PUSTAKA1myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4802/1/Sari...Bil. 2/2005 Keganasan Menurut...

40
[ ] Sari Pustaka Pustaka

Transcript of PUSTAKA1myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/4802/1/Sari...Bil. 2/2005 Keganasan Menurut...

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    KANDUNGAN Muka Surat

    ULASAN BUKU

    Anda Berfikir? Bagaimana? / Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan 3

    Anjung Deklamator Kumpulan Puisi dan Petua Deklamasi / 5Rahman Shaari

    Herbs of Malaysia : An Introduction To The Medicinal, Culinary, 8Aromatic and Cosmetic Use of Herbs / Joseph Samy [et al.]

    Kedurjanaan Siber 2 / Shaharom TM Sulaiman 9

    Koko dan Coklat : Sumber, Pemprosesan, Nilai Pemakanan / 11Nazaruddin Ramli dan Suriah Abdul Rahman

    My Story / Lim Goh Tong 13

    Pandai Berfikir / Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan 15

    Panduan Untuk Pengurus dan Setiausaha / 17Samsudin Wahab

    Wajah-wajah / Ab. Rashid Mat Adam 19

    SINOPSIS BUKU

    Berpawang dan Bersahabat Dengan Jin Daripada 21Perspektif Islam / Jahid Sidek

    Bisikan Mizan Qistina / Eisya Sri Dewi 21

    Dari Sungai Burung Ke Bukit Megawati : 22Perjalanan Politik Dr. Mohamad Khir Toyo / Chamil Wariya

    Etika dan Amalan Perniagaan / Wan Sabri Wan Hussin 22

    Formula Menjadi Usahawan Berjaya / Wan Mohd Nazif dan 23Fazilah Ibrahim

    Hadith Daif : Ciri-ciri Dan Hukum / Ariffin Omar dan Zaini Nasohah 23

    Hukum Wanita Menjadi Imam Solat : Kontroversi 24Solat Jumaat Dr. Amina Wadud / Ustaz Dr. Zulkifli MohamadAl-Bakri dan Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali

    Human Resource Management 4th ed. / Maimunah Aminuddin 24

    1

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    Keganasan Menurut Perspektif Agama Yahudi, 25Kristian dan Islam / Zaki Ali Al-Sayyid Abu Ghudah

    Keranamu Balqis / Manera Muhammad 25

    Kesihatan Keluarga / Raihanah Abdullah 26

    Kursus Kejurulatihan Belia / Chek Mat 26

    Liabiliti Dalam Pengurusan Pendidikan / Tie Fatt Hee 27

    Membentuk Identiti Remaja / Azizi Yahya dan 27Jaafar Sidek latif

    Mengurus Gerai Pameran / Muhd. Abi Sofian Abd. Halim 28

    Naik, Jatuh dan Bangun Semula : Abdullah Ahmad 28Badawi dan Politik Malaysia / Chamil Wariya

    Panduan Mencari Maklumat / Irma Indayu Omar dan 29Yushiana Mansor

    Perancangan dan Penilaian Projek Pembangunan / 29Ahmad Mahdzan Ayob

    Practical Business Communication : Communicate 30With Confidence / Henry Henderson

    Puri Ibu / Mohd Kamaluddin Adam 30

    Seni Jahitan Pakaian Pengantin / Rosita Jaafar 31

    101 Feng Shui : Tips For Your Home / Richard Webster 31

    Sulaman Benang dan Manik Labuci / Rosita Jaafar 32

    Syariah dan Undang-Undang : Suatu Perbandingan 32/ Zaini Nasohah… [et al.] (Editor)

    Tabiat Organisasi : Satu Dimensi Global / Ungku Norulkamar 33Ungku Ahmad... [et al.]

    The Management Secretary : A Practical Guide For 33Today’s Modern Secretary / Dr. Henry R. Meyer

    Undang-Undang Komunikasi / Suhaini Muda dan 34Ahmad Shamsul Abd Aziz

    Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia 34/ Ahmad Shamsul Abd. Aziz

    2

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    AINON MOHD. & ABDULLAH HASSANAnda Berfikir? Bagaimana?

    Bentong, Pahang : PTS Millennia. 2005.ISBN 983-3372-36-8

    Tahap pemikiran seseorang individu dalamberfikir dan membuat keputusan tidak hanyabergantung kepada tinggi atau rendahnya tahappendidikan seseorang itu. Individu yang mempunyaitahap pendidikan yang rendah juga berupayamemperlihatkan tahap pemikiran yang jauh lebihbaik daripada individu yang mempunyai tahappendidikan yang tinggi. Faktor ini menjadi asas bagipenulis mengupas persoalan yang membolehkanpembaca memahami kaitan antara sebab danakibat, antara psikologi dan cara-cara kita berfikirserta bertindak. Penulis ingin membantu pembacamemahami faktor-faktor yang mempengaruhiproses dan aktiviti berfikir. Anda berfikir?Bagaimana? merupakan buku yang diharap dapatmembantu pembaca memperbaiki danmempelajari teknik berfikir.

    Buku ini membincangkan mengenai teoridan teknik psikologi yang boleh digunakan secaraprofesional oleh pembaca bagi mempengaruhicara kita berfikir dan membuat keputusan. Bukuini turut memperlihatkan bahawa terdapat beberapaunsur psikologi yang adakalanya mengakibatkanseseorang individu yang dikategorikan sebagaipintar dan mempunyai tahap pendidikan yang tinggimasih mempunyai kebarangkalian yang tinggiuntuk membuat kesilapan dalam berfikir danmengambil keputusan. Kenapa? Buku ini berupayamengupas persoalan tersebut.

    Teori dan teknik psikologi ini, diulas agarpembaca berupaya menggunakannya dalam caraberfikir. Penggunaan bahasa yang mudah disamping penggunaan contoh yang diambil darikehidupan harian, berupaya menarik minatpembaca untuk berfikir sejenak mengenai apa yangingin disampaikan oleh penulis. Keunikan buku inidapat dilihat dari segi gaya penyampaian yangbersifat bersahaja, dengan penyelitan kata-katahikmah atau perangsang pada hampir setiap babbaru, dapat menarik minat pembaca.

    Anda berfikir? Bagaimana? dibahagikankepada empat bahagian utama. Penyusunanbahagian-bahagian ini, memperlihatkanperkembangan dari segi psikologi pemikiranseseorang individu.

    Bahagian satu, mengupas tajuk mengenai ‘KesanTeknik Persuasif ’. Persuasif bermaksudpenggunaan apa jua bentuk komunikasi yangberupaya mempengaruhi atau menyakinkan oranglain untuk melakukan sesuatu. Penekanan penulisdalam teknik ini menjelaskan faktor-faktor dalammempengaruhi pemikiran dan pengambilankeputusan seseorang individu. Ianya merupakan

    3

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    teknik yang dianggap bersifat tidak jujur atau dalambahasa mudahnya menggunakan teknik putar belit.Penulis ingin membantu pembaca memahamibentuk-bentuk strategi dan teknik persuasif agarpembaca berupaya mengelakkan diri daripadamenjadi mangsa.

    Bahagian kedua, membincangkan tajuk ‘KesanEstim Diri’. Penulis memfokuskan minda pembacadari segi faktor dalam diri sendiri. Kenapa? Inikerana salah satu punca kesilapan yang kerapdilakukan semasa seseorang individu sedangberfikir merupakan masalah psikologi yangdikenalpasti wujud dalam diri seseorang individuitu sendiri. Bermula dari memahami konsep dirisehingga kepada perkara bagaimana pembacaboleh meningkatkan estim diri, merupakan skopperbincangan dalam bab ini.

    ‘Kesan Faktor Kognitif’ tajuk yangdibincangkan dalam bahagian ketiga buku ini.Proses-proses kognitif merupakan proses-prosesyang terjadi apabila otak kita cuba memahami apayang kita nampak. Dalam bahagian ini penulismengupas tajuk kecil sehingga pembaca berupayamembuat penilaian sendiri mengenai kebenaranfakta-fakta yang digunakan. Ini adalah kerana padatahap ini pemikiran seseorang individu mempunyaijurang yang amat ketara dari segi latar belakangindividu itu sendiri.

    Pada bahagian ini pembaca bolehmemahami kenapa wujudnya jurang perbezaantersebut. Seterusnya bagaimana mempergunakanteknik ini pada keadaan yang seharusnya.

    Bahagian terakhir buku ini membincangkantajuk ‘Kesan Falasi’. Perkataan falasi bermaknakesilapan cara kita berfikir atau memahami mesej

    yang disampaikan oleh individu lain kepada kita.Pada bahagian terakhir buku ini di bawah tajukfalasi penulis mendedahkan minda pembacakepada jenis-jenis falasi yang kerap digunakandalam kehidupan seharian pembaca sama adadisedari atau tidak. Perbezaan tahap pemikiran danpenerimaan mesej di antara seseorang individudengan individu yang lain menjadi asasperbincangan penulis di dalam bahagian ini.Kemahiran berfikir secara logik dan kritikaldirangsangkan oleh penulis dalam bahagian ini.Orang yang kritikal dapat berfikir tanpa melakukankesilapan-kesilapan jenis falasi, kebenaran faktaini hanya dapat dinilai oleh pembaca sekiranya bukuini dibaca dan difahami. Bahagian ini ternyatamembuatkan minda pembaca lebih berfikir dalammenerima jenis-jenis falasi yang ditonjolkan olehpenulis.

    Anda Berfikir? Bagaimana? merupakansatu di antara ratusan buku psikologi yang cubamemfokuskan skop perbincangan dalam topikyang lebih kecil iaitu pemahaman pembaca dalamcara kita berfikir dan membuat keputusan. Bukuini tidak berbentuk ilmiah tetapi ia berupayamerangsang pembaca untuk membaca danmemahami apa yang ingin disampaikan olehpenulis. Sekiranya kita ingin memperbaiki teknikberfikir, buku ini merupakan pilihan yang tepat.

    Pengulas : Norazlin binti NaseriPenolong PengarahPusat Penyerahan Terbitan Negara

    4

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    RAHMAN SHAARIAnjung Deklamator Kumpulan Puisi dan

    Petua DeklamasiKuala Lumpur : Pekan Ilmu Publications, 2005

    ISBN 983-2567-80-7

    Saya tidak ingat, bilakah kali pertama sayamenyaksikan Rahman Shaari mendeklamasikanpuisinya yang berjudul Hamparan Kuning danSahabat. Puisi yang pertama itu dideklamasinyasecara bersahaja, manakala yang kedua secaraberlagu. Rahman kemudiannya mengumumkanbahawa puisinya itu disampaikan secara mestamuatau melodi sajak tanpa muzik.

