan wujud hubungan positif dan rendah yang
signifikan di antara kekerapan amalan kepemimpinan pengajaran dengan i kl im
seko lah (r = 0 .35, P < . 05) . Secara lebih terperinci , set iap dimensi kepemimpinan
pengajaran, iaitu Dimensi Pentakrifan Matlamat Sekolah (r = 0.27), Dimensi
Pengurusan Program-Program Pengajaran (r = 0 .38 , P < . 05) , dan Dimens i
Pemupukan Ik l im Pengajaran dan Pembelajaran ( r = 0 .36, P < . 05) , jug a
menunjukkan hubungan posit if dan rendah dengan i kl im seko lah .
iv
Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfi lment of the requirement for the degree Master of Science
THE RELATIONSHIP BETWEEN THE PRACTICES OF INSTRUCTIONAL LEADERSHIP OF THE FEMALE PRINCIPALS AND SCHOOL CLIMATE
By
HARIS BIN YUSOH
Chairman: Foo Say Fooi, Ph.D.
Faculty: Educational Studies
June 2003
A total of 218 teachers from five secondary schools in the d istrict of Alor Gajah
were selected as samples for this research. There have been g iven a set of
questionnaires consisting three sections namely (1) Section A, Background of
respondents, (2) Section B, The Principal Instructional Management Rating Scale
(PI MRS), that is to measure the perception of teacher towards instructional
leadership, and (3) Section C, The CFK School Climate Profi le (CFKSCP), use to
measure the perception of teachers toward the type school climate. Reliabil ity of
the instruments was to analyze using the Alpha Cronbach Model . The alpha
value of these PIMRS and CFKSCP are 0.97 and 0.94 respectively. The
research does not show any sign ificant d ifference of the perceptions toward the
instructional leadership practice based on teachers' demographic factors except
for gender (t = 2. 11, p < . 05). Male teachers (mean = 2.92) percept toward the
v
instructional leadership practice are more positive compared to the female
teachers (mean = 2.78). On the whole, the teachers' perceptions toward the
practice of the instructional leadership of female principal are in the "Frequent"
catego ry (mean = 2.83). The percentage of teachers selecting the "Frequent"
scale is the h ighest (7 1 . 1 %), compared to other scales wh ich are; "Never"
(0 .0%), "Seldom" (22.9%), and "Always" (6 .0%). This research also reveals that
69.7% of teachers perceived school cl imate as "Moderately Open". A significant
d ifference is observed among teachers perception base on several demographic
factors , which are category ( t = 2 .0 1 , P < . 05) , and experience (F = 3. 1 2 , P < . 05) .
Graduate teachers (mean = 3 . 1 9 ) and teachers with 1 6 - 20 years experience
(mean = 3.45) percept toward the school cl imate are more positive compared to
other teachers. Apart from th is, the research also discovers s ignificant existence
of a positive and low relationship between practice of instructional leadersh ip and
school cl imate ( r = 0.35, p< .05) . For more detai l every instructional leadersh ip
dimension , which are Interpretation of School Vision Dimension (r = 0 .27),
Educational Programs M anagement Dimension (r = 0 .38), and Promote an
Academic Learning Cl imate Dimension (r = 0 .36), shown positive and low
relationship to the school cl imate.
VI
PENGHARGAAN
Ucapan terima kasih khusus saya tujukan kepada Dr. Foo Say Fooi , selaku
pengerusi Jawatankuasa Penyel ia Tesis, Prof. Madya Dr. Zakaria Kasa dan Pn .
Rosnani J usoh sebagai Ah l i Jawatankuasa Penyel iaan Tesis, yang telah banyak
membantu dan membimbing saya secara langsung dalam menyiapkan tesis ini.
Terima kasih juga u ntuk isteri Rafiah dan Zaleha serta anak-anak yang
memahami situasi sukar da lam menyiapkan tesis ini dan sentiasa memberi
dorongan sehingga siapnya tesis in i .
