habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/.../1975-pam-air-berinovasi.docx · Web...

14
CABARAN INOVASI 2015 GELOMBANG REPAS / JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR PAM AIR BERINOVASI Page 1 K A TO G ER I : TEK N IK A L CABARAN INOVASI 2015

Transcript of habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/.../1975-pam-air-berinovasi.docx · Web...

CABARAN INOVASI 2015

GELOMBANG REPAS /

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH BENTONG,

PAM AIR BERINOVASIPage 1

KATOGERI : TEKNIKAL

CABARAN INOVASI 2015

CABARAN INOVASI 2015

PAHANG DARUL MAKMUR

ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

A. RINGKASAN EKSEKUTIF 3

B. PENGENALAN 4

i. Latar belakang

ii. Tujuan 5

iii. Kronologi Cetusan Idea Dan Pembuktian 6

C. PRODUK INOVASI 7

i. Impak Inovasi

a) elemen inovasi kreatif 8

b) elemen keberkesanan 9

c). elemen signifikan 10

ii. Gambar-gambar Inovasi 11-13

D. PENUTUP 14

PAM AIR BERINOVASIPage 2

CABARAN INOVASI 2015

A. RINGKASAN EKSEKUTIF

Jabatan Pengairan Dan Saliran ialah satu jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menyediakan perkhidmatan pengurusan lambangan sungai dan zon pantai. Ia juga memikul tanggungjawab pengurusan air dan hidrologi yang diperluaskan dalam projek-projek khas juga terlibat dalam pengurusan banjir serta sistem saliran yang mesra alam.

B. PENGENALAN

i. LATAR BELAKANG

PAM AIR BERINOVASIPage 3

CABARAN INOVASI 2015

Kumpulan Gelombang Repas adalah sebuah kumpulan inovatif kreatif daripada JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH BENTONG yang bertanggungjawab dalam penghasilan produk inovasi kali ini. Anggota kumpulan Gelombang Repas yang terdiri daripada En.Shahrizal b Zainuddin selaku ketua kumpulan, En.Naseri bin Saleh selaku setiausaha,En,Aizul bin Samsudin,Puan Rafieah binti Abdullah, En.Zakaria bin Mohammed,En.Mohammad Nor bin Ahmad, En Zamri bin Salim,En Zaki bin Isa dan En. Mohammad Kamal Redzuan bin Kamarudin sebagai pemudahcara pembuatan.

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Bentong adalah antara 11 buah jabatan di bawah pentadbiran Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang. Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bentong berada di Jalan Chamang Bentong iaitu kira-kira 200 kilometer ke barat daripada ibu pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang.

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Bentong melaksanakan tugas dan fungsi merangkumi;

1. Kejuruteraan Sungai,

2. Saliran Bandar

3. Pengairan dan Saliran Pertanian,

4. Lain lain bidang tugas berkaitan seperti hidrologi dan sumber air, tebatan banjir

ii. TUJUAN PROJEK INOVASI

Penciptaan projek kami merupakan satu kaedah ALTERNATIF dalam menjalankan tugas tugas berkaitan agar menjadi ringan serta tidak terlalu rugikan masa dalam setiap kerja dilakukan.

PAM AIR BERINOVASIPage 4

CABARAN INOVASI 2015

Sebagai langkah langkah mudah dan penjimatan masa serta kerja-kerja dapat dilakukan dengan cepat dan sempurna terutamanya kerja mengambil air untuk kerja meracun,kerja mengelap lantai,menggembur tanah,menyapu daun2 atau rumput selepas memesin rumput.

Sehubungan itu kumpulan GELOMBANG REPAS berkerjasama dengan jurutera mencipta satu alat atau produk serbaboleh yang memudahkan cara seiring langkah –langkah penjimatan masa yang penting di masa sekarang. Jika sebelum ini kami merasakan ciptaan ini diluar kotak pemikiran tetapi sekarang kami rasa boleh berdaya saing dengan produk sediaada di pasaran.

Demi mencapai hasrat jabatan dan kerajaan jabatan dan kumpulan berusaha membaikpulih alatan yang terpakai dan mencipta alat atau produk ini. Melalui pelbagai masalah yang selepas itu dperbaiki sehingga yakin alat ini boleh berfungsi dengan baik. Alat ini kami namakan PAM AIR BERINOVASI dibuat khusus untuk kerja-kerja meracun serta kerja kerja berkaitan seperti yang dinyatakan.

Menggunakan sumber dari bahan-bahan terpakai iaitu mesin rumput galas,mata kipas yang dreka khas sebagai ampeler serta dpasangkan pada bahagian depan mesin, perumah dari tin besi yang di ambil dari bahan terpakai untuk mengepam air,mob lantai yang diubahsuai,mata gerudi yang diubahsuai bagi menggembur tanah,paip pvc terpakai untuk diubahsuai untuk kerja menyembur selepas kerja memesin rumput. Produk ini telah kami cuba di dalam kerja meracun serta pengubahan landskap serta kerja berkaitan alat ini di sekitar kawasan pejabat.

iii. Kronologi Cetusan Idea Dan Pembuktian

PAM AIR BERINOVASIPage 5

CABARAN INOVASI 2015

Penggunaan mesin rumputmasa kini begitu popular dan meluas dalam masyarakat bertani. Dengan harga yang berpatutan dan mampu milik ianya digunakan untuk membersih halaman pertanian,halaman kediaman dan kerja-kerja pembersihan yang lain.

Berasaskan mesin rumput galas ini kami mencipta satu alat yang mampu menambah baik mesin itu sebagai satu komponen pam air. Wujudnya ia sebagai fungsi dua dalam satu tanpa mengubah bentuk asalnya.

Perlaksanaan projek inovasi kami bermula sebagai ujicuba,bertempat di sungai Chamang Divisyen yang mana kami menjalankan kerja kerja memesin rumput dan meracun berjadual.dan kawasan pejabat kami gunakan sebagai tempat uji cuba bagi alat lain yang berkaitan dengan projek ini.

Tindakan ini perlu untuk konsep penjimatan masa bagi kerja kerja berkaitan serta merta menjadi lebih mudah. Ianya sebagai alternatif kerja dari yang sedia ada kekangan kewangan juga dapat dkurangkan. Pada peringkat awal kami tidak yakin dengan masalah berbangkit dari produk ini tetapi dengan perbincangan yang dilakuakn serta penambahbaikan alat maka ia telah berjaya digunakan. Walaupun ini benda baru kami cipta tetapi ia merupakan satu kejayaan bagi kami dan berharap dapat memenangi penerimaan masyarakat terhadap ciptaan kami.

C. PRODUK INOVASI

i. Impak Inovasi

PAM AIR BERINOVASIPage 6

CABARAN INOVASI 2015

a). Kesukaran mengangkut bekalan air ke lokasi kerja

Kesukaran mengangkut air ketika kerja-kerja meracun dan bertani akibat pengambilan masa yang lebih.meskipun ia Cuma menggunakan tenaga manusia tetapi kerja-kerja terhenti disebabkan proses mengangkut air yang lambat.sedangkan kerja-kerja ini harus disiapkan dengan cepat kerana tidak mahu terganggu pada jadual tugasan harian.

b). Penggunaan tenaga kerja yang ramai.

Tenaga kerja diperlukan untuk mengangkut air dari sungai atau dari pejabat untuk kerja-kerja meracun dan selenggara kawasan bertani.selain dari itu untuk membawa pam air yang besar serta berat kerana ianya melambatkan tugas yang ada. ianya juga mempunyai alat alat seperti hos yang besar,paip besar,spanar besar mengikat hos dan sebagainya.tambahan pula kami tiada unit workshop terdekat sekiranya alatan seperti pam besar itu rosak dan sebagainya.

c). Peningkatan kawalan keselamatan.

