ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi,...
Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewPerniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi,...
RANCANGAN PERNIAGAAN
Cupcakes Dream_____________________________________________________________________________________
NURUL FATIHAH BINTI AZHAR (A146956)UMMI NADHIRAH BT ZULKIPLI (A146685)
PENGENALAN
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Cupcakes Dream-perniagaan perkongsian bagi menjalankan aktiviti perniagaan makanan
iaitu kek cawan (Cupcakes Dream) di sekitar kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Kampus Bangi.
Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan Cupcakes kerana ianya telah dilakukan
secara sambilan dan kecil-kecilan dari awal Bulan Januari 2013 lagi. Sepanjang tempoh itu,
pengusaha telah menjalankan perniagaan Cupcakes dari bilik ke bilik de sekitar kolej Ungku
Omar, dan setelah itu menerima tempahan dari sekitar UKM.
Perniagaan ini akan beroperasi di tingkat 7 Pusanika UKM, 43600 Bangi, Selangor.
Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati bahawa perniagaan berunsurkan kek
cawan ini merupakan perniagaan yang baru untuk pelajar-pelajar yang inginkan sesuatu yang
baru untuk makanan petang atau sampingan.
Sepertimana yang diketahui kebanyakan pelajar menyukai konsep kek yang diperbaharui
dengan saiz yang kecil dan pelbagai corak untuk di makan,malah kek ini dapat menghilangkan
tekanan untuk sekian hari. Kehidupan pelajar yang penuh dengan tugasan pasti menginginkan
makanan yang ringan sebagai santapan apabila dikala mumpuknya tugasan yang harus
dilaksanakan dengan segera.
Hidangan mee segera tidak asing lagi dalam kalangan pelajar serta mereka yang
bekerjaya. Oleh kerana faktor masa yang singkat, menyebabkan mereka kesuntukan masa untuk
menyediakan atau membeli makanan dan seterusnya mereka hanya mengambil makanan ringan
Cupcakes yang dibuat dengan penuh kasih saying dan cinta akan satu jenis seni kek. Oleh itu,
kami cuba mengolah rasa Cupcakes yang lain setiap hari dengan kelainan corak setiap hari.
Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju
dan sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan kami khususnya dalam
mengaut keuntungan.
OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN1
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang
menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu juga, Rancangan Perniagaan
ini untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran,
pembekal, perkhidmatan, dan kewangan perniagaan.
Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat adalah untuk tujuan berikut:
1. Melihat daya maju projek yang dirancang.
2. Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan
dengan lancar.
3. Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.
4. Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.
5. Mendapatkan dana dari mana-mana perbadanan untuk membangunkan perniagaan.
SKOP PERNIAGAAN
Aktiviti Perniagaan
Akiviti utama yang dijalankan oleh perniagaan ini ialah menjual Cupcakes Dream di
sekitar kawasan UKM. Perniagaan dilaksanakan dengan cara menerima tempahan setiap hari dan
juga perniagaan secara lansung.
Produk Dan Perkhidmatan
Menyediakan makanan ataupun Cupcakes Dream mengikut tempahan pelanggan dan
akan dimasak berlainan perisa dan corak di kedai untuk melahirkan rasa ingin tahu oleh
pelanggan apakah perisa dan corak yang bakal dijual hari demi hari.
Potensi Perniagaan
Berdasarkan kepada keadaan pelajar serta kakitangan yang sibuk dengan pelbagai
tugasan yang perlu disiapkan dengan kadar yang segera, mengakibatkan mereka tiada masa dan
ingin mengambil suatu makanan yang ringan dan menceriakan mereka hari mereka. Mereka
hanya perlu membuat tempahan dua hari sebelum majlis atau datang ke kedai untuk mencuba
kejutan Cupcakes hari demi hari.
2
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Masyarakat tempatan biasanya menilai keenakan dan kualiti sesuatu hidangan dengan
melihat dari sudut kualiti, harga, kebersihan serta kelazatan makanan yang disediakan. Bagi
memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba menghasilkan
kualiti yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut
supaya pelanggan berpuas hati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang
berterusan, perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana kualiti yang
dipersembahkan sentiasa dipastikan pada tahap yang paling tinggi.
Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kampus Universiti Kebangsaan
Malaysia, yang mana dikelilingi oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK),
Perpustakaan Tun Sti Lanang (PTSL)dan juga beberapa fakulti yang lain. Lokasi yang strategik,
memudahkan warga UKM menikmati hidangan makanan segera yang ringkas dan menarik tetapi
mengenyangkan.
ASPEK PENGURUSAN
Struktur Organisasi
Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek
pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya, organisasi adalah seperti
berikut :
CARTA ORGANISASI
Fungsi Dan Tanggungjawab
3
Pengurusan
Operasi & PerkhidmatanPentadbiran & Kewangan
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Perniagaan ini telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi
pengurusan perniagaan.
Pengurus/Pemilik
a) Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi perniagaan.
b) Mencari pesanan dan mempromosikan perniagaan.
c) Membayar gaji pekerja.
d) Merancang dan melaksanakan aktiviti operasi daripada perancangan belian bahan
sehingga hidangan siap dimasak.
e) Menentukan keperluan sumber manusia mencukupi.
f) Memastikan pelanggan dilayan dengan baik.
g) Merancang kemajuan perkhidmatan kearah kecemerlangan.
Pentadbiran & Kewangan
a) Memastikan pengaliran wang dalam perniagaan terkawal dan berjalan lancar.
b) Menyediakan laporan kewangan tahunan.
c) Mengira untung rugi perniagaan.
Operasi & Perkhidmatan
Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak disajikan kepada
pelanggan.
a) Memastikan kualiti Cupcakes dengan mengekalkan rasa dan kebersihan setaraf
citarasa pelanggan.
b) Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am.
c) Menguruskan hal pengurusan operasi.
4
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Strategi Pengurusan
Kaedah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik serta sistematik amat mustahak
dalam usaha memajukan perniagaan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada
pelanggan dengan layanan mesra pelanggan bagi memastikan perniagaan berdaya maju
setanding dengan perniagaan-perniagaan lain yang sedia ada. Oleh itu, perniagaan ini telah
mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut :
a) Menerapkan semangat kerja berpasukan diantara pekerja untuk faedah bersama.
b) Semua pihak sentiasa berbincang dan member pendapat serta cadangan tentang cara
terbaik untuk menghasilkan kerja yang cekap dan sistematik.
c) Menyediakan perkhidmatan Cupcakes yang bermutu bersih dan sedap.
d) Menentukan mutu Cupcakes dijaga dan pelanggan mendapat servis yang baik.
e) Setiap pekerja akan didedahkan dengan teknik baru dengan mengikuti kursus yang
berkaitan dengan bidang tugas masing-masing.
f) Mengadakan promosi dengan pelbagai cara termasuklah melalui media massa
sebagai alat untuk memberitahu orang ramai mengenai produk kami.
5
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
ASPEK TEKNIKAL / PERKHIDMATAN
Lokasi Premis
Pada peringkat awal perniagaan ini, kami akan menggunakan Tingkat 7 Pusanika , UKM. Premis
ini terletak di kedudukan bersebelahan dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan
Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Kedudukan premis kami terletak di kedudukan yang
strategik kerana berada di tengah-tengah pusat tumpuan pelajar serta kakitangan universiti.
Dengan sistem kemudahan yang ada ini, perniagaan kami dapat memberikan perkhidmatan yang
selesa kepada pelanggan.
Kemudahan Asas
Premis perniagaan memiliki kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan kemudahan-kemudahan
yang lain.
Pengangkutan
Pelajar UKM menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak universiti sebagai
pengangkutan utama mereka. Hanya sebahagian kecil sahaja yang menggunakan kenderaan
persendirian seperti kereta dan motosikal. Namun begitu, kakitangan-kakitangan UKM
mempunyai kenderaan persendirian mereka dalam menjalankan aktiviti harian mereka.
Bahan Mentah
PERKARA HARI TEMPAT
Pasaraya Setiap hari Seksyen 14, Bandar Baru Bangi
Pembekal Barangan Kek Jumaat Jalan Raja Laut , Kuala Lumpur
Harta Tetap Dan Peralatan Yang Dimiliki
Memandangkan perniagaan ini baru dijalankan dalam jangka masa 2 bulan, dan dijalankan
secara kecil-kecilan, maka Cupcakes Dream belum memiliki sebarang aset tetap dan
kelengkapan perniagaan tersendiri.
6
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Harta Tetap Dan Kelengkapan Yang Diperlukan
Bil. Jenis Harga Unit (RM) Kuantiti Nilai (RM)
1. Tong Gas 60.00 1 60.00
2. Ketuhar 1500 1 1500
3. Dapur Gas 65.00 1 65.00
4. Peti sejuk 1,400.00 1 1,400.00
5. Loyang Kek Cawan 25.00 4 100.00
6. Pinggan makan 2.00 50 100.00
7. Sudu garfu 15.00 10 150.00
8. Bekas-bekas plastik 4.00 10 40.00
Jumlah 3315.00
Pembelian Bahan Mentah
Bahan mentah untuk perniagaan ini hanya bahan mentah kering. Bahan mentah basah terdiri
daripada buah-buahan seperti strawberi ,mangga,dan bluerberry. Bahan mentah basah akan
dibeli sehari lebih awal sebelum menjalankan perniagaan. Bahan mentah kering pula terdiri
daripada barangan seperti telur, tepung, cokelat dan sebagainya. Dianggarkan kos bahan mentah
adalah lebih kurang 40% daripada setiap unit jualan. Senarai bahan mentah dan basah untuk
kegunaan sebulan adalah seperti berikut.
Harga untuk 30unit
BIL. BAHAN-BAHAN KUANTITI
HARGA (KG / UNIT)
(RM)
JUMLAH
(RM)
1 Telur 4 0.30 1.20
2 Susu 50ml 4.00 0.20
3 Tepung 280g 3.70 1.063
5 Gula Kastor 180g 3.50 0.63
6 Esen vanilla 1tbs 0.05
7
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
7 Krim Topping 1 7.10 7.10
8 Coklat 1 7.20 7.20
9 Chocolate Rice 1 2.50 2.50
10 Kertas Kek Cawan 1paket(30) 5.00 5.00
11 Strawberi 10 0.60 6.00
12 Blueberry 15 0.40 6.00
13 Mangga 1 2.00 2.00
14 Lemon 1 0.80 0.80
15 Pewarna 1 2.00 2.00
16 Beg Plastik 1pkt 3.00 3.00
JUMLAH 41.943
Perbelanjaan Operasi
PerkaraPerbelanjaan Aset
Tetap (RM)
Perbelanjaan
Bulanan (RM)
Lain-lain
Perbelanjaan (RM)
Aset Tetap
Kelengkapan Perniagaan 2965
Perbelanjaan Bulanan
Bahan Mentah
(41.94x3)30
=3774.60
Gaji Pekerja 600
Lain-lain Belanja
Minyak kenderaan 300
JUMLAH 2,965 4,374.60 300
8
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Senarai Pembekal Bahan Mentah
Bekalan bahan mentah yang digunakan bagi menyediakan Cupcakes Dream kepada pelanggan
akan diperolehi dari beberapa pembekal yang telah dikenalpasti seperti berikut:
Bil. Nama Pembekal Alamat Jenis Bekalan Cara Bayaran
1. Econsave Bangi Jalan Reko Barang runcit
Buah - Buahan
Bahan basah
Tunai
2. Cake Connection Jalan Raja Laut Barang Kek Tunai
7.9 Susun Atur Ruang Memasak
Susun atur ruang memasak telah direka bentuk dengan menarik bagi membolehkan dan
menyenangkan pergerakan ketika melakukan tugas-tugas memasak. Alatan diatur dengan kemas
bagi memberikan keselesaan kepada pekerja semasa menjalankan kerja-kerja persiapan
makanan.
Strategi Pemasaran
Untuk menentukan perniagaan ini berjalan lancar, perniagaan ini akan melaksanakan strategi
berikut:
1) Menghasilkan kek cawan yang berkualiti, sedap dan mengikut tempahan pelanggan dan
berlainan jenis dan corak setiap hari.
2) Memastikan perkhidmatan yang cekap dan tempahan untuk penghantaran dapat disiapkan
dengan segera.
3) Mengutamakan kebersihan dan kesihatan pelanggan.
4) Layanan yang mesra pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
5) Perniagaan ini bersedia menerima teguran bagi tujuan memperkeaskan lagi perniagaan
dari masa ke semasa.
6) Perniagaan ini akan mengadakan promosi dengan membuat sistem “loyalty card” di
mana pelanggan boleh mendapatkan 10% diskaun di dalam setiap pembelian kek cawan.
7) Iklan-iklan yang menarik akan dipamerkan di tempat-tempat yang strategik supaya
menarik perhatian pelanggan.9
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
8) Memastikan kek cawan yang disediakan kepada pelanggan adalah halal.
PEMASARAN
Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan
Memandangkan perniagaan ini hanya memfokuskan kepada satu produk sahaja iaitu Cupcakes
Dream, maka mudahlah bagi kami untuk menetapkan harga yang berpatutan dan mampu dibeli
oleh pelajar dan kakitangan UKM iaitu pada harga RM2.50 sahaja.
Kumpulan Sasaran
Perniagaan ini merancang mensasarkan produk kepada keseluruhan pelajar dan kakitangan
UKM. Keseluruhan permintaan terdiri dari kaum Melayu, namun tidak kurang juga permintaan
dari kaum Cina, India, dan lain-lain bangsa.
Kawasan Pasaran
Memandangkan perniagaan ini dijalankan dalam kawasan UKM, maka kami mensasarkan
pasaran di kawasan-kawasan sekitar UKM. Antara kawasan pasaran yang kami sasarkan ialah:
1. Kolej Keris Mas
2. Kolej Ibu Zain
3. Kolej Rahim kajai
4. Kolej Dato’ Onn
5. Kolej Tun Hussein Onn
6. Kolej Ibrahim Yaakub
7. Kolej Ungku Omar
8. Kolej Pendeta Za’ba
9. Kolej Borhanuddin Helmi
10. Kolej Aminuddin Baki
10
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
11. Fakulti Pengajian Islam
12. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
13. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
14. Fakulti Sains dan Teknologi
15. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
16. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
17. Fakulti Undang-undang
18. Fakulti Pendidikan
19. Pusat Anika Kemudahan (PUSANIKA)
20. Canselori
21. Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)
Saiz Pasaran
Saiz pasaran boleh dikira dari potensi jualan yang boleh diperoleh tempahan Cupcakes Dream
oleh pelajar-pelajar UKM serta warga-warga di pejabat-pejabat pentadbiran seluruh kampus
UKM, Bangi.
Jumlah Pelajar UKM : 20,000 orang
Jumlah kakitangan UKM : 3,000 orang
Jumlah Pelajar UKM + Jumlah kakitangan UKM = 23,000 orang
Diandaikan 30% daripada jumlah pelajar dan kakitangan UKM akan membuat tempahan
Cupcakes Dream dari kami.
