...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan...

26

Transcript of ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan...

Page 1: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan
Page 2: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan
Page 3: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan
Page 4: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan
Page 5: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan
Page 6: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat

saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.(Kejuruteraan

Jentera)

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu Prof.Madya Dr Mohd.Syed Shafeq bin Syed Mansor yang

banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya

menjalankan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat

dalam kajian ini iaitu pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia kerana telah memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan

penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana

banyak memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan

ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan

rakan-rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba

kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.

Noorul Shaleeza Binti Salehuddin.

Februari 2004…

Page 7: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap kesihatan mental di kalangan

pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi

Malaysia. Kajian ini melibatkan 199 orang mahasiswa. Instrument kajian yang telah

digunakan adalah set soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A

digunakan untuk melihat latar belakang responden. Bahagian B pula untuk melihat

simptom-simptom yang kerap dialami oleh pelajar tersebut dari 10 aspek iaitu

kegelisahan, kelesuan, kurang daya tumpuan, marah, bunuh diri, kerisauan, neurosis,

obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses

menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk

mendapatkan nilai peratus, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan simptom

yang paling kerap dialami oleh pelajar ialah kelesuan manakala tahap kesihatan mental

pelajar mengikut kursus, kumpulan etnik, jantina dan tempat tinggal berada di tahap

memuaskan.. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang

boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan mental

pelajar.

Page 8: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

ABSTRACT

The descriptive research was being done using the surveying techniques. The

objective of this study is to view the level of mental health among first year student in

Education Faculty. The research was done at Universities of Technology; Malaysia.

This study involved 199 students of Education Faculty. The research instruments are

being used that were questionnaire that involves 2 sections. Section A was used to

collect data on the respondent’s background. Section B was to know about the level of

respondents” in symptoms of mental health with constructed in 10 categories of

symptoms which are restlessness, fatigue, poor consecrate, angry, suicide, apprehension,

neurosis, obsessive-compulsive, somatic and stress. The findings were analysed using

the Statistical Package of Social Sciences software version 11.0 in sequence to get the

percentage frequencies and min value. The outcomes show that the most symptoms

always facing on student is fatigue however the level of mental health circumstance in

good condition. Though the end of this study, a few recommendations were derived for

conscientious to certain parties consecutively to increase the level of mental health of

student.

Page 9: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI GRAF xvi

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 6

Page 10: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Penyelidikan 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Konsep Istilah 9

1.8.1 Kesihatan Mental 9

1.8.2 Tekanan Mental 9

1.8.3 Penyakit Mental 10

1.8.4 Mahasiswa 11

1.8.5 Simptom 11

1.8.6 Kegelisahan 11

1.8.7 Kurang Daya Tumpuan, Kelesuan dan 12

Somatik

1.8.8 Neurosis 13

1.8.9 Obsesif-kompulsif 13

1.8.10 Kerisauan 14

1.9 Rumusan 15

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Sejarah Kesihatan Mental di Malaysia 16

2.3 Kajian Lepas Dalam Negara 17

2.4 Sejarah Kesihatan Mental Pelajar 20

di Luar Negara

Page 11: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

2.5 Kajian Lepas Luar Negara 21

2.6 Model Tekanan 23

2.6.1 Model Tindak Balas 23

2.6.2 Model Rangsangan 25

2.6.3 Model Interaksi Antara 26

Pelbagai Unsur

2.7 Rumusan 28

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Tatacara Kajian 30

3.4 Tempat Kajian 31

3.5 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.6 Instrumen Kajian 33

3.6.1 Bahagian A: Latar Belang Responden 33

3.6.2 Bahagian B: Item-Item 37

3.7 Kajian Rintis 33

3.8 Analisis Data 41

3.9 Rumusan 42

Page 12: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Latar Belakang Responden 44

4.3 Kekerapan dan Peratusan Simptom Kesihatan Mental 49

Bahagian B

4.4 Rumusan 82

BAHAGIAN KELIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 83

5.2 Ringkasan Kajian 84

5.3 Perbincangan 84

5.4 Kesimpulan Perbincangan 94

5.5 Cadangan 95

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 99

5.7 Rumusan 99

BAHAGIAN ENAM

Page 13: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

Senarai Dokumen Rujukan 100-102

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Page 14: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1. Taburan Sampel Ikut Kursus 32

3.2. Taburan Item-item soal selidik Bahagian A 34

3.3. Taburan Item-itm soal selidik Bahagian B 38

3.4. Penentuan Tahap Bagi Sub Skala Simptom Kesihatan

Mental

40

4.1. Taburan Responden Mengikut Kursus 44

4.2. Taburan Responden Mengikut Umur 45

4.3. Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 45

4.4.

Taburan Responden Mengikut Bilangan Kumpulan Etnik

46

4.5.

Taburan Responden Mengikut Agama 46

4.6. Taburan Responden Mengikut Jantina 47

4.7.

Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan

47

4.8.:

Taburan Responden Mengikut Hirarki Keluarga

48

Page 15: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

4.10

Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Kegelisahan

50

4.11:

Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Kelesuan

56

4.12.:

Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Kurang

Daya Tumpuan

58

4.13.

Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Marah

61

4.14.

Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Bunuh Diri

63

4.15:

Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Kerisauan

66

4.16. Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Neurosis 68

4.17.

Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Obsesif

Dan Kompulsif

71

4.18.

Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Somatik 74

4.19 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Simptom Tekanan

Mental

76

5.1. Kekerapan simptom-simptom kesihatan mental

mahasiswa tahun pertam Fakulti Pendidikan.

85

5.2 Perbandingan Nilai Min Purata Simptom-Simptom

Kesihatan Mental Ikut Kursus

89

5.3

Perbandingan Nilai Min Purata Simptom-Simptom

Kesihatan Mental Ikut Tempat Tinggal

90

Page 16: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

5.4 Perbandingan Nilai Min Purata Simptom-Simptom

Kesihatan Mental Ikut Tempat Tinggal

92

5.5 Perbandingan Nilai Min Purata Simptom-Simptom

Kesihatan Mental Ikut Jantina

93

Page 17: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

SENARAI GRAF

NO.GRRAF TAJUK MUKA SURAT 1.1. Perangkaan Kes Bunuh Diri Di Seluruh Dunia 3

Page 18: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Tindakbalas 25

2.2 Model Rangsangan 26

2.3 Model Interaksi 27

Page 19: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

PTSD - Posstaumatic Stress Disorder

ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

AS - Amat Setuju

% - Peratus

f - Kekerapan

Page 20: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Borang soal selidik

B Jadual penentuan saiz sample berdasarkan

Populasi Kreijcie Dan Morgan

C Lampiran Berkaitan

Page 21: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Seorang pakar psikiatri tempatan mendedahkan bahawa 20 peratus remaja

Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental dengan 10 hingga 13 peratus dari

mereka berada pada peringkat tenat. Akhbar itu memetik Konsultan Psikiatri Pusat

Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Aili Hanim Hashim sebagai berkata lima

hingga sembilan peratus dari yang bermasalah menunjukkan tanda-tanda kekacauan

emosi. (Mingguan Malaysia, Disember 2003).

Petikan di atas adalah sebahagian daripada gejala-gejala simptom psikologi yang

melanda di kalangan remaja. Kesan daripada gejala-gejala ini yang semakin

menunjukkan kesan yang membimbangkan, telah menyedarkan masyarakat tentang

kesihatan mental yang baik. Salah satu jenis kesihatan mental yang sering dialami oleh

masyarakat dewasa ini ialah tekanan mental. Tekanan mental adalah sebahagian daripada

kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu

terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak

balas. Kita boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri

dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial. (Kiwamuddin, 1996). Jenis

kesihatan mental ini lebih banyak melanda golongan remaja yang baru mengalami

transasi perubahan dalam hidup mereka contohnya pelajar universiti. Mereka perlu

memenuhi tuntutan tugasan yang banyak, penyesuaian diri di tempat baru atau hubungan

sosial mereka. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-

Page 22: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental terlalu tinggi, ia boleh

menimbulkan masalah sosial dan menggangu kesihatan kita.

Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza

kepada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan

dengan mudah, tetapi tidak kurang pula yang terpaksa memerlukan sokongan dan

bantuan orang lain ketika menghadapi tekanan. Apa yang pasti ialah, tekanan ialah salah

satu punca kepada hampir semua masalah dan kesihatan mental. (Hairunnaja Najmuddin,

2003). Tekanan yang berlebihan dapat mengakibatkan perasaan bimbang, kegelisahan,

rungsing, sedih dan kadang-kadang menimbulkan pelbagai masalah kesihatan mental

seperti kemurungan dan kerisauan.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bunuh diriseorang pelajar perempuan

yang berbangsa Cina di Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar tersebut dipercayai

membunuh diri dipercayai berpunca dari masalah akademiknya yang tidak memuaskan.

Graf 1.1 di bawah menunjukkan perangkaan data pada Mac 2002 mengenai bilangan

manusia yang membunuh diri di seluruh dunia. Angka.di bawah jelas menunjukkan

nilainya yang agak membimbangkan. Oleh itu jelas menunjukkan tahap kesihatan mental

dewasa kini berada di paras membimbangkan.

Page 23: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

Graf 1.1: Perangkaan kes bunuh diri di seluruh dunia, Mac 2002. Dipetik dari akhbar News Straits Time (2 April 2002)

Secara umumnya, masalah kesihatan mental ini tidak mengancamkan

keselamatan orang lain. Tetapi ia akan menjadi satu bebanan yang merugikan semua

pihak terutamanya diri individu dan pihak kerajaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Proses pendidikan adalah sesuatu yang dinamik. Daya persaingan antara individu

untuk mencapai kejayaan adalah bergantung kepada sejauhmanakah perkembangan

seorang individu itu dari aspek kesihatan, penyesuaian, sosialisasi, kesedaran diri dan

autonomi. Dengan kata lain, kejayaan seseorang mahasiswa bukan sahaja bergantung

kepada prestasi akademik semata tetapi juga keterampilan diri dari segi sosial, psikologi,

emosi dan jasmani.

Masalah utama yang terhasil daripada proses modenisasi terhadap institusi

pendidikan ialah masalah pendidikan atau akademik, masalah vokalsional atau kerjaya

dan masalah dalaman atau psiko-emosi. Masalah psiko-emosi ini adalah salah satu dari

masalah kesihatan mental yang berpunca daripada kekeliruan dalam pemikiran,

Page 24: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

kecelaruan emosi dan konflik dalaman. Masalah–masalah tersebut merupakan masalah

psikologi utama yang yang dihadapi oleh golongan remaja atau orang muda di institusi

pendidikan (Abdul Halim Othman, Sharifah Bee Aboo Bakar dalam Abdul Halim

Othman dan Amir Awang, 1993). Punca utama masalah ini ialah kehilangan motivasi

atau minat yang berpunca daripada tekanan mental atau psikologi. Maka pelbagai

konflik telah timbul di dalam diri mereka sehingga berkembang menjadi penyakit mental

tanpa interversi awal.

Menurut Cheung, Lee dan Chan (1983) dalam Abdul Halim Othman dan Amir

Awang (1993), lima masalah fizikal dan mental yang dihadapi pelajar ialah kelemahan

dan kelesuan, tekanan dan kerisauan, kesukaran tidur dan sakit kepala.

Sebenarnya kajian tentang kesihatan mental yang dialami oleh pelajar- pelajar

universiti telah dibuat Tong, 1996. Kajian yang dibuat oleh Tong, 1996 bertajuk

Tinjauan terhadap simptom-simptom psikologi yang dialami oleh pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan mendapati terdapat 19 orang daripada 143 orang responden

memerlukan bantuan klinikal atau psikoterapi. Walaupun angka ini adalah sedikit

berbanding 143 orang pelajar, tetapi ia sedikit sebanyak akan menjejaskan pengeluaran

bakal guru yang berkualiti dari UTM khususnya.

Punca-punca tekanan yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir selalunya adalah

disebabkan menjalankan projek sarjana muda, jumlah jam kredit yang banyak, terpaksa

sambung semester dan masalah kewangan dalam menjalankan pelbagai projek. (Nor

Ainie, 2002). Tetapi adakah punca-punca tekanan yang dihadapi oleh pelajar ini adalah

sama dengan punca-punca tekanan yang dihadapi oleh pelajar tahun satu?

Page 25: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

1.3 Penyataan masalah

Pengkaji berpendapat punca-punca tekanan yang dihadapi antara pelajar tahun

akhir dengan pelajar tahun pertama ini tidak sama dari segi penyesuaian diri di tempat

baru kerana selalunya pelajar tahun satu ini adalah pelajar baru yang akan menghadapi

pelbagai penyesuaian bersama kawan–kawan yang berlainan jantina dan kaum. Oleh itu

pengkaji ingin melihat apakah terdapatnya masalah penyesuaian diri dikalangan pelajar

ini terhadap fenomena baru ini. Menurut Kiwamudin (1996), masalah penyesuaian diri

menyebabkan rasa takut, kurang keyakinan dan malu yang merupakan masalah kesihatan

mental yang membawa kepada masalah kebimbangan dan kecelaruan. Selain itu masalah

kewangan juga mengakibatkan pelbagai masalah seperti sakit kepala yang akan

membawa kepada kesahatan mental iaitu somatik, R. Jenkins (1985). Memandangkan

peranan guru begitu penting sekali dalam pembangunan masyarakat, sepatutnya guru atau

bakal guru tidak mengalami tahap kesihatan mental yang begitu tinggi. Oleh sebab itu

pengkaji berminat untuk mengetahui samada pelajar ini mengetahui atau sedar mengenai

tahap dan punca kesihatan mental yang dialami oleh mereka dalam menjalani kehidupan

sebagai mahasiswa yang baru di UTM. Dengan itu, diharapkan tinjauan terhadap

kesihatan mental yang dijalankan terhadap Pelajar Tahun Satu Universiti Teknologi

Malaysia, Kampus Skudai, Johor Bahru ini dapat memberi gambaran asas tentang

kesihatan mental pelajarnnya.

Page 26: ...obsesif-kompulsif, somatik dan tekanan mental. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian Statistical Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan

1.4 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang timbul daripada perbincangan dalam bahagian 1.2, Latar

Belakang Masalah adalah seperti berikut:

1. Apakah kesihatan mental yamg paling kerap melanda pelajar Tahun Satu Fakulti

Pendidikan UTM mengikut 10 jenis kesihatan mental iaitu kegelisahan, kelesuan,

kerisauan, neurosis, obsesif–konpulsif

tekanan mental, daya tumpuan, marah dan perasaan ingin bunuh diri?

2. Bagaimanakah kesihatan mental mahasiswa secara umumnya berdasarkan faktor

demografi mengikut 10 jenis kesihatan mental tersebut?