ifolio.ukm.my · Web viewKami cuba untuk menyenaraikan barangan yang mungkin diperlukan semasa...

15
Perancangan Nama aktiviti : Gema Amal Insan – Khidmat Masyarakat Tempat : Khidmat Masyarakat di Rumah Kebajikan Nurul Hasanah Jawatan : Exco Teknikal Kod : PF/012/000-1213-027 Tarikh : 23 Mac 2014 Maklumat Penasihat : Pada 12 November 2013, mesyuarat pertama telah diadakan dengan semua ahli organisasi program Gema Amal Insan (GAIN) di Bilik Seminar Blok H 4. Pengarah Program Gema Amal Insan (GAIN), Saudara Abdul Hafiz memulakan majlis dengan menerangkan serba sedikit tentang Program GAIN yang dirancang. Mesyuarat diteruskan dengan pembahagian subprogram bagi program induk GAIN. Antaranya ialah Larian Amal Run To Gain, Malam Citra Seni dan Khidmat Masyarakat. Saya telah diamanahkan untuk menjawat jawatan Exco Teknikal bagi subprogram Khidmat Masyarakat. Pemantau yang hadir dari kalangan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR) seperti Nur Nadiana Binti Adnan telah menjelaskan bidang tugas setiap exco. Pada 15 November 2013, mesyuarat rasmi kedua tela dijalankan di Bilik Seminar Blok H 4. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengemaskinikan segala idea dan cadangan penambahbaikan bagi setiap subprogram sebelum dibentangkan kepada pemantau dari kalangan pensyarah, Dr. Mohd. Hanif Zulfakar. Saya sebagai Exco Teknikal Khidmat Masyarakat telah memberi beberapa idea seperti kami boleh melakukan aktiviti gotong-royong sekiranya dibenarkan dan permohonan yang boleh dilakukan sekiranya kekurangan peralatan untuk aktiviti hari tersebut. Pada 21 November 2013, saya telah menghadiri mesyuarat rasmi kali ketiga bersama dengan Pensyarah Pemantau, Dr. Mohd. Hanif. Exco Program setiap subprogram telah membentangkan membentangkan Dr. Mohd Hanif Zulfakar E-mail : [email protected] No. Telefon : +603-92897971

Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewKami cuba untuk menyenaraikan barangan yang mungkin diperlukan semasa...

Perancangan

Nama aktiviti : Gema Amal Insan – Khidmat Masyarakat

Tempat : Khidmat Masyarakat di Rumah Kebajikan Nurul Hasanah

Jawatan : Exco Teknikal

Kod : PF/012/000-1213-027

Tarikh : 23 Mac 2014

Maklumat Penasihat :

Pada 12 November 2013, mesyuarat pertama telah diadakan dengan semua ahli organisasi program Gema Amal Insan (GAIN) di Bilik Seminar Blok H 4. Pengarah Program Gema Amal Insan (GAIN), Saudara Abdul Hafiz memulakan majlis dengan menerangkan serba sedikit tentang Program GAIN yang dirancang. Mesyuarat diteruskan dengan pembahagian subprogram bagi program induk GAIN. Antaranya ialah Larian Amal Run To Gain, Malam Citra Seni dan Khidmat Masyarakat. Saya telah diamanahkan untuk menjawat jawatan Exco Teknikal bagi subprogram Khidmat Masyarakat. Pemantau yang hadir dari kalangan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR) seperti Nur Nadiana Binti Adnan telah menjelaskan bidang tugas setiap exco.

Pada 15 November 2013, mesyuarat rasmi kedua tela dijalankan di Bilik Seminar Blok H 4. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengemaskinikan segala idea dan cadangan penambahbaikan bagi setiap subprogram sebelum dibentangkan kepada pemantau dari kalangan pensyarah, Dr. Mohd. Hanif Zulfakar. Saya sebagai Exco Teknikal Khidmat Masyarakat telah memberi beberapa idea seperti kami boleh melakukan aktiviti gotong-royong sekiranya dibenarkan dan permohonan yang boleh dilakukan sekiranya kekurangan peralatan untuk aktiviti hari tersebut.

Pada 21 November 2013, saya telah menghadiri mesyuarat rasmi kali ketiga bersama dengan Pensyarah Pemantau, Dr. Mohd. Hanif. Exco Program setiap subprogram telah membentangkan membentangkan pengenalan dan cadangan subprogram yang dirancang sepanjang GAIN berlangsung dan juga gerak kerja yang telah berjalan. Sebagai Exco yang profesional, saya telah merekodkan idea yang dibentangkan untuk memudahkan perancangan permohonan peralatan.

Pada 13 Januari 2014, saya telah menghadiri mesyuarat yang diadakan di Surau D, Kolej Tun Syed Nasir. Sebagai Exco Teknikal, saya telah membentangkan gerak kerja terkini untuk pengetahuan umum seperti cara permohonan haler daripada pihak kolej dan rancangan idea tentang bilangan peralatan yang diperlukan seperti baldi dan penyapu sekiranya hendak melakukan aktiviti gotong-royong.

Dr. Mohd Hanif ZulfakarE-mail : [email protected]. Telefon : +603-92897971

Pada 7 Mac 2014, satu mesyuarat untuk aktiviti khidmat masyarakat telah dijalankan. Gambar di atas menunjukkan situasi semasa kami mengadakan perbincangan dalam mesyuarat di surau D Kolej Tun Syed Nasir. Saya telah menghadiri mesyuarat itu tepat pada masanya untuk mendapatkan maklumat terkini. Saya telah mencatatkan maklumat terkini mengenai aktiviti ‘ indoor games’ dan ‘oudoor games’ yang telah dirancang mengikut gerak kerja terkini kerana aktiviti gotong-royong telah dibatalkan.

Gambar di atas adalah perbincangan antara saya dengan Exco Teknikal lain yang turut terlibat dalam aktiviti Khidmat Masyarakat tentang barangan yang diperlukan. Kami cuba untuk menyenaraikan barangan yang mungkin diperlukan semasa pergi ke Rumah Kasih Nurul Hasanah. Selain itu, kami juga berbincang tentang bilangan yang diperlukan, cara permohonan peralatan dan kesesuaian barangan dengan aktiviti yang dirancang.

Pada 10 Mac 2014, satu mesyuarat telah diadakan di surau Kolej Tun Syed Nasir untuk membincangkan perkara yang telah ditetapkan dan aturcara yang terkini. Gambar di atas menunjukkan kehadiran saya ke setiap mesyuarat dan saya cuba mencatatkan barangan yang perlu membuat permohonan daripada pihak kolej. Saya telah memberi respons yang sewajarnya semasa Exco Program dan pemantau PMFFAR bertanya tentang kegunaan peralatan pada hari tersebut aktiviti bakal dijalankan.

Pada 21 Mac 2014, satu mesyuarat secara formal telah diadakan antara ahli organisasi Program Gema Amal Insan dengan Dr. Mohd Hanif sebagai pemantau di kampus Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gambar-gambat di atas menunjukkan perbincangan saya dengan Exco-exco sub-program yang lain untuk mengetahui perkembangan program Gema Amal Insan secara keseluruhannya. Exco program telah menyediakan tentatif program dan telah menetapkan aktiviti yang bakal dilakukan Saya telah mencatatkan perkara-perkara yang penting seperti jadual yang telah dirancang untuk aktiviti khidmat masyarakat dan bahagian teknikal yang perlu saya titikberatkan. Saya telah mengumpul maklumat penting seperti masa ketibaan bas, jangka masa aktiviti dan memastikan sekali lagi barangan yang diperlukan supaya tidak kekurangan peralatan.

Pada 30 April 2014, saya telah menghadiri mesyuarat pertama bagi HHHC9401 Set 41 dengan penilai projek iaitu Dr. Nor Malia bt Abd Warif di BSJ 0.1 untuk membincangkan perkembangan projek dengan perincian yang dikehendaki semasa menyediakan laporan berkenaan.

Pelaksanaan

Pada 23 Mac 2014, kami telah melakukan aktiviti khidmat masyarakat di Rumah Kasih Nurul Hasanah di Ampang. Aktiviti ini telah dijalankan dari pukul 7 pagi hingga pukul 5 petang.

Sebagai Exco Teknikal yang profesional, saya perlulah memastikan barangan yang dibawa semua mencukupi dan tidak tertinggal dengan merujuk kepada catatan di telefon bimbit. Selain itu, saya sedang mengambil gambar rakan yang sedang tolong memunggah barangan sebagai rujukan serta untuk kegunaan laporan dan post mortem.

Untuk menunjukkan sikap profesionalisme saya sebagai seorang Exco Teknikal, saya haruslah memastikan lagu-lagu dan multimedia yang hendak dimainkan sepanjang aktiviti ‘indoor games’ dapat berjalan dengan lancar. Saya bekerjasama dengan Exco Persembahan untuk memastikan bahagian mereka tidak mempunyai masalah dan lagu dan tayangan multimedia yang hendak dimainkan boleh berfingsi baik.

Sebaik sahaja tiba di Rumah Kasih Nurul Hasanah, kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan menjalankan aktiviti ‘ice-breaking’. Saya telah menunjukkan sikap kasih sayang dan ramah mesra untuk cuba bergaul dengan kanak-kanak di situ supaya dapat berkenalan dengan lebih rapat. Saya dan Exco lain sedang berkomunikasi dengan mereka.

Saya telah menyertai senaman pagi yang menggunakan lagu ‘chicken dance’ untuk melakukan aktiviti pagi. Selain itu, saya dan rakan-rakan cuba berinteraksi baik dengan kanak-kanak dengan cara yang mesra dalam keadaan yang gembira.

Saya dan rakan cuba melegakan suasana yang kekok dan tegang antara kanak-kanak dengan ahli organisasi dengan membuat persembahan yang lucu dan melakukan aktiviti bersama-sama dengan mereka. Saya dan rakan berinteraksi dengan mereka supaya dapat berkenalan dengan lebih rapat.

Selain daripada bidang tugas masing-masing, setiap Exco mempunyai jadual pada hari tersebut iaitu setiap bahagian Exco haruslah menjaga satu stesen permainan sebagai hiburan dengan kanak-kanak semasa aktiviti ‘outdoor games’. Saya memberi panduan dan galakan sepanjang permainan kepada kanak-kanak untuk mewujudkan suasana yang gembira.

Saya dan rakan yang menjaga stesen permainan ‘membaling bintang kertas ke dalam baldi’. Kami sedang memberi tunjuk ajar cara-cara permainan dan peraturannya. Kami mengira setiap bintang yang dimasukkan untuk memberi hadiah pada akhirnya dan memberi peluang kepada setiap kanak-kanak untuk bermain.

Saya menunjukkan sikap kerajinan dan kesukarelawan untuk membantu bahagian Exco yang sibuk semasa permainan mereka dijalankan. Saya cuba bergaul dan berinteraksi dengan baik dengan kanak-kanak serta memberitahu mereka teknik-teknik untuk bermain permainan tersebut.

Gambar di atas menujukkan saya sedang memberi kerjasama dengan Exco yang lain untuk melancarkan aktiviti. Saya rela untuk menemani kanak-kanak melakukan aktiviti bersama-sama bagi mewujudkan suasana yang harmoni.

Saya dan rakan turut memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak di Rumah Kasih Nurul Hasanah untuk membuat kad ucapan. Saya memberitahunya cara yang sesuai dengan nada dan intonasi yang ramah mesra. Saya akan membetulkan kesilapan mereka dan berinteraksi baik dengan mereka sepanjang aktiviti.

Sebelum aktiviti berakhir, kami menyanyi bersama-sama untuk menggembirakan kanak-kanak dan suasana di situ. Kami juga melakukan majlis penyampaian hadiah sebelum aktiviti tamat.

Pada pukul 5 petang, aktiviti khidmat masyarakat anjuran Program Gema Amal Insan telah bersurai. Saya dan rakan-rakan Exco yang lain mengambil gambar bersama-sama dengan kanak-kanak di Rumah Kasih Nurul Hasanah sebelum balik sebagai kenangan.

Laporan Akhir Program Gema Amal Insan

Pada 23 Mac 2014, aktivti khidmat masyarakat ke Rumah Kasih Nurul Hasanah telah

diadakan dari pagi pukul 7 hingga pukul 5 petang. Aktiviti khidmat masyarakat merupakan

anjuran program Gema Amal Insan (GAIN) fakulti Farmasi. Program GAIN telah

mengadakan tiga aktiviti yang berlainan iaitu Larian Gema Amal Insan sekitar Tasik

Titiwangsa, Malam Citra Seni di dewan serba guna Kolej Tun Syed Nasir dan Khidmat

masyarakat. Saya telah menjawat jawatan sebagai Exco Teknikal dalam aktiviti khidmat

masyarakat.

Saya telah merancang beberapa strategi sepanjang program dilaksanakan. Sebagai

Exco Teknikal aktiviti khidmat masyarakat, saya akan memastikan diri saya sentiasa hadir ke

meyuarat untuk mendapat maklumat terkini tentang jadual yang dirancang dan barangan yang

diperlukan supaya permohonan daripada pihak kolej dapat dilaksanakan dengan lancar.

Selain itu, saya akan mematuhi masa yang sepatutnya untuk hadir ke mesyuarat. Sekiranya

terdapat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya akan memberitahu pihak atasan seperti

Pengarah program Gema Amal Insan terlebih dahulu dan bertanya kepada rakan lain yang

hadir tentang isi maklumat mesyuarat. Di samping itu, saya akan bertindak rasional dan

memikir secara logik semasa memberi idea apabila menghadapi sebarang masalah.

Oleh sebab kekurangan tenaga manusia, saya akan menunjukkan sikap kesukarelawan

untuk membantu subprogram yang lain membuat persediaan sebelum dan semasa aktiviti.

Saya akan bersikap sabar dan toleransi apabila disuruh untuk membantu aktiviti lain seperti

Larian Gema Amal Insan dan Malam Citra Seni walaupun bukannya merupakan aktiviti yang

saya libatkan diri sebagai Exco Teknikal. Pada hakikatnya, saya akan menghormati

keputusan atau arahan yang diberi oleh pihak atasan seperti Pengarah dan Timbalan Pengarah

Program GAIN dan bekerjasama dengan ahli jawatankuasa semasa melakukan tugas. Saya

akan rajin dan bertanggungjawab untuk melakukan tugas saya seperti memohon penggunaan

pembesar suara (haler) dari pihak kolej dan meminjam alat lain seperti baldi dan peralatan

pembersihan gotong-royong dari rakan sekiranya pihak kolej tidak mencukupi.

Sebagai pembuktiannya, saya telah menghadiri ke setiap mesyuarat tidak kira secara

formal atau tidak formal di surau untuk mencatatkan maklumat terkini supaya jelas dengan

peralatan yang diperlukan semasa pergi ke Rumah Kasih Nurul Hasanah. Saya memberi

perhatian semasa mesyuarat dijalankan dan sentiasa mematuhi masa yang ditetapkan. Saya

memberitahu Pengarah terlebih dahulu sekiranya lewat ke mesyuarat ataupun disebabkan

aktiviti lain yang dijalankan pada masa yang sama seperti Pesta Angpau 2014. Sehubungan

dengan itu, saya telah memberi idea dan pandangan saya secara rasional dan logic dalam

perbincangan rancangan program semasa bermesyuarat.

Pada hakikatnya, saya telah menunjukkan sikap kesukarelawan dengan menjaga

‘check point’ di Tasik Titiwangsa semasa Larian Gema Amal Insan dan saya menolong untuk

menjual tiket untuk persembahan Malam Citra Seni. Sepanjang program dijalankan, saya

menghormati keputusan muktamad yang dibuat oleh pihak atasan dan saya telah bekerjasama

baik dengan semua AJK dan Exco untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Saya

telah melaksanakan kewajipan saya sebagai Exco Teknikal dengan dedikasi, sebagai contoh

saya telah membuat permohonan pembesar suara daripada pihak kolej, saya telah

mendapatkan baju terpakai yang dikumpul dari pihak AJK Pesta Angpau dan mendapatkan

baldi serta alat pembersihan untuk digunakan semasa aktiviti.

Kesimpulannya, saya berasa program Gema Amal Insan amat bermakna terutamanya

Khidmat Masyarakat di Rumah Kasih Nurul Hasanah. Saya berharap program sebegini dapat

dilaksanakan setiap tahun.