Post on 03-Jan-2020
HP KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
NAMA : FARAH NADIA BINTI ABD HALIM
FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
PENSYARAH : PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI
NAMA PROGRAM : MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT
JAWATAN : PENGARAH PUBLISITI DAN MEDIA
Minggu menderma darah bersama komuniti sihat merupakan sebuah program anjuran Bulan
Sabit Merah Malaysia cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Tujuan program
ini diadakan bagi membantu Pusat Darah Negara mengisi tabung darah di pusat tersebut yang
semakin berkurangan. Berikut merupakan pembuktian kertas kerja dan surat kelulusan
program sebagai pembuktian.
Sebelum program ini dijalankan beberapa perkara telah dilaksanakan. Antara perkara berikut
adalah, sebagai pengarah publisiti dan media saya bertanggungjawab dalam mereka poster
dan banner program ini. Setelah rekaan poster siap dan dipersetujui oleh semua AJK, saya
bersama ketua pengarah dan AJK publisiti dan media telah menempah poster dan banner
program. Dua hari sebelum program diadakan saya bersama AJK telah menggantungkan
banner tersebut di Pusanika dimana program tersebut diadakan. Selain poster dan banner,
kami juga mengedarkan flyers kepada pelajar UKM. Selain itu, saya juga mengambil langkah
mengiklankan program ini di digital board UKM yang terletak di pintu masuk utama UKM.
Gambar di atas merupakan banner program MMD.
Gambar di atas pula merupakan poster dan flyers bagi program MMD.
Bagi memastikan program berjalan dengan lancar, beberapa mesyuarat telah diadakan untuk
memastikan setiap gerak kerja dilakukan bersesuaian dengan masa yang telah ditetapkan.
Melalui mesyuarat, nilai sosial dan kebertanggungjawaban juga dapat dipupuk.
Program Minggu Menderma Darah bersama Komuniti Sihat telah berlangsung pada 13, 14
dan 16 Oktober 2014 dan bertempat di aras 5, pusanika. Target bagi penderma darah setiap
hari adalah 100 orang tetapi pada hari pertama program, jumlah yang ingin menderma
seramai 127 orang tetapi yang berjaya menderma seramai 93 orang sahaja. Bagi hari kedua
dan ketiga program, melebihi target iaitu seramai 118 dan 115 penderma yang berjaya.
Bagi menghangatkan sambutan program pada hari terakhir, satu poster telah direka untuk
menarik minat warga UKM menderma darah. Berikut dilampirkan gambar poster.
Saya juga melampirkan gambar sebagai pembuktian program dan gambar yang
menunjukkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.
Selain banner, poster, flyers dan iklan pada digital board saya dan AJK publisiti dan media
juga telah membuat pameran bagi menggalakan warga UKM menderma darah di samping
dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang menderma darah. Di sini saya sertakan
gambar membuat persediaan pameran dan pameran tersebut.
Sepanjang program ini berlangsung, nilai sosial dan kebertanggungjawaban yang dapat
ditonjolkan ialah melalui kesedaran dan tanggungjawab saya terhadap masyarakat terutama
kepada mereka yang tidak sihat dan memerlukan darah bagi meneruskan hidup dan
megharapkan segera sembuh dari penyakit. Ramai yang tidak tahu bahawa setiap hari,
hospital kekurangan bekalan darah terutamanya darah jenis O kerana darah jenis O
merupakan darah yang boleh diterima oleh semua jenis darah. Justeru, saya merasakan
program MMD ini serba sedikit dapat membantu komuniti yang memerlukan dan ianya dapat
memupuk rasa tanggungjawab saya terhadap masyarakat. Semasa program berlangsung, saya
juga telah berkomunikasi dengan para penderma bagi mengetahui serba sedikit tentang
pengetahuan penderma terhadap program ini selain nilai sosial dalam diri. Setelah
berkomunikasi dengan penderma, secara tidak langsung dapat memupuk rasa tangunggjawab
penderma terhadap masyarakat.
Secara keseluruhan, sepanjang pembabitan saya dalam program ini, nilai sosial dan
kebertanggungjawaban berjaya dilaksanakan melalui perkara yang telah disebutkan diatas.