Pesaing
11
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Memandangkan Cupcakes Dream ini merupakan satu corak perniagaan dan strategi baru yang
dihasilkan, maka perniagaan kami tidak mempunyai persaingan dengan mana-mana pihak. Hal
ini kerana tidak ada lagi pengusaha kafetaria yang mengadakan konsep baru sebegini. Oleh sebab
itu, ianya memberi kelebihan kepada perniagaan kami untuk terus lebih maju dan seterusnya
mampu ke pasaran yang lebih meluas sehingga mampu menguasai pasaran Malaysia.
Anggaran Jualan
Strategi Pemasaran
12
Bulan Jualan (RM)
Januari 5,250.00
Februari 6,825.00
Mac 7,900.00
April 8,715.00
Mei 9,555.00
Jun 10,500.00
Julai 8,505.00
Ogos 8,505.00
September 10,290.00
Oktober 14,175.00
November 14,700.00
Disember 15,120.00
JUMLAH 120,040.00
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Pasaran yang baik dan sistematik adalah faktor yang amat penting untuk memajukan perniagaan
bagi mendapatkan pulangan modal dan keuntungan yang tinggi serta kestabilan yang
berpanjangan dan berdaya saing.
Strategi Perkhidmatan
a) Sentiasa menyediakan kek cawan yang enak, sedap, dan berkualiti dengan harga yang
berpatutan.
b) Mengutamakan kebersihan dapur serta kawasan memasak bagi menghasilkan produk yang
berkualiti.
c) Memastikan tempahan dapat disiapkan mengikut perjanjian masa yang ditetapkan oleh
pelanggan.
d) Sentiasa menunjukkan imej yang baik ketika berurusan dengan pelanggan.
Strategi Promosi
Perniagaan ini akan menyediakan kad perniagaan dan risalah untuk diedarkan kepada penghuni
kolej kediaman kampus UKM Bangi, pejabat-pejabat pentadbiran, warga-warga fakulti, dan
orang perseorangan bagi mempromosikan perniagaan ini.
Strategi Harga
Perancangan yang rapi perlu dibuat bagi menarik hati pelanggan untuk melanggan dan terus setia
dengan perniagaan ini. Oleh sebab itu, faktor harga memainkan peranan yang penting dalam
menarik perhatian para pelanggan. Penetapan harga yang berbaloi serta mampu dibeli oleh
pelanggan merupakan satu keutamaan dalam perniagaan ini.
Strategi Lokasi13
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
Perniagaan ini terletak di di tengah-tengah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia yang mana
dikelilingi oleh beberapa kolej kediaman, Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), dan beberapa
buah fakulti pengajian. Lokasi yang strategik memudahkan warga UKM menikmati hidangan
kek cawan yang menarik dan juga mengenyangkan.
Perhubungan Pelanggan
Memandangkan lokasi perniagaan ini terletak di tengah-tengah antara kawasan-kawasan
permintaan tadi maka tidak timbul masalah perhubungan kerana kawasan sekitar perniagaan dan
kawasan sekitarnya dapat dihubungi dengan jalan raya yang ada untuk mendapatkan
perkhidmatan dan penghantaran. Tambahan lagi, dengan segala kemudahan yang ada di UKM
ini juga membantu dari segi pemasaran perniagaan kami misalnya dengan adanya wifi percuma
yang disediakan oleh pihak universti.
14
Rancangan Perniagaan CupCakes’s Dream
PENUTUP
Dengan kesibukan tugasan harian, warga UKM terutamanya pelajar, masih tidak lupa untuk
mencari satu kek cawan yang menyelerakan. Kami mengambil inisiatif untuk memenuhi
kehendak mereka, di mana hidangan yang disajikan kepada mereka merupakan satukek cawan
yang mampu menjanjikan keenakan rasa dan juga emosi yang gembira setiap masa..
Berdasarkan kepada kajian semasa, majoriti pelajar serta kakitngan UKM, lebih cenderung
untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran ke lokasi mereka kerana mereka tidak ingin
melengahkan masa mereka di luar.
Diharap perniagaan ini akan terus berpeluang untuk turut sama-sama menjadi sebahagian
daripada usahawan yang berjaya di negara ini.
15