Tidak lupa juga d iucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan , Noridah dan Nor Rash idah yang banyak membantu dan memberi
kerjasama yang cukup baik . J uga kepada En . Jemarupin yang banyak memberi
bantuan kepakaran dan tenaga.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung ataupun tidak da lam tesis saya in i .
Haris b in Yusoh
Ogos 2003
vii
Saya mengesahkan bahawa J awatankuasa Pemeriksa bagi Haris b in Yusoh telah mengadakan pemeriksaan akhir pada 25 J un 2003 untuk meni lai tesis Master Sa ins beJ iau yang bertajuk "Hubungan Anta ra Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Wanita Dengan Ik l im Sekolah" mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan-peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa pemeriksa memperakukan bahawa calon ini layak d ianugerahk an ijazah tersebut. Anggota Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:
Maimunah Ismail, Ph.D. Profesor Faku lti Pengajian Pend idikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)
Foo Say Fooi, Ph.D. Fakulti Pengajian Pendid ikan Universiti Putra Malaysia (Ahl i )
Zakaria Bin Kasa, Ph.D. Profesor Madya Fakulti Pengajian Pend idikan Universiti Putra Malaysia (Ahl i )
Rosnani Binti Jusoh Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (AhJi )
AMSHER MOHAMAD RAMADILI, Ph.D. Profesor I Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia
Tarikh: 2 9 SEP 2003
vii i
Tesis ini telah diserahkan kepada Senat U niversiti P utra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sains. Anggota Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:
Foo Say Fooi, Ph.D. Fakulti Pengajian Pendidikan U niversiti Putra Malaysia (Ahli)
Zakaria Bin Kasa, Ph.D. Profesor Madya Faku lti Pengajian Pendidikan U niversiti Putra Malaysia (Ahli)
Rosnani Binti Jusoh Fakulti Pengajian Pendidikan U niversiti Putra Malaysia (Ahli)
ix
AINI IDERIS, Ph.D. Profesor I Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia
Tarikh: 1 4 NOV 2003
PENGAKUAN
Saya mengakui bahawa tesis in i adalah hasi l kerja saya yang asl i mela inkan
petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya
juga mengaku bahawa tesis i n i tidak d imajukan untuk ijazah-ijazah la in sama ada
di U n iversiti Putra Malaysia atau institusi- institusi la i n .
l
HARIS BIN YUSOH
Tarikh : 8 OgO$ 2003
x
SENARAI KANDUNGAN
Halaman
DEDIKASI II ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN PENGAKUAN S ENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH S I N GKATAN
i i i vi VII VIII X xi xiv xvi XVII
BAB
PENGENALAN
Latar Belakang Kaj ian Pernyataan Masalah Objektif Kaj ian Soalan Kaj ian Kepentingan Kaj ian Batasan Kaj ian Defin isi Operasional
Persepsi Kepemimpinan Pengajaran Ikl im Sekolah
I I SOROTAN LlTERATUR
1 6 8 9
1 0 1 2 1 2 1 2 1 2 13
Pendahuluan 1 6 Isu Gender da lam Kepemimpinan Pendid ikan 1 6 Konsep Kepemimpinan Pengajara n 2 1
Pentakrifan Matlamat Sekolah 27 Pengurusan Program Pengajaran29 Pemupukan I kl im Pengajaran dan Pembelajaran 29
Konsep I kl im Sekolah 34 Ikl im Terbuka 42 I kl im Tertutup 44
