ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan...
Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewKami telah merancang untuk membuat pertemuan dengan semua ahli kumpulan...
LAPORAN KESELURUHAN
KEPIMPINAN DAN KRETIVITI LMCK1531
NUR IZZATI BINTI SHAMSUDDIN
A148833
SESI 2014/2015
1. TEMA PROGRAM
“Sentuhan Kasih Gelandangan”
“Kepentingan Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan”
2. OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Membantu gelandangan dalam mendapatkan keperluan asas seharian.
2.2 Menekankan kepentingan penjagaan kesihatan kepada gelandangan.
2.3 Mengenalpasti punca kewujudan gelandangan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur
2.4 Menerapkan semangat tanggungjawab dan rendah diri terhadap kekurangan orang lain.
Bagi subjek Citra Kompetensi iaitu Kepimpinan dan Kretiviti, saya telah menjalankan dan melaksanakan program yang bersesuaian dengan subjek ini. Oleh hal yang demikian, saya telah memilih untuk menjalankan aktiviti yang diberi nama Kerja Amal Gelandangan.
Program ini telah diadakan pada 9 Disember 2014 bersamaaan hari Selasa. Aktiviti ini dijalankan atas kerjasama semua ahli yang menyertai program ini. Laporan keseluruhan seperti berikut:
GERAK KERJA POST SECARA KESELURUHAN
A. PERSIAPAN AWAL
Bermula dari 1 November 2014 sehingga 8 Disember 2014 :
1. Post Bendahari
Post ini merangka dan merancang perbelanjaan yang diperlukan dalam melaksanakan aktiviti ini. Selain itu, mereka juga mengumpul bajet untuk menyediakan bungkusan makanan berserta dengan barang-barang keperluan yang lain.
2. Post Barangan
Post ini bertanggungjawab mencari dan membandingkan harga untuk membeli barangan-barangan tersebut dengan harga yang lebih murah. Situasi ini disebabkan dana yang kami kumpulkan agak terhad. Selain itu, tugas mereka ialah memastikan kesemua barangan dibawa dengan selamat dan cukup ke kawasan yang hendak diagihkan.
3. Post Pengangkutan
Post ini pula merancang jadual perjalanan kami untuk ke lokasi seperti yang dirancang, pengangkutan awam yang akan digunakan, dan menguruskan tiket-tiket perjalanan pergi dan pulang daripada lokasi sehingga ke UKM. Hal ini demikian kerana kami menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kerana lebih mudah dan menjimatkan kos. Lebih-lebih lagi kawasan Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kesesakan lalu lintas sekiranya menggunakan kenderaan persendirian.
4. Post Program
Post ini mempunyai tanggungjawab besar. Hal ini demikian kerana post ini akan memastikan perjalanan program ini berjaya dan mengikut tentatif dan perancangan. Selain itu, mereka juga telah melawat lokasi sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman sehari sebelum program dijalankan.
B. PADA HARI KEJADIAN
TARIKH DAN MASA
PERKARA PERINCIAN
9. DISEMBER. 2014
(SELASA)
-Berkumpul di Perhentian Bas FSSK
-Menaiki bas Zon 6 untuk ke KTM
Semua pelajar di perhentian
bas Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Hal ini
demikian kerana kesemua ahli
12.00 TENGAH
HARI
Hentian UKM
-Post pengankutan memulakan tugas
mereka.
merupakan pelajar bagi fakulti
ini. Selain itu, kesemua ahli
menggunakan perkhidmatan
pengangkutan awam kerana
mudah.
1.15 PETANG -Sampai di Jalan Tunku Abdul
Rahman
- Ketua berikan taklimat
Ketua memberikan taklimat
keselamatan kepada semua
ahli kumpulan kerana risiko
untuk diserang oleh
gelandangan atau ditahan oleh
mana –mana pihak. Situasi ini
memberikan rasa tenang
kepada ahli kumpulan untuk
melaksanakan program
1.30 PETANG - Semua ahli kumpulan makan tengah
hari dan berehat sebentar bagi
menunaikan solat Zohor.
- Kesemua ahli kumpulan
beragama islam
-walaupun aktiviti ini penting,
namun kewajipan sebagai
umat islam tidak diabaikan.
1. 45 PETANG - Kesemua ahli kumpulan mula
bergerak di sekitar Jalan TAR
- kesemua ahli kumpulan mula
menjalankan tugas mereka.
