اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangApril2020.pdf · wabak OVID-19...

8
1 Dalam Bulan Ramadhan, biasanya kita orang-orang Islam akan memeriahkan Masjid, Surau dan Balai Ibadat dengan Sembahyang Sunat Terawih berjemaah. Tetapi pada kali ini, sekiranya keadaan belum mengizinkan untuk berkumpul beramai-ramai, maka kita masih saja ada cara lain untuk membuat Terawih itu bersama-sama dengan keluarga di rumah. Begitu juga bertadarus Al-Qur'an, kita masih saja dapat membuatnya dirumah kita sendiri dengan keluarga dan anak-anak. Pendeknya, kita dak kehabisan cara untuk melakukannya bagi meraih pahala dibulan Ramadhan. Sangat perlu diingat, bahawa COVID-19 dak seharusnya menggangu Umat Islam untuk melakukan ibadat puasa. COVID-19 adalah satu perkara, sedang ibadat puasa pula satu perkara lain. Jika kita dalam keadaan sihat 'afiat, maka dak ada sebab untuk menjadikan COVID-19 sebagai penghalang kita berpuasa. Perlu disedari, bahawa Ramadhan cuma sekali sahaja dalam setahun. Dalam bulan ini terdapat satu malam yang dinamakan Malam Al-Qadar yang lebih baik dari seribu bulan, dalam makna, beribadat didalamnya boleh meraih pahala lebih dari seribu bulan. Kerana itu, eloklah bagi kita semua untuk berazam merebutnya. Selepas Ramadhan, kita akan memasuki Bulan Syawal pula, untuk menyambut Hari Raya. Biasanya Hari Raya kita sambut dengan penuh kemeriahan. Tetapi ketentuan Allah telah menjadikannya berbeza pada tahun ini. Sembahyang Hari Raya akan terpaksa diadakan, dan begitu juga tradisi kunjung mengunjungi turut ditegah untuk mengelakkan sebarang risiko COVID-19. Kita wajar bersabar menghadapi situasi ini, dengan menganggap, bahawa apa yang berlaku itu mempunyai hikmah disisi Allah. APRIL 2020 CANANG ااااااااا چاااااااااKEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN سوكن دانان بلياين كبوداي كمنPekan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena MENYAMBUT BULAN RAMADAN HARI JUMAAT, 30 SYAABAN REJAB 1441 BERSAMAAN 24 APRIL 2020 Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasullallah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: Seap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan Puasa. Sesungguhnya Puasa itu milik aku (Allah) dan Akulah yang akan membalasnya.(Muafaqun Alaihi, hadith riwayat Al-Bukhari, 1904, Muslim 1151)

Transcript of اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangApril2020.pdf · wabak OVID-19...

Page 1: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangApril2020.pdf · wabak OVID-19 bahkan menggalakkan pengamalan budaya dan cara hidup yang besederhana, melahirkan

1

Dalam Bulan Ramadhan, biasanya kita orang-orang Islam akan memeriahkan Masjid, Surau dan Balai Ibadat dengan Sembahyang Sunat Terawih berjemaah. Tetapi pada kali ini, sekiranya keadaan belum mengizinkan untuk berkumpul beramai-ramai,

maka kita masih saja ada cara lain untuk membuat Terawih itu bersama-sama dengan keluarga di rumah. Begitu juga bertadarus Al-Qur'an, kita masih saja dapat membuatnya dirumah kita sendiri dengan keluarga dan anak-anak.

Pendeknya, kita tidak kehabisan cara untuk melakukannya bagi meraih pahala dibulan Ramadhan.

Sangat perlu diingat, bahawa COVID-19 tidak seharusnya menggangu Umat Islam untuk melakukan ibadat puasa. COVID-19 adalah satu perkara, sedang ibadat puasa pula satu perkara lain.

Jika kita dalam keadaan sihat 'afiat, maka tidak ada sebab untuk menjadikan COVID-19 sebagai penghalang kita berpuasa.

Perlu disedari, bahawa Ramadhan cuma sekali sahaja dalam setahun. Dalam bulan ini terdapat satu malam yang dinamakan Malam Al-Qadar yang lebih baik dari seribu bulan, dalam makna, beribadat didalamnya boleh meraih pahala lebih dari seribu bulan.

Kerana itu, eloklah bagi kita semua untuk berazam merebutnya.

Selepas Ramadhan, kita akan memasuki Bulan Syawal pula, untuk menyambut Hari Raya. Biasanya Hari Raya kita sambut dengan penuh kemeriahan. Tetapi ketentuan Allah telah menjadikannya berbeza pada tahun ini. Sembahyang Hari Raya akan terpaksa ditiadakan, dan

begitu juga tradisi kunjung mengunjungi turut ditegah untuk mengelakkan sebarang risiko COVID-19.

Kita wajar bersabar menghadapi situasi ini, dengan menganggap, bahawa apa yang berlaku itu mempunyai hikmah disisi Allah.

APRIL 2020

C A N A N G چاااااااااا اااااااااا

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

كمنرتين كبودايان بليا دان سوكن

Petikan Titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena

MENYAMBUT BULAN RAMADAN

HARI JUMAAT, 30 SYAABAN REJAB 1441 BERSAMAAN 24 APRIL 2020

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata,

Rasullallah Sallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

“ Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan

Puasa. Sesungguhnya Puasa itu milik aku (Allah) dan

Akulah yang akan membalasnya.”

(Muttafaqun ‘Alaihi, hadith riwayat Al-Bukhari, 1904, Muslim 1151)

Page 2: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangApril2020.pdf · wabak OVID-19 bahkan menggalakkan pengamalan budaya dan cara hidup yang besederhana, melahirkan

2

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEWANGAN

WARGA KKBS BAGI TABUNG COVID-19

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN

PERALATAN PERLINDUNGAN PERIBADI

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN

KERAJAAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Sejumlah BND1,200.00 disumbangkan oleh Kerajaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui

peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Dayang Rosnani binti

Libut, Ketua Keluarga mangsa kejadian kebakaran rumah

kediaman di Kampung Serasa.

Khamis, 2 April 2020

Bilik Kunjungan,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan .

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

menyerahkan kepada Yang Berhormat

Menteri Kesihatan sumbangan dari PERADIAN yang berupa

22,000 unit face shield untuk kegunaan barisan hadapan bagi

menangani dan membendung penularan wabak COVID-19

di Negara Brunei Darussalam.

Isnin, 13 April 2020

Bilik Tetamu,

Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

menyerahkan kepada Yang Berhormat

Menteri Kesihatan sumbangan berupa cek yang berjumlah

BND6,000 hasil kutipan warga KKBS bagi membantu dan

sama-sama menangani dan membendung penularan wabak

COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Khamis, 23 April 2020

Bilik Tetamu,

Kementerian Kesihatan.

.

Page 3: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangApril2020.pdf · wabak OVID-19 bahkan menggalakkan pengamalan budaya dan cara hidup yang besederhana, melahirkan

3

“And I know a girl who grew up to be a teacher.

She has told me: Children who hadn’t been read to by their parents are impoverished.

Words in poetry and in stories are food. Not food for the body,

not food that can fill up your stomach. But food for the spirit and food for the soul.

When one is hungry or thirsty, their stomach contracts and their mouth turns dry.

They look for anything to eat, a piece of bread, a bowl of rice or corn, a fish or a banana.

The hungrier they grow, the narrower becomes their focus,

they become blind to everything but the food that could sate them.

The hunger for words manifests itself differently: as gloominess, obliviousness, arrogance.

People suffering from this sort of hunger don’t realize their souls are shivering cold,

that they’re walking past themselves without noticing.

A part of their world is running away from them without them being aware of it.

This type of hunger is sated by poetry and stories.”

AN EXCERPT FROM A HUNGER FOR WORDS BY PETER SVETINA, TRANSLATED BY JERNEJ ŽUPANIČ.

Dewan Darul Ifrah, Pusat Bahagia Berakas, BERAKAS, Isnin, 13 April - Sejumlah 38 pain darah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Sukarelawan Belia yang menyertai Kempen Derma Darah untuk membantu Pusat Penderma Darah, Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sebagai satu usaha sokongan mengekalkan bekalan darah yang mencukupi.

KEMPEN DERMA DARAH

Foto: Azmah Haji Ahad - Penerangan

Turut sama untuk menderma darah ialah SUT (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin hadir

untuk memberikan sokongan bagi kempen tersebut.

Foto

: Azm

ah H

aji

Ah

ad

- P

ener

an

ga

n

Page 4: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangApril2020.pdf · wabak OVID-19 bahkan menggalakkan pengamalan budaya dan cara hidup yang besederhana, melahirkan

4

SUMBANGAN PANDU LALU

Bilik Dhiyafah, Pejabat Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Agama, BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 April - Bagi menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Titah Perutusan Khas baginda berkenaan Jangkitan Wabak COVID-19 pada 13 April lalu, sebanyak BND1,938,600 diserahkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) melalui Kumpulan Wang Pentadbiran Am kepada seramai 2,154 Peniaga / Pengusaha yang berdaftar di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC); juga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Bantuan kewangan sebanyak BND900, iaitu BND300 yang akan dibayar bagi tempoh tiga bulan akan disampaikan kepada mana-mana pihak yang disenaraikan oleh kementerian masing-masing yang terdiri dari peniaga / pengusaha kecil yang terjejas, termasuk yang bukan beragama Islam, dengan mengambil kira kesan pemberian kepada mereka adalah baik kepada orang Islam dan agama Islam.

PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN MUIB

Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, BERAKAS, Sabtu, 18 April - Bagi meringankan bebanan orang-orang yang memerlukan ketika berhadapan wabak COVID-19, Sukarelawan Belia Brunei dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengungkayahkan Sumbangan Pandu Lalu bermula 16 April lalu dan dilaratkan hingga bulan Ramadan sehingga satu tarikh tutup yang akan ditetapkan Antara barang-barang sumbangan peralatan pembersihan, seperti cecair pencuci tangan, cecair pencuci lantai, tisu, penyapu tandas, makanan-makanan kering, seperti roti atau biskut, minuman campur, makanan dalam tin, ubi kentang, minuman tiga dalam satu. Sumbangan ini kemudiannya diasingkan dan dibungkus, dan dihantar oleh para sukarelawan kepada orang-orang yang memerlukan, iaitu seperti warga emas, golongan ibu tunggal, keluarga yang kurang berkemampuan dan orang-orang yang memerlukan yang dikenal pasti melalui senarai nama daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), WeCare dan beberapa buah agensi lainnya.

Aim

i San

i - P

ener

anga

n

Aim

i San

i - P

ener

anga

n

Aim

i San

i - P

ener

anga

n

Aim

i San

i - P

ener

anga

n

Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah - Penerangan

Menteri Hal Ehwal Ugama menyerahkan Sumbangan Bantuan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan,

berjumlah BND42,300, iaitu bagi 47 peniaga kecil-kecilan.

Dewan Citra Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 April

– Ke arah mempertingkatkan lagi langkah-langkah membendung penularan jangkitan wabak COVID

-19 di Negara Brunei Darussalam dan demi kesejahteraan serta keselamatan orang awam dengan

berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

(KHEDN) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan kepada orang ramai

bahawa semua gerai Ramadan di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Bandaran, Jabatan-Jabatan

Daerah dan Jabatan Belia dan Sukan yang lazimnya diadakan di sepanjang bulan Ramadan

adalah ditiadakan pada tahun ini. Peniagaan Gerai Ramadan tersebut adalah juga termasuk

penjaja-penjaja yang berniaga di tepi jalan.

Sehubungan itu satu jerayawara telah diadakan bagi perkongsian maklumat kepada pegawai dan kakitangan

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengenai tatacara dan proses pendaftaran penggunaan

perkhidmatan alternatif dan atas talian dengan menggunakan portal 'www.ekadaibrunei.bn', iaitu sebuah

portal direktori dalam talian yang menyediakan pautan laman sesawang ke platform-platform 'eDagang'

tempatan, penyedia-penyedia perkhidmatan penghantaran dan logistik bagi memastikan peluang perniagaan

pada bulan Ramadan tetap ada.

Projek ini merupakan usaha sama antara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, KHEDN, Pihak

Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) dan Darussalam Enterprise

(DARe) yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

dan Ekonomi II, pada 28 Mac 2020 semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19.

Turut sama mendengarkan taklimat ialah SUT (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS,

Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

JERAYAWARA 'WWW.EKADAIBRUNEI.BN'

Page 5: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangApril2020.pdf · wabak OVID-19 bahkan menggalakkan pengamalan budaya dan cara hidup yang besederhana, melahirkan

5

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Rabu, 22 April 2020 – Yang Berhormat Dato Menteri Kebudayaan,

Belia dan Sukan semasa mesyuarat tersebut mengongsikan inisiatif yang dilaksanakan oleh Negara Brunei

Darussalam dalam beberapa aspek. Dalam perspektif kebudayaan iaitu mengehadkan mass gathering dengan

jumlah kehadiran seramai 20-30 orang dalam sebuah acara; menggalakkan penjarakan sosial; meningkatkan

kebersihan diri; mewujudkan e-Platforms bagi operasi dan pemberian perkhidmatan; dan memupuk budaya

kesukarelaan. Inisiatif-inisiatif tersebut bukan sahaja menyumbang kepada pengurangan risiko dan kesan negatif

wabak COVID-19 bahkan menggalakkan pengamalan budaya dan cara hidup yang besederhana, melahirkan

masyarakat yang bersatu padu, pemedulian, berdaya tahan dan kreatif dari segi respon.

Seterusnya, Yang Berhormat Dato Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengongsikan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam membantu dan mengurangkan beban kewangan kepada

beberapa sektor tertentu termasuk Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan sebilangan individu iaitu berikutan dengan wabak COVID-19, yang

antara lain termasuk pengusaha-pengusaha kecil industri kebudayaan, kesenian dan kreatif. Selain itu jua, penangguhan pembayaran pokok pinjaman atau

pembiayaan dan pengecualian bayaran dan caj, bantuan fiskal untuk

meringankan beban kewangan kepada syarikat-syarikat perniagaan dan

individu-individu yang terkesan.

Turut dikongsikan semasa mesyuarat tersebut mengenai elaun khas bulanan

diberikan kepada doktor, jururawat, paramedik, pemandu, ambulan,

sukarelawan, pembersih, penjaga keselamatan dan kesemua mereka yang

bertugas dengan Kementerian Kesihatan khususnya di Hospital Raja Isteri

Pengiran Anak Saleha, Pusat Pengasingan Kebangsaan Tutong dan di pusat-

pusat kuarantin yang dikhaskan.

Akhir sekali, Yang Berhormat Dato Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

menyeru keperluan untuk mempertingkatkan kolaborasi melalui perkongsian

maklumat mengenai inisiatif dan tindakan yang diambil sebagai usaha dalam

menangani dan memastikan ketahanan dalam sektor sosio-budaya berikutan

penularan wabak COVID-19.

The First Virtual Meeting of Ministers of Culture ini bertujuan bagi membincangkan strategi pengurangan risiko dan impak wabak COVID-19 kepada sektor

kebudayaan dan kaedah bagi menjaga, membina ketahanan dan menyokong sektor kebudayaan dalam kehidupan harian. Mesyuarat tersebut adalah

merupakan kesinambungan Forum of Ministers of Culture pada 19 November 2019, yang mana menteri-menteri berpeluang untuk mengongsikan pandangan

mengenai impak krisis kesihatan kepada sektor kebudayaan dan cadangan di dalam rangka kerja dasar-dasar dan juga menyertai dialog menteri (ministerial

dialogue) yang disokong di bawah kepimpinan UNESCO.

PENGAGIHKAN PEMBAHAGIAN BUAH KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH,

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA BULAN RAMADAN 1441H / 2020M

Dewan Citra Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 April - Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan mula mengagihkan Pembahagian Buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadan 1441H / 2020M kepada warga KKBS yang telah mendaftar untuk menerima bahagian kurma di tempat kerja.

Bagi menambahbaikkan proses pengagihan buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi tahun 1441H/2020M, satu inisiatif baharu juga akan diperkenalkan iaitu melalui aplikasi mudah alih dan web “Kurma App”. Penggunaan aplikasi ini adalah penambahbaik proses pendaftaran dan pengagihan buah kurma kepada rakyat dan penduduk yang beragama Islam yang tinggal di Negara Brunei Darussalam. Inisiatif ini dibuat adalah untuk memastikan semua rakyat dan penduduk yang beragama Islam di negara ini menerima kurma Kurnia Peribadi Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan.

MESYUARAT PERTAMA DALAM TALIAN BAGI MENTERI-MENTERI KEBUDAYAAN (THE FIRST VIRTUAL MEETING OF MINISTERS OF CULTURE)

Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri Yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Negara-Negara ahli UNESCO telah menyertai Mesyuarat Pertama Dalam

Talian bagi Menteri-Menteri Kebudayaan (First Virtual Meeting of Ministers of Culture) yang dianjurkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Page 6: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangApril2020.pdf · wabak OVID-19 bahkan menggalakkan pengamalan budaya dan cara hidup yang besederhana, melahirkan

6

Bagi tujuan kebajikan juga, Beta telahpun menitahkan Kementerian-Kementerian yang berkenaan untuk bekerjasama dalam

membangun Sistem Kebajikan Negara (SKN) yang akan dilancarkan dalam bulan Julai, insya Allah.

Beta sedia memahami, baik sebelum mahupun sesudah tularnya wabak COVID-19,

terdapat ramai di kalangan masyarakat yang masih memerlukan bantuan dari pihak Kerajaan.

Maka insya Allah, sistem ini nanti akan memudahkan pemohon-pemohon untuk membuat permohonan kepada Kerajaan.

Sebagai sebuah komuniti, orang-orang Brunei telah menunjukkan sikap pemedulian yang terpuji dengan menghulurkan

sumbangan-sumbangan berupa apa saja untuk membantu Kementerian Kesihatan menangani wabak COVID-19.

Dalam hubungan ini, bagi kemudahan orang ramai menyalurkan sumbangan-sumbangan mereka,

maka Beta telah memperkenankan bagi diwujudkan satu dana, yang diberi nama COVID-19 Relief Fund.

Sumbangan-sumbangan akan digunakan untuk keperluan perubatan menangani wabak.

Beta dengan tulus ikhlas merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih diatas sumbangan tenaga dan buah fikiran yang dihulurkan

oleh semua pihak, termasuk orang-orang persendirian dalam membantu Kerajaan Beta menghadap detik-detik yang mencabar ini.

Terutama kepada para barisan hadapan, termasuk sukarelawan (volunteers) yang telah bekerja siang dan malam untuk membantu

merawat para pesakit COVID-19 dan mereka yang menjalani kuarantin. Sumbangan mereka ini amat Beta hargai.

Beta turut memahami, betapa beratnya bebanan para petugas barisan hadapan. Kalau orang lain merasa bosan duduk di rumah,

tetapi mereka sering-sering melihat jam, bilakah boleh balik ke rumah. Di rumah, ada anak-anak sedang menunggu dan rindu.

Itu baru dari segi emosi, belum lagi risiko selaku petugas barisan hadapan. Mereka ini cuma dibekalkan dengan Personal Protective

Equipment (PPE) dan prosedur arahan standard (SOP) sebagai perisai, di mana selainnya, hanya do’a saja yang mampu dirafa’kan.

Petikan Titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena

BERKENAAN JANGKITAN WABAK COVID-19

HARI ISNIN, 14HB. REJAB 1441 BERSAMAAN 13HB APRIL 2020

Ya Allah, hanya Engkau jua tempat kami berlindung, maka lindungilah kami, dari bahaya COVID-19,

dari serangan dan jangkitannya.

Jika wabak ini bersebab dari dosa-dosa manusia, maka Engkau ampunkanlah.

Sesungguhnya, hanya Engkau jua Yang Maha berhak untuk memberikan pengampunan.

Ameen, Ya Rabbal ‘Alameen.

Foto: Ihsan Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pejabat Kebawah DYMM Istana Nurul Iman /Pelita Brunei

Page 8: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangApril2020.pdf · wabak OVID-19 bahkan menggalakkan pengamalan budaya dan cara hidup yang besederhana, melahirkan

8

ANTARA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN MELALUI JABATAN -

JABATAN DIBAWAHNYA DALAM MENANGANI JANGKITAN COVID-19

Tim Penerbitan Unit Perhubungan Awam Penyunting & Penyemak, Unit Perhubungan Awam Perwajahan dan Aturhuruf Unit Perhubungan Awam

Jurufoto Hajah Ajijah binti Haji Ali, Pg Suhaimi bin Pg Haji Othman, Haji Norfaisal bin Haji Mohd Salleh.