Post on 21-Jan-2016
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
TRANSKIP TEMUBUAL BERSAMA ENCIK YAHYA BIN OSMAN, MENGENAI
PENGALAMAN BELIAU SELAKU BEKAS GURU BESAR DAN MENGENAI
PENGALAMAN BELIAU DALAM BIDANG PENDIDIKAN.
OLEH:
Hazwani binti Abdul Karim
Noor Amiza binti Pikri
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
APRIL 2009 – NOVEMBER 2009
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
1.0 PENGHARGAAN
“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Pertamanya kami memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T yang telah
memberi limpah rahmat serta peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan
jaya dan sempurnanya setelah melalui pelbagai halangan dan dugaan. Sesungguhnya
tugasan ini banyak menguji kami dengan realiti persekitaran sebenar dalam memperolehi
maklumat berkenaan tokoh yang telah dipilih. Walaubagaimanapun, kami mendapat
banyak manfaat dalam menyempurnakan tugasan ini.
Di sini, kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Yahya
Bin Osman di atas kesudian beliau menerima kami untuk ditemuramah dan sanggup
meluangkan masa serta berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar warga pendidik
dan sewaktu pernah memegang jawatan sebagai Guru Besar.
Tidak lupa juga, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada kedua-dua pensyarah kami iaitu, Encik Mohd Nazir Bin Ahmad serta
Cik Hanis Diyana Binti Kamarudin iaitu pensyarah yang telah mengambil alih untuk
mengajar kami. Segala jasa dan tunjuk ajar kedua-dua pensyarah ini amat kami hargai
dan akan kami manfaatkan sepenuhnya.
Sekalung terima kasih buat semua teman seperjuangan yang telah sama-sama
berkongsi idea, membantu kami ketika menyiapkan tugasan ini secara langsung ataupun
tidak langsung.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada keluarga kami yang tidak jemu memberikan sokongan dan dorongan samada
dalam bentuk tenaga mahupun wang ringgit bagi membantu kami dalam menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Segala jasa baik semua pihak dan individu yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung dalam manyiapkan tugasan ini akan dibalas
dengan ganjaran dari Allah S.W.T. Amin.
Sekian, terima kasih.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
2.0 ABSTRAK
Transkrip temubual bersama Haji Yahya bin Osman selaku bekas guru besar, mengenai
pengalaman beliau dalam bidang pendidikan.
Abstrak: Transkrip ini mengandungi wawancara sejarah lisan bersama Haji Yahya bin
Osman selaku bekas guru besar.Didalam transkrip turut mengandungi pengalaman
beliau dalam bidang pendidikan.
Wawancara ini telah diadakan di rumah beliau di Taman Hijau, Jalan Ketoyong,
Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Beliau dilahirkan di Tapah,Perak pada tahun
1946 dan tinggal bersama-sama ayah, ibu tiri serta 10 orang adik beradik. Beliau telah
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Laki-Laki, Tapah pada tahun 1955
dan menyanbung pelajaran di Pusat Latihan Guru Ipoh selama 2 tahun. Sebelum dilantik
menjadi Guru Besar, beliau telah menyandang jawatan sebagai guru, Penolong Kanan,
Pegawai Pendidikan Daerah dan telah menamatkan jawatan Guru Besar pada tahun
2002. Selama 12 tahun bergiat aktif memegang jawatan sebagai Guru Besar, beliau
boleh dikatakan sebagai seorang pendidik yang berilmu dan mempunyai banyak
pengalaman. Terkandung di dalam juga pengalaman beliau sewaktu di sekolah rendah
dan menengah serta pengalaman beliau pada awal pembabitan sebagai seorang guru.
Kata Kunci: Guru, Pendidik, Pendidikan, Tokoh Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
3.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu bidang yang dipandang mulia dan tinggi darjatnya
sejak dahulu lagi. Fenomena ini terjadi kerana, pendidikan yang telah wujud berabad
lamanya bahkan telah menjadi perkara penting didalam mengembangkan ilmu iaitu tanpa
membezakan negara, kaum dan agama. Negara yang membangun adalah bermula dari
pendidikan dimana setiap rakyatnya dibekalkan dengan ilmu dan berupaya mentadbir
negara dengan baik.
Pendidikan dan pendidik tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu kerana
tanpa pendidik maka tidak wujudlah pendidikan. Pendidik atau Guru adalah lambang
kepada pendidikan iaitu yang mencorakkan pendidikan ini menjadi satu bidang yang
amat menarik dan meluas.Peranan guru amat meluas bukan sekadar mengajar malah
berperanan sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid disekolah.
Bermula di peringkat prasekolah sehinggalah keperingkat menengah, guru
memainkan peranan penting didalam pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Setiap
guru telah dilatih untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang
melalui kursus-kursus yang ditawarkan di institusi pendidikan dan juga di pusat-pusat
latihan perguruan di seluruh Malaysia. Penerapan ilmu-ilmu dan nilai-nilai yang positif
kedalam diri setiap bakal guru telah melahirkan para guru yang berwawasan dan
seterusnya beganding bahu dalam mendidik anak bangsa.
Usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan sektor ini dapat dilihat menerusi
keistemewaan yang diberikan kepada setiap guru, pendekatan ini adalah untuk
memastikan para guru mendapat keselesaan dan setiap usaha dan tenaga yang dicurahkan
terbalas, memandangkan status guru dipandang mulia dan tinggi di mata masyarakat.
Oleh itu, setiap guru seharusnya memegang ikrar dan janji untuk berbakti kepada negara
dengan sebaiknya dan menjalankan tugasan dengan hati yang ikhlas.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
4.0 FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
4.1 OBJEKTIF
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran,
1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan
politiknya..."
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian
Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib
1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang
kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh
Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa
Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa
Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam
jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan
terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara
dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem
pendidikan kebangsaan
4.2 STRATEGI PELAKSANAAN
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang
telah ditetapkan seperti berikut:
Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua
jenis sekolah;
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun
1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun 1989.
Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai
moral serta nilai etika yang kukuh;
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil; dan
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan
lain-lain
5.0 IMBASAN SEJARAH
5.1 Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
5.2 Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin
yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan
5.3 Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin
yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan
5.4 Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan
bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan
kebangsaan
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan
Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
6.0 HALA TUJU PENDIDIKAN
6.1 Perundangan Pendidikan
1957 - The Education Ordinance, 1957
1961 - Education Act, 1961
1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
1974 - Akta Politeknik Ungku Omar
1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
6.2 Laporan-Laporan Penting
1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran
dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata
Mahathir)
1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
6.3 Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 - Bahasa pengantar darjah 1
1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah
Kebangsaan
1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1
1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti
6.4 Peperiksaan Sekolah Rendah
1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 - MSSEE dimansuhkan
1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 - UDT dimansuhkan
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
1988 - PDL dimansuhkan
1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan
6.5 Peperiksaan Sekolah Menengah
1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 - SPPTM dimansuhkan
1964 - FMC dimansuhkan
1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia dimulakan
1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 - Tahun terakhir bagi SRP
1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan
6.6 Kurikulum
1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah
rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah
yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan
6 sekolah rendah
6.7 Peperiksaan Khas
1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas
1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas
(Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh
dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
setiausaha)
1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara
Kementerian-Kementerian.
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional Shah Alam ditubuhkan
1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran
Malaysia
1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-
kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan
1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan Pendidikan Khas
1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan
Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas.
7.0 Guru Cemerlang
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran
yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku
Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang.
Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan. Jawatan-
jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang
perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru
daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan
berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.
Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai
1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak
meninggalkan bilik darjah.
7.1 OBJEKTIF KENAIKAN PANGKAT GURU CEMERLANG
Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau
bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan
kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar
atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara
laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP)
8.0 PERANAN GURU
o Menentukan objektif pembelajaran.
o Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid.
o Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan p&p.
o Memilih bahan p&p yang sesuai.
o Berbincang dengan murid.
o Menilai secara formatif & sumatif dan merekod pencapaian murid.
o Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
9.0 TUGAS-TUGAS GURU BESAR
A. Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam
segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di
sekolah sebagaimana berikut:
1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua
kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua
kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,
penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus
dalam jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian
kakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan
tugas kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan
guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan
Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah
mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan
sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan
ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala
keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang
melibatkan guru dan kakitangan.
17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang
lain.
B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang
dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan
dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang
dilakukan oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan
lain-lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang
Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit
akaun sekolah secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar
sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan
teratur dan kemas kini.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang
runcit dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna
mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan
menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.
C. Pembangunan Fizikal Sekolah:
1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan
dengan cara yang baik dan teratur.
2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah
dari semasa ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang
diadakan di sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan
pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.
D. Pembangunan Kakitangan:
1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru
untuk pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam
perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di
peringkat yang lebih tinggi.
E. Mengajar:
1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang
telah ditetapkan bagi Guru Besar.
F. Kurikulum:
1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,
berkesan dan mengikut perancangan.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah
berjalan dengan sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan
menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.
5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk
memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu
sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.
8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab
terhadap perkembangan dan kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang
akademik.
G. Ko-Kurikulum:
1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-
pasukan unit pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur
dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-
kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit
berunifom.
H. Hal Ehwal Pelajar:
1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa
pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal
untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang
cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan
Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan
yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan
dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem
mentor menti).
I. Pengawasan Dan Penyeliaan:
1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap
perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.
2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas
pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan
pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.
3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam
pelaksanaan tugas-tugas mereka.
4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam
melaksanakan tugas-tugas mereka.
5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran
mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.
6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan
dibuat pada setiap hujung tahun
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
10.0 KESIMPULAN:
Hazwani binti Abdul Karim dan Noor Amiza binti Pikri telah menemubual Haji
Yahya bin Osman di kediaman beliau di Taman Hijau, Tanjong Malim, selama dua hari,
pada 29 Ogos 2009 dan 30 Ogos 2009. Temubual ini adalah berkenaan dengan
pengalaman beliau sebagai seorang pendidik dan Guru Besar yang telah banyak memberi
sumbangan dalam mendidik pelajar-pelajar.
Haji Yahya dilahirkan di Kampung Jalan Kacu, Tapah Perak, pada tahun
sembilan belas empat puluh enam (1946). Beliau mempunyai empat orang adik beradik
kandung dan enam orang adik beradik tiri. Beliau telah terlibat dalam bidang pendidikan
selama tiga puluh empat tahun.
Walaupun beliau telah berusia enam puluh tiga tahun dan tidak begitu sihat,
beliau sanggup diwawancara dan bersemangat dalam menceritakan kisah hidup dan
pengalaman beliau di dalam bidang pendidikan. Haji Yahya sangat serius dan berdedikasi
dalam membimbing pelajarnya ke arah kejayaan. Selain menjadi seorang Guru Besar,
beliau sangat aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Pelbagai penghargaan
telah dianugerahkan kepada beliau di atas sumbangan yang telah dicurahkan.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
11.0 BIODATA TOKOH
Nama : Encik Yahya Bin Osman
Tarikh Lahir : 13.11.1946
Tempat Lahir : Kampung Jalan Kacu, Tapah Perak
Keturunan : Melayu
Bilangan Adik-Beradik : 10 orang
Alamat Rumah : Taman Hijau, Jalan Ketoyong, 35900, Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Kelulusan Akademik :
o 1955- Darjah 1- 6
Sekolah Kebangsaan Laki-Laki, Tapah
o 1960- Tingkatan 1- 5
Ingglo Chinese School, Kampar
o Sijil Pelajaran Malaysia
o Melanjutkan pelajaran ke Institut Latihan Guru
Ipoh
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
o Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor
Bahru
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Puan Kamsiah
Bilangan Anak : 3 orang
1. Zuraina
2. Zuraidi
3. Zuhairi
Senarai sekolah yang pernah di ajar:
o Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Division Tiga,Hulu Bernam Perak
o Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Perak
o Sekolah Menengah Khir Johari Tanjong Malim
o Sekolah Menengah Trolak Selatan
o Sekolah Menengah Kalumpang
o Sekolah Kebangsaaan Hulu Bernam
o Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Sungai Buluh
Jawatan yang pernah disandang:
o Penolong Kanan
o Penolong Pengetua
o Pegawai PPD (Pejabat Pendidikan Daerah)
o Guru Besar
Penghargaan:
o Pingat Pangkuan Negara dari Al-Marhum Tuanku Jaafar (PPN)
o Tokoh guru daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor
o Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Kegiatan Lain:
o Bergiat aktif di dalam sukan bola sepak, sepak takraw dan badminton.
o Komanden Persatuan Bulan Sabit Merah, Malaysia.
o Bilal Masjid (jawatan yang disandang selepas bersara)
o Terlibat di dalam Persatuan Jalinan Rauh
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
KERANGKA TEMUBUAL
Ini adalah temubual antara Hazwani dan Noor Amiza dengan Encik Yahya Bin Osman,
mengenai pengalaman beliau selaku bekas Guru Besar dan mengenai pengalaman beliau
dalam bidang pendidikan.
KASET 1: BAHAGIAN A
NA: Assalamualaikum cikgu.
Encik Yahya: Waalaikumsalam warahmatullah.
NA: Cikgu apa khabar?
Encik Yahya: Alhamdulillah syukur pada Allah.
NA: Boleh kita mulakan temubual kita cikgu?
Encik Yahya: InsyaAllah [Dengan izin Allah].
NA: Boleh cikgu ceritakan tentang - maaf cikgu. Boleh cikgu berikan nama
penuh cikgu?
Encik Yahya: Nama saya Yahya Bin Osman.
NA: Ya, panggilan cikgu, nama panggilan?
Encik Yahya: Panggilan biasalah, nama saya jugak [juga] yang dipanggil,
tapi [tetapi] kalo [kalau] orang kat [dekat] daerah ni [ini]
sebab makciknya tunggal, orang biasa panggil saya Pak
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Unggal. Panggil di kat [dekat] mana-mana kawasan ni [ini]
orang akan kenal rumah saya. Ya, Pak Unggal mana, ya,
mereka akan tunjuk rumah saya, ni [ini] lah rumah.
NA: Boleh cikgu ceritakan tentang latar belakang cikgu?
Encik Yahya: Ya, saya dilahirkan di Kampung Jalan Kacu, Tapah Perak
mempunyai, masa itu pada tahun, tiga belas, sebelas, empat
puluh enam (13.11.46) dan mempunyai tiga adik, empat
adik beradik masa itu, dua orang kakak,saya dan seorang
adik tetapi di akhirnya oleh sebab zaman kesusahan adik
saya dibela oleh emak saudara saya dan untuk pengetahuan,
saya sendiri pun tidak mempunyai ibu semasa umur saya
tiga tahun, tak [tidak] kenal pun, hanya seorang ayah
kemudian ayah saya ni [ini] married, kahwin semula,
dapatlah enam orang anak, maka saya dalam kumpulan itu
saya yang tercicir sebab kakak dan kakak saya dua-dua dah
[sudah] kahwin, jadi taulakan [tahulah kan] hidup dengan
seorang mak tiri tapi [tetapi] mak tiri saya, Alhamdulillah
[bersyukur] seumur hidup saya sekali saya dicubit sebab
kedegilan saya untuk tidak mandi untuk pergi sembahyang,
itulah dan buat masa ini adik beradik tu [itu] berpecah-
pecahlah dan sehingga pada tahun seribu sembilan ratus
lima puluh lima (1955) saya menempuhi alam
persekolahan.
NA: Okay [Baik], apakah nama penuh isteri cikgu?
Encik Yahya: Oh. Pn. Kamsiah binti _____ _____ _____ _____ _____, dia
berasal daripada Gombak, Selangor. Tak tau [tidak tahu]
macam mana jumpa yang ditakdir Allah kahwinlah dengan dia
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
kerana saudara dia ada di kampung tu [itu] dan dia menetap
disana.
NA: Boleh cikgu ceritakan tentang latar belakang anak-anak cikgu?
Encik Yahya: Anak saya cuma tiga orang ja [sahaja], sorang perempuan,
Zuraina, dua orang lelaki Zuraidi dan Zuhairi. Ketiga-tiga
mereka ni [ini] dah [sudah] kahwin dah [sudah], yang
Zuraina mempunyai tiga orang anak, seorang lelaki, dua
orang perempuan, Zuhairi mempunyai dua orang anak,
seorang lelaki, dua-dua lelaki dan Zuraidi seorang anak
perempuan, Kamalia Balqis yang Zuhairi dua orang anak
dua-duanya lelaki iaitu (cuba mengingati) Mohd Danish
Khairin dan seorang lagi Mohd Daniel Khairin. Dan mereka
sekarang rukun damailah di rumah mereka masing-masing.
NA: Adakah ahli keluarga cikgu juga bergelar sebagai seorang guru?