Setiap post mula melakukan
tanggungjawab masing-
masing. Sebagai contoh, post
program akan memastikan
perjalanan lancar dan post
barangan akan memastikan
barangan sampai ke tangan
gelandangan. Namun begitu,
post bendahari dan post
pengankutan turut sama
membantu dalam
mengagihkan barangan
keperluan kepada
gelandangan.
3.30 petang -Kesemua ahli berehat sementara
kerana hujan lebat
Ahli kumpulan terus
berbincang strategi yang lebih
berkesan serta selamat untuk
ahli kumpulan bagi
mengelakkan risiko yang tidak
diiingini seperti kesan
sekiranya terkena . salah
seorang ahli kumpulan telah
memberikan idea dengan
membeli baju hujan yang
berharga RM 2.50 di Mydin
Mall bagi mengelakkan
terkena hujan.
4.00 PETANG Kesemua ahli kumpulan menyambung
semula tugasan masing-masing
- sambil memberikan
barangan keperluan itu, ahli
kumpulan juga turut berbual
dengan gelandangan dan
memberikan panduan tentang
kepentingan kesihatan. Ia
bersesuaian dengan tema kami
iaitu kepentingan kesihatan.
5.30 petang Kesemua ahli kumpulan berehat Kesemua ahli kumpulan
berehat dan menunaikan solat
Asar manakala yang tidak
solat akan menjaga barangan
yang mahu diagihkan.
5.45 petang Kesemua ahli kumpulan meneruskan
tugasan
Melalui agihan barangan
keperluan, ahli kumpulan juga
turut bertanya kepada
gelandangan punca mereka
menjadi gelandangan dan
kami menerima reaksi positif
mereka. Situasi ini telah
melahirkan rasa simpati ahli
kumpulan kepada mereka.
7.15 malam Kesemua ahli kumpulan berehat
sebentar dan menjamah sedikit
makanan.
Ahli kumpulan menunaikan
solat Maghrib di surau
berdekatan
7.30 malam Kesemua ahli kumpulan meneruskan
program.
Kesemua ahli kumpulsn
diminta untuk lebih berhati-
hati kerana gelandangan mula
keluar pada waktu malam da
nada yang bakal bertindak
agresif kerana mereka mula
lapar. Namun begitu, kesemua
ahli kumpulan masih
menjalankan tugasan mereka.
10.00 malam -Program tamat
-Pulang ke UKM
-Post Pengankutan
Post pengangkutan membeli
pengankutan awam. Hal ini
kerana kami turut
menggunakan pengangkutan
awam untuk pulang.
MASALAH YANG DIHADAPI DAN CADANGAN YANG PERLU DILAKUKAN
MASALAH CADANGAN/TINDAKAN
Masalah kekurangan dana pada awal
perbincangan.
- semua ahli kumpulan telah mencapai kata
sepakat untuk memberikan sumbangan
sebanyak RM 20.00 setiap seorang.
Masalah pengangkutan. Hal ini demikian
kerana berlaku percanggahan idea.
- kesemua ahli kumpulan mencapai kata
sepakat untuk menggunakan perkhidmatan
pengangkutan awam. Hal ini demikian kerana
pengakutan awam sememangnya banyak di
sekitar UKM dan Kuala Lumpur. Selain itu,
kami juga dapat mengelakkan kesesakan lalu
lintas.
Hujan lebat semasa program dijalankan Kami terus berbincang dan mencapai kata
sepakat untuk meneruskan program apabila
hujan mulai reda. Hal ini demikian kerana,
kami juga perlu menjaga kebajikan kesemua
ahli kumpulan. Selain itu, kami telah
mengambil inisiatif untuk membeli baju hujan
bagi meneruskan program ini
Kepayahan mencari gelandangan Situasi ini mungkin disebabkan oleh berlaku
operasi pihak DBKL dalam membasmi
gelandangan. Oleh itu, kami telah meluaskan
kawasan kami di mana kami bermula dari LRT
Masjid Jamek sehingga LRT Titiwangsa.
Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat
kami.
Risiko ahli kumpulan semasa menjalankan
program
Kawasan program bukan sahaja diduduki oleh
gelandangan sebaliknya ia turut meliputi
penagih dadah. Kami telah diganggu oleh
seorang penagih dadah namun kami
menyelesaikan masalah ini dengan tenang.
