syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali...

39
KELAHIRAN Sewaktu Mengandung Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu? dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah- buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan

Transcript of syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali...

Page 1: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

KELAHIRAN

Sewaktu Mengandung

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil

menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan

dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul

bermaksud `kandungan ibu? dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini

dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran

semasa bersalin

Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India.

Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum

wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali.

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis

iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.

Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat

perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali

sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini

termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan,

sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini

akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil

tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita

hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu,

air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita

hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan

dengan kalungan bunga oleh suaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang

dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak

kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan

upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti

pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.

Page 2: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan

memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan. Makanan

yang disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil tersebut. Sebagai tanda terima

kasih, wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa

gelang kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini.

Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit yang

dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di

tengah-tengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. Dulang diangkat oleh

tiga orang cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga

kali di hadapan wanita hamil tersebut. Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu

jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi

dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah.

Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan.

Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus

dengan kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu diminta membuka salah satu

bungkusan yang diingini. Jika bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai

anak yang bakal lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki.

Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah

ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih

diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor

ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.

Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat

dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi

ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Page 3: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Membisikkan Nama Tuhan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi

mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera

Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan

dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana

perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.

Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi

mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk

membawa rahmat kepada bayi tersebut.

Potong Tali Pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan

rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini

dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak

digunakan oleh ahli sihir.

Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada

lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang

merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala

digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya

bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan

lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi

akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu

tumbesaran bayi tersebut.

Page 4: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Selepas Kelahiran

Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga,

kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa

masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala

atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang

dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali

mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.

Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang

tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke

dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Mandi Selepas Bersalin

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang

lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu

pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.Jika

proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi

selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah

kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan

mandi selang sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti

aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu

akan dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit

kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin.

Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang

berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi

dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan

herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga

digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.

Page 5: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang

belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan

telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan

kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan

untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi

ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian

punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap

kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak

dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk

meluruskan anggota badan bayi.

Mendodoi Bayi

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat

India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud

penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau

cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna.

Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh

generasi tua sahaja

Memberi Nama

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia

dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli

keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan

dewa-dewa.

Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda

kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri

dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan

membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah.

Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus,

ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan

namanya diumumkan pada orang ramai.

Page 6: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri

dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh

kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan

dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini

akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

PERKAHWINAN

Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik,

sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan

status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan,

etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.

Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat

dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada

kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-

kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen

perkahwinan yang berdaftar.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan

mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan

perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa

Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu

datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian

serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda

kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan

kekeluargaan.

Page 7: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak,

mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh

mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan

menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat

pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan

perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian

kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut

serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui

latar belakang bakal pengantin lelaki.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal

dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.

Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal

pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh

masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira

poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati

poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah

pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan

yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang,

bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil

perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah

pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah

seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan

dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju,

mereka akan mengikat janji.

Page 8: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan

persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya

perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan,

kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan

marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan

tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.

Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan

bertukar-tukar kalungan bunga.

Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam

biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari

perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan

pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam

masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian

parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah

pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam

jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja

dan mereka dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin

lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama

alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak

perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum

yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku

diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih

dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang

mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin

perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu

daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat

puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.

Page 9: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin

keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang

saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin

perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan

memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat

janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering

dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak

lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran

Sebelum Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang

perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat

India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat

kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad

jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang

keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil

untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama

sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan.

Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke

rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah

sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda

jemputan perkahwinan secara rasmi.

Page 10: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Penyediaan Thaali (Tirumaanggalyam)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang

dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal

benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang

digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali

dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat

India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari

perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang,

kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali

mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan,

thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat

thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang

dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai

thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan

termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak

diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada

kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat

mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India.

Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan

ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau

tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan

dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum,

kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon

pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang

kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya.

Page 11: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan

kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung

kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu

akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke

dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang

dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak

sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada

masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang

persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal

dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara

pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis

perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil

Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah

berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan

memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air

kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan

perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan

disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.

Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin

hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah

selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang

diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan

seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai

memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-

buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah

menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu

ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu

bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.

Page 12: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga

kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara

ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. Beberapa

faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk

mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk

melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan,

hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan

perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas

berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin

perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati

suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian

pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga

hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin

dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum

khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya

upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini.

Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan

khemah perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan

dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan

dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan

selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang

dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta

sahabat handai.

Page 13: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

KEMATIAN

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu

kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India

juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan

hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan

dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu

akan dilakukan.

Semasa Kematian

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang

tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau

kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua

dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap

sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi

si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati

perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari

tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut

mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan

menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan

seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan

dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.

Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar

supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang

tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang

tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya

dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si

mati sentisa tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu

atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan

si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi

dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang

berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk

memasuki air tersebut.

Page 14: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan

mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada

kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga

dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk

menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana

lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas

dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat

perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan

diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Upacara Menanggalkan Thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya

sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan

hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam

upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan

sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan

dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati.

seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan

kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan

bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut

dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak,

bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-

olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu

seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.

Page 15: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Upacara Vaaikkarisi

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam

keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian

ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan

pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan

dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah

dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam

mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di

dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum

perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah

perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah

perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki

memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor.

Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan

kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut

dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa

yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi

sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan

diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna

adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara

tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat

mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic Catti

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut

diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian

hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada

anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia

dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.

Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan

bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.

Page 16: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada

masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng,

biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap

bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.

Pengebumian

Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan

pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit

kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan

digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan

dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala.

Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati

dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan

bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas

kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di

antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat

dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada

di situ.

Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali

menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic

catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan

ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak

menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun

ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan

keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di

atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan

pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai

upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara

penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.

Page 17: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Selepas Kematian

Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan

dilakukan.

Membersihkan Rumah

Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak

dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga

dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian

dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak

berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan

diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu

suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh

garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di

dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah

upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke

rumah untuk melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi

di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah

menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.

Mengumpul Abu Mayat

Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu

terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu

bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain

dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam

periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam

pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat

ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut.

Page 18: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Berkabung

Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya

sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari

selepas kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian,

saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan

membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-

buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau

potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan

dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak

dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta

Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci

dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.

Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari

bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si

mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara

sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan

dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu,

air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai

kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci

dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali

sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang

pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan

pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya

pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput akan

dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam

keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar

dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini,

berakhirlah upacara karumaati.

http://thaneshnesh.blogspot.com/2010/06/adat-resam-masyarakat-india.html

Page 19: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA

Adat resam kelahiran

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat

dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Sebaik sahaja

bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai

agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di

telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu

madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai yang merupakan

campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan untuk

kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Setitik minyak bijan

yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak

menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi

tersebut. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari

ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi

dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau

sebarang malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli

keluarga dan orang luar dilarang melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama

dua minggu. Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam

masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud

penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau

cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna.

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan..

Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan

memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga

disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi

kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang

ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri

dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.

Page 20: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

ADAT PERKAHWINAN

Dalam peringkat merisik, selalunya maklumat mengenai gadis tersebut diperolehi

secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi

sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil

tirumana taragar akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan

tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal

dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.

Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal

pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh

masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira

poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati

poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. Kunjungan Ke

Rumah Pengantin Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin

perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini

dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat

bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun

bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-

buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini

dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk

mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima

hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang

yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan

menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat

pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan

perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian

kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut

serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui

latar belakang bakal pengantin lelaki. Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas

mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah

pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa

Page 21: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan

kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah

bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang

mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin

telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara.

Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan

persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya

perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan,

kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulam

matrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan

tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.

Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan

bertukar-tukar kalungan bunga. Kad jemputan memainkan peranan yang penting

dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak

Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan

dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair

sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan

ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad

diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan

sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam

paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi

kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih

pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Thaali

atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan oleh

pengantin lelaki di leher pengantin perempuan.. Adat penyediaan thaali ini dilakukan

tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa

emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini

adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat

thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat

sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk

menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara

sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

Page 22: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan

sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat

daripada emas. Adat mukuurtta kaal akan diadakan pada hari yang baik mengikut

firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang

masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Majlis

perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi

hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa

ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara

Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk

kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak

dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan

dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga

hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara

menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat

daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul

kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi

hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan

dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk

menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang

dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih,

mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti

(bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan

bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu

bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini

secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Page 23: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

ADAT KEMATIAN

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia. Kepala mayat dihadapkan ke arah

selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang

dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan

berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan

jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum

disembahyang.mayat akan dibalut dengan menggunakan kain dan kunyit disapu

pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas

dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung

akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan

dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Gambar-gambar yang

tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang

tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya

dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu

atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan

si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi

dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang

berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk

memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang

digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu

digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak

ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang

tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan

tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang

telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru

iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.

Page 24: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya

sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan

hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia, si isteri

akan duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat

suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan

kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang

sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si

mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan

sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam

dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan

lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher

balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam

rumah.Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam

keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian

ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan

pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Sebelum beras

dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling

yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan

oleh kaum perempuan sahaja.

Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula,

justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan.

Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang

neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa

batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang

disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki

mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama

lagu-lagu suci dimainkan. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah

perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut

beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-

ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali

sebagai tanda penghormatan. Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang

mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa

yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.

Page 25: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak

sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk

ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa

kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan

hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur

janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah

nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan.

Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi

mempunyai perlambangan yang tersendiri. Mayat orang India akan diusung ke tanah

perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan,

pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek

liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang

lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur

dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di

dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi.

Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang

dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan

ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur

sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang

dilakukan oleh semua yang berada di situ. Pembawa Kollic catti atau buyung

dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali mengikut arah jam. Kemudian

diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut

'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic

catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.

Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu

persatu.

Page 26: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah

mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang

akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut.

Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut,

semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat

pengebumian sebelum balik ke rumah. Rumah akan dibersihkan sebaik sahaja

mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan

mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri

selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-

sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga

si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa

dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga

dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam

rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu

berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di

sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah

menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.

Abu mayat akan dikumpulkan pada keesokan hari. Susu terlebih dahulu disiram

pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala

dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam

periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan

disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu

mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau

dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut. Masyarakat India akan

akan berkabung selama lapan atau enam belas hari.Sekiranya mereka berkabung

selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di

rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah

sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada

si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan

kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula

dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur.

Page 27: syababmusafir92.weebly.com · Web viewAdat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan

Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya

melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan.

setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.

Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari

bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si

mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara

sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan

dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu,

air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai

kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci

dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali

sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang

pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan

pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya

pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput akan

dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam

keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar

dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini,

berakhirlah upacara karumaati.

http://ammal90.blogspot.com/2010/08/adat-resam.html