Encik Yahya: Nampaknya tak [tidak] ada. Pada tahun mereka lulus SPM
[Sijil Pelajaran Malaysia] kedua-dua lelaki itu dapat gred
satu, SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] tapi [tetapi] refuse
[enggan] tak [tidak] hendak jadi cikgu, sebab dia tengok saya
sibuk cikgu tak [tidak] apa, tak [tidak] senang duduk kerana
diri saya memang macam tu [itu] saya mesti siapkan kerja
saya selagi tak [tidak] siap. Ramai juga cikgu besar atau
cikgu-cikgu ada masa lapang tapi [tetapi] pada saya tidak
kerana kita kesibukan dari segi profesional saya sebagai
cikgu dengan masyarakat masa itu saya berkhidmat dengan
masyarakat di Tanjung Malim ni [ini] sebagai seorang
komanden Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
menubuhkannya untuk bekerjasama dengan masyarakat
mengelokkan keadaan muda-mudi iaitu Tanjung Malim.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
NA: Adakah cikgu sering mendorong ahli keluarga cikgu supaya
berkhidmat sebagai guru?
Encik Yahya: Memang ada, kerana saya diajar bahawa Allah memang
meletakkan guru ni [ini], tempat yang mulia. Jadi oleh diri
saya sarankan kepada mereka, mereka tak [tidak] berapa
berkenan [minat]. Yang perempuannya memang berkenan
[minat] tapi [tetapi] kelulusan kurang mengizinkan dan yang
lelaki dua-dua ni [ini] secara saya tak [tidak] tahu daripada
awal telah berkhidmat sebagai pramugara MAS [Malaysia
Airlines System] dua-dua sekali dapat pergi situ.
NA: Boleh saya tahu, apakah pendekatan yang cikgu lakukan untuk
mendidik anak-anak di rumah?
Encik Yahya: Nombor satu saya macam biasa, saya akan suruh mereka
duduk dan check up [semak] kerja sekolah. Itu je [sahaja].
Kerana di sekolah ada mendengar kemudian di rumah dia
mesti buat homework [kerja rumah] kerja, selagi homework
[kerja rumah] tak [tidak] siap juga ada rentetan di akhir bila
masuk kelas. Dia tak [tidak] siap, dia akan rasa takut, ekoran
itu pelajaran lain takkan [tidak akan] masuk, selagi cikgu,
macam Matematik dah [sudah] siap, Matematik adalah
dalam period [waktu] yang ketiga jadi satu dan dua tu [itu]
mesti dia risau. Jadi saya mesti buat macam tu [itu],
kemudian mentelaah terutama sekali kalau Maghrib dia
tidak akan buat lain selain daripada Qur’an. Jadi itu
mendidik kita ke jalan yang sebenarnya.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
NA: Adakah cikgu menggunakan pendekatan yang sama seperti pelajar
cikgu di sekolah untuk mendidik anak-anak?
Encik Yahya: Ya, serupa. Kerana education [pendidikan] ni [ini] dia takde
[tidak ada] lari daripada apa-apa yang kita buat kat [dekat]
sekolah tinggal lagi sekolah ni [ini] kita tidak ditumpukan
hundred percent [seratus peratus] pada seorang murid, tapi
[tetapi] di rumah ni [ini] hanya tiga orang tapi [tetapi] saya
tidak pernah menggunakan rotan di rumah ni [ini], cuma saya
sebutkan dan saya akan beri penerangan kalau tidak saya
akan mengadakan satu hukuman yang lain, misalannya tak
[tidak] boleh keluar, dan tak [tidak] boleh bermain, main itu,
budak-budak main sukekan [sukakan] dan akhirnya begitulah
keadaannya.
NA: Siapakah idola cikgu?
Encik Yahya: Idola saya, zaman dulu kita takde [tidak ada] idola apa-apa
pun. Macam mane (tidak jelas), cumanya saya ni [ini]
bernasib baik, seorang yang miskin, tapi [tetapi] saya
diminati oleh guru saya, seorang, masih hidup lagi mudah-
mudahan. Nohan, di Tapah tu [itu], dia mengajar Bahasa
Inggeris, InsyaAllah [dengan izin Allah] setiap kali
dissertations [tesis] atau dictation [transkrip] yang
diadakannya, sayalah orang pertama dapat menghafal ayat
yang dia bagi. Kemudian, ayah dia masa itu, kalau,
masyarakat masih ingat ialah Menteri Pelajaran iaitu Hamid
Khan dan dia berminat untuk membela saya. Jadi saya
nampak dia ni [ini], Hamid Khan lah, jadi idola saya, dia
keturunan Punjabi ni [ini], tapi [tetapi] dia cukup serius
dalam pendidikan hingga nak [hendak] ambik [ambil] saya
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
bela kat rumah dia. Saya memang sukalah, orang yang tak
[tidak] berada dan pergi rumah dia. Jadi nampak gayanya
ayah saya tak [tidak] mengizinkan akhirnya saya
menganggap dia sebagai orang yang menjadi idola kepada
saya.
NA: Apakah yang sering cikgu lakukan ketika masa lapang?
Encik Yahya:Masa lapang ,masa saya takde [tidak ada] lapang
kemungkinannya setelah saya mengajar balik rehat ,saya
akan balik ke sekolah untuk membuat keje [kerja], terutama
sekali masa [semasa] saya jadi Guru Besar. Masa saya jadi
Guru Besar, saya takkan [tidak akan] sampai ke rumah
sebelum pukul lima, masa itu pukul empat suku okay [baik]
la boleh la, balik, tapi[tetapi] saya akan siapkan keje [kerja]
saya, kemudian saya akan bermesra dengan keluarga saya,
Maghrib saya dah [sudah] sampai ke surau sebelum saya
bertugas di masjid seperti sekarang ni [ini]. Kemudian,
malam kadang [kadang-kadang] ada je [sahaja] tetamu akan
sampai ke rumah ni [ini], ada benda-benda lain yang
dibincangkan. Terutama sekali sekarang pun masa lapang
saya rasa tak [tidak] ada, saya ada kan, saya setelah saya
terbabit dengan kerja-kerja amal di masjid [sekarang saya
rasa saya tidak mempunyai masa lapang, tetapi saya berusaha
meluangkan masa saya setelah terbabit dengan kerja-kerja
amal di masjid]. Kadang-kadang saya, macam biasalah ada
orang kahwin ke, ada orang meninggal ke, ada di situ la masa
lapang saya.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
NA: Apa prinsip hidup cikgu?
Encik Yahya: Prinsip hidup saya, selalu masa kat [dekat] sekolah saya jadi
Guru Besar ke, guru biasa ke di masjid ni [ini] tak [tidak]
saya, siapa, tak [tidak] sekarang, bila, tu [itu] prinsip saya.
Benar saya hurai sedikit ,tak [tidak] saya siapa, kalau saya
nak [hendak] bercakap tentang perubahan, untuk
membersihkan satu kawasan misalan saya kena mula, seperti
kata zaman Doktor Mahathir, kepimpinan memberi tauladan,
kalau kita tak [tidak] buat sape [siapa] nak [hendak] buat, tak
[tidak] sekarang, bagi orang Melayu pun, tak [tidak] sekarang
tak [tidak] berubah tak [tidak] berganjak tak [tidak] merasa
sakit perit, tak [tidak] mengambil peluang-peluang, tah
[entah] bila kita akan dapat. Itulah dasar saya.
H: Baiklah cikgu, bagaimana cikgu mendapat pendidikan awal?
Encik Yahya: Saya mendapat pendidikan awal pada tahun seribu sembilan
ratus lima puluh lima (1955) di Sekolah Kebangsaan Laki-Laki
nama itu di Tapah Perak, kemudian untuk pengetahuan semua
saya tidak pernah dihantar oleh ayah saya pergi sekolah , saya
pergi dengan pak cik saya, apa pakcik nak buat, nak [hendak]
tinggal tinggallah, saya terkejar-kejar. Zaman dulu, kita
sekolah takde [tidak ada] pakai buku, pakai papan batu. Ada
saya simpan satu papan batu, contoh bukan contoh, kenangan.
Saya beli lain papan batu, kemudian sampailah saya darjah
empat, saya, kami masa itu ada satu peperiksaan yang disebut
SMC, Special Malay Class, masa itulah saya mendapat pangkat
A dalam SMC [Special Malay Class], tapi [tetapi] sebab ayah
saya tak [tidak] suka saya bersekolah sekolah Inggeris, maka
terkubur macam itu jelah [sahajalah] cita-cita saya. Kawan-
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
kawan saya yang meneruskan pelajaran dalam SMC [Special
Malay Class], SMC one [Special Malay Class satu] SMC two
[Special Malay Class dua], bukanlah sebak pulakkan [pulakan]
rezeki Allah Subhanawataala, mereka berjaya hingga menjadi
menteri. Tapi [tetapi] takpelah [tidak apalah], sampai tingkatan
lima, ada soalan untuk sekolah menengah ya?
H: Ada.
Encik Yahya: Ya, okay [baiklah] terima kasih.
H: Bagaimana pula dengan sejarah pendidikan cikgu disekolah menengah?
Encik Yahya: Pada sekolah menengah, pada tahun itu masa itu seribu
sembilan ratus enam puluh (1960), masa itu ada sebab ayah
saya ni [ini] suka pada, tidak suka terbabit dengan Bahasa
Inggeris, maka masa itulah, apa peringkat kedua, saya
peringkat kedua Malay Medium [Melayu Kelas Pertengahan]
makna penggantar Bahasa Melayu, masa itu sekolah takde
[tidak ada], sekolah untuk orang melayu tak [tidak] ada, jadi
menumpang di Ingglo Chinese School, Kampar. Jadi taulah
[tahulah] menumpang, orang menumpang macam mana
keadaannya. Jadi kami menumpang di mana kelas kosong situ
kami pergi, masa itu tidak ada buku Bahasa Melayu, fikirlah
orang Melayu , original [asli] Melayu, Sekolah Melayu, masuk
Sekolah Inggeris, yang adanya Arithmetic [Matematik], masa
itu Arithmetic [Matematik] namanya, _____ Matematik,
Bahasa Melayu, Sains, General Science tu [itu] Sains Am kata
dia dan satu Geografi masih nama dia Geografi iaitu ilmu alam.
Selain daripada itu, History [Sejarah] dan sebagainya, semua
dalam Bahasa Inggeris kecuali Ugama [Agama].
H: Bagaimana pula dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Encik Yahya: Saya, walaupun badan saya kecil, tapi [tetapi] saya suka kepada
bola sepak, satu, saya suka pada takraw pada awal lagi dah
[sudah] dan saya suka kepada badminton. Jadi aktiviti-aktiviti
lain seperti lari dan sebagainya kalau saya dibariskan dalam
masa mengadakan sukan, saya orang paling rimas sekali kerana
saya tak [tidak] kuat lari. Jadi tertinggal saya dan tapi [tetapi]
saya cuba jugak [juga] la untuk riadah sendiri.
H: Selepas cikgu menamatkan zaman persekolahan di peringkat menengah,
kemanakah halatuju cikgu?
Encik Yahya: Tula [Itula] waktu yang paling gentir bagi hidup saya seorang
yang apa katakan, inverted comma boleh dikatakan miskinlah.
Saya balik kampung , keje [kerja] tak ada[ tidak ada] saya
berangan-angan untuk jadi cikgu tapi [tetapi] sebab yang ada
kat [dekat], dekat kampung saya itu, muridnya pokok getah
jadi saya menoreh, pagi lagi saya menoreh sendiri-sendiri, tak
[tidak] ada suruh takde [tidak ada] tumpang atau campur
dengan ayah tak [tidak] ada, saya potong getah orang,
kemudian saya banyak berangan di pokok tu [itu] lagi
daripada siap. Orang pukul sebelas dah [sudah] siap dah
[sudah], saya pukul sebelas baru siap menoreh. Dah tu [sudah
itu] kemudian saya dapat itu jugak [juga] la, kehidupan saya
sehingga satu ketika datang wakil daripada sekolah saya yang
awal iaitu SK [Sekolah Kebangsaan] Kampar membawa satu
surat berita daripada Principal [Pengetua], Principal
[Pengetua] tu [itu] Cina bernama Mr Goh Eng Kong masih
ingat dia punya kepala _____, kemudian dia dengan orang
Melayu ni [ini] kurang berminat tetapi macam mana dengan
saya dia minat, dia jemput saya untuk jadi guru sementara.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Jadi guru sementara masa itu saya diserah untuk mengajar
Health [Kesihatan] Sains Kesihatan, sambil mengajar
kesihatan dan juga Ugama [Agama], tengok saya tidak
berlulusan Sanawi apa-apa kemudian saya cuba mohon pada
Allah supaya saya dilapangkan dada untuk mengajar ini, saya
mengajar Bahasa Inggeris, Health Science [Sains Kesihatan]
saya ingat lagi tu [itu] dan sehingga saya dapat interview,
temuduga jadi cikgu ke PLG, Pusat Latihan Guru Ipoh.
H: Sekiranya cikgu tidak menjadi seorang guru, siapakah cikgu?
Encik Yahya: Sebenarnya saya tak nak [hendak] jadi cikgu, pada awal itu saya
nampak cikgu seronok tapi [tetapi] sebenarnya saya juga suka
ni [ini] Pegawai Luar Pertanian, ha [ya] tu [itu] minat saya.
Saya suka kepada tumbuh-tumbuh [tumbuh-tumbuhan], awak
orang kampung, jadi memang itu minat saya, saya mahu jadi
Pegawai Pertanian tapi [tetapi] tak [tidak] jadi, jadi akhirnya.
Eventhough [walaupun] masa di Pusat Latihan Guru pun
apabila disoal oleh apa ni [ini], pensyarah awal-awal tu masa
kita dalam apa, dalam tempoh seminggu di maktab, dia
bertanya pada semua orang satu kelas lima puluh orang,
“Kamu suka jadi cikgu?” “Suka”. Semua kata suka tapi
[tetapi] saya kata tak [tidak] suka menyebabkan pensyarah
marah. So[Jadi], saya kata “I’m telling you the truth” [saya
berkata benar], saya tak [tidak] suka jadi cikgu tapi [tetapi],
cikgulah jadikan saya cikgu kerana saya memang tak [tidak]
minat, so what we do now [jadi, apa kita boleh buat
sekarang], baru dia sedar dia ambik [ambil] saya dan dia
minta maaf, saya kata saya tak [tidak] nak [hendak] jadi cikgu
tapi [tetapi] akhirnya saya akan saya menjadi guru yang agak
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
baik, kalau dak tak tahu [bukan tidak tahu] - akhirnya jadi
macam tu. Terima kasih.
H: Jadi macam mana cikgu boleh mula berminat untuk menjadi seorang
guru?
Encik Yahya: Apabila latihan selama dua tahun di Pusat Latihan Guru Ipoh,
saya kasih pada seorang cikgu nama dia Antun, Antun ni [ini]
bukan nama perempuan, lelaki. Dia cukup sayang dengan saya,
jadi, disebut, eventhough Principal [walaupun pengetua] masa
itu Mrs. Janes, Mrs Janes ni [ini] orang bukan orang putih dia
bangsa apa ni [ini], Melaka tu Portugis ya. Ya, dia memang tak
[tidak] tahu macam mana, kemudian dia bagi saya apa,
galakkan _____ _____ _____ Bahasa Inggeris, dibawaknya
[dibawanya] saya bekerja di perpustakaan dan kawan-kawan
pun, selalu cabar saya, akhirnya dalam banyak-banyak tu [itu]
kami ada enam orang yang lulus mengajar Bahasa Inggeris
apabila tamat, lima orang memang berkelulusan bahasa
Inggeris, saya seorang berkelulusan Bahasa Melayu, akhirnya
kami dapat, masa itu sape [siapa] mengajar bahasa Inggeris dia
ada elaun fifthteen dollar extra [lebih lima belas dollar], itulah
masa itu.
H: Apakah faktor utama cikgu melibatkan diri dalam bidang pendidikan?
Encik Yahya: Arwah ayah saya pesan, supaya saya jadi cikgu, cikgu yang
terbaik. Cikgu pada diri saya, pada keluarga saya dan dia kata
Allah sayang pada orang yang jadi cikgu ni [ini] dengan syarat
dia menjalankan tugas dengan ikut yang tersurat dalam Al-
Quran Nur Karim.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
H: Pada pandangan cikgu, apakah keistimewaan memilih kerjaya guru
berbanding dengan kerjaya lain?