Situasi ini mengajar kami untuk tenang dalam
mengahdapi masalah.
3. BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
Bil ItemBilangan
Orang
Sumbangan
(RM)
Jumlah
(RM)
1. Sumbangan Ahli Kumpulan 8 20.00 160.00
JUMLAH BESAR (RM) 160.00
Anggaran Perbelanjaan
Bil ItemKuantiti
(Unit)
Harga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
1. Tuala (12) 2 6.50 13.00
2. Sabun Mandi (3) 5 1.60 8.00
3. Berus Gigi (12) 2 9.60 19.20
4. Ubat Gigi (12) 2 9.69 19.38
5. Baju Hujan 15 1.50 22.50
6. Air Mineral 24 0.45 10.80
7. Appolo Layer Cake (24) 1 4.99 4.99
8. Roti 24 0.70 16.80
9. Bag Plastik (24) 1 2.70 5.40
10. Cloud 9 (12) 2 1.95 3.90
11. Biskut 24 1.30 31.20
JUMLAH BESAR (RM) 155.17
4. PERTEMUAN PROGRAM
Tarikh Masa Tempat Tujuan Jam
29 Oktober 2014
4.00 – 6.00 petang
PTSLPertemuan pertama dengan ahli kumpulan
2
1 November 2014
3.00 – 5.00 petang
PTSL Pembentukan organisasi 2
7 November 2014
10.00 pagi – 12.00 tengah hari
PTSL Penjanaan idea 2
27 November 2014
3.00 – 7.00 petang
FSSK Cara pelaksanaan 4
4 Disember 2014
7.00 – 9.00 malam
PTSL Taklimat program 2
5 Disember 2014
3.00 – 7.00 petang
Bangi/Kajang Penyediaan bahan 4
7 Disember 2014
9.00 pagi- 2.00 petang
Sekitar KL Lawatan kawasan program 5
8 Disember 2014
7.00 – 9.00 malam
FSSK Taklimat perjalanan program 2
9 Disember 2014
12.00 tengah hari – 10.00 malam
Sekitar KL Pelaksanaan aktiviti 12
10 Disember 2014
2.00 – 5.00 petang
FSSK Post mortem aktiviti 3
15 Disember 2014
12.00 – 4.00 petang
PTSL Penyediaan laporan 4
Jam Pembelajaran Notional Diperlukan 42
Jam Kredit Notional 1
Tarikh : 29 Oktober 2014
Masa : 4.00 – 6.00 petang
Tempat : PTSL
Aktiviti : Pertemuan pertama bersama ahli kumpulan
Pengisian : Semasa pertemuan pertama bersama ahli kumpulan, kami telah berkenalan
dengan lebih rapat lagi dan berkongsi pendapat mengenai apa itu kepimpinan, prinsip, elemen,
model dan kepentingan kepimpinan. Manakala, dari aspek kreativiti pula, kami telah berfikir
secara kreatif dan kritis dalam setiap tindakan. Kami telah berbincang untuk melaksanakan satu
program yang akan menonjolkan bakat kepimpinan dan kretiviti kami. Kami telah melaksanakan
aktiviti tersebut selepas menyiapkan kertas kerja kami.
Tarikh : 1 November 2014
Masa : 3.00 – 5.00 petang
Tempat : PTSL
Aktiviti : Pembentukan organisasi
Pengisian : Kami memahami bahawa untuk melaksanakan suatu aktiviti dengan jayanya,
sebuah organisasi perlu dibentuk bagi tujuan ini. Kami telah merancang untuk membuat
pertemuan dengan semua ahli kumpulan kami bagi melantik pertama sekali ketua projek. Selepas
ketua projek dipilih, mesyuarat diteruskan oleh beliau dengan memilih ahli jawatankuasa yang
lain. Dari segi ini, bakat kepimpinan setiap ahli adalah terserlah apabila mereka dipilih untuk
menerajui sesuatu jawatan. Tugas-tugas juga telah diagihkan dengan sama rata kepada semua
ahli.
