- Soalan 3 Mona

6
4..0 BINCANGKAN DAN HURAIKAN TIGA MASALAH PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH DAN CARA MENGATASINYA . Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara formal dan tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujun untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentasiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru mengembnagkan potensi murid ketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut Polson & Jeffries (1985), mereka telah mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah. Manakala menurut Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Selain itu,Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal reasoning” dan “everyday reasoning4.1 Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Pentaksiran Formal)

Transcript of - Soalan 3 Mona

Page 1: - Soalan 3 Mona

4..0 BINCANGKAN DAN HURAIKAN TIGA MASALAH PENTAKSIRAN

FORMAL DAN TIDAK FORMAL PENDIDIKAN MORAL DI

SEKOLAH DAN CARA MENGATASINYA .

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan

kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Ia

hendaklah dilaksanakan secara formal dan tidak formal selaras dengan Seksyen 19

Akta Pendidikan 1996. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujun untuk

mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan

mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentasiran membolehkan guru

mengambil tindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru

mengembnagkan potensi murid ketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan

psikomotor.

P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya

bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut Polson & Jeffries

(1985), mereka telah mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan

kemahiran penyelesaian masalah. Manakala menurut Ennis (1985, 1991) berpendapat

pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Selain itu,Galotti

(1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu

“formal reasoning” dan “everyday reasoning”

4.1 Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Pentaksiran Formal)

· i) Membebankan guru

Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal yang

sama juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali kelemahan

pentaksiran berasaskan sekolah ialah membebankan guru-guru disekolah. Hal ini

demikian kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang ditubuhkan. Antara

kelemahannya ialah guru perlu merekod band murid-murid. Jika setiap guru mengajar

dalam 120 orang murid dalam satu sekolah, maka hal ini akan membebankan. Ini

adalah kerana guru bukan sahaja memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja

Page 2: - Soalan 3 Mona

malah tanggungjawab lain yang ditanggung lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan

juga amat terhad. Selain itu, hal ini juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhar

tentang rungutan guru-guru tentang beban ini. Disamping itu juga, sekiranya pentaksiran

ini tidak dapat disiapkan di sekolah, guru akan membawa pulang kerja ini ke rumah dan

ini akan mengganggu masa guru tersebut bersama keluarga. Maka, jelaslah bahawa

pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.

·ii) Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS

Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua guru

perlu ada jalur lebar atau dalam kata lain “broadband” untuk menyiapkan program ini.

Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan sekolah berlaku

apabila jika seseorang guru melakukan aktiviti merekod band-band murid ke dalam data,

dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain. Kemudian guru tersebut ingin

menyambung kembali tugasan itu, beliau perlu bermula dari awal dan menekan butang

“next” sehinggalah sampai rekod yang terakhir. Hal ini amat menyukarkan guru dan

telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi jika jalur lebar yang ada adalah

lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh guru dalam blog dan akhbar-akhbar

yang lepas dan mengharapkan pihak berkenaan mengubah proses ini ke arah yang

lebih cepat dan maju.

· iii) Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak

Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu dari

band 1 hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang menggunakan gred iaitu gred

A, B, C dan seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai oleh para ibu bapa kerana

mereka tidak dapat mengetahui lebih terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak.

Sesetengah ibu bapa yang kurang pandai pula tidak tahu apa itu band?, anak-anak

lemah dimana? Dan sebagainya persoalan yang timbul dalam fikiran ibu bapa. Selain

itu, melalui penggunaan pentaksiran berasaskan sekolah ini juga menyebabkan ibu

bapa akan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut

anak-anak akan gagal pada masa peperiksaan sebenar. Disamping itu juga, ibu bapa

tidak dapat tahu secara terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak kerana guru

sahaja yang menyimpan maklumat murid-murid yang sebenar dan ibu bapa hanya dapat

Page 3: - Soalan 3 Mona

maklumat yang umum sahaja. Tuntasnya, kelemahan ini amat dikesali oleh ibu bapa

kerana mereka menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku

iaitu ibu bapa tidak dapat mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka.

4.2 Kelemahan Pentaksiran Tidak Formal

4.3 Cara Mengatasi Kelemahan Pentaksiran Formal Dan tidak Formal

Cara formal dalam penilaian formatif memerlukan penyediaan ujian yang melibatkan

beberapa langkah seperti berikut :

1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai

2. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.

3. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu.

4. Membetulkan item ujian.

 Berdasarkan pernyataan di atas, beberapa langkah mengatasi kelemahan Pentaksiran

Formal dan Tidak Formal perlu dilakukan. Antaranya ialah:

4.3.1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai.

Pada peringkat ini, guru perlu mengenalpasti dan menyusun tajuk-tajuk pembelajaran

yang akan diajar. Tajuk-tajuk pembelajaran ini pula hendaklah disusun mengikut tahap

kesukaran dari mudah kepada sukar dan dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang

mudah sekiranya ia mencakupi tajuk yang luas.

Page 4: - Soalan 3 Mona

4.3. 2. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.

Setelah tajuk-tajuk yang akan diajar disusun, guru perlu menetapkan peringkat

pencapaian yang dikehendaki berdasarkan objektif pembelajaran dan isi pelajaran yang

terdapat dalam tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru menetapkan murid-murid perlu

dapat membezakan najis mukhaffafah dan najis mutawasittah pada tajuk ibadah tahun

4.

 4.3.3. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu.

Pada peringkat ini, penyediaan ujian formatif merangkumi pencapaian yang dikehendaki

sebelum ini. Ianya tertakluk hanya pada unit atau tajuk-tajuk pembelajaran yang tertentu

secara khusus. Guru mempersiapkan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit atau

tajuk pembelajaran tertentu yang telah diajar sahaja.

 4.3.4. Membetulkan item ujian

Selepas perlaksanaan ujian dilakukan, guru perlu membuat refleksi pembelajaran dan

pengajaran berdasarkan keputusan ujian formatif tersebut. Kelemahan dan penguasaan

murid secara optimum dalam seseuatu topik atau unit pembelajaran dapat dikenalpasti

selepas itu. Tindakan susulan perlu dilakukan yang mana melibatkan pemulihan bagi

mengatasi kelemahan murid dan pengayaan bagi memastikan murid terus menguasai

sesuatu kemahiran di dalam sesebuah tajuk pembelajaran yang telah diajar.

 

Perlaksanaan ujian formatif secara tidak formal adalah seperti mengadakan sesi soal

jawab secara lisan, latihan congak, kuiz dan memeriksa hasil lembaran kerja murid.

Manakala perlaksanaan ujian formatif secara formal adalah seperti mengadakan ujian

kertas-pensel selepas beberapa unit kemahiran atau sesuatu unit pembelajaran telah

diajar. Perlaksanaan ujian ini seterusnya boleh dilaksanakan secara individu, kumpulan

atau kelas. Ianya tidak membabitkan tingkatan atau keseluruhan jumlah murid yang

ramai dalam sesuatu tahun pada sesuatu masa.

Secara amnya, ujian formatif yang dilaksanakan secara tidak formal tidak direkodkan.

Bagi ujian formatif yang dilaksanakan secara formal pula, ianya direkodkan

Page 5: - Soalan 3 Mona

menggunakan senarai semak atau rekod prestasi murid. Melalui perlaksanaan ujian

formatif ini, tindakan seterusnya adalah membetulkan kesilpan murid dan menyediakan

program pemulihan atau pengayaan sesuai dengan tahap pencapaian murid.

Melalui ujian ini, murid-murid bermotivasi dan yakin untuk terus berusaha memperbaiki

kelamahan dan berusaha ke arah kecemerlangan kelak.