    Bagi saya, penyampaian puisi secaramestamu merintis jalan kepada satu penerokaanlain dalam jalur ‘pencarian’ Rahman Shaari dalamlapangan deklamasi puisi yang hari ini beliau sendirimenamakannya Persembahan Puisi Artistik atauDeklamasi Artistik. Sebagaimana beliau mengasasdan memupuksuburkan satu kaedah deklamasiyang selepas itu dijolok sebagai Deklamasi GayaGAPENA untuk karya-karya yang bernafaskan

    patriotisme atau puisi-puisi hari kebangsaan,Rahman Shaari menampakkan usahanya yangbersungguh-sungguh untuk mempopularkankaedah Persembahan Puisi Artistik atau DeklamasiArtistik yang amat akrab digaulinya kini. Saya kurangpasti, apakah ini bertolak dari kekecewaan melihatdeklamasi puisi patriotik yang telah mencapai tahapbekunya itu, atau bagaimana? Yang pasti, kaedahbacaan puisi tersebut dipercayai semakin pudardan suram setelah puisi jatuh ke tangan orang-orang yang berpura-pura mencintainya. Seorangdua deklamator yang dinobatkan sebagai terbaikdan amat tersohor sebenarnya tukangmencanangkan gemuruh kata-kata, tanpakeinginan mengambil tahu secara yang lebih tulusakan hakikat kesusasteraan, jauh sekali dari cubamengerti rupa wajah puisi.

    Akan tetapi mempersoalkan hal itubukanlah tujuan sebenarnya saya berada dalamsesi ini. Hal itu disebut hanya sebagai latar kepadasatu keasyikan baru berhadapan dengan kaedahpenyampaian puisi melalui kaedah PersembahanPuisi Artistik atau PPA yang lebih kreatif ini. Dan,secara yang tepat sekali muncul di pasaransebuah kumpulan puisi terbaru berjudul AnjungDeklamator karya Profesor Rahman Shaari, KetuaJabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.Secara peribadi, koleksi peribadi terbitan PekanIlmu ini menampilkan sejumlah karya yangmerupakan sebahagian ilham ciptaan Rahmanyang mengukuhkan gagasan deklamasi artistikyang dipelopori dan sedang diperkukuhkannya itu.

    Anjung Deklamator memuatkan 53 buahkarya, mengandungi tiga petua deklamasi,di samping sebuah pengantar dan sebuahpendahuluan. Ertinya kumpulan ini menyediakanpelbagai sarana yang cukup untuk anda mendekati

    5

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    apa yang dinamakan persembahan puisi artistik(PPA) itu. Rahman Shaari dalam hal inimenunjukkan bahawa beliau tidak pernah lokekilmu, kerana apa yang selalu diketengahkannyakepada khalayak di mana-mana diteguhkannya lagidalam buku ini. Panduan ini memberi latarbelakang, asas dan tunjuk cara yang sistematikserta mudah sebagai persiapan untuk sebarangacara deklamasi puisi artistik, sama ada secarakecil-kecilan atau untuk satu majlis besar, yangsesungguhnya kelihatan amat santai dalamkeseriusannya.

    Terlajur saya menyebut ‘santai dalamkeseriusan’, saya sukalah juga menyentuh karya-karya yang terkumpul dalam Anjung Deklamatorini. Secara umum, anda akan mendapati bahawapuisi-puisi Rahman Shaari kelihatan bernada santairata-ratanya. Disana-sini, Rahman berjenaka,bersahaja, memainkan baris dan mengubahrangkapnya sehingga puisi seperti tidakmengkehendaki keseriusan. Melalui puisi “JanganMenangis Kaduk Tua”, sebagai contohnya.

    Dalam sebuah puisi yang lain, ‘Kintolo Dengan TelurEmas’, Rahman menutup karya dengan:Esoknya teresak-esak kintolo di hadapan gergasiMeminta belas ikhsan sekali lagiDengan tenang gergasi berkata,“Dengarlah pesan terakhirku, cujagailah telur yang ada itu.”

    Ada gurauan yang disengajakan dalambanyak tempat. Akan tetapi, yang pasti RahmanShaari tidak bergurau dengan idea dan mesej yanghendak disampaikannya. Disinilah terletakkekuatan kepenyairan Rahman Shaari, yang sudahberkarya sejak empat dekad yang lalu itu. Nama

    Rahman Shaari sebenarnya sudah kukuh dipersada puisi kesusasteraan tanah air.Kemunculan kumpulan ‘Anjung Deklamator’ bukanlagi, saya percaya, bukan lagi untuk tujuanmengukuhkan kedudukannya dalam bidang ini,akan tetapi lebih kepada untuk terus mewarna-warnikan kepenyairannya. Banyak puisi dalamkumpulan ini yang utuh mempertahankan mutudan nilai tinggi puisi. Dalam puisi ‘ Pak Kaduk ahlistrategi’ misalnya, Rahman memulakan karyanyabegini;

    Telah tahu aku kiniKenapa jadi begitu

    Pak Kaduk bersedia dengan curigaSikunani nama ayamnyaAyam perkasaAkan menentang ayam raja.

    Perhatikan gaya inversi yang cukupdisenanginya, yang membezakannya daripadapengucapan prosaic yang dihindarinya. Rahmankelihatan cukup mempertahankan pengucapanpuisinya, yang tekal sejak mula. Lihatlah puisi‘Giliran’, ‘Hamparan Kuning’, ‘Mencari Isteri (2)’, danbanyak lagi yang kukuh mutu pengucapansasteranya. Diksi dalam puisi-puisi Rahman Shaariterkenal terjaga rapi, binaan ungkapannya dikawalbaik mungkin, bahkan keseimbangan dansesejajaran imejnya terpelihara juga. Unsur-unsurgaya bahasa yang sinonim dengan penciptaanpuisi seumpama metafora, simile, personafikasi,hiperbola, paradoks dan ironi, malahan disana-sinimelakukan pelbagai jenis penyimpangan untukmembangkitkan kesan estetika karya. Dalam‘Harimau Luka’, Rahman memulakan karyanyaseperti ini;

    Senja itu,

    6

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    Berlainan ngauman harimaukuMatanya tertumpuKe matakuKusedari tajamnya taringDan kaku

    Rangkap ini jelas beronakan surelisme.Rahman sekali lagi memperlihatkan di tengah-tengah keinginannya bersahaja, dia tidakmengorbankan apa-apa. Dengan itu, tidaklahmenghairankan sekiranya Rahman antara lainmenutup karyanya ‘Aku anak kroni’ dengan rangkapsekuat ini;

    Kroni ialah kepahlawankuTak mungkin menang jika keseoranganKuakui aku anak kroniSeperti Tuah Jebat zamanBahari mereka kroni sebelum berkelahi

    Sebagaimana segarnya puisi-puisiRahman Shaari di kertas, demikianlah gahnyakarya beliau di pentas. Melalui persembahan puisiartistik, ruang untuk puisi-puisi Rahman di kertas

    ini terbuka cukup luas pula di pentas. Rahmanmenggunakan segenap anjung yang ada, segalakesempatan yang terbuka. Dia melontar suara. Diatertunduk hiba. Dia berguling di pentas. Diamenjeling pantas. Ada ngauman harimau yangngilu terluka. Ada bulu ayam yang hiba tercela. Adagergasi menggegar tempiknya. Ada hantumenjelma menyambut mereka.

    Anjung Deklamator adalah sebuahkumpulan yang cukup membanggakan. Jika adahasrat penyair untuk memperkasakan gagasankaedah deklamasi atau persembahan puisiartistiknya melalui penerbitan kumpulan ini, sayapercaya hasratnya berhasil. Kedua-dua kekuatan;karya dan gagasan, kini berpadu dalam satu bukukecil, cantik dan molek, genggamlah sebuah; kemana-mana anda pergi dan di mana-mana andaberada.

    Pengulas : Dr. Lim Swee TinFakulti Bahasa Moden danKomunikasiUniversiti Putra Malaysia

    7

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    JOSEPH SAMY, M. SUGUMARAN, KATE L.WLEE. K.M WONG, EDITOR.

    Herbs of Malaysia : An Introduction to theMedicinal, Culinary, Aromatic and Cosmetic

    Use of Herbs.Subang : Federal Publications, 2005.

    ISBN 983-300-179-3

    Buku ini ditulis oleh tiga orang penulis yangmerupakan pakar dalam bidang pertanian danbioteknologi tumbuhan dan mempunyaipengalaman yang luas dalam mengkaji danmenganalisis kegunaan tumbuhan-tumbuhanherba dalam kehidupan kita.

    Bab 1 buku ini memberi pengenalan kepadatanaman herba secara amnya, jenis dan spesispokok dan tumbuhan herba yang terdapat di seluruhdunia. Dianggarkan terdapat lebih kurang 300,000spesis pokok di seluruh dunia di mana sebahagianbesarnya terdapat di hutan tropika di AsiaTenggara, termasuk Malaysia.

    Bab 2 pula membincangkan sejarah danlatar belakang penggunaan dan peranan herba

    dalam kehidupan manusia yang bermula beributahun dahulu di mana ramuan herba pada mulanyadigunakan untuk menghalau makhluk jahat yangmenganggu kehidupan manusia. Misalnya herbamula digunakan di negara China dan India padasekitar 4000 ke 5000 tahun yang lalu. Di Malaysiasendiri herba mula diperkenalkan pada sekitar1900-an apabila British membawa masuk tenagaburuh dari India untuk bekerja di ladang - ladang.

    Bab 3 memperkatakan mengenai teknologiperubatan moden dan kegunaannya. Di siniditerangkan bagaimana penghasilan daritumbuhan-tumbuhan mula dilaksanakan dalampengeluaran ubat-ubatan di seluruh dunia. Produkyang dihasilkan adalah sama ada dalam bentukcecair, kapsul, tablet, perekat atau dalam bentukuncang teh dan tidak kurang juga yang dikeringkan.

    Bab 4 memberi penerangan mengenaipelbagai tumbuhan herba yang boleh dimakanpelbagai ulaman dan salad dalam masyarakatMalaysia. Penerangan bagaimana pelbagai jenisherba diadun dan diproses menjadi sajian istimewaharian yang menyelerakan juga dibentangkan.

    Bab 5 menyentuh mengenai minyak asasyang boleh dihasilkan dari beberapa bahagiantanaman herba seperti daun, bunga, batang, kulitdan sebagainya. Kegunaan minyak asas ini tiadabatasnya, iaitu sebagai bahan bakar di tempatpenyembahan hinggalah kepada wangian yangmempunyai identiti dan keistimewaannyatersendiri.

    Bab 6 adalah merupakan intipati pada bukuini di mana sebanyak 100 jenis tumbuhan herbayang terdapat di negara ini disenarai dan disusunsecara abjad mengikut nama saintifik setiap

    8

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    tumbuhan itu, bermula dari Acacia Farnesiana(Bunga Siam) hingga ke Zingiber Officinale (Halia).Setiap tumbuhan herba ini diterangkan secaraterperinci mengenai nama saintifik, nama biasayang dikenali, nama tempatan dan keluarga asaldan taburan di seluruh negara dan juga di negara-negara lain. Kemudiannya diikuti dengan diskripsikandungan kemikal utama, dan kegunaannyasama ada sebagai ubatan (M), ulam atau salad(U), sayuran (V), bahan perasa makanan (F),kosmetik,wangian dan bauan (A) atau kegunaanlain (O).

