RABI AL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS · PDF file2 Namun demikian, masih ada yang...
-
Upload
truongtuyen -
Category
Documents
-
view
220 -
download
1
Transcript of RABI AL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS · PDF file2 Namun demikian, masih ada yang...
1
“AL-RABI’ AL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS DARI ASPEK
BAHASA DAN TERMINOLOGI
Siti Nurul Izah Musa1 & Wan Kamal Mujani
2
1,2Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstrak: Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis istilah “Al-Rabi’Al-Arabi”
(Arab Spring) dari aspek bahasa dan terminologi. Perkataan yang popular ini adalah merujuk
kepada revolusi tunjuk perasaan dan protes rakyat ke atas kerajaan yang sedang memerintah.
Peristiwa yang bermula di Sidi Bouzid, Tunisia ini telah merebak ke beberapa buah negara
Arab seperti Mesir, Libya, Yaman dan beberapa buah negara Asia Barat yang lain. Di
samping itu, kertas kerja ini akan membawa pandangan ulama Islam dan sarjana Barat secara
kritis terhadap peristiwa yang berlaku. Bagi mencapai tujuan tersebut, metod kepustakaan
diguna pakai iaitu pendekatan analisis dokumen bagi memastikan kesahihan maklumat
daripada sumber yang berautoriti diperolehi. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan “Al-Rabi’
Al-Arabi atau dikenali ‘Arab Spring’ merupakan istilah menyerupai gelombang kebangkitan
rakyat yang menuntut hak-hak kebebasan mereka ditunaikan daripada pemerintah sedia ada.
Kata Kunci: ‘Arab Spring’, Revolusi, Pergolakan, Asia Barat
PENGENALAN
Sejak sekian lama dunia Arab menyaksikan pertumpahan darah dan kezaliman yang
dilakukan pemerintah ke atas rakyatnya. Bangkitnya penentangan dan perjuangan rakyat
yang menuntut kebebasan dan keadilan. Walaupun kekuatan tidak setanding rejim kerajaan
yang disaluti kelengkapan perang namun, atas semangat dan keimanan yang kental untuk
mempertahankan agama dari terus ditindas mereka sentiasa bangkit menentang rejim ini.
Kebangkitan yang dikenali sebagai “Al-Rabi’ Al-Arabi” atau Arab Spring merupakan satu
peristiwa besar dalam sejarah dunia Arab bahkan seluruh dunia merasai kesan daripada
berlakunya kebangkitan tersebut. Kebangkitan rakyat ini bukanlah perancangan rapi daripada
mana-mana organisasi ataupun individu akan tetapi ianya berlaku secara tiba-tiba sorotan
daripada pembakaran diri seorang pemuda Tunisia Abu Bouazizi dan atas semangat rakyat
menentang kezaliman pemerintah yang hampir setengah abad dan akhirnya membawa kepada
tercetusnya peristiwa tersebut. Pergolakan yang berlaku menyebabkan saban hari banyak
nyawa yang terkorban, kehilangan tempat tinggal, berlakunya kemusnahan harta benda dan
perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial Negara. Kejayaan revolusi di Tunisia
yang berjaya menggulingkan pemerintah seakan memberi ledakan semangat kepada negara
Arab yang turut diperintah pemimpin autokratik seperti Mesir, Libya, Syria dan merebak ke
beberapa buah Negara Arab yang lain. Selain Syria yang dilihat masih bergolak hingga ke
hari ini, kebangkitan rakyat di Mesir dan Libya menyaksikan kedua-kedua presidennya
kecundang dalam berhadapan dengan kuasa “keramat” rakyat.
Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.
Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9
2
Namun demikian, masih ada yang tidak mengetahui secara mendalam peristiwa
kebangkitan rakyat yang berlaku di negara-negara Arab termasuklah istilah “Al-Rabi’ Al-
Arabi” Di samping itu, apakah pandangan ulama Islam dan juga sarjana barat menge(Arab
Spring) itu sendiri. nai peristiwa yang berlaku. Inilah permasalahan utama yang akan
dibincangkan dalam kertas kerja ini.
DEFINISI
BAHASA
Ibn Taymiyyah (2004), mendefinisikan istilah Arab dalam dua pengertian iaitu masyarakat
yang tidak tahu apa-apa bahasa kecuali bahasa Arab dan rakyat yang tinggal di sesebuah
negara yang menggunakan bahasa Arab sebagai medium berkomunikasi seharian. Arab
merupakan bangsa yang menduduki banyak negara di Timur Tengah dan Afrika Utara seperti
Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Arab Saudi dan lain-lain. Menurut Manfreda (t.th) spring
adalah musim semi iaitu musim bunga setelah berlalunya masa-masa membeku atau dingin
yang memberi makna waktu yang indah, kebahagiaan, keyakinan, dan penuh harapan dengan
lebih ceria. Seterusnya menurut kamus Macmilan (2011), “Arab Spring” merupakan satu siri
protes rakyat yang berlaku di beberapa buah negara Arab termasuklah Mesir, Tunisia dan
Syria yang bermula pada tahun 2011.
Wafa Lutfi (2012), “Al-Rabi’ Al-Arabi” berasal daripada perkataan ثورة, ثار, يثور
yang bermaksud memberontak, penentangan dan revolusi. Ia merupakan penentangan rakyat
yang menuntut sebuah pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara. Penentangan tersebut
telah mengubah struktur politik, ekonomi dan sosial negara menjadi tidak terkawal.
Seterusnya Dylan (t.th) membawa panadangan “Al-Rabi’ Al-Arabi merupakan istilah
yang diberikan terhadap “Revolusi Dunia Arab” dalam bahasa Inggeris disebut ‘Arab
Spring’. Ia merupakan gelombang revolusi tunjuk perasaan dan protes rakyat dalam skala
besar yang dimulai di dunia Arab awal 2011. Dalam peristiwa tersebut, pemimpin diktator
dipaksa meletakkan jawatan seperti yang berlaku di negara Tunisia, Mesir dan Libya.
ISTILAH
Pandangan Ulama Islam
Beberapa tahun yang lalu dunia dikejutkan dengan fenomena ‘Arab Spring’. Satu peristiwa
bersejarah di mana beberapa negara Arab terpaksa berhadapan dengan demokrasi rakyat.
Bermula dengan Revolusi Tunisia atau Revolusi Jasmin yang menyaksikan Presiden Zainal
Abidin Ben Ali meletakkan jawatannya demi memenuhi tuntutan rakyat.
Menerusi pandangan Syeikh Yusof al-Qaradawi “Al-Rabi’Al-Arabi” merupakan
kebangkitan masyarakat Arab yang menuntut kepentingan dan keadilan daripada pemerintah
sedia. Rakyat keluar meninggalkan rumah demi menyuarakan kebenaran dan menuntut hak
mereka dikembalikan. Hal ini dipersetujui oleh Islam dan seluruh dunia, termasuklah seluruh
pertubuhan hak asasi manusia. Tidak ada yang perlu diperselisihkan lagi oleh setiap orang,
baik Muslim, Yahudi, Nasrani mengenai hak-hak asasi manusia seperti kebebasan, kemulian,
harga diri dan jaminan hidup bermaruah.
Tegas Syeikh Yusof al-Qardawi lagi, kebebasan, kemerdekaan adalah hal yang paling
utama dalam penerapan Syariat Islam. Bahkan kebebasan merupakan sebahagian daripada
penerapan syariat Islam dan juga hasil daripada penerapannya. Antara faktor yang
menggerakkan rakyat untuk menuntut hak-hak mereka apabila merasakan bahawa kezaliman
telah bermaharajalela mengekang kehidupan mereka. Rakyat keluar ke jalan-jalan untuk
menyuarakan tuntutan terhadap kebebasan dan kemuliaan harga diri mereka serta
mendapatkan hak jaminan hidup yang lebih selesa (Farhan 2013: 48-49).
3
Islam mewajibkan kepada umatnya untuk melawan dan mengalahkan orang zalim.
Rasululllah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang melihat
kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangnnya(kekuasaannya). Jika tidak
mampu, maka dia hendaklah mencegahnya dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga,
maka dia hendaklah melakukannya dengan hatinya dan inilah selemah-lemah iman” (Farhan
2013: 54). Bahkan jihad dengan hati boleh tergolong jihad yang paling utama seperti yang
disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, “Sebaik-baik jihad
adalah menyatakan kebenaran kepada penguasa yang zalim”
Sementara itu, menurut Reem Mohammed Musa (t.th) revolusi ‘Arab Spring’ yang
berlaku di rantau negara Arab telah berjaya menggulingkan rejim di Tunisia, Mesir dan
Libya. Keadaan ini telah membawa perubahan dalam sektor politik dan ekonomi di negara-
negara ‘Arab Spring’. Kebanyakan negara mengalami krisis kemiskian, pengangguran dan
kos sara hidup yang meningkat naik. Pada pandangan Reem, proses pembaharuan politik dan
ekonomi di dunia Arab adalah sangat perlu dan ia bukan sahaja keinginan tetapi satu
keperluam kerana corak pentadbiran yang sedia ada tidak memenuhi kepentingan dan hak-
hak rakyat.
Menurut Riad (2013), fenomena ‘Arab Spring’ yang berlaku di rantau negara Arab
merupakan penentangan rakyat yang menuntut kepentingan dan hak-hak mereka
dikembalikan. Peristiwa tersebut telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
negara. Menurut beliau:
The Arab Spring is damaging trading links, impeding investment, and
making many in the region jobless, compounding economic problems
that helped spur the uprisings in the first place
Oleh itu, Riad (2013) berpandangan bahawa kesan yang dilihat selepas dua tahun
berlakunya fenomena ‘Arab Spring’ ialah dalam sektor ekonomi iaitu menggugat hubungan
perdagangan serta menghalang sektor pelaburan negara. Negara-negara yang bergolak ini
menghadapi cabaran ekonomi serius yang membawa kepada peningkatan pengangguran serta
pergolakan politik yang berterusan. Pergolakan yang berlaku menyebabkan saban hari
banyak nyawa yang terkorban dan berlakunya kemusnahan harta benda.
Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapannya pernah
menyatakan:
Sejak kebangkitan ‘Arab Spring’ di mana kebangkitan dari rakyat Mesir yang menular
dan menolak rejim lama, harga kos sara hidup telah melambung naik, inflasi semakin
naik mendadak dan belia di Mesir menganggur kerana tiada pekerjaan
Beliau menegaskan bahawa keadaan di negara Arab membuktikan revolusi yang berlaku
menyebabkan rakyat hidup menderita ekoran daripada gangguan ekonomi dan masalah
peningkatan pengangguran (http://www.astroawani.com/news/show/revolusi-ala-arab-spring-
hanya-cetus-huru-hara-kepada-negara-7627).
Pandangan Sarjana Barat
Ellen (2014) menjelaskan bahawa ‘Arab Spring’ membawa maksud protes rakyat yang
mengharapkan suara-suara mereka didengari oleh rejim kerajaan. Ia merupakan peristiwa
protes rakyat ke atas kerajaan Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, Syria, Yaman dan negara-
negara Arab yang lain. Sementara itu, Margaret (2013) memberi pandangan ‘Arab Spring’
merupakan cetusan revolusi yang berlaku di Tunisia dan menjadi inspirasi kepada negara-
4
negara Arab lain yang turut diperintah pemimpin diktator. Kebangkitan rakyat Tunisia
membuktikan bahawa kuasa berada di tangan rakyat dan hasil penyatuan seluruh rakyat
mampu menggulingkan pemimpin yang selama ini bertindak zalim ke atas rakyatnya sendiri.
Fenomena ‘Arab Spring’ yang berlaku telah memberi impak kepada negara-negara Timur
Tengah dalam bidang politik dan ekonomi negara. Negara terpaksa menanggung kerugian
yang besar berikutan daripada peristiwa yang berlaku.
Donato (2012) ‘Arab Spring’ membawa maksud satu siri aktiviti daripada protes
rakyat yang berlaku di beberapa buah negara Arab termasuk Libya, Mesir, Tunisia dan Syria
bermula pada awal tahun 2011 yang memprotes kezaliman dan kekejaman pemimpin.
Manakala menurut Bradley (2012) ‘Arab Spring’ merupakan peristiwa pemberontakan rakyat
berlaku di negara Timur Tengah merupakan cetusan daripada peristiwa kematian Bouazizi di
Sidi Bouzid, Tunisia. Pemerintahan bercorak rejim diktator, pemusatan kuasa dan hegomoni
kuasa tentera mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat yang menuntut
keadilan daripada pemerintah.
Rettig (2011) menyatakan peristiwa yang tercetus di Tunisia seolah-olah memberi
semangat kepada rakyat untuk bangkit menentang kezaliman. Gelombang tersebut seolah-
olah memberikan harapan baharu berupa masa depan yang semakin terbuka ke atas umat
Islam. Beliau menyatakan bahawa:
It was a wake-up call to the international community that people can take things on
their own, and they will not be waiting for the leaders forever to make decisions for
change and change can happen from the bottom up.
Penyataan di atas menjelaskan bahawa ‘Arab Spring’ merupakan kesatuan rakyat untuk
bangkit menuntut hak-hak mereka dikembalikan. Rakyat tidak akan tunduk kepada pemimpin
yang zalim selama-lamanya dan mereka bersatu memperjuangkan keadilan dan kebebasan.
Tambah beliau lagi, peristiwa yang berlaku merupakan antara wasilah rakyat untuk menukar
tampuk pemerintahan yang sedia ada.
Menurut Dylan (t.th) ‘Arab Spring’ berasal daripada peristiwa pembakaran diri
seorang pemuda yang bernama Abu Bouzizi sebagai tanda protes hinaan dan rampasan
barang yang dilakukan pegawai kerajaan ke atasnya. Kemiskinan, kegawatan ekonomi,
korupsi, pengangguran serta kenaikan harga barang merupakan antara faktor-faktor yang
menjadi penyebab berlakunya fenomena ‘Arab Spring’.
PENUTUP
Secara keseluruhan, berdasarkan perbincangan yang lakukan didapati bahawa “Al-Rabi’ Al-
Arabi” atau lebih dikenali sebagai ‘Arab Spring’ sama ada ulama Islam mahupun sarjana
Barat masing-masing menyetujui fenomena ini merupakan suatu siri tunjuk perasaan anti-
kerajaan, kebangkitan dan pemberontakan bersenjata yang tersebar di Timur Tengah pada
awal tahun 2011. Rakyat bangkit menunjukkan protes mereka terhadap penindasan,
kezaliman dan rasuah yang dilakukan oleh pemerintah, keluarganya dan pembantu-
pembantunya. Malah rakyat sudah sekian lama hidup menderita dan terseksa kerana
kepincangan politik dan tadbir urus negara. Rakyat bersatu tenaga turun ke jalan-jalan raya
bagi menuntut pemerintah meletakkan jawatan untuk digantikn dengan pemerintah yang
baru.“Al-Rabi’ Al-Arabi” yang tercetus di Sidi Bouzid Tunisia menunjukkan di mana rakyat
telah sama-sama bangkit melawan rejim kerajaan secara besar-besaran. Penentangan yang
berlaku dalam kalangan rakyat menyuarakan hak-hak mereka dan menuntut kepentingan
mereka dikembalikan. Rakyat tidak sanggup lagi hidup dibawah pemerintahan yang
memperlihatkan kezaliman dan penindasan yang dilakukan saban hari secara berterusan ke
atas rakyat tanpa mengira umur dan jantina.
5
PENGHARGAAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dana Penyelidikan Universiti- Persepsi dan
Pengaruh ‘Arab Spring’ di Kalangan Masyarakat Melayu di Malaysia (GUP-2013-050),
Universiti Kebangsaan Malaysia
RUJUKAN
Bradley, John R. 2012. After The Arab Spring How Islamists Hijacked The Middle East
Revolts. New York: Palgrave Macmillan
Caitlin E.Werrell & Francesco Femia. 2013. The Arab Spring And Climate Change: A
Climateand Security Correlations Series. Amerika Syarikat: Center For American
Progress Stimson
Donato, Marco Di. 2012. Understanding the Arab Uprisings Through the Analysis of the
Terms Intifada and Istishad. Paper presented on the Conference Economic and
Political Science. 26-28 March 2012.
Ellen, Grigsby. 2014. Cengage Advantage Books: Analyzing Politics. Sixth Edition. USA:
Cengage Learning.
Farhan Hidayatullah. 2013. Revolusi mesir seruan dan rayuan Yusuf al-Qaradawi. Kuala
Lumpur: Darul Taklim.
Haris Zalkapli. 2011. Revolusi Global: Dunia Dalam era kebangkitan Rakyat. Kuala lumpur:
unit buku harakah
Ibn Taymiyyah, Shaykhul Islaam. (2004). The Definition of an ‘Arab. T.th: SalafiManhaj
al-Khouri, Riad. 2013. Indirect Economic Impact Of The Arab Spring: The Case Of
Lebanon.
http://www.fpri.org/articles/2013/05/economic-dimensions-arab-spring
[22 Januari 2014]
Manfreda, Primoz (t.th). Definision of the Arab Spring Middle East Uprising in 201.
http://middleeast.about.com/od/humanrightsdemocracy/a/Definition-Of-The-
Arab- Spring.htm[23 April 2014]
Musa, Reem Muhammad.t.th. Al-Saurah al-‘Arabiyah wa mustaqbal al-Taghyir al-Siyasi.
Sudan: Jabatan Sains Politik Universiti
Rachman, Dylan Aprialdo. T.th. Fenomena ‘Arab Spring’ (Musim Semi di Dunia Arab),
Runtuhnya Kekuasaan Diktator di Timur Tengah dan Afrika Utara. Kertas kerja ‘Arab
Spring’ http://www.academia.edu/3812208/Paper_Fenomena_ Arab_Spring [ 8 Mac
2014].
https://www.academia.edu/5375640/Arab_Spring_Arab_Rising[2 September 2014]
http://www.macmillandictionary.com/open-dictionary/entries/Arab-Spring.htm[30 Ogos
2014]
https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8
[30 Ogos 2014]
www.asharqalarabi.org.uk/markaz/d-21-05-2012[3 September 2014]
www.philadelphia.edu.jo/arts/17th/day.../reem.doc[29 Ogos 2014]