Sejak akhir akhir ini kegiatan kecurian kerap berlaku maka kami harus berwaspada kerana alatan seperti pam besar adalah milik kerajaan.sekiranya rosak semestinya alat nak dibawa keluar mengambil masa yang lebih.justeru itu tahap keselamatan mesti kami fikirkan terlebih dahulu.

d) Bantuan Pada Alatan Lain

Sekiranya alatan lain yang sedia ada tidak dapat digunakan maka akan ada jalan penyelesaian bagi meneruskan tugas yang pada mulanya terhenti kerana alatan sedia ada rosak.

a) ELEMEN INOVASI KREATIF

PAM AIR BERINOVASIPage 7

CABARAN INOVASI 2015

Mesin rumput pelbagai fungsi yang pihak kami sediakan ini dapat menangani kerja kerja meracun lalang dan rumput kasar yang semestinya tidak dapat dilakukan dalam keadaan normal.juga ada fungsi-fungsi lain seperti mengemop lantai,menggembur tanah bagi kerja-kerja menghias landskap di pejabat,emnyembur rumput lebihan selepas kerja-kerja mesin rumput serta lain-lain.maka kerja sebelum ini yang memerlukan tenaga ramai boleh dilakukan oleh seorang pekerja sahaja bergantung dengan keadaan semasa.Keadaan fizikal mesin rumput pelbagai fungsi ini yang ringkas senang dibawa tidak memerlukan tenaga yang ramai.mesin didukung dan khas untuk kerja mengepam air serta kerja-kerja yang berkaitan mengikut kehendak.oleh itu kami dapat jimatkan masa kerja lebihan.jadi setiap alatan tambahan juga mudah dipasang dan dibawa.

Implikasi kewangan.

Pada kami alat yang kami cipta ini tidak terlalu menggunakan modal yang besar dalam penghasilannya.dengan sebuah mesin rumput yang selalu digunakan dalam kerja harian,bahan bahan terpakai setakat ini kos pembuatannya sekitar bawah rm100.sangat jimat tetapi penggunaan yang meluas.penggunaan yang berkesan serta jadual kerja lebih teratur.penggunaan petrol juga tidak terlalu banyak sekiranya mesin ini kami selenggara mengikut jadual dan lancar.contohnya kami hanya membeli 5liter petrol bagi penggunaan berkaitan kerana setiap penggunaan kami anggarkan hanya 1liter bagi setiap penggunaan.

.Penciptaan nilai/elemen/tambah baik

Dari segi penciptaan alat ini kami merasakan ia mampu memberi nilai yang baik kepada sektor kerja dalam pertanian atau pengurusan sekitar empangan khususnya dalam kerja-kerja meracun.memeberikan elemen yang positif sekiranya ada alat alat yang rosak ianya mudah diganti tanpa melibatkan kos yang tinggi.malah ia akan lebih membantu kami untuk memperbaiki sistem sedia ada dengan lebih baik.berbanding dengan alatan yang dalam pasran ia semestinya memerlukan kos yang tinggi dalam kerja kerja pembaikkan.walaupun dalam jaminan belum tentu alatan sedia ada dapat bertahan dalam kerja-kerja lasak seperti kami lakukan.

b) ELEMEN KEBERKESANAN

PAM AIR BERINOVASIPage 8

CABARAN INOVASI 2015

Inovasi yang kami lakukan ini sangat mendatangkan faedah yang amat nyata dalam aspek pencapaian hasil segera,ketara,jelas dan dapat diterima baik dalam masyarakat pengguna.lebih bersifat serbaboleh kerana tak semua mampu memiliki pam air berenjin besar atau kecil jadi dengan ciptaan ini dapat menyenangkan pelbagai pihak.

Pam air berinovasi ini bukan sahaja digunakan dalam kerja harian malah boleh digunakan dalam lain -lain kerja yang berkaitan dalam mengepam air.kerja- kerja landskap dirumah jika melibatkan pengambilan air yang banyak.bahkan juga dapat membanggakan kami apabila dapat membantu kerja-kerja harian kami di jabatan.

Inovasi yang kami hasilkan diharap dapat meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasar.ini dapat dilihat dari aspek penerimaan serta peningkatan.ternyata apabila di uji amat memuaskan hati kami serta jurutera.rasa teruja itu memberi impak pada kami malah kos penghasilan amat ekonomi sekali.tambahan pula dapat digabungkan pada mesin harian iaitu mesin rumput galas yang sedia ada.

