ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas...
Transcript of ctkamalia.weebly.comctkamalia.weebly.com/.../2/9/20291845/fonetik__fonologi.docx · Web viewJelas...
JABATAN BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SEMESTER 1 2011/2012
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI
PERBANDINGAN ASPEK FONOLOGI DIALEK MUAR DAN MELAKA BERDASARKAN TEORI TRANSFORMASI
GENERATIF
NAMA PENSYARAH : DR. ADI YASRAN BIN ABD.AZIZ
1.0 PENGENALAN
Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersaling fahaman antara satu
sama lain ( Chambers dan Trudgill 1980 ). Ciri kesaling fahaman ini merupakan asas paling
penting dalam menentukan sama ada sesuatu ragam atau variasi dialek kepada satu-satu
bahasa yang sama mahupun berdiri sebagai satu bahasa yang tersendiri. Dialek-dialek yang
tergolong dalam satu bahasa yang sama itu lazimnya mempunyai banyak ciri persamaan
walaupun terdapat beberapa ciri pembeda bagi sesebuah bahasa.
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 1
Perkongsian dalam ciri persamaan ini membuktikan bahawa dialek-dialek tersebut
mengekalkan ciri-ciri warisan yang diwarisi bersama daripada sumber, manakala ciri
pembeda itu menunjukkan sesuatu dialek itu telah mengalami perkembangan secara tersendiri
dan terpisah dengan dialek-dialek lain. Newton ( 1972 ) menyatakan kewujudan kepelbagaian
dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang terjadi dari segi
sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya serasi dan sama. Faktor geografi dan waktu adalah
dua penyebab utama yang telah menjadikan terpecahnya bahasa asal kepada beberapa dialek
yang kini diucapkan oleh penutur aslinya.
Dialek membawa maksud kepada satu bahasa tertentu yang diungkapkan oleh
sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Ia juga mempunyai bentuk tertentu
yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk bahasa formal dari segi
sebutan, tatabahasa dan penggunaan perkataan tertentu. Namun begitu, perbezaan yang
ditunjukkan tidaklah begitu ketara untuk dijadikan dan dianggap sebagai satu bahasa baru
yang lain daripada bahasa asal.
Faktor penyebab yang menjadikan munculnya kepelbagaian dialek ialah terdiri
daripada faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan, masa dan sebagainya. Di
semenanjung Malaysia misalnya, terdapat kepelbagaian alam semulajadi yang terdiri daripada
pelbagai bukit dan gunung, hutan belantara dan sungai yang menjadi penghalang kepada
penduduk setempat untuk berhubung. Faktor politik pula menyebabkan pembahagian Negara
kepada beberapa fahaman politik yang menjadikan negeri-negeri mempunyai dialek mereka
yang tersendiri.
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 2
Dalam kertas kerja ini, pengkaji akan mengkaji tentang perbezaan aspek fonologi
antara dialek Muar dengan dialek Melaka berdasarkan teori transformasi generatif. Pengkaji
akan menggunakan bahan kajian yang terdiri daripada kajian responden yang pengkaji
jalankan di sekitar Muar dan Melaka. Sebagai bahan rujukan tambahan, pengkaji turut
menggunakan buku fonologi generatif.
Mengikut sejarah, kedudukan negeri Melaka adalah bersebelahan dengan Daerah
Muar yang merupakan daerah negeri Johor. Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor,
Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil
Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka ( Sungai Rambai ) di utara,
daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.
Manakala Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia serta
bertentangan dengan Sumatera. Ia berkeluasan kira-kira 1,650 kilometer persegi, ia
bersempadan dengan Negeri Sembilan di Utara dan Johor di Timur. Bandar-bandar utama di
negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Jasin, Merlimau, Alor Gajah, Masjid Tanah, Asahan
dan Ayer Keroh. Jelas membuktikan sempadan antara Johor dan Melaka adalah sangat
hamper tetapi mempunyai sebutan fonetik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam bahasa
formal menyatakan perkataan [ pa.sar ], dalam dialek Muar akan mengatakan [ pa.so ] dan
dialek Melaka akan mengatakannya sebagai [ pa.saw ].
1.1 PERMASALAHAN KAJIAN
Semasa mempelajari sesuatu bahasa, terdapat pelbagai masalah ataupun
persoalan yang timbul sama ada ketika mempelajari bahasa pertama mahupun bahasa
kedua. Masalah ini timbul hasil daripada gangguan yang mungkin dihasilkan oleh
bahasa ibunda ataupun dialek itu sendiri.
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 3
Dalam kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam dialek Muar dan
Melaka telah menimbulkan beberapa permasalahan kepada pengkaji yang perlu dikaji
dan diselesaikan. Pengkaji juga telah memerhati dan mengenalpasti bahawa terdapat
banyak perbandingan aspek fonologi antara dialek Muar dan Melaka berdasarkan teori
transformasi generatif. Oleh itu, terdapat beberapa jenis masalah yang timbul dalam
pengkajian ini.
Antaranya ialah mengapa dalam dialek Muar / r / akan digugurkan apabila
berada di akhir kata dan digantikan dengan huruf / ͻ /. Manakala dalam dialek
Melaka / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata dan digantikan dengan
huruf / w /. Permasalahan seterusnya ialah mengapa vokal /a/ direalisasikan sebagai
vokal /ə/ apabila berada di akhir kata dalam dialek Muar dan juga dialek Melaka.
Selain itu juga terdapat permasalahan mengapa vokal /i/ akan direalisasikan
sebagai vokal /e/ apabila berada di suku kata akhir tertutup yang diakhiri dengan huruf
konsonan /k/ dalam dialek Muar dan Melaka. Dalam kajian yang dilakukan terdapat
juga permasalahan tentang penukaran konsonan /k/ menjadi hentian glotis /Ɂ / diposisi
akhir kata.
1.2 BAHAN DAN BATASAN KAJIAN
Pengkaji telah mengkaji penelitian dialek Muar dan dialek Melaka melalui
kaedah lapangan di mana pengkaji telah mencari responden yang menggunakan
dialek-dialek ini sebagai bahasa pertuturan seharian mereka. Hal ini kerana dengan
penelitian yang dijalankan mendapati responden yang menggunakan dialek ini sebagai
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 4
bahasa pertuturan mereka seharian akan membuatkan bahasa itu berkembang dengan
sendirinya dengan penyebaran dialek di antara masyarakat sekelilingnya. Di samping
itu juga, pengkaji turut mempunyai banyak data-data yang terdiri daripada perkataan-
perkataan dialek Muar dan dialek Melaka yang boleh dijadikan bahan rujukan dalam
kertas kerja ini.
Di dalam kertas kerja ini juga, para pengkaji turut memberi tumpuan untuk
meninjau dan meneliti pertuturan dialek Muar dan dialek Melaka oleh para responden
yang terdiri daripada penjawat awam, pelajar sekolah dan orang awam yang tinggal
dan menetap di Muar dan Melaka sejak mereka lahir serta menuturkan dialek kawasan
masing-masing sebagai bahasa pertuturan mereka seharian. Oleh hal demikian,
tinjauan yang dibuat daripada responden yang dipilih sememangnya sesuai kerana
dialek yang perlu dikaji seharusnya dikaji daripada penutur asli dialek tersebut.
2.0 SOROTAN KAJIAN
Kajian mengenai dialek-dialek Melayu mula dikesan sejak sebbelum perang dunia
kedua lagi. Kajian-kajian awal telah diusahakan oleh pengkaji Barat yang terdiri daripada C.C
Brown, Keiron, Boswick, A.J Stullock, Shellbear dan beberapa orang lagi. Penggunaan
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 5
bahasa Melayu di beberapa ndegara adalah berbeza-beza bergantung kepada sejarah dan
budaya masyarakat di sesuatu kawasan. Secara amnya, bahasa Melayu mempunyai
kepelbagaian dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan sebutan perkataan dan kosa kata
yang nyata berbeza. Misalnya, bahasa Melayu Riau Johor berbeza dialek dengan Palembang,
Jambi dan Bengkulu. Melayu Riau Johor menggunakan dialek ‘e’ sedangkan Palembang lebih
terarah untuk menggunakan dialek sebutan ‘o’. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa
Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan
memberi imbuhan tertentu.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat
mudah dan anjal untuk dipelajari adalah sistem fonologinya yang amat mudah untuk
dipelajari. Hampir keseluruhan huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem.
DwibibirBibir-gigi
Gigi/Gusi
Bel.gusi
Lelangit
Velum UvulaPeti
suara
Sengau m /m/ n /n/ ny /ɲ/ ng /ŋ/Letupan/Hentian
p /p/
b /b/ t /t/ d /
d/k /k/
g /g/
Letusan c /tʃ/ j /dʒ/
Geseranf /f/
v /v, ʋ/
s /s/ z /z/ sy /
ʃ/ h /h/
Malarantak geser
y /j/ w /w/
Getaran r /r/*Sisian l /l/
Jadual Konsonan Fonem Dalam Bahasa Melayu
Ketinggian Depan Pusat Belakang
Sempit i /i/ u /u/
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 6
Separuhsempit
e /e/ o /o/
Tengah e /ə/Separuh
luase [ɛ]* o [ɔ]*
Luas a /a/ a [ɑ]*
Jadual Fonem Vokal Bahasa Melayu
Sememangnya, terdapat banyak contoh yang dapat dikaitkan dengan penggunaan
dialek Muar yang seakan sama dengan bahasa Melayu yang kini dituturkan oleh masyarakat
Malaysia. Sebagai contoh, penggunaan dialek Johor Riau kini menjadi asas kepada
pembentukan bahasa Melayu standard. Hal yang paling ketara dapat dibuktikan melalui
akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh :
Selain itu, terdapat juga beberapa dialek Muar yang diguna pakai dalam dialek Johor
Riau yang sememangnya berkait rapat dengan penggunaan perkataan dan kosa kata yang
hampir sama. Misalnya :BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 7
Saya - disebut sayě
Apa – disebut Apě
Berapa – disebut Berapě
Terdapat juga sesetengah perkataan yang mempunyai konsonan ‘r’ di tengah-tengah
kosa kata akan mengalami pengguguran apabila berada dalam dialek Muar. Contohnya ialah :
Bagi melihat perbezaan yang lebih ketara dalam penggunaan bahasa formal, dialek
Muar dan dialek Melaka, terdapat beberapa contoh yang boleh dijadikan bukti untuk
menunjukkan perbezaan yang tidak begitu ketara antara dialek-dialek berkenaan. Hal ini
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 8
Bunyi ‘o’ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan
sebutan ‘ur”
Contoh : Tidur – disebut Tido
Telur – disebut Telo
Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonan
seperti berikut:
Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)
Pergi - disebut Pegi
Berjalan - disebut Bejalan
kerana lokasi mereka yang berhampiran menyebabkan penyebaran dialek mereka menjadi
sekata dan perkataan yang mereka tuturkan kedengaran hampir serupa antara satu sama lain.
Antara contoh yang boleh diketengahkan bagi membuktikan kajian para pengkaji ialah :
silakan
Pengkajian mengenai dialek-dialek di Malaysia sebenarnya telah menarik perhatian
yang serius sejak tahun 1960-an. Terdapat banyak kajian ilmiah telah dihasilkan pada
peringkat sarjana dan peringkat tertinggi dalam pelbagai bentuk, termasuklah buku, monograf,
jurnal,artikel, kertas kerja da sebagainya. Antara para pengkaji yang dikenali ramai
termasuklah Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Musa,
Farid M Onn, Ajid Che Kod, Yunus Maris dan lain-lain lagi. ( Raja Masitah, 1987 : 289 )
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 9
Ejaan Standard Johor-Riau Dialek Muar DialekMelaka
Besar Besa Beso Besau
Lebar Leba Lebo Lebau
Sabar Saba Sabo Sabau
Langgar Langga Langgo Langgau
Tukar Tuka Tuko Tukau
Mengikut sejarah, kajian terhadap dialek-dialek Melayu khususnya dialek Johor Riau
yang berkait rapat dengan dialek Muar dapat dikesan sejak zaman kegemilangan tamadun
Melayu Melaka lagi. Ia menjadi Lingua Franca di mana ia menjadi bahasa diplomatik yang
dituturkan oleh para pedagang yang dating berdagang ke negeri Melaka. Namun, perkara
tersebut tidak dapat dipastikan sebagai salah satu sumber ilmiah kerana tidak mengikut
disiplin yang harus dilakukan secara saintifik dan empirikal.
Para pengkaji yang mengkaji kewujudan dialek pada masa itu bukanlah terdiri
daripada kalangan ahli linguistik yang terlatih. Lazimnya mereka hanya akan mencatat segala
pertuturan dalam dialek tersebut dalam abjad biasa sahaja. Akibatnya, bunyi ucapan yang
dicatat itu tidak tepat dan berkemungkinan besar dipengaruhi bahasa mereka sendiri. Oleh itu,
kertas kerja ini akan mengkaji perbezaan fonologi yang mungkin wujud dalam dialek Muar
dan dialek Melaka.
3.0 METODOLOGIBBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 10
Dalam kertas kerja ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapatkan data-data yang berkait rapat dengan dialek Muar dan dialek Melaka. Antara
kaedah yang digunakan termasuklah kaedah perpustakann, melayari internet dan kaedah
kajian lapangan. Menurut Mohd Majid Konting ( 1993-1995 ), bidang penyelidikan
melibatkan kegiatan pengumpulan data dan pemerosesan data. Oleh hal yang demikian,
pengkaji telah menggunakan kesemua kaedah dengan berkesan untuk mendapatkan maklumat
dan data-data yang lebih terperinci dan boleh dipercayai.
1. Kaedah Kajian Lapangan
Melalui kaedah ini, kesemua data dan maklumat dapat diperolehi secara jelas dan
konkrit. Hal ini demikian kerana data dan maklumat yang diperolehi mengandungi dialek
pertuturan yang dituturkan oleh responden kami yang berasal dari Muar dan Melaka.
Responden kami terdiri daripada penjawat awam, pelajar sekolah, serta beberapa orang awam
yang berasal dan menetap di Muar dan Melaka sejak mereka dilahirkan. Pengkaji telah
mendapatkan maklumat semasa responden mengungkapkan pertuturan yang dituturkan serta
merekod setiap butir bicara yang diungkapkan. Kami turut menyediakan senarai perkataan
yang perlu diungkapkan oleh responden bagi mendapatkan maklumat yang lebih konsisten
dan tepat.
Pengkaji turut meminta responden untuk mengungkapkan perkataan demi perkataaan
dengan jelas dan tepat bagi memudahkan proses pencarian data dan maklumat. Selain
daripada menyediakan teks, pengkaji turut menemu bual responden bagi mendapatkan
makluamat tidak formal seperti nama responden, tempat tinggal, lama menetap di tempat
kajian dan pengalama yang tidak dapat dilupakan oleh responden. Pengkaji mendapat maklum
balas yang positif dari kesemua responden pengkaji.
2. Kaedah Internet.
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 11
Pengkaji juga menggunakan kaedah internet dalam menyiapkan kertas kerja ini.
Banyak sumber dan maklumat yang diperolehi para pengkaji melalui kaedah ini. Antaranya
ialah senarai pengkaji awal dialek-dialek Melayu, sejarah dialek-dialek Melayu dan jurnal-
jurnal yang berkaitan dengan kajian pengkaji.
3. Kaedah Perpustakaan
Kaedah perpustakaan ini digunakan untuk mengetahui sesuatu kajian lepas yang
berkaitan dengan konteks kajian ini. Tambahan pula, kaedah ini dapat digunakan dalam kertas
kerja ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan data yang berkaitan dengan
kajian dan masalah penyelidikan yang lepas. Proses mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan permasalahan kajian dan ia tertumpu kepada ppembacaan dan rujukan terhadap buku,
jurnal, dan artikel mengenai dialek-dialek Melayu. Semua maklumat yang diperolehi akan
digunakan sebagai bahan rujukan kajian pengkaji.
Pengkajian dialek ini mencakupi faktor ruang geografi yang telah menyebabkan
berlakunya perubahan dialek daerah tersebut. Kaedah kajian lapangan yang perlu dipatuhi
oleh setiap cabang ilmu yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti. Ruang geografi
dialek juga memberi perhatian yang lebih kepada soal selidikk, pemilihan informal dan
pemetaan ( Chambers dan Trudgill ). Pemilihan informal ini ada kaitannya dengan tujuan
kajian geografi dialek itu sendiri. Pada peringkat awal sejarah kajian ini, para informal
tertentu kepada jenis yang diakronimkan sebagai NORM (non mobile, older rural and male)
iaitu informal yang hamper seluruh hayatnya tinggal di tempat itu sahaja. Hal ini disebabkan
tujuan kajian geografi dialek pada masa itu untuk mendapatkan bentuk bahasa yang sekuno
dan yang semurni mungkin serta bentuk-bentuk yang agak baku. Jika kerja yang demikian
tidak dilakukan, pasti beberapa data linguistik yang menarik dan penting akan terkubur.
4.0 HASIL KAJIAN
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 12
Sesuatu bahasa tabii tidak pernah seragam dari segi perkataan, bunyi atau ayat
tertentu. Penutur yang pelbagai akan mengungkapkan bentuk atau pengwujudan dari
perkataan, bunyi atau ayat itu dengan berbagai-bagai cara. Keadaan ini jelas dapat
diperlihatkan pada ujaran dalam satu kelompok masyarakat bahasa tertentu. Perbezaan dalam
pengwujudan sesuatu bahasa tertentu akan melahirkan kelainan-kelainan ujaran bahasa
tersebut yang dikenali sebagai dialek atau loghat.
Dalam erti kata lain, sesuatu bahasa itu tidak dapat lari daripada dicirikan oleh dialek.
Contohnya bahasa Melayu mempunyai pelbgai dialek seperti dialek Kedah, dialek Johor,
dialek Melaka, dialek Terengganu, Sabah dan negeri-negeri lain yang mempunyai dialek
mereka tersendiri yang membezakannya dengan dialek-dialek lain dari sudut system bahasa
dan kawasan penyebarannya.
Setelah mengkaji semua maklumat dari pelbagai rujukan dan panduan serta kaedah
lapangan, pengkaji telah berjaya mendapatkan jawapan dan hasil daripada kajian tersebut.
Pemasalahan kajian yang telah dinyatakan oleh pengkaji akhirnya terjawab. Antara rumus
yang dikaji adalah perbezaan atur rumus, pengguguran rumus dan perbezaan atur rumus.
a) Penambahan rumus
i. Peninggian Vokal
a ə/_#
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 13
Rumus ini bermaksud /a/ direalisasikan sebagai /ə/ apabila berada di akhir kata.
Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh perkataan dalam temu bual yang
dilakukan para pengkaji semasa menemu ramah para responden yang melengkapkan
rumus ini. Antaranya ialah :
/kena/ [ kә.nә]
/cinta/ [ ʧin.tə ]
/jasa/ [ ʣa.sə ]
/kenapa/ [ kə.na.pə ]
/bendera/ [ bən.də.rə]
Dalam rumus ini, tiada perbezaan dapat direkodkan dalam dialek Muar dengan
dialek Melaka kerana masing-masing menggunakan rumus yang sama dalam
mengungkapkan perkataan yang berakhir dengan /a/. Hal ini dapat menunjukkan
bahawa dialek Muar dan dialek Melaka mempunyai persamaaan juga dan perbezaan
yang muncul mungkin hanya perbezaan menggunakan rumus yang lain.
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 14
ii. Perendahan Vokal.
i e/_K#
Rumus ini bermaksud /i/ akan direalisasikan sebagai /e/ apabila berada di suku
kata akhir tertutup yang diakhiri dengan huruf K. Berdasarkan rumus ini, terdapat
beberapa contoh perkataan dalam temu bual yang dirakamkan semasa pengkaji
melakukan kajian dengan mendengar perkataan yang dituturkan oleh para responden.
/bilik/ [ bi.leɁ ]
/adik/ [ a.deɁ ]
/balik/ [ ba.leɁ ]
/tasik/ [ ta.seɁ ]
/cer.dik/ [ʧər.deɁ ]
Dalam rumus ini, tiada perbezaan dapat direkodkan dalam dialek Muar dengan
dialek Melaka kerana masing-masing menggunakan rumus yang sama dalam
mengungkapkan perkataan yang berakhir dengan /i/ yang diakhiri dengan huruf /k/. Hal
ini dapat menunjukkan bahawa dialek Muar dan dialek Melaka mempunyai persamaaan
juga dan perbezaan yang muncul mungkin hanya perbezaan menggunakan rumus yang
lain.
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 15
b) Perbezaan Atur Rumus
Dalam penghilangan rumus ini, terdapat dua rumus yang berbeza antara dialek
Muar dan juga dialek Melaka. Bagi dialek Muar, rumusnya adalah seperti berikut :
R Ø /_ ] ͻ
Rumus ini bermaksud / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata.
Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh dialek Muar yang mengalami
pengguguran / r / di akhir kata dan digantikan dengan huruf / ͻ /.
Daripada contoh di atas, proses simplikasi rumus juga merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan wujudnya kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu.
Ternyata, Teori Dialektologi Generatif berupaya menghuraikan kepelbagaian dialek
Melayu dengan begitu jelas dan formal. Dalam rumus ini, perbezaan jelas ketara
dalam dialek Muar dan dialek Melaka namun menggunakan rumus yang berlainan.
Perbezaan yang amat jelas dapat dijelaskan dalam perkataan yang berakhir dengan
huruf / r / dan dan digantikan dengan huruf / w /.
Manakala bagi dialek Melaka pula, rumusnya adalah seperti berikut :
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 16
R W / _#
Rumus ini bermaksud / r / akan digugurkan apabila berada di akhir kata.
Berdasarkan rumus ini, terdapat beberapa contoh dialek Melaka yang mengalami
pengguguran / r / di akhir kata dan digantikan dengan huruf / w /.
/ pasar / [ pa.saw ]
/ bakar / [ ba.kaw ]
/ besar / [ be.saw ]
/ sabar / [ sa.baw ]
/ kasar / [ ka.saw ]
Hal ini menunjukkan bahawa dialek Muar dan dialek Melaka amat berbeza dari
segi huruf yang berada di belakang perkataan yang berakhir dengan huruf / r /. Dalam
dialek Muar, perkataan yang berakhir dengan huruf / ar / akan digantikan dengan / ͻ /
manakala dalam dialek Melaka, ia akan digantikan dengan pengantian / aw /. Walau
bagaimanapun, kedua-dua rumus ini masih beluum kukuh untuk menganalisis semua
perkataan daripada dialek Muar dan dialek Melaka secara keseluruhannya. Pengkaji
mendapati terdapat perkataan yang memerlukan rumus tambahan bagi menyelesaikan
analisis perkataan tersebut.
c) Penghilangan Rumus
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 17
i. Pengguguran getaran
r Ø /_ #
Pengguguran getaran dengan merujuk rumus di atas pada suku kata tertutup
dapat dilihat oleh pengkaji dalam dialek Muar dan dialek Melaka dengan
menggunakan rumus suku kata berikut :
Contohnya :
/pergi/ [ pegi ]
/pertama/ [ petamə]
/kerja/ [keʣe]
/pernah/ [penah]
ii. Pembentukan glotal.
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 18
KVKKV
k Ɂ /_ #
Pembentukan getaran menukarkan /k/ menjadi /Ɂ / diposisi akhir kata. Rumus
ini terdapat dalam bahasa Melayu asal sebelum bahasa itu terpecah kepada beberapa
dialek. Apabila sudah terpecah, dialek-dialek turunan bahasa Melayu asal tadi masih
mengekalkan rumus ini. Dengan itu tidak hairanlah rumus ini terdapat dalam dialek
Muar dam Melaka serta tersebar dengan begitu meluas.
Contohnya :
/bilik/ [ bi.leɁ ]
/balik/ [ ba.leɁ ]
/cetak / [ʧetaɁ]
/politik/ [pͻlitiɁ]
/projek/ [prͻʣeɁ]
/patuk / [patoɁ]
/rompak/ [rompaɁ]
/unik/ [uniɁ]
5.0 KESIMPULAN
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 19
Berdasarkan dapatan kajian ini tuntasnya bahawa terdapat banyak permasalah kajian
yang timbul namun, hanya tiga permasalahan utama yang telah dinyatakan sebelum ini.
Permasalahan yang pertama ialah persoalan yang timbul bagi membezakan antara bahasa
pertama mahupun bahasa kedua akibat daripada gangguan bahasa ibunda mahupun dialek itu
sendiri. Selain itu, turut dinyatakan bahawa permasalah kajian berlaku apabila terdapat
kesukaran yang dihadapi oleh pengkaji untuk membandingkan aspek fonologi antara dialek
Muar dengan dialek Melaka berdasarkan teori transformasi generatif. Permasalahan ini dapat
dilihat melalui beberapa contoh sebutan perkataan seperti /besar/ dalam dialek Muar disebut
[be.so] manakala dialek Melaka disebut [be.saw].
Apabila timbulnya permasalahan kajian maka, terdapat tiga kaedah kajian yang
digunakan bagi mengenal pasti dan merealisasikan rumus yang digunakan dalam
membandingkan aspek fonologi dialek Muar dan dialek Melaka berdasarkan teori
transformasi generatif. Kaedah yang paling penting digunakan ialah melalui kaedah lapangan
dengan mencari responden yang merupakan penutur asal kedua-dua dialek tersebut seperti
pegawai perpustakaan awam, guru sekolah dan pegawai tadbir.
