myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3684/1/ObsesiBukuKulitKeras.pdf ·...

1
, UKU merupakan terapi yang mempunyai nilai yang ..... , tersendiri. Bagi sesetengah orang buku hanya penting dalam sistem pendidikan semata-mata, narnun bagi saya buku lebih daripada itu:' tegas Rosli Mohd Nordin, (37) yang merupakan pengumpul tegar buku kulit keras (coffee table book). Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak tni mula "jatuh cinta pandang pertama" terhadap buku kulit keras apabila pertama kali membeli sebuah buku koleksi lukisan pelukis tersohor Belanda, Vincent Van Gogh yang ditulis oleh D.M. Field. Beliau yang merupakan bekas pelajar Universiti Malaya, dalam jurusan Pengajian Media, menyifatkan pembelajaran . di peringkat ija;?:ah banyak mempengaruhi minatnya. Walaupun mengambil pengkhususan dalam subjek Penerbitan Buku, minat beliau untuk mengumpul buku kulit keras pada ketika itu belum lagi bercambah. Bagi Rosli sepanjang belajar di Jabatan Pengajian Media UM, beliau lebih fokus untuk menamatkan pengajian semata- mata tanpa pernah terfikir "dunia buku" dan dirinya tidak dapat dipisahkan. "Saya percaya obsesi saya terhadap buku sebenarnya telah lama terpendam sejak kecil. Ketika berumur sembilan tahun, saya mempunyai minat membaca buku yang tidak terkawal. Habis beg,sekolah abang saya yang berada di tingkatan lima saya geledah bagi mencari bahan bacaan. Ada juga ketikanya, diam-diam saya "meminjam" buku teks kakak-kakak saya yang berada di tingkatan tiga, selain merninjam buku teks jiran-jiran yang lebih dewasa. "Masih ingat lagi kisah yang terdapat dalam sebuah novel kepunyaan abang saya yang berada di tingkatan lima ketika itu. Beliau perlu "khatam" kandungan novel Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Abdullah yang menceritakan peralihan zaman telah mengubah sikap manusia terhadap nilai kehidupan desa. Namun keterbatasan mendapatkan bahan bacaan ketika membesar di sebuah !III ...... kampung di Kampung Gajah tidak pernah membuatkan saya hilang obsesi terhadap buku dan minat membaca. la seiring, jika tiada buku saya menjadikan surat khabar sebagai bahan sampingan yang wajib untuk santa pan minda saya:' katanya yang telah menjejakkan kaki lebih 30 buah negara. Menurut Rosli, surat khabar ketika itu juga agak sukar untuk diperoleh kecuali pada hari Ahad. Ini kerana seorang peniaga kedai di kampungnya akan membeli surat khabar Mingguan Malaysia dan menjualnya di kedai miliknya itu pun jumlahnya amat terhad. Terjangkau Bagi menterjemahkan minat beliau terhadap minat mengumpul buku kulit keras, Rosli menyediakan bajet khusus setiap bulan bagi membeli buku-buku tersebut dalam pelbagai genre. Walaupun pada asalnya, buku genre seni lukisan sahaja yang menjadi koleksinya, namun kerana pelbagai pendedahan sepanjang menjadi wartawan penyiaran dan penerbit rancangan di Unit Majalah dan Dokumentari (Radio Televisyen Malaysia, RTM), Rosli melebarkan genre koleksi buku tersebut kepada yang bertemakan fotografi, alam haiwan, muzik, grafik, hiasan dalaman, masakan, gaya hidup dan human interest. Rosli kini mempunyai kira-kira 700 unit buku kulit keras yang memenuhi rak buku di ruang tamu dan bilik peribadinya. "Ramai orang bertanya adakah saya membaca kesemua buku tersebut. Jawapan saya mudah dan jujur, adalah mustahil saya membaca keseluruhan koleksi buku tersebut. Paling penting saya mengetahui beberapa perkara barn yang tidak terjangkau oleh minda saya selama ini. "Sebagai contoh buku bertajuk Book of Peoples of The World yang diterbitkan oleh National Geographic pada tahun 2001, ia memaparkan pelbagai bangsa, keturunan dan etnik manusia yang pelbagai. Ada antara etnik dan keturunan yang didokumentasi dalam buku tersebut tidak pernah didengar dan dicatatkan secara ilmiah sebelum ini kerana mereka tinggal jauh di pedalaman. "Melalui pembacaan, ia 16./' menunjukkan betapa dunia ini /I teramat luas untuk diterokai selain pelbagai kisah kehidupan manusia yang masih tidak diketengahkan lagi. Bersandarkan kebolehan menulis dan menerbitkan buku, Rosli turut diberikan tanggungjawab oleh pengurusan RTM untuk menyertai pasukan editorial penerbitan coffee table book, Merentas Zaman bersempena sarnbutan ulang tahun RTM yang ke-64 tahun pada tahun 2011. "Pengalaman membuat penyelidikan dan mengumpul gambar-gambar sepanjang 64 tahun RTM ditubuhkan untuk dimuatkan dalam buku seteba1400 muka surat itu bukanlah tugas yang mudah. Bayangkan sumber seperti gambar penubuhan RTM tidak diperolehi daripada satu sumber sahaja, untuk mengumpulkannya merupakan satu cabaran, inikan pula untuk memilih dan menulis kapsyen gambar yang sesuai bagi dimuatkan dalam buku tersebut. "Setelah hampir enam bulan saya menyertai pasukan editorial buku berkenaan, ia berjaya dicetak dan hasil akhir buku tersebut walaupun tidak terlalu sempurna namun boleh dijadikan sebagai tanda aras penerbitan buku seumpamanya pada masa akan datang:' jelas Rosli yang turut diamanahkan mengetuai pasukan penerbitan coffee table book, Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM,1961-2011. "Kepada mereka yang mempunyai minat yang mendalam tentang sesuatu perkara, teruskan minat anda dengan jitu dan fokus selagi ia tidak membebankan kewangan anda dan tidak menyalahi undang-undang. Minat terhadap sesuatu perkara itu membawa anda ke sebuah "destinasi kehidupan" yang lebih baik. "Sebagai contoh dengan mengumpul buku, saya mampu berkongsi pandangan dalam pelbagai aspek kehidupan. la membolehkan saya boleh berinteraksi lebih baik dengan pelbagai individu yang mempunyai latar belakang berbeza tanpa sebarang perasaan rendah,diri dan prejudis:' ujar Rosli yang pernah berlakon dalam iklan seperti Minyak Masak ALif danTM.

Transcript of myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3684/1/ObsesiBukuKulitKeras.pdf ·...

Page 1: myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3684/1/ObsesiBukuKulitKeras.pdf · terdapat dalam sebuah novel kepunyaan abang saya yang berada di tingkatan lima

, • •

UKU merupakan terapi yang mempunyai nilai yang

..... , tersendiri. Bagi sesetengah orang buku hanya penting dalam sistem pendidikan semata-mata, narnun bagi saya buku lebih daripada itu:' tegas Rosli Mohd Nordin, (37) yang merupakan pengumpul tegar buku kulit keras (coffee

table book). Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak tni

mula "jatuh cinta pandang pertama" terhadap buku

kulit keras apabila pertama kali membeli

sebuah buku koleksi lukisan pelukis

tersohor Belanda, Vincent Van

Gogh yang ditulis oleh D.M. Field. Beliau yang merupakan

bekas pelajar Universiti Malaya, dalam jurusan Pengajian Media, menyifatkan pembelajaran

. di peringkat ija;?:ah banyak mempengaruhi minatnya. Walaupun mengambil pengkhususan dalam subjek Penerbitan Buku, minat beliau untuk mengumpul buku kulit keras pada ketika itu belum lagi bercambah.

Bagi Rosli sepanjang belajar di Jabatan Pengajian Media UM, beliau lebih fokus untuk menamatkan pengajian semata­mata tanpa pernah terfikir "dunia buku" dan dirinya tidak dapat dipisahkan.

"Saya percaya obsesi saya terhadap buku sebenarnya telah lama terpendam sejak kecil. Ketika berumur sembilan tahun, saya mempunyai minat membaca buku yang tidak terkawal. Habis beg, sekolah abang saya yang berada di tingkatan lima saya geledah bagi mencari bahan bacaan. Ada juga ketikanya, diam-diam saya "meminjam" buku teks kakak-kakak saya yang berada di tingkatan tiga, selain merninjam buku teks jiran-jiran yang lebih dewasa.

"Masih ingat lagi kisah yang terdapat dalam sebuah novel kepunyaan abang saya yang berada di tingkatan lima ketika itu. Beliau perlu "khatam" kandungan novel Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Abdullah

yang menceritakan peralihan zaman telah mengubah sikap

manusia terhadap nilai kehidupan desa. Namun

keterbatasan mendapatkan bahan bacaan ketika membesar di sebuah

!III ...... kampung di Kampung Gajah tidak pernah membuatkan saya hilang obsesi terhadap buku dan minat membaca. la seiring, jika tiada buku saya menjadikan

surat khabar sebagai bahan sampingan yang wajib untuk santa pan minda

saya:' katanya yang telah menjejakkan kaki lebih 30 buah negara.

Menurut Rosli, surat khabar ketika itu juga agak sukar untuk diperoleh kecuali pada hari Ahad. Ini kerana seorang peniaga kedai di kampungnya akan membeli surat khabar Mingguan Malaysia dan menjualnya di kedai miliknya itu pun jumlahnya amat terhad.

Terjangkau Bagi menterjemahkan

minat beliau terhadap minat mengumpul buku kulit keras, Rosli menyediakan bajet khusus setiap bulan bagi membeli buku-buku tersebut dalam pelbagai genre. Walaupun pada asalnya, buku genre seni lukisan sahaja yang menjadi koleksinya, namun kerana pelbagai pendedahan sepanjang menjadi wartawan penyiaran dan penerbit rancangan di Unit Majalah dan Dokumentari (Radio Televisyen Malaysia, RTM), Rosli melebarkan genre koleksi buku tersebut kepada yang bertemakan fotografi, alam haiwan, muzik, grafik, hiasan dalaman, masakan, gaya hidup dan human interest. Rosli kini mempunyai kira-kira 700 unit buku kulit keras yang memenuhi rak buku di ruang tamu dan bilik peribadinya.

"Ramai orang bertanya adakah saya membaca kesemua buku tersebut. Jawapan saya mudah dan jujur, adalah mustahil saya membaca keseluruhan koleksi buku tersebut. Paling penting saya mengetahui beberapa perkara barn yang tidak terjangkau oleh minda saya selama ini.

"Sebagai contoh buku bertajuk Book of Peoples of The World yang diterbitkan oleh National Geographic pada tahun 2001, ia memaparkan pelbagai bangsa, keturunan dan etnik manusia yang pelbagai. Ada antara etnik dan keturunan yang didokumentasi dalam buku tersebut tidak pernah didengar dan dicatatkan secara ilmiah sebelum ini kerana mereka tinggal jauh di pedalaman.

"Melalui pembacaan, ia

:l.?-lt..J/~ ; ~ 16./' ~_ menunjukkan betapa dunia ini /I teramat luas untuk diterokai selain pelbagai kisah kehidupan manusia yang masih tidak diketengahkan lagi.

Bersandarkan kebolehan menulis dan menerbitkan buku, Rosli turut diberikan tanggungjawab oleh pengurusan RTM untuk menyertai pasukan editorial penerbitan coffee table book, Merentas Zaman bersempena sarnbutan ulang tahun RTM yang ke-64 tahun pada tahun 2011.

"Pengalaman membuat penyelidikan dan mengumpul gambar-gambar sepanjang 64 tahun RTM ditubuhkan untuk dimuatkan dalam buku seteba1400 muka surat itu bukanlah tugas yang mudah. Bayangkan sumber seperti gambar penubuhan RTM tidak diperolehi daripada satu sumber sahaja, untuk mengumpulkannya merupakan satu cabaran, inikan pula untuk memilih dan menulis kapsyen gambar yang sesuai bagi dimuatkan dalam buku tersebut.

"Setelah hampir enam bulan saya menyertai pasukan editorial buku berkenaan, ia berjaya dicetak dan hasil akhir buku tersebut walaupun tidak terlalu sempurna namun boleh dijadikan sebagai tanda aras penerbitan buku seumpamanya pada masa akan datang:' jelas Rosli yang turut diamanahkan mengetuai pasukan penerbitan coffee table book, Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM,1961-2011.

"Kepada mereka yang mempunyai minat yang mendalam tentang sesuatu perkara, teruskan minat anda dengan jitu dan fokus selagi ia tidak membebankan kewangan anda dan tidak menyalahi undang-undang. Minat terhadap sesuatu perkara itu membawa anda ke sebuah "destinasi kehidupan" yang lebih baik.

"Sebagai contoh dengan mengumpul buku, saya mampu berkongsi pandangan dalam pelbagai aspek kehidupan. la membolehkan saya boleh berinteraksi lebih baik dengan pelbagai individu yang mempunyai latar belakang berbeza tanpa sebarang perasaan rendah,diri dan prejudis:' ujar Rosli yang pernah berlakon dalam iklan seperti Minyak Masak ALif danTM.