· Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK...

24
BAHAGIAN KEWANGAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN, JAKIM DI CYBERJAYA, SELANGOR BAGI TEMPOH 15 OKTOBER 2016 HINGGA 14 JUN 2017 (8 BULAN) 1

Transcript of  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK...

Page 1:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

BAHAGIAN KEWANGANJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN,

JAKIM DI CYBERJAYA, SELANGOR BAGI TEMPOH 15 OKTOBER 2016 HINGGA 14 JUN 2017

(8 BULAN)

NO. SEBUT HARGA: JAKIM (B) 12/2016

1

Page 2:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

BAHAGIAN 1:

ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

1.1 KENYATAAN TAWARAN

1.1.1 Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang berikut serta pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sebut harga ini diiklankan-

KOD BIDANG PERKARA

221001 PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT

1.2 SYARAT-SYARAT AM

1.2.1 Penyebut harga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman dalam bidang berkaitan;

1.2.2 Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan penyebut harga ditolak;

1.2.3 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan sebut harga mestilah dalam tempoh tiga (3) hari dari hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat:

Bahagian Kewangan JakimAras 8, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 PUTRAJAYA.(u.p.: Puan Marzita binti Mokhtar No. Tel: 03-8886 4976)

1.2.4 Skop sebut harga ini ialah Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Pejabat Bahagian Pembangunan Insan, Jakim Di Cyberjaya, Selangor Bagi Tempoh 15 Oktober 2016 Hingga 14 Jun 2017 (8 Bulan);

2/23

Page 3:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

1.2.5 Penyebut harga boleh membuat lawatan tapak lokasi sebut harga di Aras 3, Blok 2200, Bangunan EB3, Persiaran Apec, 63000 Cyberjaya, Selangor atau mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan menghubungi Puan Juliana binti Sallabudin di talian 03- 8318 2218.

1.2.6 Spesifikasi hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam sebut harga ini (Lampiran A);

1.2.7 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, penyediaan peralatan dan kelengkapan pembersihan, bahan pencuci, bahan kimia, bahan guna habis (tisu, pewangi, plastik sampah dan lain-lain berkaitan), perlindungan insurans dan apa-apa kos yang terlibat serta berkaitan;

1.2.8 Harga Tawaran mesti diisi di dalam ruangan Jadual Harga (Lampiran Q), disahkan dan ditandatangani dengan sempurna oleh pemilik sah syarikat atau pegawai yang diwakilkan kuasa (sila kemukakan Surat Perwakilan Kuasa).

1.3 PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

1.3.1 Sebut harga diiklankan pada 7 September 2016 (Rabu) dan ditutup pada 14 September 2016 (Rabu), jam 12.00 tengah hari;

1.3.2 Jakim tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen-dokumen sebut harga yang dihantar kerana hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran. Mana-mana tawaran sebut harga yang dihantar lewat tidak akan diterima. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung kepada tawaran bidaan yang dihantar melalui pos/perkhidmatan courier;

1.3.3 Penyebut harga adalah dikehendaki menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan sebut harga yang disertainya;

1.3.4 Dokumen yang perlu dimasukkan dalam Sampul Tawaran adalah seperti berikut mengikut susunan:

(a) Lampiran F: Senarai Semak

(b) Lampiran Q: Borang Sebut Harga Bekalan/Perkhidmatan

(c) Lampiran A: Jadual Pematuhan Spesifikasi

3/23

Page 4:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

(d) Lampiran B: Surat Akuan Pembida

(e) Lampiran C: Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank terkini (Julai atau Ogos 2016)

(f) Lampiran D: Rekod Pengalaman Perkhidmatan Berkaitan

(g) Lampiran E: Salinan Pendaftaran Kementerian Kewangan

(h) Profail Syarikat

(i) Lain-Lain Dokumen (Sila Nyatakan) :

i. Surat Perwakilan Kuasa ( jika dokumentasi ditandatangani oleh pegawai selain daripada pemilik sah syarikat)

ii. .........................................

iii. .........................................

iv. .........................................

1.4 TAWARAN HARGA

1.4.1 Tempoh sah laku bagi harga yang ditawarkan di dalam sebut harga mesti tidak kurang daripada 60 hari daripada tarikh tutup sebut harga;

1.4.2 Segala urusan pembayaran yang melibatkan sebut harga ini adalah melalui sistem ePerolehan.

1.4.3 Tawaran harga mesti dalam Ringgit Malaysia (RM) dan hendaklah mengambil kira semua kos berkaitan dengan sebut harga ini seperti penyediaan kelengkapan dan peralatan, bahan pencuci/kimia, bahan guna habis, tenaga buruh, penghantaran dan lain-lain kos bersangkutan.

1.4.4 Tawaran harga mesti tanpa mengambil kira kenaan 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST);

1.4.5 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sebut harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan;

1.4.6 Kerajaan berhak memohon pelanjutan tempoh sah laku harga yang ditawarkan. Permohonan akan dibuat secara bertulis kepada Penyebut Harga Yang Berjaya;

4/23

Page 5:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

1.4.7 Sekiranya Penyebut Harga Yang Berjaya bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku sebut harga, Penyebut Harga Yang Berjaya hendaklah menjawab secara bertulis kepada Kerajaan;

1.4.8 Penyebut Harga hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan harga iaitu transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (Multiple Payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (As-And-Required) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM4,800 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih (Perenggan 4, SPP Bil. 2 Tahun 2013).

1.5 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

1.5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

1.5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694);

1.5.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya mana-mana pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694); dan

1.5.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694).

5/23

Page 6:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

1.6 SPESIFIKASI

1.6.1 Spesifikasi adalah seperti di Lampiran A - Jadual Pematuhan Spesifikasi.

1.6.2 Jakim tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari perbezaan antara tafsiran penyebut harga dengan tafsiran Jakim mengenai penentuan spesifikasi teknikal.

1.7 PRESTASI PERALATAN DAN KHIDMAT

1.7.1 Penyebut harga adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan jaminan ke atas bekalan yang dibekalkan berdasarkan pengakuan pihak ketiga yang telah dimasukkan ke dalam sebut harga (jika berkaitan);

1.8 KONTRAK

1.8.1 Semua syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-mana jadual yang terdahulu bersama-sama dengan dokumen sebut harga ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan Penyebut Harga Yang Berjaya. Penyebut Harga Yang Berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak; dan

1.8.2 Jakim mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa apabila Penyebut Harga Yang Berjaya, gagal memenuhi obligasi kontrak mengikut perjanjian.

1.9 PEMBAYARAN

1.9.1 Pembayaran bagi perkhidmatan ini akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM);

1.9.2 Penyebut Harga Yang Berjaya perlu mengemukakan invois secara berkala bulanan berdasarkan perkhidmatan sebagai mana yang ditetapkan di dalam Jadual Pelaksanaan perjanjian kontrak untuk proses pembayaran. Jumlah yang tercatat di dalam kontrak adalah jumlah maksimum dan jumlah sebenar akan ditentukan oleh kualiti/kuantiti perkhidmatan yang disediakan (termasuk pemotongan di atas ketidakpatuhan kontrak, jika berkaitan). Sekiranya perkhidmatan yang dibekalkan adalah kurang dari jumlah yang termaktub dalam sebut harga maka bayaran adalah mengikut kuantiti sebenar yang dibekalkan

6/23

Page 7:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

berdasarkan pada invois. Pembekal perlu mengemukakan INVOIS CUKAI jika syarikat berdaftar GST.

1.9.3 Penyebut harga Yang Berjaya perlu mengemukakan dokumen sokongan pembayaran seperti Pengesahan Kehadiran (Laporan Kad Perakam Waktu Pekerja), Jadual Pelaksanaan Kerja Harian/Mingguan/Bulanan yang telah disahkan oleh Pegawai Bahagian dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

1.10 PERTANYAAN

1.10.1 Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut harga dan pertanyaan boleh merujuk kepada:

(a) Hal-hal Berkaitan Spesifikasi

1. Nama : Puan Yananairus binti Che Lamin No. Tel : 03-8886 4229

E-mel : [email protected]

(b) Hal-hal Berkaitan Perolehan

1. Nama : Puan Marzita binti MokhtarNo. Tel : 03-8886 4976E-mel : [email protected]

7/23

Page 8:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

BAHAGIAN 2:BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI

LAMPIRAN Q(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor iniNo. Sebut Harga :JAKIM (B) 12/2016

(Kew. 284-Pin. 5/94)KERAJAAN MALAYSIA

WP PUTRAJAYA

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga

Kepada (Nama Syarikat):

IIIIII

Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan (Alamat Lengkap):

Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaBahagian KewanganAras 8, Blok D7, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 PUTRAJAYA

No. Telefon : INo. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan: ...........................................

II

No. Telefon: 03-8886 4000

Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan perolehan ini: 221001 I

ITarikh: 7 September 2016

(Salinan Pendaftaran Kem. Kewangan Wajib disertakan)

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan: ( Rujuk Arahan kepada Penyebut Harga)

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan Dikehendaki: 15 Oktober 2016 Hingga 14 Jun 2017

8/23

Page 9:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

1.3 Arahan Pengiriman: Urus Setia Perolehan Bahagian KewanganJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)Aras 8, Blok D7, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62519 PUTRAJAYA(u.p. : Puan Marzita binti Mokhtar)

1.4 Sebut Harga Hendaklah Di Masukkan Ke Dalam Suatu Sampul Berlakri Dan Bertanda Nombor Sebut Harga: JAKIM (B) 12/2016

1.5 Sebut Harga Hendaklah Dimasukkan Ke Dalam Peti Tawaran Yang Berkenaan Di Alamat Di Atas Tidak Lewat Pada 14 September 2016 (Rabu), jam 12.00 tengah hari

1.6 Tempoh Sah Laku Sebut Harga: 60 hari selepas tarikh tutup sebut harga.

Tarikh: 7 September 2015 Tandatangan: .....t.t......Nama Pegawai: ASIAH BINTI MAZLANJawatan: Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Kewangan Jakim

BIL. PERIHAL BEKALAN/ PERKHIDMATAN DAN

SYARAT-SYARAT KHAS

UNIT UKURAN

KUANTITI/ KEKERAPAN

KADAR(RM)

HARGA(RM)

Untuk Diisi Oleh Kementerian/JabatanUntuk Diisi Oleh

Penyebut Harga

Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Pejabat Bahagian Pembangunan Insan, Jakim Di Cyberjaya Bagi Tempoh 15 Oktober 2016 Hingga 14 Jun 2017 (8 Bulan)

(Rujuk Lampiran A - Jadual Pematuhan Spesifikas)

JUMLAH :(Tidak termasuk 6% GST)

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih (tidak termasuk 6% GST) ; dan

9/23

Page 10:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

(ii) Tarikh Penyerahan/ Penyempurnaan Ialah Pada : 15 Oktober 2016 Hingga 14 Jun 2017 (8 bulan)

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan : .........................................

Nama : ..........................................

No. K/P : ..........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ......................

Mustahak – Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang

10/23

Page 11:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. KEADAAN BARANGSemua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGAHarga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIANSebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG SETARASebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUAN(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-

mana sebut harga; dan

(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan

menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHIPenyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

11/23

Page 12:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

8. PENOLAKAN(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah

dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENGIKLANANTiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10. TAFSIRANSebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANSTiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAIHarga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan

dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

12/23

Page 13:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

14. PENGENALANNama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAIHarga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATA WANGSebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

17. PEMBUNGKUSAN(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia

melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.

13/23

Page 14:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

LAMPIRAN A

JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

Penyebut harga dikehendaki menyatakan status kepatuhan bagi senarai seperti di bawah. Semua item adalah MANDATORI.

BIL. SPESIFIKASI/TEMPAT/JENIS KERJA STANDARD KUALITI KERJA YANG

DIPERLUKANPATUH

(YA/ TIDAK)A TUGAS-TUGAS HARIAN

1. SEMUA RUANG PEJABAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN

a) Mengemas, menyapu dan mengelap lantai

b) Mengelap semua meja, kerusi, partiton dan cermin pegawai dan kakitangan

c) Membersih dan membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Mengganti plastik hitam bila perlu.

d) Vakum ruang-ruang berpemaidani

e) Mengelap dan membersihkan cermin dan pintu utama

f) Menyembur ruang kerja pejabat dengan pewangi

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk

Satu (1) kali sehari bermula jam 8.00 pg. Bersih daripada habuk dan kotoran

Dua (2) kali sehari jam 8.00 pg dan 4.00 ptg. Bersih daripada sampah sarap

Satu (1) kali seminggu mulai 10.00 pg atau jam 12.00 tgh mengikut kesusuaian.

Satu (1) kali sehari

Satu (1) kali sehari

2. BILIK –BILIK PEGAWAI DAN SEMUA BILIK-BILIK

a) Mengemas, menyapu dan mengelap lantai

b) Mengelap semua meja, kerusi, partiton dan cermin pegawai dan kakitangan

c) Membersih dan membuang sampah didalam tong sampah yang disediakan. Mengganti plastik hitam bila perlu.

d) Vakum ruang-ruang berpermaidani

e) Mengelap dan membersihkan cermin dan pintu utama

f) Menyembur pewangi di bilik-bilik pegawai, semua bilik-bilik dan telefon-telefon

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk

Satu (1) kali sehari bermula jam 8.00 pg. bersih daripada habuk dan kotoran

Dua (2) kali sehari jam 8.00 pg dan 4.00 ptg. Bersih daripada sampah sarap

Satu (1) kali seminggu mulai 10.00pg atau jam 12.00 tgh mengikut kesusuaian.

Satu (1) kali sehari

Satu (1) kali sehari atau apabila perlu

14/23

BIL. SPESIFIKASI/TEMPAT/JENIS KERJA STANDARD KUALITI KERJA YANG

DIPERLUKANPATUH

(YA/ TIDAK)

3. KAWASAN LOBI PEJABAT

a) Membersih dan membuang sampah didalam tong sampah yang disediakan serta mengganti plastik hitam bila perlu

b) Mengelap semua meja, kerusi,dan sette

c) Vakum ruang-ruang berpermaidani

d) Menyembur pewangi

Dua (2) kali sehari jam 8.00pg dan 4.00 ptg. Bersih daripada sampah sarap.

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk

Satu (1) kali seminggu mulai 10.00pg atau jam 12.00 tgh mengikut kesusuaian.

Satu (1) kali sehari atau apabila perlu

4. BILIK-BILIK MESYUARAT

a) Membersih dan membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Mengganti plastik hitam bila perlu.

b) Mengelap semua meja dan kerusi

c) Mengelap dan membersih alat-alat microfon

d) Menyusun kerusi

e) Menyembur pewangi

Satu (1) kali sehari. Bersih daripada sampah sarap

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk

Satu (1) kali sehari. Bersih dari kotoran dan habuk

Satu (1) kali sehari. Kerusi-kerusi disusun secara teratur dan bersesuaian

Satu (1) kali sehari bermula jam 8.00pg atau mengikut keperluan

5. BILIK PANTRI

a) Membersih dan membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan serta menggantii plastik hitam bila perlu.

Dua (2) kali sehari jam 8.00 pg dan 4.00 ptg. Bersih daripada sampah sarap, sisa-sisa makanan dan bau-bauan yang tidak menyenangkan

Page 15:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

15/23

BIL. SPESIFIKASI/TEMPAT/JENIS KERJA STANDARD KUALITI KERJA YANG

DIPERLUKANPATUH

(YA/ TIDAK)B TUGAS BULANAN

a) Mencuci dan membersih semua cermin tingkap di sebelah dalam bangunan

b) Mencuci dengan syampu semua lantai yang tidak berpermaidani dan berpermaidani

c) Mencuci dan mengilat semua lantai

d) Membersih dan mencuci, menyusun dan mengemas secara menyeluruh semua bilik-bilik (pegawai, mesyuarat, pantri dan lain-lain berkaitan)

Dua (2) kali sebulan pada setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan

Dua (2) kali sebulan pada setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan

Dua (2) kali sebulan pada setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan

Dua (2) kali sebulan pada setiap minggu pertama dan ketiga setiap bulan

C SPESIFIKASI TAMBAHAN

a) Kerja-kerja mengelap dan vakum di dalam bilik hanya boleh dilaksanakan jika pegawai berada di bilik berkenaan atau dengan dipantau oleh kakitangan bahagian.

b) Mesti menggunakan bahan pencuci yang bersesuaian, berkualiti dan standard piawaian yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Berkaitan bagi semua kerja-kerja mencuci meliputi tempat, peralatan, kelengkapan dan sebagainya. Plastik sampah dan tisu tandas mesti berkualiti, bersesuaian dan tidak terlalu nipis.

c) Segala peralatan dan kelengkapan mencuci dan membersih mesti disimpan di tempat yang bersesuaian. Pantri pejabat tidak boleh dijadikan tempat simpanan.

d) Pekerja mesti memakai uniform syarikat yang bersesuaian, sopan dan menutup aurat sepanjang tempoh bekerja.

e) Pekerja yang dilantik mesti berdasarkan ketetapan Akta Buruh dan bebas dari rekod jenayah.

f) Penyebut harga Yang Berjaya mesti bersedia untuk menjalankan tugas pembersihan tambahan sekiranya terdapat majlis khas.

g) Jakim berhak untuk membuat pemotongan bayaran sekiranya kontraktor gagal mematuhi spesifilkasi yang telah ditetapkan.

D SENARAI PEKERJA

a) Penyelia - 1 Orang- Perlu hadir setiap hari di lokasi sekurang-kurangnya dua (2) jam sehari.

b) Pekerja Am - 1 Orang- Mesti bertugas secara sepenuh masa mulai jam 7.30 pagi – 5.00 petang

BIL. SPESIFIKASI/TEMPAT/JENIS KERJA STANDARD KUALITI KERJA YANG

DIPERLUKANPATUH

(YA/ TIDAK)E SENARAI PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN GUNA HABIS BAGI PERKHIDMATAN MENCUCI

DAN MEMBERSIH

a) Mesin Pengelap Lantai Secukupnya

b) Mesin Penyedut Hampagas (Vaccum) Secukupnya

c) Mesin Penyedut Air Secukupnya

d) Pad Untuk Scrubbing Secukupnya

e) Pad Polishing Secukupnya

f) Penyapu Dan Penyapu Lidi Secukupnya

g) Mop Kering Dan Mop Basah Secukupnya

h) Tong dan Bakul Sampah Yang Bersesuaian Secukupnya

i) Kain Tuala / Pengelap Untuk Mengelap Secukupnya

j) Plastik Sampah Bersaiz Besar Dan Kecil Untuk Tong Dan Bakul Sampah Secukupnya

k) Bahan/Cecair Pencuci Untuk Membasuh Tangan Dan Untuk Kerja Membasuh Dan Mencuci Secukupnya

l) Pewangi/Penyegar Udara/Peralatan Pewangi Yang berkualiti dan Bersesuaian Secukupnya

m) Lain-Lain Keperluan. Sila Nyatakan:

i. …………………………………………………….

ii. …………………………………………………....

iii. …………………………………………………….

iv. …………………………………………………….

Page 16:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

Dengan ini saya seperti penama dalam syarikat __________________________ _______________________________ mengesahkan bahawa butir-butir yang diberikan adalah benar dan sekiranya berjaya akan dilaksanakan sepenuhnya.

Tandatangan :

Nama Penyebutharga :

Jawatan :

Cop Syarikat :

LAMPIRAN B

SURAT AKUAN PEMBIDABAGI SEBUT HARGA JAKIM BIL. 12/2016

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN, JAKIM DI CYBERJAYA BAGI TEMPOH 15 OKTOBER 2016 HINGGA 14 JUN

2017 (8 BULAN)

Saya _______(Nama Wakil Syarikat)______________ No. K/P ____________________ yang mewakili ________________________(Nama Syarikat)______________nombor pendaftaran __(MOF/ROS/ROC/ROB)____ dengan ini mengisytiharkan saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga di seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut di ambil :

2.1 penarikan balik tawaran kontrak seperti sebut harga di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

16/23

Page 17:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

_____(Tandatangan)____(Nama dan No. K/P)Cop Syarikat :

17/23

Page 18:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

LAMPIRAN C

PENYATA AKAUN BANK (MANDATORI) :

Sila Sertakan Salinan Penyata Bulanan Bank Satu (1) Bulan Terakhir (Julai Atau Ogos 2016)

18/23

Page 19:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

LAMPIRAN D

REKOD MELAKSANA PERKHIDMATAN BERKAITANSenaraikan semua bekalan dan perkhidmatan berkaitan yang telah dan sedang

dilaksanakan dalam tempoh tahun 2014 – 2016

I. ** PENGALAMAN KERJA:

BIL NAMA PERKHIDMATAN

NILAI KONTRAK

(RM)

TEMPOH KONTRAK

TARIKH TEMPOH KONTRAK

NAMA & ALAMAT AGENSI

TARIKH MULA

TARIKH TAMAT

II. ** KERJA DALAM TANGAN:

BIL NAMA PERKHIDMATAN

NILAI KONTRAK

(RM)

TEMPOH KONTRAK

TARIKH TEMPOH KONTRAK

NAMA & ALAMAT AGENSI

TARIKH MULA

TARIKH TAMAT

** SILA KEMUKAKAN BUKTI BERKAITAN BAGI SETIAP PENGALAMAN KERJA DAN KERJA DALAM TANGAN YANG DISENARAIKAN

Nama : ...........................................................................Jawatan : ...........................................................................Tarikh : ............................

19/23

Page 20:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

LAMPIRAN E

SALINAN AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT DARI KEMENTERIAN KEWANGAN

20/23

Page 21:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

LAMPIRAN F

SENARAI SEMAK

NO. SEBUT HARGA : JAKIM (B) 12/2016

Sila tandakan () / ( x ) bagi dokumen–dokumen yang disertakan / tidak disertakan:

BIL. PERKARA UNTUK DITANDA OLEH :

SYARIKAT URUSETIA

KEPERLUAN DOKUMEN TAWARAN

1. Senarai Semak - (Lampiran F)(Sila lampirkan lampiran ini di hadapan Dokumen Harga)

2. Borang Sebut Harga Bekalan/ Perkhidmatan - (Lampiran Q)

3. Jadual Pematuhan Spesifikasi - (Lampiran A)

4. Surat Akuan Pembida - (Lampiran B)

5. Salinan Penyata Akaun Bank yang terkini (bulan Julai atau Ogos 2016) yang telah disahkan oleh pihak bank - (Lampiran C)

6. Rekod Pengalaman Perkhidmatan Berkaitan Dan Bukti Berkaitan - (Lampiran D)

7. Salinan Pendaftaran Kementerian Kewangan - (Lampiran E)

8. Profail Syarikat

9. Lain-Lain Dokumen (sila nyatakan) :

i. Surat Perwakilan Kuasa (jika dokumentasi ditandatangani oleh pegawai selain daripada pemilik sah syarikat)

ii. .........................................

21/23

Page 22:  · Web view(Kew. 284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA WP PUTRAJAYA SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

BIL. PERKARA UNTUK DITANDA OLEH :

SYARIKAT URUSETIA

iii. .........................................

iv. .........................................

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Urusetia mengesahkan menerima dokumen seperti ditandakan seperti di atas.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

22/23