| Jumaat, 16 Mei 2014 Restoran kawal makanan terbuang · ENIZAM ISMAIL [email protected] SETIAP...

1
ENIZAM ISMAIL [email protected] SETIAP makanan yang dibuang daripada dapur Restoran Carousel di Hotel Royal Plaza On Scotts tidak me- lebihi 2.5 kilogram bagi setiap sesi makan – sama ada makan malam, ma- kan tengah hari atau jamuan teh. Jika sebelum ini sasarannya ada- lah 4.8 kilogram, ia mampu dikurang- kan dengan banyak hasil pengurusan pembaziran makanan hotel tersebut. Pengurus F&B Royal Plaza On Scotts, Encik Abraham Tan, berkata pihaknya menjalankan kajian terpe- rinci bagi memastikan makanan tidak terbuang begitu sahaja sejak Carou- sel dibuka pada 2007. “Falsafah kami adalah memasti- kan makanan tidak terbazir begitu sa- haja. Proses-proses ini memainkan peranan dalam mengurangkan pem- baziran makanan di hotel,’’ ujarnya. Encik Tan berkata pada ketika ini, tujuh dapur berkonsep terbuka Car- ousel di restoran menghidangkan masakan Asia Jepun, Mediterranean, Barat dan Asia. “Dengan dapur berkonsep terbu- ka, cef dapat memantau lebih baik hidangan di kaunter dan memasak pa- da masa sesuai untuk pengisian semu- la. “Ini dapat memberikan kawalan kepada tukang masak bukan sahaja ke atas mutu makanan, konsisten ter- hadap hidangan yang disediakan di kaunter dan membantu dalam me- nguruskan pembaziran makanan di restoran,’’ ujar Encik Tan. Mereka menggunakan sistem pe- ngurusan keselamatan makanan di bawah pensijilan Sijil Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya (HACCP). Beberapa proses pengurusan pe- ngawalan pembaziran makanan ter- masuk membungkus makanan ke dalam bungkusan kecil dan divakum untuk mengelakkan terkena udara. Setiap bahagian makanan yang dis- impan ditandai dengan tarikh penyim- panannya. Ia kemudian disimpan dalam peti sejuk di bawah 4 darjah Celsius dan makanan beku disimpan di bawah -18 Celsius. Kakitangan dapur juga dilatih me- ngamalkan pendekatan menghalang bahan daripada menjadi basi. “Pasukan masakan Carousel juga menjalankan pemeriksaan ke atas pembaziran makanan kira-kira dua kali seminggu untuk memastikan ba- hawa mana-mana pembaziran adalah minimum,’’ ujar Encik Tan. Penolong Cef Muslim Restoran Carousel, Encik Shaharuddin Mokhtar, 45 tahun, berkata: “Kami amat menghargai jika pe- langgan yang datang dapat menjimat- kan makanan dengan mengambil sedikit sahaja daripada hidangan ini. “Memang sayang jika makanan terbazir begitu sahaja. “Sebagai cef, kami akan mem- bahagikan makanan dalam jumlah sedikit kepada pelanggan agar mere- ka juga tidak membazir makanan.’’ Dr Maliki: Singapura menghasil- kan 796,000 tan sisa makanan pada tahun lepas, meningkat 13 peratus dari 2012. Ini adalah bersamaan de- ngan, secara purata, seorang indivi- du membuang kira-kira 740 mang- kuk beras setahun! Mengapa anda prihatin? Dr Maliki: Kita semua tahu baha- wa Singapura bukan negara yang mempunyai kekuatan dalam bidang pertanian; kita mengimport lebih 90 peratus daripada makanan yang kita makan dari seluruh dunia. Memandangkan ruang tanah yang terhad, tidak banyak makanan yang boleh kita hasilkan di dalam negara dan kebanyakannya pula ada- lah barangan makanan utama seperti sayur-sayuran berdaun hijau, telur dan ikan. Sisa makanan juga merupakan ke- prihatinan kepada alam sekitar kera- na banyak tenaga dan sumber yang dibelanjakan untuk menyediakan pengangkutan dan makanan yang ki- ta beli. Membazir makanan bermakna ki- ta juga membazirkan tenaga yang di- gunakan untuk menghasilkannya. Bagaimana pemerintah me- nguruskannya? Dr Maliki: Kami membentuk Ja- watankuasa Antara Kementerian ba- gi Keselamatan Makanan (IMC-FS) untuk mengkaji langkah-langkah menyeluruh bagi meningkatkan daya tahan bekalan makanan dan mengurangkan sisa makanan. Sebagai sebahagian daripada cadangan IMC itu, Penguasa Perta- nian-Makanan dan Ternakan (AVA), Spring Singapore sedang memba- ngunkan garis panduan bagi pengelu- ar makanan dan peruncit untuk me- ngenal pasti bahagian di sepanjang rangkaian bekalan mereka bagi meli- hat bagaimana sisa makanan boleh terus dikurangkan. Bagi melaksanakan garis panduan ini, syarikat-syarikat boleh menggu- nakan Dana 3R yang sedia ada dari- pada NEA. Selain memupuk sikap yang betul ke arah mengurangkan sisa makan- an, NEA dan AVA sedang mengenal pasti bagi membangunkan program mendekati masyarakat melalui pen- didikan awam yang komprehensif yang disasarkan kepada sekolah, ko- muniti, peruncit dan katerer. Tetapi pada akhirnya, kita semua berkongsi tanggungjawab membeli dan memakan makanan secara seder- hana untuk mengurangkan pembazi- ran makanan. Sebagai contoh, walaupun kita menjadi tuan rumah bagi acara-acara komuniti dan majlis seperti majlis perkahwinan – kita harus bekerja ra- pat dengan katerer bagi memastikan kita tidak menyediakan makanan se- cara berlebihan. Apa yang boleh dilakukan oleh rakyat Singapura mengu- rangkan sisa makanan? Dr Maliki: Beberapa tip untuk mengurangkan sisa makanan terma- suk: a. Membeli-belah dengan se- narai barangan runcit Pasar raya memang cuba mengga- lakkan membeli-belah secara impul- sif dan kita pula membeli lebih dari- pada apa yang kita perlukan sehing- ga makanan tidak boleh dihabiskan. Jika kita merancang makanan ba- gi minggu-minggu hadapan dan menyediakan suatu senarai untuk di- beli, kita boleh menjadi lebih ber- hati-hati dalam membeli makanan yang mungkin kita tidak akan ma- kan. Juga, lihat dapur anda sebelum ke- luar, kerana anda mungkin sudah mempunyai beberapa barangan dalam stok! b. Beli apa yang anda perlu- kan Jika resipi memerlukan dua lobak merah, elakkan membeli beg lobak secara keseluruhan. Atau jika ia hanya dijual di dalam bungkusan, lihat bagaimana anda boleh menggantikan hidangan lain dalam minggu itu dengan kepada re- sipi yang tidak menggunakan lobak merah. Dengan cara ini, makanan yang mudah rosak berkurangan daripada dibuang ke dalam tong sampah. c. Berkongsi atau pisahkan hidangan Jika anda tidak mempunyai sele- ra makan atau tahu restoran akan menyediakan banyak makanan, kongsi hidangan dengan rakan atau ahli keluarga. Kita sudah biasa dengan memba- hagikan makanan untuk setiap orang sehingga makanan terbazir. d. Fikirkan semula untuk ‘upsize’ hidangan anda ‘Upsize’ makanan mungkin ber- baloi untuk wang anda, tetapi kita boleh memesan kurang untuk dima- kan. Salah satu cara mengurangkan pembaziran makanan adalah meng- habiskan makanan kita terlebih dahu- lu sebelum memutuskan adakah pe- rut kita mempunyai ruang untuk le- bih banyak makanan! e. Bawa pulang lebihan ma- kanan Bawa bekas kecil bersama atau simpan di laci pejabat. Jika syarikat anda mempunyai lebihan bufet atau anda terlebih ‘order’ makan tengah hari, jangan malu untuk membawa pulang ma- kanan itu. Baki makanan, jika disimpan de- ngan betul, masih boleh dimakan pa- da hari berikutnya atau hari kedua. Ini menjimatkan wang atau masa anda dalam penyediaan hidangan! Bagaimana anda mengamal- kannya? Dr Maliki: Saya membesar de- ngan pengalaman tidak akan mem- buang makanan. Sebagai anak mu- da, saya teringat bagaimana arwah bapa saya akan membeli buah-buah- an yang hampir rosak sebelum dibuang secara pukal setiap minggu. Membesarkan sembilan anak ada- lah sukar dan arwah bapa saya ter- paksa membelanjakan pendapatan- nya dengan bijak. Saya akan membawa pulang ko- tak buah-buahan yang hampir busuk itu ke rumah dan kami akan mem- buang bahagian yang buruk dan ma- kan bahagian yang elok. Ibu saya akan membungkus ma- kanan untuk saya dan adik-beradik apabila kami ke sekolah. Selalunya ia adalah sisa daripada makan malam hari sebelumnya. Ini adalah untuk memastikan bahawa kami tidak menghabiskan terlalu ba- nyak wang membeli makanan dan membuang makanan. Di peringkat akar umbi, saya akan memastikan bahawa pada akhir majlis, semua makanan bufet yang tidak habis dibungkus dan die- darkan di kalangan tetamu, pemim- pin akar umbi atau dihantar ke ru- mah-rumah penduduk berpendapa- tan rendah. Saya juga menggalakkan pro- gram komuniti yang bertujuan mengelakkan pembaziran makanan. Satu jawatankuasa penduduk (RC) saya menganjurkan program ki- tar semula roti. Pemimpin-pemimpin akar umbi akan membungkus semula roti un- tuk diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah. ENORHAIZA HASHIM [email protected] ADA lebihan makanan dalam tin atau biskut yang masih boleh dima- kan tetapi tidak lagi ‘laku’ untuk di- jamah anak-anak? Jangan memba- zir dan membuangnya. Hantarlah ke Food Bank. Konsep bagi mengurangkan pem- baziran dan membuang lebihan ma- kanan di dalam tong sampah mence- tuskan idea bagi Cik Nichol Ng dan adiknya, Encik Nicholas Ng, mem- bentuk syarikat tidak mencari un- tung, The Food Bank Singapore Ltd. Lebihan makanan yang disum- bangkan oleh individu dan syarikat kemudian diagihkan kepada 130 badan kebajikan di Singapura terma- suk rumah tumpangan dan jagaan kelolaan Pertapis dan Jamiyah serta Pusat Khidmat Keluarga (FSC). Badan-badan kebajikan itu kemu- dian akan menyalurkan makanan itu kepada golongan yang memerlu- kan yang perit meletakkan sesuap nasi di meja. Menurut Cik Ng, jumlah makan- an yang terbazir dan dibuang telah meningkat saban tahun. Perangkaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menunjukkan 796,000 tan makanan dibuang tahun lalu, berbanding 558,000 tan pada 2007. Ia bermakna 2,180 tan makanan dibuang setiap hari – yang boleh dii- si dalam 110 bas dua tingkat! “Ironinya, masih ada warga Si- ngapura yang kelaparan setiap hari kerana tidak cukup wang untuk membeli makanan. “Kami rasa perlu ada satu sistem di Singapura yang membolehkan makanan berlebihan itu dan diagih- kan kepada golongan susah agar ma- kanan tidak terbazir,’’ kata Cik Ng, yang ditemu ramah di pejabat The Food Bank di Tanjong Pagar Distri- park. Menurutnya, ia merupakan satu amalan bagi syarikat yang mempun- yai lebihan bahan makanan yang dibuang apabila tarikh luput hampir tiba. “Meskipun tarikh luput itu ada- lah satu hingga dua hari kemudian, makanan itu dibuang sedangkan ia masih boleh dimakan,’’ kata Cik Ng. Dengan adanya Food Bank, syarikat-syarikat itu akan menghan- tar lebihan makanan seperti biskut, peket milo, beras, gula dan makan- an dalam tin ke badan tersebut. “Kami juga menarik individu-in- dividu yang mempunyai lebihan ma- kanan di rumah untuk dihantar ke pusat kami di Tanjong Pagar Distri- park,’’ ujar Cik Ng. Orang ramai boleh menghantar makanan tersebut ke 39 Keppel Road #01-02/04, Tanjong Pagar Dis- tripark bertentangan bekas Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar. Golongan susah yang ingin mendapat bahan makanan itu boleh juga e-mel kepada enquiries@food- bank.sg. Restoran kawal makanan terbuang Bazir makanan = bazir tenaga Elak bazir makanan, derma ke Food Bank KAWAL PEMBAZIRAN: Encik Shaharuddin Mokhtar dan Encik Abraham Tan, Pengurus F&B Royal Plaza On Scotts, menjalankan pemeriksaan ke atas pembaziran makanan dua kali seminggu bagi memastikan pembaziran minimum. – Foto ZAINAL YAHYA DR MALIKI: Menganjurkan program kitar semula roti bagi mengelakkan pembaziran. BANTU GOLONGAN SUSAH: Cik Nichol Ng bersama adiknya, Encik Nicholas Ng, memasukkan pelbagai jenis makanan ke dalam kotak Food Bank untuk diagihkan kepada badan-badan kebajikan. – Foto TAUFIK A. KADER Kalau orang muda cam saya makan banyak takpe juga...masih nak membesar.... Kus semangat banyaknya!!! Boleh habis ke? Kita dijemput untuk raikan majlis perkahwinan. Bukan untuk bazir makanan! Kita datang pun bukan ‘Free‛. Sampul duit sumbangan untuk pengantin pun tebal. Ini bukan pasal tua atau muda, nak... Ini pasal pentingnya tidak membazir makanan... Makanan banyak diambil ikut nafsu... tapi tidak habis. Lalu dibuang dalam tong sampah. Kan bazir namanya tu... PENINGKATAN PEMBAZIRAN MAKANAN DALAM TEMPOH BEBERAPA TAHUN 2013 900,000 800,000 700,000 600,000 500,000 400,000 300,000 200,000 100,000 0 2012 2011 2010 2009 Berat Tan Makanan yang dibazirkan (tan) 796,000 703,200 675,500 640,500 529,400 Kakitangan Carousel pastikan pembaziran mininum dan amal pendekatan halang bahan daripada basi Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan)), Dr Mohd Maliki Osman, mahu agar rakyat menyedari kepentingan tidak membazirkan makanan. Dalam wawancara bersama Nizam Ismail ([email protected]) beliau melahirkan keprihatinan dan kepentingan menguruskan makanan di negara ini. 10 Berita Harian | Jumaat, 16 Mei 2014 Berita SETEMPAT

Transcript of | Jumaat, 16 Mei 2014 Restoran kawal makanan terbuang · ENIZAM ISMAIL [email protected] SETIAP...

ENIZAM [email protected]

SETIAP makanan yang dibuangdaripada dapur Restoran Carousel diHotel Royal Plaza On Scotts tidak me-lebihi 2.5 kilogram bagi setiap sesimakan – sama ada makan malam, ma-kan tengah hari atau jamuan teh.

Jika sebelum ini sasarannya ada-lah 4.8 kilogram, ia mampu dikurang-kan dengan banyak hasil pengurusanpembaziran makanan hotel tersebut.

Pengurus F&B Royal Plaza OnScotts, Encik Abraham Tan, berkatapihaknya menjalankan kajian terpe-rinci bagi memastikan makanan tidakterbuang begitu sahaja sejak Carou-sel dibuka pada 2007.

“Falsafah kami adalah memasti-kan makanan tidak terbazir begitu sa-haja. Proses-proses ini memainkanperanan dalam mengurangkan pem-baziran makanan di hotel,’’ ujarnya.

Encik Tan berkata pada ketika ini,tujuh dapur berkonsep terbuka Car-ousel di restoran menghidangkanmasakan Asia Jepun, Mediterranean,Barat dan Asia.

“Dengan dapur berkonsep terbu-ka, cef dapat memantau lebih baikhidangan di kaunter dan memasak pa-da masa sesuai untuk pengisian semu-la.

“Ini dapat memberikan kawalankepada tukang masak bukan sahajake atas mutu makanan, konsisten ter-hadap hidangan yang disediakan dikaunter dan membantu dalam me-nguruskan pembaziran makanan direstoran,’’ ujar Encik Tan.

Mereka menggunakan sistem pe-ngurusan keselamatan makanan dibawah pensijilan Sijil Titik KawalanKritikal Analisis Bahaya (HACCP).

Beberapa proses pengurusan pe-ngawalan pembaziran makanan ter-masuk membungkus makanan ke

dalam bungkusan kecil dan divakumuntuk mengelakkan terkena udara.

Setiap bahagian makanan yang dis-impan ditandai dengan tarikh penyim-panannya. Ia kemudian disimpandalam peti sejuk di bawah 4 darjahCelsius dan makanan beku disimpandi bawah -18 Celsius.

