· HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak...

16
Siapa Kami? RICK CHEE Seorang usahawan yang berpengalaman luas selama 26 tahun dalam perancangan prasarana perkhidmatan makanan dengan operasi perniagaan meliputi dalam dan luar negara. Disamping memenuhi peranan sebagai Pengarah Urusan di F & B Facilities Sdn Bhd dan AR Manufacturing Sdn Bhd, beliau turut memegang jawatan selaku Pengerusi untuk Prominent Freight Services Sdn Bhd dan Pengarah di Cross Border Logistic, Usaha Pintas Sdn Bhd dan GP Techno Glass Sdn Bhd. Sebagai lulusan graduan dalam Pengurusan Hospitaliti Antarabangsa, beliau menabur khidmat sebagai Pensyarah Kanan Adjung di Taylor’s University, School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts. Selain itu, saudara Rick Chee juga merupakan Ahli Kehormat dan Penasihat di Persatuan Jurumasak Malaysia (Chefs Association of Malaysia). Atas dasar keprihatinan untuk membasmi kemiskinan, beliau telah lama bergiat dalam aktiviti kebajikan melalui pelbagai pertubuhan amal bagi membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. Seorang usahawan terkenal yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni kreatif. Beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan rekabentuk multi-disiplin iaitu Arc Radius Sdn Bhd. Beliau pernah menyandang jawatan selaku Presiden untuk Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia dan kini beliau merupakan Naib Presiden di Institut Perekabentuk Dalaman Malaysia. Telah bergiat secara aktif dalam bidang perindustrian semenjak tahun 1985 lagi menjadikan beliau seorang individu yang berpengalaman luas dalam bidang yang diceburi. Disamping itu, saudara Faisal juga merupakan ahli dalam Asia-Pacific Space Designer Association dan Persekutuan Arkitek / Perekabentuk Dalaman Antarabangsa. Kebanyakan rekabentuk struktur dan dalaman bank, pejabat-pejabat korporat, hotel dan bangunan-bangunan institusi telah mendapat sentuhan dan hasil kreatif beliau. Dalam tempoh 20 tahun ini, fokus beliau telah tertumpu kepada perlaksanaan pelbagai projek dalam industri makanan & minuman (Food & Beverages) khususnya dalam aspek rekaan konsep (konseptualisasi), penyeliaan projek dan pengurusan. Seorang chef selebriti terkenal, Profesor Zamzani atau lebih dikenali sebagai Chef Zam telah mendapat pendidikan secara formal di Amerika dan United Kingdom. Beliau telah mengembara ke seluruh dunia demi mempromosikan masakan Malaysia hasil usahasama Matrade dan Tourism Malaysia. Selain menjadi jurucakap dan duta produk bagi jenama antarabangsa seperti Heinz,Philip Kitchen Appliances, Colavita dan Barilla, beliau seringkali dijemput menjadi hos untuk pelbagai program dan rancangan masakan samada terbitan tempatan mahupun di persada antarabangsa. Hasil dedikasi dan pengalaman luas selama dua dekad setelah berkecimpung dalam dunia masakan telah membawa beliau menjadi seorang penulis dan kolumnis di beberapa terbitan utama. Kini, selaku Pengarah Urusan dan Pengetua untuk Silverspoon International College, Chef Zam berusaha mencurahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga kepada generasi pelapis seterusnya. PENGASAS BERSAMA Food Aid Foundation merupakan sebuah yayasan kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan. Penubuhan yayasan ini membawa kepada satu tujuan murni iaitu menyediakan bekalan makanan asas kepada rumah-rumah kebajikan, pusat pemulihan, pusat bantuan makanan, individu atau keluarga miskin dan orang kurang upaya. Siapa Kami? PENGASAS MOHAMAD FAISAL GHAZALI SMT. FMIID Prof. CHEF ZAMZANI ABDUL WAHAB

Transcript of  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak...

Page 1:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Siapa Kami?

RICK CHEESeorang usahawan yang berpengalaman luas selama 26 tahun dalam perancangan prasarana perkhidmatan makanan dengan operasi perniagaan meliputi dalam dan luar negara. Disamping memenuhi peranan sebagai Pengarah Urusan di F & B Facilities Sdn Bhd dan AR Manufacturing Sdn Bhd, beliau turut memegang jawatan selaku Pengerusi untuk Prominent Freight Services Sdn Bhd dan Pengarah di Cross Border Logistic, Usaha Pintas Sdn Bhd dan GP Techno Glass Sdn Bhd. Sebagai lulusan graduan dalam Pengurusan Hospitaliti Antarabangsa, beliau menabur khidmat sebagai Pensyarah Kanan Adjung di Taylor’s University, School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts. Selain itu, saudara Rick Chee juga merupakan Ahli Kehormat dan Penasihat di Persatuan Jurumasak Malaysia (Chefs Association of Malaysia). Atas dasar keprihatinan untuk membasmi kemiskinan, beliau telah lama bergiat dalam aktiviti kebajikan melalui pelbagai pertubuhan amal bagi membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Seorang usahawan terkenal yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni kreatif. Beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan rekabentuk multi-disiplin iaitu Arc Radius Sdn Bhd. Beliau pernah menyandang jawatan selaku Presiden untuk Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia dan kini beliau merupakan Naib Presiden di Institut Perekabentuk Dalaman Malaysia. Telah bergiat secara aktif dalam bidang perindustrian semenjak tahun 1985 lagi menjadikan beliau seorang individu yang berpengalaman luas dalam bidang yang diceburi. Disamping itu, saudara Faisal juga merupakan ahli dalam Asia-Pacific Space Designer Association dan Persekutuan Arkitek / Perekabentuk Dalaman Antarabangsa. Kebanyakan rekabentuk struktur dan dalaman bank, pejabat-pejabat korporat, hotel dan bangunan-bangunan institusi telah mendapat sentuhan dan hasil kreatif beliau. Dalam tempoh 20 tahun ini, fokus beliau telah tertumpu kepada perlaksanaan pelbagai projek dalam industri makanan & minuman (Food & Beverages) khususnya dalam aspek rekaan konsep (konseptualisasi), penyeliaan projek dan pengurusan.

Seorang chef selebriti terkenal, Profesor Zamzani atau lebih dikenali sebagai Chef Zam telah mendapat pendidikan secara formal di Amerika dan United Kingdom. Beliau telah mengembara ke seluruh dunia demi mempromosikan masakan Malaysia hasil usahasama Matrade dan TourismMalaysia. Selain menjadi jurucakap dan duta produk bagi jenama antarabangsa seperti Heinz,Philip Kitchen Appliances, Colavita dan Barilla, beliau seringkali dijemput menjadi hos untuk pelbagai program dan rancangan masakan samada terbitan tempatan mahupun di persada antarabangsa. Hasil dedikasi dan pengalaman luas selama dua dekad setelah berkecimpung dalam dunia masakan telah membawa beliau menjadi seorang penulis dan kolumnis di beberapa terbitan utama. Kini, selaku Pengarah Urusan dan Pengetua untuk Silverspoon International College, Chef Zam berusaha mencurahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga kepada generasi pelapis seterusnya.

PENGASAS BERSAMA

Food Aid Foundation merupakan sebuah yayasan kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan. Penubuhan yayasan ini membawa kepada satu tujuan murni iaitu menyediakan bekalan makanan asas kepada rumah-rumah kebajikan, pusat pemulihan, pusat bantuan makanan, individu atau keluarga miskin dan orang kurang upaya.

Siapa Kami?

PENGASAS

MOHAMAD FAISAL GHAZALI SMT. FMIID

Prof. CHEF ZAMZANI ABDUL WAHAB

Page 2:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Siapa Kami?Siapa Kami?

ABDUL KARIM YUSOF RONALD G M TUNG

DIPERKASAKAN OLEH SEBUAH PASUKAN PROFESIONAL DARIPADA INDUSTRI PERKHIDMATAN DAN MAKANAN serta kumpulan sokongan yang terdiri daripada pekerja tetap dan sukarelawan menjadikan kami sedia berkhidmat sebilang masa kepada mereka yang memerlukan!

