- REVIEW COPY - Laman Kerjaya - Pusat …Maklumat ini adalah edaran umum SPA) Jawatan Penolong...

22
- REVIEW COPY – Dibawakan oleh: www.lamankerjaya.com

Transcript of - REVIEW COPY - Laman Kerjaya - Pusat …Maklumat ini adalah edaran umum SPA) Jawatan Penolong...

- REVIEW COPY – Dibawakan oleh:

www.lamankerjaya.com

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 2

Faktor kegagalan Utama

Calon

Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)

Legal Notice

Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya Resources (002091193-K) dengan kerjasama Laman Kerjaya.

Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya

menyalahi Akta Hakcipta.

Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.penolongPenguasaKastam.com, sila laporkan kepada kami

melalui email [email protected] dan ganjaran

sewajarnya akan diberikan kepada anda

Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang

akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan

kami

Disclaimer

Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Kastam W27 ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources. Ianya diterbitkan

untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang

liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penolong Penguasa Kastam W27 ini adalah tepat pada

masa ianya diterbitkan.

Infokerjaya Resources, OGOS 2014

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 3

Pengenalan

(Maklumat ini adalah edaran umum SPA)

Jawatan Penolong Penguasa Kastam untuk sesi peperiksaan 5 OGOS 2014 ini adalah jawatan yang

mempunyai capaian besar di seluruh negara. Jawatan ini adalah di bawah Kastam Diraja Malaysia

yang mempunyai unit gerakan di seluruh negara

Berikut adalah maklumat asas yang berkaitan dengan jawatan ini.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan: Jabatan Arkib Negara

Gaji minimum Gaji maksimum Kadar kenaikan gaji tahunan

RM1,367.00 RM5,098.00 RM145.00

Jadual Gaji W27

Syarat Lantikan (edaran umum SPA) :

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

kerajaan; atau

[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

atau

[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]

Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-

institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]

lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 4

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak

dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa

Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam

perkhidmatan dan:

1. Mempunyai kelayakan di atas; atau

2. Lulus Peperiksaan Khas; dan

3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas

Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat

pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.

Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi

tujuan pungutan duti.

Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-

permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.

Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor

pencegah.

Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 5

RUJUKAN PANTAS

Nota Ringkas ini adalah

himpunan tajuk-tajuk penting

berkaitan tugas, skop Penolong

Penguasa Kastam

Nota 1: Maklumat Am

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di

bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia berfungsi sebagai pemungut cukai

import/eksport negara.

KDRM diterajui oleh YBhg. Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam

Malaysia, Dato' Hj. Matrang bin Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Penguatkuasaan/Pematuhan), Dato' Haji Zainul Abidin bin Taib, Timbalan Ketua Pengarah

Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Dato' Abdul Rahman bin Othman, Timbalan

Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) dan Dato' Hj Hassan bin Ibrahim, Penolong Ketua

Pengarah Kastam (Penguatkuasaan).

KDRM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta

kesejahteraan rakyat iaitu, Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian

Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan/Pematuhan.

Piagam pelanggan KDRM ialah komited untuk memberi perkhidmatan yang profesional

kepada pelanggan, bersedia menambahbaik perkhidmatan selaras dengan jangkaharap dan

memberi penekanan kepada kriteria berikut :

o Berlunaskan undang-undang

o Tepat dalam membuat keputusan

o Menepati masa yang dijanjikan

o Layanan yang mesra dan adil

Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) merupakan sebuah NGO di bawah jabatan Kastam

Diraja Malaysia (KDRM) yang mengkoordinasi serta menguruskan perkara berkaitan hal

ehwal kebajikan Islam bagi anggota Jabatan. Selain itu, BAKISKA juga turut menjalankan

program-program dakwah dan penerapan kefahaman Islam khususnya untuk warga JKDM.

Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) adalah sebuah pusat latihan bagi kakitangan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ia berfungsi sebagai sebuah institusi latihan yang

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 6

melatih dan mendidik warga kerja JKDM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Di samping

memberi latihan kepada kakitangan JKDM, ia juga telah diperaku oleh World Customs

Organization (WCO) sebagai training arm untuk latihan perkastaman di rantau Asia Pasific.

Nota 2 : 5 Teras Strategik Utama Digubal

Lima Teras Strategik utama telah digubal bagi membantu JKDM melaksanakan fungsi dan tugas yang

dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu kritika dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi

dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan.

Lima Teras Strategik tersebut adalah :

1. Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan Pembudayaan Nila-nilai Murni Ke Arah Kecermelangan Organisasi Berasakan Konsep Satu Kastam

2. Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan KEcekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

3. Memeprtingkatkan KEcekapan Dan Keberkesanan Pungutan Hasil Bagi Kemakmuran Negara 4. MEmantapkan Fasilitasi Kepada Komuniti Perdagangan Dan Perindustrian Bagi

Meningkatkan Daya Saing Negara 5. MEmpertingkatkan Pematuhan Undang-undang Untuk Memelihara Kepentingan Ekonomi,

Sosial dan Keselamatan Negara.

Nota 3 : Fungsi Dan Peranan JKDM

1. Memungut Hasil Negara Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti

import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.

2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai

insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk

menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih

mengutamakan sektor perindustrian.

3. Memastikan Pematuhan Perundangan JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam

1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon

Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah

menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang

dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan

dengannya.

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 7

Nota 4 : SLOGAN KASTAM

“Anda Ceria Kami Gembira”

‘Anda’ bukan sahaja bermaksud pelanggan luaran tetapi juga pelanggan dalaman dan stakeholders

Pelanggan Dalaman

Pegawai-pegawai JKDM

Kelaurga Pegawai

Pelanggan Luarana

Pengimport/Pengeksport

Pengilang/Pengusaha/Peniaga

Agen Penghantaran

Pelawat/Pelancong

Badan Berkanun Persekutuan

Rakyat/Orang Awam

Nota Ringkas 5:

Nota Ringkas 6:

Nota Ringkas 7:

Nota Ringkas 8:

Nota Ringkas 9:

Nota Ringkas 10:

Nota Ringkas 11:

.

.

.

Nota Ringkas 20:

Nota KHAS: GST

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 8

Huraian Format

Format untuk peperiksaan 5 OGOS 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan Gred 27. Jika

sebelum ini peperiksaan berkisar kepada dua penilaian utama iaitu berkaitan pengetahun Am dan

daya menyelesaikan masalah, format kali ini ditambah dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik.

Medium peperiksaan online kali ini agak mendebarkan calon terutama kepada calon yang ada

pengalaman peperiksaan online SPA bermula MEI 2014. Mengikut rekod, peperiksaan Online SPA

yang lalu memberikan pengalaman yang kurang baik kepada ‘first-timer’. Banyak masalah teknikal

yang dihadapi. Tetapi harapannya sesi kali ini berjalan dengan lancar

Untuk tahun ini tapisan nampaknya dilakukan lebih awal dengan mengadakan sesi peperiksaan pada

hari SELASA. Pastinya ianya akan memberikan kesan kepada mereka yang sudah bekerja di mana

kesukaran mendapat cuti pelepasan pasti muncul terutamanya bagi mereka yang mengambil cuti

sempena Hari Raya Aidilfitri baru ini. Juga memberi kesan kepada mereka yang dah bercadang untuk

mohon cuti sempena cuti sekolah yang bakal tiba.

Jika anda dipanggil dan mendapat pelepasan cuti, cuba hadir dan buat sehabis baik kerana peluang

mereka yang hadir lebih cerah kerana dijangkakan % mereka yang hadir adalah kurang

Anda harus tahu juga yang Gred 27 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum

ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi beberapa jawatan khusus Gred 41 seperti Pegawai

Tadbir Diplomatik. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat

saringan iaitu peperiksaan bertulis/online (yang bakal anda hadapi) dan sekiranya berjaya anda akan

dibawa menduduki sesi “Program Assessment Center (PAC)” sebelum ke sesi temuduga.

Anda tak perlu risau mengenai PAC ini kerana kami di Tim Infokerjaya sudah membantu ramai calon

menduduki sesi PAC ini. Risalah PAC akan menjadi milik anda secara percuma sebagai BONUS

pembelian anda kali ini sejurus selepas panggilan PAC dikeluarkan nanti. Ianya akan dihantar melalui

email yang anda gunakan semasa pembelian. Jadi buat masa ini, fokus untuk berjaya dalam

peperiksaan online ini terlebih dahulu. Jadi bagaimana dengan format yang anda tahu?

Formatnya 3 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Tim Infokerjaya sepanjang lebih kurang 5

tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan

awam, setiap seksyen dipecahkan lagi. Anda beruntung kerana memilih untuk memiliki pakej ini

kerana hal ini tidak diketahui oleh calon yang lain kecuali mereka yang memiliki naskhah ini. Kami

namakan ianya sebagai “pecahan dalam pecahan”!

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 9

Seksyen A:

Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Penerangan Format

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang

mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit untuk

menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format

yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun

2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan).

Sekali lagi formatnya;

Tempoh: 40 minit

Jumlah Soalan: 50 soalan

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali

berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan

sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu

kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu

penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam,

sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada

pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang

dikemukakan soalan dalam seksyen A ini.

Antara skop pengkhususan (PENTING) soalan dalam bahagian ini ialah;

Soalan KHUSUS berkaitan jawatan (PENTING!)

o Untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam, seharusnya ada soalan berkaitan

jawatan dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)

o Juga bidang-bidang perlaksanaan khas Kastam

o Ianya khusus untuk menguji kepekaan pemohon terhadap kementerian/jabatan

terlibat. Buat persediaan khusus tertumpu pada pecahan ini

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 10

Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat……………………………

Seksyen B:

Daya Menyelesaikan Masalah Penerangan Format

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab

dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan

sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah

sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi. Sekali lagi, format tahun ini

untuk sesi 5 Ogos 2014 adalah;

Tempoh: 45 minit

Jumlah Soalan: 40 soalan

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik,

interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui

pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian

utama iaitu;

Penyelesaian Masalah

Menginterpretasi Data

Soalan Matematik

Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Seperti pada huraian sekyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam tentang

bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips

bagaimana untuk anda melakukan persediaan. Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi

kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi bemula 2009

sehingga Februari 2014, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi

kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.

Tetapi untuk peperiksaan Online, tiada pengawas mengawasi anda. Siapkan kalkulator di

sebelah anda... tiada masalah! ................................................................

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 11

Huraian Seksyen B:

Pecahan 1 – Penyelesaian Masalah

Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda

mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan

teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan. Persediaan untuk bahagian ini ialah anda

boleh cari set-set soalan yang khusus tentang penyelesaian masalah. Tapi secara umumnya ianya

bukanlah susah, anda perlu sedikit masa dan proses ‘reasoning’ yang waras untuk menjawab soalan

ini. Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh soalan dalam

bahagian ini ialah; ............................................................

Huraian Seksyen B: Pecahan 2 – Menginterpretasi Data

Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda

diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan

yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang

membezakannya dengan pecahan ‘penyelesaian masalah’ ialah dalam pecahan tersebut anda

menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam bahagian ini ianya adalah

fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang perlu dinilai.

Kebiasaannya, ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data yang

diberikan. Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun ini berserta peratusan

yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus dibayar untuk tahun

seterusnya pula. Untuk memudahkan pemahaman anda, di sini disertakan antara contoh soalan

dalam bahagian ini yang menguji aspek bagaimana anda ‘menginterpretasi data’;

...........................................

Huraian Seksyen B: Pecahan 3 – Soalan Matematik

Soalan-soalan dalam seksyen B juga menerapkan masalah-masalah Matematik. Ianya

mencakupi sehingga ...................................................

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 12

Huraian Seksyen B: Pecahan 4 Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam

memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai ……………………………………………..

Seksyen C:

Ujian Psikometrik

Penerangan Format

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 60

minit, sebanyak 200 soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi

percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 5 Ogos ini.

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini.

Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;

Tempoh: 60 minit

Jumlah Soalan: 200 soalan

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu

kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin

dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah

dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda. Bagi kertas

sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan

situasi di mana ……………………………………..

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 13

Huraian Seksyen C: Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometri

Kami selalu katakan dan banyak kali juga diutarakan oleh penulis Tim Infokerjaya

yang anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk

mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang

bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal

menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa

konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap

calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.

Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif

'menerima kritikan dan pandangan orang lain';

1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain. 2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah

kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan. 3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya. 4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri. 5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai 'aura negatif' dalam diri dan ….

……………………………

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 14

Huraian Seksyen C: Cara Menjawab yang Bakal MEMBUNUH Anda!

JANGAN IKUT CARA INI!

Ramai yang kata yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun.

Kami setuju dengan pernyataan tersebut, tetapi ramai yang salah erti yang membawa

kepada kesimpulan ini;

"Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!"

Bahagian 'jangan tinggal satu pun' itu betul TETAPI jangan hentam/tembak. Memang ianya akan

membunuh anda. Kenapa? Dalam helaian sebelum ini tip yang paling penting adalah KONSISTEN dan

kami berikan anda 5 soalan yang jawapannya sama. Cuba bayangkan begini situasinya;

………………………………..

Seksyen A:

60 Contoh Soalan & Jawapan

Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang diletakkan di bawah;

A. Jabatan Perdana Menteri B. Kementerian Kewangan C. Kementerian Dalam Negeri D. Perbendaharaan Negara

2. Sebuah Akademi yang dinamakan ____________ ditubuhkan berfungsi sebagai institusi

latihan yang melatih wargakerja KDRM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Ianya di peraku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai ‘training arm’ di rantau Asia Pasifik

A. KDRMForce B. AKMAL

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 15

C. BAKISKA D. ForceMY

3. Op-Outlet adalah kerjasama KDRM bersama KPDNKK beroperasi sejak tahun 2010. KDRM menghantar pasukan operasi yang dinamakan;

A. Multees B. PenguasaPDNKK C. Aimdash Team D. Strike Team

4. Penubuhan Pustaka Perkhidmatan Awam pada tahun 1995 adalah

A. Didorong oleh perkembangan pesat sektor perkhidmatan awam di negara ini yang

berperanan besar dalam menggerakkan pembangunan negara ke arah kejayaan yang

gemilang

B. Perkembangan pesat sektor ini telah melahirkan kesedaran tentang perlunya ditubuhkan

satu pustaka bagi mengumpul dan mendapatkan segala bentuk maklumat terdiri daripada

bahan dokumen, objek dan terbitan yang bersangkutan dengan perkhidmatan awam untuk

makluman, rujukan dan kajian

C. Penubuhan pustaka ini sebagai satu pusat yang mempamerkan segala memorabilia yang

bersangkutan dengan perkhidmatan awam adalah sebagai satu daya usaha murni ke arah

menerapkan rasa keinsafan dan penghargaan di kalangan rakyat atas jasa dan sumbangan

besar sektor perkhidmatan awam terhadap negara.

D. Pameran di sini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pentadbiran Awal Kerajaan,

Pentadbiran British Malaya, Pentadbiran Selepas Merdeka dan Pembaharuan Dalam

Perkhidmatan Awam

5. Rekod merujuk kepada

I. Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa

atau selainnya merakamkan maklumat. II. Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta. III. Pelan, lukisan, gambar foto, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi. IV. Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau

apa-apa salinannya.

A. I dan II B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 16

8. Di antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan Kabinet

I. Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara II. Fungsi Kabinet menggubal dasar-dasar negara III. Semua menteri dan timbalan menteri menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali IV. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

A. I, II sahaja B. III, IV sahaja C. I, II, IV sahaja D. I, II, III, IV

9. Pilih jawapan yang tepat mengenai peranan dan tugas Yang Dipertua Negeri A. Ahli Majlis Raja-Raja B. Memilih Yang di-Pertuan Agong C. Melantik Ketua Menteri D. Mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri

10. Dalam merangka perpaduan nasional yang mempunyai berbilang kaum ini, Dasar Pendidikan

telah dirangka bagi menggembleng usaha perpaduan. Berikut adalah antara inisiatif yang

telah dilakukan dalam mencapai hasrat ini:

I Sistem persekolahan yang sama bagi semua

II Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

III Sukatan pelajaran yang seragam

IV Peperiksaan dan kurikulum yang seragam

A I, II sahaja B I, II IV sahaja

C II, III, IV sahaja D I, II, III, IV

11. Bukan semua Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi Perdana Menteri tetapi semua

Perdana Menteri kecuali Tunku Abdul Rahman pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Siapakah antara berikut tidak pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri

Malaysia?

A. Tun Dr Ismail Abdul Rahman

B. Tan Sri Mohamad Ghazali Shafie

C. Tun Ghafar Baba

D. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

…………………….

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 17

Seksyen B:

40 Contoh Soalan & Jawapan

Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1. Untuk menyaksikan suatu pertunjukkan sarkas di ibu negara, jumlah bayaran yang perlu

dibayar bagi 5 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak ialah RM 160, manakala bayaran

bagi seorang kanak-kanak ialah RM 15. Jumlah bayaran bagi seorang dewasa dan

seorang kanak-kanak ialah

A 30 B 45

C 35 D 50

2. Pecutan sebiji bola yang dilepaskan daripada keadaan rehat ialah 9.8 ms-1 sesaat.

Pertambahan laju batu itu, dalam ms-1 selepas 2.1 saat dilepaskan ialah

A 20.58 B 26.46

C 21.32 D 27.9

3. John memandu keretanya dengan kelajuan 110 km/jam. Kirakan anggaran masa yang

digunakan John untuk bergerak 380 km.

A 3 jam 45 minit B 3 jam 27 minit

C 3 jam 20 minit D 3 jam 14 minit

4. Sebuah set meja makan dijual dengan harga RM 1940 selepas diskaun 20% diberi.

Apakah harga asal set meja makan itu?

A RM 2540 B RM 2350

C RM 2425 D RM 2285

5. Bilangan telur ayam dalam sebuah reban ternakan ayam ditambah daripada 700 biji

kepada 1330 biji. Berapakah peratus tambahan telur ayam itu?

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 18

A 90.3% B 90%

C 91% D 91.5%

6. Gaji bulanan Sani ialah RM 1600. Setelah ditambah dengan RM 200, apakah peratus

kenaikan gajinya?

A 21.3% B 23%

C 14% D 12.5%

7. 20% sesuatu nombor ialah . Apakah nombor itu?

A 42.5 B 10.625

C 50.25 D 56.75

8. Fairuz telah melabur sebanyak RM 11,000 dalam Syarikat Mega. Jika syarikat itu

membayar 6% dividen pada pertengahan tahun dan 9% pada hujung tahun, jumlah

dividen yang diterima oleh Fairuz dalam tahun itu ialah

A 1450 B 1650

C 1750 D 1250

9. 80% daripada panjang sebuah terowong telah siap dibina. Jika bahagian yang telah siap

dibina ialah 16 km, panjang keseluruhan terowong itu, dalam km ialah

A 12.8 B 28.8

C 20.0 D 28.0

10.

A B

C D

11.

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 19

A B

C D

12. Harga bagi seguni beras ialah RM 18.00, harga bagi sebotol cecair sabun basuh ialah RM

12.00 dan harga bagi sebotol kicap ialah RM 3.00. Cari rumus jumlah harga RM T bagi

guni beras, botol cecair sabun basuh dan botol kicap.

A T = 18 + 12 + 3 B T = 33

C T = D T =

13. Panjang sebidang tanah yang berbentuk segiempat tepat ialah 4 kali ganda lebarnya.

Perimeter tanah itu ialah 160 m. Panjang tanah dalam m ialah:

A 16 m B 64 m

C 128 m D 32 m

………………………………………….

Seksyen C:

50 Contoh Soalan & Jawapan

Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1. Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja. A. Setuju B. Tidak setuju

2. Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat

fahami. A. Ya B. Tidak

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 20

3. Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati

dengan kerja seseorang. A. Ya B. Tidak

4. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

A. Ya B. Tidak

5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Setuju B. Tidak setuju

6. Saya perlu bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang berisiko dan mencabar. A. Setuju B. Tidak setuju

7. Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.

A. Setuju B. Tidak setuju

8. Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.

A. Ya B. Tidak

9. Pemalu adalah sifat saya.

A. Ya B. Tidak

10. Apabila mendapat arahan dan nasihat dari ketua kumpulan saya, ia membuatkan

saya rasa tidak selesa.

A. Ya B. Tidak

11. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur. A. Setuju B. Tidak setuju

12. Buku psikologi boleh digunakan sebagai rujukan untuk mengawal orang.

A. Setuju B. Tidak setuju

………………………………

Soalan KHAS GTP:

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 21

Contoh Soalan & Jawapan

Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1. Membanteras rasuah adalah salah satu cabang dalam NKRA di bawah program

transformasi kerajaan (GTP). Menteri yang bertanggungjawab dalam NKRA Rasuah

adalah

A. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

B. Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal

C. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn

D. Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

2. Usaha mempertingkatkan infrastruktur asas luar Bandar yang diterajui oleh Datuk Seri

Mohd Shafie bin Haji Apdal merujuk kepada

A. NKRA RBI

B. NKRA LIH

C. NKPI

D. NKRA UPT

3. Global Peace Index mengiktiraf Malaysia sebagai

A. Negara keempat paling selamat dan aman di Asia Pasifik

B. Negara kedua belas paling selamat dan aman di Asia Pasifik

C. Negara kelapan paling selamat dan aman di Asia Pasifik

D. Negara ketiga paling selamat dan aman di Asia Pasifik

Penolong Penguasa Kastam W27 – Sesi 5 OGOS 2014

www.lamankerjaya.com 22

- TAMAT REVIEW COPY –

Versi penuh pada 30 Julai, sila daftar emel anda melalui link di

bawah untuk download versi penuh sebaik dilancarkan:

www.lamankerjaya.com