Kami yakin dengan projek ini mampu bertahan selagi masyarakat menerima kepentigannyapada mesin rumput galas.lagipun proses pengubahsuaian akan dilakukan dari masa ke semasa demi kelancaran ciptaan ini.penghasilan value creation atau nilai kreatif meningkatkan minat untuk memiliki dan penggunaannya.sekiranya ianya dilancarkan kami yakin ia mampu menambat hati para pengguna bahawa fungsi mesin rumput galas bukan sekadar mesin rumput malah mempunyai pilihan bagi melakukan kerja-kerja tambahan.

c) ELEMEN SIGNIFIKAN

PAM AIR BERINOVASIPage 9

CABARAN INOVASI 2015

Dan bebas dibawa kemana sahaja.konsep mudah pasang dterapkan dalam projek kami ini Inovasi yang terhasil adalah signifikan yang diukur dari pelbagai aspek penghasilan dan keberkesanan produk.bagi memenuhi objektif yang ditetapkan.pembantu awam atau petani kurang bergantung atau memerlukan tenaga lebih mengangkut air atau kerja-kerja berkaitan dengan ciptaan ini..

Apa yang jelas pada pandangan kami sewaktu menghasilakan projek ini ia tidak memerluklan tenaga yang ramai.sekaligus boleh membantu pekerja lain menjalankan tugas dengan selesa.memadai seorang sahaja membantu operasi ini.

Konsep kerajaan yang menerapkan motto rakyat didahulukan pencapaian diutamakn.inilah juga dasar yang dipegang oleh jabatan kami dalam menangani isu isu berbangkit.penciptaan Pam Air Berinovasi ini memberi impak kepada jabatan khususnya dalam membantu menyempurnakan kerja serta impian rakyat untuk dapat hidup selesa dibumi bertuah.

Kerja kerja meracun serta operasi lain lebih mudah dilakukan oleh pembantu awam yang terlibat juga dilakukan seorang sahaja..serta melibatkan kos yang tak membebankan.dengan ini program yang ini dapat membantu sepenuhnya kerja kerja sediaada.

Inovasi inisiatif kami mengambil kira faktor persekitaran sekeliling serta semasa yang dapat dilihat dari aspek keupayaan memenuhi ekspetasi serta kehendak semasa.apa yang penting dapat membantu serba banyak kerja kerja yang susah lebih senang dilakukan.

Ujicuba kami di sungai chamang divisyen dan dikawasan pejabat bagi menunjukkan keupayaan alat ini serta amat berbaloi dalam kerja kerja harian.selain itu ianya mudah dibawa kemana sahaja sewaktu operasi kerja dilakukan.

Terdapat bukti jelas kami tidak mengubah fungsi asal penggunaan mesin rumput galas ini,kerana alatan yang dicipta ini boleh dibuka pasang dengan mudah.mesin rumput boleh mengepam air juga boleh dilakukan.ianya cepat dilakukan kerana tidak perlu mengubah tempat dengan kerap.cukup sekadar didukung utk mngubah tempatnya.tepat digunakan di mana sahaja mengikut kesesuaian.ia juga mampu di ubah menjadi alat bantuan kerja yang lain.malah ia juga boleh melakukan kerja-kerja berkaitan seperti mengemop lantai,menggembur tanah serta yang termampu dilakukan mesin ini.

ii.Gambar-gambar inovasi

PAM AIR BERINOVASIPage 10

CABARAN INOVASI 2015

PAM AIR BERINOVASIPage 11

CABARAN INOVASI 2015

PAM AIR BERINOVASIPage 12

CABARAN INOVASI 2015

PAM AIR BERINOVASIPage 13

CABARAN INOVASI 2015

PAM AIR BERINOVASIPage 14

CABARAN INOVASI 2015

C. PENUTUP

Amatlah tidak mudah sesuatu idea untuk diketengahkan dan diwarwarkan. Kita perlu sedikit waktu untuk dikorbankan demi kejayaan hakiki kerana apa yang baik pasti terserlah di atas kehendaknya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung teutama kepada Jurutera Daerah Bentong selaku fasilitator serta ahli-ahli yang banyak membantu menjayakan projek ini. Kami sentiasa bersedia apabila diperlukan. Dengan ciptaaan secara berkumpulan ini kami yakin mampu tingkatkan prestasi kerja-kerja berkaitan serta memudahkan.kalau tiada ahli-ahli yang membantu sama jayakan projek inovasi kami merasakan takkan berjaya.diharap projek ini mendapat tempat pada kalangan juri.idea demi idea bagi memastikan projek ini dapat diteruskan dengan jayanya.insyaallah.

PAM AIR BERINOVASIPage 15