Kaj ian-Kaj ian Lepas 45 Kaj ian-Kaj ian Mengenai Kepemimpinan Pengetua
Berd asarkan Gender 45 Kaj ian-Kaj ian Mengenai Kepemimpinan Pengajara n 5 1 Kaj ian Mengenai Ik l im Sekolah 60
xi
I I I METODOLOGI
Pendahu luan Reka Bentuk Kajia n Kerangka Konsep Populasi dan Sampe l Kajian I nstrumentasi
I nstrumen Kesahan dan Kebolehpercayaan Pengumpulan Data
Pengana lisisan Data Statistik Deskriptif Statistik I nferensi
IV DAPATAN
70 70 7 1 72 77 77 84 87 89 89 90
Pengenalan 93 Latar Belakang Responden93 Persepsi T erhadap Amalan Kepemimpinan Pengajaran 95 Perbezaan Persepsi Terhadap Amalan Kepemimpinan
Pengajaran 98 Persepsi Terhadap Jenis I klim Sekolah 1 0 1 Persepsi Terhadap Faktor Iklim 1 02
Perbezaa n Persepsi Terhadap Jenis I klim 1 03 H ubungan antara Amalan Kepemimpinan Pengajaran dengan
I klim Sekolah 1 08 H ubungan a ntara Kepemimpinan Pengajaran dengan Ik lim Sekolah 1 08 Hubungan a ntara Dimensi Kepemimpinan Pengajaran dengan Ik lim Sekolah 1 09
V RUMUSAN , PERBI NCANGAN, DAN CADAN GAN
Pendahu l uan 1 1 0 Rumusan 1 1 0
Rumusan Kajian 1 1 5 Perbincangan 1 1 7
Persepsi Terhadap Kepemimpinan Pengajaran 1 1 7 Persepsi Terhadap I klim Sekolah 1 23 Hubungan a ntara Amalan Kepemimpinan Pengajaran Dengan Ik lim Sekolah 1 27
I mp likasi Dapatan Kajian 1 30 Cadangan 1 33 Cadanga n Kajian Lanjut 1 37
B I BL IOGRAFI 1 38
XII
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
BIODATA PENULIS
XIII
1 38
1 4 9
1 63
SENARAI JADUAL
N o . Jadua l Halaman
2 . 1 O imensi dan Fungsi Kepemimpinan Pengajaran 26
3 . 1 Taburan Pengetua d i Zon Oalam Negeri Melaka Meng ikut Gender 72
3 .2 Senara i Sekolah Menengah Oa lam Zon Alor Gajah dan Gender Pengetua 73
3 .3 Taburan Populasi Guru Meng ikut Sekolah Pensampelan 75
3.4 Taburan Item Soal Sel id ik Kepemimpinan Pengajaran Mengikut Oimensi dan Fungsi 79
3 . 5 Skala Amalan Kepemimpinan Pengajaran 79
3 .6 Jadual Skor M in 80
3 .7 Skala Profi l Ik l im Sekolah 80
3 . 8 Anal isis Item Faktor I kl im Sekolah 82
3 . 9 Taburan Alpha Item dan Bi langan Item I nstrumen Kaj ian 86
3 . 1 0 Pemi l ihan Alat Statistik yang Sesuai Berasaskan Skala Pengukuran 90
4 . 1 Taburan Responden Mengikut Faktor Oemografi 95
4 .2 Skala kekerapan amalan kepemimpinan pengajaran 96
4 .3 Anal isis Amalan Kepemimpinan Pengajaran 97
4 .4 Taburan Kekerapan Pengetua Wan ita Mengamalkan Kepemimpinan Pengaj aran Oi Sekolah 98
4 . 5 Perbezaan M i n (Uj ian-t) Persepsi Responden Terhadap Amalan Kepemimpinan Pengajaran Berdasarkan Gender, Kategori , J awatan , dan Gred Sekolah 99
xiv
4.6 Perbezaan Min (ANOVA) Persepsi Responden Terhadap Amalan Kepemimpini::m Pengajaran Berdasarkan Ras, Umur, d a n Pengalaman. 1 00
4 .7 Kekerapan Persepsi Guru Terhadap Amalan Kepemimpinan Pengajaran Berdasarkan Gender 1 0 1
4 . 8 Taburan Kekerapan Persepsi Guru Terhadap Jenis I kl im Sekolah 1 02
4 . 9 Kekerapan d a n Skor M in Persepsi Guru Terhadap Faktor Ik l im Sekolah 1 03
4 . 1 0 Perbezaan Min (Ujian-t) Persepsi Responden Terhadap Jenis Ik l im Sekolah Berdasarkan Kategori , Gender, J awatan , d a n Gred Sekolah 1 04