    Yang menarik tentang buku ini jikadibandingkan dengan buku-buku lain yangseumpamanya ialah setiap tumbuhan yangdisenarai dihiasi dengan gambar-gambarberwarna-warni, yang jelas dan terang, meliputibeberapa aspek tumbuhan itu, seperti akar, batang,bunga, daun dan buahnya. Dengan cara ini ia

    memudahkan pembaca mengenali tumbuhan yangdiperkatakan.

    Di akhir buku ini terdapat maklumat pentingyang memudahkan penggunaan buku ini sebagaibahan rujukan penting iaitu senarai glosarimengenai pelbagai penyakit, tahap kesihatan dancara pengubatannya, diikuti dengan senarairujukan serta daftar indeks mengikut namatumbuhan yang terdapat dalam buku ini. Sebuahbuku rujukan yang berfaedah kepada pelajar,penyelidik, akademik dan pengamal dalam sektorindustri herba serta mereka yang meminati herbadan perubatan tradisional.

    Pengulas : Salimah binti Abdul RahmanTimbalan PengarahPusat Manuskrip Melayu

    ************************************************************************************SHAHAROM TM SULAIMAN

    Kedurjanaan Siber 2Kuala Lumpur : Utusan Publications &

    Distributors, 2004.ISBN 967-61-1595-9

    Buku ini telah mengupas keadaan yangberlaku masa kini di mana pembangunan ICT yangpantas telah banyak mempengaruhi hidup manusiaseharian. Penulis telah berjaya menyampaikanrealiti kehidupan manusia hari ini dengan olahanyang baik di mana ianya sesuai untuk kegunaanakademik. Walaupun tajuk buku ini yang dilihatmenggunakan bahasa yang agak kasar untukmenggambarkan kesan negatif yang wujud hasildaripada pembangunan ICT. Namun begitu penulistelah berjaya menyampaikan mesejnya denganbegitu berkesan ke dalam jiwa setiap pembaca.

    9

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    Buku ini mengupas keadaan di mana kuasabesar cuba menguasai negara kecil denganwujudnya dunia tanpa sempadan hasil daripadakewujudan teknologi maklumat. Ini menjadikanmatlamat kuasa besar untuk terus menguasainegara yang lemah dan kecil menjadi lebih pantas.Kuasa besar seakan menghalalkan tindakanmereka dengan mewujudkan dunia tanpasempadan untuk terus menekan dan menguasainegara-negara kecil lagi mundur.

    Peristiwa 11 September 2001 telahmenampakkan kelemahan kuasa besar dunia ataulebih dikenali sebagai Polis Dunia di dalammengawal negara mereka daripada ancamanmusuh. Golongan penyerang ini telah dianggapsebagai pengganas kerana berjaya menyerangmereka. Peristiwa ini telah membuka banyaklembaran baru di dunia kerana banyak negara telahmengambil langkah drastik menambah baik sistempertahanan dan juga pentadbiran denganmenggunakan sokongan teknologi maklumat yangbergerak pantas. Dengan mempergunakankemampuan dan kelemahan teknologi, mudahsahaja kemusnahan secara ‘total’ dilakukan.

    Banyak juga isu lain turut dibincangkandalam buku ini antaranya kecerdasan emosi-emosispiritual, fenomena korporat mistik dalampengurusan, masyarakat pascakapitalis,pascamanusia dan tubuh yang usang, globalisasidan glokalisasi, empat mitos demokrasi sertakapitalisme dan komersialisasi sukan.

    Buku ini juga menceritakan pandanganpenulis pada masa akan datang mengenai tingkahlaku masyarakat, kerajaan dan negara. Di manakebanyakan negara tidak akan dapat lari daripada

    cengkaman ICT. Kemajuan yang pantas dalambidang sains, pengurusan, pendidikan danrempuhan kecanggihan teknologi maklumat dankomunikasi.

    Dalam erti kata lain perkongsian danpergantungan tenaga manusia dan disokong olehICT akan berkembang pesat dan salingmemerlukan. Perubahan yang pesat ini tidakdisusuli oleh perubahan sikap individu yang realistikakan membantutkan usaha-usaha menjadikansesebuah negara itu terus berkembang pesat.

    Buku ini terbahagi kepada tujuh bahagianyang menyentuh perkembangan yang berlakudalam trend teknologi, sains, pendidikan,pengurusan dan persoalan penting tentang sisikemanusiaan masa hadapan.

    Kesimpulan daripada nukilan dan intipati buku inipembaca dapat menilai dan memahami tingkahlaku manusia sering kali mempengaruhi sesuatukeadaan itu. Pandangan dunia masa hadapan yangditerangkan begitu jelas berserta cabaran dantingkah laku manusia terhadap sesuatu perkara.Perkembangan teknologi yang pantas telah banyakmerubah kehidupan manusia. Globalisasi yangpantas telah membuka pintu perdagangan yanglebih luas dan penaklukan generasi baru dapatdihalakan dengan begitu licik sekali.

    Pengulas : Anisatul-Wahidah binti Abdul WahidPenolong PengarahPusat Bibliografi Negara

    10

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    NAZARUDDIN RAMLI dan SURIAH ABDULRAHMAN

    Koko dan Coklat : Sumber, Pemprosesan,Nilai Pemakanan

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2005.

    ISBN : 983-62-8031-6

    Apabila disebut sahaja koko dan coklatmaka akan terbayang di fikiran kita sejenismakanan yang enak dan istimewa terutamakepada penggemarnya. Pasti ramai penggemarcoklat tidak tahu akan sejarah dan perkembangankoko dan coklat di seluruh dunia. Maka itu, bukuKoko dan Coklat : Sumber, Pemprosesan dan NilaiPemakanan ditulis bagi memberi maklumat asastentang koko, coklat dan produk coklat. Antaraperkara yang dibincangkan adalah sejarah, sainskimia koko, pemprosesan koko, lemak koko danlemak konfeksi, pemprosesan coklat, aspekteknikal dan istilah.

    Bab 1 adalah pengenalan. Penulismembincangkan sejarah koko dan coklat bermuladaripada sejarah penanaman koko, perdagangankoko dan sejarah penanaman koko di Malaysia.Maklumat yang dibentangkan adalah denganterperinci di mana setiap fakta disertakan dengantahun, bukti-bukti penemuan seperti gambar danstatistik-statistik yang berkaitan.

    Penulis mengupas secara terperincimengenai produk koko, coklat dan konfeksi padabab 2. Coklat bukan sahaja dikatakan makananyang enak tetapi juga dikaitkan dengan pelbagaisimbol dan sebagai ubat untuk menyembuhkanpenyakit. Antara simbolnya adalah simbol kasihsayang kepada tuhan, kuasa dan percintaan. Turutdibincangkan pada bab ini adalah jenis-jenis coklatdari segi fakta, rasa/aroma dan kegunaan.Kesemuanya dihuraikan dalam bentuk jadual yangamat mudah untuk difahami oleh pembaca.

    Sains kimia koko pula dibincangkan padabab 3 iaitu kandungan kimia yang terdapat padabiji koko. Ia dihuraikan dengan jelas oleh pengarangmelalui paparan gambar rajah yang mudahdifahami. Pengarang juga memuatkan bagaimanauntuk memilih kualiti biji koko yang terbaik. Biji kokoyang terbaik diukur berdasarkan faktor ketulenan,peratusan hasil, keseragaman saiz dan kualitiperisa serta potensi kegunaannya.

    Pada bab 4 pengarang membincangkanmengenai pemprosesan koko. Sebelum sesuatujenis coklat dihasilkan, biji koko mesti melaluibeberapa peringkat pemprosesan iaitu bermuladaripada ladang, penapaian, pusat penggredan,kilang pengisar hinggalah ke kilang coklat.Kesemua proses biji koko ini dinyatakan dalambentuk carta aliran pemprosesan biji koko.

    11

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    Bab 5, pengarang menghuraikan mengenailemak koko dan lemak konfeksi. Fasa lemakmerupakan fasa yang paling asas dalamkebanyakan produk konfeksi termasuk salutan.Pemilihan lemak yang sesuai bukan sahajamenghasilkan produk yang berkualiti malahmenyumbangkan kepada keberkesanan dan kosoperasi yang rendah. Topik lain yang dibincangkanpada bab ini adalah interaksi lemak dalam produkmakanan, parameter lemak dalam produk coklatdan konfeksi serta penghabluran dan peleburanlemak koko.

    Bab 6 menghuraikan cara pemprosesancoklat. Secara keseluruhannya terdapat 14 peringatdalam pemprosesan koko sehingga menjadi coklatdan terdapat 7 peringkat dalam pemprosesancoklat untuk dijadikan produk lain. Turut dinyatakanjuga faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatuproduk coklat yang dihasilkan. Pengarang jugamemberi resepi bagaimana menyediakan coklatsusu, coklat gelap dan coklat putih.

    Bab 7 pengarang membincangkanmengenai coklat dan kesihatan. Coklat sebenarnyakaya dengan zat makanan dan merupakan sumberyang tinggi dengan kandungan karbohidrat, protein,asid amino lengkap dan vitamin larut lemak. Jikaterlebih mengambil coklat makan akan terjadilahkegemukan, karies gigi dan masalah yangberkaitan. Hal ini telah menyebabkan produk coklat

    kerap disalahertikan sebagai tidak berkhasiat.Kesemua zat makan yang terdapat pada coklattelah dihuraikan dengan terperinci.

    Secara keseluruhannya, buku ini amatberguna terutama kepada mereka yang terlibatdalam industri makanan seperti pelajar jurusanhotel dan katering kerana pengarang berjayamenerangkan secara terperinci mengenai sejarahdan perkembangan koko dan coklat melaluistatistik, gambar rajah, jadual, graf, bukti-buktipenemuan seperti gambar dan rujukan-rujukanyang sahih dan tepat. Jelas menunjukkanpengarang mempunyai pengetahuan yangmendalam mengenai koko dan coklat. Buku inidiharapkan dapat membetulkan pandanganmasyarakat yang sering menyalahtafsirkanbahawa memakan coklat tidak baik untukkesihatan.

    Pengarang banyak menggunakan gayapenulisan analisis dan bahasa yang digunakanamat mudah untuk difahami terutama bagi merekayang tiada kepakaran dalam bidang ini. Buku inijuga sesuai untuk dibaca oleh masyarakat umumyang gemar pada produk coklat.