Menggalas jawatan penting dalam bahagian pengurusan kanan di sebuah institusi katering dan syarikat pengurusan prasarana yang besar di Malaysia membuktikan saudara Abdul Karim berpengalaman luas dalam bidang katering berskala besar (mass). Beliau berkemahiran dalam menyediakan rekaan konsep(konseptualisasi) dan kebolehlaksanaan keperluan katering merangkumi aspek HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. Merupakan lulusan graduan dalam Pentadbiran Perniagaan daripada The Australian Business Education Council, beliau teguh berdiri selama 27 tahun dalam menimba ilmu dan pengalaman melalui industri perkhidmatan (hospitaliti). Pencapaian tersebut turut menjadi asas kepercayaan bagi syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa untuk mendapatkan khidmat beliau dalam menerajui pembangunan operasi katering itu, beliau turut bergiat secara aktif dalam bidang kebajikan serta berkhidmat secara sukarela dalam pelbagai jawatankuasa pertubuhan amal dan sosial.

Seorang peguambela dan peguamcara yang kini menjalinkan usahasama bersama Shui-Tai iaitu sebuah firma undang-undang yang berprestij di Petaling Jaya. Beliau berpengalaman luas dan berkredibiliti dalam memberikan khidmat perundingan dan nasihat korporat kepada pelanggan tempatan mahupun antarabangsa. Pembangunan kerjaya beliau dibina secara berperingkat bermula sebagai juruaudit, diikuti akauntan dan setiausaha syarikat. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bersama untuk Malaysia South Africa Business Council dan turut memainkan peranan sebagai Pengarah Residen di Murray & Robert Ltd iaitu sebuah konglomerat yang tersenarai di Johannesburg Stock Exchange. Dalam bidang kebajikan, saudara Ronald Tung juga pernah menabur khidmat sebagai seorang kaunselor dengan Yayasan Befrienders dan Naib Presiden untuk Jaycee Kuala Lumpur.

Page 3:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Siapa Kami?Siapa Kami?YAYASAN INI DIJAYAKAN HASIL KERJASAMA DAN SOKONGAN PADU DARIPADA:

Kami memiliki kepakaran dalam membangunkan sistem pengendalian makanan yang komprehensif seterusnya merintis satu penyelesaian jangka panjang untuk mengawalselia lebihan bekalan makanan yang dijamin selamat untuk tujuan pengedaran dan penggunaan.

“Bekalan makanan dapat disalurkan secara konsisten kepada mereka yang memerlukan seterusnya pembaziran makanan berupaya dikurangkan ke tahap minima”

Chefs Association of Malaysia

Malaysian Association of Hotels

Malaysian Food and Beverage Executives Association

International Food & Beverage Association IFBAINTERNATIONALFOOD & BEVERAGEASSOCIATION

HOSPITALITY BEYOND BORDERS

IFBAINTERNATIONALFOOD & BEVERAGEASSOCIATION

HOSPITALITY BEYOND BORDERS

Page 4:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Bagaimana Kami Beroperasi? MODUS OPERANDI BANK MAKANAN ADALAH SEPERTI BERIKUT;

dari pasar borong basah dan pasar borong kering serta syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan makanan. Semua bahan makanan tersebut akan diproses secara teliti di dapur utama kami sebelum diagihkan ke rumah anak-anak yatim dan rumah kebajikan.

MENGUMPUL LEBIHAN MAKANAN HALAL YANG TELAH DIMASAK

MENGUMPUL BAHAN MAKANAN HALAL YANG TIDAK MUDAH ROSAK

MENGUMPUL BAHAN MAKANAN MENTAH SEGAR

diperolehi dari hotel-hotel, restoran-restoran dan premis makanan untuk diagihkan kepada golongan sasaran yang miskin dan memerlukan.

secara umumnya seperti makanan kering, makanan dalam tin atau makanan pra-pek daripada pengeluar makanan, pengimport, pemborong dan penyumbang secara sukarela; diedarkan ke rumah-rumah kebajikan bagi meringankan beban terhadap golongan kurang bernasib baik. Kami turut menerima produk yang menghampiri tarikh luput, produk yang tidak mengikut spesifikasi, produk yang dihentikan jualan atau promosi dan lain-lain.

Bagaimana Kami Beroperasi?

Page 5:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Sekiranya Anda Terdiri Daripada: Pengusaha Hotel

Pengilang / Pengeluar Makanan

Pasar Raya / Restoran / Pemilik Kafe

Pemborong Makanan / Peruncit

Syarikat Katering

Pengusaha Industri Makanan

Siapa Penyumbang Makanan? Siapa Penyumbang Makanan?

Page 6:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Apa Yang Boleh Disumbangkan?

Semua Produk-produk Yang Dijamin Halal Dan Selamat.

Hampir tarikh luput

Tamat tempoh namun terdapat lanjutan jangka hayat produk

Kesilapan label dan produk yang tidak dilabel

Tidak mengikut spesifikasi tetapi dijamin selamat

Inventori produk ujian kualiti

Produk bermusim

Produk promosi

Makanan-makanan tersedia

Produk-produk yang telah dihentikan pengeluarannya

Dikembalikan dan ditolak oleh pelanggan

Penghasilan - sayur-sayuran

Makanan yang disejukkan dan sejuk beku

Ramuan dan bahan-bahan mentah

Berikut adalah beberapa jenis contoh produk pilihan: out of code

Apa Yang Boleh Disumbangkan?

Page 7:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Lokasi ibupejabat pengurusan yang strategik.

Stor penyimpanan bahan kering, sejuk dan sejuk beku.

Dapur Pusat Komersial dan kenderaan pengangkut berkeupayaan sejuk dingin.

Rantaian kenderaan untuk mengambil dan menghantar makanan.

Prasarana KamiPrasarana Kami

Page 8:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Maklumat

Sumber-sumber

Carta Alir Operasi

Jabatan KebajikanMasyarakat

KementerianPembangunanWanita, Keluargadan Masyarakat

Pengumpulan

Pemeriksaan

Pengasingan

Penyediaan

Pengeluaran

Penyimpanan

Pengagihan

Rumah Anak Yatim

Rumah Orang Tua

Pusat Pemulihan Rumah Kebajikan

Daif

Keluarga Miskin

Mangsa Bencana

Soup Kitchen

Pusat KecemasanSementara

Pertubuhan Kebajikan Sukarela

HotelRestoran

Kafe

Pasar BorongPengimpotPasar

Pengeluar Makanan

Bakeri

Pasar RayaBesar

MakananSegera Pasar Raya

Pasar Mini

Carta Alir Operasi

Page 9:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Melalui bantuan kewangan ikhlas anda

Melalui sumbangan ikhlas dari

DermaBantuan Kewangan Berkala atau Tetap

Acara-acara KhasPenerbitan Majalah dan Risalah

Syarikat-syarikat / Badan KorporatDalam bentuk bahan makananDalam bentuk kewangan

Melalui pengelolaan bagi menjana pendapatan daripada

Bagaimana Kami Mengekalkan Operasi & Perkhidmatan Kami?

Bagaimana Kami Mengekalkan Operasi & Perkhidmatan Kami?

Page 10:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Apakah Ganjaran Untuk Saya?

Sebagai Seorang Penyumbang, anda berasa bangga dan berpuas

hati kerana berupaya membantu insan lain yang amat memerlukan bantuan

makanan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Sebagai Sebuah Syarikat / Badan Korporat, anda telah memenuhi

keperluan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terhadap masyarakat seterusnya

memberi nilai tambah serta imej positif terhadap perniagaan dan kaedah

sedemikian lebih efisyen daripada sebarang bentuk pengiklanan.

Sebagai Sebuah Pengusaha Industri Makanan, ini merupakan

kaedah terbaik dan praktikal bagi memanfaatkan lebihan makanan dan

mengurangkan kadar pembaziran. Disamping itu, kadar kos penyimpanan

dan pelupusan juga dapat dikurangkan secara menyeluruh.

Saya belajar untuk memberi bukannya keranasaya mewah tetapi kerana

saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai

apa-apa

“Satu sumbangan murni kepada

manusia sejagat.”

Apakah Ganjaran Untuk Saya?

Page 11:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Fakta & Statistik Kebuluran

Lebih daripada 37 juta rakyat Amerika bergantung kepada bantuan makanan kecemasan. Satu daripada enam rakyat Amerika menderita akibat krisis makanan.

Dalam Kesatuan Eropah, lebih daripada 79 juta rakyat hidup di bawah paras kemiskinan.

Lebih daripada 2 juta penduduk Australia bergantung hidup terhadap bantuan makanan.

Di Hong Kong, 46% daripada warga bandar bergantung hidup pada subsidi perumahan; dan 18% daripada populasi penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan.

Di Afrika Selatan, nisbah krisis makanan adalah 1 : 4 orang.

*Source from “The Star” 5 June 2013 Wednesday. *The STAR 25 December 2011.

Fakta & Statistik Kebuluran

Page 12:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Kami Bertindak Secara Jujur dan berintegriti. Kami beroperasi dengan cekap dan pantas bagi memenuhi keperluan mereka yang bergelut dengan kebuluran.

Nilai & Kebertanggung-jawaban Kami

Kami Menghargai Kehidupan, nilai maruah setiap individu perlu dihargai dan dilayan secara adil dan belas kasihan tanpa mengira bangsa atau agama.

Kami Mempertahankan Kepercayaan yang diberikan oleh semua pihak dengan menyalurkan segala sumber yang diamanahkan kepada kami secara efisyen dan telus disamping sentiasa menyuarakan bahawa objektif ini hanya akan tercapai melalui sifat kemurahan dan keikhlasan hati setiap insan.

Nilai & Kebertanggung-jawaban Kami

" BERSAMA-SAMA KITA MENGHUBUNGKAN PEMBAZIRAN DI DUNIA KEPADA DUNIA YANG

SANGAT MEMERLUKAN"

Page 13:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Dengan menjadi rakan kongsi terhadap misi kamiDengan menjadi penyumbang / penderma ikhlasDengan menjadi sukarelawan

Ia membantu

Bagaimana Anda Boleh Melibatkan Diri?

RingkasanBank makanan adalah aset kemasyarakatan ~

untuk membasmi masalah krisis makanan.

untuk memanfaatkan lebihan makanan.

Ia mengurangkan kos makanan bagi rumah-rumah kebajikan,sekali gus membolehkan mereka menambah bilangan ahli rumah yang perlu dibantu dan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik.

Ia adalah mengenaimengubah kehidupan dan memberikan harapan.

Ia merupakan kaedah yang hebat dan praktikal

Bagaimana Anda Boleh Melibatkan Diri?

~Emily Dickson~

"Jika saya boleh menghalang satu hati daripada merana, saya tidak akan hidup dalam sia-sia."

Page 14:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

Soalan:

Soalan:

Soalan:

Soalan:

Jawapan:

Jawapan:

Jawapan:

Jawapan:

Adakah saya dipertanggungjawabkan sekiranya makanan yang disumbangkan mengalami kerosakan atau mendatangkankemudaratan walaupun makanan tersebut telah dikendalikan dan disimpan dengan betul?

Tidak, melainkan terdapat bukti tentang 'kecuaian','perbuatan melulu' atau 'salah laku yang disengajakan' daripada pihak yang memberi sumbangan makanan. Food Aid Foundation melindungi penderma daripada liabiliti setelah pemberian sumbangan dilakukan dan turut melindungi pendermadaripada liabiliti jenayah sivil sekiranya produk yang disumbangkan dengan niat yang baik tetapi mengakibatkan kemudaratan kepada penerima / pengguna di kemudian hari. Kami akan memastikan piawaian yang ketat dipatuhi dalam operasi pergudangan iaitu prosedur penerimaan, pengendalian dan penyimpanan serta dilengkapi dengan sistem kebolehkesanan dan keupayaan menarik balik sekiranya terdapat kerosakan produk dilaporkan.

Adakah saya harus memberikan latihan khas kepada kakitangan saya dalam penyediaan makanan untuk disumbangkan?

Tiada keperluan untuk menyediakan latihan tambahan memandangkan kakitangan anda telah menjalani kursus asas pengendalian makanan, walaubagaimanapun anda harus memberi penekanan terhadap prosedur penyisihan / pengasingan, penyimpanan,kawalan suhu dan masa yang diperuntukkan untuk pengutipan makanan.

Apa yang boleh kami sumbangkan?

Sumbangan wang tunai, bahan makanan mentah atau makanan sedia untuk dimakan.

Siapakah penyumbang terkini anda?

Sumbangan kewangan: Individu, syarikat-syarikat atau badan korporat.Makanan mentah: Individu, pengeluar makanan, pasar raya, pasar raya besar, pemborong, petani dan lain-lain.Makanan siap masak : Hotel, restoran, pengusaha industry makanan dan lain-lain.

Soalan LazimSoalan Lazim

Page 15:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada
Page 16:  · HACCP, GMP, latihan, kualiti serta pengurusan krisis. ... saya tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa ... Di Hong Kong, %46% daripada warga bandar bergantung hidup pada

“Jika anda tidak mampu memberi sumbangan untuk seratus orang, berilah dulu untuk seorang.”

~Mother Teresa~