خلاصة علم الفرائض

53
RINGKASAN ILMU FARAID ( ض ئ را ف ل ما عل)

description

 

Transcript of خلاصة علم الفرائض

RINGKASAN ILMU FARAIDالفرائض ) ( علم

Pengertian Faraid

• Perkataan Faraid dari segi bahasa: mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

• Menurut istilah syarak: pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.

• Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam.

Perkara Yang Perlu dilaksanakan Sebelum Faraid

• Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak:

- pembiayaan pengurusan jenazah, - hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan - wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

1. Tanah 2. Bangunan (rumah). 3. Barang kemas (emas, perak dll). 4. Insurans dan Wang tunai (sama ada

dilaburkan atau tidak). 5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu,

unta, kerbau dan lain-lain.

DALIL FARAID

١١ ة اياء النسةسور

DALIL FARAID• Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-

anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(an-Nisa : 11)

١٢ ةايلنساء اةسور

DALIL FARAID• Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu,

jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

(an-Nisa :12)

DALIL FARAID Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah

Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(an-Nisa : 176)

CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti :

- siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud ( أصحاب

,( الفروض - kemudian dicari siapakah yang Mahjub ( محجوب ), - barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud ( أصحاب( الفروض

Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8.

Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah ( عصبة ) Merupakan golongan yang akan terima baki setelah

semua golongan (1) mendapat bahagian. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:

(a) Asabah Binafsih (b) Asabah Bil Ghoir (c) Asabah Maal Ghoir.

(a) Asabah Binafsih ( بنفسه ( عصبة• Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua

harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain.

• Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir ( بالغير ( عصبة

• Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain.

• Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

(c) Asabah Maal Ghoir. ( الغير مع ( عصبه

• Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain.

• Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham ( األرحام ( ذوى• Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2)

setelah kedua-duanya tiada • kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini

mengambil bahagian harta. • Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima

harta. • Keadaan ini disebut hijab ( حجاب ) iaitu dinding yang

menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati (yang utama).

• Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu:

golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu),golongan anak saudara dari saudara

perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara

atau saudara lelaki atau perempuan ibu.

Jenis Hijab

• 2 Jenis HIJAB :

a. Hijab Nuqshon ( نقصان dan ( حجابb. Hijab Hirman ( حرمان ( حجاب

(a) Hijab Nuqshon ( نقصان ( حجاب

• Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya.

• Seperti suami dari menerima setengah

menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman ( حرمان ( حجاب

• Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka.

• Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PESAKA

• Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki, dan• 10 ahli waris dari dari pihak perempuan

**yang layak menerima harta pusaka

15 Waris dari pihak lelaki seperti berikut:

1. Anak lelaki 2. Cucu lelaki dari anak lelaki 3. Bapa 4. Datuk 5. Saudara lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa 7. Saudara lelaki seibu 8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa 9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa 10. Bapa saudara seibu sebapa 11. Bapa saudara sebapa 12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa 13. Sepupu dari bapa saudara sebapa 14. Suami 15. Hamba sahaya

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:

1. Bapa 2. Anak lelaki 3. Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:

1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Nenek sebelah ibu 5. Nenek sebelah bapa 6. Saudara perempuan seibu sebapa 7. Saudara perempuan seibu 8. Saudara perempuan sebapa 9. Isteri 10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:

1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Saudara perempuan seibu sebapa 5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:

1. Bapa 2. Ibu 3. Anak Lelaki 4. Anak Perempuan 5. Suami/Isteri

PEMBAHAGIAN HARTA PESAKA

KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS

MENGIKUT SYARA`

 Bahagian Diperolehi Suami kepada simati

1/2Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki

1/4Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

 Bahagian diperolehi Isteri kepada simati

1/4Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki

1/8Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Anak Perempuan Simati

1/2Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki

2/32 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki

ASABAH BI-GHAIRIHMempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

Bahagian DiperolehiCucu Perempuan Anak

Lelaki Simati

1/2Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak

2/3Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak

1/6Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih

Bahagian Diperolehi Bapa Simati

1/6Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

1/6 dan AsabahMempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki

ASABAHTiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Ibu Kepada Simati

1/6

Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3

Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3 dari bakiMempunyai bapa serta suami ATAU isteri

Bahagian Diperolehi Datuk kepada simati

Sama seperti bapaHanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

Bahagian DiperolehiSaudara Perempuan Seibu

Sebapa kepada simati

1/2Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah

2/3Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah

ASABAHMempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.

Terhalang olehdisebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Sebapa

1/2Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

2/3Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

1/6Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa

Asabah disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk

Terhalang Oleh

1. Bapa 2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung

Bahagian DiperolehiSaudara Seibu

(Lelaki/Perempuan)

1/6Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

1/3Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Terhalang olehDisebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

BEBERAPA CONTOH MASALAH FARAID

١مسئله ﴾

سأورڠ لالكي تله منيڠڬل دنيا دان منيڠڬلكن سأورڠ انق ڤرمڤوان، ساودارا ڤرمڤوان درڤد سباڤا، ساودارا ڤرمڤوان

سإيبو. لالكي ترسبوت جوڬ ممڤوڽاءي ساودارا ڤرمڤوان يڠ تله منيڠڬل دان

منيڠڬلكن انق-انقڽ يڠ ماسيه هيدوڤ. مك باڬايمانا چارا ممبهاڬيكن هرتا؟

- انق ڤرمڤوان منداڤت هرتا درڤد يڠ دتيڠڬلكن.يت ءساودارا ڤرمڤوان درڤد سباڤا منداڤت يڠ باكي، يا-

ين يڠ مڠمبيل هرتا ءسباڬاي عصبه.، كران كتيادأن اورڠ ال.بهاڬين واريثن دان تياد عصبه يڠ تردكت دڠن سي ماتي

، كران ٢ساودارا ڤرمڤوان سإيبو، تيدق داڤت اڤ -. اوليه انق ڤرمڤوانحجابتر

انق لالكي درڤد ساودارا ڤرمڤوان تيدق منداڤت -اوليه ساودارا ڤرمڤوان ترحجاب ، كران تر٢اڤ

يڠ منجادي عصبه دان انق ڤرمڤوان كران درجت ساودارا ڤرمڤوان سباڤا لبيه دكت

درجتڽ بربنديڠ ديريڽ.انق ڤرمڤوان درڤد ساودارا ڤرمڤوان جوڬ -

ترماسوق دالم ، كران مريك ٢تيدق داڤت اڤبهاڬين ساودارا سراحم.

دان عصبه ضفروالحال اين كران اصحاب - ساودارا اارحال ىوددهولوكن بربنديڠ ذ ﴿م

.﴾سراحم

1 Anak Perempuan 1/2 1/21 Saudara Perempuan Sebapa 1/2 1/21 Saudara Perempuan Seibu 0/1 0/2

﴾ سأورڠ وانيتا منيڠڬل دنيا دان ٢مسئله اورڠ انق ڤرمڤوان، چوچو ٢منيڠڬلكن

لالكي درڤد انق لالكي، ساودارا ڤرمڤوان كندوڠ دان ببراڤ ساودارا لالكي سإيبو. براڤكه بهاڬين يڠ ڤرلو

دبري؟

بهاڬين، كران ٢/٣ اورڠ انق ڤرمڤوان منداڤت ٢لبيه درڤد سأورڠ.

چوچو لالكي درڤد انق لالكي منداڤت سيسا سباڬاي عصبه، كران كتيادأن اهلي ٢/٣درڤد

يڠ لبيه دكت عصبةواريث يڠ الين دان تيدق اد درڤدڽ.

، ٢ساودارا ڤرمڤوان كندوڠ تيدق داڤت اڤب اوليه چوچو لالكي.اجحكران تر

بڬيتو جوڬ ساودارا لالكي سإيبو، كران انقعب اوليه فروحجاتر ﴾ اهلي واريث ﴿ -

خوخو

WARIS PMBHGN ASAL

TASH-HIEH

2 Anak Perempuan 2/3 2/31 Anak Lelaki kepada Anak Lelaki 1/3 1/31 Saudara Perempuan Kandung 0/1 0/32 Saudara Lelaki Seibu 0/2 0/3

﴾ سأورڠ وانيتا منيڠڬل دنيا دان ٣مسئله منيڠڬلكن ببراڤ اورڠ ساودارا

ڤرمڤوان كندوڠ دان انق لالكي درڤد انق لالكي باڤ ساوداراڽ. باڬايمانا چارا

ڤمبهاڬين هرتا؟

٢/٣ كندوڠڽ منداڤت فرمفوانببراڤ اورڠ ساودارا -درڤد هرتا دڠن دبهاڬيكن سام رات د انتارا مريك.

انق لالكي درڤد انق لالكي باڤ ساوداراڽ - كران ١/٣منداڤت باكي درڤد بهاڬين هرتا، ايايت

. دان عصبه يڠ لبيه دكتضفروالب الصاحكتيادأن

WARIS PMBHGN ASAL

TASH-HIEH

3 Saudara Perempuan Kandung 2/3 6/91 Anak Lelaki kepada Saudara Lelaki Kandung kepada Bapa 1/3 3/9

 

استري منداڤت ¼ بهاڬين كران تيدق -ممڤوڽاءي انق.

بهاڬين، ١/٦ساودارا ڤرمڤوان سإيبو منداڤت - كران تيدق ممڤوڽاءي انق اتاو باڤ.

باكيڽ دبريكن كڤد ببراڤ ساودارا كندوڠ. - . كالي ڬندا درڤد ڤرمڤوان٢لالكي داڤت

﴾ سأورڠ وانيتا منيڠڬل دنيا دان ٥منيڠڬلكن انق-انق درڤد ساودارا لالكي

دان ڤرمڤوان. دان ½ درڤد هرتا واريثنڽ، دوصيةكن اونتوق عمل

كباجيكن. باڬايمانا چارا ڤمبهاڬين هرتا؟

هرتا ڤنيڠڬالن، سكاليڤون تنڤا ١/٣وصية تيدق بوليه لبيه درڤد -، واجب ممينتا ١/٣ايذين درڤد اهلي واريث. اڤابيال لبيه درڤد

ڤرستوجوان درڤد اهلي واريث.سبلوم منيڠڬل، وانيتا ايت بروصية اڬر ½ دبريكن اونتوق -

عمل كباجيكن. هرتاڽ ١/٣اڤابيال وصية ترچاتت دان بوليه دڤرچايأي، مك -

سچارا لڠسوڠ بربنتوق وصية دان برحق دڤراونتوقكن اونتوق .عمل كباجيكن

 

١/٣اڤابيال اهلي واريث برستوجو لبيه -دڤراونتوقكن اونتوق عمل كباجيكن، مك

ترلقسانله دان صح وصية.سكيراڽ اهلي واريث تيدق ستوجو، مك يڠ -

سهاج.١/٣ترلقسان وصيةڽ هاڽ اڤابيال وصية تيدق دچاتت دان تيدق بوليه -

دڤرچايأي، مك اهلي واريث ڤرلو برسڤاكت دان ممبوات ڤڠاكوان. 

جك مريك مڠاكوي، مك ترلقسان وصية دان - سكيراڽ مريك مننتڠ، مك وصية تيدق بوليه

.دلقسانكن

ستله دكلواركن بهاڬين يڠ دوصي - ، دڤراونتوقكن كڤد تك﴿باكي هرتا ﴾نن ذو اءانق لالكي درڤد ساودارا لالكي دڠن سام رات، كران كتياد

دان عصابه يڠ لبيه دكت.ضفروال درڤد ساودارا ٢باڬي انق ڤرمڤوان درڤد ساودارا لالكي دان انق-

كران مريك ترماسوق ك دالم ٢ڤرمڤوان، تيدق منداڤت اڤم.اارحالڬولوڠن ذو

دان ضفروالم برادا د كدودوكن تراخير ستله ذو اارح الذو- .عصابه

WARIS PMBHGN ASAL

TASH-HIEH

2 Anak Perempuan kepada saudara perempuan 0/2

2 Anak Lelaki kepada SAUDARA LELAKI asobah 2/2

2 Anak Perempuan kepada saudara Lelaki 0/2

2 Anak Lelaki kepada saudara perempuan 0/2

حكمه ڤمبهاڬين ڤوساك

رمتي فطره مأنسيومڠح) ١ .

الله منتڤكن فطره مأنسي سوڤاي مڠاسيحي -انق يڠ دأڠڬڤ سباڬاي چهاي هيدوڤ دان

ڽ.تڤڽامبوڠ حيامأنسي سڠڬوڤ برسوسه ڤايه دمي انق-انق.- سكيراڽ اسالم مڠحرامكن ڤوساك، ڤستيڽ -

كسوڠڬوهن اونتوق بكرجا منجادي كابور دان ٢مليهت سڬاال اوسهاڽ هاڽ سيا .

﴾ مرياليساسيكن كسايمبڠن سوسيال دالم ٢ليڠكوڠن كلوارڬ كران هرتا يڠ مريك ميليكي

ماللوءي ڤوساك اين منداتڠكن كبايكن كڤد مريك.

﴾ ممليهارا هوبوڠن صلة الرحيم ستله كماتين ٣سي ماتي. حال اين كران قوم كلوارڬ سي

ماتي سڤرتي ساودارا لالكي، ساودارا ڤرمڤوان درڤد ٢دان سباڬايڽ اكن منريما بهاڬين ماسيڠ

.هرتا سي ماتي