kvsetapak.files.wordpress.com · Web viewKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH...

22
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SETAPAK SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI (DI MANA BERKENAAN) PERALATAN PROJEK CONVERSION SMV KE KV DI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2013 MATA PELAJARAN: TEKNOLOGI AUTOMOTIF NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SETAPAK, KUALA LUMPUR KOD SEBUT HARGA: KVS/KL/WHA 0002 TARIKH IKLAN SEBUT HARGA: 4 SEPTEMBER 2013 TARIKH TUTUP SEBUT HARGA: 18 SEPTEMBER 2013 MASA TUTUP SEBUT HARGA: 12.00 TENGAHARI PERINGATAN: 1. Penyebut harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran. 2. Penyebut harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen sebut harga adalah lengkap dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan | 1

Transcript of kvsetapak.files.wordpress.com · Web viewKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH...

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIASEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SETAPAK

SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI (DI MANA BERKENAAN) PERALATAN PROJEK CONVERSION SMV KE KV DI SEKOLAH

MENENGAH VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2013

MATA PELAJARAN:TEKNOLOGI AUTOMOTIF

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SETAPAK, KUALA LUMPUR

KOD SEBUT HARGA:KVS/KL/WHA 0002

TARIKH IKLAN SEBUT HARGA: 4 SEPTEMBER 2013

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA: 18 SEPTEMBER 2013

MASA TUTUP SEBUT HARGA: 12.00 TENGAHARI

PERINGATAN:

1. Penyebut harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.

2. Penyebut harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen sebut harga adalah lengkap dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga untuk mendapatkan penjelasan daripada sekolah.

| 1

ISI KANDUNGAN

Dokumen sebut harga ini mengandungi perkara-perkara berikut:

PERKARA MUKA SURAT

I KENYATAAN TAWARAN 3

II PERIHAL, ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 5

III

IV

SENARAI SEMAK DOKUMEN KEWANGAN DAN TEKNIKAL

HAL- HAL LAIN

17

19

VI LAMPIRAN (UMUM)

a. Lampiran A - Keterangan Mengenai Penyebut Harga.b. Lampiran B - Keterangan Mengenai Kewangan Penyebut Harga.c. Lampiran C - Surat Akuan Penyebut Hargad. Lampiran D - Surat Akuan Pembidae. Lampiran E - Surat Perwakilan Kuasa.f. Lampiran F - Jadual Hargag. Lampiran G - Jadual Spesifikasih. Lampiran H - Pengalaman Syarikati. Lampiran Q

I. KENYATAAN TAWARAN| 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIASEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SETAPAK

SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI (DI MANA BERKENAAN) PERALATAN PROJEK CONVERSION SMV KE KV DI

SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2013

1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini.

2. Sebut harga yang ditawarkan oleh Sekolah Menengah Vokasional Setapak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah seperti berikut:

Bil. Tajuk Sebut Harga Mata Pelajaran

Nama Sekolah

No. Sebut Harga

Kod Bidang

Tarikh Tutup Sebut Harga

1.

Sebut Harga Bagi Membekal,

Menghantar, Memasang Dan

Menguji (Di Mana Berkenaan)

Peralatan Projek Conversion SMV Ke

KV Di Sekolah Menengah

Vokasional Di Bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2013

TEKNOLOGIAUTOMOTI

F

Sekolah Menengah Vokasional

Setapak

KVS/KL/WHA 002

110301,110103,140301,130202

dan 130101

3. Sesi taklimat kepada semua penyebut harga yang akan memasuki sebut harga ini diadakan pada 9 SEPTEMBER 2013 jam 9 PAGI

4. Tawaran hendaklah disediakan di dalam 2 (Dua) sampul iaitu Cadangan Tawaran Teknikal dan Cadangan Tawaran Harga. Tawaran sebut harga tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu (1) sampul surat dengan mencatatkan No. Sebut Harga di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan di alamatkan kepada :-

Pengetua| 3

Sekolah Menengah Vokasional SetapakJalan Genting Kelang53300 Setapak,Kuala Lumpur.

dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di :-

Sekolah Menengah Vokasional SetapakJalan Genting Kelang53300 Setapak,Kuala Lumpur.

pada atau sebelum tarikh tutup sebut harga iaitu sebelum pukul 12.00 tengah hari pada 1 8 September 2013. Kegagalan syarikat menghadiri taklimat dan kelewatan menghantar sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

5. Iklan dan dokumen sebut harga ini juga boleh dirujuk di laman web Sekolah Menengah Vokasional Setapak dan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut:

http://kvsetapak.wordpress.com

6. Sekolah tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.

II. PERIHAL, ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1. Penyebut harga yang ingin menyertai sebut harga Kementerian Pendidikan | 4

Malaysia (KPM) hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang yang berkaitan seperti mana yang diiklankan dan sijil pendaftaran masih berkuatkuasa. Penyebut harga Bumiputera yang mempunyai Kod Bidang seperti yang dinyatakan di para 2 Kenyataan Tawaran akan diberi keutamaan. Salinan Sijil Pendaftaran dan Salinan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkaitan) yang masih sah laku hendaklah disertakan bersama-sama tawaran.

1.2. Pelawaan adalah terikat kepada Arahan Sebut Harga dan Syarat-syarat Sebut Harga yang disertakan bersama-sama dengan dokumen sebut harga.

1.3. Penyebut harga hendaklah mematuhi sepenuhnya Arahan Sebut Harga dan Syarat-syarat Sebut Harga ini apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana Arahan Sebut Harga dan Syarat-syarat Sebut Harga yang telah ditetapkan, membolehkan sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan ditolak.

1.4. Walaubagaimanapun Arahan Sebut Harga dan Syarat-syarat Sebut Harga ini akan dimuktamadkan dalam Surat Setuju Terima (SST) yang akan dikeluarkan oleh Sekolah kepada penyebut harga yang berjaya.

1.5. Penyebut harga juga mestilah bersedia untuk dipanggil memberi keterangan berhubung dengan tawaran yang dikemukakan kepada Sekolah jika perlu. Kos keseluruhan bagi tujuan ini perlu ditanggung sendiri oleh penyebut harga.

1.6. Kos penyertaan sebut harga dan penyediaan dokumen sebut harga ditanggung sendiri oleh penyebut harga. Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa juga kos yang terlibat.

1.7. Penyebut harga yang berjaya perlu menandatangani borang Surat Setuju Terima (SST) dan mematuhi terma-terma seperti yang telah ditetapkan.

1.8. Penyebut harga hendaklah bersetuju melaksanakan pembekalan tanpa sebarang bayaran tambahan.

1.9. Penyebut harga hendaklah menggantikan kerosakan peralatan yang dibekalkan jika peralatan yang sama didapati rosak.

1.10. Jika kerosakan tidak memerlukan penggantian peralatan, penyebut harga dikehendaki memberi perkhidmatan seperti servicing dan sebagainya tanpa sebarang bayaran. Kos pengangkutan dan yang berkaitan adalah ditanggung oleh penyebut harga.

1.11. Nilai yang ditawarkan oleh penyebut harga semasa membuat sebut harga

| 5

adalah merupakan jumlah sebenar yang akan ditawarkan kepada penyebut harga yang berjaya dan disetuju terima oleh sekolah.

1.12. Jumlah harga peralatan yang disetuju terima oleh sekolah kepada penyebut harga adalah muktamad. Sebarang bantahan daripada penyebut harga tidak akan dilayan.

1.13. Penyebut harga dikehendaki menghantar peralatan dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 45 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 60 hari bagi Labuan/Sabah/Sarawak.

1.14. Semua peralatan mestilah mempunyai jaminan untuk tempoh sekurang-kurangnya satu (1) tahun daripada penyebut harga.

1.15. Sebarang pertukaran jenama/model perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Sekolah.

1.16. Semua dokumen yang diserahkan oleh penyebut harga hendaklah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

2. ARAHAN SEBUT HARGA

2.1. Tawaran adalah dipelawa kepada semua penyebut harga yang berwibawa dan berkeupayaan dalam bidang dinyatakan seperti di dalam kod sebut harga di atas.

2.2. Penyebut harga hendaklah mempunyai jaringan pembekalan peralatan yang mantap dan efisien di semua negeri/daerah.

2.3. Penyebut harga yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah tidak layak menyertai sebut harga ini.

2.4. Pelawaan adalah terikat kepada syarat-syarat sebut harga serta syarat-syarat yang lain yang dikembarkan bersama-sama dokumen sebut harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan pelawaan sebut harga tersebut tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

2.5. Penyebut harga perlu memastikan bahawa semua perkhidmatan berdaftar di bawah kod bidang seperti yang diperlukan dalam tawaran sebut harga.

2.6. Salinan Sijil Pendaftaran dan Salinan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkaitan) yang masih sah laku sepanjang tempoh kontrak hendaklah disertakan bersama-sama tawaran.

| 6

2.7. Penyebut harga mestilah bersedia untuk bekerjasama dengan sekolah dalam semua urusan pembekalan seperti di dalam senarai kod sebut harga di atas.

2.8. Penyebut harga hendaklah membuat pengakuan yang sebenar tentang status penyebut harga di Lampiran A dan B dan dokumen sokongan yang telah disahkan semasa mengemukakan tawaran. Penyebut harga yang tidak mematuhi syarat ini akan ditolak.

2.9. Pelawaan sebut harga ini tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian, Arahan dan Syarat-syarat Sebut Harga yang disertakan.

2.10. Sekiranya penyebut harga tidak menerima sebarang jawapan, sama ada melalui surat atau telefon 60 hari selepas tarikh tutup sebut harga, tawaran penyebut harga secara automatik adalah dianggap gagal.

2.11. Kos penyertaan dan penyediaan dokumen sebut harga ditanggung sendiri oleh penyebut harga. Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.

2.12. Sekolah tidak terikat untuk menerima tawaran harga yang terendah atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan sebut harga adalah muktamad.

3. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN (KESALAHAN RASUAH)

3.1. Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK. 2 (13) bertarikh 1 April 2010.

i. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

ii. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

| 7

iii. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan syarikat atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694); dan

iv. Mana-mana syarikat atau pembekal yang membuat tuntutan pembayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4. SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

4.1. Penyertaan sebut harga

i. Pengemukaan Cadangan Tawaran Harga dan Cadangan Tawaran Teknikal oleh penyebut harga dan penghantaran dokumen sokongan (jika ada), adalah dianggap sebagai penyebut harga menerima serta mematuhi segala arahan dan syarat sebut harga ini.

4.2 Cadangan Tawaran Harga

i. Pada peringkat penyediaan Cadangan Tawaran Harga, penyebut harga dikehendaki mengemukakan cadangan semua harga dalam senarai jadual spesifikasi dan digunapakai.

ii. Penyebut harga juga perlu mencetak satu (1) set Tawaran Harga (Lampiran Q) dan (Lampiran F) tersebut untuk dimasukkan sebagai dokumen sokongan dalam Sampul Kewangan. Cetakan asal dan salinan hendaklah diasingkan serta ditandakan ASAL dan SALINAN serta dijilidkan.

4.3 Harga

i. Harga yang ditawarkan dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja serta tidak boleh dipinda selepas penawaran ini ditutup. Harga perlulah meliputi

| 8

semua kos item, bahan, perkhidmatan, perkhidmatan peralatan dan kesediaan/kebolehcapaian sepanjang tempoh pembekalan. Sekiranya timbul masalah berhubung dengan pengiraan harga, harga seunit tiap-tiap butiran akan diambil kira. Harga yang diserahkan haruslah mengikut mekanisme penggenapan harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dalam dua (2) titik perpuluhan. ( Contoh: RM X.XX )

ii. Penyebut harga yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan.

iii. Harga yang ditawarkan hendaklah harga tetap dan tidak boleh dipinda selepas tawaran ditutup dan berkuatkuasa selama tempoh sahlaku sebutharga.

iv. Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana yang timbul akibat daripada perbezaan tafsiran Sekolah dengan penyebut harga mengenai spesifikasi yang berkenaan tidak akan dilayan.

v. Sekolah tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran sebut harga yang terendah.

4.4 Cadangan Tawaran Teknikal

i. Pada peringkat penyediaan Cadangan Tawaran Teknikal, penyebut harga dikehendaki memasukan tawaran ke dalam peti/kotak yang disediakan di sekolah.

ii. Penyebut harga juga perlu mencetak satu (1) set Jadual Spesifikasi (Lampiran G) dan satu (1) salinan Pengalaman Syarikat (Lampiran H) serta perlu dimasukkan sebagai dokumen sokongan dalam sampul teknikal. Cetakan asal hendaklah diasingkan serta ditandakan ASAL serta dijilidkan.

4.5 Perlanggaran syarat-syarat sebut harga/ kontrak

i. Penyebut harga yang tidak mematuhi syarat-syarat sebut harga seperti di para. ” ii ” hingga ” iii ” boleh dikenakan tindakan hukuman seperti di para ” iv ”

ii. Kesalahan melanggar syarat sebut hargaa) Menarik Diri;

| 9

b) Pakatan Harga;c) Tidak Menyerahkan Butiran Kewangan Syarikat;d) Memalsukan Maklumat dengan Tujuan Menyertai Sebut Harga.

iii. Kesalahan kerana melanggar syarat di dalam Surat Setuju Terima (SST)a) Lewat ;b) Kurang ;c) Tidak Menepati Spesifikasi;d) Tiada ;e) “Sub Kontrak”; danf) Gugur Taraf Bumiputera

iv. Jenis-jenis tindakan/hukumana) Amaran;b) Batal Tajuk Pendaftaran;c) Penarikan Balik Taraf Bumiputra/Pembuat;d) Gantung Pendaftaran;e) Senarai hitam Ahli Lembaga Pengarah; danf) Senarai hitam Syarikat

4.6 Tempoh sah laku sebut harga.

i. Semua harga yang ditawarkan hendaklah sahlaku (valid) dalam tempoh tidak kurang daripada 90 hari daripada tarikh sebut harga ditutup.

4.7 Kelayakan

i. Penyebut harga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai kod bidang seperti yang diperlukan dalam sebut harga.

ii. Penyebut harga dikehendaki mengemukakan penyata akaun bank bagi tempoh tiga (3) bulan terkini.

4.8 Dokumen Sebut Harga

i. Penyebut harga boleh menggunakan borang berbentuk soft copy yang dimuatnaik di laman web sekolah dan BPTV.

ii. Setiap helaian dalam borang sebut harga yang digunakan dan dokumen tambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap borang mestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan.

| 10

iii. Penyebut harga dikehendaki mengisi semua borang Lampiran A, Lampiran B, Lampiran C, Lampiran D, Lampiran E, Lampiran F, Lampiran G, Lampiran H dan Lampiran Q yang terdapat dalam dokumen sebut harga.

iv. Sebarang penambahan dan pindaan maklumat di dalam dokumen yang dikemukakan hendaklah dipotong, ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat. Penggunaan pemadam dakwat tidak dibenarkan.

4.9 Spesifikasi

i. Spesifikasi pembekalan peralatan adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran F.

ii. Penyebut harga dilarang mengisi ruang “Spesifikasi yang ditawarkan” Jadual Spesifikasi (Lampiran G) dengan catatan seperti berikut:-

a) “Sama dengan spesifikasi Kementerian Pendidikan Malaysia”b) “Sama seperti spesifikasi Kementerian”c) “Sama dengan sebelah”d) “Sama”e) “Comply”f) “Yes”

iii. Penyebut harga yang berjaya tidak dibenarkan untuk menarik balik tawaran spesifikasi yang telah dikemukakan.

4.10 Bantahan Ke Atas Spesifikasi

i. Penyebut harga boleh membuat bantahan ke atas spesifikasi sekiranya didapati spesifikasi menjurus kepada sesuatu jenama. Bantahan boleh dibuat secara bertulis kepada sekolah dengan mengemukakan bukti-bukti yang jelas.

ii. Surat bantahan hendaklah dikemukakan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh iklan sebut harga. Keputusan sekolah ke atas bantahan tersebut adalah muktamad.

| 11

4.11 Tawaran Harga

i. Tawaran Harga hendaklah diisi dalam dua (2) salinan (ASAL dan SALINAN) dengan lengkap dan terang dalam Lampiran F dan Q. Lampiran ini mestilah DITAIP.

ii. Sekolah adalah berhak membuat keputusan berhubung harga yang ditawarkan seperti dalam Lampiran F dan Q.

iii. Harga yang ditawarkan hendaklah mengambil kira kos perkhidmatan yang dikenakan iaitu sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan kerajaan yang melebihi RM1.2 juta kerana bayaran akan dilakukan dengan menggunakan sistem ePerolehan.

4.12 Setuju Terima Sebut Harga

i. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga Sekolah adalah muktamad. Sebarang pertanyaan oleh penyebut harga mengenai keputusan tawaran sebut harga yang tidak berjaya tidak akan dilayan.

ii. Bersetuju menandatangani borang Surat Setuju Terima (SST) dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh surat tawaran dan mematuhi syarat-syarat dalam borang tersebut bagi penyebut harga yang berjaya .

iii. Penyebut harga yang berjaya mesti sedia memberi perkhidmatan dan membekalkan peralatan yang berkaitan dengan harga yang sama di dalam sebut harga yang ditawarkan.

4.13 Perubahan Syarat-Syarat

i. Sekolah sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam SST dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh sekolah. Dokumen yang diperlukan itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

ii. Jika sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi pembekalan, maka nilai sebut harga dan masa pembekalan tersebut boleh diubah dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.

| 12

5 PERJANJIAN

5.1 Kerahsiaan

i. Semua maklumat yang berkaitan tawaran ini adalah sulit dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan lain selain daripada tawaran ini sahaja.

5.2 Hak milik

i. Semua dokumen penyebut harga adalah menjadi hak milik sekolah sepenuhnya.

5.3 Bukan tanggungan (non-liability)

i. Sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan fakta dan maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini.

5.4 Penamatan Perjanjian

a) Sekolah boleh memberi notis bertulis kepada syarikat untuk menamatkan Perjanjian ini jika :

i. Syarikat melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini, dan gagal membaik pulih pelanggaran tersebut dalam masa tiga puluh (30) hari selepas menerima notis bertulis daripada Kerajaan memintanya berbuat demikian; atau

ii. Syarikat itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah penghakiman dibuat terhadapnya, atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan apa cara sekalipun bagi faedah dan kepentingan pemiutang-pemiutangnya atau membuat suatu pindah hak atau penyerah hak asetnya bagi faedah pemiutang-pemiutangnya, meluluskan suatu ketetapan, atau Mahkamah membuat suatu perintah bahawa syarikat itu digantung atau digulung (bukan suatu penggulungan bagi maksud penyusunan semula atau penyatuan) atau jika seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang telah dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada Mahkamah atau seseorang pemiutang melantik seorang penerima atau

| 13

pengurus, atau yang memberi hak kepada Mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau

iii. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Syarikat atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Syarikat) melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, dengan syarat sentiasanya bahawa penamatan Perjanjian ini tidaklah menjejas hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik pampasan, ganti rugi dan lain-lain hak yang sedia ada terdahulu dari itu; atau

iv. Kerajaan mempunyai sebab-sebab tertentu atau jika berlaku keadaan-keadaan di luar kawalan Kerajaan dan atau di atas kepentingan awam dan atau keselamatan negara dan atau bagi maksud Dasar Kerajaan dan atau apabila perkhidmatan tersebut tidak lagi diperlukan dan tidak lagi sesuai bagi kegunaan murid-murid dalam Sistem Pendidikan Negara; atau

v. Sekolah mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Syarikat yang mempunyai status Bumiputera telah digugurkan statusnya kepada Bukan Bumiputera.

DENGAN SYARAT SENTIASANYA bahawa penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh sebarang hak sekolah yang sedia ada di bawah Perjanjian dan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

b) Walau apa pun yang terkandung dalam subfasal (a) di atas, Kerajaan boleh pada bila-bila masa menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari mengenai hasrat untuk berbuat demikian. Dengan syarat penamatan Perjanjian ini tidak akan menjejaskan sebarang hak yang telah sedia ada bagi kedua-dua pihak di bawah Perjanjian ini dan di bawah mana-mana Undang-Undang bertulis.

c) “Kepentingan Awam”, ”Keselamatan Negara” dan “Dasar Kerajaan” adalah ditentukan secara tunggal dan bersendirian oleh Kerajaan dan adalah muktamad serta tidak boleh dipertikaikan.

5.5 Denda Lewat Pembekalan

i. Syarikat yang berjaya mestilah menyempurnakan pembekalan dalam tempoh yang ditetapkan.

ii. Syarikat yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya gagal menyempurnakan.Cara pengiraan denda tersebut mengikut formula berikut:

| 14

Formula : V(T+D) x 2.5% T

Di mana : V : Nilai yang lewat dibekalT : Tempoh penghantaran yang ditetapkanD : Bilangan hari lewat

5.6 Denda Lewat Tuntut Pembayaran

i. Syarikat hendaklah membuat tuntutan pembayaran kepada Kerajaan tidak lewat daripada tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh tamat tempoh pembekalan tersebut .

ii. Sekiranya tuntutan pembayaran lewat dan melebihi tempoh yang ditetapkan, syarikat boleh dikenakan denda beramaun 0.5% daripada jumlah tuntutan bagi setiap bilangan hari yang syarikat lewat tuntut.

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Tuntut Pembayaran

Denda = 0.5 % (C) x (D)

C = Jumlah Nilai Tuntutan

D = Bilangan Hari Tuntutan Lewat

5.7 Pertikaian

i. Apa-apa pertikaian yang terbit di antara sekolah dengan penyebut harga mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara sekolah dengan penyebut harga, dirujuk kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh sekolah dan seorang oleh penyebut harga. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

5.8 Undang-undang

| 15

ii. Persetujuan ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia.

6 DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISERTAKAN

a. Lampiran A - Keterangan Mengenai Penyebut Harga.b. Lampiran B - Keterangan Mengenai Kewangan Penyebut Harga.c. Lampiran C - Surat Akuan Penyebut Hargad. Lampiran D - Surat Akuan Pembidae. Lampiran E - Surat Perwakilan Kuasa.f. Lampiran F – Jadual Hargag. Lampiran G - Jadual Spesifikasih. Lampiran H - Pengalaman Syarikati. Lampiran Q

| 16

III. SENARAI SEMAK DOKUMEN KEWANGAN DAN TEKNIKAL

Penyebut harga mestilah mengemukakan dokumen – dokumen sokongan berikut yang TELAH DISAHKAN dalam dua (2) salinan yang dilabel ASAL dan SALINAN mengikut turutan seperti pada jadual di bawah. Tidak dibenarkan meletak kan apa jua tanda nama penyebut harga di atas dokumen teknikal.Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disertakan.

SAMPUL TAWARAN PERKARA LAMPIRAN

UNTUK DITANDA OLEH SYARIKAT

UNTUK DITANDA OLEH

JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUT

HARGA

Manual Manual

TAWARAN KEWANGAN

Keterangan Penyebut Harga

Keterangan Kewangan Penyebut Harga

A

B

Surat Akuan Penyebut harga C

Surat Akuan Pembida D

Surat Perwakilan Kuasa E

Jadual Harga F

Lampiran Q Q

Profil Syarikat -

Penyata Akaun Bank/ Salinan Buku Bank/ Penyata 3 Bulan terkini -

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan, SSM serta Sijil Kontraktor/Akuan Bumiputera. -

| 17

TAWARAN TEKNIKAL

Jadual Spesifikasi (sertakan skali brosur/katalog) G

Pengalaman Syarikat H

PENGESAHAN OLEH SYARIKATDengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

Cop Syarikat:

UNTUK KEGUNAAN JABATANJawatankuasa Pembuka Sebut harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ................... (jika ada).

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

| 18

IV. HAL- HAL LAIN

Sebarang pertanyaan berhubung sebut harga ini, penyebut harga boleh merujuk kepada :

Nama a) Berkaitan skop/spesifikasi :

i. En. Suhaimi Bin Abd Aziz Tel : 03 – 41495578 / 019-6681769

b) Berkaitan dokumen sebut harga :

i. Pn Latifah Bt Salleh Tel : 03 - 41495578

Alamat Sekolah Menengah Vokasional SetapakJalan Genting Kelang,53300 Setapak ,Kuala Lumpur

Fax 03 - 41494899

Email 1) [email protected]

Waktu Pejabat 8.00 pg – 5.00 ptg (Isnin hingga Jumaat)

| 19