Tarikh : 7 November 2014
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : PTSL
Aktiviti : Penjanaan idea
Pengisian : Sesuatu organisasi tidak akan bergerak sekiranya tidak mempunyai aktiviti untuk
dilaksanakan. Oleh kerana itu, kami telah membuat satu sesi untuk semua ahli kumpulan
memberi idea masing-masing untuk menganjurkan program. Selepas berbincang sesama kami,
akhirnya kata putus diambil oleh semua untuk melaksanakan kerja amal gelandangan. Lokasi
program telah ditentukan di dekitar Kuala Lumpur. Tarikh program pula telah ditentukan pada 9
Disember 2014 dari jam 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Semua kerja berkaitan dengan
program telah diagihkan antara ahli kumpulan. Kami juga telah mengambil keputusan untuk
berfikir secara kreatif dan kritis di sini dengan mengambil konsep penjagaan kesihatan sebagai
salah satu nilai utama dalam gelandangan kami. Ini adalah kerana, selalunya individu yang
membantu golongan gelandangan akan fokus lebih kepada makanan dan juga minuman. Kami
telah mendapat idea untuk membuat kelainan di sini dengan memilih untuk fokuskan kepada
penjagaan kesihatan dan kebersihan mereka.
Tarikh : 27 November 2014
Masa : 3.00 – 7.00 petang
Tempat : FSSK
Aktiviti : Cara Pelaksanaan
Pengisian : Kami telah merancang untuk melaksanakan kerja amal gelandangan ini di
sekitar Kuala Lumpur. Lokasi yang kami pilih ialah Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tuanku
Abdul Rahman, Jalan Ipoh, dan Titiwangsa. Kami telah memilih untuk bermula menjalankan
aktiviti pada jam 12.00 tengah hari kerana kami perlu jalan dalam jarak yang jauh. Anggaran
aktiviti akan tamat pada jam 10.00 malam. Bendahari telah mengumumkan bahawa setiap ahli
perlu mengeluarkan sumbangan sebanyak RM20.00 seorang. Semua ahli kumpulan bersetuju
dengan cadangan tersebut. Exco Program telah mengumumkan bahawa beliau akan menyediakan
tentatif untuk perjalanan aktiviti pada hari kejadian. Exco Kebajikan telah memberitahu bahawa
beliau akan memikirkan barangan yang sesuai diberikan kepada golongan gelandangan
berdasarkan motif utama kami. Exco Kebajikan juga memberitahu bahawa barangan tersebut
akan diumumkan kepada Exco Barangan untuk tindakan lanjut. Exco Baranagan telah
memberitahu bahawa beliau akan membuat bancian mengenai harga barangan dan kos
keseluruhan. Exco Barangan juga memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan barangan
tersebut. Exco Pengangkutan dan Keselamatan memberitahu bahawa beliau akan menyediakan
pelan untuk kita semasa aktiviti berlangsung dan juga jalan yang paling selamat untuk
digunakan. Exco Pengangkutan dan Keselamatan juga memberitahu bahawa beliau akan uruskan
mengenai perjalanan kami ke lokasi program. Secara keseluruhan, perjalanan program telah
dibincangankan dalam perjumpaan ini.
Tarikh : 4 Disember 2014
Masa : 7.00 – 9.00 malam
Tempat : PTSL
Aktiviti : Taklimat program
Pengisian : Ketua Projek memberi taklimat ringkas mengenai program dan memberitahu
setiap ahli untuk menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Setiap exco juga telah
menyiapkan rangka kerja mereka untuk menjayakan program ini. Kesemua rangka tersebut telah
dibentangkan semasa taklimat ini juga supaya semua ahli faham mengenai program ini.
Tarikh : 5 Disember 2014
Masa : 3.00 – 7.00 petang
Tempat : Bangi dan Kajang
Aktiviti : Penyediaan bahan
Pengisian : Beberapa ahli jawatankuasa program telah ke beberapa kedai di sekitar Bangi
dan Kajang untuk mendapatkan barangan yang diperlukan untuk diserahkan kepada golongan
gelandangan. Kami telah membuat pilihan yang tepat dengan mengambil kira pendapatan kami
yang. Kami telah mengambil keputusan untuk menyediakan barangan tersebut untuk 24
golongan gelandangan. Kesemua barangan dibeli dalam kuantiti 24. Antara barangan yang dibeli
ialah tuala, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, dan baju hujan. Barang-barang tersebut
merupakan keperluan seharian seorang individu. Kami telah mengambil keputusan untuk
mendapatkan sekali baju hujan kerana golongan gelandangan adalah golongan yang tidak ada
bumbung untuk mereka panggil rumah. Dengan adanya baju hujan tersebut kami merasakan
bahawa ia sedikit sebanyak dapat menolong mereka untuk mendapatkan teduh semasa hari
hujan. Di samping itu, kami juga mendapatkan sedikit makanan seperti roti, air mineral, biskut,
kek lapis dan coklat. Walaupun makanan yang diberikan adalah bukan dalam kuantiti yang
banyak, diharapkan agar mereka boleh mendapat sedikit kegembiraan selepas melihat makanan
tersebut. Diharapkan juga agar ia dapat mengenyangkan mereka sedikit sebanyak. Kami juga
telah mendapatkan beg plastik untuk membalut barangan tersebut.