Kakitangan dapur juga dilatih me-ngamalkan pendekatan menghalangbahan daripada menjadi basi.

“Pasukan masakan Carousel jugamenjalankan pemeriksaan ke ataspembaziran makanan kira-kira duakali seminggu untuk memastikan ba-hawa mana-mana pembaziran adalahminimum,’’ ujar Encik Tan.

Penolong Cef Muslim RestoranCarousel, Encik ShaharuddinMokhtar, 45 tahun, berkata:

“Kami amat menghargai jika pe-langgan yang datang dapat menjimat-kan makanan dengan mengambilsedikit sahaja daripada hidangan ini.

“Memang sayang jika makananterbazir begitu sahaja.

“Sebagai cef, kami akan mem-bahagikan makanan dalam jumlahsedikit kepada pelanggan agar mere-ka juga tidak membazir makanan.’’

Dr Maliki: Singapura menghasil-kan 796,000 tan sisa makanan padatahun lepas, meningkat 13 peratusdari 2012. Ini adalah bersamaan de-ngan, secara purata, seorang indivi-du membuang kira-kira 740 mang-kuk beras setahun!

Mengapa anda prihatin?Dr Maliki: Kita semua tahu baha-

wa Singapura bukan negara yangmempunyai kekuatan dalam bidangpertanian; kita mengimport lebih 90peratus daripada makanan yang kitamakan dari seluruh dunia.

Memandangkan ruang tanahyang terhad, tidak banyak makananyang boleh kita hasilkan di dalamnegara dan kebanyakannya pula ada-lah barangan makanan utama sepertisayur-sayuran berdaun hijau, telurdan ikan.

Sisa makanan juga merupakan ke-prihatinan kepada alam sekitar kera-na banyak tenaga dan sumber yangdibelanjakan untuk menyediakanpengangkutan dan makanan yang ki-ta beli.

Membazir makanan bermakna ki-ta juga membazirkan tenaga yang di-gunakan untuk menghasilkannya.

Bagaimana pemerintah me-nguruskannya?

Dr Maliki: Kami membentuk Ja-watankuasa Antara Kementerian ba-gi Keselamatan Makanan (IMC-FS)untuk mengkaji langkah-langkahmenyeluruh bagi meningkatkandaya tahan bekalan makanan danmengurangkan sisa makanan.

Sebagai sebahagian daripadacadangan IMC itu, Penguasa Perta-nian-Makanan dan Ternakan (AVA),Spring Singapore sedang memba-ngunkan garis panduan bagi pengelu-ar makanan dan peruncit untuk me-ngenal pasti bahagian di sepanjangrangkaian bekalan mereka bagi meli-hat bagaimana sisa makanan bolehterus dikurangkan.

Bagi melaksanakan garis panduanini, syarikat-syarikat boleh menggu-nakan Dana 3R yang sedia ada dari-pada NEA.

Selain memupuk sikap yang betulke arah mengurangkan sisa makan-an, NEA dan AVA sedang mengenalpasti bagi membangunkan programmendekati masyarakat melalui pen-didikan awam yang komprehensifyang disasarkan kepada sekolah, ko-muniti, peruncit dan katerer.

Tetapi pada akhirnya, kita semuaberkongsi tanggungjawab membelidan memakan makanan secara seder-

hana untuk mengurangkan pembazi-ran makanan.

Sebagai contoh, walaupun kitamenjadi tuan rumah bagi acara-acarakomuniti dan majlis seperti majlisperkahwinan – kita harus bekerja ra-pat dengan katerer bagi memastikankita tidak menyediakan makanan se-cara berlebihan.

Apa yang boleh dilakukanoleh rakyat Singapura mengu-rangkan sisa makanan?

Dr Maliki: Beberapa tip untukmengurangkan sisa makanan terma-suk:

a. Membeli-belah dengan se-narai barangan runcit

Pasar raya memang cuba mengga-lakkan membeli-belah secara impul-sif dan kita pula membeli lebih dari-pada apa yang kita perlukan sehing-ga makanan tidak boleh dihabiskan.

Jika kita merancang makanan ba-gi minggu-minggu hadapan danmenyediakan suatu senarai untuk di-beli, kita boleh menjadi lebih ber-hati-hati dalam membeli makananyang mungkin kita tidak akan ma-kan.

Juga, lihat dapur anda sebelum ke-luar, kerana anda mungkin sudahmempunyai beberapa barangandalam stok!

b. Beli apa yang anda perlu-kan

Jika resipi memerlukan dua lobakmerah, elakkan membeli beg lobaksecara keseluruhan.

Atau jika ia hanya dijual di dalambungkusan, lihat bagaimana andaboleh menggantikan hidangan laindalam minggu itu dengan kepada re-

sipi yang tidak menggunakan lobakmerah.

Dengan cara ini, makanan yangmudah rosak berkurangan daripadadibuang ke dalam tong sampah.

c. Berkongsi atau pisahkanhidangan

Jika anda tidak mempunyai sele-ra makan atau tahu restoran akanmenyediakan banyak makanan,kongsi hidangan dengan rakan atauahli keluarga.

Kita sudah biasa dengan memba-hagikan makanan untuk setiap orangsehingga makanan terbazir.

d. Fikirkan semula untuk‘upsize’ hidangan anda

‘Upsize’ makanan mungkin ber-baloi untuk wang anda, tetapi kitaboleh memesan kurang untuk dima-kan.

Salah satu cara mengurangkanpembaziran makanan adalah meng-habiskan makanan kita terlebih dahu-lu sebelum memutuskan adakah pe-rut kita mempunyai ruang untuk le-bih banyak makanan!

e. Bawa pulang lebihan ma-kanan

Bawa bekas kecil bersama atausimpan di laci pejabat.

Jika syarikat anda mempunyailebihan bufet atau anda terlebih‘order’ makan tengah hari, janganmalu untuk membawa pulang ma-kanan itu.

Baki makanan, jika disimpan de-ngan betul, masih boleh dimakan pa-da hari berikutnya atau hari kedua.

Ini menjimatkan wang atau masaanda dalam penyediaan hidangan!

Bagaimana anda mengamal-kannya?

Dr Maliki: Saya membesar de-ngan pengalaman tidak akan mem-buang makanan. Sebagai anak mu-da, saya teringat bagaimana arwahbapa saya akan membeli buah-buah-an yang hampir rosak sebelumdibuang secara pukal setiap minggu.

Membesarkan sembilan anak ada-lah sukar dan arwah bapa saya ter-paksa membelanjakan pendapatan-nya dengan bijak.

Saya akan membawa pulang ko-tak buah-buahan yang hampir busukitu ke rumah dan kami akan mem-buang bahagian yang buruk dan ma-kan bahagian yang elok.

Ibu saya akan membungkus ma-kanan untuk saya dan adik-beradikapabila kami ke sekolah.

Selalunya ia adalah sisa daripadamakan malam hari sebelumnya. Iniadalah untuk memastikan bahawakami tidak menghabiskan terlalu ba-nyak wang membeli makanan danmembuang makanan.

Di peringkat akar umbi, sayaakan memastikan bahawa padaakhir majlis, semua makanan bufetyang tidak habis dibungkus dan die-darkan di kalangan tetamu, pemim-pin akar umbi atau dihantar ke ru-mah-rumah penduduk berpendapa-tan rendah.

Saya juga menggalakkan pro-gram komuniti yang bertujuanmengelakkan pembaziran makanan.

Satu jawatankuasa penduduk(RC) saya menganjurkan program ki-tar semula roti.

Pemimpin-pemimpin akar umbiakan membungkus semula roti un-tuk diagihkan kepada keluargaberpendapatan rendah.

ENORHAIZA [email protected]

ADA lebihan makanan dalam tinatau biskut yang masih boleh dima-kan tetapi tidak lagi ‘laku’ untuk di-jamah anak-anak? Jangan memba-zir dan membuangnya.

Hantarlah ke Food Bank.Konsep bagi mengurangkan pem-

baziran dan membuang lebihan ma-kanan di dalam tong sampah mence-tuskan idea bagi Cik Nichol Ng danadiknya, Encik Nicholas Ng, mem-bentuk syarikat tidak mencari un-tung, The Food Bank Singapore Ltd.

Lebihan makanan yang disum-bangkan oleh individu dan syarikatkemudian diagihkan kepada 130badan kebajikan di Singapura terma-suk rumah tumpangan dan jagaankelolaan Pertapis dan Jamiyah sertaPusat Khidmat Keluarga (FSC).

Badan-badan kebajikan itu kemu-dian akan menyalurkan makananitu kepada golongan yang memerlu-kan yang perit meletakkan sesuapnasi di meja.

Menurut Cik Ng, jumlah makan-an yang terbazir dan dibuang telahmeningkat saban tahun. PerangkaanAgensi Sekitaran Kebangsaan(NEA) menunjukkan 796,000 tanmakanan dibuang tahun lalu,berbanding 558,000 tan pada 2007.

Ia bermakna 2,180 tan makanandibuang setiap hari – yang boleh dii-si dalam 110 bas dua tingkat!

“Ironinya, masih ada warga Si-

ngapura yang kelaparan setiap harikerana tidak cukup wang untukmembeli makanan.

“Kami rasa perlu ada satu sistemdi Singapura yang membolehkanmakanan berlebihan itu dan diagih-kan kepada golongan susah agar ma-kanan tidak terbazir,’’ kata Cik Ng,yang ditemu ramah di pejabat TheFood Bank di Tanjong Pagar Distri-park.

Menurutnya, ia merupakan satuamalan bagi syarikat yang mempun-yai lebihan bahan makanan yangdibuang apabila tarikh luput hampirtiba.

“Meskipun tarikh luput itu ada-lah satu hingga dua hari kemudian,makanan itu dibuang sedangkan iamasih boleh dimakan,’’ kata Cik Ng.

Dengan adanya Food Bank,syarikat-syarikat itu akan menghan-tar lebihan makanan seperti biskut,peket milo, beras, gula dan makan-an dalam tin ke badan tersebut.

“Kami juga menarik individu-in-dividu yang mempunyai lebihan ma-kanan di rumah untuk dihantar kepusat kami di Tanjong Pagar Distri-park,’’ ujar Cik Ng.

Orang ramai boleh menghantarmakanan tersebut ke 39 KeppelRoad #01-02/04, Tanjong Pagar Dis-tripark bertentangan bekas StesenKeretapi Tanah Melayu (KTM) diTanjong Pagar.

Golongan susah yang inginmendapat bahan makanan itu bolehjuga e-mel kepada [email protected].

Restoran kawal makanan terbuang

Bazir makanan = bazir tenaga

Elak bazir makanan,derma ke Food Bank

KAWAL PEMBAZIRAN: Encik Shaharuddin Mokhtar dan Encik Abraham Tan, Pengurus F&B Royal Plaza On Scotts, menjalankanpemeriksaan ke atas pembaziran makanan dua kali seminggu bagi memastikan pembaziran minimum. – Foto ZAINAL YAHYA

DR MALIKI: Menganjurkanprogram kitar semula roti bagimengelakkan pembaziran.

BANTU GOLONGAN SUSAH: Cik Nichol Ng bersama adiknya, Encik Nicholas Ng,memasukkan pelbagai jenis makanan ke dalam kotak Food Bank untuk diagihkankepada badan-badan kebajikan. – Foto TAUFIK A. KADER

Kalau orang muda camsaya makan banyak takpe juga...masihnak membesar....

Kus semangat banyaknya!!!Boleh habis ke? Kita dijemput untuk raikan majlis perkahwinan.Bukan untuk bazir makanan!

Kita datang pun bukan ‘Free‛.Sampul duit sumbangan untuk pengantin pun tebal.

Ini bukan pasal tua atau muda, nak... Ini pasal pentingnya tidak membazir makanan...

Makanan banyak diambil ikut nafsu... tapi tidak habis. Lalu dibuang dalam tong sampah. Kan bazir namanya tu...

PENINGKATAN PEMBAZIRAN MAKANAN DALAM TEMPOH BEBERAPA TAHUN

2013

900,000

800,000

700,000

600,000

500,000

400,000

300,000

200,000

100,000

02012 2011 2010 2009

Bera

t Tan

Makanan yang dibazirkan (tan) 796,000 703,200 675,500 640,500 529,400

Kakitangan Carouselpastikan pembaziranmininum dan amalpendekatan halang

bahan daripada basi

Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan)), Dr Mohd Maliki Osman, mahu agar rakyatmenyedari kepentingan tidak membazirkan makanan. Dalam wawancara bersama Nizam Ismail

([email protected]) beliau melahirkan keprihatinan dan kepentingan menguruskan makanan di negara ini.

10 Berita Harian | Jumaat, 16 Mei 2014

Berita SETEMPAT