. (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid...

22
Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan SPM Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemaskini buku tunai. (SIRI 2) Disediakan Oleh: Rosli Bin Hamid Guru Cemerlang Perakaunan, SMK Dato’ Jaafar Hassan, 02450 Bukit Keteri, Perlis. Bahan-bahan: a. 4 Batang Pen Penanda Berwarna (highlighter) kuning, hijau, merah dan biru. b. Lembaran Kertas Soalan dan Kertas Jawapan. c. Pena mata bulat. d. Pembaris dan pemadam. Bahan-bahan yang digunakan Tajuk: 8. Perakaunan Untuk Tunai Sub-tajuk: 8.2 Penyata Penyesuaian Bank

Transcript of . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid...

Page 1: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan SPM

Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Penyata Penyesuaian Bank

dengan mengemaskini buku tunai. (SIRI 2)

Disediakan Oleh:

Rosli Bin Hamid Guru Cemerlang Perakaunan, SMK Dato’ Jaafar Hassan, 02450 Bukit Keteri, Perlis.

Bahan-bahan:

a. 4 Batang Pen Penanda Berwarna (highlighter) kuning, hijau, merah dan biru.

b. Lembaran Kertas Soalan dan Kertas Jawapan.

c. Pena mata bulat.

d. Pembaris dan pemadam.

Bahan-bahan yang digunakan

Tajuk: 8. Perakaunan Untuk Tunai

Sub-tajuk: 8.2 Penyata Penyesuaian Bank

Page 2: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Objektif Am:

Pelajar dapat menyediakan Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemaskini buku tunai.

Objektif Khusus:

Pada akhir pengajaran, para pelajar dapat:

i. Menjelaskan sebab menyediakan Penyata Penyesuaian Bank

ii. Mengelas item yang berbeza iaitu deposit belum dikreditkan, cek belum

dikemukakan, pendapatan dan perbelanjaan.

iii. Menyediakan Buku Tunai yang dikemaskini.

iv. Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.

Penerapan Nilai

Ketelitian, ketekunan dan kegigihan.

Pengetahuan Sedia Ada

Pelajar telah diperkenalkan dengan Penyata Penyesuaian Bank dalam pelajaran yang

terdahulu.

Alat Bantu Mengajar

Komputer riba, Projektor Lutsina, Buku Teks dan Pen Penanda Berwarna.

Rujukan Guru

Buku Teks Prinsip Perakaunan Untuk Tingkatan Empat dan Lima.

Langkah Isi pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Sebab Penyata Penyesuaian Bank disediakan.

Guru bertanya kepada pelajar tentang sebab Penyata Penyesuaian Bank perlu disediakan.

Pelajar menjawab

soalan secara

individu.

Teknik Empat

Warna

Langkah 1

(5 minit)

Proses mengelaskan item dengan menggunakan warna kuning, hijau, merah dan biru mengikut jenis item yang berbeza.

Guru memberikan panduan tentang penggunaan 4 warna.

Pelajar melihat

slaid yang

ditayangkan

kepada mereka.

Teknik Empat

Warna

Page 3: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Langkah 2

(10 minit)

Proses menanda: Deposit belum dikreditkan. Cek belum dikemukakan Pendapatan Perbelanjaan.

Guru meminta pelajar mengelaskan empat item yang hendak dicari dalam latihan Penyata Penyesuaian Bank (Tingkatan Lima) iaitu: Deposit belum dikreditkan (bahagian debit buku tunai dengan bahagian kredit penyata bank) dengan menggunakan warna kuning. Cek belum dikemukakan (bahagian kredit buku tunai dengan bahagian debit penyata bank) dengan menggunakan warna hijau. Pendapatan dalam penyata bank (bahagian kredit penyata bank) dengan menggunakan warna merah. Perbelanjaan dalam penyata bank (bahagian debit dalam penyata bank) dengan menggunakan warna biru.

Pelajar menanda

item-item yang

berbeza dalam

Buku tunai dan

Penyata Bank

dengan

menggunakan Pen

Penanda yang

berwarna kuning,

hijau, merah dan

biru.

Alat Bantu

Mengajar:

Pen Penanda

Berwarna

Kertas soalan

Kertas jawapan

Pembaris

Pen

Pensel

Pemadam

Langkah 3

(10 minit)

Mengemaskini Buku Tunai

Guru membimbing pelajar untuk memindahkan semua item yang telah ditandakan dengan warna merah dan biru ke dalam Buku Tunai (dikemaskini)

Pelajar

memindahkan

item yang telah

ditanda dengan

menulis dalam

Buku Tunai yang

telah dikemaskini.

Kalkulator

Page 4: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

sehingga selesai.

Langkah 4

(10 minit)

Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank dengan baki debit di Buku Tunai

Guru membimbing pelajar untuk memindahkan semua item yang belum ditandakan dalam bahagian debit buku tunai ke dalam Penyata Penyesuaian Bank sebagai Deposit belum dikreditkan.

Pelajar

menyediakan

Penyata

Penyesuaian Bank.

Langkah 5

(10 minit)

Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank

Guru membimbing pelajar untuk memindahkan semua item yang belum ditandakan dalam bahagian kredit buku tunai ke dalam Penyata Penyesuaian Bank sebagai Cek belum dikemukakan

Langkah 6

(15 minit)

Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank

Setelah semua langkah 1 hingga 5 berjaya dilaksanakan, guru akan membantu pelajar untuk menyelesaikan latihan sehingga tamat. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar, guru memberikan satu lagi latihan yang hampir sama dengan contoh soalan latihan yang telah dibincangkan.

Penutup (5 minit)

Kesimpulan isi-isi penting yang telah dipelajari.

Guru membuat kesimpulan dengan meminta pelajar menyenaraikan

Page 5: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

aktiviti yang telah dilakukan. Guru juga meminta pelajar menghuraikan empat perkara yang diperolehi daripada buku tunai dan penyata bank.

Aktiviti:

Penerangan, tunjukcara dan latihan bertulis.

Refleksi:

Catatan guru:

Langkah

• Guru memberikan panduan tentang penggunaan 4 warna seperti berikut:

Menanda item pertama yang hendak dicari

Menanda item ketiga yang hendak dicari

Menanda item kedua yang hendak dicari

Menanda item keempat yang hendak dicari

1

Kuning Hijau Merah Biru

Page 6: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Langkah

• Guru meminta pelajar mengelaskan empat item

yang hendak dicari dalam latihan Penyata

Penyesuaian Bank (Tingkatan Lima) iaitu:

2

i. Deposit belum dikreditkan (bahagian debit buku tunai dengan

bahagian kredit penyata bank) dengan menggunakan warna

kuning.

Page 7: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Penggunaan Warna Kuning

Hasil Penggunaan Warna Kuning

Page 8: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

ii. Cek belum dikemukakan (bahagian kredit buku tunai dengan

bahagian debit penyata bank) dengan menggunakan warna

hijau.

Penggunaan Warna Hijau

Page 9: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Hasil Penggunaan Warna Hijau

iii. Pendapatan dalam penyata bank (bahagian kredit penyata

bank) dengan menggunakan warna merah.

Page 10: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Hasil Penggunaan Warna Merah

iv. Belanja dalam penyata bank (bahagian debit dalam

penyata bank) dengan menggunakan warna biru.

Page 11: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Hasil Penggunaan Warna Biru

Langkah

• Guru membimbing pelajar untuk memindahkan semua item

yang telah ditandakan dengan warna merah dan biru ke

dalam Buku Tunai (dikemaskini) sehingga selesai.

3

Page 12: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Pindahkan item merah dan biru

Pindahkan item merah dan biru

Page 13: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Hasil Buku Tunai

Langkah

• Guru membimbing pelajar untuk

memindahkan semua item yang belum

ditandakan dalam bahagian debit

buku tunai ke dalam Penyata

Penyesuaian Bank sebagai Deposit

belum dikreditkan.

