LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM...

29
LGMPC Pengurusan LGMPC mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada Encik Sankara Narayanan A/L Sankaran Nair diatas perlantikan sebagai Pengerusi baru LGMPC. Telah dilantik sebagai Pengerusi LGMPC mulai dari Julai 2018 dan merupakan pengerusi yang ke 7 selepas Dr Mansor Abd Rahman. En Nair merupakan Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pemegang Ijazah LLB (Kepujian) dari Cardiff Law School, University of Wales, UK ini telah mula berkhidmat dalam perundangan berkaitan Litigasi, Perseorangan, Perniagaan, Undang-undang Perdagangan/ Penipuan, Insurans Am, Undang-Undang Maritim, Torts dan Undang-Undang Jenayah. Encik Sankara juga merupakan Rakan Urusan sebuah Firma Perundangan SN NAIR & PARTNES En Nair pernah berkhidmat di Angkatan Polis Diraja Malaysia sebagai Penolong Supt. Polis di Bahagian Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah dan Tugas Umum. KELUARAN 24 EDISI KHAS 2018

Transcript of LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM...

Page 1: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

LGMPC

Pengurusan LGMPC mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada Encik Sankara Narayanan

A/L Sankaran Nair diatas perlantikan sebagai Pengerusi baru LGMPC. Telah dilantik sebagai

Pengerusi LGMPC mulai dari Julai 2018 dan merupakan pengerusi yang ke 7 selepas Dr Mansor Abd

Rahman.

En Nair merupakan Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pemegang Ijazah LLB

(Kepujian) dari Cardiff Law School, University of Wales, UK ini telah mula berkhidmat dalam

perundangan berkaitan Litigasi, Perseorangan, Perniagaan, Undang-undang Perdagangan/

Penipuan, Insurans Am, Undang-Undang Maritim, Torts dan Undang-Undang Jenayah. Encik

Sankara juga merupakan Rakan Urusan sebuah Firma Perundangan SN NAIR & PARTNES

En Nair pernah berkhidmat di Angkatan Polis Diraja Malaysia sebagai Penolong Supt. Polis di

Bahagian Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah dan Tugas Umum.

KELUARAN 24 EDISI KHAS 2018

Page 2: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

MESYUARAT SEMAKAN & MENGEMASKINI SOP PERLADANGAN KE ARAH

PENSIJILAN MSPO ❖ 18–19 Jan 2018 (Ladang Pahang Tenggara)

❖ 7–9 Feb 2018 (Ancasa Residences, Port Dickson)

❖ 16 – 19 April 2018 (Syeun Hotel, Ipoh Perak)

Mesyuarat MSPO “LGMPC Ke Arah

Pensijilan MSPO” telah diadakan di AncasaResidences, Port Dickson pada 7 – 9 Februari2018 serta dihadiri oleh Pengurus, Penyelia,Penolong Penyelia dan Pembantu Tadbir dariunit-unit perladangan. Wakil BPSM turuthadir sebagai penganjur dan sekretariat.

Perbincangan Deraf SOP untuk tujuan

Pensijilan MSPO telah diadakan pada 16 – 19April 2018 di Syeun Hotel, Ipoh Perak, dihadirioleh kakitangan dari Unit Perladangan danwakil BPSM.

Pada 18 & 19 Januari 2018 bertempat di

Bilik Mesyuarat Ladang Pahang Tenggara,Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengurus,Penyelia, Penolong Penyelia dan PembantuTadbir dari unit-unit perladangan. WakilBPSM turut hadir sebagai penganjur dansecretariat.

Page 3: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

Sesi penerangan tentang Malaysia

Sustainable Palm Oil (MSPO) kepada kakitangan

Ladang LGM Begia, Pahang Tenggara dan

Panti/Penawar serta penduduk setempat,

kontraktor dan pekerja ladang. Turut hadir

bersama adalah Pengurus Pentadbiran &

Sumber Manusia serta PA kepada CEO.

Taklimat telah disampaikan oleh Tn Asri bin Abd

Ani bertujuan untuk memberi penerangan yang

lebih spesifik tentang kriteria dan cara

perlaksanan MSPO.

Diharap dengan penerangan ini semua pihak

yang terlibat mendapat manfaat secara

langsung di dalam persediaan bagi

mendapatkan persijilan tersebut

SESI TAKLIMAT MSPO DI

LADANG-LADANG

❖ 21 – 22 Feb 2018 (Ladang Begia)

❖ 27 – 28 Feb 2018 (Ladang Pahang Tenggara)

❖ 26 – 28 Mac 2018. (Ladang Panti/Penawar)

Taklimat MSPO kepada kakitangan Ladang Pahang Tenggara, kontraktor, masyarakat setempat telah diadakan pada 27 – 28 Februari 2018. Taklimat oleh En. Asri Abd Ani dibantu oleh Hj. Iskandar Zulkarnain Hj. Hussin.

Page 4: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

KURSUS MSPO

❖ 21-22 Mac 2018 (Hotel Silka Maytower KL)

❖ 26-27 Mac 2018 (Vistana Hotel KL Titiwangsa)

❖ 11 April 2018 (Silka Maytower Hotel, KL)

❖ 12 April 2018 (Silka Maytower Hotel, KL)

❖ 14-15 Mei 2018 (Silka Maytower Hotel, KL)

GAP Analysis for Successful Certification anjuran MDV Management Sdn Bhd pada 21 – 22 Mac 2018 di Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur telah dihadiri oleh En. Asri Abd Ani, Hj. Iskandar Zulkarnain Hj. Hussin, En. Rosli Kassim, En. Mat Ariffin Ibrahim dan En. Muhammad Farid Omar.

Occupational Safety and Health in Plantation Operation anjuran Green Insight Training & Development PLT pada 26 – 27 Mac 2018 di Hotel Vistana Hotel KL Titiwangsa telah dihadiri oleh En. Mohd Affendi Zamri, En. Azrul Ahmad dan En. Mohd Zosri Che Ibrahim.

HIRARC for Sustainable Plantation Operations anjuran MDV Management Sdn Bhd pada 11 April 2018 di Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur telah dihadiri oleh En. Rosli Kassim, En. Mat Ariffin Ibrahim dan En. Muhammad Farid Omar yang terlibat dengan aktiviti pensijilan MSPO.

Good Agricultural Practices in Field Upkeep for Sustainability Palm Oil anjuran MDV Management Sdn Bhd pada 12 April 2018 di Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur telah dihadiri oleh En. Asri Abd Ani, En. Rosli Kassim, En. Mat Ariffin Ibrahim dan En. Muhammad Farid Omar.

Internal Audit Program anjuran MDV Management Sdn Bhd pada 14-15 Mei 2018 di Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman MSPO, LGMPC Hj. Iskandar Zulkarnain Hj. Hussin, Pn. Hamidah Abdullah, En. Wan Sharifudzillah Wan Abdul Malik, Pn. Siti Roshida Othman dan Pn. Intan Saidatul Balqiah Kamarudin.

Page 5: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

RUMAH KAKITANGAN LADANG LGM

PAHANG TENGGARA TERBAKAR!!

Pada 17 November 2018, 6.30 petang telah

berlakunya satu tragedi yang tidak diingini iaitu

kebakaran di rumah kakitangan No.3. Ladang LGM

Pahang Tenggara. Rumah ini baru sahaja dibaiki

untuk dijadikan penempatan kepada pelajar-pelajar

praktikal. Daripada makluman staf yang berada di

kuarters tersebut, kejadian kilat yang kuat serta

petir termasuk lampu-lampu rumah mereka berklip-

klip sebelum kebakaran berlaku. Semasa kebakaran,

pihak TUDM telah bekerjasama dengan pasukan

forensik BOMBA untuk memadamkan api. Punca

kejadian masih di dalam siasatan dan tiada

kemalangan jiwa berlaku.

Page 6: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

PEMPROSESAN CREPE RUBBER DAN

SERUM BERSKALA KOMERSIAL

Anjuran Lembaga Getah Malaysia bertempat di Pusat

Pemprosesan Crepe Rubber Dan Serum, Sg. Sari, Kedah pada

6 – 8 Mac 2018. Aktiviti pemprosesan crepe rubber dan

serum berskala komersial ini dilaksanakan bagi tujuan

penilaian ekonomi dan pengambilan sampel. Bagi tujuan ini

bahan mentah dari Tradewinds Plantation Berhad dari

Ladang Bukit Ketapang akan digunakan sepenuhnya dan

dijangkakan kualiti serta kuantiti serum yang dihasilkan akan

memberikan gambaran sebenar keperluan dan hasil serum

yang terhasil. Latihan kerja ini telah dihadiri oleh En. Mat

Ariffin Ibrahim, En. Mohd Yusof Ismael dan En. Abdul Kamar

Pa Kamis @ Din.

Pusat Memproses Getah (PMG) Ladang LGM Pahang Tenggara

Pusat Memproses Getah (PMG) sedang dalam peringkat akhir pembinaan dan telah mula menerima peralatan Bio

Proses pada 12 Sept 2018, ketika ini pihak kontraktor sedang giat membuat pemasangan bagi memastikan PMG ini

dapat berfungsi mulai pada Tahun 2019.

Pusat ini dijangka dapat menambahkan pendapatan kepada LGMPC kerana tujuan utama kilang ini didirikan adalah

untuk memproses sumber bahan mentah bermutu tinggi yang dipanggil “ Serum” dimana selama ini ianya terbuang

begitu sahaja. PMG ini mampu memproses getah cuplump dari hasil torehan yang disimpan tidak melebihi 3 hari

sebanyak 10 mt sehari dan dengan keupayaan ini hasil cuplump yang dijual oleh ladang kepada pihak ke tiga akan

ditamatkan.

Kebaikan PMG ini adalah dapat memberi tambah nilai kepada cuplump yang dijual selama ini daripada 1 bahan

jualan kepada 4 bahan utama yang terhasil iaitu Crepe rubber, Bahan Protein, Glucose & Air Bersih.

Page 7: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

Pokok yang telah diserang

oleh tenuk

PEMASANGAN PERANGKAP TENUK

DILADANG LGM PAHANG TENGGARA

Ladang LGM Pahang Tenggara telah dikunjungi oleh

Jabatan Perlindungan Haiwan Liar (PERHILITAN) pada 21

Ogos 2018 bagi tujuan untuk tinjauan dan pemasangan

perangkap sangkar tenuk (Tapirus Indicus). Disamping itu

juga, pihak ladang turut mengambil langkah-langkah

kawalan yang tertumpu dikawasan sempadan hutan

kerana diserang tenuk. Antara langkah perlindungan yang

dibuat adalah dengan cara ikatan balutan guni pada

setiap batang pokok yang diserang serta pokok-pokok

yang dijangka akan diserang tenuk. Manakala pihak

Perhilitan Muadzam Shah telah memasang perangkap

sangkar berumpankan buah /mayang nangka & daun

nangka. Tenuk yang terperangkap akan diserahkan

kepada pihak Perhilitan Rompin. Rekod serangan tenuk

telah menyerang sebanyak lebih kurang 600 pokok pada

tahun 2017 manakala sebanyak 5290 pokok getah muda

di Fasa 3E dan Fasa 3C tahun 2018.

Page 8: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

PENYEDIAAN BENIH

BCMP/MAXI (APM) UNTUK

TANAMAN FASA 4A & 5A DI

LADANG LGM PAHANG

TENGGARA

Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam

sebanyak 9,000 pokok dari berlainan klon untuk

dijadikan sumber (RTH) Ranting Tunas Hijau bagi

memastikan bekalan ranting untuk cantuman adalah dari

sumber yang tulen supaya klon-klon yang dirancang

untuk tanaman 5 tahun ke hadapan bermula 2019 hingga

2024 adalah didapat memberikan hasil terbaik.

Pihak ladang juga telah memperuntukkan keluasan

seluas 5.60 hektar manakala untuk semaian pokok

Maxi & Advance Planting Material seluas 1.87 ha

termasuk tapak sedia ada seluas 5.00 hektar

menjadikan keseluruhan kawasan adalah seluas

12.47 hektar. Pihak ladang akan menumpukan

perhatian hanya mengeluarkan anak benih

cantuman muda polybag 2 pusaran daun sebagai

media tanaman yang terbaik. Kriteria utama diberi

perhatian adalah seperti mutu dan kualiti yang

menepati kehendak dan pengesyoran pihak LGM.

Iaitu memilih ciri-ciri dan sifat klon terbaik dan

amalan penyediaan benih yang terkini supaya

benih yang dibekalkan mempunyai keseragaman

dan tumbesaran dengan mencapai ketinggian 12” –

18 “ dalam tempoh 3 bulan sebelum dipindahkan

ke ladang.

Pihak ladang sedang giat menyediakan tapak semaian

di Fasa 2 bagi memastikan kejayaan penanaman semula

getah di Fasa 4A & 5A menepati masa jangkaan dan

boleh dijadikan contoh “Model Ladang Getah Terbaik”

demi kelangsungan Dalam Industri Getah Negara.

Penyerahan Nissan Urvan 350 Van untuk

kegunaan Ladang Pahang Tenggara

Prihatin terhadap masalah kenderaan untuk kegunaan anak-anak kakitangan

ladang ke sekolah, pengurus BPSM Hj. Iskandar telah menyerahkan sebuah van

baru jenis Nissan Urvan 350 kepada Penolong Pengurus Ladang Ibam En. Mohd

Amin Deraman pada 9 Februari 2018.

Page 9: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan,

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan

LANTIKAN BARU.

En. Subbraham Bin Salehludin telah dilantik

secara kontrak sebagai (Penyelia Ladang) dan

ditempatkan di Ladang Pahang Tenggara pada

1 Jun 2018.

PERSARAAN

Waktu akan terus berputar membuat

perubahan. Begitu juga di alam pekerjaan

seseorang mempunyai waktu yang

tersendiri dalam meninggalkan sesuatu

dan bakal memulakan perjalan hidup

yang baru. Pada 31 Oktober 2018 yang

lalu merupakan hari terakhir Tn. Hj Zahari

bin Abd Rahman, 58 ataupun dikenali

dengan panggilan (Hj.Z) dalam

menjalankan tugasnya sebagai Penolong

Pengurus Ladang LGM Pahang Tenggara. Beliau memulakan karier bersama LGM sehinggalah

bersara bersama LGM Properties Corporation.

Berpengalaman luas dalam semua skop kerja-kerja

ladang termasuklah penjagaan kawasan getah muda,

penanaman semula, kawasan matang getah dan sawit

matang. Beliau juga telah memegang pelbagai

jawatan semasa berkerja di LGM dan juga LGMPC ini

iaitu sebagai Pembantu penyelidik LGM (Jun 1987-

2002) Penyelia Ladang Kanan (2002-2014) dan

Penolong Pengurus LGMPC (2014-Okt 2018). Pihak

LGMPC mengucapkan terima kasih diatas sumbangan

yang telah diberikan.

Page 10: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

PENYERAHAN HILUX LADANG BEGIA

Pada tarikh 22.02.2018 pihak Ladang LGM Begia

telah menerima 1 Unit Hilux baru bagi menggantikan

hilux lama yang telah uzur. Penyerahan telah

disempurnakan oleh Tn Asri bin Abd Ani Pengurus

Kanan (Perladangan) manakala bagi pihak ladang

diwakili oleh En Rosli Bin Kassim. Semoga dengan

adanya kenderaan baru ini dapat melancarkan lagi

pengurusan Ladang LGM Begia pada masa yang akan

datang.

KPE, KSU, KP LGM DAN PKP BERSAMA

TETAMU YANG HADIR

LAWATAN TKSUK MPIC DI LADANG LGM

BEGIA Pada 14 Mei 2018, satu lawatan yang telah dihadiri oleh

TKSUK MPIC iaitu YBHG Datuk Zurinah Binti

Pawanteh(KSU), turut mengiringi beliau ialah Ketua

Pengarah LGM YBRS Zairossani bin Mohd Nor (KP LGM)

dan Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC iaitu Tuan Kamil

Daniel(KPE).

Ini adalah kali pertama beliau melawat ladang LGM Begia, semenjak dilantik menjadi Timbalan Ketua Setiausaha MPIC. Diharap segala komen dan cadangan beliau dapat di jadikan panduan ke arah masa depan Ladang LGM Begia

PROGRAM BUBUR ASYURA

Program bubur asyura telah disertai oleh kakitangan

Ladang LGM Begia Bersama penduduk kampung

berhampiran. Program ini dibuat dengan hasil

kutipan Bersama dan pada Tarikh 28hb September

2018 bersamaan 18 Muharam 1440H di Pejabat

Ladang LGM Begia.

Program ini diuruskan oleh Persatuan Kelab Wanita Ladang

LGM Begia. Ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturahim

antara kakitangan Ladang LGM Begia dengan penduduk

kampung.

Lawatan Agronomis di Ladang LGM

Panti

LAWATAN AGRONOMIS

Seperti kebiasaan, setiap tahun ladang akan dilawati

oleh Agronomis untuk memberi nasihat dan panduan

terbaik amalan agro. En. Ismail Bin Mohamad Yunus

dari Sime Darby Seeds & Agricultural Services Sdn Bhd

telah melawati Ladang LGM Panti dan Penawar pada

15 Mei 2018 bagi melihat potensi ladang serta

membuat cadangan pembajaan bagi tahun 2019.

LAWATAN PIHAK PENGURUSAN

LGMPC

Pada 18 dan 19 Julai 2018, pihak pengurusan

LGMPC telah membuat lawatan ke Ladang LGM

Penawar dan LGM Panti. Kumpulan pengurusan ini

dibawa melawat keadaan ladang bagi melihat

perkembangan terkini ladang.

Page 11: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

PROGRAM BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH SIK DI LADANG LGM BEGIA

Program keselamatan dan kesihatan diadakan di

Ladang LGM Begia bertujuan untuk memberi penerangan

berkaitan penggunaan alatan PPE dan Peti Kecemasan

kepada kakitangan serta pekerja di Ladang LGM Begia.

Selain memberi penerangan, pihak kesihatan juga

menjalankan pemeriksaan kesihatan secara percuma

kepada kakitangan serta pekerja yang hadir. Program

ini diadakan pada 20 September 2018 melibatkan

kakitangan serta pekerja yang kontrak seramai 23

orang.

Banyak isu-isu yang telah dibincangkan termasuk

langkah-langkah cara pencegahan kemalangan,

tindakan yang diambil oleh JKKP supaya dapat

meningkatkan lagi jaminan keselamatan dan kesihatan

pekerja di ladang LGM Begia. Pengerusi mengesyorkan

agar pemeriksaan kesihatan (medical surveliance)

perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam

setahun bagi pekerja-pekerja yang terlibat secara

langsung dengan bahan kimia contohnya seperti kerja

meracun dan membaja bagi individu yang terlibat.

MESYUARAT PIHAK LGMPC BERSAMA JKKP DI LADANG LGM BEGIA

Mesyuarat JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung Persekutuan (JKKP). Di Ladang LGM Begia

Bersama ahli jawatan kuasa kali ke 3 diadakan pada 16

Ogos 2018 jam 3.30pm bertempat di bilik mesyuarat

Ladang LGM Begia.

Pihak Kesihatan Daerah Sik Bersama kakitangan

dan pekerja LGM Begia

Penerangan dari pihak kesihatan

Mesyuarat pihak lgmpc bersama

JKKP

Page 12: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok
Page 13: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok
Page 14: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok
Page 15: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok
Page 16: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok
Page 17: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

Penyerahan sijil penghargaan kepada Sarjan Rizuan Asidi

Di samping itu, sijil penghargaan juga telah diberikan kepada

dua orang anggota Polis Bantuan iaitu Sarjan Rizuan Asidi

dan Konstabel Rai De Larry a/l Mazlan. Mereka telah diberi

penghargaan atas keberanian mereka dalam menggagalkan

satu cubaan menceroboh di Pusat Penyelidikan Getah Sungai

Buloh ketika cuti raya Aidilfitiri baru-baru ini. Tahniah

diucapkan kepada mereka berdua kerana telah menjalankan

tugas dengan jayanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Ketua Unit

Pentadbiran (UPD); Puan Emilia Kassim, Pengurus

(Pentadbiran & Sumber Manusia); Tuan Hj. Iskandar

Zulkarnain Hj Hussin dan Eksekutif (Pentadbiran & Sumber

Manusia); Puan Intan Saidatul Balqiah Kamarudin dan

Pembantu Tadbir; En. Abdul Rahman Ismail. Majlis diakhiri

dengan bacaan ikrar oleh anggota-anggota Polis Bantuan

yang telah dilantik. Tahniah diucapkan kepada semua

anggota Polis Bantuan LGMPC semoga mereka semua dapat

menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan dengan

kehadiran mereka semua keselamatan di Pusat Penyelidikan

lebih selamat dan lebih terjamin.

Barisan-barisan anggota Polis Bantuan LGMPC dengan kakitangan

LGM dan LGMPC bersama dua orang Inspektor Polis Bantuan.

Ucapan daripada Ketua Pengarah Bahagian Pelesenan

Penguatkuasaan Dan Perkhidmatan Sokongan (BPPS)

LGM; Encik Azhan Haris Ajidan

Encik Azhan Haris Ajidan dan diiringi oleh Inspektor

Farid Afiffudin Ramli menyampaikan sijil

perlantikan kepada salah seorang anggota baru

Polis Bantuan LGMPC

MAJLIS PELANTIKAN POLIS

BANTUAN LGMPC

Pada 7 Ogos 2018 telah berlangsungnya majlis

penyerahan sijil pelantikan Polis Bantuan LGMPC

di Pusat Penyelidikan Getah di Sungai Buloh.

Seramai 38 orang anggota Polis Bantuan telah

dilantik dan penyerahan sijil-sijil ini disampaikan

oleh Ketua Pengarah Bahagian Pelesenan

Penguatkuasaan Dan Perkhidmatan Sokongan

(BPPS) LGM; Encik Azhan Haris Ajidan dan diiringi

oleh dua orang Inspektor iaitu Inspektor Farid

Afiffudin Ramli dan Inspektor Muhamad Afandi

Zakaria.

Page 18: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

SEDIA BERAKSI… Barisan para pemain Bola Sepak pasukan

Oren yang diketuai oleh En. Yahya Azmuddin Ayob (Dalam

Gambar: Berdiri dua dari kanan)

TEAM NETBALL WANITA … Pasukan netball wanita

juga tidak ketinggalan dengan diketuai oleh Pn.

Suhaini Haron (Dalam Gambar: Lima dari kiri)

TEAM FUTSAL LELAKI… Fadzli & Fariq dari LGMPC

turut sama membantu pasukan oren.

BOWLING TEAM… Pasukan Oren diwakili oleh

Puan Hamidah dan Hj. Iskandar.

SYABAS UNTUK JUARA KITA…Para pemenang dari pasukan Oren

dengan bangganya bergambar bersama KP dengan menunjukkan

pingat kemenangan masing-masing dalam acara badminton.

TEMASYA SUKAN PIALA KP

Pada 24 sehingga 27 April 2018 pihak LGM

telah mengadakan temasya sukan piala KP

bertempat di Akademi Hevea Sungai Buloh,

Selangor. Kakitangan LGMPC dari Ibupejabat,

kakitangan dari unit ladang dan Polis Bantuan

juga turut serta dalam kejohanan ini.

PASUKAN OREN, BUAT YANG TERBAIK… Mungkin itu adalah yang

dinyatakan oleh KPE LGMPC En. Kamil Daniel semasa majlis perasmian

sukan KP LGM pada 25 April 2018

GABUNGAN MANTAP LGMPC & BEPG, LGM…di temasya Sukan

Piala KP 2018 tahun ini telah mengabungkan Unit BEPG(LGM)

dengan kakitangan LGMPC. Kelihatan dalam gambar KP LGM Dr.

Zairosaini menyerahkan bendera kepada ketua pasukan Oren.

Page 19: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

Minyak Sawit dan cendol

dari santan sawit antara

buah tangan yang diberikan

kepada para peserta yang

mengambil bahagian dalam

acara tersebut.

BARISAN VIP… Juga tidak ketinggalan memeriahkan

Majlis Sambutan 100 Tahun Industri Sawit tersebut.

Gelagat Warga LGMPC bersama KP LGM… (Dalam gambar dari kiri ke

kanan) Saiful Rizal, Abdul Rahman, KP LGM Dr. Zairoshani, KPE LGMPC

Daniel Kamil, KSU Datuk. Zurinah Pawanteh, Hamidah & Lee Chi Yen

beraksi dengan medal penyertaan masing-masing.

LARIAN SAWIT

Majlis Sambutan 100 Tahun Industri

Sawit telah diadakan pada 13 Mei

2018 di Putrajaya. Ketua Pegawai

Eksekutif En. Kamil Daniel dan

kakitangan ibu pejabat turut dijemput

hadir bagi memeriahkan lagi Majlis

Sambutan 100 Tahun Industri Sawit

tersebut. Antara Acara yang diadakan

termasuk Senamrobik, Demo

Masakan, Pameran, Jualan dan Fun

Run (Larian 100 Tahun Industri Sawit).

Page 20: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

KONVENSYEN KEBANGSAAN AMALAN

BAIK PERATURAN (GRP) 2018

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yab Dato’Seri Dr Wan

Azizah Dr. Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Seramai 13 kakitangan pengurusan LGMPC yang turut serta

didalam majlis tersebut. Ia diadakan pada 11 Oktober 2018

bertempat di Putrajaya Marriott Hotel.

TAKLIMAT SISTEM INSURANS PEKERJAAN

Pada 12 Februari 2018 bertempat di Premiera Hotel, Kuala Lumpur

satu Taklimat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2018.Kakitangan dari

Bahagian PSM yang turut serta dalam taklimat ini ialah Puan Intan

Saidatul Balqiah dan Puan Amelia Veleriano.

BENGKEL “DISABILITY & EQUALITY TRAINING:

TOWARDS INCLUSION AND DIVERSITY

Pada 24 Julai 2018 satu kursus telah dianjurkan oleh PERKESO di

Dewan Pancadelima Wisma PERKESO Petaling Jaya. Kakitangan

LGMPC yang terlibat adalah Puan Intan Saidatul Balqiah; Eksekutif

Pentadbiran Sumber Manusia. Beliau mengatakan banyak ilmu dan

pengajaran yang dapat dari kursus ini seperti yang telah dikongsikan

oleh En. Fariz Abd Rani, penceramah Disability & Equality Training.

Page 21: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

TERIMA KASIH TUAN KPE…

Senyuman yang terukir

dalam suasana yang pilu dan

mengharukan amat dirasai

dikalangan kakitangan

LGMPC yang lebih merasai

kehilangan “Atuk” yang

mereka sayangi.

JASA MU DIKENANG

Setiap bermula akan

berakhir, begitu juga dengan

En. Mohd Saad Ab Rahman

Penyelia Landskap dari Unit

Penyelenggaraan yang telah

berkhidmat dengan LGMPC

sejak ditubuhkan pada tahun

2002.

Beliau telah berkhidmat selama 16 tahun. Dikenali dengan panggilan “Atuk” di kalangan kakitangan LGMPC.

Beliau menyatakan banyak kenangan yang menarik semasa berkhidmat di LGMPC dan selain dapat

melancong ke Indonesia, Vietnam, China dan Taiwan. Sebelum bersama di LGMPC, beliau pernah bekerja

operator di kilang kain, pekerja dispatch dan perhotelan. Semoga kenangan bersama di LGMPC tidak

dilupakan. “Senang-senang datang singgah ke LGMPC “ujar Azli yang sama-sama berkhidmat dengan En.

Saad.

SIJIL PENGHARGAAN

DIHULURKAN….

Sempena mengenang

jasa En. Mohd Saad Ab

Rahman (Penyelia

Landskap) dari Unit

Maintenance yang

telah menabur bakti

dengan LGMPC

selama 16 tahun.

Page 22: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

Encik Kamil Daniel bersama barisan Kakitangan LGMPC

Sending our wefie to

NASA, because we are

stars

Pembuka kata dari Encik Kamil Daniel

INDAHNYA SYAWAL

Kedatangan syawal pada kali ini lebih indah

walaupun ia dilakukan secara ringkas dan tanpa

perancangan yang rapi. Kakitangan dari Bahagian

Pentadbiran dan Sumber Manusia telah

berusahasama mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya

Aidilifitri 2018. Bilik Mesyuarat Ridley Resources

Centre menjadi tempat pilihan dimana jamuan ini

diadakan pada 4 Julai 2018. Majlis ini dimulakan

dengan ucapan pembuka kata dari KPE; Encik Kamil

Daniel.

Page 23: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

Ok dengar sini

semua saya nak

berucap ni ...

Ha apa dia?

You tanya apa

tadi?

Smartnya saya... opsss

terangkat bakul

sendiri la pula... hehe

Cantik pulak lampu disko

ni... kalau letak kat rumah

pun bagus... haha

Bangganya saya jadi

Legasi Pahlawan Melayu

Page 24: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

Puan Suhaini Haron memegang

profail sebagai Pengurus Kanan

Bahagian Pelaburan dan

Pembangunan Komersial pada 1

Februari 2018. Sebelum ini beliau

juga telah berkhidmat dengan Halal

Hub serta berkemahiran dalam

bidang strategi perniagaan dan

pelaburan.

Puan Hidhayatul Marikha Mohd Zuki memegang profail

sebagai Pegawai Perundangan pada 1 Februari 2018.

Sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan Halal Hub

dan berpengalaman luas dalam bidang hal-ehwal

perundangan.

SELAMAT DATANG

AHLI BARU LGMPC……

En. Omar Kadir memulakan tugas sebagai

Penyelia Landskap pada 16 Mac 2018

menggantikan En. Mohd Saad Ab Rahman yang

telah bersara. Ini merupakan pengalaman beliau

yang baru di alam pekerjaan. “Selalunya saya

memotong rumput dan pokok-pokok di rumah”

ujar Omar semasa pertanyaan dari En. Rahman.

Encik Nazri Fazidin bin Abd Rahman memgang

profail sebagai Pengurus Projek (Sivil & Struktur)

di Bahagian Hartanah pada 1 November 2018.

Sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan TSH

Resources Berhad dengan memegang profail

yang sama.

Encik Suhairi bin Abidin memegang profail

sebagai Pengurus Projek (Mekanikal & Electrikal)

di Bahagian Hartanah pada 1 November 2018.

Sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan

OMH Electrical Works Sdn Bhd dan memegang

profail yang sama.

Encik Mohd Faisal Helmy bin Md Yusof

memegang profail sebagai Pengurus Projek (IT)

di Bahagian Hartanah pada 1 Disember 2018.

Sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan

Metronic Sdn Bhd dan memegang profail

sebagai Pengurus Projek ELV.

Page 25: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

PENGALAMAN

DITIMBA

Dua orang pelatih Industri telah melapor diri iaitu adik Wan Muhd Affan

Ameer bin Wan Nurmazlan dan Adik Nik Azah Amiera Nik Azham pada 29

Januari 2018 di BPSM. Kedua-dua pelatih adalah dari UiTM Seremban 3 dan

sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Sekalung kerana

telah berjaya mengharungi latihan industri di LGMPC dengan jayanya.

Pelatih Industri ke-3 Adik Joanna Julan Elli dari Kuching, Sarawak juga sempat menimba Ilmu di BPSM. Beliau yang

masih di tahun akhir di Kursus Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia) di Uitm Shah Alam. Beliau merasa

peluang menimba Ilmu di LGMPC begitu berharga kerana LGMPC sedang berkembang maju bagi prospek bisnes

yang mendatang. Ketiga-tiga pelatih Industri telah banyak membantu di bahagian BPSM dan BPPK.

Wan Muhd Affan menerima

cenderahati daripada Hj. Iskandar

Joanna Julan Elli menerima

cenderahati daripada Hj. Iskandar Nik Azah Amiera menerima

cenderahati daripada Hj. Iskandar

Dari kiri Nur Afini, Nur Aznira dan Nurul Azyati

(Pelajar Praktikal)

Pada 3 September 2018 tiga orang pelatih industri adik

Nurul Azyati binti Mat Ariffin; Sarjana Muda Sains

Matematik (Pengkomputeraan), adik Nur Afini binti Md

Ariffin dan adik Nur Aznira binti Ahmad Najamuddin;

Sarjana Muda Sains Matematik. Ketiga-tiga pelatih adalah

dari UiTM Seremban 3.

Mereka bersyukur kerana diberikan peluang untuk

meningkatkan kemajuan diri secara profesional. Selain itu,

latihan ini telah memberikan kelebihan kepada mereka

untuk menceburi dan mempelajari ilmu dalam bidang yang

berbeza iaitu bidang sumber manusia, pelaburan dan

pembangunan komersial. Pelbagai jenis tugasan yang

mereka cuba selesaikan dan dapat dilaksanakan dengan

sebaiknya. Sekalung Tahniah dan penghargaan kerana

telah berjaya mengharungi latihan industri di LGMPC

dengan jayanya.

Page 26: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

INI DIA ORANG KUAT BPH!! Dari kiri, Hanafi, Zulkurnain, Yahya,

Khairul Izwan bin Mohd Isa dan Nurul Atiqah bt Johari (Pelajar

Praktikal) Wan Sharifudzillah, Felicia dan Nur Fairuz.

Pelatih Industri di Bhg Pengurusan Hartanah,

Adik Khairul Izwan bin Mohd Isa dan Adik

Nurul Atiqah bt Johari dari Universiti Tun

Hussein Onn (UTHM) Sarjana Muda

Pengurusan Harta Tanah juga menimba ilmu

bagi mendapatkan pendedahan tugasan-

tugasan berkaitan dengan Pengurusan Harta

Tanah. Sekalung Tahniah dan penghargaan

kerana telah berjaya mengharungi latihan

industri di LGMPC dengan jayanya.

Pelatih Industri di Bhg Pengurusan Hartanah,

adik Muhammad Zulhilmi bin Rosni dari

Institut Latihan Perindustrian Jabatan

Tenaga Manusia (Kementerian Sumber

Manusia). Beliau bertugas di unit

Penyelenggaraan. Membantu kerja-kerja

berkaitan parkir dan penyelenggaraan

elektrikal dari 2 Julai sehingga 28 September

2018. Sekalung Tahniah dan penghargaan

kerana telah berjaya mengharungi latihan

industri di LGMPC dengan jayanya.

Page 27: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

KAK AMY PUN SAKIT JUGA…

Puan Intan dan Cik Iffah telah

melawat Pn. Amalia Veleriano

(Pembantu Tadbir – Sumber

Manusia) BPSM pada 3 May

2018 yang telah dimasukkan di

Hospital Ampang Puteri,

Selangor sejak 30 April 2018.

SEMOGA CEPAT SEMBUH

SARJAN… Sarjan PB Solikin bin

Goris turut menerima

kunjungan dari Pengurus

BPSM Hj. Iskandar Zulkarnain

Hj. Hussin pada 22 May 2018

di Tropicana Medical Centre,

Kota Damansara

LEPAS PEMBEDAHAN JAGA

PEMAKANAN… Begitulah

nasihat yang diberikan

kepada Konstabel PB Siti

Haida Binti Abd. Ghani yang

turut menerima kunjungan

dari EPSM Pn. Intan Saidatul

Balqiah Kamarudin ditemani

oleh Pn. Amalia Veleriano

pada 26 Jun 2018 di Hospital

Colombia Specialist Centre,

Setapak, Kuala Lumpur.

LAWATAN KE HOSPITAL

SELAMAT PENGANTIN BARU

Tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Nadzirah

Binti Alias; Konstabel Polis Bantuan LGMPC

bersama pasangannya Muhamad Fazlil bin Che

Rus telah diijabkabulkan pada 19 Januari 2018.

Semoga kedua-dua pasangan ini berbahagia dan

kekal hingga ke akhir hayat. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Azzim Bin

Mohd Zahib; Konstabel Polis Bantuan LGMPC bersama

pasangannya Nurul Alin Aliyah Muhd Rosdi telah

selamat melangsungkan perkahwinan pada 12

Oktober 2018. Semoga kedua-dua pasangan ini

berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Page 28: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

KELAHIRAN ANAK KE- 3… Tahniah diucapkan kepada Pn. Khairulniza

binti Mohd Khair (Penolong Penyelia Ladang Begia) kerana telah

selamat bersalin anak yang ke 3 pada 13 April 2018 di hospital INS

Specialist Center Alor Setar. Puteri beliau diberi nama Arissa Zahra

Ahmad Fuzi. Semoga dengan kehadiran insan baru ini dapat

menceriakan lagi keluarga besar LGMPC.

KELAHIRAN KEDUA… Pn. Roslida Wani Zaidul Abidi

(Pembantu Tadbir Perolehan) - telah selamat melahirkan

seorang Putra bernama Muhammad Iman Maula Bin

Mohd Khairul pada 2 Mei 2018 di Hospital Ampang,

Selangor.

KELAHIRAN SULUNG INSP. PB MUHD FARID…

Muhammad Aakif Bin Muhammad Farid Afiffuddin

begitulah nama yang dipilih untuk kelahiran sulung

kepada Muhammad Farid Afiffuddin Bin Ramli

(Inspektor Polis Bantuan) pada 20 Jun 2018.

PUTERI SULUNG EN. FARIQ… Tahniah diucapkan kepada

Muhammad Fariq Bin Rosni (Juruteknik Elektrikal)-BPH yang telah

dikurniakan cahaya mata yang pertama pada 26 Januari 2018 di

Hospital Ampang, Selangor dengan nama Lily Nur Raissa Binti

Muhammad Fariq.

KELAHIRAN KEDUA… Tahniah diucapkan kepada En.

Azrul B. Ahmad kerana dianugerahkan cahaya mata

yang kedua pada 18hb Ogos 2018 di Hospital Sultan

Abdul Halim, Sungai Petani Kedah. Putera beliau diberi

nama Jebat Mirza B. Azrul. Semoga dengan kehadiran

insan baru ini dapat menceriakan lagi keluarga besar

LGMPC.

KELAHIRAN BARU

Page 29: LGMPClgmpc.com.my/images/berita/Berita-2018-Keluaran-24.pdf · TANAMAN FASA 4A & 5A DI LADANG LGM PAHANG TENGGARA Selain dari itu pihak ladang juga akan menanam sebanyak 9,000 pokok

Penasihat

Kamil Daniel

Ketua Pegawai Eksekutif

Penyunting Berita

Haji Iskandar Zulkarnain Haji Hussin

Intan Saidatul Balqiah Kamarudin

Abdul Rahman Ismail

Nurul Azyati Mat Ariffin (Pelajar Praktikal)

Nur Aznira Ahmad Najamuddin (Pelajar Praktikal)

Nur Afini Md Ariffin (Pelajar Praktikal)

Penyumbang Berita

Amalia Veleriano

Mat Ariffin Ibrahim

Nuraini Abu Bakar

Fadzillah Ahmad

Abdul Hamid Hassan

Jurugambar

Saiful Rizal Ghazali

Diterbitkan Oleh

LGM PROPERTIES CORPORATION

Tingkat 3, Bangunan Getah Asli

148, Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur

Tel: 03 2171 1177

Fax: 03 2171 1177/03 2164 4529

Sidang Redaksi Berita LGMPC 2018 mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan / arikel / komen daripada warga LGMPC. Sila kemukan ke [email protected] www.lgmpc.com.my

DIALOG LAWAK

3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga.

Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus

kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5

sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji

kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi,bos..

ATOK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan

datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat….Kalau bertanding silat, tak pernah

kalah.

Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor

kerbau yang tengah mengamuk.”

Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”

Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau

berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah,

sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.

Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”

LAWAK HAMBAR

❖ Kenapa kita beli mouse dekat kedai

komputer sedangkan dekat kedai

haiwan pun ada

❖ Buaya kalau badan badan dia gatal macam mana dia nak garu. Tangan dia

kan pendek. Renung-renungkan lah

❖ Kenapa botol ada penutup tapi tiada pendahuluan