Encik Yahya: Semua keje [kerja] baik, tinggal lagi orang yang menjalankan
yang susah, dia sepatut datang masuk pukul lapan, dia masuk
lapan setengah, jadi pada saya semua keje [kerja] adalah baik
tapi [tetapi] apabila saya dah [sudah] disarankan pada kawan-
kawan dengan ada kursus, saya kalau tengokkan sijil saya
hampir seratus kursus saya hadir, Guru Besar, Pengetua suruh
pergi saya pergi, itu yang menggalakkan. Saya tengok orang
berjaya, boleh bercakap. Public speaking [pengucapan awam]
ini biasanya orang cikgu yang boleh bercakap banyak dengan
tanpa ada apa-apa sekatan, rasanya begitu.
NA: Di manakah cikgu mendapatkan pendidikan untuk menjadi guru?
Encik Yahya: Saya dapat pendidikan menjadi cikgu di Pusat Latihan Guru
Ipoh, sekarang dekat [berhampiran] berdepan dengan Radio
Malaysia Ipoh.
NA: Berapa tahunkah cikgu belajar dalam bidang pendidikan?
Encik Yahya: Kami masa itu antara dua atau tiga tahun tapi [tetapi] saya
rasa baik dapat dua tahun memandangkan, apa ni [ini]
kelulusan saya SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] masa itu agak
baik sikit la pada orang lain itu
NA: Apakah kriteria untuk manjadi guru pada masa itu?
Encik Yahya: Pada masa itu mesti lulus lima subjek, pertama sekali Bahasa
Melayu mesti lulus, kemudian benda-benda lain termasuklah
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan juga salah satu yang
lain either [sama ada], dulu Geografi dengan History [Sejarah]
itu salah satu mesti lulus, kalau lulus dua-dua lagi bagus la,
izin Allah saya dua-dua lulus, makna subjek itu saya get
through [lalui] semua la.
NA: Apakah harapan cikgu terhadap kerjaya guru, sebelum menjadi guru di
sekolah?
Encik Yahya: Saya bercadang untuk mengembangkan apa yang saya dapat
daripada pensyarah-pensyarah saya dan tambahan-
tambahan lain kepada murid saya tapi [tetapi] dia terbantut,
sorry to say [maaf saya cakap], sebab saya dan masa itu
siapa yang baik, dia akan dihantarkan sama ada di sekolah
yang baik atau sekolah yang paling kurang baik, bukan-
bukan jauhnya,tempat duduk tak [tidak] ada kelam kabut,
jadi saya terpilih yang nombor dua, saya menung, saya
dihantar ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil
Division Tiga, Hulu Bernam Perak, bukan disini, disana
(sambil menunjukkan tangan ke arah depan). Saya kena
naik bot daripada Kampung Kota Hutan Melintang tiga
jam, rumah tak [tidak] ada, apa pun tak [tidak] ada, mujur
dengan izin Allah dalam bot saya jumpa seorang ustaz
dibawak [dibawa] ke rumah dia, disitulah saya tapi [tetapi],
tak [tidak] berapa lama dekat situ, saya ditarik keluar
dihantar ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Perak.
NA: Apakah perasaan setelah diberi peluang menjadi seorang guru?
Encik Yahya: Setelah ______ ______ latihan, saya sukalah. Itu sebabnya
saya sentiasa menghadiri beberapa kursus, sebut je [sahaja]
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
nama saya atau nama orang lain yang tak mau [tidak mahu]
masuk kursus, saya akan pergi kerana saya rasa situ
motivate [motivasi] pada diri saya, motivasi untuk diri saya,
ensure [memastikan] bertambah baik lagi daripada yang
ada, kalau katakan dah ada kira dia refreshment
[mengingatkan] la, ______ mengelokkan balik apa yang
saya tak [tidak] ingat.
NA: Perasaan cikgu ketika mula-mula mengajar di dalam kelas?
Encik Yahya: Pertama sekali sebab dia, saya berdepan dengan murid yang
tak [tidak] berapa saya boleh faham, saya rasa jemu. Dia yang
di Division Tiga tu [itu], untuk pengetahuan , dia pukul
sebelas dia akan semua lengang, dia pergi hantar makanan
pada ayah mak dia ,minuman dalam kebun tu [itu] dan dekat
pukul satu dia datang balik , kita pukul satu kena balik. Kan
satu yang agak mengecewakan saya yang itulah, daripada
Division One tu [itu] saya naik basikal ke Division Three.
Each [Setiap] satu division [bahagian] dua batu, enam batu
pergi, enam batu balik, MasyaAllah, dengan basikal masa itu.
NA: Pada usia berapakah cikgu mula bertugas sebagai guru?
Encik Yahya: ______ dua puluh satu.
NA: Boleh saya tahu, pelajar tahun berapakah yang sering diajar oleh
cikgu?
Encik Yahya: Saya selalu exam class [kelas ujian]. Maknanya masa itu
exam class [kelas ujian] ialah tahun lima dan enam. Dia ada
tahun lima tu penilaian darjah lima pun ada, tapi [tetapi] kita
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
sekarang UPSR [Ujian Penilaian Sekolah Rendah] , darjah
enam je [sahaja] kan. Dua-dua kelas memang saya
ditempatkan, entah macam mana agaknya jadi saya. Darjah
satu jarang saya, takde [tidak ada] pun saya pernah mengajar
darjah satu.
NA: Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat dalam bidang perguruan?
Encik Yahya: Sebelum saya bersara, jumlah tahunnya ialah tiga puluh empat
tahun dalam bidang pendidikan, makna guru, Penolong,
Penolong Kanan, sekolah menengah ke PPD [Pejabat
Pendidikan Daerah], Guru Besar, banyak jalan saya tapi
[tetapi] semua liku-liku itu seronok bagi saya sebab orang
lain tak [tidak] macam itu kot [agaknya] daripada sekolah
rendah dia pergi sekolah menengah, sekolah menengah dia
pergi ke PPD [Pejabat Pendidikan Daerah], PPD [Pejabat
Pendidikan Daerah] jadi Guru Besar, akhirnya bersara di SK
[Sekolah Kebangsaan] Dua Kuala Kubu.
NA: Berapakah jumlah sekolah yang cikgu sudah berkhidmat sepanjang
menjadi seorang guru?
Encik Yahya: Seperingat saya ada enam je [sahaja] sebab saya tidak
ditukarkan, saya yang mohon tukar, tu [itu].
NA: Kenapa ya? Boleh saya tahu?
Encik Yahya: Macam dikata SK [Sekolah Kebangsaan], SRJKK [Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan] Tamil tu [itu], tak [tidak] tahu
sedar saya ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Tanjong
Malim. Pada tahun seribu sembilan ratus tujuh puluh dua
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
(1972), saya dah [sudah] seronok duduk berkhidmat di
Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, masa itu di dalam yang
didalam UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris] tu [itu]
ada kayu, tu [itu] sekolahnya. Pengawas tak [tidak] ada, apa,
bila saya built up the team [bina kumpulan], jadi saya rasa
mereka besetuju dengan pendapat saya, akhirnya saya
jadikan situ pulak [pula] guru pengawas dan jugak [juga]
Penolong Guru Besar. Lepas tu [itu] pada tahun seribu
sembilan ratus tujuh puluh dua (1972) tadi, saya diarahkan
bekerja di Sekolah Menengah Khir Johari Tanjong Malim,
sebabnya agaknya Matematik dan Sains saya agak baik,
disuruh saya mengajar masa itu pelajaran pertama Sains
Pertanian. Kemudian ditukarkan, kemudian Sekolah
Menengah Khir Johari, saya berasa saya sebelas tahun. Saya
bukan jemu tapi [tetapi] saya jemu tak [tidak] dapat kursus
apa-apa akhirnya saya mohon, sebab saya disana pun diajar
suruh ajar P, ni [ini] PJ, ya, Pendidikan Jasmani. Jadi ilmu
saya kurang, saya minta terus dapat MPTI Johor Bahru,
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru,
setahun. Selepas itu, saya lulus, masuk balik Khir Johari
pergi ke Sekolah Menengah Trolak Selatan memohon sana
kerana guru sukan tak [tidak] ada, makna saya tak [tidak]
minta tapi [tetapi] diarahkan. Kadang-kadang dalam
perubahan begitu saya tak [tidak] berapa berkenan jugakkan
[jugakan], saya baru nak [hendak] mula, sampai di sana pun
letakkan saya sebagai Penolong Pengetua. Selepas itu ya,
saya memohon, itu baru memohon masuk ke Negeri Selangor
sebab salah seorang daripada Pegawai Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor kawan baik saya. Saya masuk Sekolah
Menengah Kalumpang. Di Sekolah Menengah Kalumpang
itulah, habis la tu [itu], saya ditukarkan ke PPD [Pejabat
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Pendidikan Daerah] masuk Sekolah Kebangsaaan Hulu
Bernam, tulah [itulah] saya diambik [diambil] balik jadi
Pegawai tu saya rasa saya jadi rakyat Hulu Bernam, makcik
yang depan tu [itu] pun datang menangis-nangis duduk sekali
______ ______ tapi [tetapi] saya terpaksa pergi, tugas saya,
Alhamdulillah [bersyukur] sekarang Sekolah Kebangsaan
Hulu Bernam pun maju. Itulah dia.
NA: Apakah nama sekolah yang paling cikgu senangi sewaktu berkhidmat
sebagai guru?
Encik Yahya: Sekolah ini semua saya senang, hanya permulaan saya
tak[tidak] senang tapi [tetapi] yang paling saya agak suka
ialah selama berapa tahun ye [ya] Sekolah Kebangsaan Hulu
Bernam, masa itu muridnya hanya seratus lima puluh lima,
mana pergi orang Hulu Bernam, masa itu semuanya pergi ke
Sekolah Methodist sebab tak tau [tahu] macam mana jadi,
kita built up the team [bina kumpulan] saya campur dengan
Hulu Bernam sama ada kahwin ke, orang meninggal ke, saya
sampai dulu, mentelah tu [disebalik itu] pulak [pula] dengan
tak [tidak] di, apa, diduga bahawa orang Hulu Bernam ni
[ini] banyak misalannya ialah sedara mara saya. Jadi saya tak
[tidak] segan-segan nak [hendak] marah dan sebagainya,
akhirnya sekolah itu menjadi enam ratus orang, mana
datangnya. Sekarang tak tau [tidak tahu] saya berapa jumlah
murid. Kemudian masyarakat pada mulanya tak [tidak] biasa
dengan saya, cara saya, akhirnya berkerjasama untuk
menjadikan daripada tak [tidak] ada kepada sampai ada yang
sebelas orang UPSR [Ujian Penilaian Sekolah Rendah] dapat
lima A masa itu. Anak Hulu Bernam sendiri, jadi saya senang
la masa itu dan seronok jadi menjadikan orang bangsa saya
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
sendiri, banyaknya sedara mara saya jugak [juga] la tu [itu]
yang jadi orang yang berjaya.
NA: Selain itu, apakah halangan dan cabaran pada awal cikgu bertugas
sebagai guru?
Encik Yahya: Halangan saya, saya rasa cuma saya tak [tidak] berapa
bersedia untuk menghadapi masyarakat setempat itu, mereka
masih dalam keadaan yang biasa jadi ada kejutan budaya
yang saya bawak [bawa] yang membawak [membawa]
kepada perubahan, jadi ada tentangan-tentangan lah yang tak
[tidak] berapa suka dan apabila saya faham, maka mereka
pun fahamlah diri saya. Kepada guru-guru pulak [pula], biasa
perangai saya, mula keje [kerja] jadi Guru Besar, hujung
tahun ada mesyuarat ,saya akan keluarkan kertas kosong,
cikgu tulislah pra dan kontra [baik dan buruk] pada diri saya
yang saya dah [sudah] ajar, jarang orang membuat, orang
takutkan Cikgu Besar ni [ini] tak [tidak] suka keluar, suka
melalak [menjerit], suka apa, saya suka cikgu, ini satu
panduan bagi saya untuk next year [tahun yang akan datang]
saya kumpulkan, saya rencah-rencahkan [membuat
penambahan]. Akhirnya cikgu setujulah dan sekolah tu [itu]
rasa seronok saya mengajar, tapi [tetapi] kalau sape [siapa]
tak [tidak] berani, jangan buat, nanti pedih telinga, merah
telingakan, cikgu-cikgu tak [tidak] bubuh [letak] nama tu
[itu], hantar pada saya, saya tak [tidak] sangka, ubah pulak
tulisan tu jangan nampak saya tulisan, cam [macam] itu la.
H: Bilakah cikgu dilantik menjadi Guru Besar?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Encik Yahya: Saya dilantik menjadi Guru Besar masa umur saya empat puluh
tahun, masa itu memang kekurangan Guru Besarlah dan saya
jadi Guru Besar mula-mula itu di Sekolah Kebangsaan Hulu
Bernamlah, tu [itu] yang pertama selepas masuk PPD [Pejabat
Pendidikan Daerah], saya masuk ke Sekolah Kebangsaan Hulu
Bernam dan bertugas di situ sebagai Guru Besar.
H: Apakah peranan sebagai seorang Guru Besar?
Encik Yahya: Kita disana adalah seorang Raja, apa yang kita buat - - -
TAMAT KASET 1 BAHAGIAN A : KASET 1 BAHAGIAN B
Encik Yahya: Saya, cikgu-cikgu saya dengan masyarakat supaya dia dapat
menjadi satu hubungan yang baik. Yang keduanya, saya mesti
nak [hendak] paling baik dengan guru-guru saya. Kalau saya
dapat cemerlang pun bukan sebab saya, sebab oleh guru-guru
saya, bukan didikan yang kita beri kepada murid-murid kita,
jangan dia selalu membiarkan pada guru-guru yang memang
kita kenal pasti, selalu tension [tertekan], dia akan
menggunakan kekerasan pada mengajar, kita mesti tahu
bahawa kampung kadang-kadang tak [tidak] siap homework
[kerja rumah], kadang ada yang main, kadang mak [emak]
sakit , ayah sakit, jadi pendekatan inilah dan akhirnya saya
selalu meninjau hal-hal yang saya tak [tidak] faham kepada
Pejabat Pendidikan Daerah masa itu dan sentiasa berulang alik
untuk membantu keadaan.
H: Peranan seorang Guru Besar amatlah besar, bagaimanakah cikgu
membahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Encik Yahya: Pernah satu ketika, anak saya sebut saya pembohong. Saya
ambil cuti untuk occasion [aktiviti] dengan mereka, saya
patut, selalu batalkan, banyak kali, bukan sekali. Bermaksud
saya tak [tidak] adil jugaklah [jugalah] melebihkan kerja saya
sebagai Guru Besar. Kerja saya tak [tidak] siap. Saya tak
[tidak] suka. Jadi, saya silap ambil waktu untuk jadi, untuk
pergi berjalan. Akhirnya, macam nilah [inilah] kalau awak
tak [tidak] percaya tanyalah isteri saya, mereka tu [itu]
terpedaya dengan saya nak [hendak] cuti, nak [hendak] bawa
berjalan, tapi [tetapi] tak [tidak] ada. Tiap kerja kita dengan
masyarakat penting kerana itu yang bagi kita makan.
H: Apakah kursus-kursus yang sering dihadiri oleh Guru Besar?
Encik Yahya: Guru Besar selalu kursusnya p&p, pengajaran dan
pembelajaran, kemudian pengurusan. (batuk). Minta maaf.
Yang paling mestinya ialah management [pengurusan]. Dia
ada dalam Bahasa Inggeris kata MBO, Management by
Objectives [Pengurusan mengikut objektif]. Jadi, sentiasa
dalam ingatan kita. Apa-apa kalau apa kita rujuk begitu,
kerana kursus-kursus seperti ini, boleh menaikkan cara kita
bekerja, dan kursus-kursus luaran yang lain tidak ada yang
diberikan, p&p [pengajaran dan pembelajaran] yang paling
banyak sekali. Kemudian, kursus-kursus pengurusan, saya
suka, suka sangat [terlalu suka], tak [tidak] tahu macam mana.
Manage [mengurus] saya suka kerana apa, bila kita bercakap
kita manage [mengurus] orang dengan teratur, orang setuju.
H: Apakah perasaan cikgu setelah dilantik menjadi seorang Guru Besar?
Encik Yahya: Pada mulanya saya tak [tidak] melantik, dan masa tu [itu] boleh
pilih tau [tahu], nak [hendak] jadi apa. Setelah diinterview
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
[ditemuduga], lulus saya, dia tanya nak [hendak] jadi apa. Saya
nak [hendak] jadi guru kokurikulum, suka mengendalikan
sukan. Tapi [tetapi] akhirnya diberi panduan oleh PPD [Pejabat
Pendidikan Daerah] masa itu, namanya A.M. Francis, the only
Indian [satu-satunya orang India] yang jadi PPD [Pejabat
Pendidikan Daerah] dalam Malaysia ni [ini], akhirnya saya jadi
Guru Besar. Mulanya, saya memillih Sekolah Kebangsaan
Kuala Kubu untuk jadi guru sukan, tapi [tetapi] dia datang lagi
soalan, akhirnya saya dihantar ke Hulu Bernamlah untuk
sebagai Guru Besar. Jadi apabila, tugas diberi kepada kita, kita
jangan cuai, cuba. InsyaAllah [dengan izin Allah], mudah-
mudahan berjayalah.
