ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana...
Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewSekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana...
1. Sesi pejumpaan dan perbincangan dengan penyelaras program OPKIM En. Jamallulai
Sesi perjumpaan dan perbincangan dengan penyelaras program OPKIM telah dihadiri oleh ajk
– ajk program OPKIM di mana En. Jamallulai memberi sedikit nasihat dalam menjalankan tanggungjawab masing – masing dan bagaimana untuk menjaga tingkahlaku masing – masing
ketika berada di tempat orang.
2. Pemasangan khemah bersama ajk – ajk masjid untuk majlis perasmian
Sebaik saja kami iaitu trip pertama tiba sekitar pukul 4 petang di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah, ajk – ajk program membantu para ajk masjid memasang khemah untuk majlis perasmian pada
malamnya dan kerjasama ini disambut baik oleh ajk – ajk masjid.
3. Majlis perasmian dan penyerahan keluarga trip pertama
Majlis perasmian oleh Tok Imam Masjid dan penyerahan keluarga angkat telah dilakukan sekitar jam 10 malam dan semua keluarga dan anak – anak angkat telah diberikan
cenderamata dan sesi bergambar telah diadakan bagi setiap keluarga angkat.
4.Ketibaan para ajk dan peserta trip kedua
Sekitar pukul 10.30 malam, trip kedua telah selamat sampai di Kg. Lana Bulu Jerlun Kedah dan sebaik sahaja mereka tiba, mereka terus diberi keluarga angkat dan sesi bergambar juga
telah diadakan bersama keluarga angkat masing – masing.
5. Taklimat mengenai perjalanan program
Ketua program memberikan penjelasan mengenai perjalanan aktiviti pada hari tersebut di mana aktiviti yang akan dilakukan adalah sangat padat dan pembahagian tugas akan
dilakukan pada aktiviti yang seterusnya.
6. Lawatan ekonomi ke perusahaan roti canai
Semua ajk dan peserta mula bergerak ke tempat perusahaan roti canai
Para ajk dan peserta diberikan taklimat mengenai perusahaan roti canai oleh En. Mohd Hadis iaitu perkembangan perniagaannya dari awal sehinggalah sekarang dan kemudian sesi
pertanyaan soalan dilakukan mengenai perusahaan yang dilakukan oleh beliau.
Para ajk dan peserta merasai sendiri pengalaman memasak roti canai dan ajk – ajk lain juga tidak ketinggalan untuk merasai pengalaman ini.
7. Sesi bergambar dengan En. Mohd Hadis
Para ajk dan peserta bergambar dengan pemilik perusahaan roti canai sebagai tanda kenang – kenangan dan sebahagian ajk dan peserta yang lain telah beransur – ansur bergerak balik ke
masjid untuk aktiviti yang seterusnya.
8. Aktiviti gotong royong
Aktiviti gotong royong telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu gotong royong dalam kawasan masjid, dalam masjid dan juga kawasan kubur berdekatan dengan kawsan
masjid.Setiap ajk dan peserta melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Aktiviti gotong royong dalam masjid seperti melipat telelekung dan memasang langir – langsir pada tingkap yang belum dipasang langsir.
9. Aktiviti rewang
Aktiviti rewang yang diadakan bersama peserta dan ajk. Menu rewang yang dirancang ialah bihun sup beserta sedikit pencuci mulut dan air sirap.
10. Aktiviti Sukaneka
Aktiviti sukaneka kanak – kanak
Aktiviti sukaneka peserta dan ajk
11. Aktiviti BBQ
Malam BBQ untuk semua ajk, peserta dan keluarga angkat
12. Aktiviti sukaneka dalam bendang
Aktiviti sukaneka dalam bendang antara peserta dan ajk. Semua peserta dan ajk dapat merasai pengalaman masuk dalam bendang
13. Majlis penutupan OPKIM 2013
Barisan tetamu terhormat iaitu wakil YB Kedah dan Tok Imam bersama Timbalan Ketua Pengarah OPKIM
Wakil YB Kedah berucap dan seterusnya menutup program OPKIM 2013
Sesi bergambar bersama seluruh pihak yang terlibat dalam program OPKIM