-GEOGRAFI TINGKATAN 2-: BAB 3 & BAB 4geografi2a.blogspot.com/p/bab-3-bab-4.htmlLangkah-langkah : 1....
Transcript of -GEOGRAFI TINGKATAN 2-: BAB 3 & BAB 4geografi2a.blogspot.com/p/bab-3-bab-4.htmlLangkah-langkah : 1....
-GEOGRAFI TINGKATAN 2-: BAB 3 & BAB 4
-GEOGRAFI TINGKATAN 2-
Pages
Home
BAB 5
BAB 3 & BAB 4
BAB 1 & BAB 2
BAB 3 & BAB 4
BAB 3: SKALA DAN JARAK
Pengenalan
-Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
-Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta. (Lihat rajah di sebelah)
-Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata, dan pecahan wakilan.
Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus
Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.
Contoh Skala Lurus
Cara Mengukur Jarak LurusJarak lurus boleh diukur dengan menggunakan jangka tolok, pembaris dan jalur kertas.Cara Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok.
Cara Pertama : Jangka Tolok
Cara kedua : Guna Jalur kertas
Cara Mengukur Jarak Melengkung
Jarak melengkung boleh diukur dengan menggunakan tepikertas atau sejalur benang.
Cara Mengukur Jarak MelengkungDengan Menggunakan Jalur Kertas
Cara Mengukur Jarak MelengkungDengan Menggunakan Benang.
Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar
-Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm). Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan.
Langkah-langkah :
1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nombor pada sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta. Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.
5. Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.
Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km.
Jarak sebenar di atas bumi ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.
BAB 4: GRAF
Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel yang lain. Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmukDalam bab ini, anda akan mempelajarigraf bar berganda dan graf garisan berganda.Graf bar berganda terdiri daripada beberapa pasangan atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan. ContohsepertiGraf 1 di sebelah.
Rajah 1: Graf Bar BergandaGraf garisan berganda terdiri daripada dua atau lebih garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan titik-titik yang ditandakan dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang berlainan. Contohnya graf garisan berganda yang menunjukkan Min suhu bulanan Tokyo dan Kuala Lumpur(rujuk Graf 2 di bawah).
Rajah 2 : Graf Garisan BergandaUntuk menghasilkan graf, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:Mengumpul maklumat dan data.Merekod maklumat dan data dengan teratur.Membina jadual.Melukis graf.
Graf Bar Berganda
Ciri-ciri graf barberganda ialah:Terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 bar.Tiap-tiap barmewakili satu set data yang tertentu.Memudahkan perbandingan.Petunjuk yang jelas diperlukan.
Kaedah melukis graf bar berganda.Lukis paksi menegak dan paksi melintang. Paksi melintang biasanya mewakili nilai tetap seperti tahun dan paksi menegak adalah nilai berubah.Pilih skala yang sesuai dan tandakan di kedua-dua paksi.Pilih saiz baryang sesuai. Semua barmesti bermula pada nilai 0 di paksi melintang.Lukis bar yang terpanjang dahulu diikuti dengan lain-lain bar. Bar-bartersebut mesti dilukis dengan rapat tanpa diselang.Warna atau lorekkan bar-bar yang telah dilukis.Sediakan petunjuk.
Tajuk :Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 200
TahunLelakiPerempuanJumlah
20026234341057
2003569456456
20045734791052
20054925601052
20064406501090
Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 2006
TafsiranPada tahun 2002, jumlah pelajar di SekolahSMK Dato' Seri Wan Mohamed ialah seramai 1057 orang.Pada tahun 2003, jumlah pelajarnya berkurangan sebanyak 32 orang menjadikan bilangannya seramai 1025 orang.Pada tahun 2004, pelajar bertambah sebanyak 27 orang menjadikan bilangannya seramai 1052 orang.Bilangan seramai 1052 orang berkekalan sehingga ke tahun 2005.Berbanding dengan pelajar lelaki, didapati pelajar perempuan bertambah dari setahun ke setahun. Pertambahan yang paling banyak sekali ialah antara tahun 2004 2005 iaitu sebanyak 81 orang.Pengurangan yang paling besar bagi pelajar lelaki ialah antara tahun 2004 2005iaitu sebanyak 81 orang
Graf Garisan Berganda
Ciri-ciri utama graf garisan berganda ialah:Terdiri daripada dua atau lebih garis.Setiap garis mewakili satu set data yang tertentu.Berguna untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih set data.
Langkah-langkah melukis graf garisan berganda.Lukis paksi menegak dan paksi melintang.Tentukan nilai di paksi menegak dan paksi melintang. Nilai tetap selalunya ditulis di paksi melintang dan nilai berubah di paksi menegak.Pilih skala yang sesuai bagi mewakili keluaran hasil pertanian di paksi menegak. Di paksi melintang tahun ditulis pada jarak yang bersesuaian.Tandakan pangkah-pangkah kecil di atas kertas graf. Mulakan dengan padi kerana padi merupakan nilai yang terbesar.Sambungkan tanda-tanda pangkah tersebut dengan satu garisan.Ulangi langkah-langkah di atas bagi melukis garisan yang mewakili jagung dan kelapa.Warnakan atau lorekkan garis-garis tersebut dengan warna atau lorekan yang berbeza.
Contoh : Jadual dan graf garisan berganda.
Jadual menunjukkan eksport getah Malaysia ke
negara-negara terpilih 1990 - 1994Negara19901991199219931994
China150120250330350
India13080150270250
Jepun190220300370450
TafsiranJepun merupakan pasaran eksport terbesar dan diikuti oleh China dan India.Nilai eksport tertinggi pada tahun 1994 iaitu Jepun.Nilai eksport terendah ialah India (1990).Nilai eksport semakin meningkat.Nilai eksport merosot pada tahun 1991 seperti di China dan India.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to:Posts (Atom)
PENGETUA SMK BANDAR T6TN HJ ABDUL RAHMAN B MOHD NOR
GURU KELAS & GURU MATA PELAJARAN SAINS EN IZUAN SHAH B ABD KARIM
GURU MATA PELAJARAN GEOGRAFICIK NOR SYAKIROH BT MOHD NOR
GURU MATA PELAJARAN B.INGGERISEN SIVAKUMAR
GURU MATA PELAJARAN PJKPN NORBAIZURA BT HANAFI
GURU MATA PELAJARANMATEMATIK & PSVPN SANISAH BT SAMAD
GURU MATA PELAJARANBAHASA MELAYUCIK SITI SHAERAH BT ABDULLAH
GURU MATA PELAJARANSEJARAHPN AZIMAH BT NGADI
GURU MATA PELAJARANKEMAHIRAN HIDUPPN SITI HAFESAH BT HJ SAID
GURU MATA PELAJARANKEMAHIRAN HIDUP EN OMAR B NORDIN
GURU PENDIDIKANISLAMPN ROHANA BT JALIL
1.Haqeem2.Ranjithever3.Syafiq Salleh4.Bella5.Mirrah
About Me
-GEOGRAFI TINGKATAN 2-
View my complete profile
Followers
Blog Archive
2011
(1)
October
(1)GURU-GURU SMKBT6
Simple theme. Powered by Blogger.