    Pengulas : Yazid bin IbrahimPenolong PengarahPusat Penyerahan Terbitan Negara

    12

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    LIM GOH TONGMy Story

    Kuala Lumpur : Pelanduk Publications, 2004.ISBN 967-978-892-X

    Buku ini ditulis sendiri oleh Tan Sri Lim GohTong, seorang tokoh korporat Malaysia yang jugamerupakan pengasas Genting Highlands. Buku inimengisahkan suka duka kehidupan Tan Sri LimGoh Tong sejak dari zaman kanak-kanak,permulaan menceburi bidang perniagaan,sehingga terbangunnya Genting Highlands diGunung Ulu Kali, Bentong. Genting Highlandsmerupakan satu-satunya entiti perniagaan yangmemiliki lesen kasino di Malaysia sehingga ke hariini.

    Buku ini mengandungi 13 bab di manasetiap bab mengisahkan serba sedikit tentangperniagaan beliau, keluarga dan projek-projek yangberjaya dan keseluruhan hidup beliau dalammengharungi turun naik dunia perniagaan. Bab 1mengisahkan tentang asal-usul kelahiran Tan SriLim Goh Tong, mengenai moyang, ibu bapa danadik beradik beliau, falsafah hidup yang diajar oleh

    ibu bapa beliau, kisah zaman kanak-kanak danpenghijrahan beliau ke Tanah Melayu dari Anxi,China.

    Bab 2 menghuraikan dengan terperincitentang permulaan hidup Tan Sri Lim Goh Tongsebagai seorang tukang kayu yang bekerja denganbapa saudara beliau. Beliau hampir menjadikorban konflik Sino-Jepun yang berlaku di Chinaketika itu. Beliau berjaya menyelamatkan diribeberapa kali dari tentera Jepun. Setelah beradadi Malaya, beliau mula berjinak-jinak denganperniagaan perkakasan binaan rumah danperniagaan besi buruk. Kedua-dua jenisperniagaan ini telah membawa keuntungan yanglumayan. Beliau kemudiannya menjadi kontraktorbinaan dengan nama syarikat Kien HuatConstruction Company.

    Bab 3 berkisar kepada kisah percintaan TanSri Lim Goh Tong dengan seorang gadis bernamaKim Hua dan mereka akhirnya berkahwin. Beliaudikurniakan enam orang anak hasil daripadaperkahwinan tersebut.

    Bab 4 pula mengisahkan usaha beliaumengembangkan lagi perniagaan ke bidang baruiaitu bidang perlombongan bijih besi di Batu Pahatdan kemudian bertukar pula ke perniagaan bijihtimah.

    Bab 5 menghuraikan dengan lebih terperincitentang beberapa projek besar dan kejayaan yangdiperolehi oleh Kien Huat Ptd. Ltd. Antaranyasaluran pembentungan dari Stesen Keretapi KualaLumpur ke Jalan Klang. Projek besar yang lainadalah Empangan Ayer Itam di Pulau Pinang,Jambatan Sultan Yahya Petra di Kelantan danprojek hidroelektrik di Cameron Highlands.

    13

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    Bab 6 adalah kesinambungan tentangkejayaan projek-projek oleh Kien Huat Ptd. Ltd.Bab ini memfokus kepada masalah yang dihadapisemasa pembinaan Rancangan PengairanKemubu di Kelantan. Projek ini siap sepenuhnyaseperti di rancang.

    Bab 7 mula menceritakan tentang usahauntuk menubuhkan sebuah pusat peranginan diGunung Ulu Kali iaitu Genting Highlands danpermohonan mendapatkan lesen kasinodiceritakan dalam bab ini.

    Bab 8 adalah bab yang menjelaskanketeknikan dan infrastruktur Genting Highlands bagimemastikan sistem bekalan air dan elektriknyamencapai kapasiti penggunaan tahap tinggi.

    Bab 9 mengisahkan kedudukan GentingHighlands dalam industri pelancongan negara. Disini dihuraikan beberapa perniagaan lain dalambidang percutian oleh Kumpulan Genting.Antaranya Awana Kijal Resort di Terengganu danAwana Porto Malai di Langkawi.

    Bab 10 menjelaskan usahamempelbagaikan perniagaan Kumpulan Gentingdalam bidang kapal mewah, kelapa sawit,perumahan dan pembuatan kertas.

    Bab 11 menceritakan tentang masalah-masalah kesihatan kritikal yang dialami oleh beliau.Terdapat beberapa serangan penyakit misteri danbab ini terlalu ringkas.

    Bab 12 mengisahkan pengalaman danpenglibatan Tan Sri Lim Goh Tong bersamakesemua Perdana Menteri Malaysia. Beliau jugamenceritakan mengenai anugerah-anugerah yangdimenanginya melalui kumpulan Genting.

    Bab 13 menyimpulkan keseluruhan kisahkejayaan Tan Sri Lim Goh Tong bersama KumpulanGenting. Disimpulkan juga tentang perancangankonglomerat ini dalam menghadapi cabaran masadepan. Tan Sri Lim Goh telah menyerahkan semuakuasa dalam Genting Group kepada anakkeduanya. Sebagai kesimpulan, buku ini memberiinspirasi dan motivasi kepada semua yang inginberjaya untuk mencontohi kegigihan dan kecekalanTan Sri dalam menjalankan tugas.

    Pengulas : Rahimah binti AhmadPenolong PengarahBahagian RangkaianPerpustakaan

    14

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    AINON MOHD. & ABDULLAH HASSANPandai Berfikir

    Bentong, Pahang: PTS Millennia Sdn. Bhd.,2005.

    ISBN 983-3372-24-4

    Buku siri minda kreatif yang berjudul PandaiBerfikir adalah merupakan karya yangdiadaptasikan daripada buku bertajuk MotivasiBelajar Berfikir. Buku motivasi ini merupakansebuah terbitan yang bermanfaat kepada merekayang berminat untuk memahami jenis-jeniskesilapan berfikir dan perbezaan antara kemahiranbelajar dengan kemahiran berfikir. Mengikut bukuini mereka yang pandai belajar tidak semestinyapandai berfikir.

    Buku hasil tulisan Ainon Mohd. dan AbdullahHassan yang merupakan pakar dalam bidangberfikir ini mengandungi tujuh bahagian yangmenerangkan secara menyeluruh mengenaimotivasi berfikir.

    Bahagian 1 dimulakan dengan penjelasanpanjang tentang mengenal diri melalui empat jeniskonsep-diri. Konsep-diri ialah gambaran mengenaidiri di mana ia akan mempengaruhi perilaku danciri pemikiran seseorang. Konsep-diri boleh diukurmelalui aspek estim-diri, efikasi-diri dan diri yangmungkin melalui cara memerhati, menilai danmembandingkan diri sendiri. Bahagian ini jugamenjelaskan ciri-ciri yang menjadi sumber estim-diri dan perkara-perkara yang memberi kesankepada estim-diri. Akhir sekali bahagian inimemberi panduan tentang bagaimana untukmempertingkatkan estim-diri.

    Bahagian 2 memberi panduan bagaimanauntuk menanam dan membina tabiat belajar iaitudengan cara merancang jadual masa belajar,mencari tempat yang sesuai untuk belajar danmemberi ganjaran kepada diri sendiri selepasbelajar. Bahagian ini juga menjelaskan mengenaiteknik-teknik belajar yang betul dan berkesan.Penulis menerangkan bagaimana menggunakanteknik-teknik membaca, mendengar kuliah danmenjawab soalan supaya menjadi lebih efektif.

    Dalam bahagian 3, penulis memberikanpanduan tentang teknik-teknik bagi menajamkandaya ingatan. Setiap teknik diterangkan langkah-langkah yang perlu diambil dengan membericontoh-contoh latihan yang disarankan oleh pakar-pakar psikologi.

    Bahagian 4 memberi tumpuan kepada topikdasar yang penting iaitu kemahiran berfikir, jenis-jenis berfikir dan stail berfikir. Penulis menegaskanuntuk menjadi pintar dan mahir berfikir seseorangitu perlu belajar kemahiran dan teknik-teknik berfikir.Bagi menyelesaikan masalah, teknik berfikir yangdiperlukan ialah teknik berfikir reaktif. Sebaliknya

    15

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    untuk mengenal pasti peluang-peluang baru, kitaperlu menggunakan teknik berfikir projektif.Bahagian ini juga menyentuh mengenai cara-caradan prinsip-prinsip berfikir. Bagi memiliki keupayaanberfikir yang berkesan seseorang itu perlu mengikiskecenderungan berfikir menggunakan pemikiranbiasa. Terdapat beberapa jenis pemikiran yangboleh digunakan sewaktu kita berfikir iaitu pemikirantradisional, kabur, rekacipta, lateral, paralel, vertikal,negatif dan kritikal. Seterusnya penulismenjelaskan mengenai stail berfikir yangmenggambarkan cara yang digemari apabila kitaberfikir. Antara stail berfikir yang dijelaskan di dalambahagian ini ialah stail positif, proaktif, pragmatik,logikal, kritikal, objektif, negatif, sistematik, intensifdan emotif.

    Bahagian 5 membicarakan mengenaipemikiran saintifik, di mana saintis menggunakandua cara berfikir iaitu cara berfikir intuisi dan logik.Berfikir secara intuisi biasanya dilakukan olehsaintis yang berfikir dengan mencipta hipotesissebelum mereka mengetahui fakta-faktanya.Manakala satu golongan saintis lagi, mereka akanmengumpul data sehingga mempunyai asas yangcukup untuk membuat hipotesis. Dalam bidangsains hipotesis adalah penting sebagai alat berfikirdan bekerja.

    Bahagian 6 menghuraikan mengenaipenyelesaian masalah, iaitu faktor-faktor yangmenyebabkan seseorang tidak berjayamenyelesaikan masalah, panduan-panduan agarlebih kreatif apabila menyelesaikan masalah dan

    faedah-faedah dengan adanya masalah. Penulisjuga menekankan mengenai aktiviti mencari danmengenalpasti masalah dianggap sebagai suatuseni dan kemahiran kreatif yang dapat dipupuk dandiperkembangkan. Ada 2 jenis masalah yangdikenalpasti iaitu masalah logikal dan kreatif.

    Seterusnya bahagian terakhirmembicarakan mengenai bagaimana manusiaberfikir dalam membuat keputusan. Pakar psikologimengesahkan berdasarkan kajian yang dibuat,manusia biasanya membuat keputusan denganmenggunakan pedoman-pedoman am danbukannya menggunakan pemikiran logik. Bahagianini juga memberi panduan dan cara yang bolehdigunakan dalam membuat keputusan. Antaranyaberdasarkan kepada anggaran, heuristika,heuristika jalan-jawapan, heuristika ketercapaian,heuristika representatif, heuristika analogi danpengaruh kepakaran.

    Kesimpulannya, buku ini sesuai dibaca olehsemua peringkat pembaca yang ingin mempelajarikemahiran berfikir. Buku ini juga digarap denganmenggunakan gaya penulisan yang mudah danringkas, tersusun dan berfakta. Setiap penerangandisulami dengan contoh-contoh daripada pakar-pakar psikologi dan ditegaskan dengan buktidaripada hasil kajian bagi membantu pembacauntuk memahami dengan lebih jelas mengenai isikandungan buku ini.

    Pengulas : Anisah binti YusofTimbalan PengarahBahagian PenyelidikanPerpustakaan

    16

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    SAMSUDIN WAHABPanduan Untuk Pengurus & Setiausaha.

    Bentong : PTS Professional Publishing. 2005.ISBN 983-3376-02-9

    Buku Panduan Untuk Pengurus &Setiausaha menyentuh pelbagai isu pentingberkaitan peranan yang perlu dimainkan oleh setiappengurus dan setiausaha di dalam sesebuahorganisasi. Menurut penulis, pemantapan dankeserasian hubungan pengurus dan setiausahaperlu wujud untuk memperjuangkan matlamat danmenaikkan imej organisasi. Jalinan kerjasama erat,saling memahami, bantu membantu dan berfikiranterbuka antara kedua pihak di samping kemahirandan pengalaman dalam tugas masing-masingdianggap penting. Pengurus yang cekap danberpengalaman berupaya berkongsi pengalamandengan setiausahanya terutama bila keputusansegera diperlukan, sementara setiausaha yangmahir akan dapat menyelesaikan tugasnya dengancemerlang terutama bila dokumen perlu disiapkansegera dan pengurus sibuk dengan bebanan tugasluar. Kesefahaman dan kerjasama kedua pihak

    akan menjadikan pengurusan organisasi berjayadan dihormati.

    Menurut pengarang, pengurus dansetiausaha saling memerlukan. Setiausaha atauperkataan asalnya ‘secret keeper’ adalah pekerjayang diberi tanggungjawab bagi membantu urusansurat-menyurat, menyimpan rekod, menguruskantemu janji, mesyuarat, segala aktiviti pengurus disamping penyimpan rahsia peribadi ketua danpejabatnya. Penjelasan terperinci tentang siapasetiausaha, kedudukan jawatan dalam organisasi,jumlah gaji yang diperolehi, peranan mereka,cabaran yang akan ditempuhi dan anggapanawam tentang jawatan ini juga diperkatakan.Pengarang menyelitkan juga cara dan kriteriapemilihan seseorang setiausaha.

    Kemahiran dan pengetahuan asas yangperlu ada bagi seorang setiausaha dan pengurusdihuraikan. Bagi mencapai dan menjayakan aktivitidan objektif organisasi, kedua pihak harusmemahami tugas harian masing-masing.Pengurus harus bijak menggunakan danmemahami sumber utama organisasi yang adaseperti manusia, mesin modal atau kewangandengan cekap dan mengikut prosedur dan polisiyang ditetapkan oleh organisasi. Beliau perlumengkaji dan mengenalpasti peranan dan masalahpejabat, bertanggungjawab dan berhati-hatiterhadap kuasa yang diberi padanya, akauntabilitidan bertanggungjawab terhadap keputusan dantindakan beliau dan kakitangan di bawahpimpinannya. Dalam penyelesaian masalah,seorang pengurus harus mengambil kirapersekitaran pejabat, sikap kakitangan, latarbelakang dan budaya mereka, kekuatan kewangan,penglibatan kos, kemahiran kakitangan, situasiekonomi negara sama ada segala tindak-tanduknya akan menambahkan belanjawan

    17

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    operasi, sekatan perdagangan antarabangsa dansistem perundangan negara.

    Sementara itu, seorang setiausaha yangbaik dan terlatih akan memikul danbertanggungjawab kepada setiap kerja dan urusanyang diarahkan. Beliau akan sentiasa berhati-hatiuntuk memberikan imej yang baik kepada pengurusatau ketuanya. Elemen penting yang harus terdapatdalam diri seorang setiausaha ialah kemahiranbergaul dan rangkaian hubungan yang baik antarapengurus dengan pelbagai pihak dengankomunikasi yang berkesan. Setiausaha adalahwakil peribadi pengurus. Beliau juga harusbertanggungjawab dan mengetahui batastugasnya sebagai seorang setiausaha. Beberapaaspek berkomunikasi seperti cara, implikasi danetika berkomunikasi dengan pelanggan,kakitangan, Ketua-ketua eksekutif di pejabat danorganisasinya juga disentuh dalam buku ini.

    Melalui beberapa bab dalam buku ini,pengarang berjaya menghuraikan secara terperinciakan tugas utama seorang setiausaha. Initermasuklah cara mengendali temu janji danmengurus masa dan diari pengurusnya.Pengendalian mesyuarat sama ada mesyuaratformal, tidak formal, atau yang bertarafantarabangsa termasuk proses merancang,penyertaan, menyediakan agenda, mengurus minitmesyuarat, proses semasa dan selepasmesyuarat, termasuk prosedur bermesyuaratsecara telekonferensi juga dibincangkan.

    Selain didedahkan dengan cara dan prosesberkomunikasi yang betul, setiausaha juga diajar

    cara mengurus panggilan dan menjawab telefon,mengambil mesej, rutin kerja-kerja pentadbiranseperti mengurus surat masuk dan keluar, disamping mengedar surat dan kenyataan dari bilikpengurus. Mereka juga didedahkan cara mengurusfail dan rekod, menyusun, memfail, mengkelaskanfail, dan segala proses reprografik yang mungkinakan dilakukan. Di era globalisasi dan ICT ini, parasetiausaha dan pengurus harus didedahkankepada kemahiran teknologi terkini danmenggunakan pejabat elektronik. Ini bagimemudahkan dan mempercepatkan pengurusansupaya tidak menjejaskan perjalanan pejabat danpelanggan. Aspek lain yang disentuh ialah cabaranyang mungkin dihadapi oleh setiausaha sepertigangguan seksual dan politik pejabat.

    Penulis menghuraikan kandungan panduanini dalam 27 bab. Keistimewaan penulisannyaringkas tetapi padat dengan penghuraian yangjelas, bahasa yang mudah difahami, dan berupayamengemukakan contoh, ilustrasi, dengan gayapenulisan yang menarik. Buku ini bolehdikategorikan dalam bidang pentadbiran danpengurusan dan sesuai dibaca oleh para pentadbir,pengurus, eksekutif, pelajar, pensyarah terutamasemua setiausaha dan mereka yang berminat danakan menceburi dalam bidang kesetiausahaan danpengurusan.

    Pengulas : Noraini binti Che LahPenolong PengarahBahagian Maklumat DigitalMalaysiana

    18

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    AB. RASHID MAT ADAMWajah-wajah

    Subang Jaya : Future Text Publications, 2005ISBN 983-3004-48-2

    Buku ini mengesahkan berkaitan 10 oranginsan yang terjerumus ke kancah penagihan dadah.Buku ini diusahakan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Ab.Rashid Mat Adam iaitu Timbalan Ketua Pengarah(Pengurusan), Agensi Dadah Kebangsaan (ADK),Kementerian Dalam Negeri. Beliau telahberkhidmat dengan ADK lebih kurang 7 tahun danmempunyai pengetahuan dan pengalaman yangluas berkaitan penagih dadah dan ketagihan.

    Wajah-wajah merupakan kisah benar yangdiceritakan sendiri oleh penagih semasa merekaberada di pusat-pusat serenti di seluruh Malaysiakepada kaunselor masing-masing. Sebahagiandaripada mereka dalam peringkat umur belasantahun sehingga lima puluhan. Mereka terdiridaripada pelbagai latar belakang yang terjebakseawal peringkat sekolah rendah lagi. Peringkatawal penglibatan mereka adalah menghisap rokok,ada antaranya mula mencuba dan berterusanmenghisap rokok semasa dalam darjah tiga lagi.

    Mereka sering mendapatkan wang denganalasan untuk membeli buku serta keperluansekolah yang lain, di mana dalam aspek inikeluarga tidak berkira dan selalunya akan memberiwang yang diperlukan. Demikian juga keluar rumahdengan alasan untuk ke sekolah bagi kegiatan ko-kurikulum, sukan, kelas tambahan, mengulangkajipelajaran dengan kawan-kawan dan berbagaialasan yang difikirkan logik. Perbuatan berbohongdan menipu di kalangan ahli keluarga adalahsesuatu yang lumrah dan menjadi kelazimanmereka. Apa sebenarnya mereka lakukan adalahponteng sekolah, lepak dengan kawan-kawanuntuk menghisap rokok yang dicampur ganja.Lama kelamaan kegiatan ini bertukar kepadapengambilan dadah yang lebih serius sepertimengambil pil khayal, morfin dan heroin. Padaperingkat ini mereka tidak dapat lagi berfikir denganrasional tentang kehidupan dan masa hadapan, apayang penting hanyalah untuk memenuhi kehendakdan keperluan kepada dadah.

    Keperluan dadah semakin meningkat danwang yang banyak diperlukan bagi menampungketagihan. Ini mengakibatkan mereka mencuri duitdan barang-barang berharga ahli keluarga. Bagimereka yang bekerja, mereka tidak dapat bekerjamengikut waktu atau jadual kerja dan ada yangmenyalahgunakan kedudukan bagi menyelewengwang majikan yang kemudiannya ditangkap. Adaantara mereka yang meninggalkan rumah akibattidak sanggup mendengar leteran keluarga dantinggal di tempat di mana ramai kawan-kawan yangsama-sama penagih seperti di kawasan Chow Kitdengan pekerjaan menjaga kereta. Pendapatansebagai penjaga kereta tidak dapat menampungkeperluan untuk membeli dadah dan atas desakanperlu wang untuk memperolehi dadah, merekasanggup mencuri, meragut dan memeras ugut.

    19

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    Makan dan minum harian mereka sudahtidak menjadi penting. Apabila mendapat wang,mereka akan membeli dadah dan menyuntik heroinuntuk mengatasi kesakitan dan kesengsaraanyang mereka deritai akibat tidak mengambil dadah.Setelah mendapat suntikan mereka berasa lega,seronok, khayal dan tiada kerisauan. Dalam soalmakan dan minum, mereka tidak malu untukmengutip dan memakan makanan lebihan yangditinggalkan oleh pelanggan di warung-warungberhampiran. Tentang tempat tinggal tidak menjadimasalah, lorong-lorong dan kaki lima bangunanmenjadi tempat tidur dan kotak-kotak menjadiselimut pada malam hari.

    Keluar masuk penjara dan pusat serentiadalah perkara biasa bagi mereka. Setiap kalimasuk pusat serenti atau penjara mereka merasabersalah dan menyedari kesilapan yang dilakukan

    dan bercadang untuk meninggalkan dadah durjana.Namun apabila bebas dan kembali ke pangkuankeluarga, mereka dapat bertahan selama 2-3 bulansahaja dan kembali semula kepada tabiat menagihdadah setelah dipujuk oleh rakan-rakan penagihyang sentiasa mengekori mereka.