Tarikh : 7 Disember 2014
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Sekitar KL
Aktiviti : Lawatan kawasan program
Pengisian : Ketua projek bersama dengan beberapa AJK telah membuat lawatan awal ke
lokasi program untuk melihat kondisi kawasan tersebut. Kami telah ke lokasi tersebut untuk
memastikan bahawa tempat tersebut boleh menjadi lokasi yang sesuai untuk melaksanakan kerja
amal gelandangan. Pada masa yang sama beberapa AJK juga telah dilantik untuk menyediakan
segala bahan untuk diagihkan pada hari kejadian.
Tarikh : 8 Disember 2014
Masa : 7.00 – 9.00 malam
Tempat : FSSK
Aktiviti : Taklimat perjalanan program
Pengisian : Ketua projek telah memberikan gambaran mengenai cara program akan
dilaksanakan pada hari berikutnya. Ketua projek juga telah memberitahu mengenai masa semua
ahli perlu bersedia. Ketua juga menasihati agar semua ahli dapat menjaga keselamatan masing-
masing di sana. Exco Program memberi taklimat mengenai tentatif program pada hari
berikutnya. Exco Kebajikan telah memberitahu mengenai cara untuk bercakap dengan golongan
gelandangan. Beliau juga berharap agar semua dapat berinteraksi dengan golongan gelandangan
semasa di sana. Exco Barangan memaklumkan bahawa barangan semua telah siap untuk
diagihkan esok harinya. Beliau juga memberitahu bahawa setiap orang perlu membawa sedikit
barangan disebakan kita akan menaiki pengangkutan awam. Exco Perhubungan dan Keselamatan
memaklumkan bahawa kami akan menaiki pengangkutan awam untuk sampai ke lokasi program.
Beliau juga memberitahu mengenai harga tiket.
Tarikh : 9 Disember 2014
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Sekitar KL
Aktiviti : Pelaksanaan aktiviti
Pengisian : - Rujuk 4. Perjalanan Program –
Tarikh : 10 Disember 2014
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : FSSK
Aktiviti : Post mortem program
Pengisian : Post mortem bagi program telah dilaksanakan untuk mengetahui reaksi ahli lain
mengenai program. Rata-rata semua ahli berasa gembira dan berpuas hati dengan perjalanan
program kerana program berjalan tanpa sebarang gangguan yang besar. Semua ahli juga
mengambil masa ini untuk bercerita mengenai pengalaman mereka apabila menghampiri
golongan gelandangan.
Tarikh : 15 Disember 2014
Masa : 12.00 – 4.00 petang
Tempat : PTSL
Aktiviti : Penyedian laporan
Pengisian : Semua ahli kumpulan telah berkumpul untuk bersama-sama membuat laporan.
Tugas membuat laporan ini telah diagihkan antara semua ahli untuk menyenangkan tugas semua.
Selepas laporan siap, Kami juga telah menggunakan kreativiti kami untuk menghasilkan laporan
dengan baik.
5. SENARAI NAMA URUSETIA
Bil. Nama No. Matrik No. Telefon
1. Nur Izzati Binti Shamsuddin A148833 012-4430643
2. Effy Emiera Maulad Said Md. Nasir A151187 012-5409948
3. Nur Saliha Binti Ismail A151126 019-4082023
4. Eirra Eizzaty Binti Zamri A150299 017-2063732
5. Nur Aina Binti Yusob A150514 012-9353686
6. Nur Hidayah Binti Shamsudin A149018 017-5361490
7. Nur Huda Binti Hussein A149629 012-2301089
8. Nur Afiqah Binti Mustafa A151665 012-9017609
Disediakan Oleh,
hudahusseinNUR HUDA BINTI HUSSEIN,
Setiausaha, Program Gelandangan,
LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti,
Universiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN