مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ...

15
DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013 1 ِ مْ يِ ح الرِ نَ مْ ح الرِ ِ مْ سِ بAssalamulaikum warah matullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam Perak Amanjaya. Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENDAHULUAN 1. Alhamdulillah segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-sama hadir dalam Perhimpunan Bulanan, bagi bulan Jun 2013. 2. Perhimpunan Bulanan kali ini unik kerana dikelolakan bersama- sama oleh tiga (3) Ketua Sektor iaitu Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) dan Sektor Psikologi & Kaunseling dengan persefahaman dan kerjasama yang erat. Terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola dan semua warga sektor yang terlibat menjayakan majlis ini. 3. Tema yang telah dipilih untuk bulan ini adalah ‘Transformasi Minda Pemangkin Pencapaian Aspirasi Pendidikan’. Selaras dengan hasrat PPPM, tema ini mengajak semua warga pendidikan agar bersedia mengubah minda ke arah pemikiran positif untuk menyokong dan menyahut cabaran melaksanakan lima (5) Aspirasi Sistem dan enam (6) Aspirasi Murid.

Transcript of مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ...

Page 1: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

1

بسم هللا الرحمن الرحيم

Assalamulaikum warah matullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam Perak Amanjaya.

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-sama

hadir dalam Perhimpunan Bulanan, bagi bulan Jun 2013.

2. Perhimpunan Bulanan kali ini unik kerana dikelolakan bersama-

sama oleh tiga (3) Ketua Sektor iaitu Sektor Jaminan Kualiti, Sektor

Pengurusan Maklumat (ICT) dan Sektor Psikologi & Kaunseling

dengan persefahaman dan kerjasama yang erat. Terima kasih dan

tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola dan semua warga sektor

yang terlibat menjayakan majlis ini.

3. Tema yang telah dipilih untuk bulan ini adalah ‘Transformasi Minda

Pemangkin Pencapaian Aspirasi Pendidikan’. Selaras dengan hasrat

PPPM, tema ini mengajak semua warga pendidikan agar bersedia

mengubah minda ke arah pemikiran positif untuk menyokong dan

menyahut cabaran melaksanakan lima (5) Aspirasi Sistem dan enam

(6) Aspirasi Murid.

Page 2: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

2

Aspirasi Sistem : i) Akses ii) Kualiti iii) Ekuiti iv) Perpaduan v) Kecekapan Aspirasi Murid : i) Pengetahuan ii) Kemahiran berfikir iii) Kemahiran memimpin iv) Kemahiran dwi-bahasa v) Etika dan kerohanian vi) Identiti nasional

4. Minda yang berkualiti sentiasa optimis untuk melaksanakan sesuatu

perkara supaya menghasilkan yang terbaik walaupun menghadapi

pelbagai halangan. Minda bestari pula sentiasa mengunakan segala

peluang teknologi sebagai pengupaya untuk membantu mencapai

hasrat yang ditetapkan. Manakala minda sejahtera pula, mampu

memberikan sepenuh tumpuan dan komitmen supaya hasil kerja

mencapai produktiviti yang tinggi.

5. Oleh itu transformasi minda biasa ke arah minda berkualiti, bestari

dan sejahtera mampu menjadi pengerak kepada pencapaian

Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid yang disasarkan dalam PPPM.

Page 3: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

3

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati

sekelian

CABARAN SISTEM PENDIDIKAN MASA KINI

6. Kemenjadian murid adalah outcome utama sistem pendidikan

negara. Proses penting yang akan menjamin pencapaian ini adalah

kualiti PdP dalam bilik darjah dan kemampuan kepimpinan

instruksional sekolah mengwujudkan persekitaran pembelajaran

yang selesa dan harmoni.

7. Kemudahan teknologi internet dunia siber masa kini menyediakan

pelbagai perkhidmatan online untuk pembelajaran, pencarian

maklumat serta ruang sosial tanpa batasan waktu atau sempadan

geografi. Di rumah atau tempat awam, maklumat mudah diperolehi

daripada dunia siber oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses

kepada internet. Maklumat ini pula boleh disebarkan dengan sangat

pantas melalui pelbagai kemudahan dan gajet yang canggih seperti

smartphone, android atau PC tablet.

8. Hanya pengguna yang bijak sahaja dapat membezakan sumber

maklumat yang benar atau yang palsu. Warga pendidik mestilah

mempunyai kemahiran minda cemerlang untuk menilai setiap

maklumat yang diterima dari media elektronik atau yang diperolehi

melalui laman sosial dunia siber supaya tidak terperangkap dengan

tipu muslihat dan propaganda pihak yang tidak bertanggungjawab.

Page 4: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

4

9. Sudah tentu pelbagai maklumat ini perlu semak dan dinilai sama

ada berpaksi sumber yang sahih atau meragukan. Generasi Y yang

terdiri dari anak-anak dan remaja mesti dibimbing oleh orang

dewasa supaya tidak mudah terpengaruh dengan serangan siber

dan elemen negatif ini. Kemahiran memilih maklumat ini sangat

penting untuk menjamin golongan ini ada jati diri dan tidak mudah

terpengaruh dengan sebaran maklumat palsu.

10. Sekolah-sekolah juga telah dilengkapi dengan persekitaran

pembelajaran maya dan pengurusan pentadbiran dijalankan melalui

internet mudah alih berkelajuan tinggi 4G. Ini Bermakna pengaruh

internet juga telah masuk ke kawasan sekolah dan warga pendidik

beresiko terpengaruh dengan sebaran maklumat media sosial yang

tidak tepat kerana tiada jaminan keselamatan 100% kandungan

bahan yang ditapis bebas dari unsur negatif yang boleh merosakkan

pemikiran murid.

11. Konflik manafaat dan ancaman sumber maklumat internet untuk

menambahkan pengetahuan bagi memenuhi tuntutan era

globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

teknologi dan jati diri pengguna.

Page 5: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

5

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENGAUDITAN MS ISO 9001:2008

12. Pengauditan Dalaman ISO jabatan akan dilaksanakan pada bulan

Julai 2013 manakala audit SIRIM dijadualkan pada bulan September

2013. Semua sektor/ unit diminta membuat persediaan dan

semakan dokumen supaya sentiasa mematuhi Prosedur Kerja yang

telah ditetapkan. Jabatan berharap pada tahun ini tidak ada Non

Compliance Report (NCR) yang major. Selain itu seluruh warga

jabatan hendaklah berusaha untuk meminimakan laporan

Opportunity For Improvement (OFI).

13. Semua Pengurus dan Pembantu Kualiti sektor hendaklah sentiasa

bekerjasama dengan Ketua Sektor dan pegawai yang

bertanggungjawab supaya melaksanakan setiap prosedur yang

telah ditetapkan dalam dokumen ISO. Taklimat dan mesyuarat

penyelarasan hendaklah diadakan dengan lebih kerap supaya

semua warga jabatan mempunyai kefahaman yang sama dan akur

dengan tatacara yang dilaksanakan.

Page 6: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

6

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENILAIAN PENARAFAN BINTANG (STAR RATING)

14. Penilaian Penarafan Bintang KPM akan dilaksanakan pada tahun

2014 berdasarkan dokumen yang disediakan pada tahun 2013. Tiga

(3) komponen utama yang akan dinilai iaitu Kewangan/ Tadbiran

(50%), Perkhidmatan Teras (25%) dan Khidmat Pelanggan (25%).

Pencapaian daerah akan menyumbang 5% dan pencapaian JPN

akan menyumbang 10% markah prestasi KPM.

15. Oleh itu, semua pegawai/ staf setiap sektor diminta memberikan

kerjasama mematuhi dan melengkapkan dokumentasi komponen

yang dinilai oleh panel supaya prestasi jabatan dan kementerian

mencapai taraf lima (5) bintang. Sektor Jaminan Kualiti sebagai

urus setia akan menyelaraskan taklimat dan latihan kepada pegawai

meja setiap sektor melaksanakan SSR di jabatan.

