ifolio.ukm.my · Web viewSekali lirik terpikat hati. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, majlis...

Click here to load reader

Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewSekali lirik terpikat hati. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, majlis...

7

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN GEOLOGI 2014

TARIKH: 26 APRIL MASA: 8.00 MALAM

TEMPAT: BANGI GOLF RESORT

MASA

ACARA

TINDAKAN

8.30 malam

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Madya Dr Azimah binti Hussin, Ketua Program Geologi, diiringi Prof Madya Dr Juhari bin Mat Akhir, Penyelaras Kelab Geologi, Presiden kelab Geologi 2014/2015, ketua pengarah dan timb. ketua pengarah program, pensyarah-pensyarah, staf-staf sokongan, wakil-wakil alumni serta wakil dan adik-adik dari Pusat Jagaan Kanak-kanak Darul Rukaiyah. Para hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

AFIQ

8.35 malam

Yang Berbahagia Prof Madya Dr Azimah binti Hussin, Ketua Program Geologi, Prof Madya Dr Juhari bin Mat Akhir, Penyelaras Kelab Geologi, saudara Izharuddin bin Sakip, Presiden Kelab Geologi 2014/2015, saudara Muhammad Fareez bin Thaer, Ketua Pengarah Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi, pensyarah-pensyarah dan staf yang bakal bersara, pensyarah-pensyarah, para staf sokongan, wakil-wakil alumni, pelajar-pelajar tahun akhir yang diraikan, wakil dan adik-adik dari Pusat Jagaan Kanak-kanak Darul Rukaiyah yand dikasihi, ahli jawatankuasa pelaksana program, serta hadirin dan hadirat sekalian.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi 2014.

ATHIRAH

AFIQ dan ATHIRAH

8.50 malam

Lebat kemiri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa;

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin sekalian,

Majlis pada malam ini diberkati lagi dengan bacaan doa oleh saudara Faruq Syahmi bin Aripin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

_____________Bacaan doa__________________

Amin amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pada malam ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t.

AFIQ

8.55 malam

9.00 malam

9.40 malam

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka dapat kita bersama- sama berkumpul pada malam yang indah dan bermakna ini. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, majlis makan malam ini adalah bertujuan untuk meraikan pensyarah-pensyarah serta staf sokongan yang bakal bersara dan pelajar-pelajar tahun tiga yang bakal menamatkan pengajian mereka pada tahun ini. Di samping itu, majlis turut meraikan kedatangan adik-adik dari Pusat Jagaan Darul Rukaiyah bagi menyerikan lagi majlis makan malam kita pada malam ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,majlis dimulakan dengan menjemput saudara Muhammad Fareez Bin Thaer selaku Ketua Pengarah Program untuk memberi ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

_____________________Ucapan______________________

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Warna warni warna anggun, Tampak cantik putih berseri; Adik melaram abang terpegun, Sekali lirik terpikat hati.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, majlis makan malam kita pada malam ini adalah bertemakan Masquerade Parade.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia Prof Madya Dr Azimah binti Hussin untuk memberi sedikit ucapan sekaligus merasmikan majlis pada malam ini. Tanpa melengah-lengahkan masa, majlis dengan berbesar hatinya menjemput Yang Berbahagia Prof Madya Dr Azimah binti Hussin ke atas pentas.

_______________Ucapan_______________________

Dijemput Muhammad Fareez bin Thaer, Ketua Pengarah Program untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi kita Prof Madya Dr Azimah bt Hussin.

__________Gimik/ Tayangan video montaj______________

Terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Dr Azimah Bt Hussin kerana sudi merasmikan majlis kita pada malam ini. Dengan perasmian itu tadi, maka rasmilah Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi 2014.

Siakap sudah gelama pun sudah, Keli saja belum lagi, Bercakap sudah mendengar pun sudah, Makan saja belum lagi.

Hadirin sekalian, sebelum kita menjamu selera, dijemput saudara M Khairel Izzuan bin Ismail untuk membacakan doa makan. Majlis mempersilakan.

______________________Doa__________________

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Para hadirin dijemput menjamu selera.

ATHIRAH

AFIQ

ATHIRAH

9.45 malam

Bertemu nyonya di Sandakan,Beliau melencong ke makam mahsuri,Sambil menonton kita makan,Pelbagai persembahan akan menyusuri.

Sebagai pembuka tirai hiburan, dipersilakan .. bagi mempersembahkan nyanyian/muzik pada malam ini. Majlis mempersilakan.

_____________________Persembahan_________________

Demikian tadi persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan daripada . Terima kasih diucapkan.

AFIQ

9.55 malam

Majlis beralih pula kepada sesi cabutan bertuah yang pertama sebanyak 3 cabutan. Oleh itu, dijemput Dr Mohd Basril Iswadi bin Basori bagi membantu mencabut nombor cabutan bertuah.

__________________Cabutan bertuah________________

Terima kasih diucapkan kepada Dr Mohd Basril Iswadi bin Basori atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah itu tadi. Tahniah juga kepada mereka yang mempunyai tuah dan mendapat hadiah pada malam ini. Kepada yang lain, jangan lah bersedih kerana anda semua masih berpeluang memenangi cabutan bertuah pada sesi yang seterusnya nanti.

ATHIRAH

10.05 malam

10.15 malam

10.20 malam

10.30 malam

Warga majlis yang dihormati,

Majlis diteruskan pula dengan penyampaian Anugerah Dekan. Anugerah ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang telah mendapat keputusan dekan iaitu sekurang-kurangnya PNGK sebanyak 3.67 dan ke atas pada semester 1 sesi 2013/2014 yang lepas. Oleh itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Prof Madya Dr Azimah bt Hussin diiringi saudara Muhammad Fareez bin Thaer untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang tersebut.

_____________________Anugerah__________________

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof Madya Dr Azimah bt Hussin atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

Sekarang dijemput pula Prof Dr Basir bin Jasin untuk meneruskan penyampaian Anugerah Dekan kepada pelajar-pelajar yang seterusnya.

___________________Anugerah____________________

Terima kasih diucapkan kepada Prof Dr Basir bin Jasin atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan pula Prof Dr Abdul Rahim bin Samsudin untuk meneruskan penyampaian anugerah.

___________________Anugerah____________________

Terima kasih diucapkan kepada Prof Dr Abdul Rahim bin Samsudin atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

Sekalung tahniah diucapkan atas anugerah yang diterima. Diharapkan keputusan cemerlang yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar itu tadi dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar lain pada semester-semester yang akan datang.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sumbangan daripada Kelab Geologi UKM kepada .., wakil dari Pusat Jagaan Kanak-kanak Darul Rukaiyah. Oleh itu, dijemput Prof Madya Dr Juhari bin Mat Akhir, Penyelaras Kelab Geologi diiringi saudara Izharuddin bin Sakip, Presiden Kelab Geologi sesi 2014/2015 untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

_____________________Sumbangan_________________

Terima kasih kepada Dr Juhari bin Mat Akhir dan saudara Izharuddin bin Sakip kerana sudi menyampaikan sumbangan tersebut.

Hadirin sekalian,

Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video montaj Appreciation for Geology Heroes yang disediakan khas oleh ahli jawatankuasa pelaksana untuk anda semua . Majlis mempersilakan.

__________________Tayangan video__________________

Terima kasih diucapkan atas tayangan video yang bermakna dan penuh kenangan itu sebentar tadi.

Seterusnya, majlis beralih pula kepada penyampaian Anugerah Khas. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Anugerah Khas Jasamu Dikenang akan diberikan kepada pensyarah-pensyarah dan staf sokongan yang akan bersara pada tahun 2014 ini. Oleh itu, majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan Prof Dr Mohd Shaffea bin Leman diiringi oleh saudara Izharuddin bin Sakip untuk memberikan Anugerah Khas tersebut.

____________________Anugerah___________________

Terima kasih diucapkan kepada Prof Dr Mohd Shafeea bin Leman dan saudara Izharuddin Sakip atas kesudian menyampaikan anugerah tersebut.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah yang sama oleh Prof Dr Che Aziz bin Ali dengan diiringi oleh saudara Muhammad Fareez bin Thaer. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

___________________Anugerah____________________

Terima kasih diucapkan kepada Prof Dr Che Aziz bin Ali kerana sudi menyempurnakan sesi penyampaian Anugerah Khas Jasamu Dikenang itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Prof Madya Datin Dr Zaiton binti Harun untuk meneruskan penyampaian anugerah khas tersebut.

___________________Anugerah____________________

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Prof Madya Datin Dr Zaiton binti Harun dan saudara Muhammad Fareez bin Thaer atas kesudian menyampaikan anugerah khas tersebut.

Kepada penerima-penerima Anugerah Khas Jasamu Dikenang itu tadi, kami warga Geologi, mendoakan agar pensyarah-pensyarah sentiasa diberkati ALLAH S.W.T. dalam kehidupan, dikurniakan kesihatan yang baik di samping dapat menyumbang tenaga kepada masyarakat di luar sana.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Masa berlalu terlalu pantas. Sesungguhnya kami akan sangat merindui gurauan mesra daripada pensyarah-pensyarah. Segala teguran dan nasihat daripada pensyarah-pensyarah akan kami ingati.

AFIQ

ATHIRAH

AFIQ

ATHIRAH

10.40 malam

Hadirin hadirat sekalian,

majlis kita akan diteruskan lagi dengan pelbagai acara menarik dalam sesi tidak rasmi. Dengan ini, saya serahkan majlis kepada Cik Shot, Cik Gojes dan Encik Pewang untuk mengendalikan majlis tersebut.

Dipersilakan.

AFIQ

AFIQ dan ATHIRAH