4

Page 14: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Pindahkan item lain sebagai Deposit

Pindahkan item lain sebagai Deposit

Page 15: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Hasil Deposit

Langkah

• Guru membimbing pelajar untuk

memindahkan semua item yang

belum ditandakan dalam

bahagian kredit buku tunai ke

dalam Penyata Penyesuaian Bank

sebagai Cek belum dikemukakan.

5

Page 16: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Hasil Cek yang belum dikemukakan

Langkah

i. Setelah semua langkah 1 hingga

5 berjaya dilaksanakan, guru

akan membantu pelajar untuk

menyelesaikan latihan sehingga

tamat.

ii. Guru bersedia memberikan

penerangan lengkap dan jelas di

samping menjawab sebarang

masalah yang berkaitan seperti

kesilapan dan cek tak laku.

iii. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar, guru akan

memberikan satu lagi latihan yang hampir sama dengan contoh

soalan latihan yang telah dibincangkan

6

Page 17: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Lampiran 1:

1. Berikut ialah Buku Tunai dan Penyata Bank Perniagaan Bukit Keteri bagi bulan

Februari 2012.

Buku Tunai (ruangan bank sahaja)

Tarikh Butir RM Tarikh Butir No. Cek RM

2012 Feb. 2 4 7 10 13 23 25 26

Komisen Jualan Kedai Peter Top 10 Jualan Nurul Lori Lama Jualan

650

1 090 2 620 2 400 3 600 4 300

12 000 2 100

28 760 ======

2012 Feb. 1 3 8 11 15 19 24 29

Baki b/b Belian Maidin Santhana Samy Shop MZ Enterprise Belanja am Baki h/b

440011 440012 440013 440014 440015 440016

2 160 2 000 1 200 2 020 1 600 750 1 400

17 630

28 760 =======

Slip bank pada 7 Oktober menunjukkan simpanan sebanyak RM2 602.

Penyata Bank bagi 29 Februari 2012

Tarikh Butir No.Cek Debit Kredit Baki

2012 Feb. 1 2 3 4 5 6 8 9 13 15 16 17 19 20 25 29

Baki b/b Deposit Deposit (29 Jan) Cek Deposit Buku cek Deposit Cek Cek Cek Faedah simpanan Cek Perintah sedia ada Simpanan Deposit Cek Deposit Cek Cek Faedah Overdraf

440011 440009 440012 440013 440014 440010 440016

RM 2 000 25 3 640 1 200 2 020 1 600 250 5 000 1 400 150

RM

650 3 020

1 090

2 602

550

3 600 2 400

2 100

RM 3 460 4 110 7 130 5 130 6220

6 195 8 797 5 157 3 957 1 937 2 487 887 637 4 237 6 637 1 637 3 737 2 337 2 187

Page 18: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Maklumat tambahan:

(i) Cek dari Kedai Peter yang dibankkan berlaku pada 8 Februari telah disahkan

berlaku kesilapan catatan dalam Tunai.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Mengemaskini Buku Tunai Perniagaan Bukit Keteri.

(b) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 29 Februari 2012.

Jawapan:

1. Buku Tunai

2012 RM Feb.29 Baki b/b 17 630 Faedah simpanan 500 _____ 18 180 =====

2012 RM Feb.29 Kesilapan 18 Buku cek 25 Perintah sedia ada 250 Faedah overdraf 150 Baki h/b 17 737 ______ 18 180 ======

Perniagaan Bukit Keteri

Penyata Penyesuaian Bank Pada 29 Februari 2012

RM RM

Baki debit di Buku Tunai 17 737

Tambah: Cek belum dikemukakan:

MZ Enterprise 750

______

18 487

Tolak: Deposit belum dikreditkan:

Nurul 4 300

Lori Lama 12 000

_______

16 300

______

Baki kredit di Penyata Bank 2 187

=======

Page 19: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Kos Inovasi:

C. Kos bagi menghasilkan inovasi

No. Item Harga

1. 4 batang pen penanda berwarna X RM1.30 RM 5.20

2. 1 batang pembaris RM 0.80

3. 1 ketul pemadam RM 1.00

4. 1 set kertas jawapan RM 4.00

5. 1 batang pen RM 1.50

6. 1 batang pensel RM 0.80

Jumlah RM 13.30

Keberkesanan Inovasi:

D. Keberkesanan inovasi kepada pengajaran

dan pembelajaran (sertakan bukti)

i. Analisis Pemerhatian

• Perubahan sikap dan penerimaan pelajar

• Keseronokkan untuk melaksanakan aktiviti latihan

• Dapat diaplikasikan dalam hampir keseluruhan tajuk.

Page 20: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Potensi Inovasi:

E. Potensi untuk disebar luaskan kepada

pihak lain.

i. Mudah dilaksanakan kerana tidak memerlukan banyak

bahan dan alatan.

ii. Kesesuaian dari segi pelaksanaannya sama ada secara

individu dan berkumpulan

iii. Berpusatkan bahan yang menjadikan pelajar tidak terlalu

bergantung kepada guru dan rakan-rakan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran berlaku.

iv. Mudah diingat oleh pelajar kerana hanya empat warna

diperlukan untuk menanda dan warna-warna ini menarik

perhatian pelajar.

v. Murah dari segi penyediaan bahan iaitu hanya melihatkan

kos RM13.30 untuk seorang individu.

vi. Mudah disampaikan kepada guru mahupun pelajar walaupun

di sekolah lain dan pada kali pertama ia diperkenalkan.

vii. Menyeronokkan seolah-olah belajar sambil bermain warna.

Teknik ini juga mampu mengelakkan kebosanan pelajar yang

sudah amat biasa dengan kaedah “calk and talk” dalam

kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah.

Page 21: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

Komen Pelajar:

Komen Pelajar 5 Bestari 2011.

• Anasz Rulan well done sir . you're the best teacher i ever had .

the way you teach us like no other teachers can do . you're not

teaching us account principle , yet teach us many way of life

though . i do thanks for both . kami semua pun sayang cikgu

Rosli

• Nur Faszeritin insyaallah, saya juga mengharapkn sebegitu..

saya tumpang gembira atas kejayaan cikgu .. teruskan usaha

cikgu untuk pembaharuan yang lebih efektif utk pelajar-

pelajar perakaunan pada masa depan.

Komen Guru:

Dina Mahyuddin Alhamdulillah, mmg berkesan hasil inovasi y diberi

oleh cg Rosli Bin Hamid... mesti kena cuba...:)

Syid Dah dah tgk.. tqvm cikgu Rosli Bin Hamid. Kreatif

Nor'Arifah Husin ya, kreatif & tq...

Songsengnim Dayah terima kasih..akan sy gunakan

sebaiknya..moga2 dpt diterima pelajar sy...harap2 ade lg kaedah yg mcm ini

tuk topik2 yg lain...:)

Page 22: . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin Hamid ...cgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload...Langkah 2 (10 minit) Proses menanda: Deposit belum dikreditkan.

SEkuntum Mawar MeRah Ckg rosli, sy dh praktik penggunaan warna

nie wkt ajr pelajar bt akaun pengeluaran... Respon bdk, senng ckg...

Alhamdulillah... Sy blm ajr lg tjk kelab dlm kelas, tp nak try gn kaedah ckg

tuk bab ln... Nmpknyer mmg berkesan... Trima lsh bnyk2 atas perkongsian

ckg

Cikgu Sila scr peribadi sy suka dgn teknik dan nota yg cgu Rosli Bin

Hamid... mudah faham...

Narzuki Yaacob Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Cg

Rosli Bin Hamid. http://cgnarzuki.com/?p=2427

Cg Salwa Prinsip Akaun tqvm for sharing...very useful...Saya

memang wajibkan pelajar ada highlighter tu tp baru satu...lepas ni nak suruh

mereka beli 3 lagi...

Bantuan Teknikal dan Maklum balas

Sila hubungi saya melalui :

Sms: 012-5591893

Facebook: Rosli bin Hamid

Blog : http://cikguroslihamid.blogspot.com