4 . 1 1 Perbezaan Min (AN OVA) Persepsi Responden T erhadap Jen is Ikl im Sekolah Berdasarkan Pengalaman, Ras, dan Umur 1 05
4 . 1 2 Kekerapan Persepsi Guru Terhadap Ik l im Sekolah Berd asarkan Kategori dan Pengalaman 1 06
4 . 1 3 Uj ian Pos Hoc Scheffe bag i pengalaman <5TH , 6 - 1 0TH , 1 1 - 1 5TH , 1 6 - 20TH dan >2 1 TH . 1 07
4. 1 4 Keputusan Uj ian Korelasi Pearson u ntuk Mel ihat H ubungan antara Dimensi-Dimensi Kepemimpinan Pengajaran dengan Ik l im Sekolah 1 09
xv
No. Rajah
2 . 1 E mpat Faktor Ik lim
3. 1 Kerangka Kaj ian
3.2 Skor Profil / k/im Seko/ah
SENARAI RAJAH
xvi
Ha/aman
40
7 1
84
SENARAI SINGKATAN
1. ANOVA Analysis of Variance
2. BPPP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
3. CAP California Achievement Program
4. CES Classroom Environmental Scale
5. EPRD Educational Planning and Research Department
6 . FPPUPM Faku lti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
7. GPK Guru Penolong Kanan
8. GPKHEM Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
9. IAQ I nstructional Activity Questionnai re
10. ICI-T Instructional Climate I nventory-T
11. I I I Instructional Leadership I nventory
12. J P N Jabatan Pendidikan Negeri
13. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
14. LBOQ Leadership Behavior Description Questionnaire
15. M CQ M ultifactor Leadership Questionnaire
16. OCQ Organizational Commitment Questionnai re
17. P I M RS Principal I nstructional Management Rating Scale
18. SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
19. S PSS Statistical Package for The Social Sciences
20. SLA Substitutes for Leadership Scale
21. TES Teacher Efficacy Scale
22. TTS Teacher Satisfaction Survey
xvii
1
BABI
PENGENALAN
Latar Belakang Kajian
Peranan wanita di dalam pembangunan negara dan masyarakat tidak dapat
d inafikan lag i . Kerjaya kini telah menjadi sebahagian daripada ruti n seharian
wanita. Menurut Syarifah Hayaati (2003) , peranan wanita d i dalam kerjaya
sang at d iperlukan khususnya dalam bidang-bidang tertentu sepert i pendidikan,
perbidanan, kejururawatan , kedoktoran , perundingan, kesetiausahaan, dan
pentadb iran . Menurut bel iau lag i , wanita juga telah terbukti boleh memainkan
peranan yang berkesan sebagai "thin-tank" dalam perundingan , pembuatan
keputusan, penggubalan dasar dan undang-undang .
Dalam bidang pendidikan , pengl ibatan kaum wanita ternyata telah
melebih i kaum lelaki . Statistik Kementerian Pendid ikan Malaysia menunjukkan
jumlah guru d i seluruh negara pada tahun 2002 ialah 2 ,027,087. Dari jum lah in i
1 ,025, 565 adalah guru wanita m anakala 1 ,001 ,522 adalah le lak i (Kementerian
Pendid ikan Malaysia, 2002) . I n i memberi gambaran, hampir 25,000 orang guru
wanita telah melebihi guru le laki . Fenomena in i menunjukkan kecenderungan
kemungkinan suatu ketika nanti jawatan pengetua sekolah akan d idominasi oleh
kaum wanita.
2
Sebagai pengetua yang berperanan meneraju i organisasi sekolah ke arah
kecemerlangan dan kegemi langan pendidikan, pengetua wanita sering
menghadapi cabaran dalam perbandingan dengan pengetua-pengetua lelaki .
Cabaran utama pengetua wanita ia lah keraguan terhadap kemampuan mereka
u ntuk membawa sekolah ke a rah kecemerlangan ( Inner, 2003) . J usteru itu
banyak penul isan dan kaj ian-kaj ian untuk mel ihat keberkesanan kepemimpinan
pengetua wanita telah d ija lankan sama ada d i dalam mahupun d i luar negara .
Antaranya ia lah kaj ian yang d ija lankan oleh Del isio, (200 1 ) , Shareena, (200 1 ) ,
Sharifa , ( 1 999), Lai & Yin , ( 1 999) , B loom & Munro, ( 1 995) , Greene, ( 1 995) ,
Stone, ( 1 994) , Lather, 1 99 1 ) , dan beberapa penul is la in lag i . Kaj ian in i
merupakan manifestasi terhadap keraguan masyarakat terhadap kemampuan
wanita dalam mengemudi sesebuah organisas i .
Tanggapan masyarakat umum dan guru-guru terhadap konsep
keberkesanan pengetua adalah berbeza. Masyarakat mengukur keberkesanan
dan prestasi seseorang pengetua berdasarkan pencapaian keputusan
peperiksaan yang cemerlang . Masyarakat juga beranggapan pengetua yang
cemerlang berjaya mentadbir sekolahnya dengan berkesan sehingga membawa
kepada kejayaan dan kecemerlangan pelajar sama ada dalam bidang akademik ,
ko-kuri ku lum serta sahsiah yang m ul ia (Shahri l @ Chari l , 2000) . U ntuk
menghasi l kan kecemerlangan i ni , kemantapan pengurusan dan ketegasan
dalam kepemimpi nan sangat d iperlukan. Dengan sifat-sifat "femin ine" yang
d im i l i ki oleh pengetua wanita, kemampuan mereka menghasi lkan
kecemerlangan in i adalah d iragukan, berbanding lelaki yang bersifat "mascu l ine"
( I nner, 2003) . Menurut I nner (2003), n i la i "mascul ine" yang terdapat pada
3
seseorang lelaki menyebabkannya memi l ik i sifat-sifat yang objektif, agresif,
mengawa l , berfikiran terbuka dan "autonomous", sebal iknya n i la i "femin ine"
menjadikan wanita secara semula jadinya penyayang, lembut, " i ntuitive" , sensitif,
mengambi l berat, keibuan dan lebih berhati-hati . Menurut Del is io , (200 1 ) ,
dengan n i l a i "femin ine" i n i , jangkaan masyarakat yang d iharapkan daripada
pengetua wanita tidak seperti jangkaan yang d iharapkan daripada lelak i . Dalam
satu laporan disertasi kedoktoran oleh Bush (200 1 ) , be l iau merumuskan,
walaupun terdapat pengetua wanita yang berjaya mentadbir sekolah dengan
cemerlang, namu n kecemerlangan itu adalah dengan sokongan suami dan
"mentor" yang menjadi " role model" . In i je las menampakkan keraguan terhadap
kebolehan wan ita mentadbir sekolah ke arah kecemerlangan.
Walaupun kepemimpinan pengetua yang selalu d ika itkan dengan
kecemerlangan pelajar , namun sumbangan guru-gu ru mata pelajaran tidak boleh
d i lupakan begitu saja . Komitmen guru-gu ru terhadap tugas dan tanggung jawab
mengajar m urid-murid sebenarnya adalah penyum bang utama kepada
kecemerlangan akademik mereka. Bagi guru-guru, kecemerlangan pengetua
adalah apabi la pengetua , sama ada le laki mahupun wan ita , berjaya mewujudkan
suasana ik l im sekolah yang baik. Suasana ikl im sekolah yang baik ialah apabi la
masyarakat sekolah tersebut mengamalkan n i la i-n i la i hormat-menghormati ,
sal ing mempercayai , melaksanakan pembaharuan dalam pengajaran dan
pembelajaran , peningkatan akademik , peluang bersama, semangat kekitaan,
m oral , dan kasih sayang (C. F . Kettering , 1 974, dalam Kalaiselvam , 2000) .