    Buku ini sesuai dibaca oleh ibu bapa danpenjaga yang mempunyai anak remaja supayadapat mengetahui gelagat anak-anak danseterusnya mengikuti perkembangan anak-anaksecara serius bagi mengelakkan mereka dariterjebak dengan gejala dadah. Masalah penagihanini tidak boleh dikawal oleh orang lain melainkanpenagih itu sendiri yang perlu kuat iltizamnya danberusaha bersungguh-sungguh untuk pulih.

    Pengulas : Jamilah binti Mohd. SirTimbalan PengarahMaklumat Digital Malaysiana

    ************************************************************************************

    20

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    JAHID SIDEKBerpawang Dan Bersahabat Dengan Jin Daripada Perspektif

    IslamKuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004.

    (Siri Islam Dan Masyarakat)ISBN 967-61-1587-8

    Berkisar tentang hukum bagi orang Islam yang bersekongkoldengan jin. Para pengamal perubatan tradisional, ahli tasawuf danmasyarakat Melayu (Islam) seringkali terkeliru antara yang baik dan batil.Kebanyakannya menganggap perbuatan itu diharuskan oleh Islam secaramutlak dengan mengemukakan pelbagai alasan termasuk bersandarkanayat-ayat Al-Quran. Bagi menghuraikan kekusutan yang melandamasyarakat umum terutama di Malaysia, penulis yang juga pengamalilmu tasawuf , mengetengahkan hujah berteraskan dalil ayat-ayat Al-Qurandan hadith. Penulis turut mengaitkan pengalamannya sebagai pemerhatisewaktu menghadiri upacara pengubatan, dan mencari harta karun olehsekumpulan pengamal ilmu ghaib.

    SINOPSIS BUKU

    EISYA SRI DEWIBisikan Mizan Qistina

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004.ISBN 967-61-1624-6

    Qistina berasa seakan gugur jantungnya apabila mendengar yangdia hanyalah seorang anak angkat tetapi kasih sayang yang tidak terluakdaripada keluarga yang memeliharanya memadamkan rasa tidak sedarahitu. Qistina membawa diri ke menara gading demi memartabatkan kendiridan di sana hati gadisnya dilamar oleh Huzairi. Cinta anak muda itumenjadikan hidup Qistina semakin indah lantas merencanakan masadepan. Namun cinta suci itu diragut pada hari bahagia lantaran ikatanyang lebih suci daripada hubungan kekasih. Darah yang mengalir dalamdiri Huzairi adalah semerah darah jantung Qistina. Ternyata hubungansuci itu adalah hubungan batin yang menghalalkan air sembahyang.

    21

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    CHAMIL WARIYADari Sungai Burung ke Bukit Megawati: Perjalanan Politik

    Dr. Mohamad Khir Toyo.Shah Alam: Federal Publications, 2004.

    ISBN 983-300-133-5

    Dari Sungai Burung ke Bukit Megawati adalah sebuah buku biografimengenai Menteri Besar Selangor ke-13, Dr. Mohamad Khir Toyo. Bukuini berkisar tentang latar belakang kehidupan Dr. Khir semasa zamankanak-kanak, remaja, zaman bergelar pelajar di kampus dan seterusnyaperjalanan politik beliau sebagai Menteri Besar. Turut dimuatkan di dalampenulisan ini adalah wardah dan dasar politik Dr. Khir. Perlantikan Dr.Khir telah membuktikan keterbukaan sistem sosial Malaysia yangmembenarkan mobiliti warganegaranya dalam masyarakat sekiranyamemenuhi kelayakan yang diperlukan. Sehubungan itu, penulis turutmemaparkan mengenai politik Selangor dan negara secara keseluruhan.

    WAN SABRI WAN HUSSINEtika Dan Amalan Perniagaan

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004.(Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan)

    ISBN 967-61-1584-3

    Buku ini memaparkan tentang amalan perniagaan dan pengurusanorganisasi yang berlaku di Malaysia dari sudut etika. Ianya digarapberdasarkan pengalaman, bacaan akhbar serta peristiwa yang dipaparkanmelalui media yang diadun bersama teori-teori etika, terutamanyaberasaskan consequentialist dan nonconsequentialist. Pengarangmembincangkan tentang fungsi dan amalan-amalan yang berlaku dalamperniagaan. Seterusnya dibangkitkan isu-isu semasa yang berlaku dalamorganisasi terutamanya yang berkaitan dengan hak-hak individu sebagaipekerja dan hak-hak majikan, hak-hak pengguna dan tanggungjawabpeniaga. Isu-isu kepenggunaan dan alam sekitar turut diambil kira.Pembaca juga didedahkan dengan sedikit pengetahuan tentang amalanperniagaan yang bercanggah dari sudut Islam. Buku ini sesuai dijadikanrujukan pelajar pengajian tinggi dan masyarakat umum yang berminatmengetahui amalan perniagaan dan pengurusan organisasi yang berlakudi Malaysia dari sudut etika.

    22

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    WAN MOHD NAZIF DAN FAZILAH IBRAHIMFormula Menjadi Usahawan Berjaya

    Bentong: PTS Profesional Publishing, 2005ISBN 983-3376-20-7

    Formula Menjadi Usahawan Berjaya adalah sebuah buku yang bolehdijadikan panduan kepada mereka yang baru bertapak dalam bidangkeusahawanan atau para usahawan yang ingin memperbaiki perniagaanmereka. Ini kerana buku ini memberi panduan bagaimana untuk mengautkeuntungan yang tinggi tanpa mengalami kerugian. Banyak nasihat danpanduan yang berkaitan dengan perniagaan diberikan seperti risikoperniagaan, produk dan pembungkusan, perkhidmatan kepada pelanggan,pekerja, pasaran, pelanggan dan mengurus akaun. Buku ini jugamengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjekyang dibincangkan. Bahasa yang digunakan di dalam buku ini mudahdan ringkas untuk difahami. Banyak contoh dan analisis yang diberikanuntuk memberi kefahaman yang lebih kepada para pembaca.

    ARIFFIN OMAR DAN ZAINI NASOHAHHadith Daif : Ciri-Ciri Dan Hukum

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2005.ISBN 967-61-1668-8

    Buku ini menjelaskan mengenai taraf sesebuah hadith, ketulenandan kepalsuannya. Hadith dan sunnah merupakan sumber utama hukumselepas Al-Quran. Dari abad ke abad, para ulama telah mengumpul danmenyaring hadith bagi meneruskan amanat Rasullullah SAW.Pembicaraan buku ini terbahagi kepada empat bab. Bab 1, Wahyu,Sunnah dan Hadith. Bab 2, Pembahagian Hadith. Bab 3, Hadith Daif danBab 4, Hadith Maudhu. Keempat-empat bab ini pula disokong dengantajuk-tajuk kecil yang membincangkan pelbagai perkara mengenai hadith,iaitu mengenai perawi hadith, punca pemalsuan hadith, hukum meriwayathadith palsu, pengertian jenis-jenis hadith dan contoh hadith maudhu dandaif.

    23

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    USTAZ DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, USTAZ MOHDKHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

    Hukum Wanita Menjadi Imam Solat: Kontroversi Solat Jumaat Dr.Amina Wadud

    Kajang: Darul Fuqaha Enterprise dan Institut Perkembangan MindaMelayu, 2005.

    ISBN 983-42524-0-4

    Kontroversi yang berlaku pada 18 Mac 2005 mengenai seorangprofesor wanita iaitu Dr. Amina Wadud yang telah melakukan bid’ah denganmengimamkan solat Jumaat telah menjadi satu detik hitam dalam sejarahIslam. Ianya telah diadakan di sebuah dewan milik gereja malah dilakukansecara bercampur lelaki dan wanita dengan disaksikan oleh pihak media.Sesungguhnya buku ini diterbitkan bukan sahaja untuk mendedahkanperlakuan wanita ini, malah cuba membaiki kembali suasana hangatyang berlaku. Di dalam buku ini diperjelaskan beberapa fatwa dan dalilmalah pendapat beberapa mazhab dan hadis mengenai peranan wanitadalam beribadat terutama solat. Buku ini cuba menenangkan semulasuasana dengan menyeru supaya umat Islam meningkatkan ketakwaankepada Allah agar tidak tersesat jauh

    MAIMUNAH AMINUDDINHuman Resource Management. 4th ed.

    Shah Alam: Fajar Bakti, 2005.ISBN 967-65-8250-6

    Human resource is an important entity in an organisation and themost difficult to manage well. This book is intended as a guide to thenon-human resource specialist on the essentials of human resourcemanagement. It stresses two extremes in human resource management;namely, what must be given to the workers as a minimum requirementand stated in the country’s labour laws, and what could be given to theworker to encourage maximum productivity. The book provides coverageof each of the main areas of human resource management, includingrecruitment and selection, training, performance management, paymentsystems, industrial relations and methods for managing employeeproblems.

    24

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    ZAKI ALI AL-SAYYID ABU GHUDAHKeganasan Menurut Perspektif Agama Yahudi, Kristian & Islam

    Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, 2005.ISBN 983-099-612-3

    Buku Keganasan menurut perspektif agama Yahudi, Kristian& Islam ini merupakan sebuah buku yang mengupas mengenai istilahdan makna keganasan dalam erti kata sebenar yang berpunca daripadaagama dan akidah yang berlaku dalam dunia hari ini menurut perspektifketiga-tiga agama. Perbahasan yang diutarakan bukan hanya tertumpukepada keganasan individu semata-mata, malah apa yang cubadiketengahkan adalah mengenai keganasan antarabangsa di zamanmoden yang melibatkan jutaan manusia. Oleh sebab itulah buku ini cubamengiklan dan memberi pengetahuan kepada manusia sejagat perkara-perkara yang mereka tidak tahu mengenai keganasan agama danpenjelasan bahawa tidak wujud perkaitan keganasan dengan agamaIslam, Kristian dan Yahudi.

    MANERA MUHAMMADKeranamu Balqis

    Pulau Pinang: Rhythm Publishing, 2004.ISBN 983-187-269-X

    Novel Keranamu Balqis ini mengisahkan tentang gadis yangbernama Hanim Hanani yang terjebak dalam kancah sosial akibat daripadakebebasan dan limpahan wang ringgit yang diberikan oleh kedua ibubapanya. Kehidupan Hanim Hanani mula berubah setelah mahkotakegadisannya diragut akibat dendam seorang lelaki bernama Amran. Bagimenjaga maruah keluarga, Badrul Hisyam selaku abang kepada HanimHanani terpaksa mencari seorang pak sanggup bagi menutup rahsia.Lantaran kesempitan wang dan sikap berhutang telah memaksa HarrisDaniel terjebak dalam perkahwinan kontrak ciptaan Badrul Hisyam.Dendam terhadap Hanim Hanani telah membuatkan Harris Danielmenyakiti isterinya. Kesempatan yang ada digunakan untuk mengikiskemewahan Hanim Hanani semata-mata kerana Julia kekasihnya. Namunsegala-galanya berubah setelah hadirnya Nurain Balqis. Pada masa yangsama identiti Julia mula terbongkar. Namun siapakah Julia dan NurainBalqis sebenarnya dan dapatkah Hanim Hanani mempertahankanperkahwinannya sedangkan tempoh perjanjian hampir tamat disaatcintanya yang semakin mendalam terhadap Harris Daniel.

    25

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    RAIHANAH ABDULLAHKesihatan Keluarga

    Bentong: PTS Publications & Distributors, 2004.ISBN 983-192-027-9

    Sihat merupakan perkataan yang berharga dan terlalu bernilaidalam kehidupan kita. Kesihatan yang baik tidak dapat dijual beli. Setiapindividu memerlukan kesihatan yang baik bagi membolehkan merekamenjalani kehidupan ini dengan penuh bermakna dan cemerlang. Jikakesihatan terjejas sudah pasti jiwa kita tertekan dan fikiran melayangmemikirkan pelbagai kemungkinan yang tidak diundang akibat penyakityang dihidapi. Justeru itu pencegahan awal untuk memastikan penyakittidak semakin serius perlu diberi perhatian oleh setiap individu yangmementingkan kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Melaluipembacaan buku ini pembaca dapat mengenali pelbagai jenis penyakityang sering ditemui dan mungkin belum pernah didengar. Di samping itupembaca juga berpeluang mengamalkan gaya hidup sihat melaluipemakanan seimbang dan memperoleh pengetahuan berkenaan soalkecantikan.

    CHEK MATKursus Kejurulatihan Belia

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004.ISBN 967-61-1580-0

    Buku Kursus Kejurulatihan Belia ini menghuraikan tentangkepentingan dan amalan kejurulatihan dalam kerja-kerja sosial. Buku inidihasilkan dengan berasaskan sistem modul. Setiap pembaca ataupeserta kursus dibimbing secara sistematik mulai modul 1 hingga modul14 bagi memantapkan impak dan menyemarakkan semangat perjuangandalam kejurulatihan. Kekuatan dan kelemahan akan membawa kesanterhadap perkembangan dan kecemerlangan organisasi sosial. Olehsebab itu, setiap jurulatih dan kumpulan sasaran perlu memahami konsepkejurulatihan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatuorganisasi. Buku ini sangat berguna sebagai panduan dan rujukan parapengurus, perancang, pemimpin, kaunselor, pegawai latihan, penulismodul, guru, pelajar dan peserta yang mengambil kursus pentadbirandan pengurusan di institut pengajian tinggi awam, swasta dansukarelawan.

    26

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    TIE FATT HEELiabiliti Dalam Pengurusan Pendidikan

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004.ISBN 967-61-1586-X

    Pihak pentadbir dan pemimpin sekolah perlu melengkapkan diri denganpengetahuan dalam prinsip dan peraturan keadilan asasi untuk membantumereka membuat sesuatu tindakan dengan lebih bijak dan yakin, agardapat menghadapi ancaman dakwaan dengan lebih baik. Ini keranapengurusan institusi pendidikan pada peringkat sekolah merupakan suatucabaran yang rumit. Pelbagai isu yang merangkumi kecuaian dalampengurusan sekolah, hak pelajar, perlindungan yang disediakan kepadaguru oleh peraturan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan kualitipendidikan yang perlu disediakan turut dikupas dalam buku ini.

    AZIZI YAHAYA dan JAAFAR SIDEK LATIFMembentuk Identiti Remaja

    Bentong: PTS Publications & Distributors, 2005.ISBN 983-192-759-1

    Buku ini mengupas pelbagai persoalan mengenai pembentukandiri remaja khususnya remaja di bangku sekolah. Beberapa teoripembentukan diri remaja dipaparkan untuk membantu pembacamembentuk konsep kendiri remaja yang positif serta teori perkembangankendiri dalam konsep mengenal diri seseorang bagi memahami keperluanaspek sosialisasi. Buku ini juga sesuai dibaca oleh para ibu bapa keranaterdapat kaedah-kaedah yang dapat digunakan oleh mereka untukmembentuk keperibadian anak-anak di peringkat remaja. Terdapat jugaelemen motivasi yang dapat dimanfaatkan untuk menggalakkan anak-anak berjaya dalam pelajaran dan pembangunan diri.

    27

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    MUHD. ABI SOFIAN ABD. HALIMMengurus Gerai Pameran

    Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 2005.ISBN 983-3376-09-6

    Buku Mengurus Gerai Pameran ini memberi panduan kepadapengusaha-pengusaha tempatan mempromosi produk mereka dalampameran perdagangan sama ada di dalam ataupun di luar negara. Bukuini memberi maklumat komprehensif untuk mengadakan pameranperniagaan. Ia meliputi aspek komunikasi pemasaran, reka bentukpersembahan, mengenal pasti kumpulan sasaran dan pengurusan gerai.Buku ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawandalam bidang pameran untuk bersaing di peringkat tempatan ataupunantarabangsa, memantapkan kualiti kerja dalam pameran melaluikomunikasi berkesan apabila berhadapan kumpulan sasaran danbagaimana memupuk budaya komunikasi berkesan dalam perniagaanusahawan Melayu tempatan.

    CHAMIL WARIYANaik, Jatuh dan Bangun Semula: Abdullah Ahmad Badawi dan

    Politik MalaysiaShah Alam: Times Editions-Marshall Cavendish, 2005.

    ISBN 983-300-287-0

    Buku ini menceritakan mengenai perkembangan dan pergolakanpolitik negara yang dilalui oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Haji AhmadBadawi selama meniti perjalanan dalam kepimpinan negara sebagaiPerdana Menteri mulai 31 Oktober 2003. Ianya menerangkan secaraterperinci dan melihat bagaimana beliau menghadapi segala dugaansehingga ditabalkan sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir. Segalanyabermula dengan penglibatan beliau dalam arena politik negara pada tahun1978 dan juga penglibatannya dalam UMNO sehinggalah pemecatan beliaudalam kabinet. Kesetiaannya dalam memartabatkan bangsa, agama,negara serta UMNO telah membawa beliau ke peringkat lebih tinggi dalamparti dan kerajaan. Sesungguhnya buku ini merupakan satu rentetanperjalanan seorang Perdana Menteri yang telah 25 tahun berada dalamkancah politik negara.

    28

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    IRMA INDAYU OMAR DAN YUSHIANA MANSORPanduan Mencari Maklumat.

    Kuala Lumpur : PS Professional, 2005.ISBN 983-3376-04-5

    Buku ini adalah sebagai panduan kepada pembaca untuk menjadipengguna maklumat yang bijak dan berupaya mencari maklumat denganbetul, cepat dan berkesan dalam mengharungi arus ledakan maklumatmasa kini. Panduan Mencari Maklumat memperkenalkan konsep literasimaklumat atau celik maklumat, membincangkan sumber-sumbermaklumat yang ada, di mana dan bagaimana hendak mencapai maklumat,apa yang terlibat dalam proses maklumat dan bagaimana menilaikesahihan maklumat. Turut dibincangkan adalah cara-cara mengelakkandaripada menjadi mangsa ledakan maklumat.

    AHMAD MAHDZAN AYOBPerancangan & Penilaian Projek PembangunanTanjong Malim: Penerbit Universiti Sultan Idris,2005.

    ISBN 983-2620-47-3

    Buku ini merupakan buku yang mengandungi maklumat sebagaipendedahan awal kepada perancangan dan penilaian projek-projekpembangunan. Ia menghuraikan secara terperinci mengenai prosesmerancang, menilai dan mengurus projek-projek pembangunan yangdiasaskan oleh sektor awam. Di dalam buku ini juga banyak disertakancontoh projek-projek pertanian yang bersesuaian dengan fokus kerajaanyang lebih menekankan kepada sektor ini sejak kebelakangan ini. Bukuini sesuai dijadikan panduan kepada para pelajar ekonomi pembangunan,ekonomi sumber alam serta pegawai-pegawai kerajaan yang terlibatsecara langsung dalam pengurusan projek awam.

    29

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    HENRY HENDERSONPractical Business Communication: Communicate With

    Confidence.Petaling Jaya: Golden Books Centre, 2005.

    ISBN 983-72-0539-3

    Communication is the “mouth, ear and eye” of a successful business.This book covers a wide range of topics on communication such as verbaland non-verbal, art of writing letters, reports and minutes of meetingsand also e-correspondence. It also has a guide for job seekers with tipsof how to communicate in English. A very practical and useful book forstudents, executives and the general public.

    MOHD KAMALUDDIN ADAMPuri Ibu

    Kuala Lumpur : ibnuADAM Studio, 2005.ISBN 983-42087-0-7

    Buku ini merupakan hasil penulisan dan dokumentasi penulismengenai binaan rumah kediaman bernama Puri Ibu yang direka dandibina khusus untuk ibunya. Puri Ibu lahir daripada iltizam penulis untukmengadakan sebuah rumah yang sesuai untuk seorang ibu tua, di manaciri-ciri kediamannya hendaklah melatari kehendak jiwanya, ruang lingkuppenghidupan dan alam persekitaran. Kepentingan perhimpunan keluargaterutama ketika musim-musim perayaan dan tempat persinggahan anakcucu ketika balik ke kampung adalah asas utama yang menggerakkanidea pembinaan rumah tersebut. Turut dimuatkan dalam buku ini adalahlukisan persembahan, model, lukisan kerja, proses binaan serta gambarfoto Puri Ibu. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan bacaan untukpenggemar senireka rumah-rumah Melayu tradisional.

    30

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    ROSITA JAAFARSeni Jahitan Pakaian Pengantin

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004.ISBN 967-61-1588-6

    Buku Seni Jahitan Pakaian Pengantin ini memaparkan lebihdaripada 70 jenis rekaan pakaian pengantin, pakaian petang yang sesuaidengan majlis formal atau koktail dan lain-lain majlis rasmi yangbersesuaian. Ia memuatkan juga cara melakarkan pola asas mengikutukuran individu, gambar model memakai pakaian tersebut dan rajah. Olehitu, penggemar-penggemar fesyen dapat memahaminya dari peringkatawal. Pakaian yang dipaparkan ialah rekaan-rekaan pengantin barat dantradisional.

    RICHARD WEBSTER101 Feng Shui: Tips For Your Home.

    Petaling Jaya: Golden Books Centre, 2005.ISBN 983-72-0533-4

    Feng shui literally means “wind and water”. For thousands ofyears, people in the Far East have used feng shui to improve their homeand family lives and live in harmony with the earth. The 101 Feng Shui:Tips for Your Home is a guideline on how to transform your home into amagnet for happiness and prosperity. In the book, the author explainshow to evaluate the current feng shui energy in the home, creative waysto use crystals, colours, mirrors and furniture arrangements to attractpositive energy into your life, how to deal with negative energy comingfrom neighbours and how to use fountains or aquariums to attract money.

    31

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    ROSITA JAAFARSulaman Benang & Manik Labuci.