Page 7: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

7

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PROGRAM 5S

16. Program 5S jabatan telah dilancarkan pada akhir tahun 2013.

Semua bahagian dan blok bangunan telah diletakkan di bawah

tanggungjawab ketua zon masing-masing untuk mengemaskini dan

mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Setiap zon bersaing

secara sihat melaksanakan tugasan mengikut kreativiti idea ahli dan

perancangan tersendiri.

17. Pada awal tahun 2013, satu pertandingan mencipta logo dan slogan

5S jabatan. Sambutan dalam kalangan pegawai dan staf jabatan

sangat menggalakkan. Diharapkan logo dan slogan ini akan dapat

memeriahkan lagi pelaksanaan 5S di jabatan.

18. Sehingga Jun 2013, sejumlah empat (4) PPD telah berjaya

melaksanakan amalan 5S di pejabat masing-masing iaitu PPD

Batang Padang, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta

Selatan

19. Saya mencadang kepada Urusetia 5S jabatan supaya mengadakan

pertandingan antara untuk memilih zon yang telah mencapai

kecemerlangan dan zon yang berjaya menghasilkan kreativiti serta

inovasi melaksanakan 5S sebelum pengauditan dalaman

dilaksanakan. Ganjaran hadiah yang menarik boleh ditawarkan

Page 8: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

8

kepada setiap pemenang yang berjaya sebagai inisiatif galakan

kepada warga jabatan.

Page 9: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

9

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian MODERATOR PORTAL JABATAN

20. Portal Jabatan Pelajaran Perak versi baharu telah beroperasi

bermula bulan April 2013. Sejumlah 57 orang moderator dari sektor

dan wakil persatuan di JPN telah dilantik untuk mengemaskini

kandungan portal setiap hari. Sejumlah dua (2) orang webmaster

dari Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) telah dilantik untuk

mentadbir operasi portal ini dari segi teknikal.

21. Penilaian terhadap moderator yang aktif menyumbang bahan dibuat

secara berkala untuk memantau prestasi perkhidmatan individu. Sijil

penghargaan khas diberikan kepada moderator yang telah

berkhidmat dengan cemerlang. Manakala pertandingan pelbagai

kategori pemilihan moderator terbaik akan diadakan pada bulan

November tahun ini sebagai galakkan persaingan sihat

meningkatkan bahan berkualiti dalam portal.

Page 10: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

10

22. Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati

sekelian

PROGRAM PEMENTORAN

23. Pementoran adalah satu pendekatan untuk memberi bimbingan,

sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor bagi

pembangunan diri menti. Pendekatan yang digunakan melibatkan

aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran personal dan

profesional seorang pegawai dalam jangkamasa yang ditetapkan.

24. Program ini telahpun dilaksanakan bermula Jun sehingga Disember

2013. Sejumlah 11 orang mentor dan 11 orang menti teribat di JPN

dan setiap PPD diwakili 2 orang mentor dan 2 orang menti.

25. Tujuan program Pementoran adalah seperti berikut :

i) Membimbing pegawai yang memerlukan bimbingan dalam

meningkatkan prestasi kerjaya dan psikososial.

ii) Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek

personel, sosial, budaya dan profesional.

iii) Membina keperibadian tinggi dalam kalangan warga

organisasi.

iv) Membudayakan budaya keja kelas pertama dan prestasi

tinggi dalam organisasi.

v) Menerapkan amalan pembelajaran berterusan.

vi) Meningkatkan imej dan prestasi pegawai dan organisasi.

Page 11: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

11

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENGUMUMAN : PROMOSI SISC+ dan SIP+

26. Dalam kesempatan ini, saya ingin membuat promosi jawatan School

Improvement Specialist Coach + (SISC+) dan School Improvement

Partner + (SIP+) yang akan ditempatkan di PPD selaras dengan

program transformasi daerah.

27. SISC+ adalah seorang pembimbing kepada guru berdedikasi dan

komited untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah yang

ingin ditingkatkan prestasinya.

28. SIP+ pula adalah seorang pembimbing kepada pihak pengurusan

untuk meningkatkan kualiti pentadbiran di sekolah yang ingin

ditingkatkan prestasinya.

29. Sejumlah 120 orang calon jawatan SISC+ dan 36 SIP+ akan dilantik

bermula 01 Januari 2014. Saya harap ramai warga pendidik yang

berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan dapat

membuat permohonan segera.

Page 12: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

12

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian

PENGUMUMAN : KEPUTUSAN TAWARAN BARU 2012

30. Berdasarkan Tawaran Baru (New Deals) yang merupakan salah satu

sub-NKRA (National Key Result Area) Kementerian Pelajaran, setiap

Guru Besar dan Pengetua perlu merancang dan berusaha untuk

mengangkat kedudukan sekolah masing-masing setinggi mungkin

dalam peperiksaan awam. Kejayaan cemerlang ini akan

meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang menyumbang tujuh

puluh peratus (70%), sementara Penilaian Kendiri Sekolah (PKS)

menyumbang tiga puluh peratus (30%) dalam penilaian pemilihan

calon-calon yang layak dikurniakan Tawaran Baru.

31. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa keputusan Tawaran

Baru KPM 2012 telahpun diperolehi. Sejumlah 72 buah sekolah

rendah di negeri Perak telah tersenarai untuk dikurniakan Tawaran

Baru kepada Guru Besar. Seramai 59 Guru Besar telah berjaya

setelah verifikasi dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

(JNJK) dengan pecahan 40 buah Sekolah Kebangsaan (SK), 14 buah

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan lima (5) buah Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina.

Page 13: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

13

32. Bagi sekolah menengah pula, sejumlah 22 buah sekolah telah

tersenarai untuk dicadangkan menerima Tawaran Baru. Daripada

jumlah tersebut, 15 Pengetua telah berjaya menerima anugerah

tersebut dengan pecahan tujuh (7) buah Sekolah Berasrama Penuh

(SBP), tujuh (7) buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan

satu (1) buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

33. Tahniah dan syabas kepada semua sekolah yang telah berjaya.

Jabatan berharap bilangan Guru Besar serta Pengetua yang akan

menerima Tawaran Baru pada tahun ini akan terus bertambah.

Page 14: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

14

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PENGUMUMAN : PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2013

34. Dalam usaha kita melahirkan guru yang berinovasi, berbagai usaha

telah dilaksanakan. Pertandingan Guru Inovatif 2013 diadakan

untuk memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi dalam kalangan

guru di negeri Perak, bagi mencapai tahap rekacipta terkini dari segi

rekabentuk dan kegunaan. Ia juga sebagai platform bagi

penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang

kreativiti dan teknologi untuk menunjukkan kemampuan mereka

mencipta atau menemui sesuatu yang baru.

35. Pencapaian cemerlang negeri Perak adalah menjadi Johan

Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2013 Kategori

Individu Sekolah Menengah yang telah dimenangi oleh Encik

Romizal Rosdi dari SMK Seri Setia, Teluk Intan.

Page 15: مِيْحَِّرلا نَِمحَّْرلا اللهِ مِسِْبjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/sict/Ucapan... · globalisasi maklumat dihujung jari menagih kemahiran ilmu

DERAF TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2013

15

Tuan-tuan dan puan-puan serta semua hadirin yang dihormati sekelian PELANCARAN PROGRAM PEMENTORAN DAN LOGO 5S

36. Dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ , saya dengan sukacitanya

melancarkan Program Pementoran dan Logo 5S Jabatan Pendidikan

Negeri Perak.

PENUTUPAN

37. Sekian. Terima kasih.

Wa billahi taufiq, wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh