20eprints.usm.my/39737/1/USM_News_Portal_-_USM_JOHAN...USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan...

5
USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan daripada Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menyertai pertandingan akhir Olimpiad Matematik Universiti Awam (OMUA) 2016 yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Menurut Dekan PPSM, Profesor Dr. Hailiza Binti Kamarulhaili @ Harun, pusingan awal (saringan) telah dijalankan di Pusat Pengajian Sains Matematik, USM pada 24 September 2016 dan oleh kerana pertandingan saringan ini diadakan dalam notis yang singkat, hanya pelajar jurusan matematik tahun kedua dan ketiga USM telah dijemput untuk menyertai pusingan ini. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... USM JOHAN PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIK UNIVERSITI AWAM (OMUA) 2016 20 DEC

Transcript of 20eprints.usm.my/39737/1/USM_News_Portal_-_USM_JOHAN...USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan...

Page 1: 20eprints.usm.my/39737/1/USM_News_Portal_-_USM_JOHAN...USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan daripada Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) Universiti Sains Malaysia (USM)

USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan daripada Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM)Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menyertai pertandingan akhir Olimpiad MatematikUniversiti Awam (OMUA) 2016 yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Dekan PPSM, Profesor Dr. Hailiza Binti Kamarulhaili @ Harun, pusingan awal (saringan) telahdijalankan di Pusat Pengajian Sains Matematik, USM pada 24 September 2016 dan oleh keranapertandingan saringan ini diadakan dalam notis yang singkat, hanya pelajar jurusan matematik tahunkedua dan ketiga USM telah dijemput untuk menyertai pusingan ini.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

USM JOHAN PERTANDINGAN OLIMPIAD MATEMATIKUNIVERSITI AWAM (OMUA) 201620

DEC

Page 2: 20eprints.usm.my/39737/1/USM_News_Portal_-_USM_JOHAN...USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan daripada Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) Universiti Sains Malaysia (USM)

Enam orang pelajar menyertai pertandingan ini dan empat orang pelajar telah dipilih untuk mewakilipasukan USM dan mereka ialah Tan Qi Huan, Chan Mun Chun, Chin Chee Yaw dan Wong Chin Fong.

Pasukan USM telah berjaya menjadi Johan untuk kategori berpasukan, diikuti oleh pasukan UniversitiMalaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Naib Johan dan tempat ketiga.

Pengarah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Prof. Dr. Noor Akma Ibrahim menyatakan bahawapertandingan OMUA 2016 ini diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar pra-siswazah dalam menghadapi pertandingan Olimpiad Matematik peringkat universiti.

Page 3: 20eprints.usm.my/39737/1/USM_News_Portal_-_USM_JOHAN...USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan daripada Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) Universiti Sains Malaysia (USM)

"Ini juga sebagai persediaan awal kepada pelajar untuk menyertai Simon Marais MathematicsCompetition, anjuran Persatuan Sains Matematik Australia, yang akan diadakan pada Oktober 2017,"jelasnya.

Sementara itu, Tan Qi Huan dan Chan Mun Chun juga berjaya meraih tempat pertama dan ketigauntuk kategori individu. Pasukan USM telah diketuai oleh seorang pensyarah pengiring iaitu ProfesorMadya Dr. Lee See Keong.

Page 4: 20eprints.usm.my/39737/1/USM_News_Portal_-_USM_JOHAN...USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan daripada Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) Universiti Sains Malaysia (USM)

Pemenang-pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, piala dan sijil kepujian. Chin Chee Yawdan Wong Chin Fong masing-masing juga menerima sijil kepujian yang diberikan kepada 20 pesertaindividu terbaik.

Seramai 70 orang pelajar pra-siswazah daripada 16 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telahmenyertai pertandingan akhir OMUA 2016 ini.

Pertandingan ini yang julung kali diadakan di Malaysia ini telah dianjurkan oleh Institut PenyelidikanMalaysia (INSPEM) dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan AkademiIlmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Share This

Page 5: 20eprints.usm.my/39737/1/USM_News_Portal_-_USM_JOHAN...USM, PULAU PINANG, 20 Disember 2016 - Pasukan daripada Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) Universiti Sains Malaysia (USM)

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015