Bukan itu sahaja, kaedah yang digunakan ialah melalui pengumpulan data-data
perkataan yang diramalkan dapat menunjukkan perbezaan kedua-dua dialek ini dan telah
meminta responden untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut mengikut dialek masing-
masing. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan lebih keberkesanan untuk mendapatkan
hasil kajian yang tepat para pengkaji telah menggunakan kaedah sampingan yang tidak lain
turut memainkan peranan yang penting iaitu melalui kaedah internet dan perpustakaan.
Kaedah ini telah menjadi rujukan penting agar setiap sorotan kajian yang dijalankan adalah
berdasakan teori yang benar iaitu rumus transformasi generatif.
Berikutan itu, sorotan kajian dalam tugasan ini tegasnya adalah mengenai
perbandingan aspek fonologi dialek Muar dan Melaka berdasarkan teori transformasi. Dapat BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 20
dikonklusikan secara keseluruhannya melalui hasil kajian yang telah dinyatakan bahawa
berlaku tiga rumus utama dalam sorotan kajian ini. Rumus yang pertama ialah penambahan
rumus. Dalam penambahan rumus ini berlaku peninggian vokal iaitu /a/ direalisasikan sebagai
/ə/ apabila berada di akhir kata. Contohnya /kena/ menjadi [ kә.nә], /cinta/ menjadi
[ ʧin.tə ], /jasa/ menjadi [ ʣa.sə ], /kenapa/ menjadi [ kə.na.pə ], /bendera/ menjadi
[ bən.də.rə ]. Selain itu, /i/ direalisasikan sebagai /e/ apabila berada di suku kata akhir tertutup
yang diakhiri dengan huruf K. Ini membuktikan bahawa dalam penambahan rumus berlaku
perendahan rumus seperti dalam contoh /bilik/ menjadi [ bi.leɁ ], /adik/ menjadi [ a.deɁ ],
/balik/ menjadi [ ba.leɁ ], /tasik/ menjadi [ ta.seɁ] dan /cer.dik/ menjadi [ʧər.deɁ ].
Dalam penghilangan rumus terdapat juga perbezaan atur rumus antara dialek Muar
dan dialek Melaka. Dalam dialek Muar rumus /r/ akan digugurkan apabila berada di akhir kata
dan digantikan dengan huruf / ͻ /. Contohnya / pasar / menjadi [ pa.sͻ ], / bakar / menjadi
[ ba.kͻ ], / besar / menjadi [ be.sͻ ], / sabar / menjadi [ sa.bͻ ] dan / kasar / menjadi [ ka.sͻ ].
Melalui dialek Melaka pula perkataan huruf /r/ digugurkan apabila berada di akhir kata dan
digantikan huruf /w/ contohnya / pasar / menjdai [ pa.saw ], / bakar / menjadi [ ba.kaw ], /
besar / menjadi [ be.saw ] / sabar / menjadi [ sa.baw ] dan / kasar / menjadi [ ka.saw ]. Rumus
terakhir yang digunakan ialah penghilangan rumus. Dalam rumus ini terdapat dua rumus iaitu
pengguguran getaran dan pembentukan glotis.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa dialek Muar dan dialek Melaka mempunyai
perbezaan berdasarkan teori transformasi generatif hasil daripada kaedah-kaedah kajian yang
digunakan oleh para pengkaji.
5.1 BIBLIOGRAFIBBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 21
1. Farid M. Onn, 1988, Bunga Rampai Fonologi Bahasa Melayu, Penerbit Fajar
Bakti, Petaling Jaya.
2. Farid M. Onn dan Ajid Che Kob, 1993, Simposium Dialek : Penyelidikan dan
Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur.
3. Zaharani Ahmad, 1993, Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur atau Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4. Asmah Haji Omar, 1995, Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
5. James T. Collins. 2007. Penghayatan Ilmu Linguistik melalui Pemetaan Dialek
Melayu Sealam Melayu. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
5.2 LAMPIRAN
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 22
Responden Melaka dan Muar
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 23
En. ZakariaPenjawat Awam
Pn. Hjh MaimunOrang Awam
Cenderamata
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 24
Pelajar Pelajar
BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI | 25