18eprints.usm.my/40477/1/USM_News_Portal_-_CADANG_BANGUN...kalangan a lumni yang berjaya untuk...

3
5/21/2018 USM News Portal - CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN ALUMNI MUDA https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda 1/3 PULAU PINANG, 17 Mac 2018 – Pro Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur yang juga penaung Persatuan Alumni USM (PAUSM) mengulangi cadangan agar membangunkan sistem mentor dalam kalangan alumni yang berjaya untuk membimbing siswazah muda dalam pelbagai bidang, industri mahu pun bisnes serta bagaimana membantu menjayakan agenda HEBAT (Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, Thinking) yang juga menjadi lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – Pendidikan Tinggi (PPPM-PT) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN ALUMNI MUDA 18 MAR

Transcript of 18eprints.usm.my/40477/1/USM_News_Portal_-_CADANG_BANGUN...kalangan a lumni yang berjaya untuk...

  • 5/21/2018 USM News Portal - CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN ALUMNI MUDA

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda 1/3

    PULAU PINANG, 17 Mac 2018 – Pro Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur yang juga penaungPersatuan Alumni USM (PAUSM) mengulangi cadangan agar membangunkan sistem mentor dalamkalangan alumni yang berjaya untuk membimbing siswazah muda dalam pelbagai bidang, industrimahu pun bisnes serta bagaimana membantu menjayakan agenda HEBAT (Holistic, Entrepreneurial,Balanced, Articulate, Thinking) yang juga menjadi lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – Pendidikan Tinggi (PPPM-PT) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN ALUMNIMUDA18MAR

    https://news.usm.my/

  • 5/21/2018 USM News Portal - CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN ALUMNI MUDA

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda 2/3

    "Tugas alumni mentor ialah membantu dengan apa jua cara yang boleh termasuk membimbing,memotivasi malah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan seseorang atausekumpulan anak muda ini mencapai kejayaan dalam jangka panjang," kata Mustafa.

    Beliau turut mencadangkan agar alumni-alumni yang baru tamat pengajian menubuhkan persatuannyasendiri di bawah naungan persatuan alumni induk untuk bersama-sama mamainkan perananmemberikan sumbangan kepada universiti.

    "Kita perlu mencari jalan tanpa letih dan putus asa untuk membangunkan chapter-chapter alumni dipelbagai pelosok dunia malah yang tidak kurang pentingnya ialah membangunkan chapter alumnimuda yang bergraduan 10 tahun ke belakang ini untuk mereka bersosialisasi dalam budaya merekatersendiri dengan affiliate kepada Persatuan Alumni USM," kata beliau.

    Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke-22 PAUSM, Mustafa turut meminta agar usaha dibuatsegera untuk menghasilkan penerbitan khas buku coffee-table dan senarai alumni berjaya dalamtempoh 50 tahun dengan mencari Who’s Who dalam kalangan alumni USM yang benar-benar memberiimpak kepada komuniti dan dunia dalam pelbagai bidang, akademik, bisnes, industri, komuniti danpelbagai lagi yang difikirkan sesuai.

    "Sekaligus kita berusaha untuk meningkatkan lagi visibility alumni USM di peringkat dunia sebagaimedan dan mekanisme meningkatkan employablility atau kebolehpasaran graduan pada masahadapan," kata beliau.

    Beliau turut mencadangkan agar aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian seperti Sirih Pulang Ke GagangJubli Emas, Persidangan Antarabangsa Alumni USM yang berfokus kepada endowmen, wakaf dansebagainya, Khidmat Komuniti atau Sukarelawan Alumni Jubli Emas, Kebolehpasaran Alumni Global

  • 5/21/2018 USM News Portal - CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN ALUMNI MUDA

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda 3/3

    dan banyak lagi dapat dirancang dari sekarang.

    Kita perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melibatsama seluruh alumni yang ada dengan mengambilkesempatan dari Sambutan Ulang Tahun Ke-50 ini, mengadakan aktiviti merentasi zaman yang elokjuga dimulakan dengan majlis tahlil dan doa secara besar-besaran di Masjid Al-Malik Khalid untukramai alumni kita yang telah tiada termasuk mantan-mantan Naib Canselor dan rakan-rakan kita yangpergi dahulu dari kita," kata Mustafa.

    Tegas beliau fokus aktiviti seharusnya adalah untuk melihat bagaimana peranan ilmu untuk melakukanperubahan atau Knowledge for Change (K4C) dapat dikembangkan dalam konteks kelestarian ilmu danbagaimana para alumni USM dapat membantu dalam menjadikan ilmu pengetahuan dalam pelbagaidisiplin dengan pengalaman luas yang ada dapat dikongsi dan dikembalikan kepada anak-anak mudahari ini dalam melakukan perubahan kepada diri, kerjaya dan dunia seluruhnya.

    Beliau mengucapkan tahniah kepada Presiden PAUSM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan seluruh ahlijawatankuasanya yang mengadakan pelbagai aktiviti termasuk pertemuan di Kuala Lumpur minggu laluyang menghimpunkan lebih 300 orang alumni mahu pun pesara USM.

    "Ini adalah sesuatu yang sangat bermakna apatah lagi dengan kejayaan membawa sama KumpulanAtika Minden dan Tabula Rasa untuk bersama-sama dalam pertemuan tersebut yangberupaya memeriahkan lagi pertemuan ini dan mengembalikan nostalgia masa lalu.

    "Tentunya menarik juga jika Kumpulan Atika Minden dan mahasiswa hari ini melalui KumpulanAdikarma yang telah juga mengukir nama di pentas dunia dapat bergabung tenaga mengadakanpersembahan gala, mungkin juga sempena Ulang Tahun Ke-50 atau perayaan jubli emas USM tahunhadapan," kata Mustafa.

    Yang hadir dalam majlis ini ialah Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail di sampingPresiden PAUSM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan isteri Puan Sri Masrah Abidin serta Ahli LembagaGabenor USM (mewakili Alumni), Dato’ Patahiyah Ismail.

    Teks: Mohamad Abdullah

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDA&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-mudahttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDA&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-mudamailto:[email protected]