H: Apakah reaksi keluarga apabila cikgu dilantik menjadi seorang Guru
Besar?
Encik Yahya: Nama Guru Besar memang seronok lah dengar. Jadi keluarga
saya seronoklah saya jadi Guru Besar. Tapi [tetapi] saya tak
[tidak] menceritakan keperitan kita bertugas. Setelah dewasa
anak-anak saya macam tadi awal saya cakap, dia tak nak
[hendak] jadi cikgu. Kerana saya tidur dengan buku, saya tidur
dengan buku baca, dengan kertas kerja yang berlambak-lambak
[terlalu banyak]. Bukan sebab orang buat, saya yang buat
sendiri untuk buat research [penyelidikan] saya sendiri untuk
menjadikan sekolah saya baik.
H: Apakah perbezaan pada diri cikgu sebelum dan selepas menjadi seorang
Guru Besar?
Encik Yahya: Masa mula-mula jadi cikgu, saya pandailah mereka nak
[hendak] cuti. Dia macam tu hati tu tak [tidak] berapa
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
berkenan, bukan tak [tidak] berkenan, suka monotonous
[bosan], jemu pada benda kerja-kerja ni [ini]. Tapi [tetapi], bila
saya jadi Guru Besar saya nampak tanggungjawab tu [itu]
mesti dipikul. Dan akhirnya kita sayang lah kerja kita sebagai
Guru Besar.
H: Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat sebagai Guru Besar?
Encik Yahya: Empat puluh tolak lima puluh enam tu [itu]. Enam belas tahun
jadi Guru Besar. Tu [itu] jadi Guru Besar tu [itu], termasuk jadi
guru, sebagai pegawai di PPD [Pejabat Pendidikan Daerah]
selama empat tahun. Makna, dua belas tahunlah jadi Guru
Besar. Tapi [tetapi], dalam Guru Besar ni [ini], saya yang
paling saya terkejut ialah apabila saya ditukarkan ke Sekolah
Kebangsaan Sungai Buluh, Bandar Baru, Sungai Buluh.
Biasanya kita tengok, kalau di Hulu Bernam masa itu cuma
enam ratus, murid saya di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru
Sungai Buluh, dekat sebelah dengan supermarket [pasaraya]
Yong Kong . Situ berjumlah dua ribu lima ratus orang. Saya
tak [tidak] tahu bila yang pagi datang, bila yang petang datang,
tapi [tetapi] InsyaAllah [dengan izin Allah] dengan Allah,
bantuan Allah saya boleh manage [megurus] lah benda ni [ini].
NA: Apakah penghargaan yang diterima oleh cikgu sepanjang penglibatan
cikgu dalam bidang pendidikan?
Encik Yahya: Nombor satu saya dapat dua kali melintang kepujian dalam
pendidikan. Di mana kenaikan gaji yang melintanglah, itu
yang tertinggilah dalam sektor kerajaan dan kemudian saya
mendapat penghargaan daripada Yang Dipertuan Agong
pada tahun seribu sembilan ratus sembilan puluh enam
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
(1996) PPN, Pingat Pangkuan Negara dari Al-Marhum
Tuanku Jaafar masa itu, Yang Di Pertuan Agong. Kemudian
Tokoh Guru daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Selangor dan beberapa lagi yang saya tak [tidak] ingat. Saya
terima, saya anggap itu sebagai satu penghargaan yang
paling mulia daripada masyarakat kepada saya. Tapi [tetapi]
sampai hari ini, perkataan PPN [Pingat Pangkuan Negara] tu
[itu] saya tak [tidak] pakai lagi. ______ rasa saya tah [entah]
malu ada juga. Tapi[ tetapi] penghargaan kerajaan dan
negara pada saya, saya ucap terima kasih.
NA: Adakah cikgu pernah terlibat dalam menghasilkan sebarang buku
dalam memantapkan pendidikan pelajar?
Encik Yahya: Saya tidak membuat buku. Cumanya saya membuat kertas
kerja iaitu, mula saya duduk di jadi Guru Besar di Sekolah
Kebangsaan Hulu Bernam saya buat satu kertas kerja
namakan dia kontrak pendidikan. Awak pun ada kena hari
itu (sambil merujuk kepada penemuramah). Sains tak [tidak]
siap saya marah, pakai buku kecik [kecil] kena beli seringgit
satu, semua orang, warna biru. Di situ lah dia. Jadi, hasil
mula-mulanya tentangan banyaklah daripada masyarakat
tapi [tetapi] akhirnya mereka tahu, akhir anaknya berjaya.
NA: Adakah cikgu pernah terlibat dalam memberi ceramah, seminar
ataupun bengkel?
Encik Yahya: Ya. Saya pernah terlibat untuk memberi seminar kepada
rakan-rakan, Cikgu Besar, dipanggil ke daerah lain untuk
memberi ceramah mengenai p&p [pengajaran dan
pembelajaran] lah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
NA: Apakah pengalaman manis cikgu dalam bidang pendidikan?
Encik Yahya: Saya rasa yang paling manis dalam masa pendidikan, masa
saya bersara. Masa yang lain tu [itu] bukan tak [tidak] manis,
tapi[ tetapi] saya tak [tidak] anggap manis kerana itu tugas
bersama dengan guru-guru dan masyarakat. Apabila saya
diletakkan masa pencen saya, meraikan pencen saya di
Dewan Gemilang, Bomba Kuala Kubu, itu tempat raja-raja je
[sahaja] tu [itu] . Jadi, saya rasa terharulah, sedih jugak
[juga]. Pengarah membatalkan tugas isterinya di Thailand
masa itu, memanggil kembali ke Malaysia semata-mata
untuk nak [hendak] mengenang saya kot [agaknya]. Jadi,
saya rasa masa itu saya tak [tidak] dapat nak [hendak] kata
apa. Semua orang tumpu PPD [Pejabat Pendidkan Daerah]
______ ______, pengarah boleh batalkan tu [itu] dan sendiri
datang anak-beranak duduk semeja dengan saya. Seronok
sangat saya kerana apa orang yang, tapi [tetapi] sebenarnya
sebelum itu saya dah [sudah] setahun lebih berkawan dengan
dia. Tapi [tetapi] orang tak [tidak] tahu. Jadi, tulah [itulah].
NA: Sepanjang cikgu bergelar Guru Besar pernahkah cikgu berhadapan
dengan situasi yang pahit?
Encik Yahya: Ada. Bukan satu dua, ramai dah [sudah]. Terutama sekali,
kerenah mak bapak [ibu bapa] bawa parang ke sekolah, ha
(ketawa). Kami tengah mesyuarat, dan nak [hendak]
memenggal kepala seorang cikgu. Jadi, dia nampak saya,
memang saya kawan dengan dia. Akhirnya dia undurlah.
Kerana kita ni [ini], dalam hidup ni [ini] jangan bagi, jangan
peluang kita ja [sahaja] nak bercakap, bagi dia bercakap.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Akhirnya dia surrender [mengalah]. Kemudian guru-guru
yang kerenahnya memang nak [hendak] ponteng, tapi [tetapi]
dia cara lain, kita boleh tengok. Kemudian murid-muridlah,
yang paling banyaknya, disuruh buat dia tak [tidak] buat,
sengaja tak [tidak] buat. Tapi [tetapi] akhirnya kita berjaya
dengan pakatan dengan guru-guru dan masyarakat.
NA: Adakah pernah terdetik dalam hati cikgu bahawa cikgu menyesal
menceburi bidang pendidikan?
Encik Yahya:Menyesal pada peringkat mula, memang menyesal saya,
kerana saya ganjil tak nak [tidak hendak] jadi pegawai tapi
[tetapi] jadi cikgu ke atau jobless [tidak mempunyai kerja]
atau orang tak [tidak] bekerja. Tapi [tetapi] bila, dia begitu tak
[tidak] kenal maka tak [tidak] cinta lah. Saya tak [tidak] kenal
lagi tugas guru ni [ini]. Tapi [tetapi] bila disayangi murid-
murid satu kelas atau satu sekolah dan orang lain, dari jauh
dah [sudah] Assalamualaikum [ucapan salam sejahtera] guru
dan sebagainya. Dia kasih dan sayang pada profession
[kerjaya] sebagai guru tu [itu] ada timbul terus sampai ke hari
inilah.
NA: Bagaimanakah cikgu memotivasikan diri cikgu untuk terus
bersemangat menyumbang tenaga dan masa demi masa depan anak
bangsa?
Encik Yahya: Nombor satu saya sentiasa mendapat cerita-cerita daripada
rakan-rakan yang berjaya. Di Tanjung Malim, ramai
pensyarah-pensyarah, professor-professor, doktor-doktor
saya dampingi. Mereka bercakap tentang bab pendidikan.
Misalnya kelemahan-kelemahan yang ada pada orang kita
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Melayu, daripada peringkat permulaan hingga ke menara
gading pun ada yang dia suka masuk universiti, tapi [tetapi]
dia tak [tidak] berusaha untuk meninggikan taraf dia sebagai
seorang guru ataupun pendidik. Kemudian saya pun, menjadi
satu tarikan kepada saya untuk membaca buku, kisah-kisah.
Contoh yang paling baik ialah Rasulullah Sallallah Hualaihi
Wasalam. Banyak butiran, hingga tidur pun sebagai
pemimpin agung di atas tamar [pelepah pokok kurma],
macam mana dia boleh berjaya, macam mana diaorang
[mereka]. Orang salah tu [itu] macam mana dia buat, tu [itu]
dia, di situlah.
NA: Pencapaian cemerlang sesebuah negara wajar dirintis oleh kepimpinan
sekolah yang diterajui oleh Guru Besar kearah pencapaian objektif
sekolah. Berdasarkan pengalaman cikgu sebagai Guru Besar, apakah
perkara penting yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk
mencapai objektif ataupun misi sekolah?
Encik Yahya: Nombor satu, semua warga sekolah mesti tahu misi saya. Sama
ada mak bapak [ibu bapa], guru, kanak-kanak, murid-murid tu
[itu] sendiri atau diri saya sendiri. Saya buat misi tapi [tetapi]
saya, mission [misi] saya tu tak [itu tidak] sampai kepada orang
lain. Jadi orang mesti ikut cakap saya, tapi [tetapi] orang tak
[tidak] faham apa yang mesti diikut. Jadi tak senang. Jadi kita
bentangkan dalam mesyuarat dan mesyuarat. Jangan mesyuarat
empat bulan sekali. Kadang-kadang saya dengan panitia pun
sebulan, seminggu sekali saya mesyuarat. Apa kekangan cikgu,
apa yang menyebabkan cikgu tak da [tidak ada] ini, tak da
[tidak ada] itu ke. Dengan murid-murid, ______ be go in
[bergaul], jangan duduk kat [dekat] pejabat ja [sahaja]. Pernah
di Hulu Bernam, ada prasekolah, saya duduk dengan naik-naik
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
kepala saya, budak duduk seronok, saya biarkan [saya
membiarkan murid-murid prasekolah bermain dengan saya,
mereka gembira, jadi saya biarkan]. Kerana mereka suka,
supaya cinta kepada sekolah . Dan mak bapak [ibu bapa] pun
apa juga (batuk) kesusahan dia, kita dengar, ataupun dalam
Bahasa Inggerisnya, be a good listener [pendengar yang baik].
Kita dengar apa orang cakap dulu [dahulu] sebelum kita cakap.
Ni [ini] baru disampaikan, a (baru hendak bercakap) dah
[sudah], baliklah dia kena marah. [ini baru mereka mahu
bercakap, sudah dihalang, jadi mereka balik setelah dimarahi].
NA: Bagaimana cikgu selaraskan kehendak kerajaan dalam melahirkan
pelajar yang serba boleh?
Encik Yahya: Yang tu [itu], kita boleh kita kenal daripada, kalau kita buat
di sekolah. Saya selalu buat daripada darjah tiga lagi
ataupun tahun tiga. Kita nampak dia punya karier-karier
[kerjaya-kerjaya] tu [itu]. Kalau misalannnya di sekolah
rendah, ada buku kuning dan buku biru. Panduan diberi
oleh kerajaan berdasarkan, berlandaskan itulah, itu di
dalam tu [itu] murid yang cemerlang, sederhana dan lemah.
Kita tak [tidak] sebut bodoh. Jadi kita kena adjust
[sesuaikan] tiap-tiap seko tiap-tiap kelas mesti ada benda
ini, jadi mesyuarat dengan guru macam mana kita nak
[hendak] mencapaikan yang lemah itu jadi sederhana pun
cukuplah, sederhana tu tak [tidak] sebahagian besar (batuk)
satu per empat pun jadi masukkan cemerlang, yang
cemerlang dia kena plus one [tambah satu], plus two
[tambah dua], plus three [tambah tiga] lah kerja dia
ditambah-tambahkan. Kalau dia ______ kalau dia darjah
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
satu cemerlang campurkan pelajaran darjah dua kalau boleh
dipakai supaya dia menuju ke arah yang ______.
NA: Sekolah rendah merupakan kancah terasas kanak-kanak untuk melihat
dan mengkaji apa yang mereka lihat dan pelajari. Pada pendapat
cikgu, apakah peranan guru dalam memberikan panduan dan contoh
tauladan yang baik kepada pelajar?
Encik Yahya: Pelajar ni [ini] macam rebung, lentur-lentur pelahan jangan
patah tapi [tetapi] tak [tidak] akan melentur.Jadi budak
sekolah rendah ni [ini] kita katakan punctuality is the best
policy [ketepatan waktu adalah satu polisi yang baik], dimana
kita kalau tujuh setengah masuk kelas masuk tujuh setengah
dia tau [tahu], jika tidak dia akan main, bila orang tanya
mana cikgu, cikgu tak [tidak] ada. Jadi sinilah membentuk
asas diri dia tu [itu] tak [tidak] menepati waktu atau kerja dia
dibimbing bukan suruh buat muka surat berapa, buat, duduk,
kita tak [tidak] boleh, kena pergi sorang-sorang [seorang
demi seorang]. Didik dia kalau boleh usap dia, dengan
perasaan belas kasihan ini dia akan jalankan kerja dia, tidak
murid semua pandaikan, tapi [tetapi] kalau boleh yang pandai
tu [itu] kita puji sampai pergi kepada ayah dia pun, yang
sederhana kita bimbing,yang rendahnya lagi kalau boleh kita
asingkan kerja dia supaya dia dapat, kalau yang cemerlang
boleh dapat seratus yang lemah jugak akan dapat seratus tapi
[tetapi] cara soalannya berbeza, banyak cikgu banyak kerja,
tak [tidak] kisahlah kerana kita makan gaji. Bila dia dapat
Matematik seratus yang lemah ni [ini] dia akan seronok
cerita, _____ dia cuma soalan dia cuma untuk mengambil
hati, itu yang saya lakukan selalulah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
NA: Pernahkah cikgu berhadapan dengan pelajar-pelajar yang nakal
sewaktu cikgu masih aktif di dalam bidang perguruan?
Encik Yahya : _____ bidang apa?
NA: Cikgu pernah tak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang nakal
sewaktu cikgu masih aktif di dalam bidang perguruan?
Encik Yahya: Memang, di sekolah menengah terlibat dengan dadah pun ada,
saya kaunselor. Jadi saya tackle [cuba untuk menarik] dia
mula dia tak [tidak] nak [hendak] masuk bilik saya, saya
sembang-sembang, hisap rokok mencuri-curi, dadah lagi
masuknya. Akhirnya hari ini seorang murid saya yang selalu
ambil dadah sekolah menengah telah berjaya hidup dia
sebagai businessman [usahawan] kerana apa sejak itu dia
kenang saya. Ada setengah budak tu [itu] memang saya
marahkan, tapi [tetapi] MCS [Malaysia Civil Service] dan
kerajaan pegawai kerajaan besar ______, jadi memang perit
saya rasa menghadap murid-murid macam ni [ini], tak [tidak]
banyak, tapi [tetapi] dia mempengaruhi.
NA: Pada pendapat cikgu, apakah peranan guru dalam menangani masalah
ini?
Encik Yahya: Guru mesti, guru mesti deep in [mendalami] tau [tahu], masuk
ke diri dia, jadi budak tu [itu],perkataan mengapa, kenapa
dan sebagainya jangan. Jadikan kamu itu kalau guru sebagai
orang yang ingin rahsia dia, kemudian dari rahsia tu [itu] kita
ubat apa yang perlu. Kalau tidak nanti, kalau asyik marah je
[sahaja] kita tak [tidak] berjaya, macam itulah. Zaman
sekarang pun dadah, gangsterism [gejala sosial] dan sebagai
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
banyak, tak [tidak] nak [hendak] sekolah lari sekolah bukan
super runner [pelari pecut] yang jadi kata orang pelari pecut
seratus meter, super runner [pelari pecut] yang tak [tidak]
pernah nak [hendak] sekolah dia lari daripada sekolah,
sekarang banyak, saya sedih cukup sedih sampai ke hari ini,
saya tengok ramai murid-murid sekolah tak [tidak] sekolah
walaupun saya dah [sudah] enam tujuh tahun saya tak [tidak]
jadi cikgu dah [sudah], kecewa saya terutama sekali anak
bangsa kita.
NA: Kini, pelajar sanggup memukul cikgu apabila mereka marah terhadap
guru itu. Pada pandangan cikgu sendiri, mengapakah pelajar sanggup,
sekarang sanggup berkelakuan seperti itu?
Encik Yahya: Tiap-tiap satu perkara mesti ada sebabnya. Dia tidak saya
mengatakan cikgu betul, saya tidak mengatakan murid betul.
Kadang-kadang murid ni [ini] dia perlu perhatian, di rumah
tak [tidak] ada, cikgu perkataan marah saja yang timbul,
menyebabkan dia pun marah sama. Dia banyak geng, geng
dia ramai. Contoh, baru saya dengar budak, barulah saya
dengar anak rakan saya, umur anak-anaknya baru darjah
lima, ya sebelas tahun , memegang pisau mengugut adik dia.
Jadi, sebab dalam televisyen motivate [motivasi] satu yang
apa, dengar cerita orang, kami tertekan, di rumah, tak [tidak]
dilayan, jadi anak tiri, tanya bapak [bapa], bapak [bapa]
banyak kerja, tanya mak [emak], mak [emak] banyak kerja,
tanya kakak, kakak tak [tidak] suka. Sampai ke sekolah,
cikgu marah kerja tak [tidak] siap. Ini yang memberontak ni
[ini] dan memberi malu murid di depan ramai. Marah, kita
sendiri pun takkan[tidak akan] memberontak dan bertindak di
luar dugaan dan luar jangkaan. Itulah, tapi [tetapi] tak [tidak]
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
semestinya cikgu tu [itu] macam itu, budak-budak nakal pun
kadang-kadang bila nak [hendak] _____ di atas meja, masa
bersandar-sandar macam di rumah dia, dia buat, ada juga.
NA: Pada pandangan cikgu, siapakah yang memainkan peranan utama
dalam mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin dan
bertanggungjawab?
Encik Yahya: Disiplin ni [ini] bergantung kepada keluarga. Bermula
pendidikan ni [ini] ialah daripada keluarga, daripada rumah.
Kalau mak bapak [ibu bapa] kurang perhatian, manja yang
bukan-bukan, beri belanja yang banyak, tak [tidak] selidik
dengan siapa kawan dan sebagainya dia, maka sape [siapa]
peer group [rakan sebaya] dia, sama ada yang suka belajar
ke, atau yang suka berpeleseran di merata tempat. Keduanya,
murid itu sendirilah dan yang ketiganya guru sekolah. Ini
murid itu sendiri maksudnya, termasuk peer group [rakan
sebaya] dia, sape [siapa] dia kawan, sape [siapa] dengan
sebagainya. Yang guru ni [ini] pun sepatutnya, kalau ada apa
perkara, kita perlu panggil mak bapak [ibu bapa] dan apa
berdiskusi [berbincang] dengan mak [emak] dia, apa-apa
yang perlu untuk mencapai perkara yang baik. Dan selalu
jangan asingkan dia, jangan asingkan murid itu, supaya dia
dengar apa yang kita cakap. Mungkin mak bapak [ibu bapa]
datang, mak bapak [ibu bapa] cakap dengan cikgu, dia
ingatkan cikgu mereportkan [melaporkan] bukan-bukan
kepada mak dia atau mak yang mereport [melapor] _____
yang bukan-bukan. Dia tak [tidak] dengar. Kalau dekat sini tu
[itu] kan, tak [tidak] masuk mesyuarat pun dia, keluar je
[sahaja] dia, pada pandangan saya lah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
NA: Pada pandangan cikgu, apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar itu
sendiri untuk menghindari diri mereka daripada gejala yang tidak
baik?
Encik Yahya: Nombor satu, dia pilih kawan. Kawan ni [ini] ada macam-
macam, ada kawan yang angkat tangan aje [sahaja], ada kawan
yang boleh bersembang, ada kawan yang boleh duduk sama
makan, ada boleh ajak [diajak] ke rumah, ada yang boleh
diajak ke rumah dan boleh tidur di rumah. Pilihlah mana. Kalau
kawan tu [itu] cuma boleh angkat tangan, bawa ke rumah, ya
siap. Ada yang dipengaruhi kita atau bayang-bayang [barang-
barang] kita yang hilang, ada yang jadi macam tu [itu]. Jadi,
kita putus perhubungan dengan kawan-kawan tak [tidak] baik
juga, kita tak [tidak] boleh hidup kera sumbang dalam dunia ni
[ini] kan. Jadi pilihlah kawan mana yang kita perlu. Jangan
sebarang sanggup tanggung ja [sahaja] ambik [ambil], ya yang
kecil yang besar semua kita ambik [ambil]. Ambik [ambil]
yang besar aje [sahaja], yang elok-elok.
NA: Apakah aktiviti ataupun program yang sering dijalankan oleh pihak
sekolah untuk membantu pelajar dalam mengenal potensi diri,
membentuk disiplin dan mengenal bakat mereka?
Encik Yahya: Sini peranan besar ialah guru. Kalau budak tu [itu] tak [tidak]
suka pada bola sepak misalannya, tok sahlah [tidak perlulah].
Kalau dia suka pada catur, ajarlah. Kalau kita tak [tidak] tahu,
carilah pakarnya, carilah, mengadulah pada Guru Besar untuk
mengatasi masalah ini. Dia tak [tidak] suka bola sepak,
badannya kecil, besar pulak [pula] bola lagi, suruh ditanya
akan duduk ke tepi, dia tak [tidak] beri kerjasama atau murid-
murid yang bagus dalam cognitive [proses pemahaman
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
menggunakan kaedah mental] dia, kepala dia, memang bagus
otak dia, letakkan mereka ni [ini] bahagian misalannya
berpidato, suruh dia jadi orang yang Kuiz Sains ke Matematik
yang baik , galakkan benda ni [ini]. _____ _____ sekali-sekala
sukan ni [ini], keluar peluh dia, biarlah dia sendiri ataupun PJ
[Pendidikan Jasmani]. Budak yang suka pada sukan akhirnya
masuk dalam kelas _____ _____ dia main baling-baling,
kerana dia suka main bola baling. Jadi kita tak reti [tidak tahu],
kita bagi juga, jadi tulah [itulah], carilah posisi yang paling
baik untuk murid tu [itu], supaya kita dapat hasil yang baik.
NA: Berdasarkan pengalaman cikgu sendiri, apakah reaksi pelajar terhadap
aktiviti aktiviti yang dijalankan untuk membentuk disiplin dan
membina jati diri mereka?
Encik Yahya: Kalau kita tengok misalan dia nak [hendak] masuk Bulan
Sabit Merah, within one month time [dalam tempoh sebulan],
sebulan tempoh dia dah [sudah] boleh buat kerja tu, dengan
bajunya, dengan pakaian kasutnya bergaya. Kalau dia bukan
minat, apa tak [tidak] jadi selekeh macam tu je [itu sahaja]
lah dia. Kita kena masa klasifikasikan, bagi-bagikan [bahagi-
bahagikan] dia dulu,. Kita tanya dia dulu sebelum itu, nak
[hendak] bariskan dia hari tu [itu], dia suruh letak je [sahaja],
dia buat tak [tidak] tahu yang benda yang dia tak [tidak] tahu,
tak [tidak] suka.
NA: Isu guru sering dipersalahkan akibat terlalu tegas sehingga memukul
pelajar banyak terpampang di media elektronik ataupun media cetak.
Pada pendapat cikgu, adakah guru yang patut dipersalahkan?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Encik Yahya: Yang dipersalahkan pada saya media massa, surat khabarlah.
Saya macam tu [itu] je. Murid jahat, nak [hendak] dipujuk
lagi, tu [itu] pasal ada hukuman-hukuman yang ada di dalam
buku hitam, bila [apabila] di sekolah tu [itu] ada ja [sahaja]
buku, undang-undangnya dan sekolah mesti keluarkan di
awal tahun. Kalau salah ini jadi ini, salah ini jadi ini, bagikan
[berikan] buku itu pada mak bapak [ibu bapa] biar dia tahu
tindakan apa yang kita nak [hendak] buat dengan anak dia.
Dan yang saya tak [tidak] suka ialah media massa, surat
khabar ke apa halnya, yang lain-lain ni [ini], sebab mereka ni
[ini] menghighlightkan [mefokuskan] benda yang camni
[macam ini] jadi huru hara kita.Apa salah kita hanya
bergaduh dan _____ cawan kopi sekancah itu, mengapa kita
perlu keluarkan, jadi akhbar suka la itu masukkan itu, semua
ini akan diambil tindakan yang bukan-bukan lah.
NA: Apa pula pendapat cikgu tentang guru yang bersifat pilih kasih
terhadap pelajar-pelajarnya?
Encik Yahya: Ini tak boleh jadi cikgu, tak payahlah [tidak perlulah] _____
_____ tak payah [tidak perlu] jadi cikgu kerana kita tidak
dididik di maktab curah kasih pada seorang, benci kepada
sepuluh orang. Kasih maksud sini ialah kasih memberi
pendidikan bukan diri murid itu sendiri.
NA: Baru-baru ini ada akhbar yang mengeluarkan kenyataan berkaitan
dengan Guru Besar miang, adakah perkara ini telah menjatuhkan
maruah cikgu yang pernah memegang jawatan sebagai Guru Besar?
Encik Yahya: Memang,saya rasa tersinggung dengan sikap tak [tidak]
selesalah, kadang-kadang, tapi [tetapi] dari segi manusia
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
kadang-kadang dia digoda oleh syaitan dan iblis, bergantung
pada Guru Besar sendiri, selalukah dia Allah Hu Akhbar
[menunaikan solat], sujud pada Allah supaya dilindungi
perkara-perkara macam ni [ini]. Jadi, pada saya memang rasa
tersinggunglah saya kerana saya bela profession [kerjaya] ni
[ini] sampai tiga puluh empat tahun, akhirnya ada hati orang
yang mencemarnya, anggaplah mereka tu [itu] biasa je
[sahaja] dan jangan keterlaluan, asyik bergurau senda, usik
sana usik sini walaupun murid, budak-budak mana tahu.
NA: Adakah situasi ini menunjukkan bidang perguruan semakin merosot
dari segi akhlak seorang guru?
Encik Yahya: Dulu tak [tidak] dipandang macam gitu kerana disiplin kita
tinggi, keluar daripada maktab, pergi keluar bandar, kita
pakai smart [kemas]. Takde [tidak ada] selekeh, takde [tidak
ada] selipar, takde [tidak ada] bergurau-gurau, laki-laki
[lelaki] perempuan memang kita memang tak [tidak]
digalakkan berjalan bersama, cakap yang bukan-bukan pun
tak [tidak] ada, kita apa. Jadi sekarang saya tak [tidak] tahu
macam mana gaya pendidikan kurikulum sebagai seorang
guru, menyebabkan senanglah yang bukan-bukan masuk dan
keluar dari kepala mereka itu.
NA: Apakah nasihat cikgu kepada bakal-bakal guru atau Guru Besar dalam
mengelakkan perkara sedemikian berulang kembali?
Encik Yahya: Dia bukan benda itu saja, bila kita pegang profession
[kerjaya] yang akan jadi cikgu, pilihlah kalau ya cikgu itu
adalah profession [kerjaya] yang kamu suka, do the best
[buat yang terbaik]. Kalau misalan kamu kurang ilmu, boleh
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
cari ilmu, tapi [tetapi] kalau kamu sifat kurang ajar, bukan
situ tempatnya. Tapi [tetapi], pada Guru Besar, yang menjadi
Guru Besar, jangan suka melepaskan kerja kepada pembantu.
Kalau pembantu _____ kerani dan sebagainya. Kita head and
[ketua dan] _____ mesti tahu, tidak kita tak [tidak] boleh,
takkan [tidak akan] kita sanggup bangun daripada bangku
besar di pejabat tu [itu], kalau kerja kita banyak. Dan sentiasa
mencari, menambah ilmu, sama ada dunia atau akhirat untuk
kebajikan diri sendiri, menjaga nama baik. Sebut Guru Besar,
seluruh dunia ada Guru Besar dan sebut cikgu seluruh dunia
cikgu. Kalau semua kepimpinan yang ada hari ni [ini] pun,
adalah berasal daripada guru yang mengajar dia dengan baik.
Bila bagi pelajaran baik, tak [tidak] ada masalah untuk kita
mengatasi masalah yang ada di negara hari ini. InsyaAllah
[Dengan izin Allah].
NA: Guru sering dipersalahkan jika keputusan pelajar di tahap yang tidak
memuaskan. Apakah pandangan cikgu tentang hal ini?
Encik Yahya: Kalau Guru Besar dan guru-guru sekolah tu [itu] dah [sudah]
membuat kerja yang terbaik, sepanjang daripada tahun satu,
bukan tahun enam, tahun satu sampai tahun enam ada dia
punya program yang baik untuk memotivasikan murid-murid
ini. Mak bapak [ibu bapa] selalu jenguk, bukan lepas saja
[sahaja] anak dia ke sekolah. Dan guru selalu memberi
pandangan dan juga berjumpa dengan mak bapak [ibu bapa].
Berlaku jugak [juga] tak [tidak] lulusnya. Maka itu bukan
salah kita. Di samping itu, setiap sekolah seharusnya setelah
di hujung tahun adakanlah bacaan Yassin. Tapi [tetapi] saya
tengok, hari-hari ini, hari-hari pun, tiap-tiap hari jumaat pun
ada baca Yassin di sekolah-sekolah yang tertentu [Tetapi,
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
saya tengok tiap-tiap hari dan tiap-tiap hari jumaat pun ada
bacaan Yassin]. Yang lain, nampak gayanya bila sekolah
yang berpandukan Islam, bergantunglah apa cara dia untuk
memohon kepada Allah Subhanawataa’la untuk melembut
dan menyenangkan hati, melapangkan hati murid-muridlah
_____.
TAMAT KASET I BAHAGIAN A : KASET II : BAHAGIAN A
H: Kini sebahagian pelajar kurang berminat untuk menumpukan perhatian
dalam pembelajaran mereka. Sebaliknya mereka lebih tertarik dengan
perkara yang lebih menyeronokkan dan boleh membuang masa. Pada
pendapat cikgu, mengapakah perkara ini boleh berlaku?
Encik Yahya: Pendapat saya, nombor satu cara p&p [pengajaran dan
pembelajaran] di dalam kelas seharusnya sentiasa mengatasi
apa yang berlaku di luar kehidupan dia di sekolah. Contoh,
guru tidak semestinya hanya bergantung buku teks, cikgu mesti
lebih advanced [maju], ada benda lain yang dimasukkan yang
selaras dengan apa pelajaran pada hari tu [itu]. Kalau dia buka
buku muka surat ______ membuat kerja ni [ini] menjemukan,
dia tidak minat kerana apa yang di luar tu [itu] lebih menarik
sebab ada pelbagai cara approach [pendekatan] yang untuk nak
[hendak] disampaikan kepada pendengar atau yang melihat apa
yang perkara mereka lakukan. Saya rasa begitu. Jadi, guru
seharusnya lebih aktif daripada apa yang di depan tu [itu].
Kalau boleh buku teks ketepikan, ada kita menggunakan laptop
[komputer riba] dan sebagainya. OHP [Overhead Projector] ya,
yang itu yang menarik minat mereka.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
H: Mengikut pengalaman cikgu, apakah yang sering mengggangu tumpuan
mereka terhadap pelajaran?
Encik Yahya: Gangguan banyak aspek. Yang pertamanya, keadaan rumah
tangga kucar-kacir disebabkan oleh keadaan yang tidak
menyenangkan, adik-beradik ramai, rumah kecik [kecil],
pendapatan rendah, apa yang dihajat macam orang lain tak
[tidak] dapat, ni [ini] menyebabkan mereka terganggu. Lagi
satu, mereka diganggu oleh luaran-luaran yang lebih
menyeronok. Keadaan muda mudi sekarang yang sentiasa
suka pada seronok. Jadi, itu menyebabkan mereka tak [tidak]
melakukan kerja sekolah dengan baik, tak [tidak] dapat
menumpukan pelajaran dengan penuh perhatian.
H: Adakah faktor kekurangan infrastruktur pendidikan di sekolah
mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi
kesan yang kurang baik terhadap pembelajaran pelajar?
Encik Yahya: Memang. Ada sebahagian keciknya [kecilnya] ada. Sebab
kerana infrastruktur itulah, yang saya kata tadi itu yang itu,
dia tak dapat menjangkau otak dia ke peringkat yang
dikehendaki oleh mata pelajaran hari itu. Kerana saya kata
tadi, kekurangan apparatus [peralatan], alat bantuan
mengajar, kekurangan bilik kelas yang teratur, bilik kelas
yang paling besar, saratnya tiga puluh orang menjadi lima
puluh orang, jadi perhatian tu [itu] kurang. Jadi bising
sebabkan oleh ada satu benda lain yang lebih menarik
perhatian merekalah.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
H: Jika kita lihat pada isu sekarang ini, isu pengajaran dan pembelajaran
dalam Bahasa Inggeris di sekolah sering diperkatakan. Apakah
pendapat cikgu tentang perkara ini?
Encik Yahya: Bahasa Inggeris bukan satu kejutan budaya, kerana kita pernah
dijajah. Orang zaman dulu kalau sebutkan dia pejabat, dia tak
[tidak] tahu, sebut office [pejabat] dia tahu. Mengapa itu?
Kerana keadaan masa itu sentiasa menggunakan office
[pejabat] bukan pejabat. Oleh yang demikian, sekarang kita
sudah dimanjakan dengan keadaan, kita tidak mahu meletakkan
bahasa kita dibelakang, kita mendaulatkan Bahasa Melayu. Di
samping itu, Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu. Jadi, kita
seharusnya gagah, segagah-gagahnya menempuh, mengharung
lautan bahasa kedua ni [ini] dengan penuh bergaya dan penuh
nekad dan penuh berusaha. Bahasa Inggeris bukan satu buat,
bahasa yang boleh menjerumus kita ke tempat lain, tetapi dia
adalah satu bahasa ilmu dunia. Di mana pun kita pergi, kalau
boleh berbahasa Inggeris, maka kita akan sentiasa dalam hidup
keadaan senang kerana dia adalah bahasa antarabangsa.
H: Pada zaman persekolahan cikgu, adakah Bahasa Inggeris dijadikan
bahasa pengantar?
Encik Yahya: Masa itu saya di sekolah kebangsaan, zaman dulu kami ada dua
juga, bahasa Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bahasa
Inggeris. Siapa yang nak [hendak] pergi Bahasa Inggeris, dia
terus hundred percent [seratus peratus] ke bahasa Inggerislah.
Siapa yang nak [hendak] Bahasa Melayu, ada juga diajar
Bahasa Inggeris, dalam satu minggu tu [itu] lebih kurang tiga
kali Bahasa Inggeris, sampai tu [itu] bahasa itu umpama bahasa
yang diselitkan saja. Kesedaran kami tak [tidak] timbul masa
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
itu, Bahasa Inggeris mesti kami kuasai. Setelah kami ke
sekolah menengah, barulah sedar bahawa pentingnya Bahasa
Inggeris ni [ini] untuk kami gunakan setaraf dengan mereka-
mereka yang lulus dengan Bahasa Inggeris, Sekolah Inggeris.
Dan akhirnya kami dan beberapa orang yang memang gigih
dapat masukkan diri mereka dalam kumpulan-kumpulan yang
boleh berbahasa Inggeris dan boleh maju ke depan.
H: Bahasa mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Jadi, apakah yang
sering dilakukan oleh cikgu sebagai Guru Besar untuk memastikan
keputusan pelajar di tahap yang membanggakan?
Encik Yahya: Pernah saya lakukan dan memakat [berpakat], berpakat dengan
guru saya, apabila sesuatu exam [ujian] Bahasa Inggeris,
monthly exam [ujian bulanan] misalannya. Setelah dapat
keputusan dan guru akan menerangkan balik soalan-soalan itu
dan jawapannya. Dalam tempoh seminggu, disoal balik
question paper [kertas soalan] yang sama. Di sini tak [tidak]
banyak sikit, peningkatan nampak, cuba, bagi yang lemah ni
[ini] cuba lagi soalan-soalan yang sama supaya dia merasa
memberansang [bersemangat] diri mereka dengan markah yang
tinggi, nanti baru dia minat. Kalau bulan ini, buat satu soalan
dia dapat dua puluh, bulan depan soalan lain, dia dapat akan
dapat lima belas, soalan lain akhirnya dia dapat kosong, dia fed
up [putus asa]. Jadi kita gunakan satu taktik yang macam itulah
jangan dihabiskan masa untuk satu sukatan pelajaran.
H: Di sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan
peperiksaan yang amat penting. Apakah yang sering pihak sekolah
lakukan untuk persiapan pelajar menghadapi UPSR?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Encik Yahya: Di samping ujian bulanan penggal, kita juga cuba dihujung-
hujung waktu yang menghampirkan diri mereka ke UPSR
[Ujian Penilaian Sekolah Rendah] tu [itu], membiasakan diri
mereka dengan dewan peperiksaan. Makna dalam tempoh
seminggu, murid dimasukkan dalam dewan peperiksaan
supaya dia kenal, ini dewan, tidak menjadi satu kejutan
budaya, culture shock [kejutan budaya], situ tidak ada timbul
sebab dia dah [sudah] biasa. Tapi [tetapi] kalau hari ini dia
exam [ujian], dia hari tu [itu] baru masuk ke exam [ujian],
exam room [bilik ujian], dia panik dengan keadaan yang luas,
kawan yang dia sayang jauh-jauh, jadi kegantungannya tidak
______. Kemudian di waktu exam [ujian], Sekolah
Kebangsaan Hulu Bernam dulu kita ada buat menjemput mak
bapak [ibu bapa] duduk di luar, dalam tempoh yang tiga hari
tu [itu]. Jadi, itu satu pegang kekuatan bagi mereka,
semangat. [jadi, itu merupakan kekuatan pada mereka yang
memberi semangat]. Memang kita buat tanya, jadi, mak
bapak [ibu bapa] duduk satu tempat dikhaskan, bila lepas
exam [ujian] dia lari jumpa bapak [bapa], dia peluk cium
______ itu, itu yang kita lakukan. Kemudian, sebelum itu,
kita juga memberi makanan di awal pagi, mana murid-murid
datang ke sekolah. Guru-guru yang tidak bertugas dalam
exam room [bilik ujian] tu [itu], tidak menyelia di mana-
mana, suruh siapkan makanan dengan mak bapak [ibu bapa].
Pagi tu, dia cuma bawa cawan, minum dah [sudah] siap,
makan dah [sudah] siap. Dia datang mari sendiri dia akan
makan. Kalau dia tak [tidak] makan, tak [tidak] upaya nak
[hendak] buat jawapan ni [ini]. Bila rehat, cuma yang ada
setengah jam, kalau UPSR [Ujian Penilaian Sekolah Rendah]
habis pukul sembilan, sembilan setengah dia masuk balik.
Jadi, dia buang air situ, nak [hendak] makan. Tapi [tetapi],
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
kalau makanan dah [sudah] siap, dia duduk makan, cawan
dah [sudah] sedia dibasuh, ada masa lebih kurang dua puluh
minit. Dua puluh minit, sepuluh minit buang air, sepuluh
minit gi [pergi] jumpa mak bapak [ibu bapa] dia, ada dia
masuk balik dengan tenang. Bantuan fizikal macam itu
penting, mana kita dapat duit usaha sekolahlah.
H: Apakah perasaan cikgu melihat anak didik cikgu mendapat keputusan
yang cemerlang?
Encik Yahya:Di samping saya bangga, saya sedih juga. Sebab kekuatan yang
diberi oleh guru dan saya dan beberapa orang rakan, tak [tidak]
sebanyak mana. Tapi [tetapi], saya sedih kerana mereka
bertungkus-lumus untuk mencapai kejayaan itu hingga berjaya.
Jadi, setengah orang gembira, tapi [tetapi] saya gembira juga
tapi [tetapi] saya sedih mengapa dulu awal-awalnya mereka tak
[tidak] menjadi macam itu. Jadi, di akhir-akhir ______ masa
exam [ujian] dia tengok buku lagi, tengok buku, ini satu budaya
yang tak [tidak] boleh diamalkan. Makna exam [ujian], takde
[tidak ada] buku dah [sudah]. Tu [itu] sebab saya seminggu,
dua minggu, murid-murid berkeliaran di sekolah, tahun enam.
Dia suka buat ______ ke dia lah. Asalkan dia datang sekolah
dan dia macam study leave [cuti belajar], tapi [tetapi] study
leavenya [cuti belajarnya] di sekolah. ______ ______ masuk,
jadi dia gembira, takde [tidakada] tekanan, exam [ujian] tu [itu]
bukan satu tekanan, satu ujian yang menilai diri orang tu [itu]
sendiri.
H: Apakah pendapat cikgu terhadap pencapaian pelajar-pelajar masa kini
yang semakin bijak dan cemerlang dalam bidang akademik?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Encik Yahya: Satu perlumbaan yang cukup bagus. Kita takut, orang yang
malas bertambah merosot, ______ bertambah banyak. Orang
yang rajin, mula-mulanya ramai bagus, lepas tu [itu],
peningkatan bagi mereka yang ______ bagus tu [itu] akan
menjadi satu, percent [peratus] yang kurang. Contoh, pada
tahun seribu sembilan ratus enam puluh sembilan (1969),
saya mula-mula masuk jadi guru. Masa tu [itu] saya
berkelulusan SPM [Sijil Pelajaran Malaysia], mak cik saya,
kelulusan LCE [Lower Certificate of Education], Jadi, bila
gaji pertama saya terima, saya mengatasi satu setengah bulan
gaji dia, sedih juga kita. Jadi sebab itulah, kalau perlumbaan
mencapai kejayaan ni [ini] bertambah, bermaksud orang yang
lulus rendah ni [ini] akan ditinggalkan. Buat masa sekarang,
SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] dah tak [sudah tidak] berapa
bernilai, dah [sudah] sampai level [peringkat] form 6
[tingkatan enam]. Form 6 [Tingkatan enam] sekarang dah tak
[sudah tidak] bernilai kerana dia nak [hendak] Diploma.
Sekarang Diploma tak [tidak], tak [tidak] berapa lagi lekat
[bernilai], dia akan jadi Master [Ijazah Sarjana]. Master
[Ijazah Sarjana] ni [ini] tak [tidak] tahu berapa lama dia
bertahan untuk mendapat Phd [Ijazah Doktor Falsafah]. Oleh
yang demikian, orang mesti berlumba untuk mencapai yang
lebih tinggi dengan usaha, siapa yang agak, bukan malas,
agak kurang usaha tu [itu], akan tinggal jauh, kita takuti itu.
H: Apakah pendapat cikgu pada pencapaian pelajar Melayu pada masa
kini? Adakah boleh dikategorikan sebagai pelajar yang berwawasan dan
sama taraf dengan bangsa-bangsa lain?
Encik Yahya: Dari dulu saya nampak dah. Dan seorang professor, Yang
berhormat Zainal, Parlimen Hulu Selangor. Masa itu, dia
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
masih sebagai pensyarah Universiti Malaya. Kalau diambil
orang Melayu, lima ribu orang dalam satu sesi pengambilan
pelajar-pelajar untuk masuk Universiti Malaya, diambil dua
ribu, tak [tidak] sampai dua ribu, seribu lebih orang Cina,
lima ratus orang India, apabila exam [ujian] pertama, yang
lima ribu banyak gugur, reput dia, jadi yang tu [itu] Melayu
la bukan. Bila diakhirnya, seperti jugak [juga] kita tengok
dapat contoh di UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris]
Tanjung Malim, di ______ ada satu hadiah utama, bagi
mereka yang cemerlang di universiti itu. Akhirnya, dipegang
oleh bangsa asing. Orang Melayu makin lama dia tak [tidak]
tahu saya macam mana yang kita nampak, dia berjalan
mungkin dengan rasa seronok, laki-laki [lelaki] perempuan
tanpa memikirkan assignment [tugasan-tugasan] yang datang.
Seharusnya dulukan [dahulukan] assignment [tugasan], baru
kita berjalan. Kita orang muda, mesti berjalan juga, tapi
[tetapi] dahulukan pelajaran. Tapi [tetapi], orang Melayu,
saya tak [tidak] jaminlah kekuatan tu [itu] ada. Kerana orang
bangsa asing ni [ini], dia minoriti apa katakan, bangsa
minoriti ni [ini], dia selalu berjuang. Kalau ada seekor
harimau di belakang kita, yang tak [tidak] tahu lari pun, mesti
laju daripada orang biasa berlari. Itulah keadaan yang saya
kata. Jadi kesedaran kita, orang dah [sudah] mengatasi kita tu
[itu] dah [sudah] terlupa.
H: Adakah cikgu merasakan kecemerlangan akademik sahaja yang dapat
membentuk keperibadian yang baik buat diri para pelajar?
Encik Yahya: Itu saya tak [tidak] setuju. Akademik saja bukan satu bagi
jaminan hidup yang cemerlang masa depan. Dia mesti ada
sahsiah, dia mesti ada nilai diri, dia mesti ada pergaulan
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
dengan masyarakat. Orang yang bagus akademik, selalu dia
terlupa akan budaya-budaya bangsa dia sendiri. Contohnya
lembaga akademik, hantar dia ke luar negara, so [jadi],
kehidupan orang, budaya orang tu [itu] akan bawa kembali
ke dalam kehidupan dia sendiri. Banyak saya lihat contoh,
saudara-saudara saya pun yang pergi luar negara, yang dulu-
dulu [dahulu] lah. Jadi kurang berjaya dengan masyarakat,
kurang berjaya dengan kehidupan yang lebih jauh iaitu
akhirat.
H: Apakah yang sering diingatkan oleh cikgu ketika bersama pelajar,
supaya menjadi seorang anak yang baik, pelajar yang cemerlang dan
rakyat yang berguna pada masa kini dan juga pada masa hadapan?
Encik Yahya: Saya selalu bercakap reflect [mencerminkan] saya kepada mak
bapak [ibu bapa] dia di rumah. Kenang mak bapak [ibu bapa]
di rumah, senang pun bukan kerana kesenangan itu yang kita
akan kecapi, tetapi usaha sendiri. Tapi [tetapi] kebanyakkan
bangsa kita ni [ini], adalah orang yang sederhana, jadi kita
suruh dia fikir macam mana dia nak [hendak] mengatasi
masalah-masalah yang depan kalau mak bapak [ibu bapa] dah
[sudah] tak [tidak] ada dan harta yang ditinggalkan, kalau ada
pun tak [tidak] seberapa, adik-beradik ramai, jadi, pencapaian
diri penting dan terus usaha untuk maju di masa-masa akan
datang.
H: Pada pendapat cikgu, bagaimana pula peranan seorang guru sebagai
pendidik dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia seperti yang
sering diuar-uarkan sekarang?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Encik Yahya: Kadang-kadang saya sendiri pun tak [tidak] faham pada
permulaannya konsep Satu Malaysia. Tetapi, guru-guru yang
kemungkinan dah [sudah] diberi kursus konsep Satu Malaysia
ni [ini], bukan bermaksud kita meninggalkan budaya kita, kita
tidak membelakangkan bahasa kita, kita tidak mengambil
orang luar masuk ke dalam hak-hak kita, tetapi, makna Satu
Malaysia ni [ini] bermaksud oleh PM [Perdana Menteri] itu
ialah, ini negara kita, sama-sama kita berjuang mengikut
peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh
kerajaan sendiri. Ini bukan satu kerja yang senang, tetapi kalau
bangsa Malaysia, orang Malaysia, bumi Malaysia, rakyat
sendiri tidak mahu memahami asyik nak [hendak] menentang
saja, tanpa mendalami hakikat yang dikendaki oleh PM
[Perdana Menteri] ni [ini], maka pencapaiannya agak kurang.
Tapi [tetapi] kalau kita tahu bahawa Satu Malaysia bermaksud
inilah tanah air kita bersama, tapi [tetapi] hak-hak tiap-tiap
bangsa tetap terpelihara.
H: Berbalik kepada profession guru, pelajar masa kini berlumba-lumba
untuk menjadi seorang cikgu, apakah pandangan cikgu terhadap situasi
demikian, adakah cikgu merasakan mereka ini memilih kerjaya sebagai
guru hanya untuk menjamin masa depan atau untuk menyumbang bakti
kepada bangsa?
Encik Yahya: Itu, persepsi itu bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.
Macam saya dulu saya kata saya tak [tidak] nak [hendak] jadi
cikgu, tapi [tetapi] setelah disumbangsarankan [disaran] oleh
pensyarah-pensyarah saya perkara-perkara yang seharus saya
lakukan kalau berjiwa untuk jadi cikgu, dan dilatih selama,
macam di universiti sekarang selama empat tahun, lapan
semester tapi [tetapi] kalau bersungguh-sungguh dia akan
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
berjaya, dia akan yakin dan cinta pada karier [kerjaya] dia
sebagai seorang cikgu. Kalau tidak ikut mana pun itu, bila di
hujung semester dia akan dapat 2.1 [dua perpuluhan satu], 2.3
[dua perpuluhan tiga] paling tinggi, dia punya apa, dia punya
pointer [gred] dia. Tapi saya rasa bila dah masuk tu [itu], tak
[tidak] banyak sikit [sedikit] perasaaan hendak jadi cikgu tu
[itu] ada.
H: Apakah pendapat cikgu terhadap pelajar-pelajar yang menuntut di
dalam bidang perguruan? Adakah mereka memiliki kriteria yang perlu
untuk menjadi seorang guru?
Encik Yahya: Ada kerja yang kita dilahirkan mengikut kehendak kita, fizikal
kita, keinginan kita pada asal, tetapi kadang-kadang ada
dibentuk, boleh dibentuk dengan kehendak mereka. Jadi,
saya rasa tak [tidak] jadi masalahlah kalau nak jadi cikgu.
Dia akan, bila dah [sudah] tamat nanti dia akan kata dia
sebagai seorang cikgu. Tapi [tetapi], jaminan itu, kadang-
kadang saya terfikir pulak [pula], bahawa bila dah [sudah]
lulus lapan semester, penuntut-penuntut ini akan diexam
[diuji], diinterview [ditemuramah] lagi untuk masuk ke,
sebagai cikgu. Dia akan terfikir kalau aku lulus pun, aku nak
[hendak] exam [ujian], kalau aku tak [tidak] da [ada] exam
[ujian], aku tak [tidak] lulus interview [temuramah] aku ke
mana, ke mana tujuan aku. Jadi ni [ini], masih di awang-
awang [kabur] ______ tapi [tetapi] tujuan yang ______
begitu. Wallahualam [Tuhan sahaja yang tahu] saya tak
[tidak] tahu, kerana zaman saya lulus saja [sahaja] maktab,
saya terus menjadi cikgu.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
H: Adakah cikgu berpendapat bahawa institusi pendidikan masa kini kian
kukuh ataupun sebaliknya?
Encik Yahya: Saya rasa kukuh. Kita jadi contoh pada dunia. Jadi, tinggal lagi
kita tak [tidak] sedar, selalu begitulah. Apa yang berlaku depan
mata kita, hak kita, kita macam ambil tak [tidak] tahu. Jadi
kalau difikirkan, orang luar masih salute [kagum] to [kepada]
Malaysia pasal education [pendidikan] kita, tapi [tetapi] soalan
mengapakah orang kita masih dihantar ke luar negara untuk
belajar. Kita mesti tahu, bahawa hubungan kita bukan antara
kita sama kita, tapi [tetapi] hubungan kita dengan negara luar,
sekurang-kurang kita mengiktiraf orang lain punya cara juga.
Jadi, tak [tidak] ramai dah [sudah] sekarang. Kita boleh
banggakan dengan doktor-doktor yang lulus di UKM
[Universiti Kebangsaan Malaysia] dan sebagai, banyak lagi
yang kita boleh bangga. Jadi, saya rasa Malaysia akan, bukan
mahu jadi juara, akan keluar sebagai contoh yang orang mahu
ikut. Contoh sekali, kalau kita tengok pasukan Polis Diraja kita,
one of the best in the world [salah satu yang terbaik di dunia],
kejap [sekejap] je [sahaja] dia boleh tangkap benda barang-
barang yang dia boleh cari. [contohnya, kalau kita tengok
pasukan Polis Diraja kita, salah satu yang terbaik di dunia,
sekejap sahaja boleh menemui sesuatu]. Tapi [tetapi] orang tak
[tidak] tahu, takkan [tidak akan] buka semua tu [itu]. Within
[dalam tempoh], kalau pembunuh-pembunuh ni [ini], sekejap
ja [sahaja]. Jadi, we are the best [kita yang terbaik]. Jadi, saya
rasa okay [bagus] Malaysia.
H: Pada pendapat cikgu, adakah mereka tidak merpercayai ataupun yakin
dengan sistem pendidikan sendiri ataupun produk Malaysia sendiri?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Encik Yahya: Mereka yakin, tapi [tetapi], perubahan dasar pendidikan yang
berubah-ubah sana sini sikit, apabila menterinya ditukar-
tukarkan menyebabkan, “Eh! Macam mana ni [ini]”. Contoh
pada satu ketika, murid ______, pelajar-pelajar universiti dapat
PTPTN [Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional],
patutnya bayar sekali, tapi [tetapi] dia potong pinjaman tu [itu]
sekali, ______ pinjaman nanti dia potong, sekali potong, bagi
orang yang tak [tidak] da [ada] duit dah [sudah] ______ dia
semester yang ke depan tu [itu]. Kesian [Kasihan]. Jadi dia
kata, “Eh! apa dasar ni [ini]”, Jadi, ini lah sikit-sikit saja
[sahaja], walhal yang banyak baik tu [itu] ada, tapi [tetapi] itu
jugak [juga] menyinggung hati mak bapak [ibu bapa]. Kadang
nak [hendak] makan pun susah, saya rasalah, tiba-tiba dia
potong pinjaman tu [itu]. Kalau pinjaman dia seribu lima ratus,
potonglah misalannya dua tiga ratus dulu, ______ kemudian
boleh bagi dia hidup. Jadi, tapi [tetapi] tak [tidak] mengapa,
saya ucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang mengharungi ini
dengan penuh baik, sampai boleh berjaya sehingga hari ini.
NA: Bilakah tarikh persaraan cikgu sebagai seorang pendidik?
Encik Yahya: Saya pada tiga belas haribulan sebelas tahun dua ribu dua
(13hb.11.2002). Di akhir sekolahnya saya bersara itu ialah
Sekolah Kebangsaan II, Kuala Kubu.
NA: Boleh saya tahu, umur cikgu ketika cikgu bersara?
Encik Yahya: Umur saya bersara, dah [sudah] tentulah umur saya lima
puluh enam. Sebenarnya pada masa itu, umur bersara ialah
tahun seribu, lima puluh lima tahun. Tapi [tetapi] saya masa
itu, dinaikkan, kerajan menaikkan sampai lima puluh enam,
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
jadi masa itu tiga belas sebelas dua ribu dua (13.11. 2002) tu
[itu] genap umur saya lima puluh enam tahun.
NA: Apakah perasaan cikgu walaupun setelah bersara, tetapi masih lagi
digelar cikgu?
Encik Yahya: Mula saya biasalah, sebab dalam setahun dua tu [itu], orang
panggil cikgu saya rasa cikgulah saya, kerana bukan senang
nak [hendak] lupakan tiga puluh empat tahun orang panggil
saya cikgu. Apabila saya masuk jadi pegawai di PPD
[Pejabat Pendidikan Daerah], Kuala Kubu, orang panggil
saya tuan saya marah, saya bukan tuan, saya cikgu, saya nak
[hendak] jadi cikgu. Jadi, beberapa kali dah [sudah] dalam
tahun daripada itu saya kata saya tak [tidak] payahlah
[perlulah] panggil cikgu, panggil saya biasa, kalau saya
sekarang saya bertugas di masjid, panggillah saya bilal,
mereka kata apa, sampai mati pun, cikgu akan orang panggil
cikgu. Jikalau orang pergi menziarah kubur, itu kubur saya.
“Ini kubur siapa?” “Ini Cikgu Yahya, cikgu masih ada”. Oleh
yang demikian, pada rakan-rakan yang masih jadi cikgu,
baiki tingkah laku, ajar anak murid dengan baik, InsyaAllah
[Dengan izin Allah], tuhan akan memberi petunjuk kepada
kita.
NA: Setelah bersara apakah rancangan cikgu?
Encik Yahya:Saya sebelum bersara, saya memang dah [sudah] ada
rancangan. Saya belum bersara dah [sudah] pihak masjid dah
[sudah] ambil saya bertugas sebagai pegawai di Masjid,
Tanjung Malim. Kemudian, saya menghambakan diri saya
kepada surau saya, untuk membaiki keadaan dan saya masuk
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
persatuan-persatuan, contohnya Persatuan Suluh Budiman,
universiti, UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris] sampai
sekarang pun saya ahli, ahli seumur hidup. Kemudian saya
masuk Persatuan (cuba mengingati) Jalinan Rauh, baru
ditubuhkan yang situ menempatkan kumpulan-kumpulan orang
Sumatera, yang memang saya seronok. Jadi, saya ingin jadi
ahli, dan telah pun menjadi ahli. Setelah itu, sebelum itu, saya
dengar cerita ja [sahaja], jadi sekarang saya tahu asal usul saya,
dari mana dan siapa saya. Jadi, rancangan untuk yang lain
memang ada, tapi [tetapi] badan saya tak [tidak] berdaya.
Contoh kebun saya je [sahaja], saya tak [tidak] pergi kebun
saya, sebab, jadi saya alihkan kepada kemasyarakatan. Saya
rasa seronok saya sekarang. Tapi [tetapi], malangnya buat masa
sekarang, pihak politik ingin menarik saya balik, menarik saya
untuk bersama dengan politik, saya tak [tidak] dapat sama,
kerana saya ingin menyumbang bakti diri saya antara umur
saya di penghujung ni [ini], dalam bahagian ugama [agama] di
masjid dan sebagai. Masa dulu, saya pakai, kalau pakai tie [tali
leher] saya masuk ja [sahaja] tie [tali leher] dalam baju saya,
saya ziarah kawan saya meninggal antara sepuluh lima minit
saya pun pergi, tapi [tetapi] sekarang saya nak [hendak] sama-
sama mereka hingga sampai ke liang lahad mereka tu, jadi saya
baca doa di atas, InsyaAllah [Dengan izin Allah].
NA: Selepas bersara di dalam bidang perguruan, pernahkah cikgu
menerima sebarang undangan dari mana-mana badan kerajaan
ataupun institusi pengajian untuk berkongsi pengalaman cikgu sebagai
seorang guru?
Encik Yahya: Ya. Ini beberapa buah sekolah kebangsaan sekitar Tanjung
Malim, memanggil saya untuk menerangkan yang lepas saya
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
kata saya membuat satu kertas kerja kontrak pendidikan, jadi
saya terangkan kepada ______ tanpa saya meminta apa-apa
dari mereka. Saya bangga dan saya sayang kalau apa yang
ada pada saya orang lain pakai. Jadi, saya sumbangkan pada
mereka. InsyaAllah [Dengan izin Allah], tak [tidak] banyak
sikit rasanya memberi kesan yang baik kepada sekolah yang
berkenaan. Ada juga saya menerima undangan untuk
memberi ceramah di persatuan-persatuan, tapi [tetapi] itu
saya tak [tidak] hendak pergi sebab terpaksa membuat satu
kajian lain kerana itu bukan bidang saya. Jadi, saya minta
maaf dan akhirnya diberikan kepada orang lain. Contoh, bila
hari tiba bulan kemerdekaan, mereka akan minta saya
memberi ceramah, mungkin saya bercakap, saya memang
begitu kehidupan saya, saya bersyukur, public speaking
[pengucapan awam] saya, tak payah [perlu] saya prepare
[bersedia] banyak sangat. Dia terus macam tu, macam mana
hari ini lah, saya tak [tidak] pegang teks apa-apa. Jadi dia
timbul, Alhamdulillah [syukur kepada Allah]. Tapi [tetapi]
pada anak saya, ada seorang aja [sahaja] yang jadi macam
itu, yang ______ tahu yang jadi guru sementara di Sekolah
Kebangsaan Hulu Bernam. Sekarang dia kerja di bank, itu
macam saya, dia bercakap non-stop [tidak berhenti]. Sekian.
NA: Sepanjang persaraan cikgu, sudah berapa ramaikah pelajar-pelajar
yang menjadikan cikgu sebagai tokoh atau sebagai rujukan?
Encik Yahya:Terima kasih. Awak berdua adalah orang tak [tidak] tahu yang
keberapa saya tak [tidak] tahu. Pihak UPSI [Universiti
Pendidikan Sultan Idris] sampai ke masjid cari saya,
kemudian, beberapa kali untuk biodata saya, gambar saya,
perjuangan saya, dah [sudah] banyak dah [sudah]. Saya
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
hingga satu ketika, saya berada di Kelantan, saya disekat oleh
road block [sekatan jalan] polis. Jadi, akhirnya datang, naik
bas dengan rakan-rakan, datang seorang inspektor daripada
bawah. Ya Allah, guru saya, (menahan sebak) – stop
[berhenti].
NA: Sekiranya cikgu diberi pilihan, adakah cikgu masih ingin menjadi
seorang guru dan mengapa?
Encik Yahya: Sebenar saya rasa saya hari ni [ini] pun masih seorang guru,
saya anggap macam tu [itu]. Di mana-mana, setiap apa yang
kita sampaikan yang baik itu adalah cikgu. Yang melarang tu
[itu] yang tak [tidak] baik.- - -
TAMAT KASET II BAHAGIAN A: KASET II BAHAGIAN B
Encik Yahya: Ada beberapa kali di masjid Tanjung Malim, sama ada orang
dewasa, penuntut UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris],
ada kelihatan seperti tidak kena bagi diri saya. Contoh,
mereka bersembang di bawah pokok rambutan dan hanya
dipisahkan oleh beg plastik. Masa itu, saya menjalankan
tugas saya sebagai bilal Zohor, saya pergi dekat,
“Assalamualaikum”. “Waalaikumussalam”. “Muhrim, isteri,
adik-beradik?”. “Tidak”. “Sila bubar”. [Salam diberi dan
cikgu bertanya sama ada mereka ada hubungan muhrim,
adik-beradik atau isteri. Mereka menidakkan dan cikgu
menyuruh mereka berpecah dan pergi dari situ]. Saya rasa tak
[tidak] hendak berlaku pelajaran yang tidak baik di situ.
Kemudian, baru ni [ini] pun begitu juga, duduk dia dekat
bercakap, saya tanya benda yang sama. Satu ketika, orang
yang mempunyai sebuah Mercedes yang besar, sembahyang
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
di masjid Tanjung Malim, saya dapati sujudnya sudah salah.
Syarat sujud ialah tujuh anggota terletak ke bumi, ______
siku dan sebagainya terletak, jadi saya tak [tidak] segan silu
saya terus memberi pelajaran kepada dia. “Betul ke?”. Jadi,
dia berterima kasih kepada saya, tak [tidak] pernah orang
tegur, ya kereta Mercedes, orang kaya. Pada saya, Allah tidak
menilai sebegitu, taqwa kita. Jadi, ada satu ketika lagi tu
[itu], begitu juga, dia masbuk [makmum yang solatnya tidak
cukup rakaat] tapi [tetapi] dia ______ pulak [pula] yang dia
tinggal kira dia punya juga, rukuk apa ni bukan, dia punya
apa, dikiranya itu sebagai satu yang cukup bagi, rakaat dia.
Saya tarik tangannya selepas itu, saya bawa keluar, jangan
dimalu, kita cikgu, jangan bagi malu anak murid. Itulah, dia
dah [sudah] dewasa, jadi tak [tidak] cukup saya kata. Terima
kasih. ______ lembah lembut, sebab kita, kita ingat cikgu,
kita sebagai guru. Tapi [tetapi] sape [siapa] pun guru. Pernah
satu ketika dulu di sekolah-sekolah termasuk, tak [tidak]
terkecuali Hulu Bernam, Hari Guru, merayakan guru. Saya
kata bukan. Merayakan mak bapak [ibu bapa]. “Mak bapak
[ibu bapa] lah cikgu yang pertama kan?”. Sape [Siapa] ngajar
[mengajar] awak kat [dekat] rumah sebelum ke sekolah,
dialah cikgu. Tapi [tetapi] orang tersilap, dia tak [tidak] ingat
dia bukan cikgu [tetapi orang tersilap, dia rasa dia bukanlah
seorang cikgu.]. Jadi itulah, hidup saya ni [ini], saya sampai
akhir pun jadi cikgu juga, walaupun saya tak [tidak] hendak.
Bukan tak [tidak] hendak, kerana gurulah membina karier
[kerjaya] saya, sehingga orang kenal saya siapa. InsyaAllah
[Dengan izin Allah].
NA: Adakah cikgu berhasrat untuk menceburi mana-mana bidang, seperti
bidang perniagaan selepas bersara?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
Encik Yahya: Saya ni [ini] tak [tidak] boleh jadi orang meniaga. Saya
cukup, saya cepat kesian [kasihan]. Isteri saya pernah saya
cerita mangajak direct selling [jualan langsung], banyak laku,
tapi [tetapi] bila pergi minta hutang saya orang di belakang,
duduk dalam kereta, saya tak [tidak] sanggup. Saya terfikir,
ada ke duit orang tu, tak de ke [orang itu ada duit atau tidak],
dan sebagainya kan. Jadi, isteri saya marah kat [dekat] saya,
saya tak [tidak] berani. “Hutang awak berapa?”. “Nak apa?”.
Dan sebagainya. Berjalan tu [itu] paling malas saya. Jadi,
saya bukan ahli perniagaan yang begitu baiklah saya rasa.
NA: Cabaran pada masa sekarang adalah mencabar, jadi apakah nasihat
cikgu kepada para pendidik sekarang?
Encik Yahya: Saya bukan orang yang pakar untuk menasihatkan siapa-
siapa. Tapi [tetapi], fikirlah apa yang anda dapat daripada
institusi perguruan yang ada sekarang, di mana meratalah,
universiti ke, dimana ke, di maktabkan, maktab ke, dia tak
cukup [hasil yang kita dapat daripada institusi perguruan
sama ada universiti, maktab dan sebagainya]. Dia cuma
paling tinggi pun, boleh dapat ialah empat puluh percent
[peratus] daripada menjadi cikgu. Oleh yang itu, enam puluh
percent [peratus] kita kena cari, nombor satu perangai kita,
usaha kita, gigih kita, kasih dan sayang kita kepada murid
kita, dan lain-lain yang boleh membinakan rasa cintanya
orang kepada profesion [kerjaya] perguruan. Kita mewakili
seluruh dunia, apabila sebut cikgu, siapa yang berbentuk
mengajar, yang macam mana yang kita dapat di universiti,
maktab, dia tak [tidak] cukup untuk memberi keselesaan
kepada p&p [pengajaran dan pembelajaran] kita. Oleh yang
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
demikian, cari buku, beli buku, dengar, pakai tape [kaset] dan
sebagainya. Luaskan biji mata kita, terangkan hati kita
melalui tv [televisyen], video yang lain-lain, kumpulkan dan
disummarizekan [disimpulkan], apa disummarizekan,
disimpulkan dalam satu p&p [pengajaran dan pembelajaran]
yang lebih senang dan selesa bagi orang yang mendengarnya.
Terima kasih.
NA: Sebelum kita mengakhiri sesi temubual ini cikgu, apakah hasrat cikgu
kepada pelajar-pelajar sekarang?
Encik Yahya: Pada pelajar sekarang, anda adalah di dalam satu lingkungan
yang penuh cabaran. Tak [tidak] seperti mana saya dulu
[dahulu]. Saya dulu [dahulu] masuk sekolah tahun lima puluh
lima, satu buku pun tak [tidak] da [ada] bawa kat [dekat]
sekolah, bawa diri kami, bawa papan batu, buku bacaan pun
simpan dalam almari setelah baca, di rumah tak da [tidak
ada] apa-apalah. Tapi [tetapi] kita berjaya hasil daripada
tekanan-tekanan keliling yang mendesak supaya kita belajar
betul-betul. Sekarang apa yang tak [tidak] da [ada], semua
ada, pertamanya pelajaran yang baik-baik, audio-audio yang
cukup bagus, sama ada dalam tv [televisyen], kaset, cd
[cakera padat], vcd [video cakera padat] dan sebagainya yang
saya tak [tidak] pernah tahu lagi bahasa-bahasanya. Jadi,
pilihlah mana satu, yang buruk, yang baik. Kadang-kadang,
kalau kita tengok yang buruk tu [itu] pun boleh juga
mendatangkan satu pengalaman yang boleh membanteras
perbuatan-perbuatan tak [tidak] elok kepada murid kita.
Kalau kita kata dadah itu merbahaya, tapi [tetapi] kita tak
[tidak] pernah tengok bentuk orang yang kena dadah, kita tak
[tidak] boleh cerita yang lepas-lepas pun saya, apabila saya
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
menuntut lebih lagi daripada yang apa adanya, murid saya
lebih bijak daripada saya. Akhirnya, kita akan rasa
monotaneous jemu terhadap apa yang kita buat. Jadi, saya
rasa pada pelajar-pelajar sekarang, teruskan perjuangan,
terutama sekali orang Melayu, kita tidak ada apa-apa
sekarang dah [kita sudah tidak ada apa-apa], politik kita dah
[sudah] diganggu gugat dah [politik kita sudah diganggu dan
tergugat], kesultanan kita pun, orang boleh dah memporak-
perandakan keadaan [sudah boleh diporak-perandakan oleh
orang lain]. Jadi, be steady [bersiap sedia], jangan
mengundur dan perjuangkanlah hak kita.
NA: Baiklah cikgu, kita sudah sampai ke akhir sesi temubual, di sini kami
ucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu sekeluarga kerana sudi
memerima kehadiran kami.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
13.0 SENARAI SOALAN
LATAR BELAKANG
1. Boleh cikgu ceritakan tentang - maaf cikgu. Boleh cikgu berikan nama penuh
cikgu?
2. Ya, panggilan cikgu, nama panggilan?
3. Boleh cikgu ceritakan tentang latar belakang cikgu?
4. Okay, apakah nama penuh isteri cikgu?
5. Boleh cikgu ceritakan tentang latar belakang anak-anak cikgu?
6. Adakah ahli keluarga cikgu juga bergelar sebagai seorang guru?
7. Adakah cikgu sering mendorong ahli keluarga cikgu supaya berkhidmat sebagai
guru?
8. Boleh saya tahu, apakah pendekatan yang cikgu lakukan untuk mendidik anak-
anak di rumah?
9. Adakah cikgu menggunakan pendekatan yang sama seperti pelajar cikgu di
sekolah untuk mendidik anak-anak?
10. Siapakah idola cikgu?
11. Apakah yang sering cikgu lakukan ketika masa lapang?
12. Apa prinsip hidup cikgu?
PENDIDIKAN AWAL
13. Baiklah cikgu, bagaimana cikgu mendapat pendidikan awal?
14. Bagaimana pula dengan sejarah pendidikan cikgu disekolah menengah?
15. Bagaimana pula dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah?
16. Selepas cikgu menamatkan zaman persekolahan di peringkat menengah,
kemanakah halatuju cikgu?
17. Sekiranya cikgu tidak menjadi seorang guru, siapakah cikgu?
18. Jadi macam mana cikgu boleh mula berminat untuk menjadi seorang guru?
19. Apakah faktor utama cikgu melibatkan diri dalam bidang pendidikan?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
20. Pada pandangan cikgu, apakah keistimewaan memilih kerjaya guru berbanding
dengan kerjaya lain?
21. Di manakah cikgu mendapatkan pendidikan untuk menjadi guru?
22. Berapa tahunkah cikgu belajar dalam bidang pendidikan?
SEJARAH PEKERJAAN AWAL
23. Apakah kriteria untuk manjadi guru pada masa itu?
24. Apakah harapan cikgu terhadap kerjaya guru, sebelum menjadi guru di sekolah?
25. Apakah perasaan setelah diberi peluang menjadi seorang guru?
26. Perasaan cikgu ketika mula-mula mengajar di dalam kelas?
27. Pada usia berapakah cikgu mula bertugas sebagai guru?
28. Boleh saya tahu, pelajar tahun berapakah yang sering di ajar oleh cikgu?
29. Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat dalam bidang perguruan?
30. Berapakah jumlah sekolah yang cikgu sudah berkhidmat sepanjang menjadi
seorang guru?
31. Kenapa ya? Boleh saya tahu
32. Apakah nama sekolah yang paling cikgu senangi sewaktu berkhidmat sebagai
guru?
33. Selain itu, apakah halangan dan cabaran pada awal cikgu bertugas sebagai guru?
SEJARAH KERJAYA SEBAGAI GURU BESAR
34. Bilakah cikgu dilantik menjadi Guru Besar?
35. Apakah peranan sebagai seorang Guru Besar?
36. Peranan seorang Guru Besar amatlah besar, bagaimanakah cikgu membahagikan
masa untuk keluarga dan kerjaya?
37. Apakah kursus-kursus yang sering dihadiri oleh Guru Besar?
38. Apakah perasaan cikgu setelah dilantik menjadi seorang Guru Besar?
39. Apakah reaksi keluarga apabila cikgu dilantik menjadi seorang Guru Besar?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
40. Apakah perbezaan pada diri cikgu sebelum dan selepas menjadi seorang Guru
Besar?
41. Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat sebagai Guru Besar?
42. Apakah penghargaan yang diterima oleh cikgu sepanjang penglibatan cikgu
dalam bidang pendidikan?
43. Adakah cikgu pernah terlibat dalam menghasilkan sebarang buku dalam
memantapkan pendidikan pelajar?
44. Adakah cikgu pernah terlibat dalam memberi ceramah, seminar ataupun bengkel?
PENGALAMAN
45. Apakah pengalaman manis cikgu dalam bidang pendidikan?
46. Sepanjang cikgu bergelar Guru Besar pernahkah cikgu berhadapan dengan situasi
yang pahit?
47. Adakah pernah terdetik dalam hati cikgu bahawa cikgu menyesal menceburi
bidang pendidikan?
48. Bagaimanakah cikgu memotivasikan diri cikgu untuk terus bersemangat
menyumbang tenaga dan masa demi masa depan anak bangsa?
49. Pencapaian cemerlang sesebuah negara wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah
yang diterajui oleh Guru Besar kearah pencapaian objektif sekolah. Berdasarkan
pengalaman cikgu sebagai Guru Besar, apakah perkara penting yang perlu
dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai objektif ataupun misi sekolah?
50. Bagaimana cikgu selaraskan kehendak kerajaan dalam melahirkan pelajar yang
serba boleh?
51. Sekolah rendah merupakan kancah terasas kanak-kanak untuk melihat dan
mengkaji apa yang mereka lihat dan pelajari. Pada pendapat cikgu, apakah
peranan guru dalam memberikan panduan dan contoh tauladan yang baik kepada
pelajar?
52. Pernahkah cikgu berhadapan dengan pelajar-pelajar yang nakal sewaktu cikgu
masih aktif di dalam bidang perguruan?
53. Pada pendapat cikgu, apakah peranan guru dalam menangani masalah ini?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
54. Kini, pelajar sanggup memukul cikgu apabila mereka marah terhadap guru itu.
Pada pandangan cikgu sendiri, mengapakah pelajar sanggup, sekarang sanggup
berkelakuan seperti itu?
55. Pada pandangan cikgu, siapakah yang memainkan peranan utama dalam mendidik
pelajar supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab?
56. Pada pandangan cikgu, apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar itu sendiri untuk
menghindari diri mereka daripada gejala yang tidak baik?
57. Apakah aktiviti ataupun program yang sering dijalankan oleh pihak sekolah untuk
membantu pelajar dalam mengenal potensi diri, membentuk disiplin dan
mengenal bakat mereka?
58. Berdasarkan pengalaman cikgu sendiri, apakah reaksi pelajar terhadap aktiviti-
aktiviti yang dijalankan untuk membentuk disiplin dan membina jati diri mereka?
59. Isu guru sering dipersalahkan akibat terlalu tegas sehingga memukul pelajar
banyak terpampang di media elektronik ataupun media cetak. Pada pendapat
cikgu, adakah guru yang patut dipersalahkan?
60. Apa pula pendapat cikgu tentang guru yang bersifat pilih kasih terhadap pelajar-
pelajarnya?
61. Baru-baru baru ini ada akhbar yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan
guru besar miang, adakah perkara ini telah menjatuhkan maruah cikgu yang
pernah memegang jawatan sebagai guru besar?
62. Adakah situasi ini menunjukkan bidang perguruan semakin merosot dari segi
akhlak seorang guru?
63. Apakah nasihat cikgu kepada bakal-bakal guru atau guru besar dalam
mengelakkan perkara sedemikian berulang kembali?
64. Guru sering dipersalahkan jika keputusan pelajar di tahap yang tidak memuaskan.
Apakah pandangan cikgu tentang hal ini?
65. Kini sebahagian pelajar kurang berminat untuk menumpukan perhatian dalam
pembelajaran mereka. Sebaliknya mereka lebih tertarik dengan perkara yang lebih
menyeronokkan dan boleh membuang masa. Pada pendapat cikgu, mengapakah
perkara ini boleh berlaku?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
66. Mengikut pengalaman cikgu, apakah yang sering mengggangu tumpuan mereka
terhadap pelajaran?
67. Adakah faktor kekurangan infrastruktur pendidikan di sekolah mempengaruhi
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi kesan yang kurang baik
terhadap pembelajaran pelajar?
68. Jika kita lihat pada isu sekarang ini, isu pengajaran dan pembelajaran dalam
Bahasa Inggeris di sekolah sering diperkatakan. Apakah pendapat cikgu tentang
perkara ini?
69. Pada zaman persekolahan cikgu, adakah bahasa Inggeris dijadikan bahasa
pengantar?
70. Bahasa mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Jadi, apakah yang sering
dilakukan oleh cikgu sebagai Guru Besar untuk memastikan keputusan pelajar di
tahap yang membanggakan?
71. Di sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) merupakan
peperiksaan yang amat penting. Apakah yang sering pihak sekolah lakukan untuk
persiapan pelajar menghadapi UPSR?
72. Apakah perasaan cikgu melihat anak didik cikgu mendapat keputusan yang
cemerlang?
73. Apakah pendapat cikgu terhadap pencapaian pelajar-pelajar masa kini yang
semakin bijak dan cemerlang dalam bidang akademik?
74. Apakah pendapat cikgu pada pencapaian pelajar Melayu pada masa kini?
Adakah boleh dikategorikan sebagai pelajar yang berwawasan dan sama taraf
dengan bangsa-bangsa lain?
75. Adakah cikgu merasakan kecemerlangan akademik sahaja yang dapat
membentuk keperibadian yang baik buat diri para pelajar?
76. Apakah yang sering diingatkan oleh cikgu ketika bersama pelajar, supaya
menjadi seorang anak yang baik, pelajar yang cemerlang dan rakyat yang berguna
pada masa kini dan juga pada masa hadapan?
77. Pada pendapat cikgu, bagaimana pula peranan seorang guru sebagai pendidik
dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia seperti yang sering diuar-uarkan
sekarang?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
78. Berbalik kepada profession guru, pelajar masa kini berlumba-lumba untuk
menjadi seorang cikgu, apakah pandangan cikgu terhadap situasi demikian,
adakah cikgu merasakan mereka ini memilih kerjaya sebagai guru hanya untuk
menjamin masa depan atau untuk menyumbang bakti kepada bangsa?
79. Apakah pendapat cikgu terhadap pelajar-pelajar yang menuntut di dalam bidang
perguruan? Adakah mereka memiliki kriteria yang perlu untuk menjadi seorang
guru?
80. Adakah cikgu berpendapat bahawa institusi pendidikan masa kini kian kukuh
ataupun sebaliknya?
81. Pada pendapat cikgu, adakah mereka tidak merpercayai ataupun yakin dengan
sistem pendidikan sendiri ataupun produk Malaysia sendiri?
SELEPAS PERSARAAN
82. Bilakah tarikh persaraan cikgu sebagai seorang pendidik?
83. Boleh saya tahu, umur cikgu ketika cikgu bersara?
84. Apakah perasaan cikgu walaupun setelah bersara, tetapi masih lagi digelar cikgu?
85. Setelah bersara apakah rancangan cikgu?
86. Selepas bersara di dalam bidang perguruan, pernahkah cikgu menerima sebarang
undangan dari mana-mana badan kerajaan ataupun institusi pengajian untuk
berkongsi pengalaman cikgu sebagai seorang guru?
87. Sepanjang persaraan cikgu, sudah berapa ramaikah pelajar-pelajar yang
menjadikan cikgu sebagai tokoh atau sebagai rujukan?
88. Sekiranya cikgu diberi pilihan, adakah cikgu masih ingin menjadi seorang guru
dan mengapa?
NASIHAT DAN HARAPAN
89. Adakah cikgu berhasrat untuk menceburi mana-mana bidang, seperti bidang
perniagaan selepas bersara?
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA HAJI YAHYA BIN OSMAN SELAKU BEKAS GURU BESAR
IMR 603- PENDOKUMENTASIAN SEJARAH LISAN
90. Cabaran pada masa sekarang adalah mencabar, jadi apakah nasihat cikgu kepada
para pendidik sekarang?
91. Sebelum kita mengakhiri sesi temubual ini cikgu, apakah hasrat cikgu kepada
pelajar-pelajar sekarang?