Post on 29-Mar-2021
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH)
1.
MANUAL PENGGUNA SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH)
URUSAN DAN
PERMOHONAN KUARTERS
Disediakan Oleh
Unit Teknologi Maklumat Seksyen Pentadbiran Dan Kewangan
Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. CAPAIAN KE PORTAL BPH..................................................................................... 1
1.1 LOG MASUK (LOG-IN) PORTAL BPH ...................................................................... 2
1.2 PAPARAN SKRIN LAMAN UTAMA ............................................................................ 3
2. MENU KUARTERS ................................................................................................ 4
2.1 PENGENALAN .............................................................................................. 4
2.2 SENARAI SUB MENU PROSES SISTEM .............................................................. 4
2.3 PERMOHONAN KUARTERS ............................................................................. 5
2.3.1 DAFTAR PERMOHONAN KUARTERS ........................................................ 5
2.4 SEMAKAN NO. GILIRAN MENUNGGU PERMOHONAN KUARTERS ........................... 9
2.4.1 PROSES SEMAKAN NO. GILIRAN ........................................................... 9
2.5 SEMAKAN MAKLUMAT TUNTUTAN DEPOSIT PERMOHONAN KUARTERS ................ 10
2.5.1 PROSES SEMAKAN TUNTUTAN DEPOSIT .............................................. 10
2.6 SEJARAH PERMOHONAN KUARTERS .............................................................. 11
2.6.1 PROSES SEMAKAN SEJARAH PERMOHONAN KUARTERS ......................... 11
2.7 PERMOHONAN E-TEMUJANJI KELUAR KUARTERS ............................................. 12
2.7.1 PROSES PENDAFTARAN PERMOHONAN e-TEMUJANJI KELUAR KUARTERS . 12
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 1
1. CAPAIAN KE PORTAL BPH
Laman Portal BPH, boleh diakses dan dicapai menggunakan perisian pelayar web (Web
Browser) seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan lain-lain pelayan web versi terkini
menggunakan alamat web (URL) seperti berikut:
htpp://www.sbbph.bph.gov.my
Paparan terbaik skrin sistem BPH adalah menggunakan resolusi 1024 x 768 pixel.
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 2
1.1 Log Masuk (Log-In) Portal BPH
Fungsi ini merupakan pintu utama bagi pengguna untuk log masuk ke dalam Portal BPH.
Pengguna yang telah berjaya mendaftar sebagai pengguna portal boleh log masuk ke
portal menggunakan ID pengguna serta katalaluan yang sah dan dihantar melalui emel.
Skrin log masuk ID Pengguna serta Katalaluan ini terletak pada bahagian atas panel
sebelah kanan portal.
Langkah & Arahan
a) Dari laman utama Portal BPH, lihat pada bahagian atas panel sebelah kanan. Masukkan ID Pengguna dan Katalaluan yang berdaftar dan seterusnya klik pada butang [Daftar Masuk].
Contoh Skrin
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 3
1.2 Paparan Skrin Laman Utama
Langkah & Arahan
a) Sistem akan memaparkan Skrin Awalan Dashboard yang terdiri daripada beberapa
Tab Menu iaitu Dashboard, My Info, RPP Premier/Eksekutif, Rumah Transit,
Berkelompok, Gelanggang dan Semakan Lebihan dan Bayaran Balik.
b) Secara default, sistem akan memaparkan Menu Dashboard beserta beberapa Sub-
Menu di dalamnya.
Contoh Skrin
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 4
2. MENU KUARTERS
2.1 PENGENALAN
Sistem BPH telah menyediakan beberapa fungsi utama berkaitan urusan kuarters BPH
kepada pengguna yang layak. Manual Panduan yang disediakan ini menjelaskan secara
keseluruhan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh pemohon bagi setiap proses berkaitan
permohonan kuarters BPH melalui Sistem Bersepadu BPH (SBBPH) tersebut.
2.2 SENARAI SUB MENU PROSES SISTEM
Berikut disenaraikan skrin sub menu proses yang disediakan bagi permohonan kuarters
Sistem SBBPH, JPM seperti di bawah:
Senarai Skrin / Sub Menu Proses Perihal dan Fungsi Skrin / Sub Menu
Proses
a) Skrin Sub Menu Permohonan. Skrin Proses Daftar Permohonan Kuarters.
b) Skrin Sub Menu No.Giliran
Menunggu.
Semakan No.Giliran selepas permohonan di
hantar dan diproses oleh unit kuarter BPH.
c) Skrin Sub Menu Tuntutan Deposit. Semakan rekod bayaran deposit kuarter selepas
pemohon keluar daripada kuarters BPH.
d) Skrin Sub Menu Sejarah
Permohonan.
Paparan senarai rekod kuarters BPH yang
pernah diduduki oleh pemohon.
e) Skrin Sub Menu Permohonan e-
Temujanji.
Skrin Proses Permohonan untuk keluar kuarter
BPH oleh penghuni kuarters dalam tempoh 14
hari sebelum kunci diserahkan semula kepada
BPH.
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 5
2.3 PERMOHONAN KUARTERS
Setiap permohonan untuk menduduki Kuarters BPH mestilah di buat secara atas
talian atau Online melalui laman web Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan
Perdana Menteri (JPM) di alamat url https:\\www.bph.gov.my.
2.3.1 DAFTAR PERMOHONAN KUARTERS
Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah bagi proses mendaftar dan
menghantar permohonan kuarters.
Langkah & Arahan
Sub Menu: Permohonan
1. Klik pada butang [Daftar Baru] sistem secara automatik akan memaparkan
syarat-syarat yang WAJIB dipatuhi oleh setiap pemohon kuarters.
2. Pemohon mesti klik butang [Setuju] pada skrin syarat tersebut bagi
meneruskan proses pendaftaran permohonan.
Contoh Skrin
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 6
3. Sila isi dan lengkapkan skrin maklumat asas semakan kelayakan permohonan,
skrin maklumat peribadi dan skrin perakuan.
Contoh Skrin
a) Maklumat Asas Semakan Kelayakan Permohonan
b) Maklumat Peribadi
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 7
c) Maklumat Pekerjaan
d) Maklumat Pasangan
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 8
e) Maklumat Kelainan Upaya
4. Skrin Perakuan dan Hantar Permohonan
Skrin Perakuan, HANYA akan dipaparkan secara automatik selepas setiap skrin
maklumat dalam langkah No# 3 di atas, di klik butang [Simpan / Kemaskini].
Sila klik butang [Hantar Permohonan] pada bahagian perakuan setelah
bersetuju dengan kelas kuarters yang ditawarkan.
Contoh Skrin
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 9
2.4 SEMAKAN NO. GILIRAN MENUNGGU PERMOHONAN KUARTERS
Sistem BPH telah menyediakan fungsi semakan No.Giliran menunggu permohonan
kuarters secara atas talian.
2.4.1 PROSES SEMAKAN NO. GILIRAN
Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah bagi proses semakan No. Giliran
menunggu permohonan kuarters.
Langkah & Arahan
1. Sila klik pada “Sub Menu No. Giliran Menunggu” untuk menyemak nombor
giliran menunggu semasa permohonan kuarters.
*Nota*
Maklumat no. giliran menunggu akan dipaparkan secara automatik sekiranya
permohonan tuan/puan telah disemak dan diproses oleh unit kuarters.
Contoh Skrin
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 10
2.5 SEMAKAN MAKLUMAT TUNTUTAN DEPOSIT PERMOHONAN KUARTERS
Sistem BPH telah menyediakan fungsi semakan maklumat tuntutan deposit kuarters
secara atas talian bagi penghuni yang telah keluar kuarters BPH.
2.5.1 PROSES SEMAKAN TUNTUTAN DEPOSIT
Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah bagi proses semakan status
tuntutan deposit permohonan kuarters.
Langkah & Arahan
1. Sila klik pada “Sub Menu Tuntutan Deposit” untuk menyemak status semasa
permohonan tuntutan deposit kuarters.
*Nota*
Unit permohonan kuarter BPH akan memproses Permohonan Tuntutan Deposit
Kuarters sejurus selepas proses temujanji dan penyerahan kunci kuarter
dilakukan oleh penghuni. Maklumat status deposit akan dipaparkan secara
automatik dalam sistem.
Contoh Skrin
a) Contoh fungsi carian no. resit
b) Senarai dan maklumat Resit.
Nota: Maklumat resit yang lengkap akan dipaparkan apabila rekod resit tuntutan
deposit (Jika ada).
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 11
2.6 SEJARAH PERMOHONAN KUARTERS
Sistem BPH telah menyediakan fungsi semakan maklumat sejarah permohonan
kuarters secara atas talian bagi penghuni yang pernah menduduki kuarters BPH.
2.6.1 PROSES SEMAKAN SEJARAH PERMOHONAN KUARTERS
Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah bagi proses semakan sejarah
permohonan kuarters.
Langkah & Arahan
1. Sila klik pada “Sub Menu Sejarah Permohonan” untuk melihat sejarah
penghuni yang telah menduduki kuarters tersebut. Maklumat status deposit
akan dipaparkan secara automatik dalam sistem.
Contoh Skrin
SISTEM BERSEPADU BPH (SBBPH) MODUL PERMOHONAN KUARTERS
Manual Pengguna Versi 1.0 12
2.7 PERMOHONAN e-TEMUJANJI KELUAR KUARTERS
Sistem BPH telah menyediakan fungsi pendaftaran permohonan keluar kuarters
secara atas talian yang dikenali sebagai e-Temujanji bagi penghuni yang telah
menduduki kuarters BPH.
2.7.1 PROSES PENDAFTARAN PERMOHONAN e-TEMUJANJI KELUAR
KUARTERS
Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah bagi proses permohonan e-
Temujanji atau keluar kuarters.
Langkah & Arahan
1. Sila klik pada “Sub Menu e-Temujanji” untuk mendaftar permohonan e-
Temujanji atau keluar kuarters BPH,.
2. Sistem akan memaparkan skrin lengkap permohonan e-Temujanji seperti di
bawah. Sila masukkan pilih tarikh temujanji, masa temujanji, masukkan
maklumat e-Temujanji berserta maklumat perhubungan selepas kluar kuarters.
3. Klik butang [Simpan] untuk menghantar permohonan e-Temujanji.
4. Seterusnya, penghuni akan menerima notifikasi e-mel memaklumkan
permohonan temujanji telah diterima.
Contoh Skrin