Walaupun wanita sela lunya d ika itkan dengan ni la i dan ciri-ciri kelembutan,
4
mengambi l berat, tel iti , cermat, pr ihat in , dan lain-la in lagi namun kepemimpinan
mereka belum menjamin terbentuknya ik l im yang baik d i sekolah ( I nner, 2003).
Komitmen gu ru-guru ini sebenarnya merupakan hasi l dorongan sta i l
kepemimpinan pengetua yang berjaya membentuk suasana ik l im sekolah yang
baik. Ikl im sekolah menjadi amat penting dalam menghasi lkan kecemerlangan
kerana ik l im sekolah menyum bang kepada kepuasan kerja guru-guru dan staf
sekolah. Suasana ik l im yang s ihat dan terbuka akan membentuk persekitaran
kerja yang kondusif, memberi ruang yang selesa untuk guru-guru bekerja , dan
seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran amat berkesan
( Freiberg , 1 996) . U ntuk itu , pengetua bukan sahaja berperanan sebagai
seorang pemimpin pentadbiran semata-mata, tetapi juga sebagai pemimpin
pengajaran, sebagai mana pendapat Sweeney ( 1 982) yang mengatakan,
sebagai pemimpin pengajaran, antara tugas utama pengetua ialah untuk
menyediakan dan m engekalkan suasana atau ik l im sekolah yang kondusif.
Menurut Sweeney ( 1 982) lag i , seorang pengetua yang berkesan akan
mewujudkan ik l im atau suasana sekolah yang teratur, am an dan
menyeronokkan, sesuai dengan pembelajaran d i sekolah. Adalah amat penting
bagi seseorang pengetua memahami perkaitan antara pengurusan dan iklim
sekolah kerana ik l im sekolah terbentuk daripada faktor-faktor pengu rusan yang
d ikawal oleh pengetua (Owen, 1 998) . I n i termasuklah faktor-faktor fizikal dan
kem udahan yang d iusahakan oleh pengetua, sebagaimana menurut Fre iberg
( 1 996) , walaupun hanya dengan sedikit perubahan yang d i lakukan ke atas
sekolah dan b i l ik darjah , sudah cukup untuk memberi kesan yang sign ifikan
kepada i kl im sekolah. Kepemimpinan pen'getua seharusnya dapat menambat
hati semua staf dan pihak-pihak yang terl ibat dengan sekolah agar mereka dapat
membentuk satu jalinan sokongan yang mampu mengadakan perubahan,
Ketiadaan i klim yang kondusif pada asasnya disebabkan oleh kelemahan
kelemahan yang ada pada seseorang pengetua (Fatimah, 1998). Menurut
Booth, Bulach dan P ickett (1998), terdapat beberapa tingkah laku pengetua yang
dianggap negatif yang menyebabkan guru-guru menarik dir i dan tidak mendapat
kepuasan bekerja di bawah kepemimpinannya. Antaranya ialah hubungan
kemanusiaan yang lemah, tidak prihatin , menunjukkan sikap tidak percaya
kepada guru-guru dan kemahiran komunikasi yang lemah. Tingkah laku in i
selai n memberi kesan kepada guru-guru, juga menyumbangkan kepada tahap
disipl in pelajar yang rendah. Menurut Sugai dan Horner (2001), tahap disipli n
pelajar yang rendah akan menyebabkan menurunnya keberkesanan, kecekapan
dan kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Bagi memastikan semua pengetua yang memimpin masyarakat sekolah
tidak memiliki tabiat dan tingkah laku negatif in i , pelbaga i usaha telah dijalankan
oleh Kementerian Pendidikan. Kursus Kelayakan Profesional Kepengetuaan
Kebangsaan (National Proffesional Qualification of Headship - NPQH) yang
dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan di peringkat diploma adalah satu usaha
terbaru untuk menghasil kan pengetua dan guru besar yang benar-benar
berkemah iran dan cekap, malah ia menjadi syarat yang mesti dilalui oleh bakal
pengetua. Pengetua sendiri mestilah bersedia untuk menjadi seorang pengurus
yang cemerlang, sama ada dengan menghadiri kursus atau seminar berkaitan
pengurusan dan kepemimpinan pengetua. Latihan dan kursus-kursus ini adalah
6
bertujuan untuk membekalkan kecekapari kepada pengetua memimpin
masyarakat sekolah ke arah pembentukan ik l im dan budaya sekolah yang baik.
Pernyataan Masalah
Penga laman bekerja d i bawah kepemimpinan seorang pengetua wan ita dan
rungutan daripada rakan-rakan yang menghadapi s ituasi yang sama di sekolah
sekolah lain telah menimbulkan satu keraguan tentang keberkesanan
pengurusan pengetua berasaskan gender. Penu l isan dan kaj ian-kaj ian yang
dija lankan berkaitan dengan keberkesanan pengetua berasaskan gender secara
tidak lang sung telah mengukuhkan lagi keraguan terhadap kemampuan
pengetua wan ita menghasi lkan kecemerlangan sekolah . Kaj ian-kaj ian yang
d ija lankan ini bagi membuktikan sama ada keraguan yang timbul ini berasas
atau tidak . Walau bagaimanapun Bush (2001 ) , dengan jelas menunjukkan
keraguannya dengan mengatakan bahawa kejayaan pengetua wanita adalah
atas dorongan kaum le laki, ia itu suami , seperti yang d inyatakan sebelum in i .
Keraguan masyarakat terhadap kemampuan pengetua wanita sebenarnya
lebih bersifat prejudis gender. Masyarakat menganggap kerjaya sebagai suri
rumah tangga bag i seorang wanita lebih dominan dan boleh mengganggu tugas
dan tanggungjawab pengetua. Oleh itu sekiranya wanita d iberi tanggungjawab
mengurus d i sekolah , tanggungjawab pengurusan itu hanya sesuai dalam hal-hal
yang berkaitan dengan menguruskan murid-murid sama seperti tanggungjawab
keibuan dalam rumah tangga (Grogan, 1 996) .
7
Timbulnya masalah in i m ungkin disebabkan beban tug as pengetua yang
be rat sebagai mana pendapat Holtkamp (2002) yang mengatakan bahawa tugas
dan tanggungjawab pengetua wan ita sangat l uas dalam pelbagai bidang dan
memerlukan mereka membuat keputusan yang segera . Mereka mesti peka
terhadap apa yang d i l i hat oleh orang la in serta berupaya membina strategi
kejayaan yang proaktif (Wesson, 1 998). Ketiadaan satu garis panduan atau
pendekatan dalam pengurusan sekolah ditambah dengan beban tugas yang
banyak boleh menimbu lkan suasana yang bercelaru (d isorganized) , hubungan
kemanusiaan yang lemah, tidak prihatin , menunjukkan sikap tidak percaya
kepada guru-guru dan kemah i ran komunikasi yang lemah (Booth , Bulach dan
Pickett, 1 998) . Lemahnya hubungan kemanusiaan d alam organisasi boleh
menyumbang kepada rasa tidak puas hati ah l i-ah l inya.
Menurut Shahri l @ Chari l (2000) , peranan pengetua dalam kepemimpinan
pengajaran meliputi aktiviti m enyel ia , membuat cerapan dan memotivasikan
guru-gu ru dalam pengajaran , bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan
memberi tunjuk ajar kepada guru-gu ru da lam pengajaran , kuriku lum,
penggunaan a lat bantu mengajar dan pengurusan kelas, pencapaian matlamat
dan misi sekolah. Walaupun peranan ini agak sukar d i laksanakan kerana beban
tugas yang banyak tetapi peranan yang d igariskan melalui amalan
kepemimpinan pengajaran boleh menjelaskan perkara yang patut d iberi
keutamaan.
J usteru i tu satu kaj ian perlu d i laksanakan untuk mengenal pasti amalan
kepemimpinan pengajaran pengetua wani ta d i sekolah dan hubungannya