-Teks-Penangguhan-MTQ-2014

4
Draf Teks Ucapan Penangguhan Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran [MTQ] Peringkat Zon Pekan Tambunan 26 FEBRUARI 2014 / 26 Rabiul Akhir 1435H Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdullillahi rabbil alamin, wassolatu wassola muala asrafil anbiai walmursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Selamat Sejahtera dan Salam 1 Akidah. Yang Mulia Saudara / Saudari Pengacara Majlis, Yang Berusaha ......., Pengetua, Guru Besar, Semua AJK Kerja MTQ 2014, Para Hakim, Para Peserta, Seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah perkenan-Nya kita dapat bersama-sama meraikan majlis pada hari ini. Marilah kita merafakkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. sebab atas rahmat dan keizinan- Nya, Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Mukah kali ini dapat dilangsungkan dalam suasana yang penuh muhibbah, aman dan harmoni. Hadirin-hadirat sekalian, Sudah sampai masanya kita, khususnya para Ustaz & Ustazah mengungguli amanah keilmuan dalam melahirkan pelajar cemerlang yang seterusnya akan melahirkan ummah terbilang. Kita perlu melahirkan sebanyak mungkin ulul-albab iaitu cendekiawan (murid-murid) yang mantap ilmu, keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T., yang akan tampil

description

silakan

Transcript of -Teks-Penangguhan-MTQ-2014

Page 1: -Teks-Penangguhan-MTQ-2014

Draf Teks Ucapan PenangguhanMajlis Penangguhan Tilawah Al-Quran [MTQ]

Peringkat Zon Pekan Tambunan26 FEBRUARI 2014 / 26 Rabiul Akhir 1435H

Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdullillahi rabbil alamin, wassolatu wassola muala asrafil anbiai walmursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajmain.

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSelamat Sejahtera dan Salam 1 Akidah.

Yang Mulia Saudara / Saudari Pengacara Majlis,Yang Berusaha ......., Pengetua, Guru Besar, Semua AJK Kerja MTQ 2014, Para Hakim, Para Peserta, Seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah perkenan-Nya kita dapat bersama-sama meraikan majlis pada hari ini.

Marilah kita merafakkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. sebab atas rahmat dan keizinan-Nya, Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Mukah kali ini dapat dilangsungkan dalam suasana yang penuh muhibbah, aman dan harmoni.

Hadirin-hadirat sekalian,

Sudah sampai masanya kita, khususnya para Ustaz & Ustazah mengungguli amanah keilmuan dalam melahirkan pelajar cemerlang yang seterusnya akan melahirkan ummah terbilang. Kita perlu melahirkan sebanyak mungkin ulul-albab iaitu cendekiawan (murid-murid) yang mantap ilmu,

Page 2: -Teks-Penangguhan-MTQ-2014

keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T., yang akan tampil dengan semangat juang yang hebat bagi memacu kemajuan dan pembangunan negara.

Dalam konteks ini, cendekiawan Islam Ibn Khaldun telah menyebutkan bahawa ilmu dan penghayatannya amat penting bagi melahirkan manusia yang mempunyai ciri-ciri ulul albab. Oleh itu usaha berterusan secara intensif dan berstrategi perlu dilaksanakan tanpa mengabaikan unsur-unsur rohani dan jasmani yang telah digariskan oleh Islam.

Hadirin-hadirat sekalian,

Kita semua perlu menunaikan amanah keilmuan, iaitu sentiasa setia kepada misi dan moral kecendekiawanan. Setiap ilmu mempunyai ciri nilai, dan falsafah yang mesti dihuraikan menurut perspektif syarak yang dipandu oleh al-Quran, iman dan taqwa. Sebarang penyimpangan dan penyelewengan dalam menghuraikan sesuatu ilmu akan mewujudkan ketidakseimbangan, kerosakan dan gangguan kepada manusia dan alam sekitar.

Oleh kerana itulah kita mesti berlaku adil dan amanah dalam menyampaikan ilmu supaya mereka yang akan menerima ilmu tersebut tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Para Ustaz & Ustazah hendaklah sentiasa membimbing anak didik masing-masing sehingga berupaya meneroka, mencipta dan mengendalikan kemajuan.

Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:

“Katakanlah lagi (kepadanya) : “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ”

2

Page 3: -Teks-Penangguhan-MTQ-2014

Firman Allah lagi dalam surah al-Mujadalah ayat 11:

Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat”.

Para hadirin yang dimuliakan,

Sesungguhnya di dalam Islam itu sendiri telah terpancar kegemilangan. Sama ada kita sedar atau tidak, bimbingan Ilahi ke arah menjadi insan yang cemerlang sentiasa mengiringi setiap detik kehidupan kita. Ini merupakan suatu anugerah dan nikmat Allah S.W.T. yang amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa agama Islam itu sendiri mampu mengangkat martabat manusia ke mercu kegemilangan sekiranya dihayati dan diamalkan secara bersungguh-sungguh. Ruang dan peluang untuk pembangunan diri adik-adik pelajar ini hendaklah jangan diabaikan.

Hakikatnya, bukan mudah untuk membina insan yang cemerlang yang sekaligus melahirkan ummah yang terbilang. Ia memerlukan perancangan yang rapi dan usaha yang gigih, berterusan dan tidak pernah jemu. Peringatan Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam bermaksud :

“Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang” (Riwayat al-Baihaqi )

Pesanan ini perlu dijadikan pegangan dan penyuntik semangat supaya matlamat untuk melahirkan ’khaira ummah’, ummah terbilang dapat direalisasikan.

Hadirin-hadirat yang dirahmati sekalian,

3

Page 4: -Teks-Penangguhan-MTQ-2014

Sesungguhnya kemampuan dan kejayaan kalian menganjurkan majlis ini adalah berkat komitmen sekolah dan rakan-rakan guru yang berwawasan dan sentiasa hendak membangunkan modal insan di sekolah.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Pekan Tambunan dan kepada semua tenaga penggerak yang telah berusaha keras menyumbang tenaga dan idea serta menabur bakti untuk bersama-sama menjayakan Majlis pada hari ini. Semoga segala usaha kalian diterima oleh Allah s.w.t. sebagai amal soleh.

Dengan harapan itu, saya dengan lafaz yang mulia, “Bismillahirrahmanirrahim” merasmikan Majlis Penangguhan Tilawah al-Quran Peringkat Zon Pekan Tambunan 2014.

Sekian.Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

------------@@@@@@@@@--------------

4