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004.ISBN 967-61-1574-6

    Buku Sulaman Benang & Manik Labuci ini mengandungi 300 jenisjahitan sulaman benang, manik dan labuci untuk pakaian, alas meja, sarungkusyen, alas pinggan, set katil dan lain-lain yang sesuai. Ia memuatkanpanduan asas jahitan sulaman dan jahitan yang lebih rumit. Jenis sulamantermasuk klasik, moden serta kontemporari. Buku ini juga mengandungigambar dan ilustrasi yang menarik dan jelas bagi membantu para pembacamemahami teknik dan cara sulaman dengan mudah. Sulaman yangdipaparkan menggandungi lakaran bunga-bungaan, dedaunan dan corakgrafik tradisional. Cara untuk mencantumkan rekaan sulaman, khususuntuk menghasilkan keunikan juga dipaparkan.

    ZAINI NASOHAH...[et al.] (Editor)Syariah dan Undang-Undang: Suatu & PerbandinganKuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2004.

    (Siri Undang-Undang)ISBN 967-61-1535-5

    Perbincangan yang diketengahkan dalam buku ini merangkumipelbagai aspek perundangan yang mencakupi hampir keseluruhanpersoalan tentang peraturan kehidupan manusia seperti pewarisan dannasab, kehakiman Islam, jenayah, ekonomi dan kewangan, kenegaraan,undang-undang tort, pengguna dan undang-undang perlembagaan yangsesuai dengan keperluan semasa. Karya ini turut menyentuh pelbagaipermasalahan syariah dan undang-undang. Topik-topik dalam buku inidikupas berdasarkan pendekatan perbandingan dengan melihat dari sudutsyariat dan undang-undang sivil. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepadamereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam bidangperundangan sama ada perundangan Islam atau Sivil, dan bidang ekonomisama ada Islam atau konvensional.

    32

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    UNGKU NORULKAMAR UNGKU AHMAD... [et al.]Tabiat organisasi: Satu Dimensi Global

    Petaling Jaya: Pearson Malaysia, 2005.ISBN 983-3205-33-X

    Tabiat organisasi merupakan satu bidang kajian yang berkaitandengan tingkah laku pekerja dalam organisasi. Seorang pengurus yangmemahami tabiat organisasi akan dapat mengurus organisasi denganlebih berkesan. Buku ini ditulis untuk mendedahkan kepada pembacaaspek-aspek penting dalam memahami tingkah laku pekerja. Ianyadibincangkan melalui tiga peringkat analisis iaitu individu, kumpulan danorganisasi. Penulis turut memuatkan isu global dan isu semasa yangberkaitan dengan tabiat organisasi. Latihan dan senario organisasidisediakan di akhir setiap bab bagi mengukuhkan lagi kefahamanpembaca mengenai isu tersebut.

    DR. HENRY R. MEYERThe Management Secretary: A Practical Guide For Today’s

    Modern SecretaryPetaling Jaya: Golden Books Centre, 2005.

    ISBN 983-72-0531-8

    This book provides guidance to today’s secretaries who areexpected to know more than what their job description entails. Today’scorporate world is changing rapidly, corporation worldwide continue toseek value-added management support staff that can make a significantcontribution in their work. It prepares secretaries to be dynamic, with agood understanding of decision-making skills, customer psychology andbusiness negotiations skills. Each topic in this book is strategically designedto enable the reader to grasp the fundamentals of a management secretaryat a glance, as well as for easy reference.

    33

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    SUHAINI MUDA DAN AHMAD SHAMSUL ABD AZIZUndang-Undang Komunikasi

    Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia, 2004.ISBN 983-3205-20-8

    Buku ini diolah khusus untuk memudahkan pelajar yang bukandaripada latar belakang bidang undang-undang bagi meningkatkankefahaman dan pengetahuan mengenai undang-undang yang berkaitandengan komunikasi. Tumpuan penulis termasuklah undang-undang yangberkaitan dengan fitnah, hasutan, rahsia rasmi, mesin cetak danpenerbitan, hak cipta, keselamatan dalam negeri, komunikasi danmultimedia, dan undang-undang siber. Buku ini turut membincangkanmengenai batasan yang dikenakan ke atas pihak-pihak yang terlibatdengan bidang tugas berkaitan komunikasi termasuklah penghasilan danpenerbitan atau penyiaran media, pengucapan awam, dan pengurusanorganisasi.

    AHMAD SHAMSUL ABD. AZIZUndang-undang Gangguan Seksual di Malaysia

    Bentong: PTS Publications & Distributors, 2005.ISBN 983-192-686-2

    Buku ini ditulis bagi memberi pendedahan kepada masyarakattentang kesalahan gangguan seksual. Gangguan seksual bukan sahajaberlaku di tempat kerja malah berlaku juga di tempat awam, internet dandi mana-mana sahaja. Beberapa kes gangguan seksual turut dimuatkandan penyelesaiannya diberikan daripada perspektif undang-undang.Beberapa akta dan garis panduan berkenaan gangguan seksual turutdibincangkan dalam buku ini. Langkah-langkah pencegahan dan tindakanyang perlu dilakukan oleh mangsa gangguan seksual juga turut dinyatakanoleh penulis.

    34

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    Judul-Judul Baru Yang Diperolehi

    1. Abdul Aziz Ibrahim. Lebuhraya Baru Kebebasan Kewangan : Jutawan Daripada Beban Hutang.Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2005. ISBN 967-6117-41-2.

    2. Abdul Ghafar Taib. Bersama Perangi Dadah. Kuala Lumpur : Penerbitan Sri Kenanga, 2005.ISBN 983-2345-14-6

    3. Adnan Hj. Nawang. Memoir Za’ba. Tanjung Malim, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2005.ISBN 983-41431-4-1.

    4. Asas dan kerangka Perundangan Negara Islam-Malaysia. Institut Kefahaman Islam Malaysia :Kuala Lumpur, 2005. ISBN 983-2636-07-8.

    5. Awang Azmi Awang Pawi dan Khor Chooi Lian. P. Ramlee Di Cakera Nusantara. Kota Samarahan,Sarawak : Universiti Malaysia Sarawak, 2005. ISBN 983-9257-37-4.

    6. Barakat, Heba Nayel. Rhythm & Verses: Masterpieces of Persian Calligraphy. Kuala Lumpur :The Islamic Art Muzium, 2005. ISBN 983-4084-55-2.

    7. Effandi Zakaria. Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam : Karisma Publications,2005. ISBN 983-195-121-2

    8. Fatimah Mohamed Arsad, Alias Radam, dan Zainal Abidin Mohamed. The Fruits Industry inMalaysia: issues and challenges. Serdang, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2005.ISBN 983-2871-79-4.

    9. Haji Abang Mohd. Shibli. Rakan Zakat Anda. Sarawak : [s.n.], 2005. ISBN 983-42075-0-6.

    10. Iskandar Abdul Rashid. Laman Sesawang dengan Pangkalan Data. Batu Caves, Selangor : BentonPublishing, 2005. ISBN 983-2661-59-5.

    11. Jeniri Amir. Politik Dalam Novel. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2005. ISBN 983-1002-92-X.

    12. Lili Rozita. Bukan Cinta Biasa. Kuala Lumpur : Ghostwriter, 2005.ISBN 983-2629-40-3.

    13. Low Kok On. Membaca Mitos dan Lagenda Kadazandusun. Bangi, Selangor : Penerbit UniversitiKebangsaan Malaysia, 2005. ISBN 967-942-735-8

    14. M. Umer Chapra. Islam dan Cabaran Ekonomi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. ISBN 983-62-7604-1

    15. Mahani Musa. Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Kuala Lumpur :Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005. ISBN 967-942-727-7.

    16. Malik Bennabi, Krisis Intelektual Muslim, Shah Alam : Karisma Publications, 2005.ISBN 983-1951-14-X.

    17. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.ISBN 983-62-8763-9

    18. Mohd. Hamdan Adnan. Perjuangan Perundangan Pengguna, Petaling Jaya : IBS Buku, 2005.ISBN 967-95-02-19-8.

    35

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    19. Mohd. Tayeb Dolmat. Technologies for Planting Oil Palm on Peat. Kuala Lumpur : PerbadananMinyak Sawit Malaysia, 2005. ISBN 967-961-113-2.

    20. Muhamad Ismail Ahmad. Menghadapi Cabaran Dunia Tanpa Sempadan. Kuala Lumpur :Caberawet Publications, 2005. ISBN 983-3036-17-1.

    21. Muhamad Kamarul Kabilan, Zaharah Hassan. Readings on Ethnic Relations in a MulticulturalSociety. Serdang, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2005. ISBN 983-42512-0-3.

    22. Muhammad Umar Ghazali. Syeikh Ahmad Yasin : Perjuangan Memburu Syahid. Shah Alam :Smart Life Resources, 2005. ISBN 983-4250-80-0.

    23. Piper, Michael Collins. Dalang-dalang (kehormat) Peperangan. Kuala Lumpur : Saba Islamic Media,2005. ISBN 983-3320-27-9.

    24. Raihanah Salleh. Cinta Terluka. Seberang Perai Tengah. Pulau Pinang : Rhythm Publishing, 2005.ISBN 983-187-502-8.

    25. Rao, TV. The Power of 360 degree Feedback: Maximing Managerial and Leadership Effectiveness.Petaling Jaya : Unipress Publication, 2005. ISBN 983-4198-32-9.

    26. Sayed Sikandar Shah Haneef. Ethics and Fiqh For Daily Life : an Islamic Outline. Kuala Lumpur :Universiti Islam Antarabangsa, 2005. ISBN 983-2957-13-3.

    27. Sia Keng Yek. SRJK (C) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan : Dilema dan Kontroversi. KualaLumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2005. ISBN 983-1002-58-X.

    28. Sidek Mohd Noah. Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling: teori dan aplikasi. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2005. ISBN 983-2871-83-2.

    29. Suria Shafie. Kasih Dihujung Rindu. Pulau Pinang : Rhythm Publishing, 2005. ISBN 983-8750-01-X.

    30. Tokoh-tokoh Gemilang Melaka : Pentadbiran dan Politik. Melaka : Kerajaan Negeri Melaka, 2004,ISBN 983-9915-57-6.

    31. Undang-undang Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. ISBN 983-6282-10-6.

    32. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.ISBN 983-62-8760-4.

    33. Yahya Harun. Jangan Beralasan Anda Jahil. Kuala Lumpur : Saba Islamic Media, 2004. ISBN 983-93-84-31-7.

    34. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Jamaliah Abd. Hamid, dan Radil Mahyuddin. Opening New Doors inBusiness Teaching and Learning. Serdang, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia, 2005.ISBN 983-3455-05-0.

    35. Zalina Ariffin. Seandainya Terluka. Pulau Pinang : Rhythm Publishing, 2005. ISBN 983-1874-88-9.

    36

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    SariPustakaPustaka

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • [ ]

    Bil. 2/2005

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA