( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung...

9
1 Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah. Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir Sitiawan Perak adalah salah sebuah masjid dalam Daerah Manjung Mukim Lekir Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok Laji pada tahun 1218 Hijrah bersamaan tahun 1798 Masihi. ( Sila Rujuk Gambar 1 – Pusara Tok Gondah ). Tinggalan sejarah yang masih terpahat di lekir ini khususnya di kawasan perkarangan masjid ini adalah Batu Asas Lekir. ( Sila Rujuk Gambar 2 – Batu Asas Lekir ) .Batu bersurat ini telah dibina oleh Ahmad Shahruddin b Mohamad Sidi pada 31 Ogos 1957 Masihi. ( Sila Rujuk Gambar 3 – Pengasas Batu Asas Lekir ) Masjid ini menjadi tempat wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan sembahyang jamaah, aktiviti keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk penduduk setempat. Masjid ini hingga kini, berperanan besar dalam urusan dakwah sekitar Lekir yang dikenali sebagai masjid tertua di Mukim Lekir. Kuliah agama sentiasa memenuhi ruang pengajian pada setiap malam bagi memenuhi tanggungjawab agama dan syiar Islam agar tuntutan Syariat Allah dapat dipenuhi oleh seluruh penduduk Mukim Lekir.

Transcript of ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung...

Page 1: ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok ... ( Sila

1

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir Sitiawan Perak adalah salah sebuah masjid dalam Daerah Manjung Mukim Lekir

Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok

Laji pada tahun 1218 Hijrah bersamaan tahun 1798 Masihi. ( Sila Rujuk Gambar 1 – Pusara Tok Gondah ).

Tinggalan sejarah yang masih terpahat di lekir ini khususnya di kawasan perkarangan masjid ini adalah Batu

Asas Lekir. ( Sila Rujuk Gambar 2 – Batu Asas Lekir ) .Batu bersurat ini telah dibina oleh Ahmad Shahruddin b

Mohamad Sidi pada 31 Ogos 1957 Masihi. ( Sila Rujuk Gambar 3 – Pengasas Batu Asas Lekir )

Masjid ini menjadi tempat wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan sembahyang jamaah, aktiviti

keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk penduduk setempat.

Masjid ini hingga kini, berperanan besar dalam urusan dakwah sekitar Lekir yang dikenali sebagai masjid tertua di

Mukim Lekir.

Kuliah agama sentiasa memenuhi ruang pengajian pada setiap malam bagi memenuhi tanggungjawab agama

dan syiar Islam agar tuntutan Syariat Allah dapat dipenuhi oleh seluruh penduduk Mukim Lekir.

Page 2: ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok ... ( Sila

2

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

SEJARAH MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR

1. Masjid Pertama : Masjid Al-Rahmaniah , Batu 8 Lekir telah dibina seawal tertubuhnya kampung Lekir sekitar tahun

1798 Masihi di tepi muara Sungai Lekir atau Parit Besar Lekir. Masjid pertama ini digelar sebagai Masjid Belukar

Cabai. Namun Masjid tersebut telah musnah ke�ka banjir besar melanda Lekir pada tahun 1926 Masihi.

2. Masjid Kedua : Banjir besar telah mengakibatkan kerosakan besar pada keseluruhan asas binaan masjid. Maka

terbinalah Masjid Al-Rahmaniah yang baru di tapak baru yang berada di atas Lot 5576 seluas 0.1600 Ha atau 0.3954

ekar. Masjid kedua ini digelar sebagai Masjid Tebing Tinggi pada awalnya kemudian diberikan nama baru iaitu

Masjid Al-Rahmaniah . Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Duli yang Maha Mulia Sultan Perak Raja Alang

Iskandar Shah al-Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshid al-Adzam Shah 1 Rahmatullah ( Sultan Perak Ke-

30 mulai 26 Oktober 1918 - 14 Ogos 1938 ) . ( Sila Rujuk Gambar 4 – Baginda Sultan merasmikan Masjid ) Beliau

telah merasmikan pada tahun 1927 Masihi. ( Sila Rujuk Gambar 5 – Masjid Al-Rahmaniah pada tahun 1927 Masihi )

Penambahbaikan berlaku setelah 30 tahun berlalu dengan menukarkan binaan dinding papan kepada dinding

batu ( Sila Rujuk Gambar 6 – Masjid Al-Rahmaniah pada tahun 1957 Masihi ) dan selepas itu menambah sebuah

menara tinggi berbentuk bulatan selinder sebagai mercu tanda masjid telah berjaya didirikan pada tahun 1959

Masihi.

Page 3: ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok ... ( Sila

3

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

PROJEK MELUASKAN KAWASAN MASJID AL-RAHMANIAH

Keluasan Masjid Al-Rahmaniah yang berada di atas Lot 5576 hanyalah seluas 0.1600 Ha atau 0.3954 ekar. ( Sila Rujuk

Gambar 7 – Gambar dan Tapak Masjid ) . Oleh itu, usaha perlu dijalankan untuk meluaskan kawasan masjid agar

kemudahan dan keperluan asas masjid dapat dinaiktaraf pada masa akan datang.

Berikut adalah proses projek meluaskan kawasan masjid :

1. Kawasan masjid yang terhad menyebabkan AJK Masjid memohon tapak masjid kali pertama ( 1 ) yang bersebelahan

yang merupakan rizeb laluan sungai telah diluluskan pada tahun 1990-an. Jumlah tambahan kawasan masjid adalah

seluas 0.1337 Ha atau 0.3304 ekar. ( Sila Rujuk Gambar 8 – Perluasan Kawasan Tanah Masjid 1 )

2. Pembesaran tapak tanah masjid kali kedua ( 2 ) telah diluluskan pada awal tahun 2014. Jumlah tambahan kawasan

masjid kali ini adalah seluas 0.5928 Ha atau 1.4646 ekar. ( Sila Rujuk Gambar 9 – Perluasan Kawasan Tanah Masjid 2 )

3. Pada 5 November 2014, Masjid juga memperolehi ½ tanah di Lot 5571, ( bersebelahan kawasan masjid ) apabila

seorang individu telah membeli tanah dengan nilai RM250,000.00 seterusnya diwakafkan untuk tapak masjid

baru.Beliau yang dimaksudkan Tn Haji Isa b Ahmad.Tanah tersebut adalah seluas 0.3968 Ha atau 0.9868 ekar. ( Sila

Rujuk Gambar 10 – Perluasan Kawasan Tanah Masjid 3 )

Jumlah keseluruhan tapak masjid kini adalah seluas 1.2833 Ha atau 3.1772 ekar.

Page 4: ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok ... ( Sila

4

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

GAMBAR 1 – PUSARA TOK GONDAH

GAMBAR 2 – BATU ASAS LEKIR

Page 5: ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok ... ( Sila

5

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

GAMBAR 3 – PENGASAS BATU ASAS LEKIR

\

GAMBAR 4 – BAGINDA SULTAN MERASMIKAN MASJID AL-RAHMANIAH

Page 6: ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok ... ( Sila

6

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

GAMBAR 5 – MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-RAHMANIAH PADA TAHUN 1927

GAMBAR 6 – MASJID AL-RAHMANIAH TAHUN 1957

Page 7: ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok ... ( Sila

7

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

GAMBAR 7 – GAMBAR MASJID TAHUN 2014

GAMBAR 7 – KAWASAN TAPAK MASJID

Lot 5576 seluas 0.1600 Ha atau 0.3954 ekar.

Page 8: ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok ... ( Sila

8

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

GAMBAR 8 – PERLUASAN KAWASAN TANAH MASJID 1 ( 1990 )

GAMBAR 9 – PERLUASAN KAWASAN TANAH MASJID 2 ( JAN 2014 )

Keluasan 0.2937 Ha atau 0.7258 ekar Keluasan 0.8865 Ha atau 2.1904 ekar

Page 9: ( Sila Rujuk Gambar 2 Batu Asas Lekir ) . ( Sila Rujuk ... · Negeri Perak Darul Ridzuan. Kampung Lekir telah dibuka oleh Tok Gondah iaitu nama sebenarnya Haji Ahmad b Tok ... ( Sila

9

Hasil Tulisan : Hj Ahmad Junaidi Hj Mohamad Said ( Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah ) Layari : www.masjidlekir.blogspot.com Hari : Jumaat Tarikh : 12 Disember 2014 Bersamaan 20 Safar 1436 Hijrah.

Jumlah keseluruhan tapak masjid kini adalah seluas 1.2833 Ha atau 3.1772 ekar.

GAMBAR 10 – PERLUASAN KAWASAN TANAH MASJID 3 ( DIS 2014 )

Terkini Kawasan Masjid berkeluasan 1.2833 Ha atau 3.1772 ekar.